• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) DI KOLEJ

Southern Regions’ Vocational Colleges (VC) and henceforward to identify gap and opportunity towards empowerment the quality of current high potential skill training system. The participants of this study consist of two Officers from Southern Regions’ Department of Skills Development (DSD) and two Officers of Southern Regions’ VC. Data collected from the interviews were coded and analysed to answer research objectives and research questions set. There are four main components that are the focus in this preliminary study which are the current status of implementation of the NDTS; methods of implementation and evaluation of NDTS; methods of application and assessment of Social Skills and Social Values’ competency; and how the quality of Social Skills and Social Values’ competency can be enhanced in the implementation of NDTS at Southern Regions’ Vocational Colleges. The overall outcomes of this preliminary study find that the implementation of NDTS at Southern Regions’ VC already on the right track and very potential in producing competent Holistic K-Workers in this country. However, there are some aspects contained in National Educational Philosophy (NEP) which have long admired in this country have been identified as having potential to be integrated into this current skills training system. This holistic integration process thus seen to have great potential in improving the NDTS Holistic K-Workers’ competency developed in this country.

Keywords: National Dual Training System (NDTS), Vocational College (VC), Holistic K-Workers, National Educational Philosophy (NEP).

ABSTRAK

(2)

1. PENGENALAN

Kemajuan dalam pengetahuan tentang tingkah laku manusia dan matlamat sebenar sebuah kehidupan telah menjadikan sesebuah pekerjaan itu pada masa kini tidak lagi hanya dilihat sebagai kaedah pencarian sumber rezeki semata-mata. Ianya kini juga tidak dilihat sebagai kaedah peningkatan taraf ekonomi serta status seseorang individu itu kerana ianya sudah berkembang menjadi perkara yang lebih luas dan melampaui keperluan melahirkan tenaga kerja sahaja (Salleh, 2010). Pekerjaan atau kerjaya telah diberi nafas baru yang mana ianya dianggap sebagai sebuah pengalaman yang mempunyai kaitan rapat dengan pilihan gaya hidup, dorongan psikologi dan kesannya terhadap kesejahteraan individu dan komuniti. Oleh yang demikian, dalam meningkatkan lagi taraf seseorang pekerja di negara ini, pelbagai inisiatif dan perancangan telah dilakukan bagi memenuhi konsep atau idea modal insan yang sering disebutkan pada masa kini. Konsep modal insan merupakan suatu konsep yang berasal daripada model ekonomi kapitalisme sumber manusia yang mementingkan hubungan di antara elemen produktiviti dan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan sumber manusia (Borham, Abidin, Ahmad, & Razak, 2011). Antara inisiatif yang telah diambil bagi mencapai cita-cita ini ialah dengan melaksanakan transformasi dalam sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang dijalankan di negara ini.

Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu usaha untuk merekayasa sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina suatu sistem baru yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Proses transformasi ini akan dilakukan secara berperingkat iaitu bermula dengan fasa lonjakan (2011-2013), fasa peningkatan (2014-2016), dan seterusnya fasa pemerkasaan (2017-2020). Secara keseluruhannya, Pelan Strategik TPV merupakan merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus, dan sumber manusia ke arah pembangunan sistem TVET baharu di Malaysia (KPM, 2011). Konsep TPV secara keseluruhannya dapat dilihat pada Rajah 1. Proses transformasi ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya hubungan kerjasama di antara dua agensi kerajaan yang merupakan nadi utama kepada pelaksanaan sistem TVET di Malaysia iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). Kedua-dua agensi ini iaitu masing-masing melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memetrai perjanjian bersama untuk melaksanakan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di beberapa buah Kolej Vokasional yang terpilih.

(3)

Rajah 1: Konsep TPV (KPM, 2011)

(4)

Pelaksanaan SLDN di KV ini diharapkan dapat memperkasakan lagi proses pembangunan individu berkemahiran yang berkualiti tinggi. Berkualiti tinggi yang dimaksudkan di sini dapat didefinisikan sebagai seorang pelatih yang bukan sahaja kompeten dalam aspek pekerjaannya semata-mata, tetapi juga kompeten dalam aspek untuk meneruskan kelangsungan iaitu survival dalam keseluruhannya aspek kehidupannya pada jalan yang benar. Ringkasnya, KV dilihat berpotensi untuk menjadi platform terbaik dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan di dalam latihan kemahiran kepada para pelatih. Hal ini terbukti apabila terdapat beberapa kajian yang telah mengenalpasti elemen kemanusiaan ini sebagai agen pemangkin yang amat berpotensi dalam meningkatkan keberkesanan sesuatu sistem latihan kemahiran. Hal ini juga bertepatan dengan pernyataan Baba (2011) yang menyatakan bahawa modal insan yang berkualiti ialah modal insan yang mempunyai ciri-ciri seperti disiplin akal iaituminds-on,disiplin hati iaituhearts-on, dan disiplin amal iaitu hands-on.

2. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mendapatkan gambaran keseluruhan tentang pelaksanaan SLDN di KV Wilayah Selatan.

ii. Mengenalpasti potensi dalam membantu JPK untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan program SLDN di KV Wilayah Selatan.

Berdasarkan objektif kajian di atas, persoalan bagi kajian ini adalah:

i. Apakah status terkini pelaksanaan SLDN di KV Wilayah Selatan?

ii. Apakah kaedah pelaksanaan dan penilaian SLDN yang dijalankan di KV Wilayah Selatan?

iii. Bagaimanakah kaedah penerapan kompetensi kemahiran sosial dan nilai sosial dijalankan ke atas pelatih SLDN di KV Wilayah Selatan?

iv. Bagaimanakah kualiti kompetensi kemahiran sosial dan nilai sosial pelatih SLDN dapat dipertingkatkan?

Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang signifikan kepada JPK dan BPTV amnya dalam meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan SLDN di Kolej Vokasional; dan khususnya memperkasakan lagi kualiti kompetensi kemahiran sosial dan nilai sosial bakal K-Pekerja Holistik SLDN.

3. METODOLOGI DAN PROSEDUR KAJIAN

Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan analisis dokumen. Sesi temubual telah dijalankan pada 13 April 2014 dan 22 April 2014 masing-masing di bilik mesyuarat JPK Wilayah Selatan dan pejabat KV Wilayah Selatan. Kesemua data dan dokumen juga telah dikutip pada hari yang sama. Etika temubual seperti kerahsiaan, keselesaan, dan professionalisme (Piaw, 2012) sentiasa dipatuhi sepanjang sesi temubual dijalankan. Responden kajian ini terdiri daripada 2 orang pegawai dari JPK Wilayah Selatan dan 2 orang pegawai dari KV Wilayah Selatan. Keempat-empat responden kajian ini merupakan individu professional yang terlibat secara langsung dalam keseluruhan aspek program SLDN yang dijalankan di KV Wilayah Selatan.

(5)

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 Status Terkini Pelaksanaan SLDN

SLDN merupakan salah satu program latihan kemahiran yang dijalankan oleh JPK dan melalui kerjasama yang dilakukan bersama dengan BPTV, SLDN telah dapat mula dilaksanakan di peringkat KV (JPK, 2013). Sehingga kini, pelaksanaan SLDN di KV Wilayah Selatan masih lagi bergiat aktif dengan penglibatan 4 buah KV dengan sejumlah 115 orang perantis berdaftar dari pelbagai kursus. Antara kursus yang ditawarkan ialah Juruteknik Kenderaan Motor, Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Pembuat Perabot, Juruteknik Elektrik Rendah, Peralatan Penyamanan Udara HVAC, Proses Shielded Metal Arc Welding, dan Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Salah seorang responden yang terlibat turut menyatakan bahawa “KV kami merupakan antara perintis pelaksanaan SLDN bagi KV wilayah selatan yang telah mula dijalankan pada tahun 2013 dan masih lagi aktif sehingga kini“. Hal ini merupakan sesuatu yang positif kerana boleh memberi peluang yang sama kepada pelatih-pelatih KV Wilayah Selatan yang berminat untuk mengikuti program SLDN ini.

4.2 Kaedah Pelaksanaan Dan Penilaian SLDN

SLDN menggunakan kurikulum latihan yang dibangunkan berdasarkan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dibentuk oleh pakar dalam sesuatu bidang latihan pekerjaan. Ringkasnya, kandungan kurikulum SLDN adalah seperti berikut; Training Occupation atau Latihan Pekerjaan, Occupational Profile atau Profil Pekerjaan, Occupational Core Work Processes atau Teras Pekerjaan dan Proses Kerja, Core Competencies atau Kompetensi Teras,Training Content Outline atau Panduan Kandungan Latihan, dan Learn and Works Assignments(LWA) atau Tugasan Kerja dan Belajar (Sail et al., 2007). Daripada sesi temubual yang dijalankan, pengkaji telah dimaklumkan bahawa “Kerjasama di antara BPTV dan JPK sebenarnya telah bermula sejak lama dahulu iaitu semasa menjalankan kursus-kursus SKM”. Hal ini menunjukkan bahawa, kedua-dua badan ini telah mempunyai pengalaman dan rekod yang baik dalam menjalankan program bersama.

Daripada kajian ini, pengkaji juga telah dimaklumkan bahawa proses penilaian SLDN adalah satu proses untuk menilai tahap pencapaian keterampilan seseorang perantis yang mengikuti program ini. Keterampilan perantis pula merangkumi Kompetensi Teknikal, Pembelajaran dan Metodologi, dan Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan. Penilaian juga akan dilakukan dengan pelbagai kaedah yang telah digariskan oleh kedua-dua pihak iaitu pihak KV dan pihak Industri yang terlibat. Sistem penilaian adalah penting untuk dilaksanakan bagi memastikan seseorang perantis itu telah mencapai tahap keterampilan yang standard dan layak untuk penganugerahan Sijil. Hal ini turut telah disahkan oleh salah seorang responden yang meyatakan bahawa “SLDN yang dilaksanakan di KV ini mengikuti sepenuhnya struktur pelaksanaan dan penilaian yang telah distandardkan oleh JPK, untuk memastikan setiap daripada mereka benar-benar kompeten”.

(6)

4.3 Kaedah Penerapan Kompetensi Kemahiran Sosial Dan Nilai Sosial

Proses penerapan kompetensi kemahiran sosial dan nilai sosial dalam SLDN dijalankan dengan menggunakan sebuah buku panduan yang telah diterbitkan oleh KSM Malaysia sendiri. Buku ini telah ditulis oleh sekumpulan pakar dalam kaedah pelaksanaan dan penerapan kemahiran sosial dan nilai sosial dalam latihan kemahiran di Malaysia ini (Sail et al., 2007). Menurut salah seorang responden yang terlibat, “Buku inilah yang digunakan sebagai panduan oleh tenaga pengajar atau coach untuk membantu pelatih dari aspek kompetensi kemahiran sosial dan nilai sosial di dalam setiap sesi latihan yang dijalankan”. Berdasarkan Rajah 1 di atas, Kemahiran Sosial yang cuba diterapkan ialah kemahiran komunikasi, konsepsual, interpersonal, pembelajaran, kepimpinan, melaksanakan pelbagai tugas mengikut keutamaan, disiplin diri, dan kerja berpasukan.

Manakala Nilai Sosial pula terdiri daripada semangat kebersamaan, kepatuhan, kerjasama, keberanian, ketekunan, rasa terima kasih, jujur, adil, ketelitian, kesederhanaan, sabar, budi bahasa, tepat masa, rasional, rasa hormat, dan berdikari. Berdasarkan perkongsian yang dilakukan oleh salah seorang responden yang terlibat, perubahan ketara dari aspek kemanusiaan ini memang boleh dilihat telah berlaku pada pelajar-pelajar yang mengikuti program SLDN ini. Beliau berkata “Pernah ada satu kumpulan pelajar yang baru balik dari industri ini, bila sampai waktu solat terus ajak semua solat bersama, kalau dulu mesti kena tunggu saya yang suruh”. Beliau turut menyatakan bahawa, di samping perubahan dalam aspek akademik atau kemahiran, perubahan-perubahan aspek sebegini juga adalah penting dalam pembangunan kompetensi setiap pelatih-pelatih yang terlibat. Menurut beliau, “Pelatih kita juga manusia, bukannya mesin”.

4.4 Peningkatan Kualiti Kompetensi Kemahiran Sosial Dan Nilai Sosial

Di antara kekuatan pelaksanaan SLDN di peringkat KV berbanding di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang lain ialah wujudnya keperluan untuk menerapkan nilai-nilai FPK ke dalam setiap pelatih yang terlibat. Hal ini kerana, keseluruhan pengoperasian KV, BPTV, dan pembangunan potensi pelatih itu sendiri masih lagi tertakluk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM sejak sekian lama (PPK, 1988). Ringkasnya, teras-teras yang terkandung di dalam FPK ialah:

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelektual berasaskan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan

(Ismail & Hassan, 2009)

(7)

Seterusnya, pengkaji juga telah mendapatkan pandangan responden berkenaan dengan kaedah yang terbaik untuk menerapkan integrasi nilai Ketuhanan dan Kemanusiaan ini kepada pelatih SLDN di KV. Di antara pandangan yang diberikan ialah “Mungkin penggunaan modul khas ke arah aspek tersebut perlu diwujudkan, dan pembangunan modul itu sendiri mestilah dilakukan dengan teliti terlebih dahulu”. Beliau turut menyatakan bahawa “Kalau boleh pelaksanaan modul kepada pelatih itu nanti di outsource kan bagi meminimumkan beban kepada pihak KV sendiri atau pihak industri”. Pada akhir sesi temubual yang dijalankan, kesemua responden yang terlibat telah menyatakan aspirasi dan harapan yang sangat positif berkenaan bagaimana potensi pelaksanaan SLDN di KV ini dapat dipertingkatkan lagi dengan menggunakan pendekatan yang bersepadu ini. Pendekatan sebegini adalah sangat penting kerana ia merupakan proses menanamkan kefahaman tentang kesihatan spiritual secara teoritikal, praktikal, dan empirikal melalui proses pendidikan dan latihan bagi menjamin perkembangan akal budi yang sejahtera setiap pelatih yang terlibat (Aripin, Hamzah, Othman, & Norihan, 2011; Baba, 2006, 2011).

5. REFLEKSI DAN PERBINCANGAN

Daripada data temubual yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan SLDN pada peringkat awal seperti di KV Wilayah Selatan ini sememangnya mempunyai potensi yang amat besar. Hal ini kerana, pada peringkat awal remaja para pelatih telah diberikan peluang pendedahan kepada aspek World of Work yang sebenar. Perkara seperti ini sememangnya merupakan sesuatu yang amat baik serta bertepatan dengan konsep Technical and Vocational Education and Training (TVET) itu sendiri yang menekankan aspek persediaan untuk pekerjaan (UNESCO, 2012). Namun yang demikian, kita juga perlu berhati-hati dengan sistem pendidikan dan latihan kemahiran yang pada masa kini dilihat semakin memberi fokus kepada pencapaian akademik yang berasaskan pengetahuan intelektual dan kemahiran semata-mata.

Aspek pembangunan potensi spiritual atau kejiwaan seseorang pelatih itu semakin kurang diberikan perhatian. Akibatnya, perkara ini menjadi tidak ubah seperti kilang pelajar yang cemerlang peperiksaan namun tidak mampu menyumbang secara optimum kepada proses pembangunan keilmuan dan seterusnya tidak terbuka untuk menghayati proses pembangunan diri secara berterusan (Baba, 2011; Hamzah, 2010). Komponen-komponen Kemanusiaan dan Ketuhanan juga seringkali dilihat dari perpekstif yang terpisah-pisah dalam subjek yang tertentu sehingga menyukarkan pelatih untuk membuat perkaitan antara subjek, nilai, dan pembangunan akhlak yang ingin diterapkan melalui sistem latihan yang dilalui (Aripin, 2012). Hal ini ternyata bertentangan dengan strategi pembangunan menyeluruh yang terdiri daripada aspek perpaduan nasional, kualiti hidup dan nilai spiritual (Yunos, Ahmad, Kaprawi, & Razally, 2005).

(8)

RUJUKAN

Aripin, M. A. (2012).Modul Pendekatan Pendidikan Integrasi Holistik Dalam Latihan Penguruan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Aripin, M. A., Hamzah, R., Othman, M. Z., & Norihan, I. S. (2011). Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional: Integrasi Kaedah Avicenna dan Konsep Pendidikan Untuk Semua.Jurnal Teknologi (Sains Sosial),56(Sept), 151–160.

Baba, S. (2006).Pendidikan Rabbani; Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Karya Bestari Sdn Bhd.

Baba, S. (2011).Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Techknowlogic Trading Sdn Bhd.

Borham, A. J., Abidin, A. F. M. Z., Ahmad, H., & Razak, M. A. (2011).Mengangkasa Modal Insan; Isu dan Cabaran. Penerbit UMP.

Daud, W. M. N. W. (2005).Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas; Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Penerbit UM.

Hamzah, R. (2010).Mengenal Manusia; Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti. Penerbit UTM.

Ismail, H., & Hassan, A. (2009). Holistic Education in Malaysia.European Journal of Social Sciences,9(2), 231–236.

JPK. (2013).Laporan Tahunan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 2012. Kuala Lumpur: JPK.

KPM. (2008).Buku Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM. (2011).Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Leong, P. C., Narunan, R., & Sim, S. (2010). Background Paper For Malaysia: Skills

Development in The Workplace in Malaysia.ILO/SKILLS-AP/Japan Regional Technical Workshop and Study Programme on Skills Training in the Workplace Overseas

Vocational Training Association, Chiba, Japan, (February).

Leong, P. C., Yunos, J. M., & Spottl, G. (2009). Comparative Review Of The National Occupational Skills Standard (Noss) - Based Training System And The National Dual Training System (Ndts) In Malaysia: Issues And Themes.Malaysian Labour Review, 3(1), 110–138.

Loose, G., Spottl, G., & Sahir, Y. M. (2008).“Re-Engineering” Dual Training – The Malaysian Experience. Deutsche Nationalbibliothek.

Othman, A. (2005). The National Dual Training System : An Alternative Mode of Training for

Producing K-Workers in Malaysia? InHuman Resource Development: Practices and Directions for a Developed Malaysia(pp. 3–8). Penerbit UPM.

Piaw, C. Y. (2012).Kaedah Penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

PPK. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sail, R. M., Aroff, A. R. M., Samah, A. A., Hamzah, A., Noah, S. M., & Kasa, Z. (2007).

Sistem Latihan Dual Nasional; Buku Panduan Kemahiran Sosial dan Nilai Sosial dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Salleh, A. M. (2010).Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Penerbit UKM. UNESCO. (2012).Transforming TVET- from idea to action. UNESCO-UNEVOC

International Centre for Technical and Vocational Education and Training.

Referensi

Dokumen terkait

Melalui undian gendhing , siswa dapat menentukan judul gendhing yang selanjutnya diharapkan dapat mengaktualisasikan kompetensi/sub kompetensi melalui Gendhing Lokananta

7% tersebut perolehan laba yang diperoleh berkisar antara 5% - 18%, oleh karena itu dalam penelitian ini akan diungkap perolehan laba bersih perusahaan jasa konsultan

Kolom Pencarian Berita, dapat digunakan untuk menampilkan hasil pencarian berita yang terdapat pada sistem ini sesuai dengan kata kunci yang diberikan oleh user. Masuk,

Berdasarkan hasil analisis dari 10 sampel batubara yang digunakan dengan lokasi yang berbeda-beda bahwa batubara di Provinsi Bengkulu memiliki kualitas yang baik. Saran Untuk

Pada penelitian ini, dilakukan pengumpulan data yaitu data sistem pengumpulan susu, wilayah pos penampungan, jumlah susu yang dikumpulkan, jarak antar pos

Jika Gereja dianalogikan sebagai perusahaan, maka mereka yang menjadi customer, adalah mereka-mereka yang menjadi sasaran pelayanan dari Gereja, yaitu bukan hanya warga

Hasil penelitian didapatkan sebagian (54,2%) responden di wilayah kerja Puskesmas Muara Kumpeh berperilaku kurang baik dalam pencegahan filariasis, sebagian (59,4%)

Untuk menganalisis apakah kepemilikan institusional dapat memoderasi hubungan antara leverage dan financial distress terhadap manajemen laba