• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN RINGKAS UNTUK PENYEDIAAN PROPOSA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PANDUAN RINGKAS UNTUK PENYEDIAAN PROPOSA"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1 PANDUAN RINGKAS UNTUK PENYEDIAAN PROPOSAL FRGS

(Panduan ini adalah hasil interpretasi terhadap talk yang disampaikan oleh Prof Dr

Puteri Nemie-UIA di Balai Ilmu, APIUM pada 27 Januari 2016. Bagi setiap penilai,

kadangkala ada kriteria berbeza. Jangan berbalah, raikan kepelbagaian asalkan

masih lagi mengikut standard penyelidikan)

Langkah pertama: Fahami konsep FRGS

- FRGS menekankan kepada kajian asas yang menyumbang kepada pembinaan

teori baru, konsep baru dan idea baru.

- Analogi mudahnya, bagaimana menjadikan rumah kayu (pondok) sebagai

rumah batu.

Langkah kedua: Ketahui dan kuasai subject matter kajian.

Pengkaji perlu mempunyai maklumat yang mencukupi tentang kajian di samping

pengalaman penyelidikan dan penerbitan (Penting update maklumat dalam web

universiti, misalnya UM: UMEXPERT. Sekiranya melibatkan disiplin lain, pastikan

ahli-ahli mempunyai kepakaran berkaitan. Kelayakan ini penting sebagai bukti,

ketua penyelidik mampu melakukan kajian dalam tempoh masa ditetapkan.

Langkah ketiga: Ikut peraturan dan panduan semasa mengisi borang FRGS.

Ia merangkumi beberapa komponen:

Pertama: Ringkasan eksekutif (300 patah perkataan sahaja)

- Ringkasan eksekutif umpama abstrak, ibarat jantung proposal. Biasanya

(2)

2

- Mesti dapat menunjukkan kajian benar-benar penting, bukan sekadar telahan

pengkaji.

- Pengkaji mesti membincangkan tentang 5 elemen dengan ringkas dan tuntas.

1) Pernyataan masalah: Fokus kepada masalah yang kritikal berkaitan kajian.

2) Objektif kajian: Fokus kepada objektif kajian yang utama.

3) Metodologi: Sebutkan sama ada kajian kuantitatif atau kualitatif dengan

metode-metode yang digunakan seperti temu bual, soal selidik dsb.

4) Hasil jangkaan: Menawarkan garis panduan atau model yang jelas.

5) Kepentingan hasil: Menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Kedua: Latar belakang kajian

- Tulis dalam bentuk penceritaan seperti literature review.

- Buat citation sekurang-kurangnya 5 tahun terkini.

- Jangan terlalu panjang. Lebih kurang 3 muka surat.

- Pengkaji perlu membincangkan :

1) Pernyataan Masalah.

o Kaitkan dengan subject matter.

o Kenapa perlu dikaji.

o Masukkan rujukan keratan akhbar/kenyataan autoriti/Rancangan

Malaysia (RMK).

(3)

3 2) Literature review

o 5 tahun terkini.

3) Hipotesis

4) Persoalan Kajian

o Boleh melebihi 4 atau 5.

Ketiga : Objektif kajian

- Biasanya 4-5 sahaja. Mesti SMART.

- Objektif 1 : to investigate existing principle (menjelaskan tentang konsep/

teori/prinsip berkaitan kajian-kedudukan isu)

- Objektif 2: to identify inadequacies (mengenalpasti kekurangan

konsep/teori/prinsip yang ada)

- Objektif 3: to make comparative study (membandingkan dengan model yang ada

di negara luar/diamalkan di tempat lain sama ada boleh diimplementasi di

Malaysia, dsb).

- Objektif 4: to propose recommendation for a new model (mencadangkan model

baru, teori baru dsb yang disesuaikan dengan konteks Malaysia)

Keempat: Literature Review

- Kajian-kajian terkini, sama ada sumber primer atau sekunder.

(4)

4

- Dapat menjelaskan subject matter dengan baik dan memberi gambaran kepada

penilai untuk memahami tentang kajian disebabkan ada penilai bukan dalam

bidang yang sama.

Kelima: Metodologi Kajian

- Metodologi mesti dibangunkan untuk mencapai objektif kajian.

- Perlu putuskan sama ada kajian berbentuk kualitatif atau kuantitatif.

- Metode kajian yang dipilih perlu tepat dan lengkap.

- Memberi implikasi dalam penyataan bajet penyelidikan, misalnya kos

menjalankan soal selidik, temubual dsb.

- Memberi kesan terhadap pembinaan flow chart, gantt chart dan milestone.

Keenam: Jangkaan hasil kajian

- Penerbitan dalam jurnal berindeks.

o 4 artikel jurnal.

o Dinamakan jurnal berkaitan (impact factor/ISI/Schopus- hanya

cadangan awal pengkaji, kemungkinan berubah selepas menjalankan

kajian)

- Modal insan.

o Projek 3 tahun: 1 calon PhD (gaji maksimum RM2000.00) atau 2 Master

o Projek 2 tahun: 1 calon Master (gaji maksimum RM1500.00)

- Kesan kepada masyarakat.

(5)

5

o Solusi

o Penambahbaikan.

Tips Pembentukan Tajuk

1) Tajuk perlu jelas dan menunjukkan novelty.

2) Boleh gunakan objektif keempat sebagai asas tajuk.

3) Elakkan penggunaan perkataan penilaian, analisis dan perkataan yang

menunjukkan kajian dalam kategori ERGS, PRGS atau LRGS, sebaliknya

tekankan aspek fundamental sahaja.

4) Kajian terhadap sesuatu kelompok atau tempat tertentu tidak perlu

dimasukkan dalam tajuk, misalnya kajian di Kuala Lumpur. Boleh jelaskan

dalam skop kajian.

5) Tajuk-tajuk contoh:

a. Pembinaan modul agihan zakat kepada mualaf.

b. Pembinaan modul rawatan paliatif berasaskan kerangka perundangan

Islam.

# Kadangkala penilai proposal adalah dari kalangan dalam bukan bidang

berkepakaran yang dinilai. Sebaiknya proposal ditulis tidak terlalu eksklusif agar

semua pihak mampu memahami dan menilai dengan baik. Buat yang terbaik.

Selebihnya adalah rezki. Jangan berputus asa. Selamat berjaya.

Dr Mohd Anuar Ramli

Jabatan Fiqh dan Usul

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

Referensi

Dokumen terkait

 Tiga robot di rangking tertinggi (FS total terkecil) yang berhasil memadamkan api dinyatakan berturut-turut sebagai juara satu, dua, dan tiga.  Robot yang tidak sekalipun

Kompetensi linguistik siswa yang cukup baik, yang dimaksud sebagai pendukung dalam implementasi program bilingual di MI Khadijah Malang adalah kemampuan siswa dalam bidang

Responden dalam penelitian ini adalah petani yang menanam cengkeh, metode pengambilan sampel yang digunakan adalah metode acak sederhana (simple random sample

Gambar 3 menunjukkan bahwa semakin lama waktu proses maka konsentrasi logam berat Cr semakin kecil, karena bakteri berkembang biak semakin banyak membentuk

Antibacterial and cytotoxic activities screening of symbiotic fungi extract Antibacterial and cytotoxic activities screening of symbiotic fungi extract isolated from

Kepemimpinan efektif merupakan salah satu faktor yang berperan dalam keberhasilan penerapan budaya keselamatan pasien. Tujuan penelitian untuk mengetahui hubungan

Dunia madrasah di indonesia terkesan prestasinya datar-datar aja ( fl at), kurang kompetitif dan masih agak gagap untuk menatap persaingan global. Wilayah ini menurut