• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKU"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Buku Panduan Perlaksanaan

Bengkel 1

Disediakan oleh:

(2)

2

Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pendahuluan

2.0 Matlamat

3.0 Hasil Pembelajaran

4.0 Pentadbiran

4.1 Tugas Jawatankuasa

5.0 Jenis Projek

6.0 Perlaksanaan

6.1 Jam Kredit

6.2 Pra-syarat Bengkel 1

6.3 Pertemuan dengan Penyelia

6.4 Tajuk Projek dan Penulisan Cadangan

6.5 Kemajuan Projek

6.6 Pembetulan Sistem

6.7 Penilaian

6.8 Pembentangan Akhir

6.9 Laporan Akhir

6.10 Penyerahan Laporan Akhir

7.0 Kandungan dan Modul

(3)

3

Senarai Lampiran

Lampiran 1 - Carta Alir Perlaksanaan Bengkel 1

Lampiran 2 - Format Penulisan dan CD

Lampiran 3 – Borang Kertas Cadangan Bengkel 1

Lampiran 4 - Format Muka Hadapan Laporan

Lampiran 5 - Format Pelekat CD

(4)

4

1.0 Pendahuluan

Bengkel 1 (BITU 2913) adalah merupakan salah satu matapelajaran yang wajib diambil

oleh pelajar di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) di peringkat Ijazah

Sarjana Muda. Untuk itu, buku ini menyediakan panduan kepada Pelajar yang akan

mengambil matapelajaran ini dan Pensyarah yang akan menyelia dan menilai

perlaksanaan Bengkel 1 di FTMK.

Pelajar yang mengambil Bengkel 1 dikehendaki membangunkan sebuah sistem atau

aplikasi perisian, mendokumen dan seterusnya membentangkan hasil projek yang telah

dibangunkan secara perseorangan. Pendekatan ini, secara tidak langsung dapat

mendedahkan pelajar dengan proses pembangunan sebuah sistem komputer. Di samping

itu, Bengkel 1 dapat memupuk sikap keyakinan diri sebelum pelajar mengikuti latihan

industri.

Bengkel 1 juga bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar dalam mengenalpasti masalah

ke atas sesebuah aplikasi yang akan dibangunkan serta mengkaji kaedah penyelesaian ke

atas masalah tersebut dengan menggunakan kemahiran pengaturcaraan. Penggunaan

perisian dan pangkalan data dalam Bengkel 1 ini akan ditentukan oleh Pelajar dan

disahkan oleh Penyelia. Penilaian pelajar adalah berdasarkan kepada keupayaan mereka

dalam mengaplikasikan teknik pengaturcaraan yang dipelajari dengan menggunakan

perisian yang telah dipilih.

2.0 Matlamat

Matlamat Bengkel 1 adalah untuk menyiapkan diri pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran dalam pembinaan aplikasi serta kemahiran dalam menyelesaikan masalah.

Landasan ini juga digunakan bagi menyediakan pelajar dengan keupayaan untuk

menghubungkait penggunaan pangkalan data ke atas aplikasi yang dibangunkan. Selain

daripada itu, Bengkel 1 juga memberi pendedahan kepada pelajar untuk

mendokumentasikan serta membentangkan hasil akhir projek yang telah dibangunkan

seiring dengan hasrat untuk melahirkan ahli teknologi yang berketerampilan dan

(5)

5

3.0 Hasil Pembelajaran

Pelajar yang telah selesai mengikuti Bengkel 1, berupaya untuk:

3.1 Mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari khususnya dalam bidang teknik

pengaturcaraan, pembangunan aplikasi dan pangkalan data.

3.2 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara sistematik.

3.3 Menyampaikan hasil projek secara lisan dan bertulis.

4.0 Pentadbiran

Semua kegiatan yang berkaitan dengan Bengkel 1 dikelolai oleh sebuah jawatankuasa

yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Bengkel 1 FTMK. Jawatankuasa ini terdiri

daripada seorang Pengerusi yang dilantik secara berkala serta wakil pensyarah dari setiap

jabatan di FTMK. Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Timbalan Dekan (Akademik)

FTMK yang bertindak sebagai penasihat.

4.1 Tugas Jawatankuasa

Bidang tugas Jawatankuasa Bengkel 1 adalah:

i. Memastikan setiap tajuk memenuhi spesifikasi dan tahap bagi pelaksanaan

Bengkel 1.

ii. Menyelaras skop dan tajuk projek supaya tidak bertindan di antara pelajar.

iii. Menyelaras dan memberi taklimat kepada Pelajar dan Penyelia.

iv. Mengagih tugas penyeliaan kepada tenaga pengajar berdasarkan bilangan dan

beban tugas setiap tenaga pengajar.

v. Mengemaskini borang penilaian Bengkel 1.

vi. Memantau penyeliaan yang dilakukan oleh setiap Penyelia sepanjang Bengkel

1 dilaksanakan.

vii. Menyelaras jadual waktu pembentangan dan pengumpulan markah

keseluruhan bagi setiap pelajar.

(6)

6

5.0 Jenis Projek

Secara umumnya, jenis projek yang dibangunkan oleh pelajar di dalam Bengkel 1 ini

adalah pembangunan aplikasi. Projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada

pelajar dari segi penyediaan penulisan cadangan, menganalisa masalah yang telah

dikenalpasti, merekabentuk penyelesaian masalah yang sesuai, perlaksanaan dan

pengujian aplikasi. Projek yang dipilih pelajar hendaklah sesuai dari segi kompleksiti,

skop dan nilainya kepada pengguna.

6.0 Perlaksanaan

Perlaksanaan Bengkel 1 adalah seperti berikut:

6.1 Jam Kredit

Jumlah kredit yang ditawarkan bagi kursus ini ialah sebanyak 3 jam kredit.

Biasanya kursus ini akan ditawarkan pada semester I mengikut kalender akademik

universiti.

6.2 Pra-Syarat Bengkel 1

Para pelajar yang mendaftar untuk mengambil kursus ini mestilah terlebih dahulu

lulus kursus Teknik Pengaturcaraan (BITP 1113). Asas yang sama digunakan bagi

pelajar kemasukan khas (direct entry) iaitu mestilah terlebih dahulu mendapat

pengecualian kredit bagi kursus Teknik Pengaturcaraan (BITP 1113).

6.3 Pertemuan dengan Penyelia

Pelajar perlu berjumpa dengan Penyelia masing-masing bagi melaporkan kemajuan

yang dicapai pada setiap peringkat pembangunan sistem. Setiap kali pertemuan,

pelajar dikehendaki menghantar item yang telah ditetapkan.Pertemuan Pelajar

dengan Penyelia adalah diwajibkan. Pelajar yang gagal menghadiri

sekurang-kurangnya 80% dari jam pertemuan yang telah ditetapkan akan memberi kesan

kepada markah keseluruhan kusus ini dan Penyelia berhak untuk mengeluarkan

(7)

7

Pelajar yang mengambil Bengkel 1 dikehendaki membuat pertemuan dengan

penyelia sekurang-kurangnya 6 kali termasuk pembentangan akhir. Pertemuan

yang disarankan ialah seperti berikut:

a) Minggu ke 2 :Perbincangan Tajuk dengan Penyelia

b) Minggu ke 3 :Penyerahan dan Penilaian Kertas Cadangan

c) Minggu ke 4-5 : Kemajuan Projek 1

d) Minggu ke 6-7 : Kemajuan Projek 2

e) Minggu ke 8-12 : Kemajuan Projek 3 (70% disiapkan pelajar)

f) Minggu ke 14-15 : Pembentangan Akhir dan Penyerahan Laporan

Maklumat lanjut berhubung dengan perlaksanaan Bengkel 1 dan minggu yang

dicadangkan untuk pertemuan Pelajar dengan Penyelia adalah seperti berikut:

Lampiran 1: Carta Alir Perlaksanaan Bengkel 1;

Lampiran 2: Milestone.

6.4 Tajuk Projek dan Penulisan Cadangan

Jawatankuasa Bengkel 1 memberi kebebasan kepada Penyelia untuk menetapkan

tajuk aplikasi yang akan dibangunkan di bawah Bengkel 1. Penyelia perlu

memastikan setiap projek yang dihasilkan oleh Pelajar dibawah seliaan mereka

adalah berbeza.

Penyelia dikehendaki menghantar kertas cadangan Pelajar yang telah

ditandatangani kepada Jawatankuasa Bengkel 1. Tarikh akhir bagi penerimaan

kertas cadangan projek oleh Jawatankuasa adalah pada minggu ke-3.

Perbincangan berhubung dengan tajuk projek perlu dijalankan serentak dengan

penulisan cadangan. Dimana penulisan cadangan pelajar adalah berdasarkan

keperluan projek yang telah dibincang dan dipersetujui bersama Penyelia. Kertas

Cadangan Pelajar (rujuk Lampiran 3: Borang Kertas Cadangan Bengkel 1) perlu

mengandungi perkara-perkara berikut:

 Tajuk projek yang dicadangkan

(8)

8

 Maklumat projek – ringkasan cadangan eksekutif, latar belakang projek, objektif projek, skop, kepentingan projek, dan Carta Gantt Aktiviti Projek.

 Keperluan perisian dan perkakasan

 Akuan Pelajar dan Penyelia

6.5 Kemajuan Projek

Pelajar perlu membentangkan perkembangan projek pada setiap pertemuan dengan

Penyelia. Pertemuan mesti diadakan sekurang-kurangnya 6 kali sepanjang

semester. Pelajar bertanggungjawab untuk mematuhi perkara di para 6.3 kerana

penilaian akan dilaksanakan secara berterusan sehingga pembentangan akhir.

Penilaian akan dilakukan berdasarkan kepada pertemuan berikut:

Pertemuan Peratus

Pertemuan dan perbincangan berhubung dengan kemajuan projek Pelajar oleh

Penyelia akan dilakukan berdasarkan para 6.3. Penyelia akan membuat penilaian

berterusan dan memberikan markah yang bersesuaian bermula dari Penilaian

Kemajuan Projek 2 dan 3.

Setiap Penyelia dikehendaki untuk menghantar Laporan Penentuan Status

Pelajar pada minggu ke 12, dimana mereka dikehendaki mencadangkan sama ada

Pelajar di bawah seliaan mereka layak untuk meneruskan Bengkel 1 atau

sebaliknya. Pelajar yang layak untuk meneruskan Bengkel 1 mestilah memperolehi

markah diantara 15 hingga 35. Pelajar yang memperolehi markah kurang dari 15

(9)

9

6.6 Pembetulan Sistem

Pelajar perlu menunjukkan prototaip sistem kepada penyelia sebelum membuat

pembentangan akhir di mana sekurang-kurangnya 70% sistem telah siap

dibangunkan. Pelajar bertanggungjawab untuk berbincang dan mencatatkan komen

dan maklumbalas dari Penyelia ke dalam buku log bagi tujuan pembetulan atau

penambahbaikan kepada aplikasi yang dibangunkan. Pelajar yang gagal untuk

membuat pembetulan semasa dinilai dalam sesi pembentangan akhir, dianggap

tidak menyempurnakan projek dan akan dikenakan penalti dari segi penolakan

markah yang setimpal. Sekiranya pembetulan projek melibatkan perubahan yang

besar, pelajar akan diberi tempoh maksimum dua minggu (tertakluk kepada

kalendar akademik UTeM). Selepas tempoh tersebut, pelajar akan dinilai semula

berdasarkan pembaikan yang telah dibuat (di atas budi bicara Jawatankuasa).

6.7 Penilaian

Lapan kriteria yang akan dinilai di dalam melaksanakan Bengkel 1 ini adalah

seperti berikut:

CadanganProjek 5%

Analisa (Kemajuan Projek 1) 20%

Rekabentuk (Kemajuan Projek 2) 20%

Implementasi (Kemajuan Projek 3) 20%

Pembentangan (Penyelia dan Penilai) 20%

Laporan Akhir (Penilai) 15 %

Penyelia dan Penilai akan menilai pembentangan akhir dan hasil projek pelajar.

Wajaran markah adalah seperti berikut:

Item Penilaian Penyelia Penilai Jumlah

(10)

10

6. Laporan Akhir 15 15

Jumlah Markah 75 25 100

6.8 Pembentangan Akhir

Pada hari pembentangan akhir, Pelajar perlu membentangkan hasil projek di

hadapan Penyelia dan Penilai. Pelajar dinasihatkan untuk menerangkan perkara

yang penting dan berkaitan sahaja ketika pembentangan. Perkara-perkara yang

perlu dibentangkan oleh pelajar adalah:

 Latar belakang projek

 Objektif dan skop

 Pernyataan masalah

 Implementasi sistem (demonstrasi)

 Kesimpulan, limitasi dan cadangan

6.9 Laporan Akhir

Laporan akhir mestilah dihantar dalam bentuk berjilid beserta CD yang

mengandungi hasil kerja dan laporan akhir. Pelajar hendaklah merujuk panduan

penulisan laporan akhir (rujuk Lampiran 4: Format Penulisan Laporan Akhir dan

CD). Pelajar perlu menulis Laporan Akhir mereka dalam Bahasa Inggeris dan

menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan penggunaan struktur ayat dan

tatabahasa yang betul dalam penulisan laporan. Ketebalan laporan mestilah tidak

melebihi 30 mukasurat termasuk lampiran.

Kandungan laporan akhir projek adalah seperti berikut:

i. Pengenalan: Pelajar mestilah menunjukkan bahawa kefahaman tentang teori

yang digunakan dalam projek (tidak melebihi 10% daripada kandungan

laporan).

ii. Pernyataan masalah/Objektif/Skop: Pelajar mestilah menyatakan

pernyataan masalah, objektif dan skop yang bersesuaian dengan projek yang

dilaksanakan (tidak melebihi 10% daripada kandungan laporan).

iii. Kandungan teknikal: Pelajar mestilah melaporkan pendekatan, rekabentuk

(11)

11

dibandingkan dengan objektif, keputusan, kesimpulan, ciri-ciri kreatif dan

inovatif (sekurang-kurangnya 80% daripada kandungan laporan).

iv. Persembahan: Pelajar mestilah menghasilkan laporan yang lengkap dan

mematuhi garis panduan format penulisan.

6.10 Penyerahan Laporan Akhir

Penyerahan Laporan Akhir yang dijilid mestilah dibuat pada hari pembentangan

akhir. Pelajar perlu menyediakan dua salinan laporan akhir (1-Penyelia, 1-Penilai)

bersama-sama CD yang mengandungi sistem dan juga softcopy laporan akhir yang

lengkap. Kegagalan pelajar mengemukakan laporan akhir berjilid beserta CD pada

masa yang ditetapkan akan menyebabkan:

- penalti penolakan markah yang setimpal

- keputusan pelajar akan digantung sehingga item berkenaan dihantar.

Penyelia atau Jawatankuasa Bengkel 1 berhak menukar markah penilaian sekiranya

laporan akhir dan sistem yang dibangunkan tidak memenuhi keperluan pembetulan

sepertimana yang dikehendaki.

7.0 Kandungan dan Modul

Bermula daripada Semester 1 sesi kemasukan 2013/14, aplikasi yang dibangunkan di

dalam Bengkel 1 adalah menggunakan bahasa pengaturcaraan dan perisian pangkalan

data yang dipilih dengan persetujuan Penyelia.

Modul utama yang mesti dibangunkan dan akan dinilai di dalam sistem iaitu:

1. Logic Programming

2. Complexities of Calculation

(12)

12

Lampiran 1: Carta Alir Perlaksanaan Bengkel 1

BITU 2913 Sem 1 Sesi 2013/2014

MULA

Perbincangan / Pengesahan Tajuk dan Sinopsis (antara penyelia dan pelajar)

M2 -M3

Penilaian proposal (Penyelia) – M3

Perbincangan / Pengesahan analisa masalah, pecahan masalah dan carta struktur pecahan masalah

(antara penyelia & pelajar) M4 – M5

Penilaian progres 1 (Penyelia) – M5 Tajuk

Diterima?

Analisa Diterima?

Perbincangan / Pengesahan rekabentuk penyelesaian masalah (cartalir, kod-pseudo, ERD ringkas dan

kamus data (antara penyelia & pelajar) M6 – M7

Penilaian progres 2 (Penyelia) – M7

Rekabentuk Diterima?

Perbincangan / Pembangunan aplikasi (antara penyelia & pelajar)

M8 – M12

Penilaian progres 3 (Penyelia) – M12 Penentuan status pelajar

Pembentangan Akhir (antara pelajar, penilai & penyelia)

Penilaian pembentangan (Penilai) - M14

Hantar laporan akhir (antara pelajar & penilai) Penilaian laporan Bengkel 1 (Penilai) – M15

(13)

13

Lampiran 2: Format Penulisan dan CD

Di akhir Bengkel 1, sebelum hari pembentangan, pelajar hendaklah menghantar dua (2) item

utama iaitu Laporan Bengkel 1 dan CD.

Laporan Bengkel 1

a) Hendaklah dicetak dalam dua (2) salinan; satu (1) salinan diserahkan kepada penyelia

dan satu lagi kepada penilai.

b) Muka hadapan laporan hendaklah mengikut format seperti di dalam Lampiran 5.

c) Laporan hendaklah dijilid menggunakan penjilidan pita (tape binding) dengan alas

plastik diletakkan pada bahagian hadapan laporan.

d) Format kandungan laporan :

 Menggunakan font Times New Roman, saiz 12, line spacing 1.5

 Mempunyai nombor mukasurat pada bahagian bawah sebelah kanan pada

setiap mukasurat.

 Mempunyai kandungan (table of content)

 Mengandungi tajuk-tajuk berikut:

Chapter 1:

Pengenalan: mengandungi pernyataan masalah & latar belakang projek,

Objektif (3 sahaja), dan Skop

Chapter 2:

Analisa Masalah: mengandungi keterangan terperinci masalah (Detailed

description of the problem) termasuk penguraian masalah (problem

decomposition) dan carta struktur (structured chart)

Chapter 3:

Rekabentuk: mengandungi Cartalir atau kod-pseudo, ERD, kamus data, dan

rekabentuk antaramuka.

Chapter 4:

Implementasi: menerangkan elemen-elemen teknik pengaturcaraan seperti

function, array, selection, control, array dan pointer secara terperinci, termasuk

konvensyen nama yang bersesuaian yang dibuat untuk memudahkan penilai

membaca dan memahami aturcara dan juga bagaimana error-handling

(14)

14

Chapter 5:

Kesimpulan (termasuk kekangan dan cadangan pembaikan)

CD

a) Semua fail-fail projek yang terlibat hendaklah dimasukkan ke dalam CD. Kandungan

dalam CD tersebut adalah seperti berikut:

Folder Aplikasi : Mengandungi aplikasi yang dibina termasuk kod sumber dan pengkalan data

Folder Laporan : Mengandungi laporan akhir

Fail readme.txt : Mengandungi kaedah/tatacara untuk instalasi aplikasi

b) CD disediakan sebanyak dua (2) salinan; satu (1) salinan untuk penyelia dan satu(1)

salinan lagi untuk fakulti (kedua-duanya perlu diserahkan kepada penyelia

selewat-lewatnya pada hari pembentangan). Pelajar perlu menyediakan satu lagi salinan CD

tambahan sekiranya diminta oleh penilai.

c) Permukaan CD hendaklah dilabel mengikut format seperti dalam Lampiran 4.

 Menggunakan pelekat berwarna putih

 Dicetak menggunakan warna hitam sahaja

d) Label hadapan CD casing juga perlu mengikut format seperti dalam lampiran 5

 Menggunakan kertas berwarna putih

 Dicetak menggunakan warna hitam sahaja.

 Sarung plastik yang digunakan adalah seperti berikut : o berlubang tepi (untuk tujuan pemfailan)

o tidak berwarna (clear).

(15)

Kod Projek :

BITU 2913

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FACULTY OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY

WORKSHOP 1 PROPOSAL FORM

[Incomplete form will be rejected]

A TITLE OF PROPOSED PROJECT:

Tajuk projek yang dicadangkan :

B DETAILS OF STUDENT / MAKLUMAT PELAJAR

B(i) Name of Student: Identity card no.:

Nama Pelajar:No. Kad Pengenalan :

Student matric no.:

No. Matrik Pelajar :

B(ii) Correspondence Address :

Alamat Surat Menyurat :

B(iii) Course:

Kursus:

B(iv) Home Telephone No.:

No. Telefon Rumah:

Handphone No.:

No. Telefon Bimbit:

B(v) E-mail Address:

Alamat e-mel:

(16)

C PROJECT INFORMATION / MAKLUMAT PROJEK

C(i) Duration of this project:

Tempoh masa projek ini:

Duration: ________________

C(v) Executive Summary of Project Proposal (maximum 300 words)

(Please include the background of project, problem statements, objectives, scope and project significance from the project)

Ringkasan Cadangan Eksekutif Projek (maksima 300 patah perkataan)

(Meliputi latar belakang projek, penyataan masalah, objektif dan kepentingan projek)

C(vi) Detailed proposal of project:

Cadangan maklumat projek secara terperinci:

(a) Project background including Introduction and Problem Statements

Keterangan latar belakang projek termasuk pengenalan dan penyataan masalah.

1. Introduction

2. Problem Statements

(b) Objective (s) of the Project

Objektif Projek

Example /Contoh:

This project embarks on the following objectives:

1. To develop and design ...

2. To assess …

(17)

(c) Scope

Skop

1. Module to be developed

2. Target User

(d) Project Significance

Kepentingan projek

1. Motivation and inspiration for the project.

(e) Gantt Chart of Project Activities

Carta Gantt Aktiviti Projeck

D REFERENCES

State your references

E ACCESS TO EQUIPMENT AND MATERIAL (PLEASE LIST IN DETAIL) / KEMUDAHAN SEDIA

ADA UNTUK KEGUNAAN BAGI PROJEK INI (SILA SENARAIKAN DENGAN TERPERINCI)

University

Universiti

Other Sources or Places

Lain-lain tempat/sumber

Example / Contoh:

Software:

(18)

F (i) Declaration by student/ Akuan Pelajar

Date : Student’s Signature :

Tarikh : Tandatangan Pelajar : ___________________________

F (ii) Recommended by the Supervisor

Perakuan oleh Penyelia

Please tick ( √ ) in the appropriate box

Sila tandakan ( √ ) dalam kotak yang berkenaan

Recommended:

F(iii) Comments/ Feedbacks from the Committee of Workshop 1

Komen/ Maklumbalas daripada Ahli Jawantankuasa Bengkel 1 DD-MM-2016

(19)

Lampiran 4

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

W O R K S H O P 1

R E P O R T

Name

Matric Numbers

Course

Project Title

Cluster

Supervisor

(20)

BITU 2913 Workshop I

BITD

Muhammad Kamal Arif B030910010

Bus Ticketing System Tuah Travel

Sem 1 2013/2014

BITU 2913 Workshop I

BITD

Muhammad Kamal Arif B030910010

Bus Ticketing System Tuah Travel

(21)

B I T U 2 9 1 3 W o r k s h o p I

BITD

Muhammad Kamal Arif B030100111 Sem 1 2013/2014

Bus Ticketing System

Tuah Travel

B I T U 2 9 1 3 W o r k s h o p I

Supervisor :

En. Ahmad Shaarizan Shaarani

Evaluater :

En. Yahya Ibrahim

Belakang

Hadapan

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan faktor yang memengaruhi klasifikasi status kabupaten/kota di Pulau Jawa dengan metode CART adalah laju pertumbuhan ekonomi, pendapatan sektor pertanian, pendapatan sektor

kurikulum 2013 itu adalah usaha yang terpadu antara (1) rekonstruksi kompetensi lulusam, dengan (2) kesesuaian & kecukupan, keluasan & kedalaman materi, (3) revolusi

1) Metode clustering dengan algoritma hirarki divisive bisa digunakan untuk melakukan pengelompokan customer guna competitive intelegent bisnis perusahaan. 2) Informasi

Yang dimaksud dengan luasan tertentu adalah luasan lahan yang dalam pembukaan dan pengolahan untuk budidaya tanaman harus memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pemerintah. Ayat

a) Cadangan revaluasi aktiva tetap, yaitu cadangan yang dibentuk dari selisih penilaian kembali aktiva tetap yang telah mendapat persetujuan dari Direktorat

Boer Mauna, Hukum Internasional: Pengertian, Peranan dan Fungsi dalam era Dinamika Global , Alumni, Bandung, 2000, hlm.. hubungan dan komunikasi antar negara. Walaupun negara

Prioritas kebutuhan akan perumahan bagi masyarakat yang berpenghasilan rendah dan sangat rendah akan memiliki perbedaan dalam urutan prioritas yang dipandang paling

Gamerschlag dkk.(2011) mengemukakan bahwa perusahaan yang memiliki profitabilitas yang tinggi perlu lebih menjelaskan kepada para pemangku kepentingan bagaimana dapat