• Tidak ada hasil yang ditemukan

KHUTBAH JUMAAT gaya hidup di dunia mem

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KHUTBAH JUMAAT gaya hidup di dunia mem"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

نتباج

ناوجامك

املسا

ايسيلم

GAYA HIDUP DI DUNIA MEMBAYANGI

AHLI SYURGA ATAU NERAKA

11 APRIL 2008M / 04 RABIULAKHIR 1429H

د

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan memperbanyakkan beramal soleh di samping berusaha menghindarkan daripada dari dosa dan maksiat. Yakinlah bahawa hanya orang yang bertakwa sahaja yang akan mendapat rahmat dan kejayaan di akhirat kelak.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

(2)

mempercayai akan adanya syurga dan neraka yang mana setiap manusia akan mengalaminya. Orang yang beramal soleh akan ke Syurga manakala orang yang ingkar akan ke Neraka. Semua orang Islam yang beriman berkeyakinan sedemikian.

Persoalan besar timbul ialah apakah kita menyedari bahawa gaya hidup dan tingkah laku kita sehari-hari itu termasuk sebagai persediaan sebagai ahli Syurga atau telah pun tergelincir sebagai ahli Neraka.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN,

Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang beruntung ialah hidup yang selalu diisi dengan amalan soleh iaitu melaksanakan hak-hak Allah, mengerjakan kebajikan dan melakukan perbuatan yang membawa kebaikan kepada masyarakat atau manusia umumnya.

Ketahuilah sidang Jumaat sekalian bahawa setiap kebajikan atau kejahatan yang dilakukan manusia akan dicatat, direkod dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikatnya untuk diperhitungkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Allah SWT menjadikan kita di dunia ini bukan dengan tujuan sia-sia atau secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu. Kerana itulah manusia diberi akal fikiran supai tidak terikut-ikut dengan gaya hidup binatang. Dengan demikian amat rugilah manusia jika manusia bertingkah laku seperti haiwan.

Firman Allah SWT:

(3)

Bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.”

Dengan demikian kita sebagai manusia yang berakal hedaklah celik akal dan celik mata supai kehidupan kita selari dengan ajaran Islam dan menjauhi daripada gaya hidup yang penuh dengan budaya maksiat. Manusia yang bebas daripada budaya maksiat akan membentuk musyarakah yang bertamadun dan berintegriti.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Orang yang baik bukan hanya sekadar melakukan kebaikan sahaja tetapi mestilah juga meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya. Seseorang itu tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi memberi sedekah kepada orang miskin tetapi apabila sebelah petang pula melakukan kejahatan seperti rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Oleh itu untuk mengelakkan kita tidak rugi atau menyesal, maka marilah kita mengambil kesempatan dalam tempoh hidup yang pendek ini kita gunakan untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan menghindarkan perbuatan yang merosakkan masyarakat. Sebagai renungan kita perhatikan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اششم

ح نحيمبح"

ل

ل ششج

د رح

ي

م ششش

ه م

م يح

ق

دد ششيمرهط

ح به

د

ح ششج

ح وح

ن

ح ششص

م غ

د

ك

د ومش

ح

َىلحع

ح

ق

ه يمرهط

ل لا

ُ،ه

د رحخ

ل أحفح

رحكحش

ح فح

هدللا

ُ،هدلح

"َ.هدلحرحفحغحفح

(Sahih al-Bukhari)

Bermaksud: “Seorang lelaki telah melalui sebatang jalan dan ternampak satu ranting pokok yang berduri lalu dialihkannya ke tepi. Maka Allah melimpahkan kasihnya kepada lelaki tersebut dan diberikan keampunan keatasnya.”

(4)

sebagai satu kebajikan yang besar kerana boleh mengurangkan kesusahan dan penderitaan manusia sejagat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Minbar ini mengingatkan janganlah berangan-angan ingin memasuki Syurga Allah SWT sedangkan usaha dan gaya hidup kita dipenuhi dengan budaya maksiat. Oleh kerana itu, setiap kita yang mengaku beriman dan ingin ke Syurga perlu membuktikannya dengan melakukan amal ibadah dan amal soleh yang bersungguh-sungguh.

Sebagai persediaan menjadi manusia yang soleh maka kita perlu mengambil langkah berikut:

Pertama : Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan,

Kedua : Memastikan kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan hak-hak Allah dan hak-hak manusia,

Ketiga : Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti membantu mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang melibatkan kepentingan manusia, dan

Keempat : Memastikan dalam kehidupan seharian tidak mencampur adukkan perkara yang halal dan perkara yang haram.

Firman Allah di dalam surah al-Hasyr ayat 20:

Bermaksud: “Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga. Ahli Syurga merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”

ب

ك

ح رحاح

هدللا

َى

م له

م

م ك

د لحوح

َى

م ششف

ه

ن

ه اءحرمششق

د لما

ُ،م

ه ششيمظ

ه عحلما

َىنهعحفحنحوح

م

م ك

د ايلإهوح

ام

ح به

ه

ه يمفه

ن

ح مه

(5)

ُ،م

ه يمك

ه ح

ح لما

ل

ح بلقحتحوح

َىنلمه

م

م ك

د نممهوح

هدششتحوحل

ح ته

هدششنلإه

وحششهد

ع

د يمم

ه س

ل لا

ُ،م

د يملهعحلما

ل

د ومقدأح

َىلهومقح

اذ

ح ه

ردفهغمتحششس

م أ

ح وح

هحللا

م

ح يمظ

ه عحلا

َى

م له

ُ،م

م ك

د لحوح

رهئهاششس

ح لهوح

لا

م

ن

ح يمم

ه لهششس

م م

د

ُ،ت

ه ام

ح لهشششس

م م

د لماوح

ن

ح يمنهمهؤمشششم

د لماوح

ُ،ت

ه اشششنحمهؤمم

د لماوح

ه

د ومردف

ه غمتحس

م افح

هدنلإه

وحهد

ردومفدغحلما

Referensi

Dokumen terkait

Untuk kebutuhan yang semakin kompleks, seperti untuk keperluan mailing , FTP ( File Transfer Protocol - kumpulan aturan atau prosedur standar yang dipakai untuk mentransfer file

memahami dan menerima memahami dan menerima keadaan diri jika ibubapa keadaan diri jika ibubapa menerima keadaan anak menerima keadaan anak

PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF ROUND TABLE DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN BERBICARA BAHASA JEPANG.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Raditya Designer Art Merupakan Jasa Lukis Dinding Terbaik Di Indonesia Dengan Desain – Desainnya Yang Unik, Berbeda, Simple, Dan Menarik Yang Akan Menarik Pelanggan Agar Datang

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh faktor-faktor employee engagement yaitu vigor ( semangat) , dedication (dedikasi), (3) absorption

Untuk mengatasi ketatnya persaingan dalam pemasaran maka salah satu upaya yang dilakukan oleh perusahaan adalah dengan menerapkan strategi promosi, dimana dalam

Strategi lain yang harus di buat oleh Dinas Sosial selaku penanggung jawab Program KUBE ini sangat diperlukan adanya hubungan kerja yang sinergi antara Dinas Sosial, Tenaga Kerja

16 Firginia Mega Sari SMP Negeri 2 44. 17 Amilia Krisda Maulida SMP Saljul