KERTAS KERJA
HARI KETERAMPILAN MAHASISWA
(HAKERA)
KOLEJ DATO’ ONN
TARIKH
21 - 23 FEBRUARI 2014
(JUMAAT, SABTU & AHAD)
TEMPAT
KOLEJ DATO' ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
SESI 2013/2014
TEMA
KERTAS KERJA
HARI KETERAMPILAN MAHASISWA KOLEJ DATO’ ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk HAKERA 2013.
2.0 PENGENALAN
Program HAKERA ini merupakan salah satu program yang diadakan di bawah kendalian Timbalan Ketua Eksekutif, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn. Program ini bertujuan menyuntik kemahiran dan tanggungjawab sosial dan kemahiran komunikasi bersama badan-badan korporat. (8 domain kontrak pembelajaran).
Program HAKERA ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar Kolej
Dato’ Onn tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selain menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma semasa menguruskan program HAKERA. Selain itu, HAKERA menekankan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli.
HAKERA juga mengasah bakat pelajar dalam kemahiran pengurusan dan
keusahawanan. Malahan, kemahiran kreatif dan inovatif dapat disuntik dengan mengadakan program-program yang berbeza sepanjang tahun disamping membantu mahasiswa UKM untuk melengkapkan hasil pembelajaran mereka.
3.0 MISI
Merapatkan hubungan antara pelajar Kolej Dato’ Onn tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya supaya dapat bekerjasama antara satu sama lain selaras hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu 1 Malaysia dalam masa yang sama menggilap kompentesi ganerik para pelajar.
4.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dengan matlamat :
Melahirkan pelajar modal insan kelas pertama yang berketerampilan,
bertanggungjawab, berdedikasi serta tabah dalam menghadapi segala cabaran.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membentuk pelajar yang komited kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam suatu organisasi.
5.2 Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi, berinovasi serta bermotivasi.
5.3 Menggabungkan aktiviti sukan, kebudayaan dan kebajikan antara pelajar dari pelbagai bidang tanpa mengubah nilai-nilai estetika yang ada.
5.4 Menerapkan nilai-nilai perpaduan, sikap bekerjasama saling membantu dalam melakukan aktiviti secara berorganisasi.
6.0 TEMA
7.0 ANJURAN
Timbalan Eksekutif Pelajar, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato' Onn Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 21 - 23 Februari 2014 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan:
Sekitar Kolej Dato' Onn Universiti Kebangsaan Malaysia,
10.0 PUBLISITI
Program ini memfokuskan kepada semua pelajar Kolej Dato’ Onn dan umum kepada seluruh warga UKM serta masyarakat setempat
11.0 CADANGAN PERASMI
i. Perasmian Penutupan
1) Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia 2) Y.Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr .Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 3) Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah bt Hj Mohd Awal, Pengetua Kolej Dato’ Onn.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta = 500 orang pelajar Kolej Dato’ Onn
= 60 pelajar sekolah = 100 orang awam Pemudahcara = 30 orang 1. 14 orang JAKSA 2. 11 orang AJK 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B 15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Pertandingan Aras Tercantik
Aktiviti Pertandingan Aras Tercantik dijalankan untuk memilih pemenang bagi aras tercantik. Terbuka kepada semua warga Kolej Dato' Onn dan warga setiap aras harus menghiasi aras mereka bagi memenangi pertandingan tersebut.
15.2 Blok Terbuka
Menjalankan aktiviti yang membenarkan pelajar lelaki memasuki blok perempuan dan pelajar perempuan memasuki blok lelaki. Aktiviti ini adalah untuk pelajar lelaki mengetahui bagaimana pelajar perempuan menghiasi blok mereka dan untuk pelajar perempuan mengetahui bagaimana pelajar lelaki menghiasi blok mereka.
15.3 Gerai Keusahawanan
Membuka gerai pameran, jualan makanan, pakaian, pameran yang terdiri daripada penggerai dari pelajar Kolej Dato’ Onn sendiri demi mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan.
15.4 Rumah Hantu
Mengadakan rumah hantu yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Kolej Dato’ Onn sendiri. Merupakan program wajib setiap tahun semasa HAKERA berlangsung. Dibuka selama 3 hari 2 malam.
15.5 Pertandingan Futsal
Mengadakan Pertandingan Futsal dan penyertaannya terbuka kepada semua warga UKM terutamanya warga Kolej Dato' Onn. Pertandingan ini diadakan untuk melahirkan mahasiswa yang sihat dan berdaya saing.
15.6 Program Workout Selamat, Diet Sihat
Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Dato' Onn dimana program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik senaman dan diet yang betul kepada para mahasiswa.
15.7 Pertandingan Pro Evolution Soccer & Counter Strike
Menganjurkan pertandingan Counter Strike atau permainan komputer dan membuka pnyertaan kepada semua warga UKM terutama warga Kolej Dato' Onn
15.8 Malam Kebudayaan
Menganjurkan malam kebudayaan bagi memeriahkan lagi majlis penutup HAKERA. Terdiri daripada persembahan dari pelbagai kaum dan mereka akan mempersembahkan tarian budaya masing-masing
15.9 Pertandingan Nasyid
Satu pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh Kelab Kerohanian dan Sivik Kolej Dato' Onn. Pertandingan ini terdiri daripada peserta di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar negeri Selangor.
15.10 Forum Perdana Kerohanian
Bercirikan keagamaan, forum perdana ini akan menjemput panel-panel penceramah daripada luar untuk mengupas beberapa tajuk yang menjadi perbualan masyarakat sekarang serta menjelaskan sebarang permasalahan mengenai keagamaan.
15.11 Program A Day With Experts
Satu program yang dianjurkan oleh Eksekutif Pembangunan Siswi dimana program yang berbentuk bengkel ini mendedahkan kepada peserta cara yang betul untuk menulis resume dan tatarias menghadiri temuduga. Objektif program ini adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan para graduan.
15.12 Program Cabaran Inovasi Penyayang
Program ini akan menjemput pelajar-pelajar sekolah menengah dari luar untuk merasai kehidupan di kampus. Mereka juga akan mengikuti beberapa program berunsurkan akademik yang dianjurkan. Selain itu program ini akan diselitkan dengan beberapa unsur-unsur kebajikan
15.13 Pertandingan Karaoke
Pertandingan Karaoke yang diberi tajuk "Gemersik Suaramu" ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat yang tersembunyi di kalangan mahasiswa khusunya mahasiswa Kolej Dato' Onn. Terbuka kepada semua warga Kolej Dato' Onn dan semua warga UKM.
15.14 Mini Game
Mini Game akan berlangsung sepanjang program dijalankan. Mini game ini terdiri dari permainan-permainan tradisional dan moden.
15.15 Senamrobik
Program yang bercirikan kesukanan. Akan dilakukan dengan kerjasama pelajar-pelajar sekolah yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Program senamrobik ini akan menjemput pakar senaman yang berpengalaman untuk mengendalikan senaman ini.
15.16 Pameran
Satu pameran akan diadakan sepanjang program untuk menarik pengunjung dan secara tidak langsung dapat memberi sedikit informasi kepada pengunjung yang mengunjung pameran terebut.
15.17 Rewang
Program rewang diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dan staff kdo.
16 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
17 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:
Pejabat Kolej Dato’ Onn
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
( u/p: Farith Farhili Bin Ismail, 0143469159)
Tel : 03-82915103
Faks : 03-8921 5117 Emel : [email protected]
18 PENUTUP
Semoga program ini dapat diluluskan dan mendapat bantuan kewangan supaya program ini dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua warga Kolej Dato’ Onn, disamping dapat membantu para pelajar untuk mengasah kemahiran mereka serta melengkapkan lapan asas domain yang terdapat didalam Kontrak Pembelajaran. Terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.
STRUKTUR ORGANISASI HARI KETERAMPILAN MAHASIWA
(HAKERA) KOLEJ DATO’ ONN
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Ir. Dato' Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Haji Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat Kehormat 1
Prof. Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal Pengetua Kolej Dato’ Onn
Penasihat Kehormat 2
Prof. Madya Dr. Jasri Bin Jamal Timbalan Pengetua Kolej Dato’ Onn
Felo Penasihat
Ketua Eksekutif
Siti Nurhani Binti Ghazali FSSK / 2 / A142760 / 013 6607580
Ketua Pengarah
Farith Farhili Bin Ismail FTSM / 2 / A142231 / 014 3469159
Timbalan Ketua Pengarah 1
Mohamad Naif Bin Ismail FTSM / 2 / A141769 / 017 4185880
Timbalan Ketua Pengarah 2
Nurul Najiha Binti Ahmad
FSSK / 2 / A140949 /017 7754147
Setiausaha
Nurul Diyanah Binti Md Zaidan FEP / 2 / A13981 / 012 3033977
Bendahari
Nuratiqa Binti Ghazahali FKAB / 2 / A140790 / 017 7732634
Pengarah Program : Nuur Thaqifah Binti Mohd Tahir
` FSSK/1/A143868/0122656117
Pengarah Pemasaran : Muhammad Fahdil Bin Ahmad
FEP/1/A143136/0126676910
Pengarah Persembahan : Jamilah binti Abdullah
Pengarah Karaoke : Norhafizah Binti Abd Hamid FSSK/1/A140743/ 0127536539
Pengarah Jamuan : Rabiatul Adawiyah Binti Hashim
FPI/1/A145003/0175732197
Pengarah Protokol : Mohamad Naufal Bin Mohamed Nasorllah
Antezem
FUU/1/A146461/0197792761
Pengarah Cabaran Inovasi Penyayang : Harith Bin Hela Ladin
FSSK/2/A138385/0192653982
Pengarah A Day With Experts : Siti Nadiah Binti Zakiria
FSSK/2/A145622/0132225980
Pengarah Sijil dan Cenderamata : Nur Farahana Samsudin
FST/1/ A145984/0175825602
Pengarah Teknikal : Muhd Irfan Bin Zainal Abidin
FEP/1/A143480/0136543678
Pengarah Permainan Video : Raja Muhamad Syafiq Bin Raja Sulong
FEP/1/A143230/ 0145101134
Pengarah Rumah Hantu : Maroline F. Marcus
FKAB/1/ A144312 /0165848664
Pengarah Sukan : Ramlan Bin Rameli
FSSK/2/A141229/0198118595
Pengarah Kerohanian : Nurulhuda Kamaliah Binti Haris
FST/1/A146064 /0172551832
Pengarah Gerai Keusahawanan : Nabilah Binti Sazali
FEP/2/ A13894//0172049364
Pengarah Publisiti dan Penerbitan : Muhammad Sufi Bin Musa
FST/1/A145622/0197688025
Pengarah Tugas-Tugas Khas : Azroy Bin Japar@Azri
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT 21 FEBRUARI 2014 (JUMAAT) 3.00 petang– 6.00 petang 8.00 malam – 10.30 malam Pertandingan Nasyid Pameran Mini Game Gerai Keusahawanan Program Kerohanian Gerai Keusahawanan Rumah Hantu Pameran Mini Game
Kolej Dato' Onn
22 FEBRUARI 2014 (SABTU)
8.00 pagi – 1.00 petang
Pertandingan Futsal
Pertandingan PES & Counter Strike (Saringan)
Program Workout
Selamat, Diet Sihat
Gerai Keusahawanan Mini Game Kempen Kesihatan Pameran Program Cabaran Inovasi Penyayang
2.00 petang – 6.00 petang
8.00 malam - 10 malam
Blok Terbuka
Pertandingan PES & Counter Strike (Peringkat Akhir)
Program A Day With
Experts Mini Game Pameran Program Cabaran Inovasi Penyayang Gerai Keusahawanan Rumah Hantu Pertandingan Karaoke (Saringan) Mini Game Gerai Keusahawanan 23 FEBRUARI 2014 (AHAD)
8.00 pagi – 1.00 tengah hari
2.00 petang - 6.00 petang Senamrobik Gerai Keusahawanan Persiapan Rewang Rewang Gerai Keusahawanan
8.00 malam - 10.00 malam Majlis Penutup Pertandingan Karaoke (Peringkat Akhir) Rumah Hantu Gerai Keusahawanan LAMPIRAN C BELANJAWAN Anggaran Pendapatan BIL. PERKARA RM 1. Pendapatan
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) Sumbangan Kolej
Sumbangan pihak luar
500 500 9000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 10,000
Anggaran Belanjawan BIL. PERKARA RM 1. 2. Belanja Pengurusan Pentadbiran
Kecemasan dan Keselamatan
Perbelanjaan Aktiviti Makanan Rewang
300 100
3. 4. 5. ”Outdoor activity” - peralatan sukan -rumah hantu -khemah -Pameran -Perhiasan Pentas -Penceramah & Juri
Publisiti
Kain rentang dan Poster
Cenderamata Hadiah Hamper Plug Sijil Rencam 200 400 1500 200 200 600 300 1000 500 100 100 500