• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sorotan literatur Penjagaan tak formal d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sorotan literatur Penjagaan tak formal d"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK: KEPENTINGAN PENJAGAAN TAK-FORMAL BAGI WARGA EMAS. KAJIAN KES DIBAWAH PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

Disediakan oleh:

NORHAFSHAM BIN TAHIR

AEP110008

Disediakan untuk:

PROF. MADYA DR SITI HAJAR ABU BAKAR AH

(2)

SOROTAN LITERATUR

KAJIAN PENJAGAAN TAK-FORMAL

Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat mengenai penjagaan tak-formal. Kajian mengenai penjagaan tak-formal dapat ditinjau daripada pelbagai dimensi. Untuk memastikan perbincangan mengenai kajian penjagaan tak-formal ini lebih jelas, maka pembentangannya akan dipecahkan kepada3 bahagian iaitu penjagaan tak-formal di dalam negara, kajian penjagaan tak-formal diluar negara dan kajian lepas mengenai warga emas.

1. Kajian Penjagaan Tak-formal di dalam Negara

Kebanyakkan kajian tempatan yang dijalankan mengenai aspek ini adalah kajian-kajian ilmiah yang berkaitan dengan penjagaa tak-formal. Fatimah et al. (2013) telah melakukan kajian untuk melihat fungsi keluarga (penjaga tak-formal) dalam penjagaan pesakit mental.

Kajian ini menyentuh tentang latar belakang penjaga tak-formal dan persekitaran tempat tinggal mereka sebagai pembolehubah penting dalam mempengaruhi tahap dan kualiti penjagaan yang disediakan oleh penjaga untuk ahli keluarga mereka. Subjek kajian terdiri daripada 61 orang penjaga telah ditemu bual secara mendalam semasa lawatan di rumah, 66.7 % penjaga adalah perempuan sementara 39.3 % lagi adalah lelaki.

(3)

Kajian ini juga telah menerima kebenaran jawatankuasa etika penyelidikan Institusi Penyelidikan Perubatan Malaysia Teknik. Persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Seperti yang dinyatakan, responden kajian terdiri daripada 61 orang penjaga. Antara maklumat yang dikaji ialah latar belakang responden seperti status perkahwinan, tahap pendidikan, tahap pendapatan, status pekerjaan.

Keputusan kajian Fatimah et al (2013) menunjukkan bahawa cara penjagaan tersebut bersifat personal dan nurturing. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa kebanyakkan keluarga yang menjalankan penjagaan tak-formal ini miskin, tidak berkeupayaan fizikal dan emosi. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan penjagaan sebagaimana yang sepatutnya. Keluarga yang menjaga individu yang melakukan pekerjaan di luar pada masa yang sama. Akibat daripada tanggungjawab penjagaan yang dipikul, penjaga terpaksa melibatkan diri dalam pekerjaan yang mempunyai masa yang fleksibel. Ini adalah untuk memastikan bahawa pesakit boleh dipantau dari semasa ke semasa. Jenis pekerjaan ini merupakan bentuk kerja yang menghasilkan pendapatan yang sedikit dan lazimnya terletak dikategori pekerjaan tidak profesional dan dibayar rendah. Keadaan ini secara tidak langsung memberikan kesulitan ekonomi kepada penjaga dan keluarga.

(4)

keluarga yang enggan untuk memberikan masa, tenaga dan sumber-sumber yang ada untuk menjaga ahli keluarga yang sakit.

Kajian juga menunjukkan bahawa penjaga mengalami tekanan emosi semasa menjaga pesakit. Satu lagi perkara lagi yang berkaitan dengan kajian ini, obligasi untuk menjaga ahli keluarga yang sakit dipikul oleh wanita khasnya isteri dan ibu. Kajian ini juga mendapati bahawa wanita dewasa memikul peranan menjaga dan merawat (caring and nursing), tanpa mengira sama ada mereka mempunyai obligasi sosial lain di luar rumah.

2. Kajian Penjagaan Tak-formal di Luar Negara

Kebanyakkan kajian mengenai penjagaan tak-formal diperolehi melalui negara-negara yang berbeza. Tujuan peninjauan kajian-kajian luar negara ini adalah untuk melihat kepelbagaian daalam bentuk, jenis kajian, dimensi kajian, pemboleh ubah-pemboleh ubah, perhubungan, serta metod yang digunakan oleh penyelidik luar negara. Ini adalah penting bagi memberikan gambaran mengenai penjagaan tak-formal secara universal.

(5)

Kajian ini menggunakan alat ukuran CES-D versi Jepun untuk mengukur tahap depressi dalam kalangan penjaga. Terdapat berapa dimesi yang diukur untuk melihat tahap depressi yang dialami oleh penjaga. Pertama ukuran melibatkan penilaian dalam keadaan afektif penjaga, keadaan fizikal, ekonomi, luangan masa lapang, tingkah laku,

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aktiviti penjagaan dengan depressi. Kebanyakkan penjaga tak-formal ini mengalami depressi akibat daripada beban penjagaan fizikal dan emosi. Kajian ini telah mencadangkan dua pendekatan untuk mengurangkan tekanan mental kepada penjaga. Pertama, dengan menggunakan perkhidmatan sokongan formal. Bentuk sokongan formal, ini melibatkan pelaburan modal untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan bagi warga emas. Kedua, pendekatan yang disarankan ialah peranan sokongan oleh para praktis profesional seperti doktor, jururawat dan penjaga supaya menjalinkan hubungan yang rapat dan memberi sokongan emosi kepada penjaga tak-formal.

Terdapat beberapa limitasi dalam kajian ini. Pertama, kajian ini tidak melibatkan penyertaan kepada penjaga tak-formal yang mengalami tekanan yang serius. Kajian yang selanjutnya dicadangkan supaya merangkumkan kumpulan ini dalam kajian. Kedua, kajian ini tidak melihat dengan lebih mendalam terhadap faktor ketidakupayaan fizikal dan kognitif warga emas yang dijangkakan menjadi faktor utama dalam tekanan dalam kalangan penjaga.

(6)

faktor-fakor yang mempengaruhi penglibatan dalam penjagaan, penglibatan, serta penerimaan kualiti penjagaan oleh warga emas.

Jangka masa kajian ini dilakukan ialah 2 tahun iaitu bermula daripada tahun 1991 hingga tahun 1993. Responden kajian berjumlah sebanyak 369 orang; yakni 159 orang responden diperolehi di hospital universiti, 104 di unit geriatrik dan 106 responden di rumah jagaan warga emas. Kebanyakkan responden adalah ahli keluarga kepada warga emas iaitu anak, pasanagn dan saudara yang mempunyai pertalian darah dengan warga emas.

Ukuran dalam kajian ini melibatkan senarai-senarai jenis aktiviti dan penjagaan yang dilakukan oleh penjaga terhadap warga emas. Aktiviti tersebut merangkumi aspek penjagaan pemakanan, kesihatan, sokongan fizikal dan sokongan moral. Ciri-ciri psikometrik diakses menggunakan pekali kolerasi Spearman dan Cronbach alfa. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik mendapatkan data daripada responden. Hasil kajian membuktikan bahawa majoriti penjaga tak-formal memberikan sokongan emosi kepada warga emas. Ini menunjukkan kepentingan penjaga tak-formal sebagai sumber sokongan emosi bagi warga emas.

Kajian dalam penjagaan tak-formal juga dijalankan oleh Ekwall, Sivberg, Hallberg (2004; 18) di negara Sweden. Kajian ini bertujuan untuk melihat dimensi dalam penjagaan tak-formal dan kualiti kehidupan dalam kalangan warga emas. Seramai 783 orang menjadi subjek kajian, 457 adalah penjaga tak-formal lelaki dan 326 adalah penjaga tak-formal wanita. Instrumen kajian menggunakan boring soal selidik.

(7)

care’, ‘penjagaan keselamatan’, ‘penyeliaan’, ‘penjagaan instrumental’, ‘pemeliharaan’, ‘maintaining the self-esteem of the person’,penjagaan rekonstruktif’, dan ‘penjagaan reciprocal’.

Dapatan kajian memperlihatkan kebanyakkan penjaga tak-formal membantu warga emas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan, menyelia dan menguruskan tingkahlaku berisiko dan terlibat dalam penjagaan keselamatan bagi warga emas. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan gender dalam penjagaan tak-formal bagi warga emas. Kajian ini membuktikan kebanyakkan subjek kajian wanita terlibat dalam penjagaan preventif, manakala subjek lelaki lazim melibatkan diri dalam aktiviti memasak, membasuh baju dan membeli barang. Melalui dapatan kajian ini, aktiviti penjagaan juga perlu dilihat dari aspek gender.

Kotsadam (2011) telah menjalankan kajian untuk melihat implikasi penjagaan tak-formal terhadap pekerjaan wanita. Kajian tersebut telah dilakukan di negara berkebajikan di benua Eropah. Pemboleh ubah bersandar yang diperolehi daripada kajian ini ialah pekerjaan dan kerja rumah manakala pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah aktiviti penjagaan dan masa yang diperuntukan dalam penjagaan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan penjagaan tak-formal terhadap kedudukan ekonomi wanita. Ini adalah disebabkan bahawa masa penjagaan yang diluangkan memyebabkan gangguan terhadap pekerjaan wanita. Sebahagian wanita yang bekerja terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibu-bapa yang memerlukan penjagaan sepenuh masa. Wanita yang bekerja di luar rumah terpaksa berulanga-alik ke rumah untuk memantau ibu-bapa yang uzur. Ini bermakna aktiviti penjagaan tak-formal memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi penjaga.

(8)

kelaziman dalam laporan mengenai kondisi kronik pesakit yang memerlukan penjagaan dan pengurusan dengan memfokuskan kepada penuaan yang sihat dalam populasi kajian. Data kajian diperolehi daripada ahli keluarga yang merupakan penjaga tak-formal kepada pesakit kronik. Objektif khusus kajian adalah ingin mengenalpasti maklumat tentang jenis aktiviti dalam penjagaan yang dilakukan oleh penjaga. Seramai 921 responden terdiri daripada pelbagai latarbelakang demografi (483 adalah lelaki dan 438 adalah wanita).

Hasil kajian melihat kepada aspek masa yang diluangkan untuk penjagaan. Masa penjagaan memberikan kesan kepada kesihatan penjaga dan menyumbang kepada pemencilan dan isolasi daripada jaringan sosial. Pemencilan sosial ini berlaku kerana penjaga terpaksa meluangkan masa seharian untuk menjaga pesakit. Akiabtnya, mereka tiada peluang untuk bersosial. Kajian ini juga mendapati remaja wanita yang menjalankan peranan penjagaan mendapat kesan dari aspek sosial seperti terpaksa menamatkan pendidikan pada usia yang awal dan ada diantara wanita berkahwin kerana terpaksa menjalankan penjagaan sepenuh masa untuk ahli keluarga yang berpenyakit kronik. Kajian ini juga mendapati kebanyakkan penjaga menghidapi stress dan tekanan mental yang berakibat daripada penjagaan

(9)

Kajian dijalankan oleh Trukeschitz et el (2013) adalah bertajuk ‘Penjagaan Tak-formal dan Tekanan Daripada Pekerjaan’. Kajian ini adalah berikutan daripada peningkatan keperluan penjagaan dalam ruang domestik. Objektif kajian ini ialah untuk melihat hubungan antara penjagaan warga emas dan tekanan pekerjaan.

Subjek kajian adalah terdiri daripada 938 pekerja berbangsa Austria. Kajian ini dilakukan dalam bentuk eksperimen. Subjek kajian dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan bebas. Kumpulan kawalan terdiri daripada pekerja yang menjalankan tanggungjawab penjagaan tak-formal bagi warga emas manakala kumpulan bebas terdiri daripada pekerja yang tiada tanggungjawab untuk menjaga warga emas. Model regressi Tobit digunakan untuk melihat tekanan kerja melalui berbezaan dalam pengukuran dalam penjagaan sebagai pemboleh ubah kawalan.

Dalam hasil kajian Trukeschitz et al (2013), didapati penjaga tak-formal bagi warga emas mempunyai hubungkait dengan tekanan-kerja dalam 2 cara, iaitu peningkatan bersama dengan masa penjagaan dan beban penjagaan yang subjektif. Walaubagaimanapun, setelah pengakaji memanupulasi beberapa aspek penjagaan, keadaan atau status penjaga menunjukkan hubungan yang negatif terhadap situasi tekanan. Kesimpulannya, penjagaan tak-formal boleh menjadi sumber kepada tekanan di tempat kerja.

(10)

hubungan diantara gender dan penjagaan intensif. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat hubungkait diantara gender dan kepuasan penjagaan oleh penjaga tak-formal yang berlainan gender.

Hasil kajian membuktikan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara gender dan penjagaan intensif, masa penjagaan dan kepuasan. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dalam tekanan subjektif diantara lelaki dan wanita. Pada akhir kajian ini, penekanan dinyatakan terhadap aspek budaya dalam mempengaruhi hubungan gender dalam penjagaan. Hal ini kerana negara Sepanyol telah diidentifikasikan sebagai negara yang mempunyai norma patriaki yang kuat. Norma patriaki ini mengambilkira aspek penjagaan dan kekeluargaan. Dilihat daripada kajian ini, negara yang kurang familisme memperlihatkan jurang dalam gender dan penjagaan. Oleh itu, pengkaji telh membuat kesimpulan bahawa kepelbagaian budaya boleh mempengaruhi hubungan gender dalam penjagaan intensif.

(11)

Hasil kajian Udhayakumar, Illango (2012) menunjukkan warga emas yang buta huruf memerlukan penjagaan manakala warga emas yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik masih mampu berdikari. Hal ini kerana warga emas yang berpendidikan mampu berkomunikasi atau bersosial dengan lebih baik berbanding dengan warga emas yang buta huruf. Keadaan ini membantu warga emas untuk mendapatkan sokongan dari keluarga. Kajian mendapati kebanyakkan penjaga juga adalah terdiri daripada individu yang buta huruf. Walaubagaimanapun, penjaga masih lagi mampu untuk mernguruskan ahli keluarga. Kajian ini juga mendapati bahawa kualiti penjagaan tiada hubung kait dengan status ekonomi keluarga. Walaupun, keadaan yang miskin, penjaga tetap menjalankan tanggungjawab penjagaan seperti mana yang dilakukan oleh penjaga yang berkeadaan ekonomi yang lebih baik. Ini membuktikan bahawa keluarga yang berlainan status ekonomi berkemampuan menjalankan bentuk dan jenis tanggungjawab penjagaan yang sama atas dasar kekeluargaan dan kasih sayang.

(12)

Kajian Lee & Kwok (2005) menggunakan kaedah temu bual berstruktur dalam kajian beliau. Secara amnya, temu bual berfokus kepada isu kecukupan (adequacy) dalam penjagaan yang melibatkan sokongan material, sokongan bukan material dan penjagaan pengurusan diri. Sokongan material meliputi sokongan keewangan dan barang-barang keperluan yang diperlukan oleh warga emas. Sokongan bukan material mencakupi sokongan emosi, hubungan intimasi dan teman. Penjagaan juga melihat aktiviti memberikan makanan dan ubat-ubatan kepada warga emas.

Soalan temu bual dibentuk dalam tiga bahagian. Bahagian pertama soalan dirangka untuk mendapatkan maklumat asas subjek seperti jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, tahap pendapatan, tanggungan keluarga dan aspek-aspek sosio-demografi yang penting untuk diambil. Bahagian ke dua dalam soalan temu bual adalah mengenai soalan untuk menkaji dan mengeksplorasi ekspetasi penerima jagaan terhadap khidmat yang diterima. Bahagian ke tiga soalan adalah mengenai penilaian dan pandangan responden terhadap kecukupan dalam penjagaan yang diterima.

(13)

Kajian ini juga menunjukkan bahawa kepuasan dalam sokongan dan penjagaan tak-formal mempunyai hubung kait dengan keadaan persekitaran kediaman. Keadaan kediaman merupakan aspek yang penting dalam melihat kepuasan warga emas terhadap sokongan. Warga emas dilihat lebih selesa dan terjamin sekiranya mereka tinggal bersama dengan anak-anak (sekurang-kurangnya seorang atau lebih). Ini adalah berdasarkan kepada perbandingan yang dibuat antara warga emas yang tinggal bersendirian dengan yang tinggal bersama ahli keluaraga. Warga emas yang tidak tinggal bersama dengan keluarga berkemungkinan kurang menerima jagaan harian, sekuriti keewangan dan kekurangan sokongan emosi. Kebanyakkan warga emas risau sekiranya mereka tiada penjagaan apabila jatuh sakit.

Kajian ini juga mendapati, golongan wanita merupakan golongan yang memainkan peranan yang penting dalam penjagaan tak-formal dalam urusan penjagaan harian, penjagaan emosi dan sokongan berbanding dengan golongan lelaki. Penjaga tak-formal wanita dalam kajian ini menunjukkan kehadiran dan kesediaan yang optimum semasa mereka diperlukan untuk membantu warga emas. Berdasarkan kepada respon yang diperolehi daripada warga emas kajian mendapati wanita lebih memberikan kepuasan dalam aspek penjagaan.

(14)

Peranan anak perempuan lebih utama itu mungkin mempunyai kaitan dengan tanggapan umum bahawa menantu perempuan itu tidak dapat memberikan jagaan sebagaimana yang dilakukan oleh anak perempuan sendiri. Pandangan lain pula ialah anak lelaki enggan menyediakan penjagaan kerana takut membebankan isterinya. Terdapat juga anak-anak perempuan yang enggan menjaga ibu-bapa yang telah tuan kerana tidak mendapat persetujuan daripada suaminya (Fatimah, 2009).

Dari dimensi ekonomi, status keewangan penjaga memainkan peranan dalam pengagihan sokongan terhadap warga emas. Pendapatan yang kurang akan memberikan kesan terhadap kualiti penjagaan kerana ianya berkait rapat dengan pemenuhan keperluan asas bagi warga emas. Penjaga yang mempunyai status ekonomi yang rendah lazimnya tidak mampu untuk memenuhi kehendak penjagaan yang diperlukan oleh warga emas.

Kajian Lee & Kwok (2005) juga mendapati faktor geografi mempengaruhi aktiviti penjagaan. Terdapat anak-anak responden yang tinggal berjauhan kerana fakor pekerjaan dan ingin berkeluarga nukleus. Semakin jauh lokasi anak dengan ibu-bapa, semakin jarang aktiviti penjagaan yang diberikan oleh anak. Ini memberikan kesan kepada aspek emosi warga emas yang memerlukan sokongan moral pada usia yang semakin tua.

(15)

3. Strategi Meningkatkan Pengupayaan Penjaga Tidak Formal

Penjaga tak-formal memerlukan sokongan dan pendayaupayaan untuk memastikan tugas sebagai penjaga dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Strategi untuk meningkatkan pengupayaan penjaga tidak formal oleh Fatimah (2009) boleh dijadikan sebagai contoh.

Konsep pengupayaan boleh dilihat dalam konteks proses dan produk serta perkaitan antara keduanya (Dann, 2003). Beliau melihat pengupayaan sebagai suatu bentuk pencapaian, iaitu suatu komoditi yang boleh didapati atau dicapai. Individu yang “diperkasakan” dilihat sebagai suatu produk yang telah menjalani proses pengupayaan. Umpamanya klien mendapat maklumat yang diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan mengenai rawatan. Berkaitan dengan hal ini klien memperoleh harga diri, keberkesanan diri dan rasa berkemampuan untuk membuat sesuatu.

Ianya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk mengupayakan penjaga kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Ini kerana kebanyakkan penjaga mempunyai peranan-peranan tertentu dalam hubungan merka dalam ruang dan status sosial yang ada. Kebanyakkan penjaga ialah pekerja, anak perempuan, kakak, isteri, ibu, ibu mertua, nenek dan pelbagai lagi. Justeru, tugas ini adalah mencabar.

(16)

formal) perlu diberikan perhatian agar penjaga dapat meneruskan peranan mereka sebagai penjaga dengan lebih efektif. Perkara-perkara berkenaan termasuklah;

1. memperkenalkan masa bekerja yang anjal bagi wanita yang menjaga.

2. cuti yang anjal untuk menjaga ahli keluarga. Cuti yang diperuntukkan mungkin boleh diambil lebih awal. Cuti bergaji juga penting untk memastikan sumber keewangan untuk menyara hidup keluarga mereka tidak terputus.

3. menyediakan bantuan keewangan atau kemudahan rawatan perubatan oleh pihak majikan bagi membolehkan pesakit mendapat rawtan yang berterusan.

4. menubuhkan kumpulan sokongan di tempat kerja yang boleh membantu mengambil alih peranan penjaga yang terpaksa bercuti kerana menjaga ahli keluarga.

5. bekerja dari rumah adalah satu alternatif penting.

Kajian Lepas Mengenai Warga Emas di Luar Negara.

Kajian RIe Aoki et al. (1996) terhadap gaya hidup 5,239 warga emas 65 tahun ke atas di empat kawasan di Jepun mendapati bahawa amalan gaya hidup yang sihat pada pertengahan usia hidup mereka dapat menjamin corak kehidupan yang sihat pada usia lanjut serta berupaya meneruskan aktiviti sosial yang sihat. Mereka menggunakan istelah aktiviti sosial Tamakoshi et al. (1995) yang merangkumi aktiviti sosial dalam empat kategori utama, iaitu pekerjaan, penyertaan sosial, aktiviti pembelajaran dan aktiviti peribadi.

(17)

antara keluarga, saudara-mara dan jiran. Ini membuktikan keperluan sosial yang diterima akan memberikan kesan yang positif.

Kajian oleh Batles (1990) menyatakan bahawa tujuan individu warga emas memberi kesan kepada hasrat untuk kebebasan dan kawalan serta mendedahkan kefahaman mereka tentang proses penuaan berjaya (Doris, Noraini, Norlaila, 2010). Menurut beliau, sumber-sumber luaran adalah penting dalam menjadikan warga emas sebagai pelaku kehidupan setiap hari. Penjagaan warga emas oleh kerajaan adalah sumber luaran bagi warga emas yang digunakan bagi mengekalkan kebebasan dan kawalan. Mereka juga menggunakan sumber-sumber luaran yang lain seperti keluarga, jiran dan perkhidmatan swasta.

Walaupun warga emas tidak selamanya mampu berdikari, perasaan untuk berdikari mereka dipertahankan. Mereka belajar untuk mengawal situasi. Sumber individu adalah penting untuk melancarkan kehidupan seharian. Sebagai aktor, mereka memilih untuk menggunakan sumber luaran.

(18)

Kesimpulan Kajian Literatur

Referensi

Dokumen terkait

Perkara yang lebih penting ialah kanak-kanak diberi peluang secara optimum untuk menyertai program seumpama itu bagi meningkatkan rasa autoriti dalam diri mereka..

Dari hasil penelitian dapat menunjukkan bahwa remaja butuh sosialisasi tentang usia seharusnya laki-laki maupun perempuan untuk menikah dan punya anak bagi wanita

Standar Nasional Pendidikan adalah kriteria minimal tentang sistem pendidikan di seluruh wilayah hukum Negara Kesatuan Republik Indonesia (PP Nomor 19 tahun

Kerugian ( capital loss ) dapat terjadi apabila Investor menjual Obligasi Negara FR di Pasar Sekunder sebelum jatuh tempo pada harga jual yang lebih rendah dari

terdapat dua tujuan yang ingin di capai yakni tujuan pembangunan dan pegawai. Menganalisis Pekerjaan, mengrekrutmen, serta menyeleksi calon pegawai di MTs Negeri

masa-masa untuk hamil dan memiliki anak karena yang demikian merupakan sebuah usaha untuk mempersiapkan dengan baik. Mengurai pemahaman bahwa banyaknya anak akan

Hasil penelitian menunjukan bahwa perlakuan menggunakan naungan dan perlakuan dosis pupuk bioprotektan 3 kg/bedeng menghasilkan tingkat serangan penyakit busuk