• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEORI NEGARA IDEAL MADINAH AL FADHILAH M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TEORI NEGARA IDEAL MADINAH AL FADHILAH M"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

TEORI NEGARA IDEAL ( MADINAH AL-FADHILAH ) MENURUT AL-FARABI

1. PENDAHULUAN

Perbincangan mengenai konsep kenegaraan bukanlah suatu isu perbincangan baru dalam bidang ilmu falsafah, Hal ini kerana, konsep ini telah ditimbulkan oleh ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam bukunya yang berjudul The Republic. Konsep kenegaraan Al-Farabi ini didakwa diadaptasikan daripada idea Plato, akan tetapi konsep Madinah Al-Fadilah yang dibawa oleh Al-Farabi ini merupakam satu asas atau doktrin dalam agama Islam. Oleh yang demikian, tidak timbullah isu teori yang diperkenalkan oleh Al-Farabi berunsurkan falsafah Greek. (Ahmad Sunawari Long, 2006, 165)

Para orientalis barat yang membuat dakwaan terhadap karya Al-Farabi ini bertujuan untuk melahirkan keraguan terhadap keaslian pemikiran Al-Farabi. Dakwaan ini bukanlah tertumpu kepada Al-Farabi sahaja malahan ia juga dirasai oleh ahli falsafah Islam yang lain. Sejauh manakah dakwaan mereka ini dapat kita kupas melalui keaslian teori kenegaraan yang dibawa oleh Al-Farabi. Keaslian yang terdapat di dalam teori Madinah Al-Fadilah dapat dilihat melalui cetusan idea yang dikemukakan oleh Al-Farabi yang berlandaskan Islam dan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Idea Al-Farabi ini bermotifkan bahawa agama dan falsafah adalah berlandaskan kepada kebenaran.

Oleh sebab yang demikian, Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah Islam menukilkan teori Al-Madinah Al-Fadilah untuk mengharmonikan antara agama dan falsafah. Konsep kenegaraan yang terdapat dalam teori Al-Farabi ini banyak mencontohi bentuk dan hakikat kepimpinan Rasullullah s.w.t sebagai seorang Rasul dan khalifah yang agung dimuka bumi ini. Sikap kepimpinan Rasullullah menjadi titik tolak kepada kecenderungan Al-Farabi dalam melahirkan pemikiran mengenai konsep kenegaraan. Pemikiran Al-Farabi ini penting dalam menyelesaikan kemelut masyarakat bagi mencari teladan kepimpinan yang ideal. (Idris Zakaria, 1986, 17)

(2)

Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Muhammad ibn Tarkham ibn Awzalagh al-Farabi. Ahli falsafah ini dilahirkan dan dibesarkan di perkampungan Wasij, wilayah Farab, Transoxiana, Turkestan. Al-Farabi dilahirkan pada tahun 257 hijrah bersamaan 890 masihi iaitu semasa pemerintahan khalifah al-Muctamid dan meninggal dunia pada pemerintahan Abu al-Qasim al-Muticlillah iaitu pada tahun 861 masihi bersamaan 339 hijrah di Damsyik. (Ahmad Sunawari Long, 2006, 214-215 )

Al-Farabi yang disifatkan oleh Ibnu Khallikan sebagai tokoh falsafah Islam yang agung dan tiada sesiapa yang dapat menandinginya. Selain itu, al-Farabi digelar dengan beberapa gelaran seperti Abu Nasr, Al-Mucallimu al-Thani ( guru kedua ). Namun begitu gelaran yang paling masyhur ialah al-Farabi. ( Idris Zakaria, 1986, 18 )

Pendidikan awal beliau diperolehi di Farab dan Bukhara dan ditempat inilah beliau mula mendalami ilmu agama dan muzik. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Baghdad dan di kota ilmu inilah beliau mendalami bahasa Greek dibawah bimbingan penterjemah Abu Bish Matta Yunus. Manakala ilmu falsafah mula diperolehi melalui bimbingan seorang guru Kristian bernama Yuhanna b. Haylan di Harran iaitu tempat yang banyak mendedahkan beliau kepada falsafah yang dibawa masuk dari Iskandariah.

Al-Farabi merupakan ahli falsafah Islam kedua yang menulis falsafah secara sistematik. Beliau dikategorikan sebagai neoplatonis kerana cuba mengabungkan falsafah Platonisme dan Aristotelisme dengan teologi. Al-farabi bukan sahaja membentangkan ideanya sendiri dalam bidang falsafah malahan beliau juga banyak menulis komentar tentang fzik Aristotle, meteorologi dan logic, oleh sebab yang demikian, al-Farabi dikenali sebagai al-Mucallim al- Thani setelah Aristotle diaggap sebagai al-Mucallim al-Awwal. (Ahmad Sunawari Long, 2008, 215 )

(3)

dalam sains. Selain itu, buku Arac Ahl al-Madinah al-Fadhilah merupakan sebuah karya beliau yang memberi sumbangan besar dalam bidang sosiologi dan sains politik.

Beliau pernah dilantik menjadi seorang kadi di negerinya namun, jawatan yang disandangnya tidak bertahan lama kerana minatnya yang begitu mendalam untuk menimba ilmu pengetahuan, justeru itu beliau terus menumpukan perhatian terhadap ilmu pengetahuan. Faktor yang mendorong penglibatan beliau dalam bidang falsafah ialah apabila beliau telah menerima buku falsafah yang ditulis oleh Aristotle daripada seseorang dan dengan itu telah membuatkan beliau terus meminati untuk mempelajari ilmu falsafah ini dengan lebih mendalam. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh yang menterjemahkan karya-karya Yunani dalam bahasa arab. Sumbangan al-Farabi yang terpenting dalam dunia falsafah terletak pada kealimannya tentang falsafah Plato dan Aristotle. ( M. Saeed Sheikh, 1962, 58-60 )

Teknik penulisan dalam keseluruhan karya beliau dapat dilihat secara umumnya adalah halus, berseni, dan amat mudah difahami. Dalam karya beliau juga, banyak dilampirkan dengan contoh agar sesuatu itu dapat difahami dengan jelas. Kebanyakkan teknik penulisan al-Farabi dipengaruhi oleh gaya penulisan guru-guru beliau seperti Abu Bish Matta bin Yunus ketika guru ini mengajar beliau. Hasil penulisan beliau tersebar ke timur dalam abad ke-4 dan 5 Hijrah dan karya beliau juga tersebar ke barat apabila terdapat beberapa orang Sepanyol yang menjadi pelajar kepada beliau. ( Idris Zakaria, 1986, 36 )

Oleh yang demikian, dapat kita simpulkan bahawa al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah Islam yang begitu banyak memberikan sumbangan kepada dunia falsafah Islam. Kegigihan dan ketekunan beliau dalam menuntut ilmu menjadikan diri beliau sebagai seorang yang alim dan arif dalam pelbagai bidang. Sumbangan beliau masih kekal sehingga sekarang dan kematian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar dalam dunia falsafah Islam.

3. KONSEP KENEGARAAN MENURUT AL-FARABI

(4)

beliau yang banyak memberi impak dalam bidang falsafah politik Islam. Walaupun Al-Farabi bukanlah dikalangan tokoh ahli politik ataupun memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan tetapi melalui pemerhatian dan pengalaman hidup dalam kalangan masyarakat yang kucar-kacir membuatkan beliau terdorong dalam menukilkan pemikiran tentang sebuah negara yang ideal. Teori kenegaraan yang dibawa dibahaskan oleh al-Farabi ini merangkumi masalah-masalah politik dan akhlak. Pembahagian konsep yang terdapat dalam teori kenegaraan al-Farabi meliputi beberapa bahagian iaitu:( Al-Musawi, 95-97 )

1.1Sosiologi

Perbincangan teori kenegaraan ini meliputi aspek sosiologi dimana menurut al-Farabi unsur ini amat penting dalam membentuk sesebuah negara yang ideal dan menggelar masyarakat sebagai ummat. Hal ini kerana, masyarakat merupakan aset utama dalam pembentukan sesebuah negara seperti pentingnya aliran darah dalam tubuh manusia. Dalam perbincangan pembahagian ini al-Farabi cuba membina sebuah negara terbaik yang mana ummatnya sentiasa hidup dalam keadaan politik yang aman dan harmoni serta penuh dengan kesefahaman. Keadaan ini hanya dapat dicapai melalui pengkelasan masyarakat yang sempurna dan teratur. Oleh kerana itu, al-Farabi telah membuat pengkelasan masyarakat yang terdiri daripada masyarakat sempurna ( al-kamilah ) dan tidak sempurna (qhoiru kamilah ).

Al-Farabi meletakkan masyarakat sempurna terdiri daripada tiga peringkat yang berlainan dari sudut saiz masyarakat yang mendiami sesebuah negara. Pembahagian masyarakat mengikut sudut ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu:

1.1.1 Kamilah cUzma iaitu merujuk kepada masyarakat yang besar iaitu masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, keturunan, peradaban, dan bahasa akan tetapi ummat ini memiliki sifat yang sempurna seperti sikap tolong-menolong, bersatu-padu, bersefahaman, dan banyak lagi. Masyarakat ini hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

1.1.2 Kamilah Wusto merujuk kepada masyarakat atau ummat dalam sesebuah negara sahaja.

(5)

Masyarakat tidak sempurna menurut al-Farabi ialah sebuah masyarakat yang belum mencapai taraf hidup yang sempurna dan belum berupaya memenuhi keperluan hidup kerana masyarakat ini tidak mempunyai kesefahaman bersama dalam membentuk sebuah masyarakat yang sempurna. Al-Farabi membahagikan masyarakat yang tidak sempurna ini iaitu kepada:

Masyarakat desa ( al-Qariah ) yang terdiri daripada keluarga-keluarga yang tinggal di suatu kawasan yang masing-masing menjalankan kegiatan ekonomi untuk keperluan diri dan keluarga sahaja. Kebanyakkan mereka melakukan aktiviti ekonomi yang sama seperti pertanian, dan perladangan tetapi mereka juga bekerjasama dalam melakukan kerja yang berat. Namun begitu mereka tidak dapat lagi dikategorikan sebagai masyarakat sempurna kerana belum mencapai tahap yang wujud dalam masyarakat sempurna.

Masyarakat tempatan khusus merujuk kepada satu kumpulan manusia yang tinggal di suatu tempat tetapi mereka bukan berasal daripada tempat tersebut. Masyarakat ini tinggal di suatu kawasan tertentu kerana adanya kepentingan dalam memenuhi keperluan hidup.

Masyarakat tempatan umum pula merujuk kepada sekumpulan manusia yang berada di suatu tempat tertentu

Keluarga yang merupakan salah satu kategori dalam masyarakat tidak sempurna merujuk kepada unit yang kecil yang terdiri sekurang-kurangnya seorang suami dan isteri. Unit yang dimaksudkan ini akan bertambah sekiranya pasangan ini dikurniakan anak-anak. Kelahiran anak-anak ini pula akan terus membentuk keluarga yang lain setelah mereka berkahwin kelak. ( Al-Musawi, 101-126 )

2. CIRI-CIRI NEGARA TERBAIK

(6)

kebahagian dan kesejahteraan. Kesempurnaan yang dimaksudksn oleh al-Farabi bukanlah terletak pada keluasan sesebuah negara tetapi sebaliknaya terletak pada sikap yang ditonjolkan oleh masyarakat itu. ( Richard Walzer, 1962, 208-209 )

2.1Struktur pentadbiran negara terbaik

Negara terbaik adalah sebuah negara yang mempunyai struktur pentadbiran yang tersusun dan sistematik. Al-Farabi telah mengumpamakan struktur pentadbiran negara yang terbaik seperti struktur anggota badan yang baik dan sempurna.Perumpamaan ini telah menjelaskan betapa pentingnya struktur pentadbiran negara terbaik dalam melahirkan negara yang ideal. Struktur pentadbiran negara terbaik ialah satu aliran kerjasama yang terjadi diantara pemimpin dan masyarakat yang harmoni dalam pentadbiran bagi memastikan kesempurnaan dalam setiap tugasan atau tanggungjawab yang dilaksanakan oleh rakyat dan pemerintah. Perkara ini mempunyai persamaan dengan tubuh badan manusia dimana setiap anggota mempunyai fungsi atau tugas tertentu serta saling bergantung diantara satu sama lain. Dalam sebuah negara memerlukan seorang insan yang sempurna bagi mengetuai semua lapisan masyarakat atau ummah. Melalui struktur pentadbiran ini dapat dilihat bahawa kesempurnaan sesebuah negara terletak di tangan pemimpin dan masyarakatnya. (Idris Zakaria, 1986, 85-87 )

5 MATLAMAT NEGARA IDEAL

(7)

ummah harus mempunyai ideologi yang tetap dan jelas bagi mencapai tujuan dan matlamatnya. Seorang sarjana yang bernama cAbbas Mahmud mengatakan bahawa al-Farabi meletakkan matlamat teori Negara Ideal yang dibawanya dapat memberi kebahagiaan yang abadi kepada masyarakat. Kebahagian merupakan tunggak utama al-Farabi dalam teori negara ideal yang dibawanya kerana menurut beliau kebahagian dan kesempurnaan menjadi impian semua manusia di dunia ini. Al-Farabi menekankan bahawa objektif utama manusia hidup adalah mengecapi kebahagiaan. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat tersebut konsep kenegaraan terbaik merupakan satu cara bagi mencapai kebahagiaan. Dalam usaha untuk mencapai kebahagiaan dalam konsep teori Negara Ideal al-Farabi telah menggariskan beberapa usaha bagi menjayakannya. Majid Fakhry, 1997, 42-45 )

5.1 Al-Farabi menolak sikap individualistik dimana menurut beliau sesuatu yang ingin dilakukan dalam mencapai kebahagian dalam sesebuah negara haruslah dijalankan secara kerjasama. Hal ini kerana, dengan bekerjasama kebahagian akan dapat dirasai bersama-sama. Menurut beliau juga, kebahagian boleh dicapai melalui niat yang suci dan beramal dengan cirri-ciri keislaman yang mulia.

5.2 Saranan supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur kebendaan dibawa oleh al-Farabi agar masyarakat tidak mengutamakan kebendaan mengatasi keperluan hidup yang lain. Al-Farabi berpendapat bahawa selagi manusia tidak membersihkan jiwa mereka dari perkara-perkara lahirriyah yang tidak kekal maka kebahagiaan yang dikecapi tidak akan dapat bertahan lama. ( M.Saeed Syeikh, 1962, 58-63 )

(8)

Al-Farabi berpendapat usaha untuk menjadikan seesebuah negara itu bertaraf ideal bergantung kepada sikap, ideologi, sifat, dan amalan masyarakat itu sendiri. Justeru itu, ummah dalam negara tersebut haruslah mempunyai sifat-sifat terpuji agar dapat membentuk masyarakat yang bertamadun. Ummah yang terbaik dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dapat memberi manfaat kepada negara dan dengan itu, semua kepentingan negara dapat diperolehi dengan sempurna. Dalam hal ini, al-Farabi amat mementingkan pengkhukhususan pekerjaan kerana pada pandangan beliau kecenderungan seseorang individu dalam sesuatu bidang perlu dipertimbangkan supaya cita-cita setiap rakyat dapat tercapai.

Al-Farabi berpendapat ummah negara terbaik mempunyai nilai-nilai akhlak yang terpuji serta beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agama . ( Rev. Robert Hammond, 1947, 50 )

7. NEGARA JAHIL ( MADINAH AL-JAHILLIYAH )

Negara yang tidak ideal menurut al-Farabi merupakan sebuah negara yang mana ummatnya mengamalkan sifat yang bertentangan dengan akhlak Negara Ideal. Menurut al-Farabi terdapat empat kategori negara yang tidak ideal iaitu: 7.1 Negara jahil yang bercirikan ummat yang tidak mengetahui tentang hakikat kebahagian dan berfkir untuk mencapainya biarpun kebahagiaan itu diterangkan kepada mereka namun mereka tetap gagal untuk memahami maksud kebahagiaan yang dimaksudkan. Ummat seperti ini hidup hanya bermotifkan untuk mencukupi apa yang ada tanpa mahu berusaha kepada yang lebih baik. Kategori negara ini terbahagi kepada lima jenis iaitu Negara Dharurah, negara Kapitalis, Feudal, Imperialis, dan al-Narki.

(9)

Selain itu, negara Jahil juga merujuk kepada negara Fasiq dimana penduduknya sama seperti negara ideal tetapi amalan hidup mereka bertentangan dengan hakikat sebenar negara ideal kerana mereka mengetahui tentang kebahagiaan dan kewujudan tuhan namun mereka tidak mengaplikasikan semua itu dalam kehidupan. Dalam pada itu, negara menyeleweng juga termasuk dalam negara jahil dimana pemikiran dan tindakan rakyat negara ini sama dengan agama ideal tetapi pada akhirnya semua itu berubah dan berlawanan dengan negara ideal yang sebenar-benarnya. Seterusnya negara jahil merujuk pada jenis negara sesat dimana pada awalnya rakyat mengetahui dan memahami erti kebahagian tetapi pengetahuan tersebut tidak memberi kesan pada amalan mereka. ( Rev. Robert Hammond, 1947, 51-53 )

8. PERBEZAAN MASYARAKAT IDEAL DENGAN MASYARAKAT TIDAK IDEAL

Masyarakat ideal merupakan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai mulia tanpa mementingkan hawa nafsu kerana memahami konsep kenegaraan yang sebenar. Dalam masyarakat ideal juga tidak akan wujud sebarang penindasan dan kezaliman kerana masyarakatnya sering tolong-menolong untuk mencapai matlamat yang sebenar. Hubungan interaksi antara manusia yang lain tidak terputus sehingga kematian. ( Rev. Robert Hammond, 1947, 50-51 )

(10)

9. KONSEP KETUA NEGARA TERBAIK

Manusia yang hidup bermasyarakat memerlukan kepada pemimpin bagi mencapai kehendak dan tujuan dalam mengharmonikan kehidupan bermasyarakat. Perpaduan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat tidak akan tercapai tanpa seorang pemimpin yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan terbaik. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan sebagai gelaran kepada pemimpin iaitu diantaranya khalifah, imam, dan amirul mukminin. Pemimpin merupakan penyambung dan penganti tugas Rosul s.a.w dalam menyebarkan agama Islam. Pemimpin adalah orang yang penting dalam urusan sosial dan kenegaraan, beliau merupakan orang yang berkuasa dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya samaada dalam masyarakat berkelompok besar atau kecil kerana seorang ketua dapat menjamin kebahagiaan ummah. Ketua negara juga menjadi tonggak kekuatan sesebuah negara dan pada ketua juga rakyat menaruh harapan untuk mendapat kebahagiaan. ( Idris Zakaria, 1986, 123 )

Seorang ketua negara diaggap sebagai seorang yang sempurna kerana beliau telah mencapai tahap kesempurnaan dari segi mental dan fzikal serta moral sehigga membuatkan beliau layak dilantik menjadi ketua yang memikul semua amanah rakyat terhadapnya. Al-Farabi memperkenalkan konsep ketua negara secara mutlak tanpa mengharapkan pertolongan orang lain kerana pemimpin haruslah mempunyai pengetahuan dalam menjalankan tugas. Hal ini bukan bermaksud pemimpin itu tidak menghiraukan pandangan orang yang dipimpinnya tetapi merujuk pada kredibiditi seseorang ketua itu. Al-Farabi menggariskan beberapa syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu diangkat menjadi seorang pemimpin iaitu bersikap adil dalam semua tindakan yang diambil. Pemimpin juga harus mempunyai ketinggian ilmu agama sehigga boleh berijtihad dalm sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan. Tubuh badan yang sempurna dan sihat serta sempurna pancaindera juga penting dalam pelantikan seseorang pemimpin agar dapat menjalankan tugas dengan lancar. Pemimpin juga harus berani dalam memerangi musuh untuk menjaga keselamatan rakyat dan memelihara keagungan Islam daripada diceroboh. (Idris Zakaria, 1986, 124 )

(11)

satu cara yang amat berkesan dalam memupuk kebahagiaan dalam sesebuah negara yang dibentuk.

10. PENILAIAN TEORI KENEGARAAN AL-FARABI

Konsep kenegaraan yang diperkenalkan oleh al-Farabi merupakan satu konsep yang sangat menyeluruh dalam membina sesebuah negara yang ideal. Hal ini kerana, konsep ini disusun dengan meliputi semua aspek bagi memperolehi kebahagiaan kepada semua pihak tanpa mengira pada kepentingan peribadi dan hawa nafsu.

(12)

Ciri-ciri yang digariskan oleh al-Farabi adalah mencontohi sifat-sifat kepimpinan Rasullullah. Maka jelaslah bahawa cirri-ciri ketua negara yang digariskan oleh al-Farabi berbeza dengan teori Plato.

11. PERBANDINGAN ANTARA KONSEP KENEGARAAN AL-FARABI DAN PLATO

Dalam membicarakan teori kenegaraan al-Farabi tidak mengelak daripada kontroversi yang mendakwa bahawa teori beliau diadaptasikan dari teori negara ideal Plato. Disebabkan dakwaan ini dapat kita lihat teori kenegaraan yang dibawa oleh kedua-dua ahli falsafah ini. Perbezaan yang dapat dilihat dalam teori kedua-dua tokoh ini dari sudut sosiologi dimana Plato struktur masyarakat kepada tiga peringkat pertama ahli falsafah, kedua tentera dan rakyat pembahagian ini dilakukan oleh Plato dalam membentuk sebuah negara yang ideal kerana menurut pandangan beliau hanya ahli falsafah yang layak menjadi pemimpin kerana ketinggian dan keagungan ilmu yang dimiliki oleh golongan ini.

Dalam pembahagian ini, terdapat beberapa peringkat dalam melahirkan ahli falsafah yang benar-benar layak menjadi pemimpin. Diperingkat awal semua rakyat diberi pendidikan yang sama. Pada tahap umur 16 tahun mereka akan diajar pendidikan muzik, puisi dan sajak. Pada peringkat umur 16-18 mereka akan lebih diberi penekanan dalam subjek matematik supaya dapat menajamkan minda. Pada umur 20 tahun mereka akan memasuki peperiksaan pertama dimana mereka yang berjaya akan meneruskan pengajian manakala yang gagal akan diserapkan dalam bidang ketenteraan. ( Ahmad Sunawari Long, 2006, 176- 178 )

(13)

Hal ini berbeza dengan teori kenegaraan al-Farabi di mana secara keseluruhan teori kenegaraan beliau berpandukan kepada ajaran Islam dan digabungkan kaedah pemikiran secara rasional. Perkara ini dapat dibuktikan di mana al-Farabi memartabatkan darjat ketua negara daripada seorang ahli falsafah sebagaimana yang dikehendaki dalam teori kenegaraan Plato kepada seorang pemimpin yang mencontohi cirri-ciri kepimpinan Rasullullah.

Namun begitu tidak dinafkan teori Negara Ideal yang dibawa oleh dua orang ahli falsafah terkemuka dunia ada persamaan antaranya ialah ciri-ciri pemimpin yang berilmu tinggi bagi mentadbir sebuah negara menggunakan keparan dalam menyelesaikan urusan pentadbiran negara. Seterusnya al-Farabi meletakkan ketua negara sebagai contoh teladan yang terbaik kepada rakyat bagi menjamin kebahagiaan. Selain itu, teknik penyusunan dan struktur pentadbiran negara mengikut teori kedua-dua tokoh ini membawa kearah pentadbiran yang sistematik dan kebahagiaan. Justeru itu, mereka tidak menetapkan sebarang perubahan kepada ketua negara kerana tidak menyukai kepada perubahan. (Idris Zakaria, 1986, 113-115 )

(14)

12. PENUTUP

Teori kenegaraan yang diperkenalkan oleh al-Farabi merupakan suatu khazanah Islam yang amat berharga. Kecerdikan al-Farabi tidak dapat di sangkal lagi kerana beliau memang terkenal sebagai seorang pemikir Islam yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Walaupun al-Farabi bukanlah ahli politik yang terkenal seperti Ibnu Sina tetapi beliau merupakan seorang pemikir yang alim dalam ilmu pengetahuan sehingga huraian politiknya dalam kitab Madinah al-Fadilah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang terutamanya pada zaman beliau sendiri.

Al-Farabi memulakan teori politiknya dengan penerangan mengenai konsep manusia yang memerlukan hidup bermasyarakat dalam melahirkan negara yang harmoni. Penghasilan teori kenegaraan oleh al-Farabi menunjukkan betapa kesungguhan al-Farabi dalam menekankan aspek akhlak sebagai perkara terpenting dalam membina sebuah masyarakat yang bertamadun.Dalam falsafah politik al-Farabi yang berkonsepkan ketuhanan atau metafzik membawa kebahagiaan yang lebih bersifat kerohanian disamping mencari hakikat kehidupan yang sebenar.

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan cirri-ciri kenegaraan al-Farabi diasas berdasarkan pemikiran beliau sendiri. Ciri-ciri tersebut ialah:

a. Falsafah kenegaraan al-Farabi diasaskan untuk mencapai kebahagian sejagat yang mana melaluinya membawa kepatuhan kepada pemerintah secara kolektif.

(15)

c. Al-Farabi menyamakan teori kenegaraan beliau dengan struktur anggota badan dalam menunjukkan kerjasama dan ketanggungjawaban.

d. Matlamat teori beliau adalah untuk membimbing ummah kearah mengenali Allah lebih daripada tuntutan dan kehendak hawa nafsu. e. Negara akan menjadi sempurna dengan wujudnya ketua negara

yang berilmu dan berakhlak.

f. Negara terbaik adalah negara yang diperintah oleh seorang pemerintah yang berfungsi sebagai tunggak keadilan kepada negara dan rakyat yang bermatlamatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

(16)

13. RUJUKAN

Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah Falsafah. ED. Ke-2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahmad Sunawari Long, Ismail Mohamad & Muhd. Nasir Omar. 2001. Falsafah

Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Idris Zakaria. 1986. Teori Kenegaraan Al-Farabi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Majid Fakhry. 1997. A Short Introduction to Islamic Philosophy Theology and

Mysticism. England: One Publications

Musawi Musa. 1972. Minal Kindi Ila Ibnu Rushd. Beirut: Maktabah Al-Fikr al-Jamci Netton I.R Netton. 1992. Al-Farabi and His School. New York: Routledge 11 New Fetter Lane

R.R Hammond. 1947. The Philosophy Of al-Farabi And Its Infuence On Medievel Thought.

New York: The Hobson Book Press

Richard Walzer. 1962. Greek Into Arabic Essays On Islamic Philosophy. London: Lowe & Brydone

Sheikh Saeed. M. 1962. Islamic Philosophy. London: The Octagon Press

Yusoff Zaky Yacob.1970. Fikiran-Fikiran Falsafah Dan Perkembangannya &

(17)

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil pra survey di atas dapat diketahui bahwa dari kelima karakteristik kewirausahaan ternyata dua perolehan tertinggi yang dipilih oleh responden sebagai

Kabupaten Lahat terus berusaha untuk menanggulangi masalah banjir di Kecamatan Lahat maka Dinas PU Cipta Karya dan Tata Ruang Kabupaten Lahat sebagai dinas teknis yang

Artinya, ipteks memberikan fasilitas kemudahan bagi manusia, juga mampu merugikan manusia (Pewangi: 6). Sesuai dengan uraian di atas, dapat disimpulkan bahwa pendidikan

bahwa persentase penggunaan bekatul yang berbeda tiap perlakuan memberikan pengaruh yang nyata terhadap rasa nugget belut-bekatul (P<0,05). Nugget belut yang memiliki rasa

Pandangan masyarakat sunda terhadap orang asing, nilai yang menentukan. sikap orang sunda terhadap orang asing yang terkandung dalam

Calon pendamping tidak berasal dari perguruan tinggi yang sama dengan penulis, memiliki bidang kepakaran sesuai dengan bidangnya, bersedia dan mempunyai waktu untuk melakukan

Sebelum melakukan gerakan sosial, masyarakat bersama LSM menyusun strategi yang bertujuan mempengaruhi kebijakan pemerintah untuk mengeluarkan SK penutupan industri pengelolaan

Tabel 4.2 Tabel hasil Uji Normalitas Kadar Protein pada Ikan Tongkol ( Euthynnus affinis ) Berdasarkan Metode Pengasapan