• Tidak ada hasil yang ditemukan

PTM 50 Essay Answers

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PTM 50 Essay Answers"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

JAWAPAN LAMPIRAN A

SEGMEN I : NEGARA DAN PERKHIDMATAN AWAM 1. Bilakah tarikh pembentukan Malaysia?

16 / 9 / 1963

2. Senaraikan jawatan-jawatan utama dalam struktur dan organisasi perkhidmatan awam

a) Yang Di pertuan Agong b) Ketua Setiausaha Negara

c) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam d) Ketua Setiausaha Kementerian

3. Jelaskan mengenai suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan awam dan bidang kuasanya

Suruhanjaya Perkidmatan Awam Malaysia ditubuhkan pada 31 ogos 1957, Hari

Kemerdekaan Tanah Melayu dan telah dibentuk sebagaimana termasuklah dalam Perkara 144 (1)

Fungsi SPA meliputia) melantik

b) memasukkan dalam jawatan berpencen c) menaikkan pangkat

d) mengesahkan dalam perkhidmatan e) menukar (pertukaran perkhidmatan) f) menjalankan kawalan tatatertib a. Suruhanjaya Pasukan Polis

- pengambilan pegawai polis seluruh negara b. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

- pengambilan pegawai perkhidmatan pelajaran c. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

- pengambilan pegawai perkhidmatan awam dan persekutuan d. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

-pengambilan pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan e. Majlis Angkatan Tentera

- pengambilan angkatan tentera Malaysia

4. Apakah syarat-syarat kelayakan akademik bagi memasuki perkhidmatan awam mengikut gred?

Gred 41-54 Ijazah

27-40 Diploma / STPM /Sijil /Politeknik 17-26 SPM

11-16 PMR / SRP 1-10 < PMR

5. Apakah komponen yang terdapat dalam skim perkhidmatan? i) Pengurusan dan professional / Gred utama Jasa

ii) P & P / Pengurusan dan professional / Gred 41-54 iii) Sokongan I (B) Gred 27-38

iv) Sokongan I (C) Gred 17-26 v) Sokongan I (D) Gred 1-16

6. Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia? Sistem demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan

7. Apakah badan-badan yang terlibat dalam pemerintahan negara menerusi Perlembagaan Persekutuan?

(2)

i) Badan Pemerintah ii) Badan Kehakiman iii) Badan Perundangan

8. Senaraikan agensi pusat dalam perkhidmatan awam i) Perbendaharaan Malaysia

ii) Unit Perancang Ekonomi iii) Jabatan Perkhidmatan Awam iv) Unit Penyelarasan Perlaksanaan

v) Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia 9. Jelaskan mengenai Gagasan 1 Malaysia.

Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai penting. “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” 10. Apakah yang dinyatakan dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan?

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada yang di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputera Malaysia, Sabah dan Sarawak.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan sosial?

Keadilan Sosial. Semua rakyat Malysia akan terbela dan tiada mana—mana pihak

ditinggikan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap berbeza.

12. Jelaskan mengenai prinsip nilai-nilai murni. Prinsip nilai murni : explain#

i. hormat-menghormati antara sesama kaum ii. rendah diri

iii. kesederhanaan iv. berbudi Bahasa

13. Apakah kriteria negara maju berasaskan Indeks Pembangunan Manusia (HDI)? Kriteria negara maju (berdasarkan HDI) umur mortality baby, celik huruf dan pendapatan 14. Senaraikan 12 bidang ekonomi utama negara di bawah Program Transformasi

Ekonomi (ETP) dan huraikan program yang terlibat dalam Program Transformasi Negara ##

12 bidang ekonomi negara yang utama a. Minyak, gas dan tenaga

b. Minyak sawit

c. Perkhidmatan perniagaan d. Pelancongan

e. Elektrik dan elektrikal f. Barang runcit

g. Pendidikan

h. Perkhidmatan perniagaan i. Kesihatan

j. Teknologi maklumat dan komunikasi k. Pertanian

(3)

15. Senaraikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan

NKRA dalam program tranformasi kerajaan i) Mengurangkan kadar jenayah

ii) Meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah iii) Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iv) Meluaskan prasarana dalam Bandar dan pedalaman

v) Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana SEGMEN II : TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI

16.Nyatakan Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan. Januari, Februari, Mac : Januari

April, Mei, Jun : April

Julai, Ogos, September : Julai

Oktober, November, Disember : Oktober

17. Apakah syarat-syarat yang membolehkan pegawai disahkan dalam perkhidmatan?

- Menjalani tempoh percubaan dengan jayanya tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan

- Menghadir dengan jayanya kursus induksi umum dan induksi khusus - Lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan

- Syarat-syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa - Mendapat perakuan PDP dan ketua jabatan

18. Di manakah maklumat perkhidmatan pegawai direkodkan?

Maklumat perkhidmatan pegawai direkodkan dalam buku perkhidmatan kerajaan 19. Berapakah kadar Cuti Bersalin bagi pegawai wanita?

Kadar cuti bersalin

- 300 hari sepanjang tempoh wajib - Mase 3 bulan / bersalin

20. Nyatakan Cuti Tidak Berekod Cuti tidak berekod (TB)

a) Cuti gantian

b) Cuti latihan pasukan sukarela

c) Cuti mengahadiri latihan / kursus tahunan pertubuhan / persatuan d) Cuti perayaan

e) Cuti untuk peperiksaan

f) Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas g) Cuti khas perubatan

h) Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama

i) Cuti mengambil bahagian dalam olahraga / sukan j) Cuti urusan kematian keluarga terdekat

21. Apakah tujuan pegawai memohon Cuti Berkursus? Tujuan cuti berkursus

- Untuk pegawai mengikuti kursus (jangka sederhana / panjang / separuh masa) - Pegawai dibenarkan meninggalkan tugas dalam tempoh ini

22. Apakah yang dimaksudkan dengan tugas rasmi?

Tugas rasmi : tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan

(4)

23. Apakah tuntutan yang boleh dibuat oleh pegawai yang baru pertama kali dilantik dalam perkhidmatan awam?

Tuntutan perjalanan

24. Nyatakan tafsiran ‘Keluarga’ berdasarkan Bab F Perintah Am. Pegawai lelaki : isteri dan anak-anak

Pegawai perempuan : suami dan anak-anak

“anak” termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang

25. Berikan contoh kesalahan rasuah. Contoh kesalahan rasuah

- Doktor terima rasuah oleh syarikat swasta sebagai upahan bagi mencadangkan nama syarikat unuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan perkakas pakai buang perubatan bagi hospital

- Salah guna kuasa

- Kemukakan tuntutan palsu

26. Apakah kesan rasuah secara umum kepada negara? Kesan rasuah

- Berlaku ketidakadilan dalam masyarakt (golongan miskin / sederhana ditindas) - Menjejaskan imej negara ( nama negara akan tercemar di mata dunia)

- Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan bahan tidak berkualiti) - Melemahkan system pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)

- Menghancurkan sebuah negara

27. Apakah maksud akauntabiliti dalam perkhidmatan awam? Akauntabiliti

- Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab berpandukan peraturan dan undang-undang sama ada berjaya atau gagal.

28. Bagaimanakah nilai amanah digambarkan melalui tingkah laku? Nilai amanah :

- Menggunakan masa dengan sebaiknya

- Membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditentukan dan jauh sekali daripada melakukan rasuah dan pembaziran.

- Menyiapkan kerja mebgikut tempoh yang ditetapkan. 29. Apakah kepentingan Arahan Keselamatan?

Arahan keselamatan

- Untuk menjamin kawalan keselamatan berterusan - Rahsia kerajaan tidak jatuh ke tangan kuasa asing

- Perkara terperingkat tidak jatuh kepada orang yang ingin mencari faedah kewangan 30. Apakah antara aspek penting pengurusan keselamatan peribadi pegawai awam?

Tapisan keselamatan untuk memeriksa latar belakang pegawai awam.

Prinsip : perlu mengetahui bahawa rahsia besar tidak boleh disampaikan kepada sesiapa selain yang betul-betul memerlukannya untuk menjalankan tugas.

(5)

Terhad: hanya penjawat awam yang dibenarkan akses kepada dokumen berperingkat sahaja boleh menaip, menyalin/meniru dokumen tersebut.

Pendidikan : mendidik pegawai awam menerima peraturan-peraturan keselamatan sebagai kewajipan.

31. Adakah pegawai awam dibenarkan memegang jawatan dalam sesebuah parti politik?

Jawatan dalam parti politik

Tidak : untuk kumpulan pengurusan dan professional

Boleh : jika telah pencen / menyokong selepas dapat kebenaran dari ketua jabatan 32. Nyatakan jenis-jenis hukuman tatatertib.

Jenis-jenis hukuman tatatertib - Amaran

- Denda

- Lucut dalam emdaman* - Tangguh pergerakan gaji - Turun gaji

- Turun pangkat

33. Adakah pegawai awam boleh menerima hadiah? Boleh terima hadiah dengan kebenaran keua jabatan

34.Berapakah bilangan hari berkursus yang diwajibkan kepada setiap pegawai 7 hari setahun untuk berkursus

35. Apakah yang dimaksudkan dengan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) KPSL (kenaikan pangkat secara lantikan)

- Kenaikan pangkat daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada* skim

perkhidmatan yang lebih tinngi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim pekhidmatan yang berkaitan melalui proses lantikan.

36. Nyatakan pihak yang bertanggungjawab menimbang kenaikan pangkat pegawai awam.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam SEGMEN III : BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA

37. Apakah yang anda faham mengenai Tonggak Dua Belas?

Tonggak 12: Dasar, perpaduan dan pokok kepercayaan yang menjadi dasar/asas sesuatu tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam di semua peringkat.

38. Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam Tonggak Dua Belas 1. Menghargai masa

2. Ketekunan membawa kejayaan 3. Keseronokan bekerja

4. Kemuliaan kesederhanaan 5. Ketinggian peribadi

6. Kekuatan sifat baik hati 7. Pengaruh teladan

8. Kewajipan menjalankan tugas 9. Kebijaksanaan berhemah 10.Kekuatan kesabaran

(6)

11.Nikmat mencipta 12.Peningkatan bakat

39. Apakah Amalan 8S yang boleh dipraktikkan semasa berurusan dengan pelanggan? Amalam 8s 1. Salam 2. Sayang 3. Segak 4. Segera 5. Sempurna 6. Sensitif 7. Senyum 8. Sopan

40. Nyatakan ciri-ciri Perkhidmatan Pelanggan yang berkualiti.

Penyampaian – kepelbagaian, responsif, menepai masa dan mudah ditahani, kompeten, Emosi – mesra dan ail, hormat-menghormati, mendengar dan memahami.

Fizikal – dengan kemudahan sokongan dan persekitaran yang kondusif 41. Apakah kepentingan Hari Bertemu Pelanggan?

Kepentingan hari bertemu pelanggan

- Mendapat maklum balas pelanggan berkaitan perkhidmatan disediakan oleh kkm - Dapatkan cadangan bagi mengatasi langkah-langkah penambahbaikan serta

meningkatkan mutu perkhidmatan

- Memberikan kemudahan khidmat nasihat serta-merta

- Mangadakan khidmat pada masyarakat dalam menjaga kesihatan - Memperkenalkan peranan KKM

42. Apakah itu Piagam Pelanggan?

Piagam pelanggan ialah satu komitmen bertulis jabatan terhadap penyampaian keluaran atau perkhidmatannya.

Ia merupakan satu jaminan jabatan untuk menyampaikan keluaran atau pekhidmatan mengikut kualiti yang ditetapkan.

43. Nyatakan alat bantuan berfikir. Alat bantuan berfikir

- Soalan dan penyoalan - Peta minda

- Pengurusan grafik - CORT*

44. Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi?

Kreativiti : proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju kearah yang lebih realiti.

Inovasi : kaedah cari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik.

Juga berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran.

45. Nyatakan jenis-jenis majlis rasmi dan formal Jenis-jenis majlis rasmi dan formal

- Perhimpunan pagi - Mingguan

(7)

- Hari Anugerah Kecemerlangan - Kejohanan Sukan Tahunan - Pameran Kerjaya

46. Bagaimanakah cara atau gaya duduk yang sopan? Cara atau gaya duduk yang sopan

- Masuk sebelah kanan (kalau boleh)

- Duduk tegak dan sandar belakang dan kempis perut

- Rapatkan kedua-dua kaki dan lutut, sorokkan tangan di atas riba 47. Apakah pakaian yang ditegah ke pejabat?

Pakaian ditegah ke pejabat - Kelihatan kasual

- Kasut tidak terjaga - Warna garang - Berselipar - Mengancam

- Kaca mata hitam berkilat - Solekan tebal

- Stokin belang

48. Apakah yang dimaksudkan dengan tatahias?

Tatahias : aspek pengurusan diri yang dititikberatkan. Harus kemas, sempurna, dan sesuai berpakaian semasa rasmi atau tidak rasmi.

49. Apakah yang dimaksudkan dengan keterampilan sosial?

Keterampilan sosial : keterampilan individu untuk berkomunikasi secara efektif dengan orang lain baik secara verbal ataupun non verbal sesuai dengan situasi dan keadaan yang ada pada saat itu, di mana keterampilan ini merupakan perilaku yang dipelajari.

50. Apakah yang dimaksudkan dengan etiket?

Etiket : peraturan-peraturan tingkah laku dan sopan santun sama ada dalam

kehidupan harian, dalam hiburan satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal.

Referensi

Dokumen terkait