• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan antara mantik Yunani dengan Isl

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan antara mantik Yunani dengan Isl"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan antara mantik Yunani dengan Islam

Ilmu mantik merupakan salah satu bidang yang penting dalam Islam kerana

aplikasinya dalam kebanyakan bidang ilmu seperti usul fiqh, ilmu dakwah, ilmu tafsir,

falsafah serta ilmu kalam. Menurut imam al-Ghazali dan Nasruddin al-Tusi, ilmu mantik

merupakan ilmu alat serta diibaratkan seumpama kunci kerana sifatnya yang boleh digunakan

dalam semua bidang ilmu kepada tanggapan dan kefahaman terhadap ilmu-ilmu yang lain.

Disamping itu, al-Tusi juga percaya bahawa ilmu mantiq mampu menghalang akal fikiran

daripada terjerumus ke dalam kesilapan dan kekeliruan.

Perkembangan Mantik Yunani

Berdasarkan kepada sejarah, ilmu mantik mula berkembang pada zaman Yunani atau

Greek kira-kira tahun 470 sebelum Masihi yang dipelopori oleh cendekiawan Yunani seperti

Socrates, Plato serta Aristotles1. Tokoh mantik yang lahir pada zaman tersebut menggunakan

ilmu mantik untuk menolak cara berfikir golongan Sofisme (Sufathaiyun) yang berlawanan

dengan logik akal serta menyesatkan. Socrates menggunakan kaedah perdebatan (Jadal),

dialog (hiwar) dan perbincangan (munaqashah). Disamping itu, beliau juga menggunakan

kaedah al-istiqra’ dalam mencapai hakikat sesuatu haqa’iq al- Ashya’ dengan menggunakan

akal. Plato telah menolak pendapat kumpulan Sofisme dengan kaedah ta’rif dan istiqraa’ serta

al-qismah al-mantiqiyah. Al-qismah al-mantiqiyah adalah suatu susunan yang menurun,

bermula dengan jins dan dibahagikan kepada naw yang berada di bawahnya. Berdasarkan

beberapa karya mantik yang wujud ketika zaman tersebut seperti Organon Oa Laterpretation

dan Prior Arsilyteis meletakkan Aristoteles sebagai tokoh yang menyusun ilmu mantik secara

sistematik yang telah dirintis oleh gurunya iaitu Socrates dan Plato2. Ilmu mantik pada zaman

tersebut diklasifikasikan sebagai mantik klasik digunakan oleh Socrates dalam ilmu

perdebatan dan berhujah serta dalam memikirkan alam cakerawala. Pada zaman Aristotles,

(2)

beliau tidak menganggap mantik sebagai satu cabang ilmu dari Falsafah, malah melihatnya

sebagai “organon” (iaitu organ) atau “alat” bagi pemikiran yang betul seperti yang dicatat

dalam karyanya “Organon”3. Ilmu mantik pada zaman tersebut dianggap berkembang dengan

baik atau sudah masak kerana beliau telah mengemas kini kaedah yang telah wujud bermula

pada zaman Socrates dan Pluto serta mencatatkannya dalam bukunya “Organon”. Beliau juga

telah membahagikan kaedah yang telah dikemas kini kepada beberapa bahagian tertentu

seperti4:

1 al-Maqulat (Kategori) : mengandungi perbahasan tentang cara menghuraikan sesuatu

dari 10 aspek.

2 al-qiyas (Analitika Priora) atau perkadaran : mengandungi perbahasan tentang

bentuk-bentuk susunan fikiran yang digunakan dalam berfikir.

3 al-burhan (Analitika Posteriora) : mengandungi perbahasan tentang jenis-jenis buah

fikiran yang mempunyai kekuatan dan keyakinan.

4 al-mughalifah (Sophistika) : mengandungi perbahasan tentang penguasaan tentang

melalui bentuk fikiran atau idea. 5 al-‘Ibarat (Hermenutika)5

6 al-jadal (Topika) 7 al-kitabah (Retorika) 8 al-shi’r (Poetika) 9 al-Tahliyat al-‘Ula 10 al-Tahlilat al-Thaniyah

Perkembangan Mantik Dalam Dunia Islam

Kemasukan ilmu mantik Yunani ke dalam dunia keilmuan Islam berlaku selepas

berlaku pembukaan wilayah oleh khalifah bani Umayyah dan Abbasiyyah berdasarkan faktor

penterjemahan karya-karya mantiq Yunani ke dalam bahasa Arab. Sebahagian sejarawan

berpendapat asimilasi mantik Yunani dengan budaya pemikiran umat Islam dalam

menentukan sama ada proses tersebut berlaku pada zaman Umayyah (40-133 H/661-750 M).

3 Jancar-Webster, Barbara. "The Philosophy of Aristotle." (1966), 29.

4 H.M Joesoef Sou’yb, Logika Hukum Berfikir Tepat (Jakarta : Pustaka Al Husna, t.t,), 231-232 5 Wan Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq” (latihan ilmiah, Universiti

(3)

Sebahagian yang lain percaya bahawa penterjemahan tersebut berlaku pada abad pertama

khalifah Abbasiyyah (133-235 H/750-850 M)6. Perkembangan ilmu mantik dalam dunia

Islam sebelum abad ke-10 berlaku dengan pesat setelah peningkatan terjemahan karya logik

Yunani ke dalam bahasa Arab seperti Isagoge, karya Porphyry (w. 304), dan Categories, De

Interpretatione, Posterior Analytics dan Prior Analytics karya Aristoteles7.

Selain itu, ilmu mantik dalam dunia Islam tersebar melalui pergaulan dengan

masyarakat bukan Islam dan kegiatan terjemahan disokong oleh pemerintah seperti khalifah

Abu Ja’far al-Mansur, Harun al-Rashid dan al-Ma’mun. Tokoh penterjemah awal yang

terlibat dalam penterjemahan karya mantik Yunani ke dalam bahasa Arab seperti Hunayn Ibn

Ishaq, Ibn al-Muqaffa’, Abu Bishr Matta Ibn Yunus (seorang Kristian) serta al-Khindi banyak

menterjemah karya Aristoteles seperti Burhan (Analytica Poteriora), Shi’r (Poetica),

al-Khatabah (Topica) dan al-Ibarah (Peri Herminies). Pada abad ke-10 hingga abad ke 14,

cendekiawan Islam seperti ibn sina, Abu Bakar al-Razi, al-Farabi, Imam al-Ghazali, dan Ibn

Rushd telah melakukan penambahbaikan dan kritikan terhadap mantik Yunani. Di samping

itu, ilmuwan Islam telah menggunakan kaedah al-qiyas untuk mempertahankan Islam dalam

berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang-orang Yahudi, Kristian,

Zindiq dan Mulhid8.

Perkembangan ilmu mantik dalam dunia Islam menghadapi beberapa konflik kerana

terdapat beberapa ulama’ Islam yang menolak kerana menganggap Logik Yunani adalah ilmu

asing yang bertentangan dengan prinsip Islam. Kebanyakan golongan yang menolak adalah

terdiri daripada tokoh fuqaha’ dan ulama’ hadis sehingga mengeluarkan fatwa yang

mengharamkan tokoh dan pelopor dalam bidang mantik. Antara ulama’ yang menolak ilmu

6 Inati Shams, “Logika”, dalam Ensiklopedi Tematis Filsafat Islam: Buku Kedua, (ed.). Nassr, Seyyed Hussein dan Oliver Leaman, (Bandung: Mizan, 2003), 112

7 Muhammad Nur, "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1 (2011).

(4)

Mantik adalah Ibn Solah, al-Imam al-Shafie, Imam al-Nawawi, Imam as-Suyuti, Ibn

Taimiyyah serta anak muridnya Imam Ibn Qayyim al-Jawziyah9. Walau bagaimanapun,

terdapat tokoh falsafah Islam yang menerima kehadiran ilmu mantik ke dalam dunia

akademik Islam seperti al-Khindi, Ibn Rushd, al-Farabi, Ibn Sina. Di samping itu, terdapat

tokoh fuqaha’ dan mutakallimun seperti Ibn Hazm, Imam Ghazali, Imam Fakhr Din

al-Razi dan lain-lain10 yang menerima dan menggunakan ilmu Mantik sebagai ilmu ‘alat’ dalam

bidang yang tertentu seperti dalam bidang akidah, usul al-fiqh, ulum Hadith serta dalam ilmu

akhlak11.

Perbandingan tokoh ilmu Mantik dalam Islam

Perkembangan ilmu mantik dalam dunia akademik Islam telah melahirkan ramai

tokoh ilmu Mantik yang hebat. Pemikiran dan karya mereka masih dikaji dan dihargai

sehingga pada zaman sekarang dan kaedah mantik yang dirintis oleh tokoh-tokoh mantik

Islam masih lagi digunakan dalam pelbagai ilmu. Antara tokoh ilmu Mantik yang hebat dan

masih dikaji karya-karya mereka pada zaman sekarang seperti Farabi, Ibn Sina Imam

al-Ghazali serta Ibn Rusyd.

9 Mohd Fauzi Hamat, Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Logik (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,, 2005), 3

10 Ibid

(5)

1. Al-Farabi (m. 339H/950M)

Abu Nasr Al-Farabi adalah salah seorang tokoh mantik Islam yang lebih

dikenali sebagai al-Farabi atau Abu Nasr dalam sumber tradisional Islam. Ketokohan

beliau dalam bidang ilmu mantik adalah setanding dengan tokoh Mantik Yunani

Aristoteles sehingga mendapat gelaran “guru kedua” setelah melakukan ulasan

terhadap Organon yang merupakan karya Aristoteles12. Minat al-Farabi terhadap ilmu

logik bermula setelah beliau berhijrah ke Baghdad dan menuntut ilmu dengan seorang

tokoh ilmu mantik iaitu Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus semasa pemerintahan

Khalifah al-Muqtadir13. Guru beliau yang pertama juga telah mengajar dan

membimbingnya dalam menganalisis karya agung Aristoteles, Organon dan mengkaji

asas logik Aristoteles iaitu Analytica Posterior14.

Kitab beliau yang terkenal adalah Kitab ihsa’ al-Ulum (kitab pembahagian

Ilmu) yang mengklasifikasikan ilmu kepada lapan ilmu yang utama; ilmu nahu dan

linguistik, ilmu logik (mantik), matematik (propaedeutik), fizik, metafizik, ilmu

politik, ilmu fiqh, serta ilmu kalam. Beberapa karya ilmu mantik beliau yang masih

ada sehingga zaman ini adalah Syarah kitabah al-ibarah li Aristo (Penjelasan Terhadap

Buku Al-Ibarah Aristoteles) serta tahsil as-saadah15. Walau bagaimanapun, beliau

banyak menumpukan tulisan beliau dalam ilmu mantik khususnya dalam melakukan

syarah terhadap karya Aristotle seperti Kategori (al-maqulat), Hermenutika

‘ibarah), Analitika Priora qiyas), Analitika Posteriora burhan), Topika

(al-jadal), Sophistika (al-mughalifah atau al-safsatah), Retorika (al-khitabah) dan Poetika

(al-shi’r)16.

12 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 89

13 Osman Bakar, Al-Farabi : Kehidupan, Hasil Karyanya Dan Peri Penting Tokoh, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), 30-31

14 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 33

(6)

Menurut al-Farabi, mantik merupakan satu ilmu yang mencari kebenaran

melalui logik akal dan menjadi panduan kepada manusia dalam berfikir tentang

kebenaran sesuatu perkara. Beliau juga berpendapat bahawa kaedah mantik boleh

dimanfaatkan dalam semua ilmu pengetahuan dalam membezakan antara kebenaran

dan kebatilan dan juga boleh memberi kekuatan dan kesempurnaan kepada manusia.

Selain itu, al-farabi juga berpendapat bahawa ilmu mantik mempunyai hubungan yang

rapat dengan ilmu Nahw dalam menyediakan kaedah untuk maqulat. Disamping itu,

al-Farabi telah mengklasifikasikan kaedah qiyas kepada lima kategori; a) Qiyas burhani ; qiyas yang memberikan keyakinan

b) Qiyas jadali ; qiyas yang terdiri daripada hal yang sudah terkenal dan sudah biasa

diterima. Qiyas jadali juga digunkan untuk menimbulkan tanggapan yang kuat

untuk mencapai keyakinan terhadap orang lain. Namun begitu, tanggapan tersebut

sebenarnya tidak boleh meyakinkan setelah diteliti.

c) Qiyas sofistika ; qiyas yang boleh menimbulkan sangkaan bahawa sesuatu yang

tidak benar kelihatan benar atau sebaliknya.

d) Qiyas khitabi ; qiyas yang menimbulkan tanggapan yang tidak begitu kuat.

e) Qiyas syi’ri ; qiyas yang menggunakan perasaan dan khayalan yang menarik

perhatian orang lain.

2. Ibn sina (m 428H/1036M)

Ibn Sina atau Avicenna merupakan ahli falsafah dan tokoh mantiq Islam

mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam dunia Islam dan tamadun Barat.

Kemunculan beliau selepas 30 tahun kematian al-Farabi meneruskan legasi

pemikiran al-Farabi dalam bidang falsafah serta disiplin ilmu mantik dalam dunia

akademik Islam. Ketokohan beliau dalam pelbagai bidang ilmu telah menjadikan

beliau dikenali sebagai al-Shaykh al-Rais17.

Ibnu Sina melihat ilmu mantik sebagai satu alat yang mengandungi peraturan

dan kaedah-kaedah dalam mengawasi pemikiran manusia agar tidak berlaku kesilapan

dalam proses berfikir. Beliau juga menjelaskan peranan ilmu mantiq dalam pelbagai

(7)

dalam bentuk pembinaan teori. Selain tu, beliau juga menjelaskan mantiq merupakan

prinsip-prinsip yang diperlukan oleh seseorang untuk mengetahui tentang maklumat

sesuatu yang belum diketahuinya melalui perantaraan maklumat sesuatu yang telah

sedia ada18.

Disamping itu, ibn Sina juga telah mengarang beberapa kitab tentang ilmu

mantik dalam usaha menjelaskan dan mengembangkan disiplin ilmu mantiq dalam

dunia Islam. Beberapa karyanya yang terkenal dalam ilmu mantik seperti19;

a) al-shifa’ : merupakan buku tentang falsafah yang terbahagi kepada ilmu logik,

fizik, matematik, dan metafizik.

b) al-Isharat wa al-Tanbihat : kitab mengenai logika dan hikmah. c) An-najat ; ringkasan kitab al-Shifa’

d) Al-Manthiq al-Masyriqiyin : mengandungi tentang ilmu logik.

Beliau juga telah merintis satu teori pemikiran yang mudah (ilm fikr

al-Basit) yang menjadi asas dalam bidang falsafah menggunkan metode tajribi yang

mengubah mantiq Aristotle kepada suatu hakikat yang relevan dengan keadaan realiti.

Berdasarkan kitab al-Isharat wa al-Tanbihat, beliau berbeza pendapat dengan

Aristotle dalam tiga perkara, antaranya berkenaan proposisi berbentuk ‘semua A

adalah B manakala A’ dan pembezaan antara silogisme terhubung (conjunctive,

al-istithna’i) dan silogisme berulang (repetitive, al-iqtirani), menggantikan pembezaan

Arsitotle iaitu silogisme hipotetik dengan silogisme kategori. Selain itu, beliau

berbeza pendapat dengan Aristotle tentang proposisi silogisme yang mana beliau

menolak tanggapan bahawa kondisi silogisme (conditional silogisme) dihasilkan

daripada persamaan satu kategori (al-Maqulat). Beliau juga mengembangkan sistem

logik modal berdasarkan pentafsiran modal logik Stoiks20. Beliau juga menggunakan

ilmu mantiq dalam bidang sains matematik dengan mengaplikasikan kaedah empirikal

berdasarkan kaedah silogisme Aristotle. Di samping itu juga, beliau menggunakan

18 Ibid

19 A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam, 170-171

(8)

metode induksi dalam menghasilkan kaedah saintifik yang berkaitan dengan kaedah

empirikal, pemerhatian serta eksperimen21.

3. Imam al-Ghazali (m 478/1085M)

Imam al-Ghazali merupakan seorang ilmuwan Islam yang menguasai pelbagai

ilmu pengetahuan termasuklah dalam ilmu mantiq dan mendapat gelaran ‘hujjatul

Islam’. Walau bagaimanapun, imam al-Ghazali adalah tokoh pemikir Islam yang

bukan tergolong dalam kalangan ahli falsafah namun memberi sumbangan besar

dalam pengajian ilmu Mantiq dalam dunia akademik Islam.

Walaupun ilmu mantik adalah ilmu yang berasal daripada tamadun Yunani,

beliau berminat dan mengharuskan mempelajari ilmu mantik yang jelas merupakan

anak kandung falsafah (Yunani) berbanding dalam bidang falsafah yang juga berasal

daripada sumber tamadun yang sama. Imam al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu

mantik merupakan muqaddimah bagi semua ilmu pengetahuan kerana ilmu mantik

menggalakkan manusia berfikir dalam mencari kebenaran dan untuk mengelak

daripada melakukan kesalahan dalam berfikir22. Beliau juga berpendapat bahawa

harus mempelajari ilmu mantik dalam menghadapi dan mematahkan hujah daripada

musuh-musuh Islam seperti Yahudi, Kristian, Muktazilah dan lain-lain untuk

mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam serta menyelamatkan umat Islam

terpesong dengan dakwaan salah dalam Akidah23. Beliau berbeza pendapat dengan

ulama’ Islam yang menolak mantik dengan alasan tidak ada dalil yang menunjukkan

Islam memerintah dan melarang mempelajari mantik. Namun yang demikian, beliau

21 Nasr, Seyyed Hossein. "The Achievements of Ibn Sina in the Field of Science and His Contributions to Its Philosophy." Islam & Science 1, no. 2 (2003): 235.

(9)

menolak penggunaan mantik secara mutlak dalam memahami soal ketuhanan

(metafizik)24.

Berdasarkan catatan sejarah,pemikiran tentang ilmu logik Imam al-Ghazali

lahir semasa ilmu mantik berada di kemuncak kegemilangan atas usaha tokoh mantik

yang terdahulu seperti Abu Bakar al-Razi (w. 313 H/925 M), al- Farabi (w. 339 H/950

M), Ibn sina (m 428H/1036M). Beliau menguasai mantik dengan merujuk kepada

karya-karya terjemahan mantik Yunani dan membuat ulasan serta mengkritik argumen

yang bercanggah dengan syara’25. Al-Ghazali mentakrifkan mantiq sebagai satu

undang-undang pemikiran yang membezakan antara al- had dan al-qiyas yang betul

daripada selainnya. Ia juga membezakan antara ‘ilm al-yaqin dengan kejahilan yang

(meragukan). Ia juga seumpama penimbang atau pengukur kepada ilmu pengetahuan

kepada pengetahuan yang lain26. Imam al-Ghazali juga telah menghasilkan beberapa

karya dalam bidang mantik seperti27;

a) Maqasid Al-Falasifah ; menjelaskan tentang kebanyakan kaedah logik seperti

tasawwur dan tashdiq dan menyatakan faedah mempelajari mantiq28.

b) Al-Mi’yar Al-Ilm ; menjelaskan bahawa logik merupakan neraca ukuran atau

piawai terhadap ilmu pengetahuan. Beliau juga menjelaskan tentang

penggunaan kaedah mantik seperti dalam mengeluarkan kesimpulan serta

memahamkan umat Islam metode berfikir dan al-nazar.

c) Mihak Al-Nazar Fi Mantiq : mengandungi tentang analisis dan menjelaskan

kaedah-kaedah mantik berdasarkan pendekatan beliau.

d) Al-Qistas Al-Mustaqim : kitab menonjolkan disiplin logik yang berperanan

sebagai pengawas kegiatan berfikir manusia.

24 A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam, 211

25 Nur, Muhammad. "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1 (2011).. Dicapai dari http://www.journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/au/article/view/16

26 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 99 27 Mohd Fauzi Hamat, Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Logik, 55-60

(10)

e) Al-Mustasyfa fi al-Ilm Ushul : mengadunkan dua disiplin ilmu yang berbeza

iaitu ilmu mantik dengan ilmu usul al-fiqh dan menegaskan kepentingan ilmu

mantik dalam memahami ilmu seperti ungkapan beliau “ sesiapa yang tidak

mengetahui tentangnya (ilmu mantik), maka ilmunya tidak boleh dipercayai.

Kitab Al-Mustasyfa berbeza dengan kitab fiqh yang lain kerana Imam

al-Ghazali melakukan integrasi ilmu asing (kaedah ilmu mantik) dengan ilmu

Islam dalam muqaddimah kitab seperti Madarik al-uqul dan batasannya

dalam al-had dan al-burhan, syarat al-burhan al-haqiqi29.

Al-Ghazali menggunakan beberapa kaedah mantik seperti ilm al-Khilaf dalam

menghasilkan kitab al-Mi’yar al-Ilm serta ilm al-Jadal dalam membahaskan tentang

kaedah bagi menegakkan sesuatu pendapat30. Beliau juga mengaitkan induksi dengan

al-burhan dan kaedah al-had serta perbahasaan al-tasawwurat dalam karyanya

Al-Mustasyfa31. Dalam perbahasan metode al-burhan, beliau membahagikan

perbahasannya kepada tiga bahagian yang membahaskan tiga kesenian; iaitu

preleminari al-burhan, perbincangan tentang maqasidnya yang berkisar tentang

‘surah’ (format) dan ‘bahan asas’ (maddah) bagi al-burhan dan akhir sekali

perbincangan tentang lawahiq bagi al-burhan32. Beliau juga menggunakan kaedah

al-burhan dalam ilmu akidah dalam mengisbatkan kewujudan Allah sebagai pencipta

bagi alam seperti berikut33 :

29 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 115

30 Mohd Fauzi Hamat, “Ketokohan Ghazali Dalam Bidang Mantik: Suatu Analisis Terhadap Muqaddimah Al-Kitab dalam Al-Kitab Al-Mustasyfa Min Ilm Al-Usul” (tesis kedoktoran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,2011), 156 31 Ibid., 495 & 560

32 Mohd Fauzi Hamat, "Mantik Dan Tradisi Ilmu Islam: Taakulan Terhadap Pemikiran Al-Ghazzali" (kertas kerja, Bengkel Pengislaman Ilmu II, Akademi Sains Islam Malaysia, UPM, 18 Oktober 2008).

(11)

“jikalau alam ini baharu dan dijadikan (muhdath), tentu sekali ada orang yang menjadikannya”[premis pertama]

“Memang diketahui bahawa alam ini adalah baharu”[premis kedua] “Alam ini ada baginya pencipta (muhdith)” [konklusi]

Di samping itu, Imam al-Ghazali juga menggunakan istilah yang serasi dengan

disiplin ilmu Islam kerana beberapa faktor, iaitu34;

a) Untuk berdamai dengan golongan fuqaha’ yang menentang keras

kemasukan Mantik ke dalam dunia Islam kerana beranggapan mantik

merupakan ilmu yang asing dan berasal daripada tamadun Yunani. Usaha

ini juga dilakukan untuk meredakan kemarahan dan menghentikan kritikan

tajam para fuqaha’ terhadap ilmu mantik.

b) Keinginan al-Ghazali untuk memberi penjelasan tentang kedudukan

mantik sebagai satu disiplin ilmu yang terpisah daripada falsafah dengan

menampakkan mantik sebagai suatu neraca ukuran (mi’yar) bagi semua

ilmu pengetahuan dan neraca timbangan dalam menentukan proses

berfikir.

Referensi

Dokumen terkait

Tabel 1. Hasil Uji Jarak Berganda Duncan menunjukkan nilai pH sosis dengan penggantian susu skim oleh susu kedelai pada taraf 6% nyata lebih rendah dibandingkan

Namun demikian, setidaknyadalam kampanye pemilihan umum legislatif 2014, harus menggunakan taktik dan strategi komunikasi yang cermat dan kreatif, dimana dalam aktivitas komunikasi

One Major Character, dalam pembuatan cerita untuk film pendek sangat disarankan hanya mempunyai satu karakter utama sehingga pembuat film dapat memperkenalkan konflik karakter

Untuk memulikan kembali kondisi dimana banyak sekutu Suriah yang hilang, namun juga mengambil kesempatan untuk menjadi salah satu Negara yang mengendalikan tatanan

Hasil ini menunjukkan bahwa diberi paparan timbal yang digunakan dalam air lima hari sekali selama 30 hari dapat mempengaruhi gambaran histopatologis

Pada saat Peraturan ini mulai berlaku, Peraturan Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Nomor 5 Tahun 2019 tentang Kompetisi Inovasi Pelayanan

Perorangan putera (OFFICIAL) ERWIN THALIB. M.AG - L - 594 70 Musabaqa h makalah

Pada paluwala terdapat beberapa bentuk dan hiasan aksesoris yang membentuk paluwala yaitu bentuk segi tiga sama kaki, bentuk lengkung, bentuk lingkaran, bentuk