• Tidak ada hasil yang ditemukan

lampiran a - eHebahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "lampiran a - eHebahan"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1

LAMPIRAN A

SUKATAN PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN

(BITK)

1. Matlamat sukatan

Untuk menentukan bahawa undang-undang dan peraturan mengenai kewangan dan perakaunan IPTA difahami dan diketahui penggunaannya dalam segala urusan harian.

Pengetahuan ini penting bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam pengurusan kewangan IPTA.

2. Tujuan Peperiksaan

Untuk membolehkan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan skim perkhidmatan lain yang setaraf dan skim perkhidmatan lain yang lebih rendah yang sedang

menerima BITK RM40.00 sebulan, Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) memiliki sijil bagi melayakkan mereka dibayar BITK RM80.00 sebulan

.

3. Pegawai Yang Layak Menduduki Peperiksaan

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan skim perkhidmatan lain yang setaraf dan skim perkhidmatan lain yang lebih rendah yang sedang menerima BITK RM40.00 sebulan, Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan).

4. Sukatan peperiksaan

Soalan-soalan yang akan ditanya kepada berdasarkankepada perkara-perkara berikut:

i. Pengurusan dan Kawalan Belanjawan ii. Pengurusan Kewangan Am

iii. Pengurusan Terimaan iv. Pengurusan Perolehan

v. Pengurusan Bayaran Emolumen vi. Pengurusan Akaun

vii. Pengurusan Aset dan Stor

(2)

2

Bahan Rujukan:

i. Akta Kolej dan Kolej Universiti (AUKU) dan Perlembagaan Universiti

ii. Arahan Perbendaharaan Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Terkini (yang berkaitan dengan kewangan)

iii. Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan dengan gaji dan elaun)

iv. Perintah Am Bab B (elaun-elaun) dan Bab G ( Waktu bekerja dan elaun lebih masa)

v. Asas Perakaunan

Bentuk soalan teori dan : Objektif (Aneka pilihan- merangkumi

kajian kes

Jumlah soalan : 40 (Jawab semua)

Masa : 1/2 jam

Markah ) : 40

Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada apa-apa bahan rujukan.

5. Keputusan Lulus / Gagal

6. Bahasa (soalan dan jawapan) Bahasa Malaysia

7. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada : Urusetia Peperiksaan BITK

Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar

Bangunan Canselori Putra Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan

(u.p.: Pn. Siti Nadirah Mat Na'ain)

(3)

3

Bagi permohonan daripada Pembantu Tadbir dan skim perkhidmatan lain yang setaraf dan skim perkhidmatan lain yang lebih rendah, Ketua Jabatan hendaklah mengesahkan anggota berkenaan sedang menerima BITK RM40.00 sebulan.

8. Syarat-Syarat Lain

Tertakluk kepada fasal 3 di atas, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan skim perkhidmatan lain yang setaraf dan skim perkhidmatan lain yang lebih rendah yang telah memiliki sijil Peperiksaan BITK tetapi tidak menerima BITK selama lima (5) tahun atau lebih secara berterusan, perlu menduduki semula dan memperolehi sijil peperiksaan ini dibayar BITK RM80.00 sebulan.

9. Tarikh Tutup Pendaftaran 30 April 2020 (Khamis)

10.Bayaran pendaftaran RM50.00 bagi setiap calon.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum atau pada 15 Jun 2020 (Isnin).

Referensi

Dokumen terkait

Garis panduan ini diharapkan dapat digunakan oleh Pembantu Tadbir yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan di Kementerian Pelajaran Malaysia bagi urusan penyediaan Penyata

Pihak Berkuasa Melantik boleh melantik pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam satu skim perkhidmatan ke jawatan lain dalam mana-mana skim perkhidmatan ke jawatan lain dalam

Jawapan: Operasi syarikat penerbangan penumpang negara dan asing – sama ada perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual boleh terus disediakan tertakluk kepada syarat-syarat

j SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan menaikkan kadar Elaun Pembantu Khas yang diberikan kepada Pembantu Tadbir Kesetiausahaan.. Kadar Elaun

Calon Perlu Memohon di Portal INTAN DAN JAWATAN-JAWATAN LAIN YANG MENSYARATKAN SESEORANG KAKITANGAN LULUS PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN N19 PENYELIA

LAMPIRAN A KATEGORI UMUM BIL NAMA JAWATAN GRED JAWATAN 1 PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 KE ATAS KAKITANGAN STOR PUSAT BANGI, STOR PPUKM & FARMASI PPUKM SAHAJA 2 PEMBANTU TADBIR P/O

Pegawai dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang boleh ditentukan oleh pihak UKM