• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR KECENDERUNGAN MINDA TEKNOUSAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FAKTOR KECENDERUNGAN MINDA TEKNOUSAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1236

FAKTOR KECENDERUNGAN MINDA TEKNOUSAHAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Nur Azira Amran & Radin Siti Aishah Radin A.Rahman [email protected], [email protected] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Abstrak

Kemajuan teknologi yang pesat telah mengubah gaya hidup masyarakat yang lebih moden. Sejajar dengan tuntutan globalisasi, perkembangan teknologi telah menawarkan pelbagai peluang perniagaan yang perlu diteroka oleh usahawan di Malaysia. Penggunaan teknologi berupaya mempengaruhi pengurusan perniagaan yang mendorong ke arah persaingan yang lebih sengit ditambah dengan cabaran Industri 4.0. Oleh itu, usahawan teknologi memerlukan seseorang yang mempunyai latar belakang pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam bidang saintifik dan teknikal seperti kejuruteraan, bioteknologi dan agro-teknologi. Maka amat penting bagi generasi muda untuk memupuk minda berorientasikan keusahawanan teknologi melalui pendekatan-pendekatan yang relevan. Hal ini kerana, bilangan usahawan yang mengaplikasikan teknologi dalam aktiviti keusahawanan secara meluas masih lagi kurang dan bidang keusahawanan berasaskan pemesinan dan kejuruteraan dalam kalangan bumiputera masih kurang walaupun sebahagian Institusi Pengajain Tinggi (IPT) di Malaysia mempunyai ramai pelajar bumiputera yang mengikuti kursus berasaskan sains kejuruteraan dan teknologi. Sehubungan itu, kertas konsep ini membincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kecenderungan minda teknousahawan dalam kalangan pelajar IPT. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada pendidikan keusahawaan, kreatif dan inovatif dan program sokongan. Manakala implikasi kajian dan cadangan telah dikemukan agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar IPT ke arah menjana minda teknousahawan.

Kata Kunci: Teknousahawan, pendidikan keusahawanan, kreatif dan inovatif, program sokongan, pelajar IPT.

1.0 Pengenalan

Perkembangan perindustrian dunia bermula dengan Revolusi Industri 1.0 yang bergantung kepada wap bagi menggerakkan jentera. Kemudian menggunakan kuasa elektrik di dalam Revolusi Industri 2.0 sebelum munculnya era digital iaitu menggunakan internet dan komputer di dalam kehidupan seharian yang dikenali sebagai Revolusi Industri 3.0. Kini dunia mula memasuki zaman Revolusi Industri 4.0 yang menggunakan teknologi automasi dan robotik, Internet Pelbagai Benda (IPB), analisis dan big data, integrasi sistem, cloud computing dan lain-lain lagi (Global Industry 4.0 Survey 2016). Menurut Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Professor Klaus Schwab, melalui bukunya bertajuk The Fourth Industrial Revolution menjelaskan bahawa Revolusi Industri 4.0 adalah berbentuk siber-fizikal. Dalam sistem ini, kegunaan robot terus meningkat selaras perkembangan kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI) dan kesepaduan Internet Pelbagai Benda (IPB; Internet of Things - IOT) yang merangkai pelbagai peranti, perisian, peralatan dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 ini, pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri giat memberi pendedahan dan maklumat mengenai revolusi khususnya kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Malah, Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk Pembangunan PKS (2016-2025) turut memberi penekanan kepada inovasi, teknologi dan produktiviti PKS. Hal ini

(2)

1237

kerana, sektor pembuatan dan perkilangan yang terlibat dalam PKS di negara ini sebanyak 5.3 peratus atau 47,698 daripada 907,065 manakala majoriti PKS adalah dalam sektor perkhidmatan iaitu 89.2 peratus. Bukan itu sahaja, malah, pelbagai kursus dan seminar dijalankan di seluruh negara bagi memastikan usahawan dan pengilang PKS tidak keciciran dalam revolusi masa kini. Negara akan mengalami kerugian sekiranya usahawan PKS tidak dapat berdaya saing dan ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi pintar pada masa kini di dalam perniagaan mereka.

Sungguhpun begitu, bilangan usahawan yang mengaplikasikan teknologi dalam aktiviti keusahawanan secara meluas masih lagi kurang (Ab Aziz Yusof, 2004 & 2010). Bukan itu sahaja, malah bidang keusahawanan berasaskan pemesinan dan kejuruteraan di kalangan bumiputera masih kurang walaupun sebahagian IPT di Malaysia mempunyai ramai pelajar bumiputera yang mengikuti kursus berasaskan sains kejuruteraan dan teknologi. Malah, menurut Global Industry 4.0 Survey 2016, kekurangan budaya digital dan latihan adalah cabaran terbesar yang dihadapi oleh syarikat pada masa kini untuk merealisasikan Revolusi Industri 4.0 iaitu sebanyak 50 peratus berbanding cabaran-cabaran yang lain.

Realitinya, dalam menuju negara maju, Malaysia memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran tinggi iaitu kemahiran teknikal daripada tenaga kerja manusia bagi membolehkan kesemua kerja melibatkan mesin berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, kejayaan idea perniagaan adalah matlamat setiap usahawan, tetapi tiada siapa telah menemui formula untuk berjaya dalam bidang usahawan teknologi. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi kejayaan idea-idea perniagaan adalah ciri-ciri peribadi dan profesional seorang usahawan, persekitaran di dalam dan di luar perniagaan serta sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan idea-idea perniagaan, tetapi kajian dalam bidang keusahawanan berasaskan teknologi masih lagi kurang di beri tumpuan (Cosmin et al 2014). Walaupun pada hakikatnya banyak universiti membangunkan program pendidikan keusahawanan, tetapi masih kurang kesan ke atas bidang kejuruteraan dan teknologi dalam kecenderungan keusahawanan dan niat pelajar untuk memulakan usaha baru dalam bidang usahawan teknologi (Gheorghe & et al 2015). Malah, penyelidikan sebelumnya hanya memberi tumpuan kepada pendidikan keusahawanan manakala kurang diberi perhatian dalam teknologi keusahawanan (Gross, 2005). Oleh itu, teknousahawan di Malaysia memainkan peranan penting dalam meneroka pasaran baru dan memacu ekonomi negara. Teknousahawan perlu mempunyai sikap proaktif, inovatif, kreatif dan berani mengambil risiko serta mampu mencari dan merebut peluang (Nor Mahani, 2012). Oleh itu, timbul keperluan untuk melihat secara terperinci faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan minda usahawan teknologi dalam kalangan pelajar IPT. Secara khususnya, wujud jurang kajian kerana kajian-kajian lepas tidak meninjau secara khusus faktor-faktor yang berkaitan keusahawanan berasaskan teknologi dalam kalangan pelajar IPT.

2.0 Usahawan Teknologi Dan Teknousahawan

Seseorang yang bergelar usahawan semestinya mereka yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau pengusaha sama ada bagi sektor pembuatan atau perkhidmatan yang telah berjaya meningkatkan tahap sosio-ekonomi. Menurut Saat Sulaiman (2008), usahawan perlu mempunyai sikap berdaya inovatif dan kehendak pencapaian yang tinggi serta melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan sendiri. Di antara pembaharuan yang perlu dibuat adalah:

i. Memperkenalkan perkhidmatan atau bidang keluaran baru. ii. Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru.

iii. Meneroka pasaran baru.

(3)

1238 v. Menyusun semula industri yang diceburinya.

Keusahawanan teknologi adalah cabang keusahawanan yang berkaitan dengan teknologi. Para usahawan yang terlibat di panggil usahawan teknologi atau usahawan tekno. Menurut Boumol (2002), seorang usahawan teknologi adalah penyelidik yang berani, iaitu berani dari kaedah dan amalan perniagaan yang mantap dan sentiasa mencari peluang untuk mengkomersialkan produk, teknologi, proses dan penghasilan produk baru. Selain itu, Dorf dan Byers (2008) mendefinisikan keusahawanan teknologi sebagai gaya kepimpinan perniagaan berdasarkan proses mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi tinggi, berintensif teknologi, mengumpulkan sumber dan menguruskan pertumbuhan pesat serta mempunyai kemahiran membuat keputusan yang kritis.

Bukan itu sahaja, seorang teknousahawan yang berjaya mampu membuka peluang perniagaan yang menarik yang terdiri daripada cadangan dan perancangan yang hebat, produk yang boleh dilaksanakan secara teknikal, harta intelektual yang dilindungi, kelebihan daya saing yang mampan dan pasaran potensi besar serta model perniagaan yang terbukti. Nichols dan Armstrong (2003) memberikan definisi ringkas tentang usahawan teknologi sebagai seorang yang menganjurkan, menguruskan dan menganggap risiko kejuruteraan perniagaan (atau teknologi). Menurut Azrain Nasyrah Mustapa (2010), teknousahawan adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasikan dan mengunapakai teknologi di dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan berkaitan perniagaan.

Teknologi boleh didefinisikan sebagai "cabang pengetahuan yang berkaitan dengan seni industri, sains dan kejuruteraan terpakai" dan "proses, ciptaan atau kaedah". Perubahan teknologi berlaku dalam dua cara iaitu melalui ciptaan tulen dan melalui proses inovasi (Dollinger, 2003). Teknologi juga termasuk peranti, artifak, proses, alat, kaedah dan bahan yang boleh digunakan untuk keperluan perindustrian dan komersial. Manakala definisi teknokrat menurut Ahmad Shukri (2003) adalah sesiapa sahaja yang mempunyai latar belakang latihan dalam bidang sainstifik dan teknikal. Kavita (2008) pula mengistilahkan teknokrat seperti berikut:

“Teknokrat adalah penyokong teknologi, seorang pakar dalam sesetengah teknologi terutama dalam bidang pengurusan atau pentadbiran.Seorang individu yang membuat keputusan berdasarkan semata-mata mengenai maklumat teknikal (saintis mahir)”.

Sehubungan itu, teknousahawan merupakan termonologi baru yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat dunia. Pewujudan konsep baru ini adalah hasil daripada kepesatan dan perkembangan teknologi di mana para usahawan mula menjadikan teknologi sebagai produk yang boleh dikomersialkan. Usahawan mula mengubah rentak dan corak perniagaan apabila internet diperkenalkan pada lewat 1990-an agar seiring dengan keperluan pasaran. Selain itu, teknousahawan juga wujud sebagai menyahut cabaran yang datang bersama evolusi teknologi untuk memastikan manusia bergerak seiring dengan teknologi ini. Sebagai contoh, world wide web (www.) merupakan aplikasi yang bukan hanya memberi manfaat kepada manusia, malah teknousahawan telah berjaya menggunakannya untuk mencipta keuntungan yang baru. Daripada www. ini juga, munculnya aplikasi e-dagang seperti ebay, amazon.com, mudah.com dan lain-lain (Dorf dan Byers, 2008). Oleh itu, pengertian teknousahawan yang sesuai dengan konteks Malaysia ialah sesuatu aktiviti perniagaan yang mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan dan pembangunan yang sejajar dengan perubahan teknologi. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengannya.

(4)

1239 3.0 Trend Usahawan Teknologi Di Malaysia

Pada masa kini, usahawan Bumiputera giat untuk memajukan perniagaan mereka dengan cara menambah nilai kepada produk keluaran menerusi peningkatan teknologi yang diguna pakai supaya dapat mengekalkan daya saing di pasaran terbuka dan dapat mencipta produk baru yang menepati cita rasa dan kehendak pelanggan. Namun begitu, hasrat untuk berbuat demikian kadang kala terjejas disebabkan hambatan dalam mendapatkan bantuan kewangan serta tidak mengetahui cara untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar teknologi dalam bidang-bidang tertentu (Norila Daud, 2011).

Hal ini selari dengan kajian Sivamurugan (2005) yang menyatakan bahawa bidang keusahawanan berasaskan pemesinan dan kejuruteraan di kalangan bumiputera masih kurang walaupun sebahagian besar IPT mempunyai ramai pelajar bumiputera yang mengikuti kursus berdasarkan sains kejuruteraan dan teknologi dalam pelbagai bidang pengkhususan. Selain itu, keperluan tinggi terhadap usahawan teknologi di Malaysia telah diperakui oleh Ketua Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Norhalim Yunus dalam kenyataan beliau di dalam akhbar Berita Harian pada 24 September 2012 yang bertajuk “MTDC Sasar Lahir Syarikat Raih RM 100j” iaitu:

“.. Kerajaan mahu membangunkan lebih ramai kumpulan usahawan teknologi yang berjaya, berinovasi dan dapat menjana pulangan menguntungkan dalam jangka panjang…”

Menurut beliau lagi, bilangan usahawan teknologi yang diperlukan bagi sesebuah negara bergantung kepada matlamat dan pendekatan pembangunan yang hendak dicapai. Semakin pesat pembangunan sesebuah negara, khususnya dalam sektor industri, semakin ramai usahawan teknologi yang diperlukan. Kepentingan teknologi dalam masyarakat adalah dengan meminimumkan krisis kehidupan melalui pelbagai cara.

Menurut Kavita (2008), golongan usahawan teknologi berperanan penting dalam aspek pembangunan ekonomi sesebuah negara. Berikut adalah peranan usahawan teknologi dalam pelbagai perspektif, iaitu:

i. Perspektif ekonomi – menambahkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan

ii. Perspektif teknologi – mentransformasikan teknologi daripada teknologi tradisional serta manual kepada pengaplikasikasian pengetahuan saintifik.

iii. Perspektif sektor industri – mengubah sistem penggunaan tenaga manusia atau haiwan kepada sistem pemesinan

iv. Perspektif pengurusan – pengagihan buruh, keuntungan dan kerugian, sistem upah dan latihan.

Oleh hal yang demikian , disebabkan keperluan yang tinggi terhadap usahawan teknologi maka para pendidik telah diberikan tugas yang besar untuk menjana minda pelajar supaya menjadi seorang yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan daya saing ekonomi global di samping mendokong matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan teknokrat, birokrat, saintis, ahli ekonomi dan ahli professional yang berpakaran tinggi dan sangat diperlukan oleh pasaran pekerjaan yang mampu untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan pembangunan perindustrian serta perdagangan negara. Antara kepentingan usahawan teknologi di Malaysia adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di dalam pengambilalihan serta penyelidikan dan pembangunan teknologi.

ii. Menggalakkan kerjasama antara organisasi awam dan industri serta diantara agensi tempatan dan agensi luar negara di dalam kerjasama teknologi.

(5)

1240

iii. Meningkatkan perpindahan teknologi ke dalam produk, proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah kepada industri.

iv. Mempromosikan Malaysia sebagai penyedia teknologi di dalam bidang, bahan, pengeluaran bioteknologi dan lain-lain

4.0 Faktor Kecenderungan Minda Teknousaahwan 4.1 Pendidikan Keusahawanan

Pendidikan keusahawanan di Malaysia adalah salah satu usaha yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah dan IPT untuk memenuhi objektif mewujudkan masyarakat keusahawanan yang bersemangat. Oleh itu, pendidikan keusahawanan di Malaysia adalah salah satu daripada strategi yang dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan usahawan yang mampu membangunkan inovasi dan teknologi dan untuk mempromosikan aktiviti keusahawanan dalam usaha mencapai masyarakat perindustrian menjelang tahun 2020 (Malaysia 2001, 2006). Mohd Khairudin dan Syed Azizi (2002) mendapati bahawa kursus yang berkaitan dengan keusahawanan telah meningkat di IPT. Kursus ini termasuk kursus teras yang diperlukan oleh semua pelajar, kursus elektif untuk program bukan keusahawanan seperti Sains Komputer, ijazah dalam bidang keusahawanan seperti Sarjana Muda Keusahawanan, dan kursus elektif di peringkat pascasiswazah.

Menurut kajian Shane (2003) menjelaskan pendidikan meningkatkan pengetahuan seseorang untuk menyediakan jalan untuk memperolehi maklumat dan kemahiran. Malahan, Koourilsky (1999) juga menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan dikenal pasti dapat menyumbang terhadap tahap kesediaan pelajar mengenal peluang keusahawanan, Ashmore (2001) pendidikan keusahawanan berorientasikan peluang membentuk pelajar berfikir seperti usahawan melalui inovasi dan teknologi. Kenyataan di atas dapat dibuktikan adanya pengaruh pendidikan terhadap mengenal peluang keusahawanan. Menurut Norasmah (2002), pendidikan keusahawanan harus secara formal melalui program keusahawanan remaja dengan cara yang terancang dan bukan secara kebetulan. Dengan cara yang terancang boleh membekalkan dan melengkapkan diri pelajar menyertai program berkaitan dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk membentuk sikap dan tingkah laku positif terhadap keusahawanan sehingga membolehkan mereka menghadapi cabaran-cabaran masa depan.

Kajian oleh Yeng Keat et al (2011) yang mendapati bahawa pendidikan keusahawanan mempengaruhi para pelajar memilih kerjaya keusahawanan serta membuktikan bahawa pendidikan ini dapat memberi kebolehan kepada mereka untuk mencipta pekerjaan yang baru, memandangkan peluang pekerjaan masa kini terhad berbanding lambakan jumlah graduan setiap tahun. Dengan ini, kursus atau program keusahawanan sangat penting dalam meningkatkan kreativiti dan inovatif seseorang pelajar dalam mencorakkan sesuatu yang baru. Kajian tersebut selari dengan dapatan kajian Abdul Jumaat & Jasmani (2012) yang menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan adalah satu alat yang penting dalam menggalakkan pelajar universiti untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Secara khususnya, pendedahan yang baik dalam pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti dapat melihat melalui penglibatan pelajar dalam kurikulum keusahawanan serta kandungan keusahawanan itu sendiri.

Selain itu, kursus teknologi keusahawanan di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat mula ditawarkan pada tahun 1999. Ia adalah kursus teras untuk semua pelajar tahun akhir untuk jurusan sains komputer, sistem maklumat, pengkomputeran industri dan multimedia. Tujuan utama kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada asas konsep dan teori keusahawanan dari pelbagai sudut. Pelajar-pelajar diajar jenis-jenis keusahawanan, risiko yang

(6)

1241

akan dihadapi, penyediaan rancangan perniagaan, dan aplikasi teknologi maklumat (Mohd Zamri Murah et al 2012).

4.2 Kreatif dan Inovatif

Idea adalah buah fikiran kreatif atau inovasi yang sangat penting kerana idea dapat membantu membuat keputusan, menyelesaikan sesuatu masalah atau menjana idea produk konkrit dan abstrak. Memulakan perniagaan memerlukan seseorang itu memiliki idea perniagaan. Bagi seorang usahawan, idea perniagaan adalah satu konsep yang akan memandunya ke arah pembentukan sesebuah perniagaan. Berjaya memulakan sesebuah perniagaan pula merupakan impian yang menjadi kenyataan. Jadi, antara idea perniagaan dan memulakan sesuatu perniagaan perlu mempunyai usaha dan semangat untuk mengukuhkannya. Sekiranya tidak, maka wujudlah individu yang mempunyai pelbagai idea perniagaan tetapi tidak berjaya memulakan perniagaan.

Usahawan memiliki konsep asal untuk memulakan perniagaan tetapi persoalannya adalah konsep itu asli. Memang benar bukan semua usahawan muncul dengan idea yang unik. Menurut Kaplan (2001) terdapat empat cara usahawan boleh menjadi inovatif dalam mencipta idea perniagaan iaitu:

i. Membangunkan idea perniagaan sebagai satu kesinambungan produk sedia ada.

ii. Mencipta satu perkhidmatan yang lebih baik.

iii. Memasarkan produk dengan tawaran harga yang lebih murah. iv. Menambah nilai pada sesuatu produk atau perkhidmatan.

Oleh hal yang demikian, untuk seseorang itu bergelar usahawan teknologi ia memerlukan tranformasi minda ke arah penciptaan produk atau perkhidmatan berinovatif yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat serta dapatan lumayan hasil pengkomersilan produk inovatif tersebut. Selain pengetahuan mengenai asas keusahawanan, keperluan utama dalam keberhasilan seseorang yang bergelar usahawan teknologi dalam menghasilkan idea yang inovatif dan kreatif. Oleh itu, untuk menghasilkan projek berinovasi dan kebolehkomersilan adalah daya cipta yang tinggi. Daya cipta ini disebut sebagai kreativiti. Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujudkan dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam melalui kemahiran berimiginasi. Ia melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik, keupayaan berfikir secara krikital dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukan cadangan penyelesaian serta keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan teori kepada bentuk aplikasi (Nor Mahani, 2012)

Bukan itu sahaja, malah, keusahawanan dan tingkah laku perniagaan yang inovatif telah lama dikaitkan dengan kreativiti (Amabile 1996, Nystrom 1979, Waltson 2003) dan kedua-duanya sering digunakan secara berganti. Dalam konteks perniagaan, sesuatu yang kreatif dan baru sering diterjemahkan ke dalam pembangunan idea (Ward 2004), inovasi produk baru (Amabile 1996) dan menyesuaikan diri atau meningkatkan inovasi sedia ada (Kirton 1987). Pemasaran produk-produk pendidikan adalah melangkaui segulung ijazah, secara idealnya, para graduan harus mempunyai kemahiran yang kreatif dan inovatif, mampu untuk melahirkan idea-idea baru, boleh bekerja di dalam kumpulan dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan (Pether, 2000).

Menurut Tatpuje (2005), setiap belia mestilah mempunyai kemahiran vokasional, teknologi dan keusahawanan, sebagai tiga kemahiran asas yang utama sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Salah satu maklum balas daripada industri berkaitan pembangunan persekitaran usahawan teknologi di Malaysia adalah di mana keusahawanan bermula di rumah

(7)

1242

dan sekolah, dan diasuh oleh guru dan pendidik. Sememangnya terdapat keperluan untuk mempromosikan semangat keusahawanan dalam setiap aras masyarakat dan setiap aras pendidikan (TeAM, 2001).

Namun begitu, ramai pelajar menghadapi masalah menjana idea sama ada idea digunakan untuk menghasilkan produk konkrit atau abstrak. Hal ini dibuktikan oleh satu kajian tinjauan yang telah dijalankan ke atas 246 orang pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar berpersepsi tahap kesukaran penjanaan idea konkrit dalam penghasilan sesuatu projek adalah tinggi manakala tahap kesukaran penjanaan idea abstrak dalam penyelesaian tugasan bertulis bagi subjek pendidikan kejuruteraan adalah sederhana (M. H. Yee, Md. Y. Jailani & etc, 2010)

Oleh hal yang demikian, nilai kreativiti pada hari ini adalah elemen penting yang bukan sahaja dalam bidang keusahawanan tetapi juga bagi keusahawanan teknologi. Tetapi menurut banyak penyelidik terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang menceburi bidang perniagaan dan menurut Vesper (1980), menyatakan bahawa tidak ada satu orientasi yang menjelaskan perihal individu ke arah kerjaya keusahawanan. Sesetengah mereka memulakan perniagaan kerana suka membangunkan teknologi baru kerana mereka mempunyai bangunan dan memiliki syarikat mereka sendiri.

4.3 Program Sokongan Usahawan Teknologi

Bagi meningkatkan kapasiti dan kemampuan sedia ada para usahawan Bumiputera PKS mengikut kelas masing masing, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan dan membangunkan Program Pembangunan Teknousahawan yang di mana program tersebut adalah merupakan kaedah untuk meningkatkan kapasiti dan kapabiliti usahawan sedia ada kepada usahawan kecil, sederhana (PKS) dan besar (Large Company) mengikut kelas masing‐masing yang dilaksanakan melalui kerjasama Rakan Pintar Teknologi antara MARA dengan pihak Agensi & Badan Kerajaan Penyedia Teknologi atau Sektor Swasta dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), yang mempunyai kepakaran berasaskan penyelidikan dan teknologi strategik.

Objektif utama Program Teknousahawan ini adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan usahawan teknologi sebagai peneraju atau pemain industri yang mampu menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Domestik Kasar (KDK) negara oleh PKS Bumiputera. Kerjasama ini memberi penekanan kepada pewujudan dan pembangunan teknousahawan melalui bimbingan teknologi berbentuk praktikal dan teori. Selain itu, perundingan teknikal, reka bentuk, pembangunan produk, kemudahan sokongan penyelidikan, ruang incubator, teknologi sangkutan attachment, rundingcara perniagaan, promosi dan pemasaran serta latihan keusahawanan turut di beri penekanan dalam program ini.

Program ini telah dijalankan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan sehingga Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah berjaya menghasilkan impak yang tinggi melalui 83 peratus daripada peserta program menjalankan perniagaan di samping telah meningkatkan jumlah pendapatan usahawan sedia ada melalui pengenalan teknologi tinggi mencecah sehingga RM30 juta setahun. Ekosistem program ini terus berkembang dengan kewujudan program baru yang mendokong MBE dan NKEA yang diperkenalkan kerajaan di bawah teras 1Malaysia.

Bukan itu sahaja, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) turut menjayakan program pembangunan usahawan di kalangan tenaga kerja dan para pelajar. Justeru itu, pembangunan Usahawan-Tekno merupakan suatu program pembangunan bersepadu di antara tiga kumpulan utama iaitu: i) Tenaga kerja UniKL-MSI: Menjana Aktiviti Tekno-usahawan Bumiputra (MATB-n), ii)

(8)

1243

Mahasiswa: Kelab Keusahawanan Siswa (KKS-n) dan, iii) Alumni: TEKnokrat Usaha Niaga (Tekun-n). Program ini adalah bertujuan bagi mewujudkan perantis yang akan menggerakkan aktiviti-aktiviti usahawan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal. Melalui penggabungan ini diharapkan ketiga-tiga kumpulan akan saling membantu bagi menjalin hubungan simbiosis yang mendatangkan faedah bersama.

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) turut mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Pengkomersilan Teknologi Zon Utara. Di samping memberi manfaat kepada usahawan serta bakal usahawan, program ini diadakan selaras dengan usaha gigih kerajaan untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi, terutamanya di kalangan generasi muda negara. Antara program yang dijalankan ialah program berkaitan sains, teknologi dan inovasi yang diadakan seperti program ReUnites, Bengkel Usahawan Tekno (Technopreneurship) untuk mahasiswa dan mahasiswi dan Seminar Pengkomersilan, serta Bengkel Inovasi dan Teknologi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Bukan itu sahaja, melihat kepada kepentingan usahawan teknologi bagi golongan muda, MTDC juga telah membangunkan satu program yang dinamakan Symbiosis dengan memberi fokus kepada kumpulan lepasan ijazah dari institusi pengajian tinggi tempatan. Mereka ini dilatih dan dibentuk untuk menerajui syarikat mereka sendiri dalam menjalankan aktiviti pengkomersilan hasil penyelidikan daripada universiti dan institut penyelidikan tempatan. Sehingga kini, sebanyak 47 syarikat telah menyertai program Symbiosis ini, iaitu di bawah FRIM-MTDC, UKM-MTDC, UTM-MTDC, UPM-MTDC dan NCIA-MTDC-USM Symbiosis

5.0 Implikasi

Dengan wujudnya usahawan berlandaskan teknologi ini, terdapat beberapa impikasi yang dapat dilihat antaranya para pendidik dapat berkongsi idea serta teknik pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan minda pelajar yang kreatif serta inovatif. Selain itu, pihak IPT juga dapat mengenal pasti pengusaha PKS untuk mengadakan kerjasama dalam mereka cipta produk pemesinan bagi penjanaan ekonomi setempat serta IPT juga dapat berkongsi maklumat supaya mereka bentuk satu kurikulum baru berasakan teknousahawan dan menyediakan platform untuk mengetengahkan bakat serta kompetensi dalam bidang keusahawanan teknologi ini.

Di samping itu, pihak kerajaan dapat berkongsi maklumat supaya para lepasan graduan yang mempunyai ciri-ciri usahawan teknologi dapat diberi dana serta sumber kewangan bagi memulakan perniagaan. Bukan itu sahaja, malah, usahawan PKS dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam bidang teknologi kerana perubahan teknologi yang kerap berubah mengikut revolusi industri terkini. Usahawan PKS akan lebih cepat mendalami sesuatu kemahiran tersebut dan ini akan melengkapkan konsep usahawan teknologi itu sendiri. Tambahan lagi, dengan wujudnya usahawan teknologi ini, tuntutan masyarakat dapat dipenuhi dengan sepenuhnya dengan cara memberi perkhidmatan terpantas kepada pelanggan dan menghasilkan produk yang berkualiti serta berteknologi canggih.

6.0 Cadangan

Antara cadangan yang boleh diusulkan untuk meningkatkan pembangunan usahawan teknologi dalam kalangan pelajar IPT ialah peranan intitusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan. Institusi perlu bertindak sebagai ‘Innovation Ground” dan saling bekerjasama dengan para industri dan syarikat yang lain untuk memupuk dan membangunkan teknologi serta usahawan teknologi. Tanggungjawab pendidik khususnya bagi mereka yang bekerja dalam perkhidmatan pendidikan teknik dan vokasional serta kejuruteraan amat penting. Cabaran yang perlu dihadapi adalah bagaimana untuk mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknousahawan yang dapat menjana keupayaan minda pelajar supaya dapat mengaplikasikan

(9)

1244

apa yang telah dipelajari untuk keberhasilan sesuatu sistem perusahaan atau penghasilan produk bagi menjana pendapatan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, pembelajaran melalui kaedah pementoran akan menjadi lebih bermanfaat. Pementoran bermakna individu mewujudkan hubungan antara dirinya dengan usahawan senior yang melibatkan proses penasihatan, “role model”, berkongsi rakan seperniagaan yang memberi sokongan umum. Perbincangan antara mentor dan mentee perlu wujud dalam proses pementoran ini. Pembelajaran terjadi secara fleksibel, bertujuan dan menghasilkan pengalaman bermakna untuk kedua-dua belah pihak. Hubungan mentor dan mentee dapat meningkatkan perkembangan professional dan psikososial kedua-duanya. Mentee atau usahawan baru diajar dan dibantu tentang cara menjalankan perniagaan supaya lebih berdaya saing dan kritis. Disamping itu, membentuk usahawan dengan kemahiran yang diperlukan dan ilmu pengetahuan yang relevan memerlukan teknik pengajaran yang boleh membantu “entrepreneurial learning”. Kaedah ini mengaitkan penerimaan ilmu secara teori dengan melakukan sesuatu melalui pengalaman. Melalui kaedah berkuliah sahaja akan menghasilkan pemindahan ilmu satu hala daripada pensyarah kepada pelajar sedangkan pembelajaran terjadi melalui refleksi dan pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman amat sesuai untuk mengajar kemahiran keusahawanan. Antara teknik pengajaran yang boleh dilakukan adalah seperti projek dalam syarikat, lawatan ke syarikat dibimbing oleh usahawan, kajian kes seperti usahawan memberi taklimat dan berkongsi pengalaman, video serta sesi kelas secara interaktif.

Tambahan lagi, pihak kerajaan perlu memberi insentif seperti insentif cukai, kewangan, kelengkapan dan fizikal serta program yang bersesuai kepada usahawan teknologi ini sebagai usaha untuk membantu dan menggalakkan penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan teknologi. Melalui kaedah ini, jumlah usahawan khususnya usahawan teknologi yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan di negara ini dapat ditingkatkan. Usahawan teknologi juga perlu diberikan keutamaan untuk mendapatkan pinjaman dan kemudahan kredit dari institusi-institusi kewangan agar mereka dapat memulakan perniagaan serta untuk tujuan pembesaran dan pengembangan perniagaan bagi mereka yang telah berniaga kerana usahawan teknologi memerlukan kelengkapan seperti mesin yang berteknologi untuk proses perniagaan mereka.

Selain itu, agensi dan badan kerajaan, penyedia teknologi atau sektor swasta yang mempunyai kepakaran berasaskan teknologi dan penyelidikan yang strategik seperti Sirim Berhad (SIRIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Healing Chambers of Asia Sdn BHd (HCOA), Perbadanan Bioteknologi Melaka, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) perlulah memberi kerjasama dalam melestarikan program atau inisiatif lain untuk teknousahawan bagi membangunkan bidang keusahawanan teknologi ini

7.0 Kesimpulan

Berdasarkan faktor-faktor diatas dapat disimpulkan bahawa Malaysia memerlukan usahawan teknologi yang berinovatif yang mengusai ilmu, teknologi dan mahir dalam bidang keusahawnaan. Bukan itu sahaja, keusahawanan teknologi adalah pemacu kepada ekonomi negara disebabkan oleh ciri-ciri yang dimiliki oleh usahawan tersebut. Dimana, mereka bersifat universal, sentiasa peka dengan perubahan semasa, kreatif, inovatif, tidak mudah putus asa serta berani menghadapi risiko. Ini adalah penting bagi membantu meningkatkan daya saing negara ke arah usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam Revolusi Industri 4.0.

Namun, pendidikan keusahawan, peranan IPT dan pusat penyelidikan, sikap dan mentaliti serta keupayaan siswazah dalam mengenal pasti dan memanfaatkan peluang menjadi kekangan utama kepada pembangunan keusahawanan teknologi. Maka pihak institusi perlu

(10)

1245

memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pekerjaan, memupuk minat dan mencungkil idea baru melalui program keusahawanan serta memperbanyakkan kemudahan untuk aktiviti berfaedah.

Rujukan

Abdullah, M. Z. (2012). An experience in transforming teaching and learning practices in technology entrepreneurship course. UKM Teaching and Learning Congress 2011 (pp. 164 – 169). Social and Behavioral Sciences 59.

Ali Sahin ÖRNEKa, Y. D. (2015). Increased Importance of Entrepreneurship from Entrepreneurship to Techno-Entrepreneurship (Startup): Provided Supports and Conveniences to Techno-Entrepreneurs in Turkey. World Conference on Technology, Innovation and Entrepreneurship, (pp. 1146 – 1155).

Ambotang, A. S. (2012). Pendidikan Keusahawanan dalam kalangan pelajar: Perspektif dan cabaran. Utusan Borneo.

Bain. (2017). Entrepreneurship and Innovation un the Fight Against Human Trafficking. 81-84.

Cosmin-Mihai NACU, S. A. (2014). TECHNOLOGICAL ENTREPRENEUR’S PROFILE. 203-206.

Cosmin-Mihai Nacu, S. A. (2014). Technological Entrepreneurship: Success Factors as Perceived by Potential Young Entrepreneurs. Trans Tech Publications, Switzerland, 639-644.

Cristinaa, M. D. (2016). Promoting Technological Entrepreneurship through Sustainable Engineering Education. 9th International Conference Interdisciplinarity in

Engineering, INTER-ENG 2015 (pp. 1129 – 1134). Tirgu-Mures, Romania: Procedia Technology.

Daut, A. H. (2010). Peningkatan Penggunaan Teknologi melalui Pengembangan Pertanian Berkesan: Isu dan Cabaran. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (pp. 9-19). Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. David F, S. A. (2003). Holistic Approach for Technology Entrepreneurship Eduction in

Engineering . Procedings of the 33rd ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference. Colorad, USA.

Elsje Scott, T. G. (2016). The X-Factor of Cultivating Successful Entrepreneurial Technology-Enabled Start-Ups. Informing Science: the International Journal of an Emerging Transdiscipline, 303-324.

Gang Zhang, X. a. (2008). Technological entrepreneurship and policy environment: a case of China. Journal of Small Business and Enterprise Development, 733 - 751.

J. MACHNIK-SŁOMKA, P. K. (2016). Significance Of Technological Entrepreneurship And Creativity In Metallurgical Enterprises. Metabk, 855-858.

Maja Levi Jakšić, S. M. (2014). Sustainable Technology Entrepreneurship and Development – the Case of Serbia. Journal for Theory and Practice Management, 65-73.

(11)

1246

Nor Mahani binti Md Rasidi (2012). Penjanaan Minda Berorientasikan Usaahwan Teknokrat Dalam Bidang Autotronik. Seminar Keusahawanan Kebangsaan 2012

Richardson, T. A. (2016). Technological entrepreneurship framework for university commercialization of information technology. Issues in Informing Science and Information Technology, 279-290.

Rosa M. Muñoz*, J. D. (2016). The Effects of Technology Entrepreneurship on Customers and Society: A Case Study of a Spanish Pharmaceutical Distribution Company. Frontiers in Psychology, 1-13.

Referensi

Dokumen terkait

Sikap adalah gejala internal yang berdimensi afektif berupa kecenderungan untuk mereaksi atau merespon dengan cara yang relatif terhadap objek orang, barang, dan

Disimpulkan bahwa penggunaan minyak kelapa sawit dan rumput laut dalam ransum kelinci tidak berpengaruh terhadap konsumsi pakan, pertambahan bobot badan harian, FCR, serta

Hasil penelitian menunjukkan habwa terdapat perbedaan tidak bermakna antara kelompok kontrol dan perlakuan sehingga dapat disimpulkan bahwa pemberian fitoestrogen

Dari pengetahuan responden tentang HIV/ AIDS terlihat bahwa secara keseluruhan re- sponden telah mempunyai pengetahuan yang cukup tinggi, tetap masih ada yang percaya

Kewajiban pengusaha untuk mengungkapkan informasi yang meliputi, tetapi tidak terbatas pada, visi, misi, sasaran usaha dan strategi perusahaan, kondisi

BAB IV PENUTUP 4.1 Kesimpulan Dari penelitian yang telah dilakukan, ada beberapa kesimpulan yang dieroleh, yaitu apabila diberikan R adalah sebuah ring, maka R adalah modul atas

Bagi Jemaat yang ingin menjadi orangtua asuh, dapat menghubungi Majelis Jemaat di sektor masing-masing atau Kantor Majelis Jemaat GPIB Jemaat ”Bukit Sion” Balikpapan pada setiap

Dari hail penelitian dan pembahasan di atas dapat disimpulkan bahwa tidak terdapat hubungan antara enuresis dengan kejadian ISK pada anak usia 6-8 tahun di SD negeri Malalayang