• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami Tanpa Cinta. Prolog

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Suami Tanpa Cinta. Prolog"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Prolog

“IBU,

mama... Aid dengan Ain nak minta

maaf banyak-banyak, sebab dah tipu ibu dan mama.” Imani dan Airin memandang sesama sendiri. Zaidan menyuruh Airin dan Imani duduk. Takut nanti, jatuh pengsan pula ibu dan mama mertuanya. Sudahlah mereka berdua tu, ada sakit jantung dan darah tinggi.

“Jangan cakap merepek boleh tak? Aid, Ain macam mana? Duk dalam bilik rawatan lagi ke? Kita tak boleh tengok dia lagi ke? Hang jangan nak raplah jingga pula, bagi ibu cuak saja ni.”

Imani mengusap dadanya. Mana tak terkejut, tatkala nampak muka si anak, si Zaidan beria-ia meminta maaf.

“Entah kamu ni Aid, mama pun dah libang-libu ni. Doktor kata apa?”

“Aid bukan apa, Aid rasa serba salah pula. Aid tak nak apa-apa jadi dekat Ain, jadi Aid nak minta maaf bagi pihak Ain, dengan Aid sekali.” Zaidan berasa takut, mana taknya, Ain masih belum sedarkan diri.

“Apanya? Maaf apanya?” Imani mengerut dahi. “Sebenarnya, Aid dengan Ain tak bercinta. Kita orang decide nak kahwin sebab nak gabungkan syarikat kita yang hampir muflis. Aid minta maaf, sebab menipu

▸ Baca selengkapnya: prolog liturgi pada mulanya

(2)

ibu dan mama. Tapi, jangan risau, jangan takut, jangan cuak, Aid dengan Ain sedang belajar cinta dan mencintai antara satu sama lain. Syarikat kita pun dah okey. Semuanya as planned...”

(3)

AIN

bergegas turun dari pejabat. Dia sudah terlewat. Entah apa hal, Zaidan tiba-tiba hendak berjumpa dia di restoran itu. Sudahlah tak beritahu awal-awal, tiba-tiba saja telefon macamlah orang lain tak ada kerja nak buat!

Geram betul Ain...

Teringat Ain, kejadian yang berlaku seminggu yang lepas. Punca yang menyebabkan dia mahu berkahwin dengan Zaidan.

“Kahwinkan Ain dengan Zaidan...” Mata Suffian terbeliak.

“Kahwinkan Ain dengan Zaidan boleh selamatkan syarikat papa dengan syarikat Uncle Zainal. Itu saja caranya. Lagipun, kita dah buat semua cara untuk menyelamatkan syarikat kita. Kita dah tutup beberapa department yang tak menguntungkan. Kita dah buang beberapa pekerja kita, takkan nak buang lagi? We

can’t afford to loose them anymore. Nanti tak bergerak

syarikat.” Ain nekad. “Tapi Ain...”

“Kalau Ain kahwin dengan Zaidan, kita boleh gabungkan syarikat. Bila bergabung, aset kita akan bergabung, pekerja kita pun akan bergabung juga.

(4)

Lagipun, pekerja yang tinggal, pekerja lama with high

productivity. Ain yakin, kita boleh selamatkan syarikat

kita.”

Suffian memeluk tubuhnya. Tak pernah dia terfikir hendak mengahwinkan anaknya dengan anak Zainal. Lebih baik muflis daripada mengorbankan kebahagiaan anak sendiri. Tak pernah juga topik itu dibicarakan kepada Zainal, sewaktu mereka berbincang tentang syarikat.

Suffian dengan Zainal sudah lama berkawan. Sejak Ain dan Zaidan belum lahir lagi mereka sudah berkawan. Masing-masing membina impian, membina syarikat. Keadaan ekonomi tidak berapa baik, persaingan bertambah hebat, menyebabkan prestasi syarikat mereka berdua semakin merudum.

Suffian mengeluh. “No Ain...”

“Papa, ini saja caranya. Kahwinkan saja Ain.” Ain tekad.

Tak pernah Ain rasa sebegini tekad. Kalau ikutkan Suffian, dia tak mahu bergabung walaupun Zainal itu kawan baiknya. Suffian kata, tak mahu ambil kesempatan dalam keadaan yang sedang kritikal. Zainal pun tak cakap apa-apa. Jadi, ini sajalah caranya, Ain sendiri yang tawarkan diri.

“Ain cintakan Zaidan ke?”

Ain tercengang. “Kita bukan cakap soal cintalah papa, kita bercakap soal syarikat.” Ain cepat menggelengkan kepalanya. Ain cintakan Zaidan? Oh,

please!!! Tak langsung! Cinta pun tak tahu macam mana.

“Habis tu, takkan nak korbankan diri sendiri, semata-mata nak selamatkan syarikat? Nonsense la, Ain.

(5)

Papa tak nak kemudian hari nanti, Ain salahkan syarikat, Ain salahkan papa, sebab Ain tak bahagia. Ini perkahwinan tau Ain, bukan benda main-main.” Suffian tidak bersetuju.

“Ain tahu. Ain tak main-main. Ain sendiri yang buat keputusan... Ini semua untuk syarikat. Baik untuk syarikat, baik untuk papa, baiklah untuk Ain.”

“No Ain, kita tak boleh buat keputusan bila kita terdesak. It’s just not right.” Suffian menggelengkan kepalanya.

“Papa, please...”

“Tak boleh, Ain. Tak boleh. Full stop!”

“Tapi papa, Ain buat semua ni untuk kebaikan syarikat kita. Please papa, ini saja caranya. Kalau syarikat kita merge dengan syarikat besar, itu namanya, take over. Bukan merge lagi.”

Suffian mengeluh. Ain betul-betul mendesak dia, dengan niat mahu menolong. “Okay, unless...”

“Unless what?”

“Uncle Zainal sendiri pinang Ain untuk Zaidan.”

Dan tiba-tiba telefon bimbit Suffian berdering. Zainal? Dahi Suffian berkerut.

Lamunan Ain terhenti. Bibirnya menguntum senyum. Tak dia jangka, Zaidan juga memikirkan hal yang sama. Nasib baik! Haih... Zaidan Iman. Apa kes entah! Macamlah tak boleh nak cakap melalui telefon, ngomel Ain.

Ain terus masuk ke dalam kereta dan memecut ke restoran. Zaidan sudah menunggu.

(6)

HIDUP ini penuh misteri. Tak selalu

perjalanan hidup itu lurus. Ada yang berliku, ada yang bersimpang. Kita cuma perlu bersedia, tawakal dan reda. Zaidan sudah tidak peduli dengan hidupnya. Nak tertonggeng, nak terlingkup, nak terbalik, asalkan dapat selamatkan syarikat dan keluarganya.

Zaidan tidak betah duduk dalam serba tiada sedangkan dia lahir saja, semua sudah tersedia. Inilah masanya. Itu sebab dia dilahirkan ke dunia, membalas balik jasa ayah dan ibunya. Biarpun pengorbanan itu, mengorbankan hidup dan cintanya sendiri.

Tak sangka...

Ain juga fikirkan hal yang sama.

Chemistry?

Dengan Ain?

Oh, tidak! Zaidan rela berkahwin bukan sebab dia cintakan Ain. Tak, Ain merupakan isteri tanpa relanya. Dia mahu berkahwin dengan Ain, kerana mahu menyelamatkan syarikat ayahnya. Itu saja. Tak lebih daripada itu.

“Betul kamu nak buat ni, Aid?” “Ini saja caranya.”

“Ini ialah perkahwinan tau Aid, ini bukan benda main-main.”

“Ain pun fikirkan hal yang sama. Kalau Ain pun fikir macam tu, ayah tahulah, benda ini bukan main-main.”

Ain, satu hal tentang dia, dia seorang yang sangat komited. Gila kerja. Apa yang dia cakap, kalau hitam maka hitamlah. Kecuali ada alasan yang kuat

(7)

untuk dia menukar pandangannya. Seorang yang degil dan keras hati. Tapi, jaranglah Ain buat keputusan yang salah. Dia seorang yang sangat-sangat teliti dengan tindakannya sendiri. Sebelum membuat sesuatu, dia meletakkan akal, bukannya emosi. Zaidan nak perempuan macam ni?

Memang taklah kan!

“Dia tu perempuan, Aid. Ayah tahu, kamu nak kahwin bukan sebab kamu cintakan dia tapi sebab syarikat. Sama juga dengan Ain. Masing-masing mahu berkorban. Tapi ayah tak nak kamu sia-siakan pengorbanan dia. Itu ayah bantah. Biar syarikat lingkup, jangan lingkupkan hidup anak orang.”

“Aid janji...” “Apa?”

“Tak akan ceraikan Ain walau apa pun terjadi. Kalau ayah takut, ayah boleh wasiatkan syarikat ini kepada Ain kalau Aid ceraikan Ain. Itu janji Aid kepada ayah.”

Zaidan memandang ke luar tingkap kafe. Dia menghirup kopi O panas di hadapannya perlahan-lahan. Teringat akan keputusan yang dia buat, minggu lepas. Keputusan sudah muktamad. Tak boleh nak tarik balik. Imani, ibunya pun sudah mula merancang dengan Airin, mama Ain. Tak lama lagi, dia akan menikahi Ain Syifa. Sebulan lebih lagi.

“Tak ada angin, tiba-tiba ribut. Apa kes kamu ni, Aid? Ibu tak fahamlah. Ibu tak nampak pun kamu bercinta dengan Ain. Tiba-tiba pula, kamu nak berkahwin dengan Ain! Biar betul?”

(8)

“Cinta diam-diam? Betul ke ni?”

“Betullah ibu. Kenapa Aid nak tipu ibu pula?” “Is there anything wrong with our company?” “Kenapa ibu cakap macam tu?”

“Yalah, ayah sibuk-sibuk uruskan hal penggabungan syarikat dengan ayah Ain. Adakah mereka memaksa kamu berdua berkahwin?”

“Hisy... Taklah ibu. Memang Aid bercinta dengan Ain.”

“Baguslah. Jangan kahwin atas kertas saja Aid, ibu nak cucu. Banyak cucu, bukan sikit. Kalau tak sebab ibu ada darah tinggi, ibu dah beranak ramai anak dah. Aid seorang saja anak ibu, jadi kepada Aid la ibu nak cucu. Kepada siapa lagi yang ibu nak minta?”

“Aid cintakan Ain la. Jangan fikir banyak-banyak boleh tak, nanti naik darah tinggi ibu tu...”

“Ibu akan lebih naik darah tinggi kalau ini semua bukan pasal cinta Aid kepada Ain...”

Betul ke apa yang aku dah buat ni? Tiba-tiba pula persoalan itu terbit dalam fikirannya. Tetapi sudah pun terlambat. Zaidan perlu meyakinkan ibunya yang dia memang betul-betul cintakan Ain.

“Apa kes nak jumpa?”

Lamunan Zaidan tersentak. Ain sudah sampai. Salam tidak, apa pun tidak, main terjah saja. Ain... Ain?

Seriously? Zaidan hanya menggelengkan kepalanya.

Apalah yang kau nak harapkan, Zaidan?

Ain meletakkan beg tangannya ke atas kerusi sebelah sebelum duduk di hadapan Zaidan. Hari ini, kerja agak banyak. Banyak kertas kerja yang perlu

(9)

disiapkan dengan konsultan yang menguruskan hal penggabungan syarikat Suffian dan Zainal.

“Tiba-tiba pula tu. Lain kali, buatlah

appoinment.”

“Pula! Aku nak jumpa bakal isteri pun kena buat appoinment?”

“Of course. Aku banyak meeting tau. Ni, benda apa yang sampai kena jumpa, tak boleh nak cakap over

the phone saja?”

Zaidan menggarukan kepalanya. “Aku nak kita senaraikan all the do’s and dont’s selepas kita kahwin nanti.”

“Too cliché la, Aid. Kita berdua tahu, kenapa kita buat semua ni. Apa yang kau expect, Aid? Kau tak boleh sentuh aku, aku tak boleh sentuh kau? Lepas tu, at the

end, kita jatuh cinta? Tak cliché ke Aid? Dekat TV banyak

cerita macam ni la...”

Zaidan mengerut dahinya. Apa yang Ain fikirkan? Zaidan tak faham. Dia ingatkan...

“Aku kahwin dengan kau, bukan sebab cinta. Aku tahu, aku ni isteri bukan atas kerelaan kau. Tapi, aku tak kisah, Aid. Bila kau akad aku sebagai isteri kau, aku tetap akan jadi isteri kau. Aku akan buat sehabis baik untuk kekalkan hubungan kita sebab aku nak syarikat kita bangun kembali. Poin utamanya ialah syarikat. Itu sebab kita kahwin.”

Zaidan mengangguk-angguk. Tanda faham. Ain mengambil nafas. “Kau nak sentuh ke, kau tak nak sentuh ke... I don’t care. What is best for this

(10)

kepada kau sewaktu kau call papa nak pinang aku. Still

the same.” Ain memeluk tubuhnya.

Ain memang tak kisah. Baginya... cinta itu, hanya emosi. Dia tak ada emosi. Yang dia fikir, hanya kepada kerja. Hidup ini, untuk kerja dan kerja adalah untuk hidup. Kerja pun ibadah. Kahwin pula sempurnakan separuh daripada agama. Jadi, kenapa nak ada do’s and dont’s? Menyemak kepala otak sajalah.

“Fine.”

Zaidan fahamlah sekarang. Jadi, dia tidak perlu risau lagi. Tapi betah ke dia untuk menyentuh Ain... kalau dia sendiri tidak cinta?

“Lepas kahwin, kita duduk luar?” “Kau fikir nak duduk mana?” “Lebih baik duduk luarlah.”

Ain pun berfikir hal yang sama. Susahlah duduk satu rumah dengan keluarga, nanti timbul macam-macam hal pula. “So, ini saja yang kau nak cakap dengan aku?”

“Tak... ada satu perkara lagi...”

“Aku ada girlfriend, dia tak tahu yang aku kahwin dengan kau sebab syarikat. Bukan sebab aku cintakan kau. Jadi, aku harap... kau yakinkan dia yang kau cintakan aku. So, dia tak fikir yang bukan-bukan...”

Ain mengerut dahi... tak faham. Zaidan melihat jam di tangannya.

“Dia dah datang.”

Bibir Zaidan mencuit senyum apabila mendengar bunyi tapak kasut menghala kepada mereka. Zaidan menoleh. Terus dia bingkas bangun dan

(11)

mencium pipi perempuan di sebelahnya. “Ibu...”

Auntie Imani? Ain mengerut dahi. Tak faham!

(12)

“IBULAH

girlfriend Aid.” Choihhh!!!

Buat terkejut Ain saja. Ain ingatkan ada perempuan di belakang Imani. Rupa-rupanya, Imani la

girlfriend Aid. Ingatkan siapa... Takut juga Ain buatnya

jika Zaidan ada girlfriend. Tak mahu dia merosakkan hubungan orang semata-mata hendak mencapai matlamatnya.

Kalau ikutkan tamak Ain, boleh saja dia berkahwin dengan mana-mana daripada anak pemilik syarikat yang sudah maju dan berjaya demi menyelamatkan syarikat keluarganya. Tapi Ain tak nak. Nanti hilang hak eksklusif syarikatnya, kena telan dengan syarikat yang sudah maju.

Itu sebab Ain terfikirkan syarikat Zainal. Sekurang-kurangnya, anak ikan tak boleh makan anak ikan, sebab sama taraf. Jadi, bergabung, tak hilang haknya sebagai salah seorang pengarah dalam syarikat itu. Zaidan, pemilik 50 peratus begitu juga dia, 50 peratus.

“Girlfriend?” Imani mengerut dahi. Tak faham. “Aid cakap dekat Ain yang Aid ada girlfriend. Aid nak kenalkan kepada dia... Sajalah nak mengusik! Tengok... Tengok, muka Ain dah cuak.” Sengaja Zaidan

(13)

ketawa.

“Oh, Aid ni. Nak melawak pun agak-agaklah. Terkejut Ain.” Imani menggelengkan kepalanya.

“Betul apa Aid cakap, ibulah girlfriend pertama dalam hidup Aid. Ain cemburulah tu...”

“Ain nak jealous? Oh please...” Ain mencebik. Mata Zaidan membulat.

“Jealous, jealous gila, mati punya jealous! Cuak juga Ain tadi, yalah, lagi sebulan saja nak kahwin! Aid ni, main-main...” Ain cepat-cepat tukar statement, tak pasal dah kena jegil dengan Zaidan! Terlupa dia, yang dia kena hati-hati bercakap apabila di depan Imani. Nasib dia faham maksud mata Zaidan yang terbeliak tu.

“Aid pergi toilet kejap eh, ibu...”

Sekali lagi mata Zaidan dibeliakkan, bagi amaran kepada Ain. Bukan boleh percaya sangat dengan minah ni. Oleh sebab tak tahan mendengar luahan ibu, terpaksalah Zaidan membawa ibunya melihat sendiri yang dia memang cintakan Ain. Konon. Jangan Ain buat kering dia, sudahlah...

Imani tersenyum. “Auntie ni sebenarnya masih tak percaya yang Aid nak kahwin dengan Ain. Rasa macam mimpi jadi nyata.”

Ain senyum. “Kenapa auntie tak percaya?” “Yalah, Ain dengan Aid kan gila kerja. Dulu, ada pernah auntie berangan dengan mama Ain, nak kahwinkan Ain dengan Aid kalaulah Ain dengan Aid masih lagi tak berkahwin. Yalah, kalau dah keluar sesudah subuh, balik sesudah isyak, macam mana nak bersosial? Tak sangka... seminggu sudah, Aid cakap nak

(14)

kahwin dengan Ain! Takut juga auntie... Adakah ini semua sebab syarikat?”

Sebab syarikat? Ain mengerut dahi. Habislah. Jangan sampai Auntie Imani tahu pula. Tapi, sejauh mana dia tahu, eh? Ain sudah mula cuak.

“Errr... Kenapa dengan syarikat, auntie?”

“Yalah, uncle kamu sibuk sangat nak menggabungkan syarikat dia dengan syarikat papa Ain.

Anything about the company that I should know, Ain?

Syarikat ada masalah ke, sebab itu kamu kena kahwin?” Ain pura-pura tergelak. “Hisy... bukan sebab itu.”

“Jadi betul, ini semua sebab cinta?” “Hah? Sebab apa, auntie?”

“Sebab cinta?”

“Cinta?” Ain mula tak senang duduk. “Cintakan Aid?”

“Oh ya... Ya! Mestilah sebab Ain cintakan Aid. Kalau tak, macam mana nak kahwin, auntie? Love lead to

marriage. Auntie janganlah risau.”

“Mana tak risau, Aid tu seorang saja anak

auntie. Mestilah auntie risau. Mama Ain juga risau, yalah,

Ain juga anak tunggal dia. Siapalah tak sayang anak?

Auntie dengan mama Ain bukan apa, takut ayah dan

papa kamu menggunakan kamu berdua semata-mata nak selamatkan syarikat!” Imani agak risau. Biar cinta tak apa. Jangan tak ada cinta, nanti perkahwinan ke mana.

Ain senyum. “Insya-Allah. Ain akan cuba sedaya upaya jaga Aid. Auntie jangan risau.”

(15)

“Aid pun akan jaga Ain, sebaik ibu jaga Aid...” Tiba-tiba Zaidan muncul dan duduk di sebelah Ain. Bahu Ain dipeluk Zaidan mesra. Ain sedikit tersentak.

Ain mengangguk-angguk. Tangannya menepuk-nepuk tangan Zaidan yang memeluk bahunya. “We care for each other...” Ain senyum nipis. Layan sajalah!

“Legalah hati ibu tengok kamu berdua mesra macam ni. By the way, dari mana mulanya idea nak kahwin ni?”

“Oh, Aid yang...”

“Ain lamar Aid dulu,” jawab Zaidan selamba memotong cakap Ain. Dia tak mahu mengalah.

“What?!!!” Mata Ain terbeliak. Oh, dia tak boleh kalah. Cerita tu memang tak betul pun. Zainal yang menelefon Suffian, mahu meminang Ain. Walaupun berfikiran hal yang sama, pada waktu yang sama... tapi bukan dia yang mulakan langkah dulu.

“Betul apa? Idea Ain dulu kan...” “Mana satu ni?” Imani mengerut dahi.

“Bukan, auntie. Aid yang lamar Ain dulu. Dia tak berani cakap, dia suruh Uncle Zainal cakap bagi pihak dia.” Ain mengenakan Zaidan.

“Tak... bukan Aid tak berani nak cakap, ibu. Aid ikut saluran yang betul.” Zaidan nak juga cakap dia lebih hebat.

“Sebenarnya... kita orang berdua, fikir benda yang sama, masa yang sama,” cerita Ain, tegas. Tak mahu dia melanjutkan cerita Zaidan. Tak balik dia ke pejabat nanti. Ada beberapa dokumen yang perlu dia semak dulu dengan teliti, sebelum diserahkan kepada

(16)

konsultan. Benda ini, mesti win-win situation. Tak boleh ada berat sebelah.

Imani tersenyum, seronok melihat anak dan bakal menantu di hadapannya... berlawan-lawan mahu cerita kisah proposal mereka. “Itu namanya chemistry, Ain, Aid.”

“Chemistry la, sang... sayanggg...” Ain terpaksa menukar statement, daripada ‘sangat’ kepada ‘sayang’ selepas Zaidan memeluk bahunya erat. Dia terlupa! Dia perlu menggunakan emosi apabila berdepan dengan Imani. Huh... ada seorang lagi yang perlu mereka berhadapan... mamanya!

“Yaaa, sayang.” Zaidan senyum. Senyum ada makna. Perempuan ni, kalau terlepas lagi... memang dia

naya!

“Errr... Ain.” “Yes, auntie.”

“Kalau boleh, auntie tak naklah Ain merancang dalam soal anak. Biarlah anak pertama tu, tak perlu nak rancang-rancang. Kedua, ketiga tak apalah. Auntie bukan apa, seronoklah tengok kawan-kawan, dah mula ada cucu. Bila auntie tanya Aid, Aid kata ikut Ain.”

Ain mengerut dahi. “Ain? Kenapa dengan Ain?” “Yalah. Family planning!” Zaidan senyum.

Planning ya? Apa saja untuk mengekalkan

hubungannya dengan keluarga Zaidan, Ain tak kisah. Asalkan syarikat papanya semakin baik, detik hati Ain.

“Ain? Ain tak rancang. Kalau ada rezeki awal, awallah... Kan Aid?”

(17)

trakea dia.

“Alhamdulillah. Dengar tu, Aid. Hang dah dapat lampu hijau tu.” Imani senyum-senyum. Dia memanjat kesyukuran. Tak sabar rasanya hendak menimang cucu pertama dalam keluarga.

Zaidan menelan air liur. Macam mana hendak menyatu, kalau tiada cinta? Persoalan tadi, kembali bertandang dalam fikirannya. Betul ke apa yang aku buat ni? Sudah bergelen air liur ditelan!

Referensi

Dokumen terkait