• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA semester

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA semester "

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2012

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 840324135924001

NO. KAD PENGENALAN : 840324135924

NO. TELEFON : 013-8822434

E-MEL : [email protected]

(2)

HBEF2103

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

1.1 Definisi Pertumbuhan 1

1.2 Definisi Perkembangan 2

2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan 2-3 dan Perkembangan

2.1 Faktor Baka 4-5

2.2 Faktor Pemakanan 5-6

2.3 Faktor Keluarga 6-7

2.4 Faktor Rakan Sebaya 7

3.0 Implikasi Perbezaan Individu Kepada Proses Pengajaran 8 dan Pembelajaran

3.1 Mengambil Kira Kesediaan Belajar 8

3.2 Menyesuaikan Objektif Dan Isi Pengajaran 9 Pembelajaran

3.3 Menangani Masalah Tingkah Laku Mengganggu 10-11 Pembelajaran

3.4 Kenal Pasti Perbezaan Gaya Kognitif Dan Gaya Belajar 11

4.0 Rumusan 12

5.0 Rujukan 13-14

1.0 Pengenalan

(3)

HBEF2103

mahupun psikomotor individu tersebut. Artikel ini akan mengupas berkaitan ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif yang berlaku terhadap dua orang murid berlainan jantina dan berada dalam lingkungan umur 7-12 tahun. Kajian ini turut mengupas faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan tersebut serta implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.

1.1 Definisi Pertumbuhan

Pertumbuhan menurut Kasnani Ab Karim (2006) bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain. Ia melibatkan perubahan yang merangkumi ketinggian, berat badan dan sebagainya. Pertumbuhan turut dilihat daripada aspek perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang. Contohnya tulang-tulang rangka badan yang memanjang dan bertambah apabila individu itu membesar. Peringkat pertumbuhan ini akan terhenti apabila seseorang menjadi matang atau mencapai usia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002 )

Setiap kanak-kanak mempunyai kelainan dan keunikan peringkat pertumbuhannya sendiri. Oleh itu, tidak terdapat dua orang individu yang benar-benar serupa walaupun dari pasangan kembar sekalipun.

1.2 Definisi Perkembangan

(4)

HBEF2103

organisma. menerangkan perkembangan ialah proses individu mencapai kematangan. Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat.

Pertumbuhan dan perkembangan saling berhubungkait antara satu sama lain. Pertumbuhan yang tidak stabil akan mengganggu perkembangan rohani, emosi, sosial individu tersebut.

2.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu faktor endogen dan faktor eksogen. Faktor endogen adalah faktor semulajadi yang dibawa oleh seseorang individu sejak dalam kandungan dan merupakan faktor keturunan. Manakala faktor eksogen pula merupakan faktor luaran lain yang meliputi persekitaran seseorang individu tersebut. Ia termasuklah pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak, hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibubapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan.

Berikut adalah jadual perbandingan antara Pelajar A dan Pelajar B.

(5)

Ciri-ciri perbezaan pertumbuhan dan perkembangan antara kedua-dua pelajar ini akan disentuh berdasarkan faktor-faktor berikut:

2.1 Faktor Baka

Faktor endogen yang pertama ialah baka. Baka ialah pewarisan keturunan. Ia dianggap sebagai perhubungan genetik antara manusia. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) faktor endogen ialah sifat yang dibawa individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Faktor endogen juga dikenali sebagai faktor keturunan atau pembawaan. Pengaruh baka ke atas perkembangan kanak-kanak jelas dilihat daripada ciri-ciri fizikal, ciri fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan. Hukum keturunan juga menyatakan bahawa anak-anak berkecenderungan menyerupai sifat salah seorang atau kedua ibubapanya.

(6)

HBEF2103

pelajar A dan pelajar B. Masalah perkembangan kognitif yang dihadapi oleh pelajar A boleh dikatakan berpunca daripada baka kerana ibubapanya sendiri mempunyai sejarah pendidikan yang kurang memuaskan. Malahan faktor ini turut memberi kesan kepada adik-beradiknya yang lain.

Perkara ini berbeza dengan pelajar B. Lahir daripada latar belakang keluarga yang bijak dan pintar serta berpelajaran tinggi. Ibubapanya bertugas sebagai guru dan kebanyakkan adik-beradiknya melanjutkan pelajaran di institusi tinggi. Pelajar B ini juga banyak mewarisi sifat fizikal daripada bapanya yang berbadan gempal, rendah, berkulit cerah dan berkacamata. Pelajar B ini turut mewarisi penyakit lelah ibunya.

Melalui ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan yang dibincangkan di atas, ini membuktikan faktor perbezaan individu tersebut berpunca daripada baka atau pewarisan.

2.2 Faktor Pemakanan

Pemakanan yang teratur dan berkhasiat amat membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan manusia. Ia penting kerana kurangnya zat makanan akan menimbulkan masalah kesihatan yang boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak contohnya kurang berat badan, daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Begitulah juga sekiranya pemakanan kanak-kanak ini tidak dikawal dan berlebihan daripada keperluan sebenar badan. Masalah seperti kegemukan, cepat lelah malahan penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kencing manis boleh timbul jika ia dibiarkan berterusan. Masalah-masalah tersebut bukan sahaja boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan fizikal semata-mata malahan boleh menyebabkan gangguan emosi akibat rasa rendah diri, marah, geram dan kecewa kerana kekurangan yang dihadapi.

(7)

HBEF2103

turut memberi kesan kepada pembelajarannya kerana seringkali dikecualikan daripada mengikuti aktiviti lasak.

Pelajar B pula dikategorikan sebagai pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang agak senang. Oleh itu, dengan wang saku yang banyak pelajar ini mampu membeli makanan yang dikehendakinya tanpa dikawal. Dengan berat badan yang tidak seimbang, pelajar B seringkali mengalami masalah keletihan. Dengan ini, maka terbuktilah bahawa pemakanan turut menjadi faktor kepada perbezaan pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental seseorang pelajar.

2.3 Faktor Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Pelajar yang baik biasanya lahir daripada keluarga yang bahagia dan mempunyai hubungan yang erat. Seseorang pelajar tersebut biasanya menerima pembelajaran awal secara tidak langsung melalui pengalaman atau pendedahan yang dialaminya dalam sesebuah keluarga. Corak-corak kehidupan keluarga yang meliputi pemakanan, asuhan dan status ekonomi contohnya akan mempengaruhi perbezaan perkembangan mental dan fizikal seseorang pelajar tersebut.

Pelajar A ialah seorang pelajar yang mempunyai sahsiah yang agak baik dan bertanggungjawab serta mampu berdikari sendiri. Didikan keluarganya yang bersifat otoritatif di mana ibubapa pelajar ini lebih memberi kebebasan kepadanya untuk berdikari. Lebih-lebih lagi beliau merupakan anak sulong dalam keluarganya. Apabila pelajar ini mampu berdikari sendiri tanpa mendapat bantuan daripada orang lain, ini akan membantu perkembangan mentalnya kerana ia memberi pengalaman sebenar terhadap sesuatu situasi.

(8)

HBEF2103

malahan ia boleh menyebabkan keadaan fizikal pelajar ini menjadi semakin lemah akibat berat badan yang bertambah. Sikap suka mengarah dan bergantung dengan pertolongan orang lain menyebabkan pemikiran pelajar ini menjadi sempit dan kurang daya kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2.4 Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya merupakan salah satu komuniti penting dalam pembelajaran individu menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner. Pelajar A belajar di dalam kelas yang agak lemah jika dibandingkan dengan pelajar B. Rakan-rakan sebaya daripada kelas pelajar A ini kebanyakkannya terdiri daripada pelajar yang agak lemah dan bermasalah. Sikap-sikap seperti malas dan sambil lewa semasa belajar di kalangan rakan sebaya sedikit sebanyak turut mempengaruhi pelajar A. Pelajar A gemar menghabiskan masa lapang bersama-sama rakan sebayanya. Pengaruh rakan sebaya ini akan memberi kesan terhadap perkembangan pelajar tersebut kerana apabila terjebak dengan budaya yang kurang sihat, maka amalan seperti pemakanan dan aktiviti seharian turut terganggu. Ini boleh menyebabkan gangguan perkembangan fizikal dan kognitif sekaligus.

Situasi pelajar B amat berbeza kerana pelajar ini ditempatkan di dalam kelas yang berprestasi tinggi. Oleh itu, budaya dan amalan pembelajaran di kalangan rakan sebaya pelajar B juga berbeza jika dibandingkan dengan pelajar A. Secara umumnya, motivasi dalaman untuk lebih berjaya di kalangan rakan sebaya akan membantu perkembangan kognitif kepada pelajar B. Kebiasaannya pelajar-pelajar dari kelas yang pintar kurang gemar dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan psikomotor. Oleh itu, pelajar B juga kelihatan kurang gemar melibatkan diri dengan mana-mana sukan atau aktiviti lasak. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan fizikal pelajar tersebut di mana pelajar ini lebih cepat keletihan jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang gemar bersukan dan beriadah.

(9)

HBEF2103

Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan di kalangan pelajar amat penting dan perlu diambilkira dalam merancang proses pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu, guru perlu bijak merancang pengajarannya agar bersesuaian dengan tahap perkembangan dan perbezaan individu setiap pelajarnya. Berikut merupakan aspek-aspek implikasi perbezaan individu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dibincangkan:

3.1 Mengambilkira Kesediaan Belajar

Sepertimana yang telah dibincangkan di atas, perbezaan individu tersebut dipengaruhi oleh faktor endogen dan eksogen. Kepelbagaian latar belakang pelajar menyebabkan setiap orang daripada mereka adalah unik dan berbeza. Maka, ini turut menyebabkan tahap kesediaan belajar para pelajar ini turut berbeza. Oleh itu guru perlu bijak menggunakan strategi dan pendekatan yang bersesuaian contohnya melalui aktiviti berkumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya. Perancangan rapi amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid sekaligus dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.

Dalam keadaaan tertentu yang memaksa guru menghabiskan sukatan pelajaran, kaedah pengajaran yang menyeluruh terpaksa digunakan bagi menjimatkan masa dan memudahkan guru. Namun begitu, ia akan memberi kesan terhadap pelajar yang ketinggalan kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Jika dibiarkan berlarutan maka pelajar ini akan terus tercicir. Maka dalam situasi begini, guru perlu melakukan proses pemulihan dengan serta merta bagi mengelakkan masalah-masalah pembelajaran pelajar tersebut terus berhimpun sehingga sukar untuk dipulihkan. Guru juga boleh menggunakan pelbagai contoh, media pengajaran, gerak kerja bertulis mahupun lisan, latih tubi dan sebagainya dalam pengajarannya. Tindakan seperti ini akan membantu pelajar membina konsep dengan lebih mudah dan nyata sekaligus memberi manfaat kepada pelajar yang memiliki tahap kesediaan belajar yang berbeza.

3.2 Menyesuaikan Objektif dan Isi Pengajaran Pembelajaran

(10)

HBEF2103

baru, daripada mudah kepada yang lebih sukar mengikut tahap perkembangan individu pelajar tersebut. Contohnya bagi pelajar yang baru memasuki peringkat pengolahan konkrit, guru harus menyedari bahawa pelajar tersebut masih mengembangkan daya fikiran logik namun masih terikat kepada keperluan idea yang konkrit dan nyata. Oleh itu guru perlu menyesuaikan objektif dan isi pengajaran berlandaskan objek-objek konkrit atau aktiviti-aktiviti nyata seperti simulasi dan amali.

Mazhab Kognitif menekankan bahawa pembelajaran kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Penguasaan sesuatu maklumat utama amat penting sebelum pelajar tersebut dapat menguasai satu peringkat yang selanjutnya. Guru harus memikirkan tahap kemampuan berfikir pelajar, kemampuan untuk membina konsep, keupayaannya mewujudkan suasana yang nyata dan sebagainya bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat dikuasai oleh pelajar. Penyesuaian isi pelajaran berdasarkan faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran amat penting kerana mengajar pelajar tentang sesuatu yang belum sampai pada masanya akan mengambil masa yang lebih panjang daripada mengajar pelajar yang sudah mencapai tahap kematangan kognitif dan kemampuannya.

3..3 Menangani Masalah Tingkah Laku Mengganggu Pembelajaran

(11)

HBEF2103

bimbingan dan kaunseling mahupun pemulihan. Terdapat juga sebilangan pelajar yang bertingkah laku positif namun dalam situasi tertentu boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seperti kerap bertanya dan memberi pandangan tanpa keperluan, cepat menghabiskan tugasan.

Menurut Teori Pelaziman Operan Skinner, peneguhan perlu diberikan secara berterusan dan berkala terhadap tingkah laku pelajar sama ada berbentuk positif mahupun negatif. Dalam menangani tingkah laku mengganggu pembelajaran, guru perlu menyesuaikan bentuk-bentuk peneguhan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini tersebut. Peneguhan perlulah berkala dan berpatutan agar menjamin tingkah laku positif dapat dikekalkan dan menghapuskan tingkah laku negatif.

Menurut Robert Havighurst yang memperkenalkan teori pembelajaran berasaskan konsep tugas-tugas perkembangan pula, kanak-kanak pada tahap umur 6-12 tahun akan mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya dan mula membentuk kelompok sosial melalui persahabatan. Pengaruh rakan sebaya pada peringkat ini akan memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang pelajar. Guru perlu memainkan peranan dalam menerangkan konsep dan fungsi rakan sebaya dalam kehidupan seharian pelajar. Hal ini bertujuan agar pelajar ini sedar akan kepentingan memilih rakan yang akan membawa kebaikan mahupun sesuatu keburukan pada diri mereka. Jika guru tidak mencegah dari awal, kemungkinan pelajar tersebut akan terjebak dengan anasir-anasir negatif amatlah besar.

3.4 Kenalpasti Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar

(12)

HBEF2103

pendekatan dan strategi yang bersesuaian bagi membantu keberkesanan pengelolaan sebarang aktiviti di dalam kelas.

Penyediaan media dan bahan bantu mengajar yang boleh merangsang pelbagai deria pelajar juga akan membantu guru memenuhi pelbagai gaya belajar dan gaya kognitif ini. Contohnya bagi pelajar yang lebih mudah menerima maklumat melalui visual, guru boleh menggunakan gambar, graf dan paparan video. Manakala bagi pelajar verbal pula, guru boleh menyediakan media berbentuk teks dan suara rakaman. Perbincangan juga boleh membantu pelajar verbal ini untuk menguasai pelajaran dengan lebih mudah namun guru perlu merangka isu-isu tertentu yang bersesuaian untuk dibincangkan.

4.0 Rumusan

Perbezaan individu yang merangkumi tahap pertumbuhan dan perkembangan menjadikan setiap pelajar tersebut unik dan berbeza. Kajian terhadap perbezaan individu ini mencakupi pelbagai aspek seperti kadar perkembangan kognitif, fizikal, emosi, sosial, keperluan motivasi, gaya belajar dan sebagainya. Perbezaan ini berpunca daripada pelbagai faktor yang dikategorikan sebagai faktor endogen dan eksogen.

(13)

HBEF2103

( 2614 patah perkataan )

5.0 Rujukan

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan. (2009). [Online]. Available: http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/faktor-faktor-yang- mempengaruhi_17.html. [2009, July 17]

Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi bilik darjah asas pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

Kasnani Ab Karim (et. al.). (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Khairi. (2009). Faktor-faktor perkembangan dan pertumbuhan individu. [Online].

Available: http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-dan-pertumbuhan-individu. [2009, July 20].

Mok, Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran-pembelajaran.

(14)

HBEF2103

Mok, Soon Sang. (2010). Kompetensi kecerdasan emosi. Selangor: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Mya Afifi. (2009). Teori pembelajaran Robert Havighurst. [Online].

Available: http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-robert-havighurst.html. [2009, August 2]

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan

Untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Silberman, Mel. (2004). Pembelajaran aktif. ( Penterjemah: Zainab Ahmad ). Kuala

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan pada tanaman dari benih yang diinduksi medan magnet 0,2 mT selama 15 menit 36 detik baik yang tidak diinfeksi (M15F0) dan yang diinfeksi Fox

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk meningkatkan kemampuan berhitung 1-10 melalui penggunaan kartu bilangan pada siswa kelompok B TK Dharmawanita Persatuan 1 Ngares

Hasil yang diperoleh pada penelitian ini dapat disimpulkan bahwa batang sawit nonpro- duktif memiliki potensi sangat besar sebagai bahan baku bioetanol dan

f. Setoran Si Wadiah dapat dilakukan diseluruh kantor cabang BMT Al Hikmah dan dapat dilayani dengan sistem on line dan jemput ke tempat anggota. Dapat dilakukan

Penelitian ini bertujuan untuk: 1) Mengetahui perbedaan trust pasangan hubungan jarak jauh yang belum menikah (pacaran jarak jauh) dengan pasangan hubungan jarak jauh yang

analyze the errors in writing the main aspect used in narrative text base on. Furaidah et al classification where there are three main aspect that

(polycom, lifezise, dll) JAWAB: Menyambung jawaban atas pertanyaan ini sebelumnya, khusus untuk access point unifi, access point tersebut harus compatible dengan controller