• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Sebagai Tetamu di Rumah

Seseorang

(2)

 Bersikap Baik – senyum; Ini akan menyebabkan orang di sekeliling anda gembira juga.

 Tolong-Menolong – jika seseorang memerlukan pertolongan melakukan sesuatu,

ringankanlah tangan untuk membantu. Jangan tunggu sehingga disuruh. Sebagai contoh:

 Mencuci pinggan

 Menyusun meja makan

 Menyusun barang dapur

 Hormat-Menghormati – barang di dalam rumah itu milik orang lain. Mereka membenarkan rumah mereka untuk dikongsikan dengan anda. Gunakanlah barang mereka dengan cermat.

 Bersopan-Santun – ia sangat beradab jika anda meminta izin sebelum menggunakan

sesuatu yang bukan milik anda. Jika anda meminjam sesuatu, pulangkannya dengan segera.

 Bersikap Kemas– jika anda mengeluarkan sesuatu, pulangkan balik ke tempatnya dengan segera. Jika anda membuka sesuatu, tutupnya selepas digunakan. Sebagai contoh:

 Suis Lampu

 Ketuhar

 Televisyen (TV)

 Bersikap Bersih – Jangan biarkan barang anda bersepah di rumah orang sehingga anda orang mengutipnya. Sebagai contoh:

 Kasut anda di kerusi

 Beg galas anda di atas meja

 Berus gigi anda di atas kaunter bilik air

 Pinggan kotor anda di atas kaunter dapur

 Pastikan bilik tidur anda bersih

 Beradab – “Please” dan “Thank you” adalah perkataan yang amat baik untuk digunakan.

 Patuhi Peraturan Rumah – Ini rumah orang lain, anda adalah seorang tetamu. Anda harus mematuhi peraturan rumah. Sebagai contoh:

 Curfew-jangan buat bising jika anda pulang lambat atau keluar ketika orang tidur

 Jangan merokok

 Tidak boleh ada tetamu lain untuk menginap tanpa izin.

 Keselamatan – Sebagai contoh:

 Biarkan pintu tertutup atau berkunci ketika anda keluar

 Jika anda kehilangan kunci, maklumkan kepada keluarga angkat anda

 Jangan beri kunci kepada orang lain yang tidak tinggal bersama anda

 Jika anda membuka tingkap, pastikan ia ditutup semula sebelum anda keluar

 Tutup suis ketuhar dan mesin pengering

 Jangan biarkan lilin terbakar

 Kemalangan berlaku – jika sesuatu pecah atau rosak, maklumkan kepada keluarga angkat anda; jangan biarkan sahaja supaya orang lain yang bertanggungjawab.

(3)

“Panduan”

Cara-cara Untuk Tinggal bersama

keluarga angkat

Amerika

(4)

Mesin Pencuci Baju

1. Mesin pencuci baju di rumah anda mungkin kelihatan berbeza daripada mesin di atas.

2. Letakkan pakaian anda ke dalam mesin basuh dan sabun baju anda ke dalam bekas yang disediakan di bahagian kiri

.

3. Jangan letakkan pakaian anda ke dalam mesin melebihi had; ini akan menyebabkan mesin rosak atau air melimpah.

4. Jangan mengisi sabun baju ke dalam bekas sehingga melimpah! Ini akan menyebabkan buih sabun melimpah.

5. Pilih suhu air dan saiz muatan pakaian anda. Gunakan peluntur baju untuk pakaian berwarna putih sahaja.

6. Pastikan anda tahu masa yang diperlukan untuk mencucikan pakaian anda. Setelah selesai mencuci, anda harus mengambil pakaian anda daripada mesin dengan segera.

7. Jangan alihkan pakaian orang lain daripada mesin walaupun mesin itu sudah selesai mencuci pakaian mereka.

(5)

Mesin Pengering

1. Mesin pengering di rumah anda mungkin kelihatan berbeza daripada mesin di atas.

2. Lihat bekas tapisan habuk “lint trap” yang terletak di hadapan mesin pengering dan pastikan ia bersih.

3. Letakkan pakaian basah anda ke dalam mesin dan tekan butang pilihan yang sesuai dengan pakaian anda.

4. Pastikan anda tahu masa yang diperlukan untuk mengeringkan pakaian anda.

5. Pastikan anda alihkan pakaian anda dengan segera setelah selesai

.

6. Jangan alihkan pakaian orang lain daripada mesin walaupun mesin itu sudah selesai mengering pakaian mereka.

7. Bersihkan bekas tapisan habuk setelah anda alihkan pakaian anda. Buang habuk ke dalam tong sampah dan BUKAN ke dalam sinki.

(6)

Mesin Pencuci Pinggan

1. Mesin pencuci pinggan di rumah anda mungkin kelihatan berbeza daripada mesin di atas.

2. Pastikan anda membilas atau membuang sebarang sisa makanan di atas pinggan, mangkuk atau cawan ke dalam tong sampah sebelum meletakkannya di dalam mesin pencuci

pinggan.

3. Letak segala cawan dan mangkuk dalam keadaan terbalik untuk mengelakkan air bertakung.

4. Jangan terlebih mengisi mesin pencuci pinggan; elakkan menyusun barangan secara menimbun di dalam mesin pencuci pinggan.

5. Letakkan sabun bagi mesin pencuci pinggan (detergen atau ‘pods’) HANYA di pintu mesin.

6. Jangan guna sabun berbentuk cecair atau sabun pencuci baju.

7. Tutup pintu mesin dengan kuat sehingga adanya bunyi ‘klik’.

8. Pusing dial atau tekan butang di depan mesin pencuci pinggan untuk mulakan pencucian.

9. Tunggu sehingga mesin pencuci pinggan benar-benar tamat sebelum membuka pintunya.

10. Setelah mesin pencuci pinggan tamat beroperasi, buka pintunya dan pinggan mangkuk anda sudah dicuci bersih.

(7)

Dapur Memasak

1. Dapur memasak di rumah anda mungkin kelihatan berbeza daripada dapur di atas.

2. Setiap dial digunakan untuk menghidupkan dapur yang berbeza.

3. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan semasa memasak!

4. Hidupkan kipas yang terletak di atas dapur memasak untuk mengelakkan penggera kebakaran berbunyi.

5. Pastikan anda mematikan dapur setelah selesai memasak.

6. Jangan tinggalkan apa-apa yang boleh cair di atas atau berdekatan dapur memasak.

7. Jika ada kebakaran, gunakan alat pemadam api! Jangan gunakan air di atas dapur memasak!

8. Bersihkan dapur memasak setelah selesai memasak.

(8)

Ketuhar

1. Ketuhar di rumah anda mungkin kelihatan berbeza daripada ketuhar di atas.

2. Buka pintu ketuhar sebelum menggunakannya – Dulang pembakar atau kertas minyak mungkin berada di dalam ketuhar. Keluarkannya sebelum menggunakan ketuhar.

3. Anda mungkin harus menggunakan butang untuk memilih suhu ketuhar yang dikehendaki.

Anda boleh memilih butang yang sesuai dengan makanan anda seperti ‘Preheat’, ‘Bake’

atau ‘Boil’.

4. Tunggu sehingga ketuhar telah dipanaskan dan pemasa tamat sebelum memasukkan makanan.

5. Letakkan makanan ke dalam ketuhar dengan berhati-hati (Sentiasa gunakan kertas minyak jika perlu).

6. Tetapkan masa yang diperlukan untuk memasak makanan anda. Setiap ketuhar mempunyai masa sendiri yang anda perlu tetapkan.

7. Ketuhar tidak dimatikan secara automatik apabila masa tamat. Pastikan anda membawa keluar makanan daripada ketuhar dan memicit butang “OFF” setelah selesai.

(9)

Pelupusan Sampah

‘Disposal hole’

‘Disposal switch’

1. Rumah anda mungkin tidak mempunyai pelupusan sampah seperti di atas. JANGAN buang sisa makanan ke dalam singki TETAPI buang ke dalam tong sampah.

2. Pelupusan sampah digunakan untuk mengisar dan membuang sisa makanan.

3. Sebelum anda hidupkan suis pelupusan sampah, pastikan tiada perkakas dapur seperti sudu atau garfu berada di dalam saliran pelupusan sampah.

4. Buka paip air untuk memastikan air mengalir semasa membuang sisa makanan ke saliran pelupusan sampah.

5. Kemudian, hidupkan suis di sebelah sinki, kikis sisa makanan ke dalam saliran pelupusan sampah. Anda akan mendengar bunyi yang kuat, dan itu adalah bunyi daripada pelupusan sampah yang mengisar sisa makanan.

6. Jika anda tidak medengar bunyi pengisar , tutup suis dahulu. Kemudian, tutup paip air juga.

7. AMARAN - Jangan letakkan tangan anda di dalam pelupusan sampah ketika pelupusan sampah dijalankan.

(10)

Ketuhar Gelombang Mikro

1. Ketuhar gelombang mikro di rumah anda mungkin kelihatan berbeza daripada ketuhar gelombang mikro di atas.

2. JANGAN letakkan apa-apa yang mengandungi besi ke dalam ketuhar gelombang mikro.

3. Pastikan sebarang pinggan/mangkuk selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.

4. Letakkan makanan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Pastikan bekas terbuka, walaupun sedikit, supaya ada pengaliran udara.

5. Dengan menggunakan nombor-nombor yang ada pada ketuhar, pilih masa yang diingini dan tekan butang “START”.

6. Hati-hati semasa mengeluarkan apa-apa daripada ketuhar; ia mungkin masih panas.

7. Bersihkan ketuhar gelombang mikro jika ada makanan yang tumpah di dalamnya.

8. Tetapan automatik yang ada pada ketuhar mungkin tidak tepat. Sentiasa pastikan anda memberi perhatian kepada tetapan di ketuhar agar makanan anda tidak terlebih atau terkurang masak.

(11)

Tandas

1. Bilik air di rumah anda mungkin kelihatan berbeza daripada bilik air di atas.

2. Hormati orang yang ingin menggunakan tandas.

3. Jangan mengambil masa yang lama untuk mandi. Ini akan menyebabkan air panas habis ketika orang lain menggunakannya. Jika lantai menjadi basah ketika anda menggunakan – anda haruslah lap lantai basah itu selepas menggunakan bilik air.

4. Jangan pam apa-apa ke dalam tandas kecuali tisu tandas. Barang seperti tuala wanita harus dibalut dengan tisu dan dibuang ke dalam tong sampah.

5. Pastikan bilik air berada dalam keadaan bersih sebelum anda meninggalkannya. Letakkan barang mandi anda ketepi, cabut barang elektronik dari plug seperti pemanas kerinting rambut, lap kaunter dan tutup suis lampu.

Referensi

Dokumen terkait

Gedung H, Kampus Sekaran-Gunungpati, Semarang 50229 Telepon: (024)

In final project, the writer discusses about Improving Speaking Skill by using Games for the Third Grade Students of SDN Jagalan No.81 Jebres, Surakarta.. The writer

Forex bisa membuat Anda menghasilkan uang yang banyak dalam waktu yang singkat dengan.. resiko yang

Berdasarkan hasil analisis dan pembahasan hasil penelitian, dapat disimpulkan bahwa secara parsial kecerdasan intelektual berpengaruh positif signifikan terhadap sikap

Dalam mengidentifikasi kebutuhan pemakai maka user yang akan menggunakan File Storage Online pada Stiper Sriwigama Palembang ialah dosen dan mahasiswa yang akan

Seperti dalam penelitian ini yang menemukan bahwa sharing informasi seputar permasalahan yang terjadi baik seputar lalu lintas, ataupun hal lain yang terjadi di

Skripsi Penelitian dengan judul pengaruh bimbingan kelompok terhadap motivasi belajar siswa di SMPN 2 Saronggi tahun ajaran 2013-2014 ini ditulis guna memenuhi

 Inflasi di Kota Tanjungpinang disebabkan naiknya indeks kelompok pada tiga kelompok pengeluaranya itu kelompok makanan jadi, minuman, rokok dan tembakau sebesar 0,43