• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM BAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM BAH"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM BAHASA MELAYU: PERANAN GURU

Yahya Othman

PENDAHULUAN

Berfikir merupakan satu proses mental atau aktiviti mental untuk mencari makna. Proses ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir sebagai teras kepada pembelajaran (McGregor 2007). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penerapan kemahiran berfikir dikaitkan dengan satu proses menggunakan minda sama ada mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah.

Kini, menguasai dan mengamalkan kemahiran berfikir penting dalam merealisasikan harapan negara untuk membentuk insan yang berkualiti dan seimbang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) juga menggariskan usaha untuk membina rupa bangsa yang memiliki daya saing yang tinggi melalui pendidikan berasaskan pemikiran tinggi melalui pendidikan yang diterima di sekolah.

Usaha secara berterusan untuk menyediakan murid yang berfikiran aras tinggi telah dijalankan sejak Sekolah Bestari diperkenalkan. Hingga kini inisiatif tersebut masih diberikan penekanan dalam usaha untuk mencapai tahap berfikir yang memungkinkan murid dapat bersaing dalam dunia global yang semakin mencabar. Aspek kemahiran berfikir semasa mula diperkenalkan lebih menumpukan perhatian kepada penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pembelajaran. Disebabkan keperluan pendidikan semasa yang lebih kompleks dan bersifat kompetitif, maka kini Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diberikan tumpuan pelaksanaannya untuk direalisasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(2)

maklumat dengan lebih berkesan. Murid perlu mengalami sendiri proses berfikir secara heuristik di dalam pembelajaran atau penemuan sendiri secara terbimbing melalui KBAT. Untuk mengaplikasikan KBAT, guru perlu menyesuaikan pendekatan dan strategi yang hendak diguna pakai semasa pengajaran dan pembelajaran.

KBAT DALAM BAHASA MELAYU: PERANAN GURU

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM), faktor penting untuk merealisasikan KBAT ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari di dalam BM kepada situasi komunikasi dalam kehidupan seharian. Dalam situasi sedemikian, kualiti murid dalam berbahasa dapat diukur bukan sahaja kepetahannya bertutur atau menulis tetapi juga melalui kualiti pemikirannya semasa berbahasa. Dalam konteks ini, pengajaran BM yang melibatkan penguasaan kemahiran berbahasa memerlukan pelajar dapat menggunakannya secara berkesan.

Guru sebagai penggerak pemikiran murid perlu memastikan KBAT dikuasai agar dapat meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa. Melalui KBAT, murid dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran mereka. Aspek kognitif yang mendasari kemampuan murid boleh dilakukan melalui pengajaran dan pembelajaran BM. Berdasarkan sukatan pelajaran, objektif pengajaran BM mengunjurkan agar murid bukan sahaja dapat menguasai kemahiran berbahasa tetapi mampu menguasai pembelajaran secara kendiri. Untuk mencapai tahap berbahasa yang kompeten, guru perlu menyediakan situasi pembelajaran yang lebih kondusif dan mencabar agar pembelajaran BM tidak dilihat sebagai mata pelajaran yang membosankan.

(3)

berkomunikasi secara berkesan, guru perlu merancang pengajaran dengan memberikan penekanan kepada strategi berfikir agar penguasaan ilmu bahasa dapat dikuasai dengan lebih berkesan.

Dalam konteks pelaksanaan KBAT, guru perlu mahir mengasimilasikan kemahiran tersebut dengan keperluan kurikulum BM. Untuk tujuan tersebut, murid perlu didedahkan dengan aktiviti pemikiran aras tinggi seperti membanding, menganalisis dan membuat inferens agar murid berupaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran.

KBAT dalam kemahiran lisan

Berdasarkan kurikulum BM, kemahiran lisan dianggap penting terutama dalam konteks menyediakan murid berkomunikasi secara interpersonal sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Disebabkan kemahiran ini kurang ditekankan terutamanya dalam pentaksiran bahasa, maka sering kemahiran ini diabaikan. Mungkin ada yang beranggapan murid boleh menguasai kemahiran lisan walaupun tidak diajar secara formal. Pandangan seperti ini jika dibiarkan boleh memberi implikasi terhadap kebolehan berkomunikasi murid terutama apabila mereka berada dalam lingkungan kehidupan yang sebenar. Oleh itu, guru BM berperanan agar kemahiran tersebut dapat diajarkan bukan hanya untuk tujuan keperluan mematuhi kurikulum tetapi juga dapat menguasai maklumat dengan berkesan.

Bagi memastikan murid mampu berkomunikasi menggunakan KBAT, maka guru boleh melaksanakan aktiviti lisan dengan menyediakan bahan dan tugasan yang mencabar minda mereka. Contohnya dengan melaksanakan aktiviti main peranan dan simulasi bahasa, guru perlu memberi peluang kepada murid merancang aktiviti kreatif sama ada secara berkumpulan ataupun individu. Walau bagaimanapun, terdapat kelompok murid yang sememangnya memiliki kebolehan yang terbatas terutamanya dalam berkomunikasi interpersonal. Hal ini boleh membataskan keupayaannya mereka untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang akan dalam aktiviti kehidupan seharian.

(4)

daya fikir yang lemah dalam pembelajaran. Sering berlaku apabila menjawab soalan pada aras tinggi, murid yang lemah terabai disebabkan mereka tidak mampu menjawabnya. Dalam hal ini, guru boleh mengadakan sesi soal jawab secara terancang dengan merendahkan tahap soalan yang dikemukakan. Apabila mereka telah menguasai soalan aras rendah dengan baik, guru boleh mempertingkatkan tahap berfikir dengan mengemukakan soalan yang lebih mencabar.

KBAT dalam kemahiran membaca

Dalam pengajaran membaca teks untuk tujuan pemahaman, guru perlu menyediakan bahan yang boleh membantu murid membaca secara kritis. Misalnya melalui teks jenis fakta atau naratif, pemikiran kritis murid dapat dijana dengan meminta murid membaca dan melakukan analisis kandungan teks. Murid ditugaskan berfikiran kritis dengan meminta mereka membuat perbandingan isi kandungan jika teks yang dibaca dari jenis perbincangan. Bagi teks berbentuk naratif, aktiviti berfikiran kreatif dapat diwujudkan melalui latihan membuat peleraian plot yang memerlukan murid merangka penutup cerita yang lebih menarik seperti menonjolkan kejadian yang tidak dijangka boleh berlaku.

Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam BM juga menyasarkan agar murid dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif. Dalam konteks kemahiran membaca, kebolehan murid menggunakan pengetahuan lalu sangat penting bagi memastikan mereka mampu berfikiran secara kritis apabila membaca teks. Bagi teks jenis hujahan, murid perlu mahir menganalisis hujah yang terdapat di dalam teks di samping dapat membuat penilaian terhadap teks tersebut. Untuk memastikan kemahiran berfikir yang memerlukan pelajar menganalisis dan membuat jangkaan terhadap plot teks jenis naratif pula, guru BM bukan hanya perlu menyediakan bahan bacaan yang mencabar tetapi perlu mendedahkan strategi membaca kritis agar aktiviti membaca berkesan.

(5)

untuk meningkatkan kesedaran proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Melalui strategi ini, murid dapat membuat refleksi terhadap maklumat yang diperoleh sama ada semasa aktiviti lisan, membaca, dan menulis. Dalam konteks kemahiran membaca, murid dapat difokuskan pemikirannya terutama dalam menetapkan tahap pemahaman masing-masing apabila melalui proses membaca. Begitu juga dengan aktiviti kemahiran menulis, murid juga dapat melakarkan maklumat yang ingin ditulis secara jelas melalui amalan refleksi

Penelitian terhadap kemahiran membaca adalah rumit kerana melibatkan aktiviti kognitif. Membaca bukan sekadar membunyikan tulisan yang tertera di dalam teks tetapi melibatkan aktiviti berfikir, psikolinguistik dan metakognitif (Farida Rahim, 2007). Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa metakognitif dalam aktiviti membaca melibatkan kebiasaan kendiri murid dalam merancang, kecekapan memantau, menguji, membuat semakan dan menilai strategi yang digunakan. Tiga cara yang sering digunakan untuk mengukur strategi metakognitif murid membaca iaitu aktiviti pemantauan, penilaian dan peraturan. Dalam hal ini, guru dapat merangka strategi pengajaran yang sesuai dengan matlamat kemahiran membaca.

(6)

KBAT dalam kemahiran menulis

Strategi metakognitif membantu pelajar menguruskan proses pembelajaran mereka seperti menetapkan matlamat pembelajaran, merancang, memantau dan menilai proses dan hasil pembelajaran mereka. Strategi metakognitif disifatkan sebagai satu strategi pembelajaran yang dimulakan dengan penetapan objektif pembelajaran (Thiede, Anderson, & Therriault, 2003), menggunakan pelbagai sumber maklumat, mengesan darjah keberkesanan proses pembelajaran, dan berakhir apabila pelajar telah menguasai dan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan (Sahlan, Shalinawati & Saemah, 2013).

Dalam konteks kemahiran bahasa, kemahiran bahasa yang penting dan sesuai dengan perkembangan kemahiran membaca dan berfikir (Kozlow & Bellamy, 2004). Aktiviti penulisan melibatkan aktiviti berfikir aras tinggi yang kompleks yang memerlukan imaginasi perasaan, tahap minda, cita rasa dan tahap kognitif penulisnya. Hal ini menggambarkan menulis sebagai satu kemahiran berbahasa yang paling sukar dilakukan. Beyer (1988) pula menyatakan bahawa proses berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan kecenderungan dan kesanggupan seseorang untuk terlibat dalam aktiviti menulis.

Berdasarkan kajian lalu, aktiviti berfikir aras tinggi yang melibatkan pemikiran metakognitif dapat meningkatkan prestasi pelajar terutamanya dalam menulis. Tomlinson dan McTighe (2006) menyatakan bahawa pelajar yang menggunakan strategi metakognitif merupakan pelajar yang efektif. Hal ini demikian kerana strategi metakognitif membantu pelajar mengawal proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian Yahya Othman dan Maszuraimah Muizz (2013) juga menunjukkan strategi metakognitif dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir murid semasa aktiviti menulis.

(7)

hinggalah mampu membina ayat. Di samping itu, kemahiran menulis juga murid bukan sahaja mampu menukilkan idea yang tersimpan dalam pemikirannya tetapi juga perlu mampu mengorganisasikan idea tersebut agar dapat diterjemahkan dalam wacana yang dapat difahami pembaca.

Bagi memastikan pelajar dapat mengaplikasikan KBAT dalam kemahiran menulis, guru perlu mampu mewujudkan persekitaran menulis yang kondusif. Pengaruh iklim pembelajaran yang selesa tanpa tekanan mampu memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara terencana. Berikan murid peluang untuk menyampai, memperincikan idea, menganalisis maklumat, serta menyatakan pandangan dengan lancar. Untuk memastikan kelancaran dalam penghasilan sesuatu hasil penulisan, guru BM berperanan mencungkil, memantapkan serta menjadikan idea yang difikirkan terjelma dalam bentuk tulisan yang bukan sahaja boleh dibaca malahan boleh memberi kesan sama ada secara eksplisit mahupun intrinsik. Oleh itu, bagi memastikan murid menguasai kemahiran menulis dengan baik, KBAT boleh digunakan melalui pedagogi yang terancang dengan baik. Guru BM perlu mahir menulis dan dapat mempamerkan kemahiran tersebut kepada murid. Di samping itu, dengan menggunakan pengurusan grafik yang baik, penulisan karangan boleh menjadi lebih baik kualitinya.

Sehubungan dengan itu, persekitaran pembelajaran yang disediakan juga tidak mampu untuk merangsang pemikiran murid menghasilkan penulisan yang baik. Kesan persekitaran, pengalaman lalu murid, minat terhadap menulis, dorongan menulis dan strategi menulis yang didedahkan oleh guru sangat menyumbang kepada kualiti penulisan yang diharapkan.

(8)

Strategi belajar BM

Dalam konteks pengajaran BM, guru perlu mahir memilih strategi belajar yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa. Jika dianalisis kandungan sukatan pelajaran BM, terdapat banyak hasil pembelajaran yang disenaraikan memberi peluang kepada pelajar menguasai strategi belajar melalui kemahiran bahasa. Contohnya dalam kemahiran lisan, membaca, dan menulis banyak subkemahiran yang disenaraikan mampu membantu pelajar menguasai strategi belajar yang boleh meningkatkan prestasi akademik dalam mata pelajaran lain. Oleh itu, guru BM berperanan menterjemahkan hasil pembelajaran itu dalam bentuk aktiviti KBAT yang boleh digunakan oleh murid semasa mempelajari mata pelajaran yang lain. Melalui aktiviti ini juga guru mengharapkan murid meningkatkan peningkatan daya fikiran mereka.

Kemahiran menyoal

Kemahiran berfikir boleh diajar secara langsung atau tidak langsung bergantung pada objektif pengajaran yang ingin dicapai semasa proses belajar berlangsung. Strategi menggunakan soalan yang terancang memerlukan guru BM yang mahir dalam hal tersebut. Soalan berbentuk terbuka perlu selalu dikemukakan dalam aktiviti lisan, membaca dan menulis. Kelebihan soalan bentuk ini mampu menjana pemikiran murid semasa menjawab soalan. Di samping menentukan bentuk soalan, guru juga perlu mahir dalam teknik menyoal. Menggunakan lingkaran soalan merupakan cara yang baik bagi mengaitkan antara soalan-soalan yang akan disoal.

(9)

Kaedah perbincangan

Untuk memberikan respons terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang dikemukakan semasa mempelajari bahasa, guru bahasa boleh menggunakan kaedah perbincangan untuk meningkatkan kualiti berfikir murid. Agak sukar untuk membangkitkan suasana berbincang dalam bilik darjah jika guru tidak memainkan peranan sebagai pemudah cara. Oleh itu, guru perlu mahir mengendalikan sesi perbincangan sama ada dijalankan dalam kumpulan kecil mahupun menggunakan kaedah kelas yang memerlukan penglibatan murid secara menyeluruh. Tajuk perbincangan yang diberikan kepada murid perlu menarik perhatian dan memudahkan aliran idea dikeluarkan dari pemikiran mereka. Contohnya dalam aktiviti menulis karangan, guru boleh mendapatkan respons murid berdasarkan tajuk atau tema karangan yang diajukan melalui perbincangan.

Alat pengurusan grafik

(10)

Kaedah penyelesaian masalah

Kaedah penyelesaian masalah juga diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran BM untuk tujuan meningkatkan KBAT. Kaedah ini merupakan usaha dalam bentuk proses kognitif dengan maklumat digunakan sebagai usaha untuk mencari cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, guru BM perlu mahir dalam mengembangkan pelbagai langkah penyelesaian kepada murid supaya menggalakkan mereka menggunakan unsur kognitif yang melibatkan proses penaakulan, pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah (Yahya Othman, 2003). Langkah yang paling asas dan penting bagi membolehkan penyelesaian masalah ialah perlunya banyak pengalaman yang berbentuk konsep dan prinsip tentang pelbagai hal. Murid sepatutnya digalakkan menyatakan pendapat mereka dan pendapat tersebut dihargai demi menggalakkan murid menggunakan kemahiran berfikir semaksimum yang mungkin.

KESIMPULAN

(11)

RUJUKAN

Beyer, B. K. (1988). Developing thinking skill program. New York: Allyn & Bacon, Inc.

Farida Rahim (2007) . Pengajaran membaca di sekolah dasar. Jakarta: PT Bumi Aksara

Kozlow, M. & Bellamy, P. (2004). Experimental study on the impact of the 6+1 trait ® writing model on student achievement in writing. Oregon: Northwest Regional Educational Laboratory.

Thiede, K.W., Anderson, M.C. & Therriault, D. (2003). Accuracy of

metacognitive monitoring affects learning of texts. Journal of Educational Psychology, 95: 66-73.

Tomlinson, C.A. & Mctighe, J. (2006). Integrating differentiated instruction and understanding by design. Alexandria: Association for Supervision and

Curriculum Development.

McGregor. D. 2007. Developing thinking developing learning: A guide to thinking skill in education. New York: McGraw Hill

Yahya Othman (2003). Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. 3 (1), 136-159

Yahya Othman(2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publication

Yahya Othman & Maszuraimah. (2013). Aplikasi strategi kesedaran meta-kognitif semasa membacan teks moden dan klasik dalam kalangan murid prauniversiti. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (1): 61-71.

Sahlan Surat, Shalinawati Ramli & Saemah Rahman (2013) Sumbangan elemen metakognitif terhadap pencapaian penulisan karangan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,

3(2) :79-91

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil uji diatas diperoleh bahwa jumlah kredit yang disalurkan berpengaruh terhadap laba dikarenakan hasil keuntungan yang diperoleh dalam bentuk bunga pinjaman

Berarti bahwa pada rumahtangga petani kolam ikan tidak seluruh waktu yang dimilikinya digunakan untuk melakukan kegiatan budidaya ikan, namun sebagian waktu yang

Dalam pendapat 4 mazhab terdapat beberapa kesimpulan antara lain menurut imam hanafi dan imam safi’i anak yang lahir kurang dari 6 bulan setelah menikah bisa dinasabkan ke

Manusia harus melakukan suatu pekerjaan dalam rangka memenuhi kebutuhan materi. Pemenuhan kebutuhan materi tersebut dilakukan dengan berbagai macam pekerjaan, ada

Dalam melakukan penyidikan terkait kasus penyalahgunaan narkotika ini belum terjadi, masih dalam tahap penyelidikan, untuk penyidikan di serahkan ke BNN Provinsi

Hasil penelitian menunjukkan variabel independen inflasi, suku bunga, exchange rate, return on asset (ROA) dan Debt to Equity Ratio (DER) baik secara parsial maupun secara

Dari hasil pengolahan data diperoleh dua macam data yaitu data rata-rata kedatangan Haulmaster (λ) = 14 unit per jam dan data rata-rata lamanya waktu pelayanan

Zaradi sistemskih vzrokov funkcioniranja države, preozkega razumevanja sive ekonomije, predvsem pa enačenja dela na črno s sivo ekonomijo, je stanje v Sloveniji tako, kot je Dobovšek