• Tidak ada hasil yang ditemukan

GABUNGAN TEGASAN TERUS TEGASAN LENTUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GABUNGAN TEGASAN TERUS TEGASAN LENTUR"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 10

PRINSIP GABUNGAN

OBJEKTIF AM :

 Mempelajari dan memahami prinsip gabungan tegasan terus dan tegasan lentur,

perkaitannya dengan beban sipi, seterusnya mengira dan melakar taburan tegasan pada keratan akibat gabungan tegasan tersebut.

OBJEKTIF KHUSUS:

 Menerangkan prinsip gabungan tegasan terus dan tegasan lentur.

 Menunjukkan perkaitan antara beban sipi, tegasan terus dan tegasan lentur.

 Mengira dan melakarkan taburan tegasan pada keratan akibat daya paksi, daya sisi

(2)

INPUT 10

PRINSIP GABUNGAN

10.0 PENGENALAN

Topik 3 dan topik 4 masing-masing membincangkan berhubung dua bentuk

tegasan yang utama; tegasan terus (d) dan tegasan lentur (b). Sekiranya sesuatu

jasad ditindakkan dengan daya paksi, akan wujud tegasan terus ( tegangan atau mampatan) yang diagihkan secara rata pada keseluruhan keratan rentas jasad, i.e

tegasan terus = d = P/A. Secara berasingan, topik 4 pula menyentuh berhubung

tegasan lentur yang wujud sekiranya sesuatu jasad ditindakkan dengan momen lentur. Dalam kes ini, nilai tegasan berubah dengan jarak filamen keratan dari

paksi neutral, i.e tegasan lentur = b = M/Z.

Namun demikian, terdapat kes di mana kedua-dua tegasan ini wujud serentak. Sekiranya jasad ditindakkan dengan beban paksi bersama-sama dengan lenturan melintang, kedua-dua tegasan terus dan tegasan lentur akan bergabung menentang tindakan daya berkenaan .

Rajah 10.1 : Rumah Api

(3)

10.1 BEBAN SIPI

Pertimbangkan rajah 10.2, di mana sekumpulan ahli sukan air, menjunjung kayak beramai-ramai. Cuba fikirkan bentuk pengagihan beban yang diterima. Bayangkan pula sekiranya kumpulan tersebut memegang kayak pada sisi tepi dengan sebelah tangan menggunakan gelang pemegang. Fikirkan bentuk pengagihan beban yang diterima.

Rajah 10.2 : Menjunjung kayak

Kayak yang dipegang pada sebelah tangan adalah contoh yang baik bagi menggambarkan pembebanan sipi. Jika dipertimbangkan, didapati ahli sukan tersebut akan merasa lebih mudah membawa beban dengan menjunjung di atas kepala dari memegang pada sebelah tangan. Ini memandangkan, sekiranya mereka membawa kayak dengan memegang pada sebelah tangan, mereka terdorong melenturkan badan ke arah kayak tersebut.

Ringkasnya, individu tersebut ditindakkan dengan dua beban iaitu;

(i) Beban paksi, disebabkan berat kayak.

(ii) Momen disebabkan kesipian kayak.

(4)

(a)

(b) (c) (d) (e) 10.1.1 Tiang Dengan Pembebanan Sipi Terhadap Satu Paksi

Pertimbangkan satu tiang pendek yang dibebankan dengan beban paksi , P yang selari dengan paksi memanjang tiang tersebut dan merentas paksi

simetri pada jarak e dari sentroid .(Rajah 10.3a)

Rajah 10.3 : Pembebanan Sipi Tiang Pendek

 Beban P bertindak sipi, e .(Rajah 10.3b)

 Dua beban yang sama nilai, P bertindak melalui paksi tiang. (Rajah 10.3c)

 Satu dari beban tersebut akan bertindak sebagai beban paksi dan

mengakibatkan tegasan terus. (Rajah 10.3d)

 Dua beban tersebut akan menyebabkan berlaku momen (P x e) dan seterus

menyebabkan berlaku tegasan lentur. (Rajah 10.3e)

e P

e

P P P

P

P

e P

(5)

e

Pertimbangkan rajah 10.4;

Rajah 10.4 : Pandangan Pembebanan Sipi

P = Beban yang bertindak pada tiang

e = Kesipian beban

 Momen,

M = P.e

d = Tebal tiang

b = Lebar tiang

 Luas keratan tiang = b.d

 Momen luas kedua keratan tiang sekitar paksi sentroid dan selari

dengan paksi sipian beban (paksi y);

I = 12

3

db

Dan modulus keratan;

Z =

2 12

3

b db

= 6

2

db

e P

d

b

(6)

mak/min = Diketahui tegasan terus pada tiang;

d =

A P

Tegasan lentur pada mana-mana titik di keratan tiang pada jarak y dari paksi yy;

Untuk mendapatkan tegasan lentur maksimum, y = 2

Diketahui beban sipi menyebabkan gabungan tegasan terus dan tegasan lentur;

Tegasan pada filamen yang paling jauh,

mak/min = d  b

A = Luas keratan rentas

e = Jarak kesipian

b = Lebar keratan

M= Momen beban sipi (P.e)

Z= Modulus keratan

(7)

y

A B

x x

D C y

Rajah 10.5 : Beban Sipi Terhadap Dua Paksi

10.1.2 Tiang Dengan Pembebanan Sipi Terhadap Dua Paksi

Terdapat juga kes di mana beban sipi tidak terletak pada kedua-dua paksi ; pembebanan sipi terhadap dua paksi x dan y. Pertimbangkan satu keratan tiang ABCD yang ditindakkan dengan beban sipi terhadap dua paksi. (Rajah 10.5)

Di mana;

P = Beban

A = Luas keratan rentas

ex = Kesipian terhadap paksi x-x

 Momen beban, P terhadap paksi x,

Mx = P.ex

 Ixx = Momen luas kedua keratan terhadap paksi x-x

ey, My, Iyy = Nilai yang berkaitan terhadap paksi y-y

ey

ex

(8)

sambungan...

 Tegasan bagi pembebanan sipi terhadap dua paksi:-

(i) Tegasan terus, d =

(iii) Tegasan lentur disebabkan ey, by = yy

(iv) Tegasan pada filamen yang paling jauh; mak/min = d bx by

+ve atau –ve bergantung pada kedudukan filamen dengan beban, P.

 Tegasan maksimum di B, i.e Mx & My,,+ve

 Tegasan minimum di D, i.e Mx & My, –ve

 Tegasan di A, i.e Mx ,+ve & My, -ve

(9)

x

y

(a) Pembebanan Paksi (b) Agihan tegasan

Rajah 10.5 : Tegasan Terus

10.2 GABUNGAN TEGASAN TERUS, TEGASAN LENTUR DAN BEBAN SIPI

Pertimbangkan keratan rasuk pendek seperti rajah 10.5a . Beban, P merentasi

paksi sentroid keratan, dan menghasilkan tegasan terus (d). Tegasan teragih

secara seragam pada semua bahagian keratan, ditunjukkan pada ‘gambarajah agihan tegasan’ yang berbentuk segiempat tepat. (rajah 10.5 b)

Seterusnya, pertimbangkan keratan rasuk yang mempunyai pembebanan dan dimensi yang sama, tetapi beban, P teranjak sejauh 2mm dari paksi y-y. (Rajah 10.6a)

Seperti pada bahagian di atas, wujud tegasan terus P/A = 10 N/mm2 pada

keseluruhan keratan. Namun kesipian beban terhadap paksi y-y sebanyak 2mm mengakibatkan momen 1000 x 2 = 2000Nmm. Momen tersebut meningkatkan kesan mampatan pada bahagian kanan paksi y-y dan mengurangkan kesan mampatan pada bahagian kiri paksi y-y.

10mm

10mm

P = 1000N

d = A P

= 100 1000

= 10 N/mm2

(10)

(a)

Rajah 10.6d menunjukkan dua gambarajah agihan tegasan (b & c) ditindihkan, memberi gambarajah agihan tegasan gabungan.

Tegasan pada sisi BC adalah;

Tegasan pada sisi AD adalah;

D

(11)

min

mak Pembebanan sipi terhadap satu paksi

Satu tiang berkeratan rentas 150mm lebar dan 120mm tebal. Tiang tersebut membawa beban 18 kN pada kesipian 10mm seperti rajah di bawah. Tentukan tegasan maksimum dan minimum yang berlaku pada keratan tersebut.

(12)

min

mak Pembebanan sipi terhadap satu paksi

Sebatang tiang mempunyai keratan berukuran 200mm lebar dan 150mm tebal dikenakan beban 1000N pada kesipian 50mm seperti rajah di bawah. Kirakan tegasan maksimum dan minimum yang berlaku pada keratan rasuk tersebut.

(13)

Pembebanan sipi terhadap dua paksi

Satu tiang pendek membawa satu beban sipi 300 kN pada kedua-dua paksi x-x dan paksi y-y. Kirakan tegasan pada setiap penjuru, A, B, C dan D keratan tiang tersebut.

Beban berada hampir pada C dalam kedua-dua arah paksi.

Beban berada jauh dari paksi x dan hampir dengan paksi y.

Beban berada jauh dari A dalam kedua-dua arah paksi.

(14)

sambungan...

Boleh diselesaikan dengan formula tegasan berdasarkan momen atau modulus keratan.

Tanda +ve dan –ve

(15)

Satu tiang segiempat tepat berongga mempunyai keratan rentas 1.5m x 1.0m, dengan ketebalan 0.2m. Beban 100kN bertindak pada kesipian 10cm dari satu paksi seperti pada rajah 10.10. Kirakan tegasan maksimum dan minimum pada keratan cerobong tersebut.

Rajah 10.10: Keratan berongga

(16)

=

Sisi BC mengalami tegasan maksimum kerana beban sipi hampir dengan sisi ini.

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA BOLEH MENCUBA SOALAN-SOALAN AKTIVITI YANG

(17)

SEBELUM MENERUSKAN KE PENILAIAN KENDIRI BERIKUTNYA, SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

HALAMAN BERIKUTNYA.

10.1 Berikan satu contoh, struktur yang mengalami gabungan tegasan terus dan

tegasan lentur.

________________________

10.2 Nyatakan perbezaan di antara tegasan lentur dan tegasan terus.

_________________________________________________________

10.3 Berikan maksud beban sipi.

_________________________________________________________

10.4 Nyatakan kesan beban sipi ke atas keratan tiang.

_________________________________________________________

10.5 Merujuk pada rajah 10.11, dua keratan tiang ditindakkan oleh beban sipi, P.

Nyatakan sisi/titik yang akan mengalami tegasan maksimum dan minimum.

A B A B (a) (b)

D C D C

Rajah 10.11 : Pembebanan Sipi

mak = __________ mak = __________

min = __________ min = __________

AKTIVITI 10

P P

(18)

10.1 Cerobong asap yang ditindakkan beban angin.

10.2 Tegasan terus disebabkan oleh beban paksi bertindak melalui pusat sentroid

keratan manakala tegasan lentur disebabkan oleh momen lentur.

10.3 Beban paksi yang tidak bertindak pada pusat sentroid.

10.4 Beban sipi yang bertindak ke atas keratan rentas tiang menyebabkan berlaku

gabungan tegasan terus dan tegasan lentur.

10.5 (a) mak = Sisi BC (b) mak = Titik D

min = Sisi AD min = Titik B

(19)

1. Satu tiang pendek yang berukuran 100mm x 100mm dikenakan beban sipi 60kN

pada kesipian 40mm (rajah 10.12). Kirakan tegasan maksimum dan minimum yang berlaku pada keratan tiang tersebut.

Rajah 10.12: Pembebanan Sipi

2. Sebatang tiang mempunyai keratan rentas bulat dengan diameter 50mm. Tiang

tersebut dikenakan beban sipi 15 N pada jarak sipi 10mm dari paksi neutral (rajah 10.13). Kirakan tegasan maksimum dan minimum yang berlaku pada keratan tiang tersebut.

Rajah 10.13 : Pembebanan Sipi

3. Satu keratan keluli 150mm lebar dan 20mm tebal dikenakan daya tarikan 20kN.

Tentukan tegasan maksimum dan minimum apabila daya tarikan tersebut bertindak pada jarak 4mm dari paksi geometri yang sejajar dengan ketebalan keratan tersebut.

PENILAIAN KENDIRI

e 60kN

e 15N

(20)

4. Satu tiang berongga bulat mempunyai diameter luar dan dalam masing-masing 350mm dan 300mm. Tiang tersebut menanggung beban sipi 10kN pada satu bahagian sisi tiang (rajah 10.13). Kirakan tegasan maksimum dan minimum pada keratan tiang tersebut.

Rajah 10.14 :Pembebanan Sipi

5. Satu tiang berkeratan segiempat sama, 150mm x 150mm, ditindakkan dengan

beban sipi 50kN(Rajah 10.15). Kirakan tegasan pada setiap bucu bagi keratan tiang tersebut.

A B

D C Rajah 10.15 : Pembebanan Sipi

6. Satu tiang pendek mempunyai keratan rentas segiempat tepat, menerima beban

sipi 36 kN pada kedua-dua arah paksi geometri (rajah 10.16). Kirakan tegasan pada setiap bucu keratan tiang tersebut.

Rajah 10.16 : Pembebanan Sipi

SELAMAT MENCUBA

-

10kN e

10kN

25mm

25mm 50kN

200mm 200mm

100mm

100mm

70mm

(21)

Anda digalakkan membuat rujukan tambahan dan menyemak jawapan

dengan pensyarah.

______________________________________________________________________________________

TAHNIAH! ANDA TELAH MENAMATKAN PEMBELAJARAN MODUL

C 2007

Referensi

Dokumen terkait

Aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia dalam dunia yang serba moden ini. Ini bermakna pengurusan adalah satu proses sosial

Dalam penelitian ini upaya perbaikan yang dilakukan adalah melaksanakan tindakan yang dimaksudkan untuk mencari jawaban atas permasalahan pada materi dampak polusi

digunakan untuk menghapus spyware / adware yang sudah terinfeksi dalam sistem komputer kita, maupun memblok jika ada spyware atau adware yang ingin menginfeksi sistem komputer

Hasil uji proksimat pada ampas kelapa yang telah difermentasi menggunakan enzim bromelin pada perlakuan A, B, C, dan D memiliki nilai yang sangat kurang dari Standar

Dari hasil penelitian diketahui bahwa faktor yang membedakan tingkat pendidikan masyarakat anatara kecamatan Proppo dan Kecamatan Pademawu adalah keberadaan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa ada perbedaan kesesuaian Antara ukuran antropometri kaki dengan ukuran sepatu merek Adidas tipe casual namun tidak mengurangi

Gagasan mengenai pluralisme kewarganegaraan memusatkan perhatian pada bagaimana masyarakat, yang terdiri dari kelompok-kelompok yang identitas yang berbeda dapat hidup

Berdasarkan respon dari 115 mahasiswa Akuntansi UNY angkatan 2009 dan 2010, hasil penelitian menunjukkan: (1) Tingkat penggunaan ICT cukup tinggi, dibuktikan melalui