• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seni Dalam Pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Seni Dalam Pendidikan"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai

keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang

menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam “Quadrant Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu. Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul

(2)

dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan

Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-

i) Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu „burung‟, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.

ii) Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid. John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk

mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

(3)

Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam

Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka. Dalam kaedah

pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.

iii)Perkembangan Kanak-kanak

Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi,

jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya. Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan

pencapai murid-muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk

(4)

melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.

iv)Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk „Haiwan‟. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, “Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?‟

(5)

Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa

kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap

perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.

Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

(6)

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

2 Kursus Major PSV 3083 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/ Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Membentuk Dan Membuat Binaan, Dan Mengenal

Namun menurut Slavin (1991), psikologi pendidikan ialah kajian tenteng murid, pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses-proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap

49 BAHASA KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH. Shamilati Che Seman, Rahimah Embong, Wan Mazwati

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam tahap dua memberikan penekanan yang lebih mendalam kepada kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran, membaca dan memahami

Dalam konteks kajian ini penyelidik mengumpulkan maklumat tentang status kini dan kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah dari