PENGISIAN Isu Kontemporari
1. Diskriminasi Proaktif Mangkin Pembangunan Sejagat 14
2. Asas Pembangunan dan Kemajuan Singapura 17
3. Persaingan Tanpa Diskriminasi 20
4. Kehilangan Mahathirisme Membawa Kejatuhan Melayu 23
Isu Bahasa
5. Trend Progresif Bahasa Inggeris di Blog & Facebook di Kalangan Pengguna Melayu 27
6. Kepenghubungan Bahasa, Budaya dan Pemikiran 31
Isu Agama
7. Agama Mangkin Vaksin Progresiviti Bangsa 36
8. Iktibar dari Newater Dalam Konteks Taubah 40
9. Pemindahan Organ Manusia Satu Tanggapan Fundamentalisme 43
Pendidikan & Warisan
10. Tersekat Dalam Kecelikan Matematik 46
11. Strategi Perguruan Di Sebalik Permainan Catur 51
12. Menghargai Kendi Peninggalan Zaman 54
13. Seni Perhubungan Dalam Sulalatus Salatin 57
Apresiasi Sastera
Potret Pencetus Puisi 60
Mesej Filosof- Estetika Ebeit G. Ade 63
Sajak Saksi Tenggelamnya Melayu Kota Singa 66
Kritikan Sastera
Menjejaki Teori Revisionisme Dalam Cerpen „Lembu‟ Dan Sajak „Ini Nasi Yang Ku Suap‟ 70 Mengulas Teori Pragmatik Dalam Cerpen „Zuriat‟ Dan „Gara-Gara Kenduri‟ 74 Penerapan Teori Sastera Ekologi Dalam Sajak A.Ghani Hamid 79
Kreatif
15. Mesej Filosof- Estetika Ebeit G. Ade
16. Sajak Saksi Tenggelamnya Melayu Kota Singa
17. Menjejaki Teori Revisionisme Dalam Cerpen ‘Lembu’ Dan Sajak ‘Ini Nasi Yang Ku Suap’ 18. Mengulas Teori Pragmatik Dalam Cerpen ‘Zuriat’ Dan ‘Gara-Gara Kenduri’
19. Penerapan Teori Sastera Ekologi Dalam Sajak A.Ghani Hamid
Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Program
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz
Jawatankuasa
Jurnal Aktivis merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuh perihal pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dan kajian para penuntut Institut Pendidikan Nasional(NIE) Program Latihan Khas Bahasa Ibunda.
Aktivis merupakan rentetan frasa Aktif-Tirus-Visi. Aktif merujuk kepada kegigihan dalam merealisasikan visi jurnal ini iaitu merevolusi pemikiran Melayu. Tirus merujuk kepada pemikiran luas yang semakin terfokus agar lebih khusus kepada objektif visi. Visi jurnal ini iaitu merevolusikan pemikiran Melayu merupakan satu usaha unit bahasa Melayu untuk merubah tanggapan pelatih terhadap pengajian Melayu setempat. Pelatih dikenalkan kepada variasi yang terdapat dalam dunia linguistik, tatabahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Keluasan ilmu pengetahuan ini kemudiannya dikhususkan atau difokuskan agar terhasilnya karya yang menggerakkan minda pembaca. Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan jurnal melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayu setempat dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian tinggi dalam bentuk separa akademik. Usaha ini diharapkan dapat meniup semangat melestarikan alam pengajian Melayu setempat. Tikaman keris melambangkan suntikan nafas segar kepada aktiviti pengajian Melayu setempat. @ hakcipta Perbuyu (NIE). Mana-mana bahagian penerbitan tidak boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi Perbuyu (NIE).
KATA EDITOR
Aktivis masuk tahun ke 10 sejak dimulakan pada awal alaf ini, 2001. Upaya Aktivis untuk kekal sebagai jurnal paling lama di Singapura dari segi penerbitan di Singapura merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Namun demikian,
implikasi yang lebih penting lagi ialah Aktivis berjaya memupuk dan menghasilkan sekian banyak pengajaran dan pembelajaran serta kreativiti dan inovasi. Fokus penerbitan kali ini ialah terhadap penulisan yang mencetuskan korelasi ilmu dan pragmatisme. Ini dapat dilihat khususnya dalam bahagian apresiasi sastera, warisan dan genre kreatif. Apresiasi sastera meninjau aspek aplikasi penghayatan lukisan dalam menghasilkan puisi. Begitu juga genre-genre cerpen dan sajak yang bersifat silang budaya dalam konteks persuratan yang lebih universal melibatkan tamadun Asia dan antarabangsa. Komunikasi blog juga disisipkan dengan genre satira pojok.
Dari aspek kritikan sastera pula, keluaran kali ini mengupas karya-karya Singapura dengan menerapkan beberapa teori atau pendekatan terkini termasuk teori revisionisme, dan ekologi. Kajian bahasa pula meninjau pragmatik bahasa di media baharu yakni blog dan facebook. Isu-isu berkaitan dengan rakyat Singapura khususnya tekanan dek kemasukan pendatang asing dan pembangunan menjadi inti pati perbincangan esei. Aspek agama juga diseragamkan dengan temuan sains agar lebih bermanfaatkan dari segi aplikasinya dan teladan bagi kemanusiaan.
Dari sudut pendidikan, aspek warisan bangsa ditekankan dari segi penggalian khazanah dalam dokumen purba dan menjadikan ia sebagai sandaran bagi penghasilan bahan-bahan dan idea-idea baharu tajaan bagi jurnal ini dan sokongan editorial serta profesionalisme sehingga terhasilnya jurnal ini. Semoga sokongan ini akan berterusan dalam usaha meningkatkan kesedaran intelektual di kalangan masyarakat setempat sekaligus menambah khazanah bangsa dan negara.
3
Begitulah jawapan Encik Abdullah Othman, pengerusi Lembaga Pengarah Darul Andalus dan Lembaga Pengarah Cordova, apabila ditanya tentang masa depan pengajian Islam Singapura. Ternyata, Encik Abdullah seorang yang sangat optimistik dalam perancangan dan mempunyai aspirasi besar dalam cuba membina sebuah masyarakat Melayu Islam Singapura yang cerdas, membangun dan ideal. Sejak di peringkat sekolah menengah lagi, mantan pegawai pendidikan di Jabatan Pendidikan Agama MUIS ini, sering tertanya-tanya tentang makna kewujudan insan dan peranan manusia di atas muka bumi ini. Beliau selalu mahu mengenal dirinya, supaya lebih senang mengenal Tuhan, dan mengerti dengan lebih dalam lagi, apakah sebenarnya erti kehidupan ini?
Beliau meraih ijazah pertama di Universiti Kebangsaan Singapura dalam fakulti sains dan melanjutkan ijazah sarjana dalam falsafah sains Islam di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam di Kuala Lumpur. Semangat dan cinta Encik Abdullah kepada dunia ilmu terus membara. Kini beliau merupakan calon Doktor Falsafah (Ph.D) di Institut Pengajian Islam, Universiti Malaya. Impian dan harapan Encik Abdullah sememangnya besar, dan ternyata bukan sebuah impian kosong semata-mata. Beliau merupakan anggota pengarah di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri yang menawarkan khidmat diploma sepenuh masa dan ramai pelajarnya terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, sarjana dan juga Ph.D.
Darul Andalus merupakan sebuah syarikat swasta dan Encik Abdullah sedia maklum bahawa jangkaan orang ramai ialah dorongan swasta ialah duit namun dorongan utama buat beliau ialah khidmat. Oleh itu, Darul Andalus juga telah menceburi dunia penerbitan untuk peringkat sekolah hingga ke peringkat diploma. Encik Abdullah mengakui terdapat beberapa isu yang merisaukan mengenai masyarakat Melayu hari ini. Pada pendapatnya, kita harus terus berusaha dalam mengubati pokoknya. Dia menjelaskan lagi bahawa punca masalah ini ialah kerana manusia yang tidak kenal pada diri sendiri dan diselubungi kekeliruan dalam arah tuju kehidupan.
Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan agama, ternyata Encik Abdullah mempunyai pemikiran luas lagi terbuka. Menurutnya: “Mengapa orang Melayu tidak mahu belajar bahasa German? Bahasa Perancis? Orang putih sanggup belajar silat pun, hanya untuk mengetahui tentang lebih banyak perkara dengan mendalam. Orang Melayu suka menghadkan diri.” Beliau ingin memecahkan tembok itu dan oleh itu, penuntut dan kakitangan Andalus melibatkan diri dalam
4
pelbagai aktiviti yang jarang dilakukan oleh badan-badan agama. Mereka menceburi aktiviti seperti berenang, berkhemah dan sebagainya. Ini berteraskan fahaman Encik Abdullah bahawa kita harus bebaskan diri dan menceburi apa jua bidang yang disediakan. Sewajarnya, masyarakat kita memerlukan lebih ramai lagi orang seperti Encik Abdullah. Seseorang yang berfikiran terbuka, berani bermimpi dan juga merealisasikannya.
Fahaman encik Abdullah terhadap dunia keilmuan merupakan satu yang holistik. Beliau bukan hanya berjaya membina sebuah institusi agama swasta yang berjaya bersama rakan-rakan niaganya tetapi juga mempragmatikkan ilmu agama yang sebenar iaitu ilmu duniawi dan ukhrawi. Sejak tahun 2007 beliau telah memulakan program pengajian Melayu bagi para asatizah dengan mendapatkan kerjasama Angkatan Sasterawan ‟50 (Asas ‟50). Para asatizah telah melalui program Forum Penulisan Asatizah yang dikuti dengan pengajian bahasa, sastera, dan budaya Melayu/Islam. Inisiatif seumpama ini merupakan yang pertama kali diadakan di Singapura yang memberikan para asatizah satu progam holistik dan lengkap dengan ilmu-ilmu yang diperlukan agar mereka dapat berfungsi dengan lebih berkesan kerana dapat menyesuaikan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Namun demikian yang lebih penting lagi ialah usaha seumpama ini dapat menambah lagi jumlah pengguna dan pengamal bahasa Melayu peringkat tinggi di Singapura sekaligus melestarikan khazanah bangsa.
Iqra‟ merupakan surah pertama yang sewajarnya menjadi dukungan setiap umat Islam. Atas dasar ini juga, Encik Abdullah menyokong inisiatif Asas ‟50 mengadakan kumpulan membaca atau Reading Groups bersama para asatizah dalam usaha menggalakkan lebih banyak asatizah membaca dengan diselenggarakan oleh para pemudah cara daripada Asas ‟50. Melalui sesi seumpama ini, banyak penerbitan yang dapat dibincangkan dan dimanfaatkan dengan ulasan dan kritikan dari sudut pandangan agama dan sekular. Pemikiran proaktif Encik Abdullah menjangkau dunia sayembara. Berkat hubungan rapat dengan Asas‟50, Darul Andalus menganjurkan Sayembara Novel Temasek bermula pada tahun 2007 dan kini telah memasuki musim keduanya pada tahun 2009. Darul Andalus juga telah meneruskan usaha Asas ‟50 dalam sayembara Noktah Putih sejak tahun 2008. Darul Andalus juga mula menerbitkan buku-buku cereka Melayu selain buku-buku teks agama. Malah, kedai buku Andalus juga menjadi pembekal buku-buku terbitan Asas ‟50. Ini merupakan bukti akan tindakan menambah lagi khazanah Melayu di Singapura tanpa menghiraukan desakan komersialisme. Darul Andalus terus mara ke dalam dunia penulisan lebih serius apabila ia menjadi rakan Asas ‟50 dalam Program Penulisan Antarabangsa 2010 di bawah naungan National Arts Council Singapore. Program ini yang pertama diadakan di Singapura yang menyaksikan para peserta dilatih oleh Profesor Emeritus Dr Budi Darma dari Universiti Surabaya Indonesia. Beliau merupakan seorang ahli akademik dan penulis ternama antarabangsa. Program penulisan ini merupakan program intensif 6 bulan dalam menghasilkan novel Singapura.
Encik Abdullah merupakan seorang yang tidak pernah menolak mana-mana saranan dan usahasama yang meningkatkan ilmu bagi masyarakat sekaligus membangunkan bangsa dan agama. Sikap seumpama ini yang banyak membantu beliau memastikan para asatizah mendapat bimbingan lengkap dari segi mental, rohani dan jasmani. Beliau berjaya memecahkan pandangan stereotaip terhadap para asatizah sebaliknya memberikan satu imej progresif dan proaktif kepada mereka. Beliau sendiri adalah satu contoh yang ketara. Memimpin melalui contoh bukan sekadar merancang.Komitmen seumpama ini daripada seorang pemikir-penggerak agama dan bangsa amat bermakna sekali dan wajar diteladani. Ia membuktikan bahawa seseorang itu boleh berjaya dalam kedua-dua bidang tanpa mengenepikan kepentingan agama, dan masyarakat.
5
Yazid Bin Hussein atau lebih senang dipanggil sebagai Cikgu Yazid merupakan seorang pendidik yang berwibawa dan cekal dalam usaha menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada anak bangsa. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan seawal tahun 1993 di Sekolah Menengah Chua Chu Kang. Cikgu Yazid juga pernah mengajar di Millennia Institut sebagai guru Bahasa Melayu dan Sastera sebelum berkhidmat sebagai pensyarah di Program Latihan Khas Bahasa Ibunda (STP), Institut Pendidikan Nasional (NIE) dari tahun 2007-2010. Sepanjang bergelar pensyarah di STP, Cikgu Yazid banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru pelatih untuk menjadi golongan pendidik yang berdedikasi dan berpengetahuan luas seperti dirinya.
Kelebihan guru yang seringkali merendah diri ini tidak sahaja terletak pada ilmu pengetahuan Bahasa dan Sastera Melayu. Beliau merupakan guru yang penuh kreativiti dan ketangkasan dalam mengajar mata pelajaran Seni Kraftangan (Art and Craft) serta menjadi jurulatih untuk sukan bola sepak, rugbi dan hoki. Beliau yang diasuh sejak kecil untuk menitiberatkan disiplin diri, pernah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan sebagai guru disiplin.
Cikgu Yazid tidak lokek ilmu. Beliau sentiasa menasihatkan anak-anak didiknya supaya menggunakan peluang yang diberikan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman agar tergolong dalam kumpulan paling cemerlang. Sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan, Cikgu Yazid tidak pernah mengenal erti penat dalam perjalanan untuk menimba ilmu yang mampu dicakupi. Kecekalan Cikgu Yazid ini terserlah dalam usahanya untuk meraih doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Bahasa Melayu di samping tugasnya sebagai seorang pensyarah. Beliau telah memilih untuk menjadikan kumpulan cerpen hasil empat orang penulis mapan Singapura, iaitu Masuri S.N, Suratman Markasan, Mohamed Latiff Mohamed dan Isa Kamari sebagai bahan kajian untuk tesis doktor falsafahnya mengenai “Konseptual Kata Kunci”. Sebelum ini, Cikgu Yazid telah memperkenalkan dua teori untuk tujuan tesis Sarjana Mudanya iaitu, model “Qawl‟un Ma‟ruf” yang membawa maksud perkataan yang baik dan model “Psikologi Dakwah”.
Cikgu Yazid bukan seorang yang mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diraih. Sebaliknya, beliau berpegang kepada pegangan bahawasanya seseorang itu harus sentiasa mempertingkatkan diri dalam mencari ilmu yang bakal memanfaatkan diri dan bangsa. Oleh yang demikian, Cikgu Yazid berpendapat bahawasanya masa merupakan sesuatu yang amat berharga
6
dalam kehidupan manusia. Beliau sering mengingatkan dirinya agar tidak leka dan lalai dalam menjalani kehidupan yang dipenuhi dengan tanggungjawab dan agenda yang penting. Masa itu amat berharga dan manusia sering gagal untuk mengimbangi masa mereka dengan baik. Sehubungan itu, beliau mendisiplinkan diri agar melaksanakan segala tugas dengan cara teratur dan bijaksana, mengikut kepentingan serta keperluan.
Cinta Cikgu Yazid terhadap bahasa, bangsa, budaya dan arena persuratan Melayu Singapura dimantapkan lagi dengan penglibatannya dalam beberapa pertubuhan setempat. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua II Angkatan Sasterawan „50 sejak tahun 2009. Sebelum ini, Cikgu Yazid merupakan Penolong Setiausaha Asas „50. Penglibatan Cikgu Yazid dalam Asas ‟50 berjaya mencetuskan beberapa program yang menarik hasil buah fikirannya. Misalnya, pertandingan „Eja Tepat‟ dan „Bina Kata‟. Dek sambutan yang memberangsangkan dari para guru, „Eja Tepat‟ telah dijadikan acara tahunan anjuran Asas ‟50.
Selain berkecimpung dalam Asas ‟50, Cikgu Yazid juga merupakan antara salah satu anggota di Balai Rakyat Bukit Batok Timur. Beliau kerap menggunakan balai rakyat tersebut untuk menganjurkan kegiatan yang berunsur bahasa dan sastera Melayu bagi para pelajar sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan institut pendidikan tinggi. Minatnya dalam bidang teater juga telah menyebabkan beliau menjadi penasihat kepada kumpulan Celik, sebuah pertubuhan teater yang dikendalikan oleh para remaja Melayu. Pada tahun 2008, skrip teater Bisikan Nadim yang ditulis oleh Cikgu Yazid sendiri dan dipentaskan di panggung Victoria oleh kumpulan Celik dengan kerjasama Asas‟50. Skripnya telah diterbitkan dalam bentuk buku bertajuk Bisikan Nadim: Dari Skrip Ke Panggung Ke Naskah (2009). Kreativiti dan kebolehan Cikgu Yazid dalam penulisan skrip dengan cara teatrikal dan penuh dramatik telah mendorong kumpulan Teater Artistik Singapura untuk melantiknya menjadi penulis skrip bagi pementasan Depot Lima Dara di Arts House pada Mei 2010.
Selain menulis skrip teater, Cikgu Yazid juga banyak menghasilkan karya-karya kreatif seperti novel, cerpen dan sajak. Buku kumpulan cerpen Satu Macam Penyakit (2009) adalah antara buku yang memuatkan karya-karyanya dengan nama pena Langkah Seribu. Karya-karya Cikgu Yazid yang kebanyakannya bertemakan alam sekitar, kasih sayang, kekeluargaan dan politik acap kali juga diterbitkan di akhbar Berita Harian dan Berita Minggu kerana persoalan-persoalan yang dibincangkan dalam karya-karyanya sejajar dengan isu-isu yang dihadapi masyarakat Melayu milieu ini. Memang menjadi harapan guru berjiwa nasionalistik ini untuk menyedarkan masyarakat Melayu akan cabaran-cabaran yang sedang melanda bangsannya dan membakar semangat mereka untuk bangkit dan berusaha menangani masalah yang menimpa dengan cara bijaksana serta tidak mengenal erti putus asa.
Bagi Cikgu Yazid, pendidikan dan agama adalah kunci emas yang membolehkan mana-mana bangsa keluar dari ambang masalah. Lantas, Cikgu Yazid sentiasa mempertingkatkan dirinya dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi. Pegangan hidup yang sama cuba diterapkan Cikgu Yazid di dalam diri anak-anak didiknya. Cikgu Yazid tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan yang ada pada dirinya. Beliau turut menghasilkan sebuah buku panduan bertajuk Aku Ingin Menulis (2009) yang memuatkan cara-cara menghasilkan cerpen. Penerbitan buku tersebut diharap dapat mendorong lebih ramai pelapis untuk berkecimpung dalam dunia persuratan dan memupuk minat terhadap bahasa ibunda di kalangan generasi muda.
7
bahawasanya dengan pendekatan yang betul dan kreatif oleh guru-guru bahasa ibunda di sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Melayu setempat seperti Mendaki dan 4PM, bahasa Melayu dapat menarik kembali perhatian generasi muda untuk mendalami bahasa ibunda mereka. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila Cikgu Yazid bersama Asas ‟50 kerap menganjurkan pertandingan bahasa dan bengkel sastera untuk penyertaan pelbagai peringkat institusi pendidikan. Cikgu Yazid turut menekankan pentingnya bahasa ibunda kerana ia menjadi wahana yang membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa ibunda juga menjadi lambang yang membezakan satu-satu kaum. Lantas, kepentingan bahasa ibunda tidak terkira nilainya. Dek ketekunannya menyumbang kepada dunia sastera, seni, bahasa, pendidikan dan budaya Melayu di Singapura, guru yang tidak pernah mengenal erti kalah dan penat ini, banyak menerima anugerah dan pengiktirafan sebagai tanda penghargaan atas segala dedikasinya selama ini. Antaranya ialah anugerah Guru Cemerlang 2003 dan 2006, Tokoh Muda Anugerah Emas 2007, penerima hadiah pertama SPH-NAC Golden Point 2009 untuk Kategori Cerpen Melayu dan banyak lagi.
Cikgu Yazid boleh dianggap sebagai seorang guru Melayu yang bewawasan dan pragmatik dengan keperluan semasa. Dengan semangatnya yang kental, Cikgu Yazid telah mendorong ramai guru bahasa Melayu seperti dirinya untuk berjuang memajukan pengajian Melayu di Singapura.
Nur Hafizah Rashib & Nurshamira Johari
Menjunjung Budimu
(Untuk Sasterawan Mohamed Latiff Mohamed)
Biarpun sakit mata memandang Biarpun perit menekan jiwa Menatap dalam kemarahan Menabur kasih dalam penulisan Atas harapan meniup semangat Keikhlasan tidak mengenal keluh dan keringat
Biarpun perjuangan tiada putusnya Biarpun terpaksa berkorban masa Meneruskan bakti kepada duniawi Mencorak masyarakat menegakkan jati diri
Sejak dahulu, kini dan selamanya Khazanah menempah keagungan budi.
Aida Norliza 3 Mac 2010
8
Muhammad Herwanto Bin Johari dilahirkan pada 14 Julai 1979. Beliau merupakan seorang belia yang banyak menyumbang kepada dunia kepimpinan melalui penglibatannya dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan program melibatkan para belia. Bahkan, beliau juga mencapai kejayaan yang wajar menjadi kebanggaan masyarakat Melayu seawal usia 13 tahun lagi. Guru pelatih dan penuntut tahun ketiga jurusan diploma dalam pengajian Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Nasional ini meraih kejayaannya yang pertama apabila beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan „PSLE‟ pada tahun 1992 dan merupakan pelajar Melayu kedua terbaik dengan meraih agregat 277.
Melalui keputusan tersebut, Herwanto layak melanjutkan pelajarannya di Institusi Raffles (RI) pada tahun 1993. Semasa pengajiannya di sana, beliau meraih Hadiah Buku Perdana Menteri atas kecemerlangan dalam peperiksaan nasional bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada tahun 1994. Sokongan dan dorongan keluarga, guru dan rakan-rakannya terus membentuk kecemerlangannya sehingga berjaya meraih Hadiah Terbaik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Lanjutan di RI pada setiap tahun. Di samping itu, beliau juga turut menjuarai sayembara penulisan esei dan berpidato setiap tahun di tempat pengajian yang sama.
Herwanto juga pernah menjadi guru sambilan di Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim. Sejak itu, timbul minatnya untuk menceburi bidang perguruan dan ingin menjadikannya sebagai kerjaya. Justeru, beliau melanjutkan pelajarannya di Institusi Pendidikan Nasional. Herwanto telah menamatkan pengajian di bawah Program Latihan Khas STP/NIE pada lewat 2009 dan meraih Pelatih Terbaik Keseluruhan, Hadiah bagi Bahasa Melayu dan Hadiah bagi Sastera Melayu.
Selain menyerlah dalam bidang akademik, Herwanto juga terserlah dalam bidang kepimpinan. Beliau merupakan presiden badan pelajar NIE-NTU dan anggota eksekutif NTU Union Council selain berkhidmat sebagai Ketua Program dan Ketua Belia Asas ‟50. Jawatan pertamanya sebagai seorang pemimpin bermula ketika berada di zaman pra-sekolah lagi yang terletak di Johor Bahru, iaitu dilantik sebagai seorang ketua darjah dan ketua pengawas. Kebolehannya dalam bidang kepimpinan tidak berakhir di situ, malah dia diberikan lebih banyak jawatan sepanjang zaman persekolahannya. Antaranya, ialah beliau merupakan seorang wakil pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sastera. Di Institusi Raffles, beliau dipilih sebagai Naib President Persatuan “Jangan tiru seperti saya. Tiada resipi yang tertentu bagi
9
Budaya Melayu RI pada 1994 sebelum dilantik sebagai Presiden PBMRI pada 1995-1996. Herwanto bukan sahaja dapat menyandang jawatan kepimpinan atau perwakilan dalam zaman persekolahan, tetapi juga di peringkat nasional. Baru-baru ini beliau dilantik sebagai Social Innovation Park Champion, wakil NIE-NTU oleh pengasas dan presiden Social Innovation Park, Ms Penny Low yang juga anggota parlimen bagi GRC Ponggol.
Namun demikian bagi diri Herwanto sendiri, beliau pertama sekali menjadi pemimpin ialah kepada adik perempuannya, Herdawati Johari, setelah bapa mereka meninggal dunia sewaktu adiknya baru berusia 3 tahun. Tokoh belia ini juga merasakan bahawa bidang kepimpinan bukan sesuatu yang diceburi secara sedar atau langsung, tetapi lebih bersifat developmental dan bergantung kepada tiga unsur; ithar, iltizam dan integrasi. Ithar sebagai dasar pengorbanan bagi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.Iltizam sebagai sumbangan komitmen secara ikhlas dan bertanggungjawab. Integrasi pula sebagai penggabungan manfaat yang diraih kepada pembentukan sahsiah seseorang. Beliau membentuk tiga dasar sebagai moto PBMRI sewaktu berkhidmat sebagai Presiden pada 1995, dan beliau amat berbesar hati kerana ia masih digunakan hingga kini di RI. Setiap 'jawatan' ini sama penting bagi Herwanto kerana setiap peluang yang diberikan kepada dirinya itu dianggap sebagai pengalaman yang amat berharga selain mendedahkan dirinya kepada pelbagai ragam dan jenis manusia yang membantu meluaskan pemahamannya tentang dunia dan erti nilai budi manusia. Herwanto menganggap bahawa tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dalam bidang kepimpinan di setiap peringkat persekolahannya sehinggalah hari ini merupakan sesuatu yang agak menghairankan kerana sejak di bangku sekolah beliau tidak pernah menganggap dirinya layak sebagai ketua kerana sifat rendah diri. Beliau tidak menganggap dirinya sebagai orang yang terbaik dan tidak pernah pula mengharapkan untuk memegang jawatan itu. Namun demikian, Herwanto bersyukur kerana peluang-peluang tersebut yang menjadi pengasas terbaik bagi mengukuhkan pembentukan dirinya. Beliau amat bersyukur kerana dianugerahkan guru-guru yang dapat membimbingnya ke arena kepimpinan.
Herwanto telah meraih pencapaian dalam pebagai bidang tetapi kepuasannya ialah menjadi pelajar Melayu daripada alumni STP yang berjaya dilantik sebagai Presiden badan pelajar di NIE-NTU, yang merupakan antara institut pendidikan terulung di dunia. Melalui perlantikan ini, beliau berjaya menerbitkan antologi sajak dwibahasa berjudul Verses of Angels bagi mangsa-mangsa gempa bumi di Haiti. Beliau berasa puas dan berharap agar usaha ini membuka peluang dan ruang bagi lebih ramai lagi pelajar-pelajar Melayu untuk bergiat dalam arena kepimpinan aliran nasional. Selain itu juga, beliau turut berpuas-hati kerana program STP telah memupuk kejayaannya itu. Dengan yang demikian, beliau dapat membantu membuktikan keberkesanan nasihat dan kata-kata mutiara sang guru yang tidak pernah berpatah semangat untuk mendorong pelajar-pelajar STP supaya cemerlang. Bagi pencapaiannya untuk Verses of Angels, sokongan daripada rakan-rakan dan mereka yang tidak dikenali tetapi turut terlibat demi menabur budi untuk kemanusiaan sejagat menimbulkan kesan dan kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kepuasan daripada setiap projek, aktiviti, rancangan pengajaran, lakaran dan idea yang pelbagai hasil pemuafakatan kolektif itulah yang mendorong dirinya untuk meneruskan usaha bagi tahap seterusnya.
10
diberikan penumpuan kerana tanpa keutuhan itu, susuk badan yang terserlah juga boleh runtuh dengan mudah.
Selain itu, Herwanto mempunyai matlamat agar menjadi seorang yang terus mencintai kehidupan dan lebih merindui kepulangannya. Walaupun beliau sentiasa sibuk dalam mengendalikan dan menguruskan pelbagai program bagi institusi, sekolah dan masyarakat, beliau dapat membahagikan masa sebaik-baiknya agar memastikan pelajarannya tidak diabaikan. Malah beliau terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Menurut tokoh belia aktivis ini, rahsianya ialah hanya berpegang kepada alat dan akal sahaja. Alat yang digunakan seperti iPhone untuk membantu mengemaskini jadual harian, mingguan dan bulanan. Akal untuk memastikan dirinya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sewaktu di sekolah agar memudahkan ulangkaji. Prokrastinasi atau penangguhan itu pembunuh masa.
Muhammad Herwanto Bin Johari turut menambah kekata nasihat bagi mengulas pendapatnya bahawa tiada resipi yang tertentu bagi mencapai kejayaan. Hiduplah kehidupan kamu dengan pengertian yang sebaik termampu. Ikhlas dengan diri, itulah pembuka dan penyuluh jalan yang sejati. Jangan takut kepada kegagalan, kerana nilai seseorang itu bukan daripada keseluruhan kejayaannya, tetapi melalui kebangkitannya daripada setiap kegagalan yang dihadapi.
11
Noorhaqmal Bin Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Aqmal N dilahirkan pada 8hb April 1984. Beliau merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Nasional. Bakat seni Aqmal terserlah apabila beliau dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Anugerah 2004 anjuran saluran Suria, Mediacorp. Beliau merupakan seorang pemuda yang versatil. Selain pencapaiannya dalam bidang muzik, Aqmal juga terserlah dalam bidang akademik dan kemasyarakatan.
Belia berbakat seni ini merupakan ketua IT Teacher‟s Trainee Club (TTC) bagi sesi 2009/2010. Aqmal juga melibatkan diri dalam Persatuan Karyawan Muzik Singapura (PERKAMUS) sebagai ahli sejak tahun 2007. Selain itu, beliau juga menggangotai Malay Arstistic Association (MAA) sebagai Setiausaha Keahlian sejak 2009. Aqmal menggangotai kumpulan „Festival Melayu Ada‟ yakni sebuah pertubuhan bertujuan sebagai batu loncatan untuk artis-artis muda di Singapura. Aqmal juga menggangotai Youth Working Group Committee dalam Community Leaders‟ Forum MENDAKI sejak pertengahan tahun 2009. Kumpulan ini bertujuan mengenal pasti punca masalah remaja dan mencari jalan penyelesaiannya. Pada tahun 2004, MENDAKI mula memanggil semua pakar dalam pelbagai bidang untuk membincangkan masalah masyarakat.
Aqmal juga merupakan anggota Angkatan Sasterawan ‟50 (Asas „50). Melalui penglibatannya dalam pertubuhan ini, beliau berjaya mengembangkan bakat seninya terutama sekalinya dalam bidang kesusasteraan. Ini dapat dilihat apabila Aqmal menjadi di antara tokoh muda yang menyumbang kertas kajian dalam kumpulan buku sulung terbitan sulung Asas ‟50 berjudul “Bahasa Sumber Intelektual Peribumi” melalui kajian berjudul “Bahasa, Muzik dan Media Baharu”.
Aqmal pernah mendapat Biasiswa Neo Corporation dan Biasiswa Edusave pada tahun 1997 semasa di Sekolah Menengah Kranji. Beliau juga pernah menerima sijil penghargaan atas penyertaannya dalam Bulan Bahasa dan Anugerah Persuratan 1999 anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Penyertaannya di dalam peraduan menulis sajak antara sekolah-sekolah Menengah Zon Barat adalah titik permulaan Aqmal berkarya.
Karya pertama Aqmal yang diterbitkan adalah sajak Marha Nurhayat (2002) terbitan majalah NURHAYAT di Politeknik Singapura. Aqmal mula menulis secara aktif sejak mengikuti Khusus Latihan Khas Bahasa Ibunda di STP/NIE pada tahun 2007 dan kini telah pun meraih sijil penuh peringkat GCE „A‟. Antara karya yang telah dihasilkannya termasuk sajak, cerpen, artikel dan esei. Karya-karya Aqmal yang telah diterbitkan ialah Awan tak larat (2007) Jurnal Aktivis jilid VII
“K
ita semua dilahirkan di dalam tempat, bukan
untuk memiliki tapi untuk memulakan satu
12
(STP-NIE/NTU), Dikir Singapura dalam rangka exodus dan genesis (2008), Jurnal Aktivis jilid VIII (STP-NIE/NTU), Drama waktu sesudah itu mengungkap pengalaman pendokumentasian (2009), Pengaruh bahasa dalam seni kata dikir Singapura (2009) Jurnal Aktivis Jilid IX (STP-NIE/NTU), Representasi puisi dalam pelbagai media dari sudut genetik (2009) Jurnal Aktivis Jilid IX (STP-NIE/NTU) dan Menjunjung titah (2009) Berita Harian. Selain itu, Aqmal juga pernah menulis cerpen.
Cerpen Aqmal telah diterbitkan di dalam dua buku yang diselenggarakan Yazid Hussein. Cerpen berjudul Pembelot (2009) diterbitkan di dalam buku Teman Siber dan Cerpen Hitam (2009) diterbitkan dalam buku Kasih bunga merah. Menurut Aqmal, alam sekeliling merupakan sumber inspirasinya dalam menjana idea untuk menghasilkan karya-karyanya baik dalam bidang akademik mahupun muzik.
Aqmal mengasah bakatnya dengan peluang-peluang yang didapatinya melalui pertubuhan-pertubuhan setempat. Asas ‟50, misalnya, banyak memberi peluang kepada Aqmal untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang seni. Ini termasuk membuat persembahan pembukaan theatre Bisikan Nadim (2008), pelancaran buku Diari Hitam (2009) sebagai komposer kepada lagu berjudul Srikandi dan persembahan di pameran Evolusi Bahasa di Taman Warisan pada tahun 2009. Selain itu, Aqmal menyertai merupakan pelatih bagi program nasional Penyair Marhean. Aqmal juga pernah menjadi komposer soundtrack, Matahari Malam, Literature on Theatre anjuran National Arts Council.
Selain itu, Aqmal turut mengadakan persembahan anjuran Suria MediaCorp seperti Sukmairama 2004 di Negara Brunei Darussalam, Konsert Solo bersama Hazrul Nizam (2004) Salam Lebaran (2004) dan sebagainya. Bakat Aqmal bukan sahaja sekadar menyanyi tetapi juga sebagai seorang penggubah lagu. Aqmal merupakan penulis lirik kepada lagu Talian Terputus iaitu lima lagu terbaik Projek Rentak 2008 persembahan Adnalie. Beliau juga merupakan pemenang Projek Rentak 2009 dengan lagu bertajuk Warkah Cinta Dunia anjuran Mediacorp RIA 89.7FM and Warna 94.2FM.
Di samping itu, Aqmal juga melibatkan diri dalam seni dikir barat semenjak usia 9 tahun di Sekolah Rendah Zhenghua. Beliau mula didedahkan pada dikir barat di peringkat sekolah rendah dan seterusnya di peringkat menengah dan juga politeknik. Kini beliau merupakan salah seorang ahli Kelana Purba sebagai Tukang karut dan Tok Juara dan masih giat aktif dalam bidang ini. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah dan acapkali dinobatkan sebagai Tok Juara dan Tukang Karut terbaik. Selain itu, Aqmal juga menyumbangkan tenaganya sebagai penulis seni kata bagi kumpulan Kelana Purba sejak pertengahan tahun 2004. Sejak usia 17 tahun, Aqmal menceburkan diri dalam format penulisan lirik untuk dikir barat.
13
Aqmal juga merupakan sukarelawan aktif untuk badan kebajikan Jamiyah Darul Ma‟wa. Beliau menyumbangkan tenaganya demi kanak-kanak di sana. Aqmal mengambil bahagian dalam acara-acara di sana seperti acara iftar, karnival Darul Ma‟wa dan sebagainya. Aqmal pernah menjadi pengadil untuk beberapa acara. Antaranya ialah pertandingan menyanyi dan pertandingan kompang. Beliau mewakili PERKAMUS dalam acara mengadili pertandingan-pertandingan ini.
Dalam kesibukannya sebagai seorang guru pelatih, Aqmal masih mampu melibatkan dirinya dalam pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Ramai yang mengagumi sifatnya yang serba boleh. Walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang penuntut di Institut Pendidikan Nasional, Aqmal masih mampu menghulurkan tenaga dalam TTC, PERKAMUS, MAA, Asas ‟50 dan sebagainya. Bagi Aqmal, faktor bijak mengimbangi masa merupakan antara faktor yang amat penting untuk berjaya. Sikap disiplin juga amat penting bagi setiap individu untuk berjaya. Faktor kedua ialah usaha yang gigih. Kegigihan amat perlu dalam usaha seseorang mencapai tangga kejayaan. Di samping itu, individu juga perlu terus mencipta ruang untuk berjaya dan tidak hanya menantikan ruang. Faktor terakhir ialah kreativiti. Setiap individu harus mengembangkan kreativiti mereka agar mereka sentiasa selaras dan relevan dengan perkembangan zaman supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat dan bangsanya.
Akhir sekali, Aqmal berpegang teguh pada prinsip „ilmu menyuluh ruang; manusia membina peluang dan segalanya adalah mungkin‟ yakni setiap perkara itu tentunya boleh dilakukan asalkan ianya dilakukan dengan usaha yang gigih, ikhlas dan bersungguh-sungguh berserta ilmu.
14
ISU KONTEMPORARI
DISKRIMINASI PROAKTIF MANGKIN PEMBANGUNAN SEJAGAT
Hairani Asri
Pengenalan
Pembangunan merupakan sebahagian daripada proses pensejagatan yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi dasar ekonomi dan politik serta memastikan kestabilan sosial dalam sesebuah negara itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pembangunan boleh ditakrifkan sebagai „proses membangun untuk mencapai kemajuan, perkembangan, dan sebagainya‟ (2007:123). Dalam erti kata lain, proses tersebut tentunya dapat memanfaatkan masyarakat kerana boleh dinikmati oleh setiap penduduk di negara tersebut.Tambahan lagi, pembangunan juga boleh dianggap sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sejagat, pembentukan sesebuah masyarakat yang lebih berkualiti, pemupukan „minda kelas pertama‟ dan seumpamanya. Ilmu dan teknologi lazimnya mendorong dalam kepesatan proses pensejagatan yang secara tidak langsung membantu dalam pembangunan negara.
Walau bagaimanapun, setiap proses yang membabitkan pembangunan mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Negara-negara yang sedang membangun seringkali berhadapan dengan pelbagai masalah seperti jurang antara penduduk miskin dan kaya yang semakin luas, rasuah, ketandusan minda, nilai moral yang semakin berkurangan dan seumpamanya. Namun demikian, pembangunan yang disasarkan untuk meraih kesan positif kepada negara dan masyarakat harus digalakkan. Hakikatnya, lebih banyak impak positif yang boleh diraih daripada proses pembangunan berbanding dengan kesan negatif.
Antara Kosmopolitanisme dan Fundamentalisme
Pembangunan menimbulkan dua fahaman iaitu kosmopolitanisme dan fundamentalisme. Kosmopolitanisme merujuk kepada fahaman yang berpegang kepada 1kewarganegaraan sejagat, tanpa batas kenegaraan, kebangsaan mahupun semangat perkauman yang sempit. Fundamentalisme pula merujuk kepada konsep 2keakuran yang kuat terhadap sesuatu ajaran, terutamanya dari segi tuntutan agama. Maka itu, timbul pula beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan tentangan kedua-dua fahaman seperti 3liberalisme, hyper-liberalisme, fanatisme, ekstrimisme dan terrorisme. Sebagai contoh, seorang pegawai tentera SAF yang sedang menjalani perkhidmatan negara (NS) ditangkap baru-baru ini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan radikal. Pemupukan pemikiran ektremis atau radikal dipandang berat oleh pemerintah Singapura lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi yang sedang berkembang pesat. Akhbar Today, bertarikh 22 Julai 2010, melaporkan tentang 4penekanan Kementerian Pendidikan (MOE) terhadap peri pentingnya peranan para ibu bapa dalam meninjau kegiatan anak-anak di alam siber. Hal ini disebabkan oleh berleluasa nya lelaman-lelaman yang bersifat radikal di samping menggalakkan ekstremisme dan terrorisme.
1 Dipetik daripada lelaman DBP, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus pada 01/08/2010. 2 Dipetik daripada lelaman http://www.malaysiakini.com/news/3439 pada 01/08/2010.
15
Acapkali, golongan fundamental menyekat perkembangan dan pendedahan masyarakat kepada peradaban zaman teknologi maklumat seperti yang sedang berlaku di China. Sebagai salah sebuah negara gergasi di Asia Tenggara, pemerintah China masih mengawal pendedahan teknologi maklumat di kalangan penduduknya kerana tidak mahu pengaruh-pengaruh kurang sihat menular. Walaupun 5China sedang pesat membangun dari sudut ekonomi, penyekatan lelaman Facebook dengan menyediakan satu rangkaian sosial khas yang tertakluk kepada rakyat tempatan sahaja membuktikan bahawa konsep kosmopolitanisme dan fundamentalisme diberikan penekanan yang saksama. Dengan itu, jelas bahawa pemerintah China masih memelihara nilai kemanusiaan di kalangan rakyatnya supaya tidak terpengaruh dengan idea-idea liberal yang boleh merosakkan budaya dan kepercayaan masing-masing.
Pembangunan Positif: Demokrasi
Pembangunan negara secara tidak langsung memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia. Lazimnya, negara-negara yang masih belum membangun atau masih dalam proses tersebut menghadapi pelbagai masalah sosial. Malah, kemajuan yang dicapai oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Singapura dapat menanam benih-benih demokrasi supaya ia kekal membangun dan membawa impak positif kepada setiap individu. Meskipun demokrasi dan hak asasi manusia 6lahir daripada peradaban Barat, proses pensejagatan membantu memperkenalkan kedua-duanya kepada negara-negara lain yang sedang membangun. Tambahan, ia menyumbang kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia sejagat. Misalnya, India masih belum mencapai demokrasi kerana sistem feudalisme yang masih ketara di negara tersebut. Akibatnya, timbul masalah-masalah sosial utama seperti rasuah dan pertentangan kelas antara miskin dan kaya.
Rancangan dokumentari Born Into Brothels yang dihasilkan di India pada tahun 2004 meninjau kehidupan kanak-kanak India di 7Sonagachi, Calcutta. Ibu bapa mereka rata-ratanya terdiri daripada pelacur dan terbabit dalam kegiatan dadah. Kanak-kanak tersebut diberikan sebuah kamera dan diajar untuk mendokumentasikan kehidupan seharian mereka melalui penggunaan kamera tersebut. Sepanjang dokumentari itu, masalah rasuah diketengahkan sementara diskriminasi pula berlaku apabila kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan bersekolah di sekolah-sekolah tempatan kerana latar belakang mereka. Sehingga kini, hanya seorang daripada mereka, iaitu 8Avijit Halder yang sedang mendapatkan ijazah di salah sebuah sekolah filem terunggul di Amerika Syarikat. Dengan itu, terbukti bagaimana pembangunan dapat mengubah sebuah sistem kepimpinan supaya ia dapat memanfaatkan penduduk dan pada masa yang sama menggalakkan demokrasi, meritokrasi dan seumpamanya.
Diskriminasi Proaktif
Diskriminasi merupakan satu istilah yang sering dikaitkan dengan perbuatan negatif seperti yang didefinisikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dan sebagainya (2007:356). Namun demikian, dengan pensejagatan yang sedang berlaku pada abad ini, diskriminasi secara proaktif juga wujud terutama sekali dalam memberikan peluang kepada mereka yang lebih berhak mendapatkannya dengan mendiskriminasi yang lain. Sebagai contoh, Singapura mengamalkan satu sistem diskriminasi proaktif seperti menyediakan hak-hak tertentu kepada penduduk Singapura semata, yang tidak termasuk penduduk tetap di sini. Antaranya,
5 Dipetik daripada akhbar International Herald Tribune, 14/07/2010, ms 16.
6 Dipetik daripada lelaman http://www.malaysiakini.com/news/3439 pada 1/08/2010.
16
9rakyat tempatan diberikan subsidi perubatan dan pembayaran yuran sekolah berbanding dengan penduduk tetap dan warga asing.
Bukan itu sahaja, 10Universiti Oxford di United Kingdom tidak lagi mengamalkan sistem elitisme bagi kemasukan para pelajar ke instituisi tersebut. Pada awalnya, pelajar-pelajar yang terpilih mempunyai 11latar belakang yang baik, iaitu yang berasal daripada keluarga berada, ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan merupakan pelajar daripada sekolah-sekolah elit. Kini, para pelajar yang berasal daripada keluarga susah, menetap di daerah-daerah yang miskin tetapi mempunyai rekod pendidikan yang cemerlang akan dikenalpasti dan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran di sana. Ini secara tidak langsung mencerminkan sistem meritokrasi yang semakin mendapat tempat di kebanyakan instituisi pendidikan di seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa pembangunan menggalakkan meritokrasi disamping menyediakan peluang yang memanfaatkan setiap individu.
Pembangunan Budaya
Salah satu kebaikan yang dapat diperoleh daripada proses pembangunan adalah satu anjakan budaya yang juga boleh memajukan keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara. Anjakan budaya bukan sahaja melestarikan sesuatu yang sedia ada tetapi memperkenalkan budaya-budaya baharu yang lahir hasil daripada proses pensejagatan. Bahkan, budaya merangkumi pelbagai aspek seperti agama, seni, teknologi, muzik, sukan dan sebagainya. Pembangunan di Singapura telah menjadi katalis kepada budaya seni dan teknologi di sini. Dengan tertubuhnya institusi-institusi kelas dunia seperti Esplanade, Sekolah Seni Singapura (SOTA) dan Sekolah Sukan Singapura (SSS), maka timbullah peluang-peluang yang dapat memajukan negara ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan berlangsungnya Sukan Olimpik Belia (YOG) kerana budaya sukan di sini semakin berkembang dengan adanya prasarana dan infrastruktur yang mengiringi perkembangan tersebut.
Di Belanda pula, pembangunan budaya dapat dilihat dengan penghasilan terompah kayu yang moden dan masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Belanda meskipun pemakaiannya telah menjadi tradisi unik sejak zaman dahulu. Dengan pembangunan yang sedang pesat berlaku, budaya terompah kayu ini menjadi salah satu daya tarikan bagi industri pelancongan di negara tersebut, lebih-lebih lagi dengan penghasilan terompah kayu sebagai cenderamata. Ianya secara tidak langsung, membawa budaya istimewa tersebut ke satu tahap yang memberangsangkan supaya ia tidak pupus. Oleh sebab itu, pembangunan amat digalakkan kerana ia dapat memanfaatkan negara dan masyarakat dalam pelbagai aspek khususnya budaya.
Penutup
Pembangunan memberi kesan mendalam terhadap keadaan ekonomi, politik dan sosial di dalam sesebuah negara. Impak positif yang diraih daripada proses sedemikian dapat membina nilai kemanusiaan dalam diri seseorang individu. Ini disebabkan oleh keupayaan pembangunan yang dapat mengukuhkan lagi dasar budaya dan pendidikan yang merupakan dua tunggak utama dalam pembinaan nilai sedemikian. Kejuruteraan sosial juga merupakan sebahagian daripada proses pembangunan dapat membantu masyarakat sekiranya ia didasarkan untuk mencapai matlamat yang positif. Oleh itu, pembangunan sebenarnya mendatangkan kebaikan untuk semua.
9 Dipetik daripada lelaman http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,126827,00.html pada 02/08/2010 10Dipetik daripada lelaman http://www.guardian.co.uk/uk/2010/mar/22/oxford-university-fewer-state-school-pupils
pada pada 1/08/2010.
11Dipetik daripada lelaman http://www.guardian.co.uk/uk/2010/mar/22/oxford-university-fewer-state-school- pupils
17
ISU KONTEMPORARI
ASAS PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SINGAPURA
Syahirah Nabilah Binte Salleh
9 0gos 1965 merupakan tarikh bersejarah buat Singapura kerana terpaksa keluar daripada Malaysia. Detik perpisahan itu adalah peristiwa yang menyedihkan bagi Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew kerana harapannya untuk bersatu dan bekerjasama di dalam Malaysia musnah. Namun demikian, detik itu juga banyak merubah Singapura sehingga menjadi sebuah negara maju, makmur dan harmonis. Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew giat berusaha membangunkan Singapura meskipun terdapat banyak masalah yang timbul ketika itu seperti masalah kekurangan sumber alam, pendidikan, pengangguran, dan perumahan. Semua masalah yang timbul ketika itu berjaya ditangani dan banyak perubahan yang dilakukan dalam menyelesaikan kesulitan yang ada. Kejayaan dan kemakmuran yang diraih Singapura berteraskan pegangan pemerintah kepada prinsip-prinsip fundamental untuk terus membangunkan dan memajukan Singapura.
Masalah yang melanda Singapura
Meskipun kini Singapura merupakan negara yang maju dari segi pembangunan dan kemajuan negara, masih juga terdapat beberapa masalah yang melanda. Masalah kegawatan ekonomi 2008 banyak memberikan kesan negatif kepada rakyat Singapura. Ramai yang telah dibuang kerja dan mengalami masalah pengangguran. Kementerian Tenaga Pekerja12 atau MOM melaporkan bahawa terdapat 16,600 rakyat Singapura yang sedang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan. Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di akhbar tentang kesusahan yang dialami dalam mengharungi kegawatan ekonomi. Pusat Tuisyen Knowledge House13 melaporkan bahawa ibu bapa yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen berkurangan sebanyak 20 peratus semenjak krisis ekonomi sedunia melanda Singapura.
Baru-baru ini pula, wabak penularan virus selsema H1NI telah menggugat banyak negara termasuk Singapura dan memburukkan lagi suasana ekonomi global yang masih rapuh dan tidak menentu. Selain itu, isu keharmonian kaum turut menjadi masalah yang harus ditangani rakyat Singapura. Berita mengenai pasangan kristian14 yang dipenjarakan kerana didapati bersalah menyebarkan risalah anti-Islam dan katolik telah mengingatkan Singapura agar sentiasa berwaspada dan menghormati agama dan pegangan kaum lain. Namun demkian, di sebalik masalah yang melanda, Singapura masih teguh dan bertahan kerana pemerintah yang berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental dalam terus mengharungi masalah dan cabaran yang melanda. Pemerintah menggunakan beberapa dasar untuk menjamin kemajuan dan keharmonian negara Singapura. Pemerintah berpegang pada fundamental dasar ekonomi, pendidikan, dan demokrasi untuk kekal maju.
12„Number of chronic jobless people doubtes to 16 600, The Straits Times Singapore, 5 July 2009,
Singapore:Singapore Press Holding
13 „Parents pull back on tuition to fight hard times‟, The Straits Times Singapore, 4 January 2009, Singapore:
Singapore press Holding
14„seditious tract duo jailed eight weeks‟, The Straits Times Singapore, 11 June 2009, Singapore:Singapore Press
18 Dasar ekonomi
Pemerintah banyak memerhatikan perkara-perkara induk dalam memastikan Singapura tidak begitu terjejas oleh masalah ekonomi yang melanda. Semasa kegawatan ekonomi melanda, pemerintah mengeluarkan belanjawan 2009 yang merangkumi rizab negara sebanyak $4.9 juta. Rizab negara itu akan digunakan untuk dua inisiatif, iaitu skim kredit pekerjaan dan inisiatif perkongsian risiko khas bagi menggalak pinjaman bank untuk membantu syarikat. Selain mengeluarkan rizab negara, pemerintah juga telah mengambil langkah-langkah untuk membantu rakyat yang sedang menganggur atau baru dibuang kerja dek krisis ekonomi. Singapore Workforce Development Agency telah memperkenalkan beberapa program untuk meningkatkan kemahiran diri seperti program SPUR, yang menyediakan pelbagai kursus bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran diri dalam pekerjaan. Rakyat Singapura boleh mendapat manfaat daripada kursus sebegini kerana setelah meningkatkan diri, mereka boleh mencari pekerjaan yang lebih baik.
Jelas di sini, bahawa pemerintah mengambil langkah-langkah atau dasar tertentu dalam membantu rakyat Singapura mengharungi krisis ekonomi. Langkah-langkah ini telah mendapat pujian daripada International Monetary Fund 15atau Tabung Kewangan Antarabangsa yang mengatakan bahawa fundamental ekonomi Singapura telah kekal teguh dan sistem kewangannya juga masih mampu bertahan dalam kelembapan ekonomi jangka panjang. Penggunaan dasar dan berpegang kepada prinsip fundamental bukan sahaja harus dilakukan oleh pemerintah tetapi juga harus dilakukan oleh rakyat Singapura. Rakyat Singapura boleh mengamalkan dasar-dasar tertentu supaya dapat mengharungi kegawatan ekonomi Singapura dan pada masa yang sama dapat membantu membangunkan ekonomi Singapura. Sekiranya, rakyat Singapura mengambil serius prinsip fundamental, maka tidak mustahil Singapura akan terlepas daripada kelembapan ekonomi dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih mewah dan sempurna.
Dasar pendidikan
Pemerintah juga mencorak peningkatan bagi dasar pendidikan untuk membantu golongan muda supaya mereka dapat maju dan berjaya dalam pelajaran dan dapat meraih segulung ijazah. Pemerintah telah menyediakan lebih banyak tempat di universiti dengan menubuhkan satu lagi institusi universiti yang dapat menawarkan lebih banyak peluang untuk para lulusan politeknik supaya dapat meraih ijazah. Universiti keempat yang baru itu, Massachusetts16 Institute of Technology atau MIT akan dijangka siap pada tahun 2011 dan akan menawarkan 1000 tempat setiap tahun. Universiti baru yang ditubuhkan ini membolehkan lebih ramai pelajar Singapura untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti setempat. Selain itu, pemerintah juga memberikan bantuan kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Pertubuhan seperti MDIS dan NTUC di Singapura banyak menghulurkan bantuan kepada pelajar yang kurang mampu. MDIS17 mengeluarkan sebanyak $400,000 untuk diberikan kepada 566 pelajar yang kurang mampu supaya dapat meneruskan persekolahan mereka. Fundamental pendidikan dapat memberikan manfaat kepada Singapura kerana pendidikan ialah faktor penting dalam membangunkan ekonomi Singapura. Pendidikan ialah pelaburan terbaik untuk menjamin masa hadapan Singapura dan membina generasi seterusnya sekaligus menggalak dan menjana pertumbuhan ekonomi Singapura.
15„IMF gives Singapore the thumbs-up‟ The Straits Times Singapore, 2 September 2009, Singapore: Singapore Press
Holdings
16„MIT named partner of new university‟, The Straits Times Singapore, 20 May 2009, Singapore: Singapore Press
Holding
19 Dasar meritokrasi
Dasar meritokrasi merupakan tunggak fundamental dalam pembangunan Singapura kerana dasar meritokrasi penting untuk menyatukan rakyat berbilang kaum di Singapura. Pemerintah harus mengambil dasar meritokrasi supaya rakyat Singapura mendapat hak dan layanan yang adil tidak kira kaum atau bangsa. Biasanya, kaum minoriti akan merasakan bahawa mereka tidak mendapat layanan dan hak yang adil daripada pemerintah. Perkara ini bukan sahaja terjadi di Singapura malah, di merata dunia terdapat isu kaum minoriti berasa bahawa hak mereka dipinggirkan sehingga boleh menyebabkan rusuhan seperti yang berlaku di antara kaum Sinhalese dan Tamil di Sri Lanka. Pemerintah Singapura telah cuba untuk mengambil dasar-dasar tertentu untuk bersikap adil terhadap semua bangsa. Namun demikian, adakah dasar-dasar itu berguna dan memanfaatkan masyarakat Melayu di Singapura?
Bilangan pelajar Melayu di aliran Normal Akademik dan Normal Teknikal sering melebihi kaum lain dan hal ini dikaitkan dengan masalah pemikiran mereka yang lemah dalam pelajaran. Namun demikian, menurut seorang penulis forum di akhbar The Straits Time Singapore yang berjudul „Not a mindset issue‟, mengatakan bahawa kebanyakan daripada pelajar ini datang daripada keluarga yang kurang mampu. Data18 yang diambil daripada Department of Statistics Singapore menunjukkan bahawa bilangan penduduk masyarakat Melayu berumur 15 tahun ke atas yang bekerja dengan berkelulusan politeknik dan Universiti meningkat daripada 7 peratus pada tahun 2000 kepada 13 peratus pada tahun 2005.
Namun demikian, meskipun lebih banyak pekerjaan yang direka untuk bahagian pengurus, teknisyen, eksekutif dan profesional, bilangan masyarakat Melayu yang dapat bekerja dalam bahagian tersebut merosot daripada 23 peratus pada tahun 2000 kepada 21 peratus pada tahun 2005. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bahagian tersebut. Jelas perkara ini menunjukkan bahawa sistem meritokrasi di Singapura masih mempunyai kelemahannnya. Masalah seperti ini harus diperbaiki dan pemerintah harus memperbaiki dasar-dasar meritokrasi kerana ia adalah penting untuk menyatukan rakyat Singapura lantas dapat membangunkan Singapura. Penerapan fundamental dalam sistem meritokrasi ternyata sangat penting kerana sistem meritokrasi ialah isu sensitif yang harus ditangani.
Kesimpulan
Pemerintah berpegang kepada dasar-dasar dan fundamental untuk membangunkan Singapura. Dasar ekonomi, pendidikan dan meritokrasi ialah fundamental dalam memastikan Singapura dapat bertahan di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda. Pemerintah dan rakyat Singapura harus terus berpegang dan mengambil berat tentang dasar-dasar pembangunan Singapura supaya negara Singapura dapat kekal maju, aman dan makmur. Namun demikian, dasar meritokrasi Singapura harus diperbaiki kerana masih terdapat kelemahannya. Dasar meritokrasi amat penting kerana ia adalah isu yang amat sensitif terutama sekali bagi kaum minoriti. Justeru, penerapan fundamental amat penting dalam membangunkan Singapura.
*****
20
ISU KONTEMPORARI
PERSAINGAN TANPA DISKRIMINASI
Nur Hafizah Binte Mohd Rashib
Kemasukan pendatang-pendatang asing ke negara Singapura bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Kebanyakan golongan pendatang ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perlombongan, perladangan dan lain-lain yang selaras dengan dasar ekonomi kerajaan British yakni berteraskan Sistem Ekonomi Kapitalis. Menurut lelaman Migration Information Source, bilangan pendatang asing yang datang ke Singapura sekitar tahun 1990 hingga 2000, dilaporkan meningkat pada kadar yang lebih cepat (9.3 peratus setiap tahun) berbanding jumlah penduduk warga Singapura sendiri (1.8 peratus setiap tahun) dan angka ini terus-terusan meningkat sehingga ke hari ini.
Kebanjiran Pendatang Asing
Kehadiran para pendatang asing ke Singapura bak cendawan tumbuh selepas hujan telah menimbulkan goncangan rasa bimbang dan resah di kalangan anak watan. Tambahan pula, kini pendatang asing yang berhijrah ke Singapura diberikan peluang dan ruang yang hampir sama seperti rakyat peribumi terutama dalam aspek kehidupan. Antaranya perumahan, pekerjaan, pendidikan dan lain-lain lagi. Lantas, akhir-akhir ini, hangat diperdebatkan, dipersoalkan dan dibincangkan di dada-dada akhbar tempatan tentang isu di mana letaknya hak serta keistimewaan rakyat peribumi milieu ini dan adakah apa yang dilakukan pihak pemerintah untuk mengekang masalah kebanjiran pendatang asing di Singapura sudah cukup memberangsangkan?
Sukar untuk dinafikan bahawasanya kehadiran dan khidmat yang disumbangkan pendatang asing yang berhijrah ke Singapura banyak membantu memastikan negara ini terus mekar membangun serta bersaing dengan negara-negara dunia pertama. Jasa pendatang asing terhadap negara Singapura harus dihargai. Oleh yang demikian, atas dasar kemanusiaan dan tanda penghargaan, adalah tidak salah untuk pemerintah Singapura memberikan layanan yang baik kepada pendatang asing ini. Namun demikian, masalah mulai meruncing apabila bilangnya menjadi terlalu ramai untuk dikawal dan apabila sistem-sistem yang diperkenalkan pemerintah Singapura mula membelakangkan rakyatnya sendiri dan mengutamakan pendatang-pendatang asing.
Dilemma Rakyat Peribumi
Ramai rakyat Singapura mengeluh kerana mereka kini perlu bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi rakyat Singapura, hari-hari yang ditempuhi membawa bersamanya pelbagai kemungkinan yang tidak dijangkakan seperti pembuangan kerja. Majikan di Singapura lebih suka menggajikan pekerja warga asing kerana bayaran gajinya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pekerja warga Singapura. Menurut satu kenyataan Kementerian Tenaga Manusia pada 31 Julai 2009, seramai 4,800 pekerja telah diberhentikan dan 700 kontrak pekerjaan telah ditamatkan pada suku kedua tahun 2009. Mereka yang terjejas oleh pembuangan kerja tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan Melayu warga Singapura. Akibatnya, ramai rakyat Singapura yang menganggur, yang miskin semakin terhimpit hidupnya.
21
selama enam bulan sebelum mereka diberikan sebuah rumah sewa oleh pihak HDB. Lantas, mereka terpaksa merempat di tepi-tepi pantai seperti yang dilaporkan wartawan Farid Hamzah, Nazri Hadi Saparin dan Norman Sawi di akhbar Berita Minggu pada tanggal 6 Disember 2009. Namun demikian, di satu sudut yang lain pula, pemerintah Singapura telah memberikan layanan kelas pertama kepada pekerja-pekerja asing yang akan bekerja di Resort Bersepadu (IR) di Sentosa. Isu ini timbul apabila sebuah estet perumahan di Toa Payoh yang sepatutnya dirobohkan untuk tujuan pembangunan semula rumah-rumah baru bagi menangani masalah kekurangan rumah flat telah sebaliknya, disewakan pihak HDB kepada pekerja-pekerja asing yang akan bekerja di Resort Bersepadu (IR) itu. Setiap unit disewakan pada kadar sewa yang sangat murah dan tidak cukup dengan itu, setiap unit turut dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Keadaan ini saling tidak tumpah seperti peribahasa Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Wajarkah rakyat Singapura diperlakukan seperti rakyat kelas kedua atau kelas ketiga di tanahair sendiri? Masalah yang dibawa pendatang asing ini tidak berakhir setakat di sini.
Aspek pendidikan turut terkena tempiasnya dengan bertambahnya bilangan pendatang asing ke Singapura. Di bahagian forum akhbar The Straits Times pada tanggal 9 Jun 2007, terdapat seorang rakyat Singapura bernama Ong Tong IT yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya akan isu pengagihan biasiswa di Singapura. Beliau mempersoalkan tindakan pemerintah mengedarkan jumlah biasiswa yang begitu banyak kepada pelajar-pelajar asing yang tidak fasih berbahasa Inggeris, tidak pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah di Singapura dan tidak perlu menjalani perkhidmatan negara sedangkan Singapura mempunyai ramai bakat terpendam yang boleh dan patut diasuh serta diberi sokongan. Tindakan memperkecil-kecilkan dan menganaktirikan anak-anak watan adalah suatu perbuatan yang tidak seharusnya terlintas di fikiran sesebuah pemerintah di mana-mana negara sekalipun. Pemerintah Singapura harus lebih berjiwa pembela nasib rakyat!
Ketegasan Pihak Pemerintah
Migrasi adalah satu fenomena yang sukar untuk dikawal dan tidak ada penghujungnya terutamanya dalam era golablisasi ini. Pemerintah Singapura tidak dapat menghalang bulat-bulat kemasukan pendatang asing ke Singapura. Hakikatnya, Singapura tetap memerlukan kerjasama pendatang asing untuk menggantikan jumlah penduduk Singapura yang semakin merosot dan menua. Tanpa bilangan penduduk yang mencukupi, Singapura akan berhadapan dengan masalah ketandusan pekerja buruh untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pemerintah Singapura telah bertindak untuk mengekang masalah-masalah yang dibawa pendatang asing terhadap kehidupan rakyat peribumi tetapi tindakan-tindakan tersebut kurang ditekan. Akibatnya, masalah-masalah yang dibincangkan di atas masih belum dapat ditangani pihak pemerintah secara menyeluruh.
Antara tindakan yang diambil pemerintah Singapura untuk menangani masalah-masalah di atas ialah dengan mengamalkan sistem kuota. Sistem kuota ini memastikan pemerintah Singapura tidak meluluskan permit kerja secara wewenang. Seseorang itu harus menepati beberapa ciri tertentu sebelum dapat melayakkan diri untuk mendapatkan permit kerja di Singapura. Dengan cara ini, pemerintah Singapura dapat mengawal dan memantau jumlah atau bilangan pendatang asing yang datang ke Singapura. Selain itu, sistem kuota ini turut dikuatkuasakan di syarikat-syarikat di Singapura. Dalam konteks ini, setiap majikan hanya dibenarkan untuk menggajikan tidak lebih daripada 25 peratus pekerja asing.
Usah Gentar
22
pengetahuan dan kemahiran yang terkini. Manfaat ilmu terlalu banyak. Hasil disiplin ilmu inilah yang menjadikan kehidupan manusia lebih bermakna dan serba moden. Secara ringkasnya, sumbangan ilmu dapat dilihat dalam ruang lingkup yang amat luas. Tidak keterlaluan dikatakan kehadirannya membawa seribu rahmat kepada seluruh warga alam ini.
Seseorang yang berilmu akan lebih dihormati umum. Dalam dunia yang penuh dengan persaingan ini, ilmu pengetahuan memainkan peranan penting. Biasanya mereka yang berpendidikan rendah akan menjadi mangsa utama yang akan dibuang kerja. Majikan hanya mahukan pekerja yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi syarikat. Ini tidaklah bermaksud mereka yang berpendidikan tinggi tidak akan berhadapan dengan masalah pembuangan kerja. Hakikatnya, mereka juga tidak terkecuali. Jadi, bagi mereka yang telah dibuang kerja, mereka tidak harus berputus asa. Sebaliknya, mereka harus menggunakan masa yang ada untuk mempertingkatkan diri dengan ilmu-ilmu yang akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih elok dan tinggi pendapatannya. Seseorang itu tidak harus menyempitkan kemampuannya pada satu bidang sahaja.
Encik Razali Rahman, 43 tahun yang ditemuramah pihak My Paper, merupakan contoh terbaik dalam hal ini. Encik Razali tinggal di sebuah rumah sewa bersama seorang isteri dan dua orang anak berusia lima dan tujuh tahun. Beliau hanya bertugas sebagai seorang pegawai keselamatan. Namun demikian, usia yang lanjut dan isu kemiskinan, langsung tidak menghalang Encik Razali daripada meneruskan pelajarannya. Beliau telah meyakinkan Majlis Ugama Islam untuk menaja sepenuhnya kos pembelajarannya dalam bidang sarjana muda perakaunan di BMC Academy. Encik Razali telah bertekad untuk mengecapi cita-citanya sebagai seorang pagawai perakaunan. Beliau percaya bahawasanya pendidikan sahaja yang dapat merubaha nasib seseorang itu. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawasanya tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kelebihan ilmu.
Kesimpulan
Migrasi ialah satu fenomena yang sukar ditangani. Tambahan pula dalam era globalisasi hari ini yang memudahkan perjalanan daripada satu destinasi ke destinasi yang lain. Singapura merupakan antara destinasi paling digemari pendatang-pendatang asing kerana terdapatnya banyak peluang pekerjaan. Namun demikian, bilangannya yang terlalu ramai telah menjejas kesejahteraan hidup penduduk peribumi.
***** Bibliografi
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,154076,00.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5173:04-dis-singapura-wajib-rakyat-asing-lulus-bahasa-inggeris&catid=375:2009-12&Itemid=27
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,147512,00.html
http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/pdf/20090731/Press%20Release%20-%20Employment%20Situation%20Q2%202009%20(310709).pdf
http://www.moe.gov.sg/media/forum/2007/forum_letters/20070616.pdf
http://www.guidemesingapore.com/work-permit/c728-singapore-work-permit-schemes.htm http://www.migrationinformation.org/Profiles/display.cfm?id=570
23
ISU KONTEMPORARI
KEHILANGAN MAHATHIRISME MEMBAWA KEJATUHAN MELAYU
Nurshamira Binte Johari
Pengenalan
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang merupakan ikon yang mendasari perkembangan Malaysia dalam perjalanan negara itu menuju kemajuan pesat. Mahathir dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai intelek pemikiran yang tinggi dan kritikal. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri memperlihatkannya sebagai seorang pemimpin yang cekap, pragmatis dan strategis. Namun demikian, pengundurannya dalam arena politik Malaysia telah membawa kepada beberapa kejadian yang meruntuhkan sistem pentadbiran dan keamanan negara yang semakin terancam akibat isu-isu perkauman yang sensitif.
Legitimasi Politik Mahathir
Nama-nama yang telah menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia telah membawa kepada proses kemajuan yang dialami negara tersebut. Pucuk kepimpinan Tunku Abdul Rahman telah membawa kepada kemerdekaan Malaysia. Era Tunku Abdul Rahman merupakan zaman masyarakat Melayu mencari jalan untuk keluar daripada belenggu penjajahan British, lantas mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Tun Abdul Razak membawa kepada pembangunan desa. Tun Hussein Onn menyerlahkan kewibawaan bangsa. Teras kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pula telah membawa kepada pemodenan Malaysia. Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mencapai status negara maju. Semasa bertugas sebagai Perdana Menteri, rakyat mengharapkan perubahan memandangkan beliau merupakan tokoh yang berwawasan, berjiwa rakyat serta dilihat mampu membentuk Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dan berdaya saing.
Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang mantan Perdana Menteri Malaysia lebih menyerlah berbanding dengan tokoh-tokoh sezaman dengannya. Beliau dianggap sebagai sebahagian dari modern intellectual culture yang meneroka alam pemikiran dan melihat sesuatu hal secara kritikal dalam usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu. Nilai intelektualnya dapat dilihat menerusi penulisan-penulisannya yang telah diterbitkan dalam akhbar The Straits Times dan The Sunday Times serta buku-buku seperti The Malay Dilemma, The Challenge, Way Forwad dan A New Deal For Asia. Kebanyakan hasil penulisannya ialah mengenai perihal sistem budaya dan nilai masyarakat Melayu19.
Sebagai seorang pemimpin yang sering memberikan kritikan yang membina kepada masyarakatnya, beliau pernah mengatakan bahawa budaya Melayu merupakan punca kemunduran bangsanya berbanding dengan bangsa lain. Sikap mudah menyerah kalah yang ada dalam jiwa orang Melayu dianggap sebagai faktor yang menyumbang kepada kemunduran bangsa Melayu. Selain itu, orang Melayu juga dikatakan sebagai sebuah masyarakat yang gagal menghargai masa. Lantas, beliau telah mengatakan bahawa “a community which is not conscious of time must be regarded as a very backward society”, kerana selagi seseorang itu tidak sedar akan masa yang sentiasa bergerak,
24
orang itu tidak akan membuat apa-apa perancangan untuk mengejar masa yang tidak akan menunggu golongan yang leka. Masyarakat Melayu juga gagal melihat kepentingan wang untuk kegunaan jangka masa panjang. Mereka sering inginkan keuntungan segera dan malas berusaha. Dalam bukunya The Malay Dilemma (1970), beliau telah membandingkan budaya kerja masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.
“The Chinese were moved by a desire for a better life and obviously by determinations to work for this... the Malays whose own hereditary and environmental influence had been so debilitating, could do nothing but retreat before the onslaught of the Chinese immigrants. Whatever the Malays could do, the Chinese could do better and cheaper.” (The Malay Dilemma, 1970: 25)
Dengan kenyatan ini, bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang lemah semangat, yang tidak berkemampuan untuk cemerlang atas usaha sendiri dan bangsa yang sering meminta-minta. Setelah 22 tahun menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengundurkan diri dari tugas pemimpin dan politik pada tarikh 31 Oktober 2003. Pengundurannya merupakan sebuah kehilangan besar kepada Malaysia dan bangsa Melayu. Tugasnya disandang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah dikritik oleh Dr. Mahathir kerana kepimpinan yang lemah.
Keamanan Yang Tergugat
Malaysia berkembang pesat di bawah pimpinan Dr. Mahathir kerana sifatnya yang berfikiran jauh dan visi yang menepati masa. Oleh yang demikian, Dr. Mahathir menjadi kebanggaan politik kerana telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Pencapaian terbaiknya merupakan kejayaan mengekalkan perpaduan rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Namun demikian, usaha-usahanya selama ini telah musnah akibat kejadian pembakaran gereja-gereja oleh masyarakat Melayu di tengah kemelut dan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Keadaan diburukkan lagi dengan kejadian empat kepala babi yang ditemui di dua buah masjid di ibu kota Kuala Lumpur. Perbuatan mencemarkan rumah-rumah ibadat telah melibatkan 11 gereja, sebuah sekolah konven, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua buah surau20.
Menerusi muzakarah pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), mereka memutuskan bahawa penggunaan kalimah „Allah‟ sebagai penterjemahan kepada perkataan „God‟ adalah tidak tepat dan bercanggah dengan konsep Tuhan oleh agama Islam. Namun demikian, keamanan Malaysia sudah dicemari dan membawa kesan negatif terhadap umat Islam di Malaysia. Keadaan diburukkan lagi berikutan dengan sikap para pemimpin yang mengambil ringan terhadap peristiwa pembakaran gereja.
Kepimpinan Yang Menyatukan Rakyat
Agama Islam menuntut para umatnya supaya menguruskan kehidupan ke arah sesuatu yang akan membawa kepada kebaikan dan pengamalan ibadah secara berterusan. Peranan umat Islam ialah sebagai seorang khalifah di muka bumi untuk menghidupkan kemakmuran. Amalan ibadah umat Islam adalah berteraskan amal ma‟ruf nahi mungkar. Islam merupakan agama yang merangkumi
20“Empat Kepala Babi Di Dua Masjid” dlm Berita Harian, Khamis, 28 Januari 2010. Singapore: Singapore Press