• Tidak ada hasil yang ditemukan

Psikologi pendidikan dalam pembelajaran sastra (9)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Psikologi pendidikan dalam pembelajaran sastra (9)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Guru merupakan seorang insan yang berperanan penting di dalam sesebuah institusi khasnya di sekolah. Guru merupakan pemangkin untuk mencapai aspirasi dan matlamat sekolah. Bagi mengenalpasti peranan guru atau matlamat sekolah tercapai adalah bergantung kepada pencapaian murid. Namun demikian pencapaian murid di dalam sesuatu bidang kurikulum atau kokurikulum adalah dipengaruhi juga oleh faktor psikologi seseorang murid tersebut. Psikologi menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai “Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.” Jika dikaji tentang asal kewujudan perkataan psikologi adalah daripada tamadun Greek purba, iaitu daripada perkataan ‘psyche’ bermaksud ‘jiwa dan ‘logos’ bermaksud ‘kajian mengenai sesuatu’. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Kajian yang akan saya jalankan adalah berkaitan dengan pencapaian akademik murid di sekolah saya. Merujuk kepada perkataan ‘pencapaian akademik’, menurut Research Center on Academic Success[CRIRES] (2005) , pencapaian akademik bermaksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi. Pencapaian akademik seseorang murid adalah dipengaruhi oleh psikologi

pendidikan seseorang murid tersebut. Menurut Banks dan Thompson (1995), psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia, manakala pendidikan pula bermaksud profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran pembelajaran untuk digunakan di sekolah. Terdapat juga beberapa orang tokoh telah mendefinisikan maksud psikologi pendidikan mengikut pandangan masing-masing. Menurut Atan Long (1976), psikologi pendidikan merupakan sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Smith(1978) pula, psikologi pendidikan ialah kajian saintifik terhadap tingkah laku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Namun menurut Slavin (1991), psikologi pendidikan ialah kajian tenteng murid, pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses-proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran. Oleh itu, psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Psikologi pendidikan amat penting kepada guru kerana ia memberikan ilmu

(2)

guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah serta membantu guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan seterusnya mewujudkan hubungan baik diantara guru dan muridnya. Oleh itu, psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan adalah kajian mengenai pencapaian akademik terhadap dua orang murid iaitu seorang yang berpencapaian akademik baik dan seorang yang

mempunyai pencapaian akademik lemah. Di dalam kajian ini, saya telah memilih dua orang murid yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang sama yang akan diwakili dengan murid A dan murid B. Kedua-dua murid yang saya pilih adalah berumur 9 tahun iaitu belajar di dalam tahun tiga dan di dalam kelas yang sama. Selain itu saya juga memilih jantina yang sama iaitu lelaki tetapi mempunyai bangsa yang berbeza iaitu murid A berbangsa filipino dan murid B berbangsa bajau.

Pencapaian akademik bagi kedua-dua murid tersebut telah diperolehi daripada penilaian bertulis. Penilaian bertulis yang dijalankan adalah seperti peperiksaan pertengahan dan peperiksaan akhir tahun, ujian bulanan serta latihan harian di dalam kelas. Selain itu kajian juga dibuat berdasarkan pemerhatian guru di dalam kelas tentang sikap murid terhadap pelajaran serta temubual dengan guru matapelajaran yang lain.

Mengikut hasil kajian yang telah saya buat melalui temuramah bersama kedua-kedua murid serta maklumat yang diperolehi melalui borang maklumat data murid, di bawah saya sertakan jadual mengenai latarbelakang sosioekonomi murid berkenaan.

PERKARA Murid A Murid B

1. Tempat tinggal 2. Pekerjaan bapa 3. Pekerjaan ibu

4. Bilangan adik beradik 5. Pendapatan isi rumah

Selain daripada kajian terhadap sosioekonomi murid saya juga memperolehi data tentang latarbelakang akademik murid. Saya memperolehi data tersebut daripada buku rekod pencapaian akademik murid. Berikut merupakan maklumat mengenai rekod pencapaian murid berkenaan di dalam peperiksaan daripada tahun 1 sehingga tahun 3.

Tahun Peperiksaan Murid A Murid B

Tahun 1 Semester 1

Semester 2

Tahun 2 Semester 1

Referensi

Dokumen terkait

KAJIAN PSIKOLOGI SASTRA DAN NILAI PENDIDIKAN KARAKTER DALAM NOVEL SUTI KARYA SAPARDI DJOKO DAMONO SERTA RELEVANSINYA SEBAGAI MATERI PEMBELAJARAN SASTRA DI

(Kajian Psikologi Sastra, Nilai Pendidikan Karakter, dan Relevansinya dengan Pembelajaran

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sikap pensyarah terhadap penggunaan LMS ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berdasarkan komponen afektif, kognitif

Siswa dengan berbagai tingkah laku dan karakhteristiknya yang unik pasti akan dijumpai oleh seorang guru dalam melaksanakan proses pembelajaran yang

Belajar adalah suatu proses usaha yang dilakukan individu untuk memperoleh suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat gramatis Bahasa Melayu (BM) menggunakan Facebook dalam kalangan murid lemah di sekolah kajian memberi kesan yang

Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru-guru sejarah terhadap penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan

Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru-guru sejarah terhadap penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan