LATIHAN PDPR MEI-JUN 2021
EKONOMI
TINGKATAN 4
100 soalan objektif (Kertas 1)
DISEDIAKAN OLEH:
PANITIA EKONOMI SMK SUBANG
1
TINGKATAN 4
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi?
A Kajian tentang bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas B Kajian tentang bagaimana manusia memaksimumkan keuntungan
C Kajian tentang tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad D Kajian tentang tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber alam 2. Masalah pilihan dalam ekonomi berlaku kerana
A faktor pengeluaran dalam ekonomi adalah terhad B kadar pertumbuhan penduduk yang tidak terkawal C kehausan dan kepupusan sumber alam semulajadi D faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam ekonomi
3. Antara yang berikut, pilihan manakah yang tepat mengambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.
A Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh B En. Husaini dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil
daripada keuntungan perniagaannya
C Syarikat Ali Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai sumber ekonomi yang banyak
D Puan Aisyah hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300
4. Antara berikut yang manakah betul?
A Sebuah firma terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan buruh mahir untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
B Seorang suri rumah terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan modal untuk berbelanja bagi keperluan keluarganya
C Seorang petani terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan sumber pendapatan untuk menghasilkan keluaran pertanian
D Sebuah kerajaan negeri terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan faktor pengeluaran untuk melaksanakan projek pembangunan
5. Rajah di bawah menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan firma untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Apakah ganjaran bagi faktor pengeluaran X?
A Untung C Upah
B Sewa D Faedah
6. Gambar berikut menunjukkan sejenis faktor pengeluaran.
Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut?
A Input produktif yang dicipta oleh manusia untuk meningkatkan pengeluaran B Sumber semulajadi yang mempunyai penawaran terhad
C Berperanan menyelaras dan menggabungkan faktor pengeluaran D Membenarkan orang lain mengurus keuntungannya
7. Pernyataan di bawah menunjukkan satu masalah ekonomi.
Siapakah yang mungkin menghadapi masalah ekonomi di atas?
A Syarikat Silika Sdn Bhd B Jabatan Pengangkutan Jalan C Encik Zamarul
D Pemilik Amani Enterprise
8. Maklumat berikut berkaitan dengan satu unit ekonomi.
Pernyataan manakah yang betul tentang unit ekonomi X?
A Meningkatkan keuntungan dengan meminimum kos pengeluran B Mengutamakan kebajikan rakyat daripada projek pembangunan C Memaksimumkan kepuasan melalui perbelanjaan berhemah D Membekalkan keperluan demi keselesaan pengguna 9. Pernyataan di bawah berkaitan faktor pengeluaran X.
Apakah X?
A Tanah C Buruh
B Usahawan D Modal
3
10. Pernyataan manakah benar tentang faktor pengeluaran?
A Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan
B Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan C Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output D Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara
fizikal dan mental
11. Antara berikut yang manakah benar tentang keluk kemungkinan pengeluaran?
A Pengeluaran kedua-dua barang di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran dapat ditambah secara serentak dengan menggunakan semua sumber ekonomi
B Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap berlaku pada salah satu titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran
C Sumber ekonomi yang tidak digunakan sepenuhnya akan menyebabkan masalah ketidakupayaan ekonomi
D Untuk menambah kuantiti pengeluaran suatu barang terpaksa mengorbankan kuantiti pengeluaran barang yang lain
12. Rajah di bawah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran.
Barang A
.
M0 Barang B
Firma dikatakan tidak dapat mengeluarkan produk pada titik M. Namun, pengeluaran masih boleh dicapai sekiranya
A Firma memaksimumkan guna tenaga penuh
B Firma hanya mengeluarkan satu jenis barang sahaja C Firma memberi hadiah kepada pekerja yang paling produktif D Firma membawa masuk lebih banyak mesin dan teknologi baharu 13. Jadual di bawah menunjukkan dua barang yang dikeluarkan oleh satu firma.
Kaedah Pengeluaran Meja (unit) Kerusi (unit)
M 100 35
N 70 40
P 40 60
Q 20 75
Jika pihak pengurusan firma tersebut mengambil keputusan untuk mengubah kaedah pengeluaran daripada P kepada Q, berapakah unit meja yang terpaksa dilepaskan?
A 15 unit C 40 unit
B 20 unit D 75 unit
14. Antara yang berikut yang manakah merupakan analisis keluk kemungkinan pengeluaran?
I Ekonomi mengeluarkan 2 jenis barang sahaja II Tingkat teknologi sentiasa berubah
III Sumber ekonomi tidak terhad
IV Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
15. Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah pengeluaran bagi Firma Sejahtera untuk mengeluarkan barang X dan barang Y.
Kaedah Pengeluaran Barang X (unit) Barang Y (unit)
P 80 45
Q 50 70
Berapakah kos lepas jika firma tersebut mengubah kaedah pengeluaran daripada P ke Q.
A 20 unit X C 30 unit X
B 25 unit Y D 35 unit Y
16. Rajah di bawah berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP).
Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas?
I Titik X menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap
II Titik C menunjukkan berlaku kos lepas terhadap baju sebanyak 10 000 unit
III Titik Z menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan baju dan kasut IV Titik ABCDE menunjukkan masalah pilihan di sepanjang KKP
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
17. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan masalah asas ekonomi?
A Menentukan jenis input yang hendak digunakan B Menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan C Menentukan kualiti barang yang hendak dikeluarkan D Menentukan jangka masa sesuatu barang dikeluarkan
5
18. Pernyataan di bawah berkaitan dengan teknologi moden dalam pembuatan makanan.
Pernyataan tersebut berkaitan dengan masalah asas ekonomi A Apa dan untuk siapa dikeluarkan
B Bagaimana dan untuk siapa dikeluarkan C Apa dan bagaimana hendak dikeluarkan D Berapa dan bagaimana hendak dikeluarkan 19. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Awie.
Antara yang berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah diselesaikan oleh Encik Awie?
I Untuk siapa dikeluarkan II Apa yang hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Berapa yang hendak dikeluarkan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
20. Maklumat di bawah berkaitan dengan system ekonomi negara X.
Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara X?
A Ekonomi Islam C Ekonomi Pasaran Bebas B Ekonomi Campuran D Ekonomi Perancangan Pusat 21. Maklumat di bawah menunjukkan ciri sistem ekonomi sebuah negara.
Pernyataan manakah yang mewakili S?
A Wujud mekanisme harga
B Kebajikan masyarakat diutamakan C Persaingan yang bebas antara pengeluar
D Motif pengeluaran adalah memaksimumkan keuntungan
22. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme pasaran untuk menentukan jenis barang yang dikeluarkan?
I Sistem ekonomi sosialis II Sistem ekonomi campuran III Sistem ekonomi laissez-faire IV Sistem ekonomi perancangan pusat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
23. Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?
A Kestabilan penawaran B Keadilan agihan pendapatan C Tiada persaingan antara firma D Keuntungan firma lebih tinggi
24. Bagaimanakah masalah “apa yang hendak dikeluarkan” diselesaikan dalam sistem ekonomi campuran?
A Kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen perniagaan kepada pihak swasta
B Kerajaan mengawalkan barang dengan cara mengenakan cukai terhadap pihak swasta
C Pihak swasta mengeluarkan barang ekonomi manakala kerajaan pula mengeluarkan barang awam D Pihak swasta mengagihkan barang mengikut kuasa beli manakala kerajaan mengagihkan barang untuk
semua rakyat
25. Pilih pasangan yang benar tentang sistem ekonomi dan ciri-cirinya.
Sumber ekonomi Keterangan
A Sistem Ekonomi
Islam • Kebajikan masyarakat diutamakan
• Individu dan firma bebas tanpa kawalan kerajaan bagi memiliki sumber ekonomi
B Sistem Ekonomi
Campuran • Terdapat persaingan yang sihat
• Pihak swasta dan awam saling melengkapi output dipasaran C Sistem Ekonomi
Perancangan Pusat
• Tiada persaingan antara firma
• Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga sesuatu barang D Sistem Ekonomi
Pasaran Bebas • Harga ditentukan oleh mekanisme harga
• Individu, swasta dan kerajaan bebas memiliki faktor pengeluaran
7
TINGKATAN 4 BAB 2 : PASARAN
26. Pernyataan manakah benar tentang hukum permintaan?
A Sofea akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang jatuh B Fauzan akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang meningkat C Syarikat Amir akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang jatuh D Syarikat Wafi akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang meningkat
27. Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan kereta?
A Penurunan harga petrol C Kenaikan tambang bas B Penurunan harga kereta D Kenaikan harga motosikal 28. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi kereta tempatan.
Pergerakan keluk dari S0S0ke S1S1adalah disebabkan A Pemberian subsidi oleh kerajaan
B Penurunan harga faktor pengeluaran
C Firma bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan D Firma bermatlamat untuk memaksimumkan jualan
29. Maklumat di bawah berkaitan kuantiti permintaan dan penawaran bagi suatu barang.
Harga
(RM) Kuantiti diminta
(unit) Kuantiti ditawar (unit)
10 30 5
15 25 10
20 15 15
25 10 20
30 5 25
Pernyataan manakah yang betul tentang maklumat di atas?
A Harga cenderung turun pada tingkat harga RM15 B Harga cenderung naik pada tingkat harga RM20 C Berlaku lebihan penawaran pada tingkat harga RM30 D Keseimbangan pasaran tercapai pada tingkat harga RM25
30. Maklumat di bawah berkaitan dengan hubungan dua jenis barang.
Apakah kemungkinan barang S dan barang T.
A Bas dan petrol C Kereta Honda dan Kereta Vios B Gula dan garam D Mesin pencetak dan katrij dakwat 31. Maklumat di bawah menunjukkan penentu permintaan bagi barang P.
Keluk manakah yang menunjukkan perubahan permintaan bagi barang P?
A
B
C
D
9
32. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran suatu barang.
Antara berikut, yang manakah betul tentang perubahan titik di dalam rajah di atas?
I A ke B ialah peralihan keluk penawaran
II A ke C ialah pergerakan di sepanjang keluk penawaran III A ke B berlaku disebabkan oleh penurunan kadar upah IV B ke C berlaku disebabkan oleh kenaikan harga barang itu
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
33. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan telefon bimbit jenama OPPAH.
Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik A ke titik B?
A Harga telefon bimbit OPPAH menurun
B Citarasa pengguna terhadap telefon bimbit OPPAH meningkat C Jangkaan harga masa depan telefon bimbit jenama OPPAH menurun D Kecanggihan teknologi dalam pembuatan telefon bimbit jenama OPPAH
34. Antara berikut, faktor manakah yang boleh menyebabkan keluk permintaan seseorang pengguna akan beralih ke kanan?
A Harga barang penggenap meningkat B Harga barang pengganti meningkat C Pendapatan bolehguna menurun D Harga barang itu turun
35. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar terhadap penghawa dingin.
Bulan Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)
Januari 2019 1500 5000
Mac 2019 1500 8000
Faktor manakah yang mempengaruhi keadaan tersebut?
A Pengguna semakin suka menggunakan alat tersebut B Kerajaan memberi Bantuan Khas kepada penjawat awam C Berlaku fenomena El Nino di dalam negara
D Penggunaan buruh mahir yang ramai
36. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi suatu barang.
Pernyataan manakah yang benar berkaitan rajah di atas?
I Merupakan kuantiti diminta individu terhadap barang dan perkhidmatan pada setiap tingkat harga dalam pasaran
II Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar semua kuantiti diminta setiap individu pada setiap tingkat harga dalam pasaran
III Pada RM2 jika kuantiti diminta individu A ialah 9 unit, maka kuantiti diminta individu B ialah 13 unit IV Berbentuk landai dan mencerun ke atas dari kiri ke kanan kerana hubungan negatif diantara harga dan
kuantiti
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
37. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti penawaran seluar oleh tiga buah firma.
Harga (RM) Kuantiti penawaran (helai)
Firma R Firma S Firma T
20 100 120 140
22 120 140 160
24 140 160 180
26 160 180 200
Jika kuantiti permintaan pasaran seluar ialah 480 helai, berapakah tingkat harga keseimbangan pasaran?
A RM 20 C RM 24
B RM 22 D RM 26
11
38. Apakah kesan terhadap pasaran barangan apabila lebihan penawaran berlaku?
I Tingkat harga barang akan menurun II Kuantiti diminta barang meningkat III Tingkat harga barang akan meningkat IV Kuantiti diminta barang akan menurun
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
39. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran kereta tempatan.
Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan perubahan tersebut?
A Melonggarkan syarat sewa beli B Menaikkan kadar faedah pinjaman
C Melaksanakan kempen perkongsian kereta D Mengurangkan pelepasan cukai pendapatan
40. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu A (DADA) dan B (DBDB) terhadap suatu barang.
Jadual manakah yang menunjukkan permintaan pasaran bagi barang tersebut.
A Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) C Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
4 40 4 20
8 28 8 11
B Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) D Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
4 40 4 20
8 22 8 10
41. Jadual berikut menunjukkan permintaan empat individu bagi Barang Q.
Harga (RM)
Kuantiti Permintaan (unit)
Individu R Individu S Individu T Individu U Pasaran Barang Q 3
9 450
380 560
460 520
480 780
Y 2 310
1 990 Hitungkan jumlah permintaan Barang Q bagi Individu S dan Individu U pada harga RM9.
A 1130 unit C 1340 unit
B 1320 unit D 1800 unit
42. Pernyataan berikut berkaitan satu situasi yang berlaku di dalam pasaran.
Apakah kesan terhadap keseimbangan pasaran akibat peristiwa di atas?
I Harga keseimbangan cenderung untuk menurun II Harga keseimbangan cenderung untuk meningkat III Keluk permintaan beralih ke kanan
IV Berlaku pertambahan penawaran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
43. Penawaran biskut bertambah daripada 160 unit kepada 220 unit apabila harga biskut meningkat daripada RM 1.50 kepada RM 2.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran untuk biskut tersebut?
A 0.53 C 1.13
B 0.89 D 1.88
44. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran barang W.
Berapakah nilai keanjalan penawaran barang W?
A 0.3 C 1.0
B 0.5 D 3.0
13
45. Maklumat di bawah mengenai permintaan suatu majalah.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
20 60
16 X
Sekiranya harga telah jatuh dan nilai keanjalan harga permintaan ialah 1.5, berapakah nilai X?
A 55 unit C 72 unit
B 65 unit D 78 unit
46. Jadual di bawah ini menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.
Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)
8 70
12 90
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM8 ke RM12?
A 0.57 C 0.80
B 0.75 D 2.50
47. Maklumat berikut merujuk kepada nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang S dan M.
Barang S Barang M
Nilai pekali keanjalan 1.4 0.6
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang berikut?
Barang S Barang M
A Naikkan harga Turunkan harga
B Turunkan harga Naikkan harga
C Turunkan harga Turunkan harga
D Naikkan harga Naikkan harga
48. Permintaan sesuatu barang itu cenderung menjadi tidak anjal jika A Perbelanjaan merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan B Barang itu ialah barang kehendak
C Barang itu mempunyai banyak kegunaan D Barang itu mempunyai banyak pengganti 49. Penawaran sesuatu barang menjadi anjal apabila
A Berlaku tambahan kos pengeluaran yang sangat besar B Bilangan firma yang sedikit dalam pasaran
C Mobiliti faktor pengeluaran yang rendah
D Pengeluaran berlaku dalam jangka masa panjang
50. Jadaul di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi dua jenis barang.
Jenis Barang Peratus Perubahan Harga Peratus Perubahan Kuantiti
Y 100 20
Z 50 100
Yang manakah betul berkaitan dengan barang Y dan barang Z berdasarkan jadual di atas.
I Contoh barang Y ialah beras
II Pengguna sangat responsif terhadap barang Z
III Pengeluar perlu menaikkan harga barang Z untuk meningkatkan hasil jualan IV Kecerunan keluk permintaan barang Y ialah landai
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
15
TINGKATAN 4
BAB 3 : PENDAPATAN INDIVIDU
51. Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?
A Encik Ali membayar RM5000 sebagai deposit untuk kereta baharu
B Cik Amri membayar RM250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun
C En Azam mengunjungi lebih daripada 10 kedai komputer untuk membandingkan harga komputer sebelum membeli
D Puan Maimum membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok oleh Intan Jewel Sdn Bhd
52. Mengapakah wang boleh digunakan sebagai alat bayaran tertunda?
A Wang mempunyai nilai yang stabil
B Wang merupakan alat pertukaran yang sah C Wang boleh digunakan untuk pembahagian nilai
D Wang dapat mengatasi masalah keperluan dan kehendak serentak 53. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu fungsi wang.
Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
I Alat perantaraan pertukaran II Alat bayaran tertunda III Alat ukuran nilai IV Alat penyimpanan nilai
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
54. Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?
A Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad B Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
C Proses menjelaskan bayaran ansuran kereta dalam tempoh 9 tahun D Pembelian komputer riba baru berharga mahal
55. Antara berikut, yang manakah menunjukkan perbezaan antara bank pusat dengan bank perdagangan?
Bank Pusat Bank Perdagangan
A Menerima deposit daripada orang ramai Menerima deposit daripada firma B Memberi kemudahan pinjaman kepada firma Memberi pinjaman kepada masyarakat C Menguruskan akaun kerajaan Menguruskan akaun semasa
D Penasihat kewangan kepada syarikat korporat Penasihat kewangan kepada agensi kerajaan
56. Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan overdraf dalam sesuatu urusniaga?
A Boleh mengeluarkan wang tanpa had
B Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini C Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai D Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan
57. Pernyataan manakah menunjukkan persamaan antara deposit tabungan dengan deposit semasa di bank perdagangan?
I Disediakan buku akaun simpanan II Pengeluaran wang pada bila-bila masa III Kemudahan menggunakan kad ATM IV Boleh memohon kemudahan overdraf
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
58. Pemilik akaun simpanan tetap
A dibayar kadar faedah lebih tinggi B menerima penyata bank setiap bulan C diberi kemudahan menggunakan cek
D boleh menggunakan kad juruwang elektronik (ATM)
59. Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis kemudahan simpanan di bank perdagangan.
Kaedah ini membolehkan saya menikmati kadar faedah yang lebih tinggi jika saya membuat simpanan dalam jangka panjang.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kemudahan simpanan di atas?
I Dikenakan caj perkhidmatan
II Wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati III Tidak boleh menggunakan cek
IV Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan overdraf A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
17
60. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan?
I Cuti bersalin
II Suasana tempat kerja III Jaminan kerja
IV Kemudahan pinjaman kereta
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
61. Gambar di bawah berkaitan sebuah institusi kewangan dalam negara.
Antara berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?
A Menerima deposit daripada orang ramai B Menyediakan pinjaman peribadi
C Mendiskaunkan bil pertukaran D Mengawal kestabilan ekonomi
62. Setiap hari, Amin memperoleh wang daripada ayahnya untuk perbelanjaan di sekolah. Jenis pendapatan yang diperoleh Amin dikenali sebagai….
A Upah C Bayaran pindahan
B Nafkah D Komisen
63. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang upah benar?
I Upah yang diterima dalam bentuk wang
II Digunakan untuk meningkatkan taraf hidup individu
III Merujuk kepada kemampuan upah wang untuk membeli barang IV Keupayaan menghasilkan barang dan perkhidmatan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
64. Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilihan pekerjaan individu.
Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menarik En Lee untuk memohon jawatan tersebut?
I Upah wang II Waktu bekerja III Faedah sampingan IV Kelayakan akademik
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
65. Kolej komuniti di seluruh negara menyediakan pelbagai kursus jangka pendek kepada orang ramai.
Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
A Jaminan kerja C Pengalaman dan kemahiran B Prospek pekerjaan D Suasana tempat kerja 66. Rumus berikut menunjukkan rumus pendapatan individu.
Pendapatan individu = Upah + Sewa + Faedah + Z + Untung + Bayaran pindahan
Z merujuk kepada
A Kerja lebih masa C Dividen
B Bantuan Prihatin Nasional D Pencen 67. Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?
A Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya B Pembinaan rumah dan perusahaan perabot
C Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel D Perlombongan dan perkhidmatan insurans
68. Cik Munirah menerima gaji bulanan RM5 000. Sekiranya kerajaan menaikkan kadar caruman KWSP pekerja daripada 11% kepada 12%, keadaan yang manakah akan berlaku?
Potongan Wajib Pendapatan Boleh Guna Gaji Bulanan
A Meningkat Menurun Tetap
B Tetap Menurun Meningkat
C Menurun Meningkat Tetap
D Tetap Meningkat Menurun
69. Syakila mempunyai idea yang kreatif dalam mengubah suai dan menghias barangan hantaran perkahwinan dan cenderahati untuk semua jenis majlis. Beliau telah mula mengambil tempahan melalui laman sesawang Facebook dan Instagram.
Apakah kaitan pernyataan di atas dengan matlamat pendapatan peribadi beliau?
I Pilihan pendidikan II Keadaan ekonomi III Keusahawanan IV Kemahiran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
19
70. Maklumat berikut adalah mengenai Puan Aliya.
Hitungkan perbelanjaan penggunaan Puan Aliya jika tabungan adalah RM 4 600.
A RM37 220 C RM41 820
B RM37 520 D RM43 400
71. Maklumat di bawah berkaitan sejenis kaedah pembayaran.
Mengapakah Encik Malek memilih kaedah pembayaran tersebut?
I Harga lebih murah II Menikmati diskaun harga III Meringankan beban kewangan
IV Menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
72. Maklumat manakah yang betul tentang kaedah pembayaran?
Bayaran Tunai Bayaran Kredit
A Mudah mendapatkan perkhidmatan selepas
jualan Dapat menikmati barangan mewah
B Tidak dapat melindungi diri daripada inflasi Boleh menggunakan barang yang dibeli untuk menjana pendapatan
C Menikmati harga yang lebih murah Barang menjadi hak milik selepas membayar pendahuluan
D Dapat meningkatkan taraf hidup Mendorong pengguna berjimat cermat
73. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan Cik Halimah.
Butiran RM
Gaji Dividen PERKESO KWSP
Bayaran sewa rumah
1 800 350 8.50 198 400 Berapakah pendapatan boleh guna Cik Halimah pada bulan tersebut?
A RM 1 193.50 C RM 1 543.50
B RM 1 243.50 D RM 1 943.50
74. Antara yang berikut yang manakah merupakan pasangan pernyataan yang tepat?
Keperluan Kehendak
A Harga barang keperluan biasanya dikawal oleh kerajaan
Harga barang kehendak ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran
B Barang keperluan mempunyai banyak
pilihan Barang kehendak adalah terhad kepada
beberapa jenis barang sahaja C Barang keperluan adalah penting untuk
mencapai kehidupan yang selesa Barang kehendak bertujuan untuk mencapai keselesaan hidup yang minimum
D Dipengaruhi oleh pendapatan individu Tidak dipengaruhi oleh pendapatan individu
75. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi?
I Mengelakkan inflasi II Meningkatkan pendapatan
III Membolehkan individu membeli barang mewah
IV Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
21
TINGKATAN 4 BAB 4 : PENGELUARAN
76. Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap?
A Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output B Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang
C Pembelian untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran D Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula
77. Pilih pernyataan yang benar mengenai hukum pulangan berkurangan dalam pengeluaran firma.
A Berlaku kemajuan yang berterusan dalam tingkat teknologi pengeluaran
B Jumlah keluaran firma semakin meningkat apabila penggunaan input bertambah
C Jumlah keluaran semakin menurun jika input berubah ditambah berterusan ke atas input tetap D Gabungan yang paling cekap antara input berubah dan input tetap untuk menambah output 78. Pilih pernyataan yang benar mengenai pengeluaran jangka panjang.
A Semua input yang digunakan dalam pengeluaran ialah input tetap B Firma dapat mengubah tingkat output dengan menjalankan aktiviti R&D C Wujudnya sekurang-kurang satu input tetap dalam pengeluaran
D Pertambahan output dapat dilakukan dengan menambah input tetap 79. Jadual di bawah menunjukkan input dan keluaran sebuah firma.
Input Tetap Input Berubah Jumlah Keluaran
15 3 1 100
15 6 1 500
15 9 2 100
15 12 2 400
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jadual tersebut?
I Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa pendek II Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa panjang III keluaran purata untuk input berubah ke-12 ialah 300 unit IV keluaran marginal untuk input berubah ke-9 ialah 200 unit
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
80. Jadual menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma.
Keluaran (unit) 0 2 4 6
Jumlah kos (RM) 80 110 150 180
Hitungkan kos sut untuk mengeluarkan 6 unit keluaran.
A RM15 C RM30
B RM20 D RM75
81. Jadual di bawah menunjukkan kos yang ditanggung oleh Firma Hasnim.
Jumlah output (unit) Kos tetap (RM) Kos berubah (RM)
5 10 20
10 10 40
15 10 55
20 10 65
Berapakah kos purata yang ditanggung oleh Firma Hasnim apabila jumlah output ialah 15?
A RM2.00 C RM3.70
B RM3.00 D RM4.30
82. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sesuatu barang.
Kos berubah RM200
Kos purata RM10
Jumlah output 50 unit
Berapakah kos tetap?
A RM100 C RM300
B RM200 D RM400
83. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah dalam proses pengeluaran?
A Bil air dan elektrik C Sewa bangunan kilang B Premium insurans D Faedah pinjaman modal 84. Jadual di bawah menunjukkan kos berubah bagi sebuah firma.
Output (unit) Kos Berubah (RM)
1 20
2 30
3 40
4 50
Jika kos tetap ialah RM20, kos purata firma tersebut A semakin menurun
B semakin meningkat
C paling tinggi pada 4 unit output D paling rendah pada 1 unit output
85. Kos tetap bagi firma X ialah RM650. Jika kos berubah untuk mengeluarkan 45 unit output ialah RM2 500, berapakah kos purata firma tersebut?
A RM41.11 C RM70.00
B RM55.56 D RM14.44
23
86. Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran suatu barang oleh Firma X.
Kos berubah RM550
Kos tetap RM900
Kos purata RM5
Berapakah jumlah keluaran firma tersebut?
A 290 unit C 110 unit
B 180 unit D 100 unit
87. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran.
Keluaran (unit)
Jumlah kos (RM)
0 28
2 36
4 48
6 76
Berapakah jumlah kos tetap pada tingkat keluaran ke 4?
A RM28 C RM48
B RM36 D RM76
88. Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran sebuah firma.
Berapakah kos sut firma ABC?
A RM133.33 C RM195.34
B RM186.04 D RM200.00
89. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Jana Utama.
Berapakah jumlah untung Syarikat Jana Utama pada bulan tersebut?
A RM169 900 C RM350 800
B RM286 100 D RM456 000
90. Puan Suraya telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai bank yang diberi gaji RM3 000 sebulan dan memulakan perniagaan kedai bakeri dengan wang simpanan di bank RM12 000 dengan kadar faedah 4%
setahun. Jumlah hasil perniagaan kedai bakeri dalam tempoh sebulan ialah RM10 000.
Berikut adalah kos-kos yang terlibat dalam tempoh sebulan:
Bahan mentah RM3000
Gaji pembantu RM900
Bil elektrik dan air RM1000
Hitung jumlah untung ekonomi perniagaan kedai bakeri Puan Suraya dalm tempoh sebulan.
A RM7000 C RM2100
B RM5100 D RM2060
91. Maklumat berikut berkaitan rumus untung.
T dan S ialah
A Jumlah hasil dan kos tetap B Harga dan jumlah kos C Harga dan kos berubah D Jumlah hasil dan kos sut
92. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma.
Output 600 unit
Harga jualan seunit RM12.00
Kos purata RM7.00
Berapakah untung firma tersebut?
A RM3 000 C RM7 200
B RM4 200 D RM11 200
93. Apakah kos implisit yang ditanggung oleh pengusaha dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan?
A Bayaran upah buruh B Faedah atas pinjaman bank
C Bayaran perkhidmatan pengangkutan
D Bayaran sewa atas bangunan milik pengusaha
94. Antara yang berikut, faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi?
I Prosedur kerja yang fleksibel dan ringkas II Proses membuat keputusan yang rumit III Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya IV Tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
25
95. Pilih faktor yang akan membantu meningkatkan tahap produktiviti sesebuah organisasi.
A Gaya kepimpinan pengurusan yang autokratik B Sistem dan prosedur kerja yang rumit
C Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif D Penggunaan kelengkapan modal yang membazir
96. Antara berikut, yang manakah menunjukkan peningkatan produktiviti?
Input Output
A Tambah 5% Kurang 10%
B Kurang 10% Kurang 15%
C Tetap Kurang 10%
D Tetap Tambah 15%
97. Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila kerajaan negeri menggalakkan penggunaan lebih banyak basikal di Pulau Pinang?
A Kos pengangkutan yang lebih tinggi B Kadar pengangguran yang rendah C Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah D Kadar pencemaran udara yang lebih tinggi 98. Pernyataan di bawah berkaitan dengan eksternaliti.
Berdasarkan pernyataan diatas, apakah kos sosial yang wujud kesan daripada situasi tersebut?
A Taraf hidup masyarakat meningkat
B Keuntungan syarikat pengedar kereta meningkat C Masalah pencemaran udara semakin meningkat D Pendapatan boleh guna masyarakat meningkat
99. Apakah faedah sosial jika kerajaan membina Pusat Zon Perdagangan Bebas di Padang Besar?
A Peningkatan pendapatan kerajaan negeri B Peluang pekerjaan yang tinggi
C Kos pengangkutan yang murah D Kadar jenayah meningkat
100. Bagaimanakah pelaksanaan cukai oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar?
A Mngurangkan modal pengeluar B Mengawal harga barang yang dijual C Mengawal kualiti barang yang dikeluarkan
D Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran
TINGKATAN 5
BAB 1 : EKONOMI DAN KERAJAAN
101. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan barang awam yang disediakan oleh kerajaan.
A Alip membeli sebuah motosikal berharga RM 9500
B Puan Siti Noor menggunakan air mineral yang bersih untuk memasak gulai ikan C Ikhwan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana dijangkiti virus Covid-19
D Tandas di Pusat Red Gym hanya disediakan untuk ahli yang membayar yuran keahlian 102. Pernyataan manakah yang benar berkaitan peranan kerajaan?
Peranan Kerajaan Matlamat
A Sebagai pengeluar Mencipta peluang pekerjaan kepoada masyarakat B Mencapai objektif pertumbuhan ekonomi Merancakkan aktiviti pengeluaran dalam negara C Mencapai objektif imbangan
pembayaran lebihan
Pengaliran keluar wang lebih tinggi daripada pengaliran wang masuk
D Mengawal selia pengeluar dan
eksternaliti negatif Memastikan guna tenaga penuh dapat dicapai
103. Indah Water Konsortium Sendirian Berhad di Malaysia dianggap sebagai syarikat monopoli semula jadi kerana A dimiliki oleh sektor swasta
B mengenakan harga yang tinggi C disenaraikan di Bursa Malaysia D menanggung kos modal yang tinggi
104. Mengapakah pihak kerajaan menyediakan kemudahan asas di desa?
A Meningkatkan taraf hidup C Meningkatkan pendapatan negara B Meningkatkan kadar upah D Meningkatkan peluang pekerjaan 105. Maklumat yang berikut berkaitan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Tahun Keluaran Dalam Negara Kasar (RM Juta)
2015 1 063 355
2016 1 108 227
Apakah objektif makroekonomi tersebut?
A Kestabilan harga C Pertumbuhan ekonomi
B Guna tenaga penuh D Kestabilan imbangan pembayaran 106. Apakah kesan dasar harga maksimum terhadap pengguna?
A Kebajikan pengguna dapat dijaga B Meningkatkan penawaran pengeluar C Memaksimumkan pendapatan kerajaan
D Memastikan semua rakyat mendapat barang kehendak 27
107. Peningkatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan membawa kepada I peningkatan infrastruktur fizikal
II peningkatan kadar pengangguran III peningkatan bilangan kakitangan awam IV peningkatan taraf pendidikan penduduk
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
108. Manakah yang menyebabkan inflasi tolakan kos?
A Pertambahan kos bahan api
B Pengembangan kredit bank perdagangan C Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan D Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan 109. Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?
A Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan B Pekerja yang meletakkan jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain C Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi
D Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran
110. Apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 1.2% kepada 2.0%?
I Peluang pekerjaan menurun II Kuasa beli masyarakat meningkat III Pendapatan benar masyarakat menurun
IV Nilai wang yang dipegang oleh masyarakat merosot
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
111. Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran.
Pernyataan yang manakah menggambarkan sebab berlakunya masalah tersebut?
A Peningkatan dalam gaji pekerja B Isi rumah membuat kerja sambilan
C Terlalu bergantung kepada bidang pertanian
D Menggantikan penggunaan buruh kepada mesin dalam pengeluaran 112. Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi.
Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?
A Inflasi bermusim C Inflasi tolakan kos B Inflasi diimport D Inflasi tarikan permintaan
113. Apakah ciri-ciri inflasi tarikan permintaan?
I Kos pengeluaran meningkat II Upah buruh meningkat
III Ekonomi mencapai guna tenaga penuh IV Proses penciptaan kredit yang pesat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
114. Bekalan wang dalam ekonomi berkurang sekiranya bank pusat I Menaikkan kadar faedah
II Melonggarkan syarat sewa beli III Membeli surat jaminan kerajaan IV Menaikkan nisbah rizab berkanun
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
115. Antara yang berikut, tindakan kerajaan yang manakah akan menyebabkan permintaan barang dan perkhidmatan berkurang?
A Melonggarkan syarat sewa beli B Membeli surat jaminan kerajaan C Menambahkan perbelanjaan kerajaan D Menaikkan kadar faedah
116. Bagaimanakah dasar kewangan mengatasi masalah pengangguran yang tinggi dan lambakan stok dalam ekonomi ?
I Menurunkan kadar cukai II Menurunkan kadar faedah III Membeli surat jaminan kerajaan IV Menurunkan perbelanjaan kerajaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
117. Dasar fiskal menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui I kenaikan cukai
II penurunan cukai
III pertambahan perbelanjaan kerajaan IV pengurangan perbelanjaan kerajaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
118. Langkah kerajaan menurunkan kadar faedah dalam menangani kelembapan ekonomi akibat Covid-19 telah memberi impak kepada pengguna kerana
A Kos pinjaman pengguna meningkat
B Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman ke atas barangan mewah C Perbelanjaan pengguna dalam ekonomi meningkat
D Pengguna perlu menyediakan lebihan wang semasa membuat perbelanjaan 119. Antara yang berikut, yang manakah cukai progresif?
A Cukai perjudian C Cukai pendapatan syarikat B Cukai pendapatan individu D Cukai barang dan perkhidmatan
29
120. Dasar fiskal mengembang digunakan oleh kerajaan untuk A Mengurangkan masalah inflasi
B Mengurangkan permintaan agregat C Menambahkan peluang pekerjaan D Menambahkan permintaan wang
121. Manakah yang merujuk kepada perbelanjaan perkhidmatan ekonomi?
A Membina kuarters kediaman kesihatan B Membina pusat pelabuhan kapal C Membina pusat kegiatan guru D Membina ibu pejabat polis
122. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbelanjaan mengurus?
I Puan Siti Hajar menerima pencen bulanan sebanyak RM2500 II Kerajaan membesarkan pelabuhan perikanan di Tok Bali Kelantan
III Kementerian Pendidikan membina sebuah sekolah menengah di Taiping, Perak
IV Encik Kumar yang bekerja sebagai pegawai polis menerima gaji setiap bulan sebanyak RM3500
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
123. Antara yang berikut, yang manakah hasil bukan cukai?
I Tarif II Duti Setem
III Bayaran denda dan penalti IV Royalti petroleum
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
124. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?
A Koperasi SMKS Berhad membayar cukai ke atas keuntungannya
B Syarikat Anda Deebaak Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan C Puan Nurul Iman membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
D Kedai Runcit Syafiqah dikenakan denda kerana melanggar undang-undang pematuhan SOP 125. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian sumber hasil kerajaan pada tahun 2015.
Hasil cukai RM juta
Cukai pendapatan individu 26 321
Duti eksport 1 039
Duti import 2 732
Cukai pendapatan koperasi 80
Cukai barang dan perkhidmatan 27 012
Cukai pendapatan syarikat 63 679
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2017) Hitung jumlah hasil cukai tak langsung kerajaan pada tahun tersebut.
A RM 29 773 juta C RM 89 990 juta
B RM 30 783 juta D RM 117 092 juta
TINGKATAN 5
BAB 2 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL
126. Syarikat multinasional merujuk kepada
A Firma yang terlibat dengan pelbagai aktiviti pengeluaran B Firma yang menggunakan pekerja daripada pelbagai negara
C Firma yang beroperasi di beberapa buah negara pada masa yang sama
D Firma yang mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa 127. Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi?
A Pengecualian visa untuk pelancong negara tertentu B Pelupusan duti import untuk semua barang import C Pengecualian levi untuk pekerja asing di Malaysia
D Pelupusan duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia 128. Manakah yang merupakan kepentingan perdagangan antarabangsa?
A Menimbulkan lambakan
B Mengurangkan mobiliti tenaga buruh
C Meneruskan kebergantungan terhadap sektor eksport D Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
129. Syarikat Multinasional Amerika Syarikat yang mengeluarkan peralatan komunikasi berpindah dari Malaysia ke China.
Apakah faktor yang mendorong firma tersebut berpindah operasinya?
I Tenaga buruh yang lebih banyak di China II Saiz pasaran yang lebih luas di China III Upah yang lebih rendah di Malaysia IV Kecekapan kemudahan asas di Malaysia
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
130. Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi?
I Menambahkan syarat permohonan visa II Kemajuan internet dan ekonomi digital III Rangkaian pengangkutan yang cekap IV Sekatan perdagangan antarabangsa
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
131. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa.
Apakah faktor tersebut?
A Harga faktor B Iklim dan tanih C Sumber semulajadi
D Tingkat kecekapan pengeluaran
31
132. Kesatuan Eropah (EU) merupakan blok ekonomi yang jumlah nilai urus niaganya adalah paling tinggi di dunia.
Antara berikut, yang manakah objektif penubuhan Kesatuan Eropah?
A Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota B Menyelaraskan dasar kewangan dan dasar fiskal negara luar C Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara luar D Memberi kebebasan pengaliran modal dalam kalangan negara luar
133. Penglibatan sesebuah negara dalam blok ekonomi atau perjanjian perdagangan akan mempengaruhi ekonomi dalam negara. Antara berikut yang manakah memberikan keburukan kepada ekonomi dan sosial negara?
A Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran B Peluasan pasaran
C Corak penjajahan baharu ekonomi
D Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah 134. Apakah risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional?
A Peningkatan modal insan B Peningkatan eksternaliti negatif
C Kesukaran menghantar balik keuntungan D Pembangunan dalam infrastruktur digital
135. Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia?
A Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung B Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan C Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal
D Imbangan pembayaran memberi kesan positif 136. Kuota memberi kebaikan kepada negara kerana dapat
A meningkatkan pendapatan negara
B mempelbagaikan pilihan barangan kepada pengguna C menggalakkan persaingan yang sihat
D memperbaiki imbangan pembayaran
137. Apakah tujuan kerajaan melaksanakan sekatan bukan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa?
A Menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia B Sumber hasil negara
C Mengehadkan pembelian pertukaran asing
D Menggalakkan perkembangan industri penggantian import negara
138. Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
Antara yang berikut, yang manakah tujuan cukai tersebut dikenakan?
I Melindungi industri muda tempatan II Meningkatkan kecekapan pengeluaran III Menggalakkan pemindahan teknologi IV Meningkatkan sumber hasil kerajaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
139. Antara berikut, yang manakah menunjukkan kesan pelaksanaan kuota terhadap perdagangan antarabangsa?
A
B
C
D
33
140. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang akaun perkhidmatan?
I Nilai import barang tak nampak II Nilai import barang nampak III Nilai eksport barang nampak IV Nilai eksport barang tak nampak
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
141. Situasi manakah merupakan komposisi eksport tak nampak Malaysia?
A Syarikat NRS menghantar pekerjanya berkursus dalam bidang elektrik di Jepun
B Encik Albert dari United Kongdom membeli tiket untuk menonton perlumbaan kereta Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang
C Syarikat TR Travel dari bandar Klang menyewa syarikat penerbangan Kuwait untuk membawa rombongan umrah ke Arab Saudi
D Encik Ismail sekeluarga melancong sambil menonton pertandingan bola sepak piala dunia di Brazil 142. Situasi manakah yang direkod dalam Akaun Perkhidmatan?
A Firma Bersatu Berhad mengeksport buah buahan segar ke Timur Tengah B Pelabur Malaysia meningkatkan pelaburan dalam sektor pembinaan di India C Pasukan bola sepak Terengganu menggunakan khidmat jurulatih dari England
D Kerajaan Malaysia memberi sumbangan kewangan kepada mangsa gempa bumi di pakistan 143. Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia.
Pasangan manakah yang betul?
Eksport Import
A Eksport barang nampak Import barang tak nampak B Eksport barang tak nampak Import barang nampak
C Eksport barang nampak Import barang nampak
D Eksport barang tak nampak Import barang tak nampak 144. Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia?
A Atlet negara menyertai Temasya Sukan Sea di Thailand B Pekerja Malaysia di Singapura mengirim wang ke Malaysia
C Firma Malaysia membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia
D Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara 145. Situasi manakah yang menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia?
I Kemasukan pelaburan Australia ke Malaysia II Jepun membeli petroleum mentah dari Malaysia III Syarikat Malaysia melabur di China
IV Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
146. Situasi manakah yang akan menyebabkan imbangan perkhidmatan menjadi bertambah baik?
A Persatuan Badminton Malaysia mengambil lebih ramai jurulatih dari luar negara
B Syarikat pelancongan tempatan menggunakan kapal terbang Qatar untuk lawatan ke Abu Dhabi C Ramai pesakit dari Indonesia menggunakan pusat kesihatan di Pulau Pinang
D Syarikat pengeksport Malaysia mengambil insurans perkapalan dari Jepun 147. Jadual di bawah menunjukkan imbangan dagangan Malaysia bagi tempoh empat tahun.
Tahun Eksport (RM Juta)
Import (RM Juta)
Imbangan Dagangan (RM Juta)
2016 9.1 8.4 0.7
2017 0.8 5.5 - 4.7
2018 2.3 6.5 - 4.2
2019 8.4 6.7 1.7
Pernyataan manakah yang betul tentang jadual di atas?
A Eksport meningkat dari tahun 2017 hingga 2019 B Nilai import melebihi nilai eksport pada tahun 2019 C Berlaku imbangan dagangan lebihan pada tahun 2018
D Import perlu ditambah pada tahun 2016 untuk memperbaik keadaan
148. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan negara asing.
Mata Wang Harga Belian (RM) Harga Jualan (RM)
1 Euro 4.9258 4.9795
Seorang pelancong dari Itali ingin menukarkan 400 Euro kepada Ringgit Malaysia. Berapakah Ringgit Malaysia yang diterima olehnya?
A RM1315.88 C RM1991.80
B RM1596.00 D RM1970.32
149. Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan permintaan terhadap Ringgit Malaysia?
A Kenaikan kadar faedah dalam Malaysia
B Pertambahan dalam jumlah eksport negara Malaysia
C Nilai Ringgit Malaysia dijangka meningkat pada masa hadapan D Kegemaran rakyat Malaysia membeli barang buatan tempatan
150. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Singapura (SGD).
Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia jika seorang pelajar membeli sebuah buku berharga SGD120 melalui sebuah portal atas talian?
A RM200 C RM265
B RM255 D RM300
35