• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013 TARIKH 14 DISEMBER 2013 HARI SABTU LOKASI KAMPUNG ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK SELANGOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013 TARIKH 14 DISEMBER 2013 HARI SABTU LOKASI KAMPUNG ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK SELANGOR"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

TARIKH

14 DISEMBER 2013

HARI SABTU

LOKASI

KAMPUNG ORANG ASLI BATU 12 GOMBAK SELANGOR

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“ LOVE IS SHARING AND CARING ”

(2)

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013 PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebagai salah satu badan kepimpinan mahasiswa dalam Fakulti Sains Sosial &

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, berbesar hati ingin menganjurkan Program Kemasyarakatan dan kesukarelawaan 2013. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi ruang yang luas kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat. Program ini juga dianjurkan adalah untuk membentuk kemahiran-kemahiran kesukarelaan, kepimpinan dan melatih mahasiswa/i untuk berfikir secara kritis dan mampu menjana idea yang kreatif dan matang.

Program ini juga dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa/i mengenai alam luar kampus, dan budaya pendidikan serta sebagai praktikal kerja kemasyarakatan yang tidak boleh ditinggalkan oleh pelajar kampus/universiti. Disamping itu, program ini adalah berbentuk kepimpinan, kesukarelaan, kebajikan, kerohanian, kekeluargaaan, kebudayaan, hal ehwal kewanitaan, dan bersifat akademik, melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk menjayakan Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawan 2013, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan pemantapan akademik dan pembentukan sahsiah diri dijalankan secara berterusan khususnya kepada para pelajar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu program iaitu Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawaan 2013 yang merupakan salah satu program yang diadakan bertujuan memasyarakatkan mahasiswa/i di hati rakyat serta mewujudkan suasana dan tuntutan mahasiswa untuk turun padang bersama-sama dengan

masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama khususnya masyarakat peribumi bagi

tujuan melihat budaya, cara hidup dan seterusnya memberi sumbangan dan kesedaran kepada

penduduk di sana terutamanya bagi masyarakat Islam.

(3)

3.0 MATLAMAT

Penganjuran Program Kemasyarakatan dan kesukarelawaan 2013 ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada mahasiswa/i tentang kepentingan silaturrahim, persaudaraan, kesukarelaan, pembelajaran secara amali, kebertanggungjawaban dan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya kepentingan menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat setempat dan warga Malaysia dan luar negara yang turut tidak akan ketinggalan menjadi sasaran kami.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menanam rasa tanggungjawab dan kesukarelaan untuk memberikan khidmat soial, motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan sosial sebagai satu langkah kearah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa

4.2 Menjalinkan silaturrahim sesama pelajar dan melatih kemahiran berkomuniti mahasiswa dan mengaplikasikannya dalam situasi komuniti yang sebenar

4.3 Membentuk sahsiah, keperibadian dan nilai positif yang unggul dalam diri pelajar daripada sudut kerohanian, jasmani, mental, kepimpinan, kemasyarakatan, kesukarelaan, hal ehwal wanita, kebudayaan dan kesenian yang perlu dipelihara 4.4 Meningkatkan kemahiran insaniah, dinamis dan sikap prihatin untuk membentuk

kepimpinan diri di dunia kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa

4.5 Melahirkan mahasiswa serba boleh dan mampu menjana peluang memberi bantuan kepada masyarakat apabila sudah berada di alam pekerjaan kelak. Tidaklah hanya berada dalam situasi yang sunyi di alam kampus ini

4.6 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dan sebagainya

6.0 TEMA

“ LOVE IS SHARING AND CARING”

(4)

7.0 ANJURAN

_____________________________________________________________

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TEMPAT, TARIKH & PENGANGKUTAN

Program dicadangkan untuk diadakan di:

8.1 : Tempat program : Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak, Selangor.

8.2 : Tarikh : 14 Disember 2013

8.3 : Pengangkutan : Bas Universiti Kebangsaan Malaysia

9.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan dengan menggunakan beberapa medium publisiti yang akan ditempatkan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia seperti:

 Akhbar Sinar Harian & Utusan Malaysia

 Radio Malaysia Kelantan

 Banner

 Bunting

 Majalah

 Papan Digital UKM

10.0 CADANGAN PERASMI

Perasmi Pembukaan : YBhg. Prof. Dr. Hazita Azman (Dekan FSSK, UKM)

(5)

11.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

32 Orang Mahasiswa/I Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia & 8 Orang Tenaga Akademik dan Staff Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Sila Rujuk Lampiran A

11.0 ATURCARA PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran B

14.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sila Rujuk Lampiran C.

15.0 KEMAHIRAN INSANIAH PESERTA

Sila Rujuk Lampiran D.

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi:

HASRILAH BINTI HASNAN, Ketua Pengarah,

Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawan 2013,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel. Bimbit : 012- 2808271

E-mail : [email protected]

(6)

17.0 PENUTUP

Demi menggapai objektif dan matlamat yang diharapkan, pihak penganjur amat berharap agar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, dapat meluluskan permohonan bantuan kewangan sepertimana yang dipohon demi kelancaran dan kejayaan program ini. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“ MAHASISWA INOVATIF PEMANGKIN KECEMERLANGAN VARSITI ”

“ LOVE IS SHARING AND CARING ”

(7)

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013 PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENAUNG

YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (Naib Canselor, UKM)

PENASIHAT

YBhg. Prof Ir. Dato’ Dr. Othman A. Karim

(Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM)

PENYELARAS

YBhg. Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman (Timbalan Pendaftar, Jabatan Pembangunan Pelajar, UKM)

PENASIHAT PERSATUAN

YBhg. Prof. Madya Dr. Tg. Nor Rizan binti Tg. Mohd Maasum

KETUA PENGARAH Hasrilah binti Hasnan (A 146539)

TIMB. KETUA PENGARAH I Nursyakila binti Muzammir (A 146693)

SETIAUSAHA

Nur Afiqah binti Mohd Rafe (A145192)

BENDAHARI

Nur Nadia binti Mohamed (A 145404)

(8)

SEKRETERIAT

Pengarah Pemasaran & Publisiti : Nurulafizah bt Isham (A 145385)

Pengarah Program : Mohd Hafizee bin Rahman (A 145239)

Pengarah Disiplin : Nor Salbiah binti Mohd Safiai

Pengarah Perhubungan & Keselamatan : Leng Weng Hong

Pengarah Tugas-tugas Khas : Nur Ain Syafiqah binti Mohd Musleh (A 145121)

Pengarah Cenderamata & Sijil : Nor Hazwani binti Mohd Nadzir (A145415)

Timb. Pengarah Cenderamata & Sijil : Wan Auni Sabihah binti Nordin

Pengarah Logistik & Pengangkutan : Nur Anis Tasira binti Razali (A145425)

Pengarah Protokol : Siti Nur Izzaty binti Salit (A145317)

Pengarah Jamuan & Kebajikan : Nur Hayani Adlina binti Abdur Rahim (A145270)

Pengarah Teknikal & ICT : Fatin Nabila Adlina binti Zailani ( A145069)

Pengarah Multimedia & Penerbitan : Huda Madihah binti Japril (A 145466)

(9)

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013 PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

14 DISEMBER 2013 / SABTU *

Waktu Program

8.00 a.m Ketibaan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia

8.30 a.m Ucapan PerasmianYBhg. Prof. Dr. Hazita Azman (Dekan FSSK, UKM)

8.45 a.m Sarapan pagi

9.15 a.m Khidmat komuniti, membersihkan sekitar perkampungan, menceriakan kawasan kemudahan awam seperti tandas awam dan balai raya.

10.00 a.m Sukan Rakyat – Tiup belon.

- Ice breaking.

- Mewarna.

- Demo cuci tangan dan penjagaan kesihatan.

12.00 p.m Makan tengahari 1.15 p.m Solat

2.30 p.m - Ucapan penutupan majlis dan penyampaian cenderamata.

a) Mewarna

b) Demo cuci tangan.

4.00 p.m Bersurai

* Tertakluk kepada perubahan

(10)
(11)

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BIL PERKARA PENDAPATAN (RM)

1. BARANGAN KESIHATAN - Handrub

- Ubatan Kesihatan

TAJAAN

PHARMANIAGA ( RM 1500)

PERCUMA

2. PAKAIAN URUSETIA 40 orang (40 x RM 15 )

IM4U RM 600 3. JAMUAN FASILITATOR & VIP

- 40 orang ( RM 10 x 40 orang ) - Perasmi ( RM 15 x 1 orang ) - VIP ( RM 15 x 10 orang )

- TAJAAN PHAMANIAGA - E-LI LILY COMPANY - JABATAN ORANG ASLI

RM 400 RM 15 RM 150

4. PENGANGKUTAN

Bas UKM ( RM 100 x 1 hari) - UKM RM 100

5. PUBLISITI

Banner ( RM 150 x 3) Flyer ( RM 100 x 0.50 )

Akhbar Utusan Malaysia dan Sinar

- TAJAAN PHAMANIAGA - E-LI LILY COMPANY

RM 450 RM 50 PERCUMA

6. RENCAM

Alat tulis ( RM 10 x 50 orang ) Cat ( RM 100 x 2 tin )

- KAMAL BOKSTORE, JLN. PAHANG

RM 500 RM 200

7. JUMLAH KESELURUHAN RM 2, 900.00

(12)

LAMPIRAN D

KEMAHIRAN INSANIAH PESERTA

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) seperti berikut :

1.Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambillewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2.Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budayaketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalammelaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3.Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3) : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

4.Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semuapihak. Integriti merangkumi sifat- sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukansebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

5.Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5):

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia

(13)

seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

6.Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negarayang tercinta.

7.Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlakuperkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

8.Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia

untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yangkita ceburi. Rakyat

Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampumenjadi pemimpin dalam bidang

masing-masing. Kita mesti berani berubah untukkebaikan, berani mencari penyelesaian baru

dalam menangani masalah dan sentiasabersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang

diterokai.

Referensi

Dokumen terkait