• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan Islam Menurut Rufaqa Corpora

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembangunan Islam Menurut Rufaqa Corpora"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Pembangunan Islam Menurut Rufaqa’

Corporation: Strategi dan Pelaksanaan

AHMAD FAUZI ABDUL HAMID

Pensyarah Kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, MALAYSIA.

Tel: 04 - 6533 888 sambungan 2278 (pejabat), Faks: 04-6576 000, Email: afauzi@usm.my

Diterima tanggal 31 April 2007/Disetujui tanggal 12 Mei 2007

This article based on overview about Rufaqa’ in political-economic perspective of Islamic mo-vement. Also overview about controversy of religious doctrine which have contributed to con-flict at long time between organization is led by Ustaz Ashaari (Last time Darul Arqam an now Rufaqa’) and government in Malaysia. Actually the development strategy of Rufaqa’ Corpora-tion show the survival of Rufaqa’ CorporaCorpora-tion toward natural challenge for example negative sentiment about ideology of Rufaqa’ Corporation, negative opinion, and discriminatory politi-cal policy. Image of Rufaqa’ Coorporation in action had interpreted by mass media as wrong approach and moved by wrong ones actors. This study finding that political-economic of Is-lamic movement having special dynamics in activities and pattern of his relationship.They are so different and opposes the model of development capitalistic and the economic liberalist. Its the reason why the Government of Malaysia never appreciative the Rufaqa’ Corporation achievements.

Keywords: Political-economic, Islamic movement, Conflict of ideology.

Pendahuluan

Ketika tahun 2006 hampir melabuhkan tirai-nya, rakyat Malaysia tiba-tiba dikejutkan de-ngan berita percubaan untuk menghidupkan semula Darul Arqam, pertubuhan dakwah yang diharamkan oleh pemerintah Malaysia pada tahun 1994, oleh pengikut sebuah syari-kat perniagaan yang dikenali sebagai Rufaqa’ Corporation (singkatannya Rufaqa’).1

1 Lihat contohnya, “Banned Al-Arqam tries to get

members, 100 arrested”, New Sunday Times (26 Novermber, 2006); “Kumpulan Rufaqa nafi hidupkan Al-Arqam”, Utusan Malaysia (27 November, 2006); “JAIS tahan dua pemimpin Rufaqa’’ Berita Harian (2 Desember, 2006); “Orang rapat Ashaari ambil kesempatan”, Berita Harian (3 Desember, 2006); “Ashaari nafi hidup semula al-Arqam”, Berita Harian (5 Desember, 2006).

baan itu dikatakan didalangi sendiri oleh Us-taz Ashaari Muhammad, bekas pemimpin Darul Arqam yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA: Internal Security Act) pada 2 Septem-ber 1994, disusuli oleh penahanan daerah di bawah Perintah Kediaman Terhad di sekitar Gombak (Oktober 1994 - Februari 2002) dan Labuan (Februari 2002 - Oktober 2004). Da-ripada sebuah entiti yang sebelumnya tidak begitu dikenali umum, nama Rufaqa’ menja-di terkenal sebagai lambang mobilisasi semu-la bekas pengikut Darul Arqam.

(2)

setia kepada Ustaz Ashaari berselindung, dalam aktiviti mereka yang dikatakan terus berteraskan ajaran dan cita-cita Darul Ar-qam.2 Percubaan mengaitkan Rufaqa’ dengan Darul Arqam oleh media massa arus perdana menjadi semakin menonjol dalam era ‘pe-rang menentang keganasan’, terutamanya se-lepas peristiwa pemberontakan Al-Ma’unah di Grik, Perak pada Julai 2000, penahanan aktivis Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)3 pada Ogos 2001 dan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC: World Trade Centre), New York dan Pentagon di Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Kegagalan membendung usaha menghidup-kan semula Darul Arqam dikatamenghidup-kan memba-wa risiko radikalisme dan fahaman pelampau (extremisme) yang mendorong perlakuan ga-nas yang membahayakan keselamatan nega-ra.4 Sebelum era ‘perang menentang kegana-san’ ini, mobilisasi semula bekas ahli Darul Arqam tidak dikaitkan dengan sebarang per-tumbuhan, sebaliknya hanya sekadar usaha peribadi segelintir bekas pemimpin Darul Arqam termasuk Ustaz Ashaari Muhammad untuk mempertahankan fahaman Aurad

2 Lihat contohnya laporan-laporan berikut:

“Al-Arqam kini dihidupkan semula’’, Utusan Malay-sia (12 Juli, 2000); “Rufaqa’ nafi ada kaitan Al-Arqam, Berita Harian (13 Juli, 2000); “Waspada hidupkan Al-Arqam: Selindung di sebalik projek dan kegiatan ekonomi”, Harian Metro (9 Septem-ber, 2001); “Asaari Muhammad dipindah ke La-buan”, Berita Harian (7 Februari, 2002); “Rufa-qa’ tidak terbabit cuba hidup Al-Arqam”, Berita Harian (25 Februari, 2002); “Amaran keras kepa-da bekas ahli Arqam”, Mingguan Malaysia (25 Agustus, 2002); “‘Rufaqa’ ganti Arqam?”, Baca-ria (28 Desember, 2002); “Al-Arqam cuba dihi-dup kembali”, Harian Metro (23 April, 2003).

3 Kemudiannya dikenali sebagai ‘Kumpulan

Mili-tan Malaysia’ untuk memberikan konotasi negatif kepada kumpulan berkenaan, lihat Barry Wain, “Malaysian Terror Theory Raises Doubt”, Asian Wall Street Journal (Hong Kong: 20 Desember, 2001).

4 Lihat “Behind closed doors a stirring tale of

treason unfolds”, The Nation (Bangkok: 3 De-sember, 2000); Zulkiflee Bakar, “Gerakan militan harus dimusnahkan”, Utusan Malaysia (25 Agus-tus, 2001); Muzaffar Syah, “Kritikan AWSJ tak berasas”, Utusan Malaysia (17 Januari, 2002); “PAS ikut taktik al-Arqam dapatkan pengaruh”,

Berita Harian (23 Agustus, 2002).

hammadiah, tariqat yang dianuti oleh Darul Arqam dan diisytiharkan sebagai menyele-weng olah Majlis Fatwa Kebangsaan pada ta-hun 1994 dahulu.5

Ironisnya, publisiti negatif tentang Rufaqa’ selaku pengganti perjuangan Darul Arqam di atas telah mendedahkan juga keberhasilan pembangunan multi-dimensi Rufaqa’ dalam masa yang relatif singkat. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mi-salnya, membuktikan hasil pendapatan tiga firma utama Rufaqa’ milik Ustaz Ashaari se-laku pemegang kepentingan terbesar, mence-cah RM9.8 juta.6

Operasi Rufaqa’ didapati menjangkau selu-ruh Malaysia, dengan daerah perniagaan bahagikan kepada tiga pusat utama yang di-gelar Projek Rufaqa’ Tengah (berpusat di Bandar Country Homes, Rawang, dan Kota Damansara, Selangor), Projek Rufaqa’ Utara (berpusat di Kubang Pasu, Kedah) dan Pro-jek Rufaqa’ Selatan (berpusat di Kuala Rom-pin dan Lanjut, Pahang). Ketiga-tiga pusat utama ini masing-masing mengkhusus kepa-da bikepa-dang pertanian, industri kecil kepa-dan seder-hana (IKS) dan perkhidmatan pelancongan. Semua negeri di Malaysia diberitakan mem-punyai cawangan Rufaqa’, yang perniagaan-nya mencakupi pelbagai bidang seperti pasa-raya, restoran dan kafetaria, poliklinik dan perkhidmatan bersalin, klinik rawatan tradisi-onal, pengeluaran dan pengedaran produk berasaskan herba, butik dan pusat jahitan, a-gensi pelancongan, penerbitan buku dan ma-jalah, akademi seni dan kebudayaan, per-khidmatan dobi, bakeri, motivasi dan kaunse-ling, pengeluaran produk multimedia, beng-kel peralatan elektrik, bengbeng-kel membaiki dan servis kenderaan dan perhotelan.7 Pada pe-ringkat global, sumber terkini Rufaqa’ sendi-ri menganggarkan cawangan perniagaannya

5 Lihat “Cubaan pulih Arqam: Asaari Muhammad

didakwa turut terlibat”, Berita Harian (18 April, 1999); “Pemimpin al-Arqam peralat agama”,

Utusan Malaysia (19 April, 1999).

6 “Hasil 3 firma Rufaqa milik Ashaari cecah

RM9.8j” Berita Harian, (4 Desember, 2006).

7 “Business hums along quietly despite raid in

Shah Alam”, The Star (28 November, 2006). Untuk maklumat lebih terperinci berhubung perniagaan Rufaqa’, layari laman web Rufaqa’ di

(3)

di seluruh dunia mencapai jumlah 500 ke 700 rangkaian, meliputi operasi di Malaysia, In-donesia, Singapura, Thailand, Australia, Jor-dan, Syria, Mesir, Perancis dan Jerman.8

Artikel ini membincangkan strategi pemba-ngunan Rufaqa dari sudut pandang ekonomi politik gerakan Islam. Disamping itu mem-bincangkan perbezaan pandangan di sudut kemasyarakatan dan doktrin keagamaan yang telah mencetuskan konflik yang berpan-jangan di antara kumpulan yang diketuai Us-taz Ashaari (dahulu Darul Arqam, kini Rufa-qa’) dengan pemerintah Malaysia.

Pendekatan dan Metode

Artikel ini ditelaah dengan pendekatan seja-rah dan ekonomi-politik. Fokusnya pada stra-tegi pembangunan yang berorientasi pada ge-rakan Islam di Malaysia oleh Rufaqa’ Coor-poration. Metode pengumpulan data meng-gunakan studi pustaka dan dokumen serta penelusuran data dengan internet.

Tentang Rufaqa’ Coorporation

Dalam era Rufaqa’, pembangunan masyara-kat Islam tidak lari dari strategi dan kaedah asas yang digariskan Ustaz Ashaari Muham-mad (1990a). Elemen sufi perjuangan masih menonjol, seperti pada era Darul Arqam teta-pi konsepnya diperluaskan terus ke arah pembinaan masyarakat. Ini dipengaruhi oleh faktor tekanan pemerintah ke atas amalan tariqat Darul Arqam menyebabkan elemen-elemen kerahsiaan yang boleh menimbulkan syak wasangka pihak berkuasa agama dan pi-hak keselamatan diminimakan dengan ketara sekali. Tidak seperti Darul Arqam, Rufaqa’ ditubuhkan dengan restu Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah pemantauan pega-wai-pegawai keselamatan dari ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.9 Ia

8Asaari Mohamad, Nasihat Buatmu Bekas

Ka-wan-kawan Lamaku dalam Arqam, (Zawang: Pe-nerbitan Minda Ikhwan, 2005), hal 62, 68); Khadijah Aam, Manisnya Madu, (Kuala Lumpur: Jabatan Syeikhul Arqam, 1990), hal. 14, 126, 235.

9 “‘Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.”, Bermula

dari Zero, bermodalkan Tuhan, (Rawang: Profail syarikat, 2006).

tarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malay-sia di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran (T.426782-V).10

Dari peringkat awal lagi, Rufaqa’ terpaksa menolak kaedah pengasingan unik yang se-kian lama mencorakkan perjuangan Darul Arqam terutama dalam pola hubungannya dengan pemerintah. Sedangkan Darul Arqam melalui beberapa fasa pembangunan yang menandakan tahap-tahap penembusan dak-wah jemaah ke dalam masyarakat umum,11 Rufaqa’ terus bergerak ke luar melalui wadah perniagaan, yang bertindak sebagai wadah membesarkan Tuhan sekaligus menzahirkan kehidupan bermasyarakat secara Islam. Ini bermakna, dalam Rufaqa’, elemen hablum-minallah dan hablumminannas digabung ja-linkan dari awal.

Sebagaimana deklarasi Ustaz Ashaari seba-gai Pengerusi Eksekutif dalam profail sulung syarikat Rufaqa’:

Rufaqa’ bermaksud rakan karib yang sejati. Ia ditubuhkan dengan tujuan membangunkan cara hidup Islam melalui perniagaan. Selaku orang Is-lam, walau di mana kita berada, tentu kita ingin membuktikan bahawa Islam adalah cara hidup pi-lihan. Asas perniagaan ini adalah dengan meletak-kan Tuhan sebagai cinta agung kita dan saya ingin buktikan cinta ini melalui Rufaqa’. Matlamat Ru-faqa’ bukan sekadar memperkatakan kebenaran te-tapi menzahirkannya melalui perniagaan.12 Manakala misi perniagaan Rufaqa’ mengga-riskan dua belas cara perniagaan dapat mene-gakkan pelbagai syariat Tuhan, secara lang-sung mendekatkan diri seseorang pelaksana perniagaan kepadaNya: (1).Dapat berkhidmat kepada masyarakat; (2).Dapat menyediakan keperluan asas yang halal; (3).Dapat men-jalin persahabatan di antara penjual dengan pembeli; (4).Dapat bekerjasama dan bantu-membantu; (5).Dapat belajar bertolak ansur dan mengalah; (6).Dapat melatih diri bersa-bar dan berharap kepada Allah apabila ditim-pa ujian; (7).Daditim-pat melatih diri berladitim-pang

10http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?

itemid=1244:diunduh 28 Disember 2006.

11 Ahmad Fauzi Abdul Hamid, “Pemerintah dan

Gerakan Islam di Malaysia”, Pemikir 23 (2001), hal. 111-158.

12 ”Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.”, Tenang &

(4)

da dan memaafkan orang; (8).Dapat menye-diakan peluang pekerjaan (9).Rangkaian per-niagaan yang diwujudkan dapat membantu pemasaran barangan keluaran orang Islam; (10).Dapat menegakkan syiar Islam; (11).Da-pat membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan; (12).Dapat menunaikan kewajipan zakat13

Motto perniagaan Rufaqa’, ‘tenang dan me-yakinkan’, tambah menekankan kesepaduan hablumminallah dan hablumminannas. Se-perti yang dapat difahami dari penjelasan Ru-faqa’ Corporation Sdn. Bhd. (1997), ‘tenang’ merujuk kepada sifat hati pelaksana pernia-gaan selaku pelaku pembangunan, manakala ‘meyakinkan’ merujuk kepada natijah kete-nangan tersebut, yakni penawaran perkhid-matan dan produk yang meyakinkan masya-rakat. Perniagaan di sini menghasilkan dua keuntungan - maknawi dan material, akhirat dan dunia. Menurut Ustaz Ashaari, perniaga-an berfungsi sebagai “pusat bina insperniaga-an yperniaga-ang cukup praktikal dan menguntungkan” sekali-gus “medan jihad fisabilillah.”14

Untuk mencapai ketenangan hati seperti yang dimaksudkan, Rufaqa’ mewajibkan setiap pekerjanya mengikuti program motivasi dan kaunseling berterusan sehingga beliau benar-benar dapat menanamkan rasa berTuhan dan rasa kehambaan dalam dirinya. Program mo-tivasi yang utama ialah ‘Sembahyang Mem-bina Peribadi Agung’ diikuti oleh ‘MemMem-bina Keluarga Bahagia’ yang diuruskan oleh Pu-sat Motivasi Harmoni (dulunya PuPu-sat Moti-vasi Qatrunnada) yang bernaung di bawah Rufaqa’.15 Malah, ke arah membuang akhlak yang keji dan membentuk akhlak terpuji de-ngan Tuhan dan juga dede-ngan manusia, pelak-sanaan ibadat asas dan amalan utama makin diperhalusi dalam Rufaqa’. Sebagai contoh, kalau dalam Darul Arqam, ahli-ahli diajar

13 Ibid. Perhatikan bahawa daripada senarai ini,

hanya cara keenam - melatih diri bersabar dan berharap kepada Allah apabila ditimpa ujian, bo-leh dikategorikan sebagai ibadat hablumminallah

semata-mata tanpa melibatkan perantaraan manu-sia.

14 Ashaari Muhammad, 2005, op.cit, hal.

644-645.

15 Teks kedua-dua kursus motivasi ini, yang

dipo-pularkan di seluruh negara sekitar tahun 1999 hingga 2003.

bahawa sembanhyang mengandungi lima pe-ringkat,16 dalam Rufaqa’, pekerja-pekerja di-motivasikan untuk memahami sembilan pe-ringkat sembahyang.17 Ini disebabkan tahap khusyuk dalam sembahyang telah diperinci-kan lagi, dengan setiap pekerja dimestidiperinci-kan mengusahakan khusyuk ke sekurang-kurang-nya peringkat sembahyang ketujuh.

Sembahyang yang dihayati dilihat boleh membentuk sifat-sifat positif yang melahir-kan kekuatan ekonomi. Sebagai disiplin tam-bahan organisasi, kakitangan Rufaqa’ dilatih mengerjakan secara istiqamah sembahyang berjemaah di awal waktu dan sembahyang tahajjud setiap malam.18 Profail syarikat Rufaqa’ yang terkini telah menyenaraikan langkah-langkah yang diikuti oleh kaki-tangan Rufaqa’ dalam membangunkan syari-kat selama sembilan tahun di sebalik berma-cam-macam bentuk rintangan dan cabaran: (1).Sentiasa melakukan bedah siasat ( post-mortem) ke atas dosa-dosa dan lain-lain kesa-lahan yang dilakukan hingga menghalang bantuan Tuhan apabila syarat-syaratnya tidak dipenuhi. Syarat-syaratnya ialah, sentiasa bertaubat kepada Allah dan bermaafan sesa-ma sesa-manusia, bersedekah, menebus dosa dan berjanji tidak akan mengulanginya, sembah-yang malam dan berdoa, berkasih sasembah-yang se-sama manusia. (2).Membaiki diri; (3).Seba-gai penyelesaian akhir, staf yang tidak jujur dan gagal berubah selepas dinasihati berkali-kali akan digugurkan.19

Dalam proses bina insan intensif di atas, pengarah-pengarah syarikat tidak terkecuali daripada bersedekah, berdoa dan membaiki diri. Malah, mereka mesti mendahului yang lain demi menagih belas kasihan Tuhan. Hu-bungan pengarah dengan kakitangan Rufaqa’ bukan seperti hubungan majikan atau agen-nya dengan pekerja dalam sebuah syarikat

16 Ashaari Muhammad, Iman dan Persoalannya,

(Kuala Lumpur: Penerangan Al Arqam, 1983), hal. 96.

17 Ashaari Muhammad, 2005, op.cit., hal.

227-230.

18 Abdurrahman R. Effendi dan Gina Puspita,

Membangun Ekonomi Islam ala Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad at Tamimi, (Jakarta: Giliran Timur, 2004), hal. 119.

(5)

kapitalis yang berorientasikan keuntungan, tetapi laksana ayah dengan anak dalam se-buah keluarga yang berkasih sayang. Staf Rufaqa’, dalam kapasiti apa sekalipun, dila-tih menghayati bahawa mereka adalah peju-ang dan bukannya buruh ypeju-ang dikerah tenaga mereka oleh majikan untuk memaksimalkan keuntungan.20 Maka, bersedekah bagi mereka mengambil bentuk praktikal dengan mengor-bankan kemewahan peribadi demi memba-ngunkan syarikat, yang sinonim dengan membangunkan tamadun Islam. Wang lebi-han dari gaji bulanan, selepas ditolak keper-luan diri dan keluarga, diserah kepada Biro Kewangan Rufaqa’ untuk menyelesaikan ke-perluan-keperluan lain seperti tunggakan dan kebajikan umum. Jika berlebihan juga, ia di-tambah kepada modal pusingan.

Ekonomi pengorbanan inilah, yang berlaku bukan melalui peraturan tetapi melalui tar-biyyah (pendidikan), yang sangat susah dis-aingi oleh mana-mana syarikat, hatta yang beroperasi atas nama Islam sekalipun. Tidak hairanlah projek-projek ekonomi Rufaqa’ ter-bangun dengan “cepat, murah dan mudah,” malah Rufaqa’ mendakwa kekuatan pekerja-nya yang sepuluh kali ganda daripada pekerja biasa yang makan gaji mampu menurunkan kos projek-projeknya sebanyak sepuluh kali juga.21 Mereka yang telah tercorak oleh pe-mikiran kapitalis mahupun sosialis sudah tentu akan melabelkan amalan sedemikian sebagai eksploitasi buruh. Ini kerana ketidak upayaan mereka untuk berfikir bahawa mela-lui proses tazkiyah alnafs, seseorang Muslim itu boleh sahaja mengorbankan kehendaknya di atas kerelaannya sendiri. Sebab itu dalam sistem masyarakat yang dibangunkan Rufa-qa’, kemiskinan bukan satu masalah, asalkan yang miskin redha dan yang kaya pula sen-tiasa mengingati tanggungjawabnya selaku bank-bank yang membela orang miskin.22 Ekonomi pengorbanan yang beroperasi di atas kerelaan sendiri ini lebih baik daripada sistem Darul Arqam dulu yang menginstitu-sikan pemberian keperluan hidup melalui sistem ma’asy. Oleh kerana sistem ma’asy

20 Abdurrahman R. Effendi dan Gina Puspita,

op.cit., hal. 114-116.

21 Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd. (2006), loc.cit. 22 Ashaari Muhammad, 2005, op.cit., hal.

512-530.

dipusatkan operasinya sebagai peraturan ras-mi oleh pentadbiran setiap perkampungan Darul Arqam, maka telah berlaku masalah ketidakpuashatian, kurang motivasi dan ku-rang inisiatif di kalangan ahli Darul Arqam yang gagal menghadiri atau tidak diberikan program tarbiyyah.

Pembangungan Ekonomi Islam Ala Rufaqa’ Coorporation

Dalam pembangunan Islam ala-Rufaqa’, per-ubahan manusia dipercayai akan mengubah sistem, yang tidak boleh diwujudkan secara paksaan. Oleh itu, program pembangunan in-san bergerak beriringan dengan program pembangunan material. Rufaqa’ dengan be-raninya mengisytiharkan bahawa “terbangun-nya projek-projek ekonomi Rufaqa’ [adalah] di atas bina insan yang dilakukan.”23 Dengan bermodalkan ‘bank Tuhan’ atau ‘bank taq-wa’, Rufaqa’ tidak bergantung kepada pinja-man kewangan dari sebarang bank perdaga-ngan untuk membuka projeknya. Program bi-na insan Rufaqa’ bertujuan mewujudkan ka-kitangan yang bertaqwa. Orang bertaqwa sa-haja dikira mampu menegakkan ‘sistem eko-nomi Islam menurut kehendak Tuhan’ kerana hanya mereka yang jiwanya cukup bersih untuk ‘menarik’ bantuan Tuhan, yang me-nyumbang kepada 90 peratus kejayaan di-bandingkan dengan quwwah (kekuatan lahir) yang menyumbang kepada hanya 10 peratus kejayaan.24 Keberkesanan taqwa dibanding-kan dengan quwwah dalam skema pemba-ngunan masyarakat sudah lama mendasari pemikiran Ustaz Ashaari. Beliau sangat ya-kin bahawa kemenangan dijanjikan kepada umat Islam atas dasar taqwa, sedangkan quw-wah merupakan saluran orang bukan Islam menempa kejayaan. Dalam era Rufaqa’, pe-nekanannya terhadap kepentingan taqwa ma-kin bertambah. Ustaz Ashaari mendefinisi-kan semula taqwa sebagai usaha mengambil Tuhan sebagai pemelihara atau pembenteng atau pelindung, dengan cara membina him-punan sifat-sifat mahmudah dalam diri. Beli-au memperincikan pula lapan syarat taqwa, rukun taqwa, kesan apabila tidak bertaqwa, peranan taqwa dan sifat dan sikap yang diza-hirkan orang bertaqwa secara umum dan

(6)

khusus. Memandangkan beliau terpaksa mem bangunkan syarikatnya dalam keadaan perge-rakannya dihadkan dan sentiasa dipantau pihak berkuasa, penyerahan dan keyakinan sepenuhnya kepada Tuhan tentulah amat mustahak. Baginya, keyakinan kepada Islam sahaja tidak cukup, sebagaimana Tuhan tidak pernah menjanjikan pembelaan bagi orang yang Islam semata-mata, melainkan mereka bertaqwa. Dengan itu, pada pandangan penu-lis, pembangunan Islam ala Rufaqa’ lebih se-suai dipanggil ‘pembangunan berteraskan taqwa’ daripada ‘pembangunan berteraskan Islam’.

Namun begitu, atas sifatnya sebagai sebuah syarikat perniagaan, pembangunan ala-Ru-faqa’ sangat terarah kepada bidang ekonomi, jika dibandingkan dengan Darul Arqam dulu yang cuba memperjuangkan Islam dalam pelbagai bidang berlainan secara serentak. Sungguhpun biro-biro pelbagai bidang tetap diwujudkan Rufaqa’, keperluan menguruskan perbelanjaan overhead syarikat, yang jauh lebih besar jumlahnya daripada zaman Darul Arqam dulu, mendesak supaya agenda ekonomi diberi keutamaan dalam sebarang mesyuarat Lembaga Pengarah Rufaqa’ pe-ringkat pusat mahupun negeri. Pemantauan ketat pemerintah juga membantutkan usaha Rufaqa’ berkembang di bidang-bidang lain. Misalnya, dalam bidang pendidikan formal, pada bulan Julai 1999, Rufaqa’ membiayai penubuhan sekolah menengah At-Tahalli di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, beroperasi menggunakan permit sementara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tetapi sekolah ini, yang memberi pendidikan percuma kepada anak-anak kakitangan Rufaqa’ dan golongan miskin, hanya berta-han sehingga Disember 2000, apabila lesen-nya ditarik balik selepas dituduh berkaitan percubaan menghidupkan semula Darul Ar-qam.25 Selepas pembuangan daerah Ustaz Ashaari ke Labuan pada Februari 2002, beberapa percubaan bekas ahli Darul Arqam, sama ada yang terlibat dengan Rufaqa’ atau tidak, seperti di Johor, untuk menyekolahkan anak-anak mereka di luar sistem pendidikan

25 “Pemilik Sekolah At Tahalli nafi terbabit

pertubuhan haram”, Utusan Malaysia (13 Juli, 2000); “JAIS buat aduan terhadap sekolah At-Tahalli”, Utusan Malaysia (15 Februari, 2001).

kebangsaan turut dipatahkan.26 Sehingga sekarang, walaupun anak-anak kakitangan Rufaqa’ menjalani pembelajaran di sekolah-sekolah rasmi pemerintah, mereka ditem-patkan di asrama-asrama yang bertindak sebagai sekolah ‘tidak rasmi’ untuk menguat-kan asas ilmu agama mereka di sudut teori mahupun praktikal. Di peringkat pendidikan menengah, sebahagian pelajar dijuruskan terus ke sistem Majlis Latihian Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, bukan Kementerian Pela-jaran. Latihan teknikal mereka dijalankan di projek-projek Rufaqa’ yang bercambah di seluruh negara, dengan graduan dianugerah-kan sijil kelayadianugerah-kan menurut akreditasi rasmi MLVK.27

Berlainan dengan Darul Arqam yang terkenal kerana sistem perkampungannya,28 pemba-ngunan masyarakat ala-Rufaqa’ berlaku da-lam kawasan bandar. Ini dipengaruhi hakikat bahawa tempat pembuangan daerah Ustaz Ashaari, yakni Bandar Country Homes, Rawang (1994-2002) dan Labuan (2002-2004) bukan kawasan luar bandar yang sukar diakses oleh stafnya. Mobilisasi utama kaki-tangan Rufaqa’ tentulah berlaku berhampiran kawasan tempat tinggal Pengerusi Eksekutif-nya, membolehkannya memantau perniaga-annya walaupun masih dibatasi oleh Perintah Kediaman Terhad. Maka bermula dengan pe-rasmian sebuah pasaraya sebagai asas

26 “Negeri mesti bertindak”, Berita Harian (18

Februari, 2002); “Tutup sekolah agama hidupkan fahaman bertentangan Islam”, Utusan Malaysia

(18 Februari, 2002); “Johor arah sekolah agama Al-Ruhama ditutup”, Berita Harian (21 Februari, 2002); “JAJ halang usaha bekas ahli Al-Arqam”,

Berita Harian (16 Maret, 2002).

27 Sungguhpun gagal mewujudkan sistem

pendi-dikan rasmi yang diiktiraf pemerintah, falsafah dan kaedah pendidikan Ustaz Ashaari tetap cuba diterapkan dalam sistem tidak rasmi Rufaqa’. Contohnya, para pelajar dilatih berniaga sebagai aktiviti kokurikulum mereka. Untuk maklumat dasar pendidikan dalam Rufaqa’, lihat Ashaari Muhammad, 2006, op.cit., hal. 276-347.

28 Untuk maklumat terperinci tentang sistem

(7)

dar’ Rufaqa’ pertama di sebuah kawasan yang digelar Celebration Mall pada tahun 1997, ‘bandar-bandar’ Rufaqa’ mercup tum-buh di seluruh negara, dengan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu ‘ban-dar’ utama.29

Pada asasnya, sebuah ‘bandar’ Rufaqa’ terdi-ri daterdi-ripada unit-unit kedai berdekatan yang disewa atau dibeli oleh Rufaqa’ untuk ditem-patkan projek-projek ekonomi utama yang biasanya merangkumi perniagaan pasaraya, kafetaria, bakeri dan kedai jahitan dan pakai-an. Suasana ala-Rufaqa’ akan kelihatan men-dominasi kawasan tersebut dengan papan tanda logo Rufaqa’ yang menyerlah, kehadir-an berteruskehadir-an staf Rufaqa’ ykehadir-ang bertugas dkehadir-an kedatangan bertali arus staf Rufaqa’ dari tempat lain untuk urusan perniagaan. Kawa-san itu akan lebih meriah jika ia turut me-nempatkan asrama pelajar dan rumah musa-fir. Malah, banyak bandar Rufaqa’ turut me-nempatkan penginapan pekerja, sama ada pe-nempatan kelamin atau asrama bujang, di ba-hagian atas unit-unit rumah kedai.

Oleh sebab aktiviti Rufaqa’ sangat tertumpu kepada ekonomi, amat sesuailah mobilisasi-nya berlaku di bandar, di mana prospekmobilisasi-nya mendapat dan menambah pelanggan lebih cerah dibandingkan dengan perniagaan di luar bandar. Dari segi lain pula, Rufaqa’ membantu menambah jumlah populasi Bu-miputera di kawasan bandar, sebagaimana yang telah lama dihasratkan oleh pemerintah melalui penubuhan Urban Development Au-thority (UDA) pada tahun 1971 di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).30

Kehendak yang timbul dari berkecimpung dalam ekonomi bandar mewujudkan interaksi aktif antara perniagaan Rufaqa’ dengan po-pulasi bukan Melayu yang mengelilinginya. Realiti ekonomi bandar di Malaysia ialah ia masih dikuasai oleh orang bukan Melayu. Bandar Country Homes, Rawang, di mana Rufaqa’ mula-mula bertapak, contohnya, di-huni oleh 60 peratus penduduk bukan

29 Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd. (2006), loc.cit. 30 Jamaie Hamil Jamaie Hamil, UMNO dalam

Politik dan Perniagaan Melayu, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004), hal. 119-122.

yu. Namun begitu, di atas platform perniaga-an, Rufaqa’ telah dapat menjalin hubungan e-rat dengan penduiduk setempat, majoritinya Cina, dalam masa yang singkat, sebagaimana diakui oleh bekas Presiden Persatuan Pendu-duk Bandar Country Homes, Lim Kwee Eng.31 Berbeza dengan imej negatif Darul Arqam sebagai pertubuhan yang Melayu-sentrik, Rufaqa’ memperpanjangkan interaksi tidak rasminya dengan kaum bukan Melayu sebagai jiran dan pelanggan dengan mengan-jurkan hubungan perniagaan dan majlis kera-maian merentasi batas kaum. Semasa dalam pembuangan daerah di Labuan, misalnya, Ustaz Ashaari bekerjasama dengan beberapa usahawan Cina, malah menumpang lesen mereka, untuk membuka beberapa buah res-toran dan bakeri di sekitar Labuan.32 Di Pu-lau Pinang pula, Rufaqa’ pernah menganjur-kan ‘Majlis Mamenganjur-kan Malam Meraimenganjur-kan Peniaga Pelbagai Kaum’ di Kelab Rekreasi Safira, Seberang Jaya, yang dirasmikan oleh P.K. Subbaiyah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihat-an, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang kerajaan negeri Pulau Pinang.33 Dua buah sa-jak Ustaz Ashaari yang panjang lebar meng-gariskan keselarian Islam Hadhari dengan masyarakat pelbagai kaum, yang perlu diin-tegrasikan melalui perasaan cintakan dan ta-kutkan Tuhan tanpa mengira kaum dan bang-sa, kerana Tuhan kepunyaan bersama seluruh manusia. Kecenderungan Ustaz Ashaari menggunakan perkataan ‘Tuhan’ mengganti-kan ‘Allah’ dalam wacana agamanya, sama ada dalam bentuk prosa, sajak mahupun na-syid, membantu mengurangkan jurang di an-tara Rufaqa’ dengan kaum bukan Islam. Con-tohnya, beliau mengakhiri kata-kata aluan su-lungnya selaku Pengerusi Eksekutif Rufaqa’ dengan ungkapan ‘Tuhan Cinta Agung, Per-juangkan Tuhan’ - yang kemudian dipopular-kan oleh Biro Kebudayaan Rufaqa’ sebagai tajuk nasyid temanya.34

31 Lihat kenyataannya dalam Muhammad Syukri

Salleh, op.cit., 2003, hal. 157.

32 Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2003), 'The

Taqwa versus Quwwah Dichotomy: An Islamic Critique', Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies XXI (2003), hal. 148.

33 ”Bumiputera perlu berurus niaga dengan

bangsa lain”, Berita Harian (utara) (30 Juli, 2004).

(8)

Dalam aspek sosial, kesediaan staf Rufaqa’ meninggalkan pakaian jubah dan serban bagi lelaki dan purdah bagi wanita, menandakan kesediaan yang lebih untuk bersama arus per-dana masyarakat Melayu yang lebih longgar di sudut budaya pakaiannya. Pakaian ala-Arab Darul Arqam pernah mencetuskan ke-gemparan sosial di Malaysia sekitar akhir 1970an dan awal 1980an, dan menjadi sim-bol utama pengasingan melampau Darul Ar-qam daripada masyarakat. Darul ArAr-qam juga diberi gambaran umum sebagai pertubuhan yang menindas wanita bukan sahaja melalui pemakaian purdah dan jubah hitam tetapi lebih menjolok lagi melalui amalan poligami, walaupun hujah-hujah rasional diberi untuk mempertahankannya. Sebenarnya, gambaran sedemikian tidak begitu tepat, kerana seba-gaimana dilaporkan oleh penyelidik, wanita Darul Arqam telah melibatkan diri dengan aktif dalam ekonomi Darul Arqam, hatta di-beri peluang menguruskan sepenuhnya syari-kat Solehah Enterprise yang di kemuncaknya mempunyai 15 cawangan di seluruh Malay-sia, aset bernilai RM0.5 juta dan modal pusi-ngan berjumlah RM925,927.35

Ini tidak pula menafikan bahawa di zaman Darul Arqam, Ustaz Ashaari memang ber-pandangan bahawa peranan wanita banyak dalam lingkungan rumahtangga, dan mereka diizinkan bergelanggang di luar hanya dalam keadaan mendesak di mana tenaga wanita diperlukan di atas kesesuaian syariat, misal-nya untuk berdakwah kepada wanita lain.36 Tetapi berbeza dalam era Rufaqa’, Ustaz Ashaari tegas mengatakan adalah salah untuk menghalang sifat berkemajuan atau bertama-dun pada wanita, malah mereka boleh sahaja “menjadi doktor, jurutera dan lain-lainnya” asalkan urusan mereka di luar rumah didisip-linkan mengikut syariat.37 Dengan anjakan pemikiran ke arah yang lebih progresif

35 Muhammad Syukri Salleh (1994: 44).

Muham-mad Syukri Salleh, “An Ethical Approach to De-velopment: The Arqam Philosophy and Achieve-ments”, Humanomics 10 (1994), hal. 44.

36 Ashaari Muhammad, Inilah Sikap Kita, (Kuala

Lumpur: Jabatan Syeikhul Arqam, 1990). 253-254.

37 Ashaari Muhammad, Buah Fikiran Ustaz Hj

Ashaari Muhammad Siri 2, (Rawang: Penerbitan Minda Ikhwan, 2006), hal. 531-533.

but, dalam era Rufaqa’, posisi wanita diinteg-rasikan terus ke dalam syarikat induk Rufa-qa’ Corporation Sdn. Bhd., malah berpeluang menjawat kedudukan tinggi sebagai Tim-balan Pengarah Biro dan pengurus unit, yang di bawah mereka terdapat anak-anak buah lelaki. Ini bermakna dalam Rufaqa’, kepim-pinan dan keaktifan wanita dalam bidang ekonomi diiktiraf, sampai ke tahap mereka diberi kepercayaan menjadi jurucakap dan wakil rasmi Rufaqa’ dalam majlis-majlis u-mum dan sidang media. Malah pada satu ta-hap, urusan kewangan syarikat juga banyak diamanahkan kepada wanita. Membuktikan lagi tahap kebebasan wanita dalam Rufaqa’, Biro Kebudayaan Rufaqa’ mempelopori kum-pulan nasyid Mawaddah, yang dianggotai oleh remaja-remaja perempuan, yang telah menempa nama dalam arena seni suara mela-lui persembahan berprofail tinggi di dalam mahupun di luar negeri. Ini telah mencetus-kan kontroversi di kalangan golongan ulama konservatif yang berpandangan bahawa suara wanita adalah aurat kepada lelaki ajnabi da-lam keadaan apa sekalipun.

Nilai-Nilai Ekonomi Politik Gerakan Islam dalam Rufaqa Coorporation

Rufaqa’ telah mengisytiharkan dirinya seba-gai “gabungan dua pembangunan - Tamadun Insan dibina dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Lalu terbinalah Tamadun Materialnya dengan ikatan kasih sayang.”38 Walaupun ke-jayaan tamadun materialnya masih terad, ia wajar menjadi bahan penyelidikan dan ditela-dani jika sesuai, di atas beberapa sebab. Per-tama, sepanjang proses pembangunannya, Rufaqa’ berada dalam pemantauan pihak ber-kuasa. Di sudut teknikalnya, ia terpaksa ba-nyak tunduk kepada kehendak pemerintah, tetapi ia mencuba sebaiknya untuk menge-kalkan prinsip asas pembangunan yang diga-riskan Ashari Muhammad (1990a), yang te-lah mendasari pembangunan jemaah Darul Arqam dari taun 1968 hingga 1994. Sung-guhpun begitu, bayak perubahan di sudut kaedah dan pelaksanaan pembangunan dapat kita perhatikan dalam dinamika perubahan gerakan Islam dari berentuk jemaah, yakni Darul Arqam, kepada berentuk syarikat, iaitu Rufaqa’ Corporation. Banyak perubahan ini

(9)

pula menggambarkan pemodenan dan percu-baan untuk terlibat aktif dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara. Yang ketara, dibandingkan dengan Darul Arqam, Rufaqa’ membangunkan ekonominya dengan kaedah dan pelaksanaan yang lebih mesra-bandar, mesra-wanita, mesra-pelbagai kaum dan ke-seluruhannya, mesra-masyarakat. Oleh kera-na ramai daripada staf Rufaqa’ merupakan bekas anggota Darul Arqam yang diharam-kan, Rufaqa’ banyak mengambil manfaat da-ripada tiga faktor yang memberikan mereka daya ketahanan yang kental, yakni doktrin sufi perjuangan yang dipraktikkan; keaktifan ekonomi yang menjadi budaya hidup dan fa-haman messianism yang diyakini. Dalam hu-raian penulis tentang pembangunan Islam ala-Rufaqa’ atau pembangunan berteraskan taqwa, fokus penulis ialah kepada doktrin sufi perjuangan dan keaktifan ekonomi. Na-mun, kewujudan tiga faktor ini yang bertang-gungjawab mengekalkan asas-asas Darul Ar-qam dalam Rufaqa’ tidak pula menghambat perubahan yang tidak kurang signifikan. Ini menunjukkan pemikiran Islam Ustaz Ashaari bukan ke arah kejumudan dan kebekuan, ma-lah ia berkembang ala-reformis.

Kedua, keberhasilan pembangunan Islam ala-Rufaqa’ menolak pandangan yang dipopular-kan pemikir Barat bahawa ajaran agama, ter-utama agamagama Timur, melambatkan a-tau menghalang pembangunan ekonomi.39 Kekuatan Rufaqa’, sebagaimana ditunjukkan, terletak kepada kefahaman dan tafsiran aga-manya yang memaparkan kelainan daripada pandangan Islam ortodoks dalam aspek-as-pek tertentu, disuburkan lagi oleh keyakinan messianism yang mendorong pandangan hi-dup yang futuris dan optimis, bahawa se-sungguhnya Islam akan gemilang semula sebagai janji Tuhan kepada umat akhir za-man. Walau apapun kontroversi yang

39 Max Weber, The Protestant Ethic and the Spirit

of Capitalism, (London: Unwin University Books, 1930). Max Weber, The Sociology of Religion,

(London: Methuen & Co. Ltd, 1965). Dalam konteks kelemahan ekonomi orang Melayu di Malaysia, lihat umpamanya B. K. Parkinson, “Non-Economic Factors in the “Non-Economic Retardation of the Rural Malays”, Modern Asian Studies 1 (1967), hal 40-41). Lihat juga G. P. Means, “The Role of Islam in the Political Development of Malaysia”,

Comparative Politics 2, (1969), hal. 282-283.

tuskan oleh fahaman ini, natijahnya ialah ma-nusia yang aktif berekonomi sebagai usaha mencetuskan sistem yang diyakini akan ber-tindak selaku tapak perjuangan dan bot pe-nunda (tug boat) untuk penyelamat yang di-janjikan. Cuma kita tidak pasti sejauh mana kekentalan ini boleh dikekalkan, kerana dari segi sejarah, keyakinan messianism bukan bersifat infiniti, tetapi akan pudar selepas satu jangkamasa yang diharapkan akan berla-kunya janji-janji kegemilangan.

(10)

mere-ka, semakin terdorong pula mereka untuk ak-tif berekonomi membuktikan kebenaran per-juangan mereka.

Ketiga, dalam konteks ekonomi politik Mel-ayu-Islam di Malaysia, keberhasilan ekonomi Rufaqa’ sepatutnya dimanfaatkan oleh peme-rintah kerana sektor swasta memang diharap-kan kerajaan menjadi “peneraju pembangu-nan” dan “pertumbuhan ekonomi,” sekaligus pemacu “penyertaan Bumiputera dalam sek-tor-sektor yang masih kurang disertai oleh Bumiputera” dalam RMK-9.40 Dalam Misi Nasionalnya, kerajaan juga berjanji akan “mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan eko-nomi negara.”41 Alangkah ruginya jika siner-gi yang diimpikan antara sektor awam dan sektor swasta dalam RMK-9 boleh terbantut hanya kerana sekelompok usahawan swasta Melayu-Islam diragui fahaman kesufian dan messianism mereka. Sepatutnya dalam rang-ka pegangan agama mererang-ka diperbaiki secara ilmiah, kaedah mereka dalam bidang-bidang ekonomi yang telah terbukti kekuatan mere-ka, dan relevan pula dengan aspirasi RMK-9, seperti soal integriti, pertanian, pelaburan dan pembiayaan, dan kemahiran teknikal dan vokasional, dipelajari setidak-tidaknya oleh bakal usahawan Melayu.42 Apatah lagi Ma-laysia beraspirasi menjadi “hab antarabangsa bagi produk dan perkhidmatan halal,”43 maka pengalaman Rufaqa’ dalam bidang ini yang diwarisi dari Darul Arqam, yang diakui sebagai perinitis industri makanan halal di Malaysia pada tahun 1970an,44 wajar di-kongsi. Pendedahan tentang pemilikan aset Rufaqa’ boleh dibanggakan kerana ia mem-bantu perancangan “mencapai sasaran seku-rang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020,”45

40 Abdullah Ahmad Badawi, Rancangan

Malay-sia Kesembilan: Ucapan YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat 31 Mac 2006, (Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006), hal. 23, 41, 58.

41Ibid., hal. 9.

42Ibid., hal. 11-12, 19, 23-24, 29. 43Ibid., hal. 15.

44 J. Nagata, The Reflowering of Malaysian Islam:

Modern Religious Radicals and their Roots,

Vancouver: University of British Columbia Press, 1984), hal. 107-108.

45 Abdullah Ahmad Badawi, op.cit., hal. 39.

han pula angka rasmi kerajaan menunjukkan bahawa hak milik Bumiputera dalam sektor korporat tempatan hingga tahun berakhir 31 Disember 2004 hanya 18.9 peratus, meng-gambarkan sedikit kemerosotan dari angka 19 peratus pada tahun 1990.46

Keempat, dalam konteks ekonomi politik masyarakat majmuk Malaysia pula, pengala-man Rufaqa’ mewujudkan hubungan pernia-gaan merentasi batas perkauman, walaupun terhad, wajar diteladani oleh rangkaian per-niagaan Bumiputera lain yang banyak mem-bina kekayaan melalui naungan parti peme-rintah dan polisi pro-Bumiputera seperti DEB. Rufaqa’ membina ragkaian perniaga-annya secara berdikari tanpa mengharapkan bantuan pemerintah; ini menambahkan ke-percayaan kepada Rufaqa’ di kalangan penia-ga bukan Melayu yang sememangnya sangsi dengan DEB. Sejak kebelakangan ini, polari-sasi kaum dalam ekonomi politik makin me-runcing dengan sikap parti komponen Mela-yu dalam kerajaan yang mendesak penerusan semangat DEB dan pengekalan agenda Mela-yu sebagai teras utama pembangunan nasio-nal.47 Dalam masa yang sama, parti kompo-nen bukan Melayu dalam kerajaan sudah be-rani menyuarakan perasaan kurang senang dengan kecenderungan kerajaan berpatah ba-lik kepada pembangunan ala-DEB yang

46 “Gerakan Mahu EPU Perjelas Ekuiti

Ekono-mi”, Utusan Malaysia (15 Oktober, 2006); “Hak Milik Ekuiti Bumiputera Sektor Korporat 18.9 peratus”, Utusan Malaysia (14 Oktober, 2006).

47 Sentimen ini begitu kuat disuarakan dalam

(11)

khuatiri akan mengekalkan ‘tongkat’ ekono-mi kepada orang Melayu untuk jangkamasa tidak terhad.48 Kritikan lebih kuat kedenga-ran dari kalangan cerdik pandai bukan Mela-yu, yang melihat kecenderungan sedemikian sebagai merbahaya kepada pencapaian aspi-rasi bangsa Malaysia.49 Apatah lagi, sudah a-da suara-suara di kalangan elit pemerintah Melayu yang mempersoalkan kewajaran kon-sep bangsa Malaysia, walaupun ia dianggap satu agenda nasional dalam Wawasan 2020.50 Dalam masa jangka panjang, pemerintah Me-layu akan hanya memburukkan keadaan dan menggalakkan perpecahan dalam parti gabu-ngan pelbagai kaum degabu-ngan kaedah membe-rikan amaran kepada suara bukan Melayu dan memaksa mereka menerima ketentuan e-lit Melayu.51

Sebagaimana Islam Hadhari versi Rufaqa’ digambarkan secara teori dan praktis sebagai mesrapelbagai kaum, pemerintah sepatutnya mengarahkan pihak berkuasa agama, teruta-manya JAKIM, memberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang Islam Hadhari kepa-da masyarakat bukan Islam. Hubungan kaum tidak akan bertambah baik jika kaum bukan Islam terus kabur dengan Islam Hadhari,52

48 Rasa tidak puas hati paling terserlah di

kala-ngan kepimpinan perti Gerakan, lihat contohnya, “Analyse why Malays failed’, New Straits Times

(25 Juli, 2005); “Keng Yaik: Tell us how you worked out figure”, New Sunday Times (15 Oktober, 2006);

49 Lihat, Philip Khoo, “Gimme! Gimme! Gimme!

Greed was the agenda of the day”, Aliran Monthly 25 (2005). Lihat juga “A tweak in time saves nine”, The Sun (19 Oktober 2006).

50 Lihat contohnya, “Bangsa Malaysia sekadar

konsep umum - Najib”, Utusan Malaysia, (7 November, 2006).

51 Lihat contoh amaran yang diberi secara tersurat

mahupun tersirat, “DEB: Amaran keras kepada akhbar Cina”, Mingguan Malaysia (24 Juli, 2005); “Laporan Asli tak betul: PM”, Berita Harian (6 Oktober, 2006); “Jangan pertikai bumiputera kuasai ekonomi 18.9%”, Utusan Malaysia (13 Oktober 2006); “Amaran Najib-Jangan gambarkan kerajaan tidak telus isu ekuiti antara kaum”, Utusan Malaysia (16 Oktober, 2006); “Jangan buat kacau-Amaran PM kepada pihak persoal isu ekuiti Bumiputera”, Utusan Malaysia (17 Oktober, 2006).

52 Seorang ahli akademik bukan Melayu, Dr.

Sarjit Singh Gill dari Universiti Putra Malaysia

yang diwar-warkan dalam Misi Nasional RMK-9 sebagai pendekatan penting dalam pembinaan tamadun negara dan menekankan pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur.53 Pemerintah perlu lebih tegas dalam menetapkan Islam Hadhari sebagai strategi pembangunan induk negara mencakupi pembangunan modal insan me-rentasi batas kaum dan agama, dan menutup terus kekeliruan masyarakat berhubung pe-ngisian program Islam Hadhari dalam pelba-gai versi rasminya yang dikeluarkan oleh pe-merintah.

Penutup

Artikel ini telah membongkar resipi dan stra-tegi pembangunan Rufaqa’, yang telah me-nyaksikan daya ketahanan yang wajar dijadi-kan bahan penyelididijadi-kan dan dicontohi, di mana yang sesuai, oleh usahawan dan pelaku pembangunan berteraskan Islam. Imej Rufa-qa’, walau sebesar manapun kejayaannya membangun, sentiasa dibayangi oleh Darul Arqam yang telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng pada tahun 1994 dahulu. Alasannya kerena penggerak Rufaqa’ ialah bekas anggota Darul Arqam. Studi ini meli-hat melimeli-hat bahawa walaupun asas memba-ngunkan ekonomi Rufaqa’ tetap berpandukan pandangan atau apa yang disebut ‘minda’ Ustaz Ashaari, wujud perbezaan yang tidak kurang ketara di antara pembangunan ala-Darul Arqam dengan pembangunan ala-Ru-faqa’, terutama di sudut teknikal operasinya. Ini menunjukkan bahawa ekonomi politik ge-rakan Islam, baik di sudut pemikiran mahu-pun pelaksanaan, memmahu-punyai dinamika yang tersendiri, lebih-lebih lagi dalam mencorak-kan hubungannya dengan pemerintah yang masih berpegang kepada kerangka pemba-ngunan lazim liberal-kapitalis.

(UPM), menyimpulkan baru-baru ini, “Perlu ditegaskan bahawa orang bukan Melayu turut mempunyai semangat ingin tahu mengenai kan-dungan dan mesej Islam Hadhari. Secara keselu-ruhannya, penulis melihat penyebaran maklumat mengenai Islam Hadhari lebih tertumpu kepada orang Melayu sehingga melupakan atau meming-girkan orang bukan Melayu.” Lihat rencananya, “Pemantapan wacana Islam Hadhari: Penerangan kepada bukan Melayu mengenai 10 prinsip perlu jelas, telus”, Berita Harian (16 Desember, 2006).

(12)

Daftar Pustaka

Aam, Khadijah. 1990. Manisnya Madu. Kuala Lumpur: Jabatan Syeikhul Arqam.

Abdurrahman R. Effendi dan Gina Puspita. 2004.

Membangun Ekonomi Islam ala Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad at Tamimi. Jakarta: Giliran Timur.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2001. “Pemerintah dan Gerakan Islam di Malaysia”. Pemikir 23. Ashaari Muhammad. 1983. Iman dan

Persoalan-nya. Kuala Lumpur: Penerangan Al Arqam. Badawi, Abdullah Ahmad. 2006. Rancangan

Ma-laysia Kesembilan: Ucapan YAB Perdana Men-teri di Dewan Rakyat 31 Mac 2006. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Bakar, Zulkiflee. 2001. “Gerakan militan harus di-musnahkan”. Utusan Malaysia (25 Agustus). Hamil, Jamaie. 2004. UMNO dalam Politik dan

Perniagaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid, Ahmad Fauzi Abdul. 2003. “The Taqwa

versus Quwwah Dichotomy: An Islamic Criti-que”, Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies XXI.

Khoo, Philip. 2005. “Gimme! Gimme! Gimme! Greed was the agenda of the day”. Aliran Monthly 25.

Nagata, J. 1984. The Reflowering of Malaysian Islam: Modern Religious Radicals and their Roots. Vancouver: University of British Columbia Press.

Means, G. P.. 1969. “The Role of Islam in the Political Development of Malaysia”. Compara-tive Politics 2.

Mohamad, Asaari. 2005. Nasihat Buatmu Bekas Kawan-kawan Lamaku dalam Arqam. Zawang: Penerbitan Minda Ikhwan.

Muhammad, Ashaari. 2006. Buah Fikiran Ustaz Hj Ashaari Muhammad Siri 2. Rawang: Penerbi-tan Minda Ikhwan.

____________________. 1990. Inilah Sikap Kita. Kuala Lumpur: Jabatan Syeikhul Arqam. Parkinson, B. K.. 1967. “Non-Economic Factors in

the Economic Retardation of the Rural Ma-lays”. Modern Asian Studies 1.

Salleh, Muhammad Syukri. 1994. “An Ethical App-roach to Development: The Arqam Philosophy and Achievements”. Humanomics 10.

______________________. 1992. An Islamic App-roach to Rural Development - The Arqam Way. London: Asoib International Ltd.

Syah, Muzaffar. 2002. “Kritikan AWSJ tak bera-sas”. Utusan Malaysia (17 Januari).

Wain, Barry. 2001. “Malaysian Terror Theory Rai-ses Doubt”. Asian Wall Street Journal (Hong Kong: 20 Desember).

Weber, Max. 1965. The Sociology of Religion. Lon-don: Methuen & Co. Ltd.

_______________. The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism. London: Unwin University Books.

www. rufaqa.com.

2006. http://malaysia-today.net/blog2006/letters. php?itemid=1244: diunduh 28 Disember. 2006. “Pemantapan wacana Islam Hadhari:

Penerangan kepada bukan Melayu mengenai 10 prinsip perlu jelas, telus”. Berita Harian (16 Desember).

2006. “Ashaari nafi hidup semula al-Arqam”. Berita Harian (5 Desember).

2006. “Hasil 3 firma Rufaqa milik Ashaari cecah RM9.8j”. Berita Harian (4 Desember).

2006. “Orang rapat Ashaari ambil kesempatan”.

Berita Harian (3 Desember).

2006. “JAIS tahan dua pemimpin Rufaqa’’. Berita Harian (2 Desember).

2006. “Business hums along quietly despite raid in Shah Alam”. The Star (28 November).

2006. “Kumpulan Rufaqa nafi hidupkan Al-Arqam”. Utusan Malaysia (27 November). 2006. “Banned Al-Arqam tries to get members, 100

arrested”. New Sunday Times (26 November). 2006. “Fahami perasaan Melayu-Gesa PM kepada

masyarakat lain mengenai isu sensitif dibangkitkan UMNO dan Abdullah jawab pelbagai isu”, Utusan Malaysia (17 November).

2006. “Bangsa Malaysia sekadar konsep umum-Najib”. Utusan Malaysia. (7 November). 2006. “A tweak in time saves nine”. The Sun (19

Oktober).

2006. “Jangan buat kacau Amaran PM kepada pihak persoal isu ekuiti Bumiputera”. Utusan Malaysia (17 Oktober).

2006. “Amaran Najib-Jangan gambarkan kerajaan tidak telus isu ekuiti antara kaum”. Utusan Malaysia (16 Oktober).

2006. “Gerakan Mahu EPU Perjelas Ekuiti Ekonomi”, Utusan Malaysia (15 Oktober). 2006. “Keng Yaik: Tell us how you worked out

figure”. New Sunday Times (15 Oktober). 2006. “Hak Milik Ekuiti Bumiputera Sektor

Korporat 18.9 peratus”. Utusan Malaysia (14 Oktober).

2006. “Jangan pertikai bumiputera kuasai ekonomi 18.9%”. Utusan Malaysia (13 Oktober). 2006. “Laporan Asli tak betul: PM”. Berita Harian

(6 Oktober).

2006. “Keistimewaan Melayu, Bumiputera Kekal-Abdullah”. Utusan Malaysia (6 September). 2006. “‘Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.”. Bermula

dari Zero, bermodalkan Tuhan (Rawang: Profail syarikat).

2005. ”DEB dapat wujudkan keseimbangan ekonomi”, Utusan Malaysia (24 November). 2005. “Analyse why Malays failed”. New Straits

(13)

2005. “DEB: Amaran keras kepada akhbar Cina”.

Mingguan Malaysia (24 Juli).

2005. “Selesaikan agenda Melayu”. Mingguan Malaysia (24 Juli).

2005. “Agenda Nasional Baru-Pemuda UMNO mahu kerajaan saksamakan jurang Melayu dan kaum lain menjelang 2020”. Utusan Malaysia

(23 Juli).

2005. “Perjuangan baru”. Utusan Malaysia (22 Juli). 2005. “Kembalikan Semangat DEB-UMNO perlu

guna kuasa politik tangani soal kepentingan Melayu terhakis”. Utusan Malaysia (21 Juli). 2004. ”Bumiputera perlu berurus niaga dengan

bangsa lain”. Berita Harian (utara) (30 Juli). 2003. “Al-Arqam cuba dihidup kembali”. Harian

Metro (23 April).

2002. “’Rufaqa’ ganti Arqam?”. Bacaria (28 Desember).

2002. “Amaran keras kepada bekas ahli Arqam”.

Mingguan Malaysia (25 Agustus).

2002. “PAS Ikut Taktik Al-Arqam Dapatkan Pengaruh”. Berita Harian (23 Agustus).

2002. “JAJ halang usaha bekas ahli Al-Arqam”.

Berita Harian (16 Maret).

2002. “Rufaqa’ tidak terbabit cuba hidup Al-Arqam”. Berita Harian (25 Februari).

2002. “Johor arah sekolah agama Al-Ruhama ditutup”, Berita Harian (21 Februari).

2002. “Negeri mesti bertindak”. Berita Harian (18 Februari).

2002. “Tutup sekolah agama hidupkan fahaman bertentangan Islam”. Utusan Malaysia (18 Februari).

2001. “JAIS buat aduan terhadap sekolah At-Tahalli”. Utusan Malaysia (15 Februari). 2001. “Asaari Muhammad dipindah ke Labuan”.

Berita Harian (7 Februari).

2000. “Behind closed doors a stirring tale of treason unfolds”. The Nation (Bangkok: 3 Desember). 2000. “Waspada hidupkan Al-Arqam: Selindung di

sebalik projek dan kegiatan ekonomi”. Harian Metro (9 September).

2000. “Al-Arqam kini dihidupkan semula’’. Utusan Malaysia (12 Juli).

2000. “Pemilik Sekolah At Tahalli nafi terbabit pertubuhan haram”. Utusan Malaysia (13 Juli). 2000. “Rufaqa’ nafi ada kaitan Al-Arqam”. Berita

Harian (13 Juli).

1999. “Pemimpin al-Arqam peralat agama”. Utusan Malaysia (19 April).

1999. “Cubaan pulih Arqam: Asaari Muhammad didakwa turut terlibat”. Berita Harian (18 April).

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan yang dapat diambil dari penelitian valuasi sumberdaya alam Hutan Lindung Siregol di Desa Sirau, Kecamatan Karangmoncol, Kabupaten Purbalingga

[r]

Puji dan syukur Penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan kasih dan sayang-Nya kepada kita, sehingga Penulis dapat menyelesaikan laporan

Berdasarkan hasil uji terhadap 3 mikroorganisme dengan menggunakan indikator MTT, diperoleh hasil bahwa dari 12 ekstrak makroalga yang diuji ternyata memberikan hasil yang

Sedangkan berdasarkan IMT, kadar kolesterol total, kolesterol LDL, kolesterol HDL, dan trigliserida terbanyak berada pada IMT 18,5 – 24,9 dengan kadar kolesterol total

Dari pengertian di atas secara jelas memberi arti bahwa badan hukum Perseroan Terbatas terbentuk dari modal-modal yang terkumpul dari orang-orang yang terikat oleh perjanjian

Nilai bobot biji per tanarnan tertinggi untuk kedua varietas temyata tidak diperoleh dari perlakuan yang menghasilkan bobot kering bintil akar dan kandungan N daun

Analisis Lingkungan Eksternal yang kedua adalah model tekanan-tekanan kompetisi yang menjelaskan tentang lima ancaman, yaitu persaingan dari pesaing- pesaing yang sudah ada,