Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
Pengesahan Instrumen Kemahiran Employability : Analisis
Faktor Penerokaan (EFA)
Mohd Yusof Husain Politeknik Sultan Azlan Shah,
E-mail:[email protected]
Ramlee Mustapha
Universiti Pendidikan Sultan Idris E-mail: [email protected]
Seri Bunian Mokhtar Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: [email protected]
Saiful Anuar Mohamed Zainudin Politeknik Sultan Azlan Shah
E-mail: [email protected]
Jameliah Mohd Alias Politeknik Sultan Azlan Shah
E-mail: [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kemahiran ‘employability’ bagi pelajar kejuruteraan. Seramai 280 orang responden terlibat dalam kajian ini. Pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini adalah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, keusahawanan, etika dan moral, menggunakan teknologi dan kemahiran sosial. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis faktor penerokaan dengan menggunakan perisian SPSS 19. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah tinggi iaitu melebihi 0.70. Keputusan dari analisis faktor penerokaan menunjukkan penyelesaian 9 faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0. Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.93 > 0.6 menunjukkan item-item ini mencukupi untuk inter-korelasi manakala Ujian Barlett adalah signifikan (Chi Square =9978.7, p <0.05. Nilai anti-image (Measure of Sampling Adequacy, MSA) untuk korelasi item melebihi 0.5. Item-item KOM2, KOM3, KOM6, PSPM1, PKPM2, PKPM5, PKPM7, EM1, EM2 KSS3 dan KSS6 digugurkan kerana nilai yang diperoleh kurang dari nilai 0.50. Nilai jumlah varians yang dijelaskan oleh 9 faktor tersebut bersamaan 69.4%.
Pulau Pinang (16 – 17 November 2011) 1.Pengenalan
Analisis faktor dijalankan bagi mengenal pasti beberapa faktor atau komponen yang wujud dalam set soal selidik yang telah dibentuk. Analisis faktor merupakan suatu teknik statistik yang mengubah satu set data asal konstruk secara linear kepada satu set konstruk yang lebih kecil yang dapat memberi gambaran menyeluruh segala maklumat yang terdapat dalam konstruk yang asal (Duntemen,1989). Objektif analisis faktor adalah untuk mengurangkan dimensi data yang asal kepada beberapa komponen yang lebih kecil dan dapat diinterpretasi dengan lebih mudah dan bermakna (Duntemen, 1980; Lewis-Beck, 1994 & Field, 2006)
Menurut Tabachnick dan Fidell (2007), analisis faktor melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama mengira matriks korelasi antara semua konstruk yang dianalisis secara faktor. Peringkat seterusnya mencabut extracting beberapa faktor daripada korelasi matriks dan menentukan bilangan faktor yang terbentuk. Pemusingan ke atas faktor-faktor tersebut dilakukan untuk meningkatkan interpretasi agar faktor-faktor lebih bermakna dan boleh diinterpretasi. Peringkat akhir dan terpenting dalam analisis faktor ialah menginterpretasi hasil faktor yang diperoleh dan memberikan nama yang bersesuaian terhadap setiap faktor.
Kajian yang dilakukan oleh Yahya (2004) untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran employability yang telah diintegrasikan dalam program pertanian serta kepentingan kemahiran employability bagi majikan pertanian komersial di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan lima elemen kemahiran employability yang sering diterapkan oleh tenaga pengajar institusi latihan vokasional iaitu (a) kebolehan bekerjasama, (b) berkerja dalam satu pasukan,( c) berperlakuan secara jujur, ikhlas dan beretika, (d) mengikuti arahan yang diberikan, dan (e) bergaul dengan orang lain. Manakala majikan industri pertanian komersial menganggap (a) berpelakuan secara jujur, ikhlas dan beretika, (b) kebolehan berkerjasama, (c) menggunakan teknologi, peralatan dan sistem maklumat secara berkesan, (d) membuat keputusan, dan e) mengurus masa. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang singnifikan dari segi elemen kemahiran employability antara persepsi majikan industri pengeluaran hasil pertanian dan industri pemerosesan hasil pertanian. Yahya (2004) juga melaporkan bahawa terdapat beberapa halangan yang dihadapi dalam program pendidikan pertanian dalam mengintegrasi kemahiran employability.
Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
melalui belajar bahasa Inggeris untuk tujuan pekerjaan (EOP) di kalangan
mahasiswa di Malaysia. Kajian mendapati kemahiran employability dapat
dipertingkatkan melalui pengajaran bahasa Inggeris untuk tujuan pekerjaan. Dapatan kajian juga menunjukkan kualiti peribadi, berkerja berpasukan dan mengurus diri dianggap sebagai elemen terpenting dalam
kemahiran employability oleh pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat
perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam kemahiran teknologi, pembelajaran, inisiatif dan usaha dan komunikasi manakala kemahiran penyelesaian masalah dan kerja berpasukan tiada perbezaan diantara jantina.
Kajian yang dilakukan oleh Ai-Hwa Quek (2005) bertujuan menentukan kemahiran generik yang dianggap penting untuk berjaya dalam dunia pekerjaan dalam kalangan graduan bekerja di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan elemen-elemen kompetensi generik yang membolehkan graduan menunjukkan prestasi kerja semasa di tempat kerja. Sampel kajian terdiri daripada 32 orang graduan yang berkerja dalam bidang industri dan perdagagan. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran interpersonal, pengetahuan kemahiran dan fleksibiliti sebagai sangat penting dalam menyumbang ke arah kejayaan dalam prestasi kerja dan untuk berjaya dalam dunia pekerjaan graduan hendaklah berkebolehan memindahkan apa yang dipelajari didalam kelas ke tempat kerja. Keupayaan institutsi pendidikan menyediakan pelajar yang berkemahiran employability bagi memenuhi permintaan pasaran kerja merupakan penandaaras kejayaan sesebuah institusi.
kemahiran-Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
kemahiran yang lain. Beliau mencadangkan tenaga pengajar di institusi pengajian perlu mempertingkatkan kefahaman, kaedah penerapan dan penilaian tentang kemahiran kebolehdapatan kerja.
Rumusan hasil dari kajian yang lepas membuktikan keperluan kemahiran employability dalam sistem pendidikan untuk memastikan graduan yang berketrampilan dan berdaya saing. Kemahiran employability bukan sahaja penting dan kajian di dalam negara malah di luar negara di mana kemahiran bukan teknikal ini adalah merupakan isu global namun kajian bagi kemahiran employability di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi masih kurang diterokai oleh pengkaji yang lepas.
Jadual 1, menunjukkan perbandingan konstruk kemahiran employability yang diguna pakai dalam kajian ini. Instrumen kemahiran employability dalam kajian ini terdiri daripada elemen-elemen kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, keusahawanan, etika dan moral, menggunakan teknologi dan kemahiran sosial. Instrumen ini dibina berdasarkan perbandingan antara model dan instrumen yang terdapat dalam negara ini.
Jadual 1: Perbandingan Konstruk Kemahiran Employability berbanding model Kemahiran Employability dalam negara
KPTM (2006) UTM (2004) Employability 2000+
5 Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
3. Metodologi
Sampel terdiri dari pelajar yang dipilih secara rawak sistemetik berdasarkan persampelan Krejcie dan Morgan (1970) iaitu bagi pelajar yang mempunyai populasi 850 orang, bilangan saiz sampelnya ialah 265 orang. Sebanyak 350 borang soalselidik telah diedarkan kepada pelajar – pelajar semester akhir. Kajian ini menggunakan satu instrumen soalselidik yang mengandungi 2 bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 2 item yang berkaitan dengan jantina dan jabatan pengajian. Bahagian B mengandungi 50 item kemahiran employability yang diadaptasi daripada model MQA, SCANS dan Kemahiran Insaniah, KPTM
4. Keputusan dan Perbincangan
Menurut Sekaran (2003), nilai Cronbach Alpha mesti melebihi dari 0.5. Manakala Mohd Najib (1999) mencadangkan nilai minimum mesti melebehi atau bersamaan dengan 0.6. Dalam kajian ini nilai Cronbach alpha melebihi dari 0.5 dengan itu ia memenuhi nilai kebolehpercayaan. Babbie (1992) mengkelasifikasikan nilai kebolehpercayaan Cronback Alpha seperti berikut; 0.90 – 1.00 sangat tinggi, 0.70 – 0.89 tinggi, 0.30 – 0.69 sederahana dan 0.00-0.30 adalah rendah.Berdasarkan kepada jadual 2, dapat dirumuskan nilai Cronback Alpha dalam kajian ini dikelasifikasikan tinggi dan sangat tinggi.
Jadual 2: Nilai Cronbach alpha reliability values for the variables Pembolehubah Bilangan Item Bilangan Item yang
dibuang
Nilai Alpha Cronback
Komunikasi 7 - 0.856
Kerja Berpasukan 5 - 0.905
Kepimpinan 6 - 0.908
Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat
9 - 0.925
Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
8 - 0.903
Keusahawanan 6 - 0.919
Etika dan Moral 6 - 0.895
Menggunakan Teknologi 6 - 0.903
Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
Prosedur analisis faktor yang dijalankan melibatkan tiga peringkat (1) mengenal pasti korelasi antara faktor (2) mengekstrak faktor (3) memutar faktor (Chua, 2009). Item-item yang mempunyai korelasi yang tinggi diletakkan dalam suatu konstruk yang sama kerana ia mengukur konsep yang sama manakala item yang terdapat dalam konstruk yang berbeza mempunyai korelasi yang rendah kerana ia mengukur konsep yang berlainan. Mengekstrak faktor dilaksanakan dengan menggunakan program SPSS, nilai communality (extraction) merupakan output analisis faktor SPSS terletak antara 0.0 hingga 1.0. Nilai proporsi varians bagi setiap faktor ditunjukkan oleh nilai communality (extraction). Nilai 1 menunjukkan bahawa faktor tersebut menyumbang sebanyak 100 peratus kepada perubahaan varians keseluruhan. Manakala nilai 0 tidak menyumbang kepada perubahaan varians keseluruhan.
Analisis faktor (Jadual 3) yang dilakukan menggunakan pusingan varimax untuk mengesahkan 9 konstruk yang dikaji iaitu komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, keusahawanan, etika dan moral, menggunakan teknologi dan kemahiran sosial. Hasil analisis faktor (total variance explained) soal selidik kemahiran
employability, sebanyak 9 komponen (faktor) yang memberi nilai eigen yang
lebih besar daripada 1. Nilai eigen atau eigen value menunjukkan proporsi sumbangan varians setiap faktor yang diekstrak melalui analisis faktor. Kesembilan-sembilan faktor itu menyumbang sebanyak 69.4 peratus perubahan varians keseluruhan. Jumlah varians menepati saranan Hair et al (2006) yang mencadangkan jumlah varians yang dijelaskan melebihi 60%.
Ujian KMO mempamerkan multicollinearity. Jika nilai korelasi yang sama wujud antara dua atau lebih item, item-item tersebut mengukur aspek yang sama. Ujian KMO membantu pengkaji mengenal pasti sama ada item-item tersebut sesuai atau tidak sesuai untuk dilaksanakan analisis faktor. Hasil ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) terhadap 115 item kemahiran
employability menunjukkan nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) yang diperolehi
ialah 0.93> 0.6. Ini menunjukkan bahawa data tidak mempunyai masalah
multicollineatity yang serius, maka item-item tersebut sesuai untuk
dijalankan analisis faktor. Ujian Barlett’s Test of Sphericity digunakan bagi mengenal pasti sama ada korelasi antara item memadai untuk dilakukan analisis faktor. Hasil Barlett’s Test of Sphericity adalah signifikan (Chi kuasa dua = 9978.6, p <0.05) menunjukkan bahawa korelasi antara item-item memadai untuk dilakukan analisis faktor.
Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
dan Tatham (2006), pemutaran ke atas faktor-faktor ini akan memperbaiki data dengan mengurangkan kesamaran yang ada dalam faktor yang tidak diputar. Kaedah ini dapat menentukan item benar-benar dikategorikan mengikut ciri-ciri yang sama iaitu mengukur perkara yang sama di samping menyingkirkan item yang tidak releven untuk analisis selanjutnya. Item-item yang mempunyai muatan faktor kurang daripada .50 atau Item-item yang mempunyai korelasi yang tinggi dalam beberapa faktor digugurkan daripada analisis seterusnya bagi memastikan item yang terkandung dalam sesuatu faktor tertentu merupakan item yang tinggi korelasi hanya terhadap faktor tersebut sahaja.
Bagi memastikan item-item yang terkandung dalam setiap faktor benar-benar menggambarkan faktor tersebut, maka item yang mempunyai muatan faktor kurang daripada .50 atau item yang mempunyai korelasi yang tinggi dalam beberapa faktor digugurkan. Item KOM2, KOM3, KOM6, PSPM1, PKPM2, PKPM5, PKPM7, EM1, EM2 KSS3 dan KSS6 digugurkan berdasarkan criteria oleh Hair et al (2006) dimana setiap item perlu melebihi 0.50.
Jadual 3 : Analisis Faktor
Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
Hasil kajian menunjukkan bahawa klasifikasi nilai Cronbach Alpha adalah tinggi dan sangat tinggi, yang lebih daripada 0,70. Instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi mengikut klasifikasi Babbie (1992), manakala analisis faktor menunjukkan sembilan faktor iaitu kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, keusahawanan, etika dan moral, menggunakan teknologi dan kemahiran sosial. Setiap item menunjukkan beban yang memuaskan lebih daripada 0.5 (Hair et al). Oleh itu, soal selidik yang dibangunkan adalah sesuai digunakan untuk mengkaji kemahiran employability pelajar-pelajar kejuruteraan dalam konteks pendidikan di Malaysia.
Rujukan
Pulau Pinang (16 – 17 November 2011)
Duntemen G.H. (1989). Principles components analysis: Quantitative
applications in the social sciences. California: Sage Publications, Inc.
Field A. (2006). Discovering statistics using SPSS. London: Sage Publications
Ltd.
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L.
(2006). Multivariate data analysis. New Jersey: Pearson International
Edition.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). (2006). Modul Pembangunan
Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Selangor.
Latisha Asmaak Shafie, & Surina Nayan. ( 2010). Employability Awareness
among Malaysian Undergraduates. International Journal of Business
and Management Vol. 5, No. 8; .
Lewis-Beck M.S. (1994). Factor analysis and related techniques. London:
Sage Publication, Ltd.
Mohamad Sattar Bin Rasul. (2010). Kajian tahap kemahiran kebolehdapatan
kerja lulusan progran diploma kejuruteraan mekanikal Institus
Pengajian Tinggi di Malaysiai . Thesis PhD.tidak diterbitkan: Universiti
Putra Malaysia.
Mohd Najib Abd. Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Quek, A.-H. (2005). Learning for the workplace:a case study in graduate
employees’ generic competencies. Journal of Workplace Learning Vol.
17 No. 4, 2005 , pp. 231-242.
Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach
(2nd Edition). New York: John Wiley & Sons, Inc.
Tabachnick B.G., & Fidell L.S. (2007). Using multivariate statistics (5th ed.).
Boston: Pearson Education Inc.
Yahya Buntat. (2005). Integrasi Kemahiran “Employability” dalam Program
Pendidikan Vokasional Pertanian dan Industri di Malaysia. Tesis Doktor
Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia.