• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dari sudut ekonomi kedatangan pedatang a

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dari sudut ekonomi kedatangan pedatang a"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN PENDATANG ASING KE NEGARA KITA

Dari sudut ekonomi, telah berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Hal ini disebabkan oleh sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana pekerja asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding rakyat tempatan. Namun, pekerja tempatan sebenarnya bukanlah memilih sangat kerja atau terlalu mementingkan upah yang tinggi tetapi disebabkan kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi menyebabkan pekerja tempatan meminta upah yang lebih tinggi supaya mereka turut dapat merasa nikmat kemajuan yang ada di negara ini. Namun sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan keuntungan mereka sahaja tanpa rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat tempatan

menyebabkan mereka lebih menutamakan pekerja asing dan menganaktirikan pekerja tempatan. Sikap majikan seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan disusukan" dan akhirnya majoriti pekerja dalam sesuatu sektor itu telah dikuasai pekerja asing terutamanya sektor pembinaan.

Implikasi dari sudut sosial pula boleh dilihat dengan bertambahnya kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing. Ramai dari kalangan pendatang asing ini yang terlibat dengan kegiatan ragut, pecah rumah, samun terutamanya di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan rumah kongsi. Pada tahun 2007, sebanyak 2019 kes jenayah dilaporkan yang melibatkan pendatang asing. Selain itu, kehadiran mereka ke negara ini secara tidak langsung membawa masuk budaya mereka yang sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan. Contohnya mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah ada yang tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk arak di kawasan perumahan yang sebahagian besar penduduknya penduduk tempatan. Di bandar-bandar besar pula kebanjiran pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah setinggan disebabkan sewa rumah yang tinggi menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan rumah setinggan. –

Kehadiran pendatang asing ini juga menyebabkan merebaknya beberapa kes penyakit berjangkit. Mereka membawa sekali penyakit ke negara seperti kala azar atau demam hitam yang dipercayai dibawa oleh pendatang dari India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan Perubatan Malaysia (MMU), penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan interaksi rakyat tempatan dengan pendatang asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya taraf kesihatan rakyat Malaysia. –

Referensi

Dokumen terkait