• Tidak ada hasil yang ditemukan

3) k3 t5b7 Raja Berperlembagaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "3) k3 t5b7 Raja Berperlembagaan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 1

T5B7 : RAJA BERPERLEMBAGAAN

INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 – 187

2. Tidak perlu buat rangka jawapan

3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah.

Bil

Tajuk

ms

SOALAN 1

Definisi / Maksud / Konsep / Ciri Raja Berperlembagaan

( bt ms 167-168 )

2

SOALAN 2

Bidang kuasa Yang Dipertuan Agong ( YDPA) mengikut Perlembagaan

Malaysia

( Bt ms 168 )

2

SOALAN 3

Cara pemilihan Yang Dipertuan Agong (YDPA) (

Bt ms 167)

3

SOALAN 4

Sejarah pelantikan YDPA di negara kita

( Bt ms 169)

3

SOALAN 5

Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem

demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

4

SOALAN 6

Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen di Malaysia.

4

SOALAN 7

Peranan rakyat / anda dalam mengekalkan institusi Raja

Berperlembagaan di negara kita.

5

SOALAN 8

Kejayaan Institusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan sistem

pentadbiran Malaysia dan mewujudkan kestabilan negara. Buktikan.

5

SOALAN 9

Nyatakan cabaran dan langkah-langkah dalam meningkatkan

ketertinggian dankehormatan terhadap institusi raja berperlembagaan /

Raja-Raja Melayu di Negara kita.

6

SOALAN 10

Nyatakan nilai-nilai murni atau ikhtibar yang diperolehi daripada sistem

raja berperlembagaan

7

SOALAN 11

9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah

dibincangkan

a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

dan terbilang

7

(2)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 2

RUJUK BUKU

TEKS Andaian aras :

PENGENALAN ( 5 markah )

Soalan 1 : Definisi / Maksud / Konsep/ Ciri RAJA BERPERLEMBAGAAN Bt ms 167- 168

Pertama, Raja Berperlembagaan merupakan ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Kedua, jawatan Yang diiPertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara. Ketua utama negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. .

Ketiga, Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.

Keempat, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan

Kelima, Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang diPertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia

Kelima, Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tunggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka. Sistem ini telah membantum memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita Sistem ini memberi keseimbangan antara raja yang menaung dan rakyat yang dinaungi.

=============================================================================

RUJUK BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS

2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)

3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,

melibatkan proses pengumpulan maklumat )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 2 : Bidang kuasa Yang Dipertuan Agong ( YDPA) mengikut Perlembagaan

Malaysia ( Bt ms 168 )

Bidang kuasa YDPA ialah sebagai ketua Negara. Baginda mengetuai tiga badan kerajaan iaitu

Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen.Baginda mempunyai kuasa memanggil

dan membubarkan parlimen.

Yang Dipertuan Agung merupakan ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata dan berkuasa

mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yangdibicarakan oleh

MahkamahTentera

.YDPA menjaga dan memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh

menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakanmesyuarat bagi membincangkan keistimewaan

kedudukan, kehormatan dankemuliaan Raja-Raja Melayu. Baginda juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan negeri Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan , Sabah dan Sarawak.

Yang Dipertuan Agung mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.YDPA boleh mengisytiharkan

undang-undang darurat di bawa “Undang-UndangX”jika mendapati keselamatan negara terancam.

Yang Dipertuan Agung mempunyai kuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) serta Ahli Perkhidmatan Kehakiman. Baginda berkuasa melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta melantik Peguam Negara. Selain itu berkuasa melantik seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan dan mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta Negara kita

(3)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 3

Soalan 3 : Cara pemilihan Yang Dipertuan Agong (YDPA) ( Bt ms 167 )

Yang DiPertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu Daripada Sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir.

Pemilihan berdasarkan peruntukan perlembagaan Malaysia dan perbincangan secara sulit dalam mesyuarat Raja-raja Melayu.mengikut senarai pemilihan.. Jawatan Yang di-Pertuan Agung diwujudkan sejak tahun 1957.

Ini bertujuan memberikan peluang kepada setiap raja Melayu memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama 5 tahun dan baginda boleh meletakkan jawatan sebelim tamat perkhidmatan. Baginda boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

==========================================================================

Soalan 4 : Sejarah pelantikan YDPA di negara kita sejak mereka secara kronologi

( Bt ms 169 )

Yang di-Pertuan Agong Pertama Al-Marhum Tuanku AbdulRahman ibni Al-Marhum TuankuMuhammad. Negeri Sembilan Darul Khusus ( 3.8.1957-1.4.1960)

Yang di Pertuan Agong Kedua Marhum Tuanku HisamuddinAlam Shah Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin SulaimanShah.Negeri Selangor Darul Ehsan (14.4.1960-1.9.1960

Yang di-Pertuan Agong Ketiga Al-Marhum Tuanku Syed Putraibni Al- Marhum Syed Hassan Jamalullail.Negeri Perlis Indera Kayangan ( 20.9.1960-20.9.1965)

Yang di-Pertuan Agong Keempat Al-Marhum Tuanku IsmailNasiruddin Shah ibniAl-Marhum Sultan Zainal Abidin.Negeri Terengganu Darul Iman ( 21.9.1965-20.9.1970)

Yang di-Pertuan Agong Kelima Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almutasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan

Negeri Kedah Darul Aman ( 21.9.1970-20.9.1975)

Yang di-Pertuan Agong Keenam Al-Marhum Tuanku Yahya Petraibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.Negeri Kelantan Darul Naim (21.9.1975-29.3.1979)

Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Duli Yang Maha Mulia SultanHaji Ahmad Al-Mustain

Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu BakarRiyatuddin Al-Muadzam Shah Negeri Pahang Darul Makmur (25.4.1980-25.41984)

Yang di-Pertuan Agong Kelapan Duli Yang Maha Mulia BagindaSultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail.Negeri Johor Darul Takzim (26.4.1984-24.4.1989).

Yang di-Pertuan Agong Kesembilan Duli Yang Maha MuliaSultan Azlan Muhibbuddin

Shah ibni Al-Marhum Sultan YussufIzzuddin Shah Ghafarullahu-lah.Negeri Perak Darul Ridzuan (26.4.1989-25.4.1994)

Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh Duli Yang Maha Mulia TunkuJaafar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman. Negeri Sembilan Darul Khusus (26.4.1994-25.4.1999)

Yang di-Pertuan Agong Kesebelas Al-Marhum Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah Al-haj ibni Al-Marhum Sultan HisamuddinAlam Shah Al-Haj. Negeri Selangor Darul Ehsan (26.4.1999-21.11.2001) Yang di-Pertuan Agong Kedua Belas Duli Yang Maha MuliaTuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibniAl- Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.Negeri Perlis Indera Kayangan (24.4.2002-12.12.2006)

Yang di-Pertuan Agong Ketiga Belas Duli Yang Maha Mulia Al-Watmiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al- MarhumSultan Mahmud Al Muktafi Billah ShahNegeri Terengganu Darul Iman (13.12..2006-12.12.2011)

Yang di-Pertuan Agong Keempat Belas Duli Yang Maha MuliaAl-Sultan Almutasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj AbdulHalim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah Negeri Kedah Darul Aman ( 13.12.2011- sehingga kini)

(4)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 4

Soalan 5 : Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem

demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga

unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen.

Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.

Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan

Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh

bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh

mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong

menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa

melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan

ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta melantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.

==============================================================================

Soalan 6 :

Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah

Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan

Kehakiman.

Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik

Ahli Dewan Negara.

Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan

Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh

bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh

mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong

menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa

melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik

hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.

(5)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 5 RUJUK

BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS

4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang

dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat itu untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 7 : Peranan rakyat / anda dalam mengekalkan institusi RajaBerperlembagaan di

negara kita.

Peranan rakyat dalam mengekalkan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita

ialah menunjukkan taat setia kepada raja, menghormati institusi diraja dan menghayati dan

mengamalkan Rukun Negara.dalam kehidupan seharian.

Selain itu rakyat mestilah menjunjung Perlembagaan dengan mematuhi

undang-undang yang digubal, menjamin kedaulatan raja seperti tidak menderhaka kepada Raja dan

memelihara kemuliaan raja serta menjamin keistimewaan raja.Kita juga mesti mengenali

sembilan raja Melayu dan menghormati peranan raja serta mengekalkan Majlis Raja-Raja

Melayu.

Kita perlu memelihara keamanan Negara, menyambut ulangtahun keputeraan raja

dan menjaga keharmonian Negara serta mengunjungi Muzium Diraja/galeri Diraja.

Selain itu kita perlu menghadiri majlis yang dihadiri oleh baginda, mengekalkan

warisan/institusi raja dan memahami/mempelajari protokol istana serta mengetahui

sejarah asal usul raja-raja Melayu.

Disamping itu rakyat dikehendaki menziarahi majlis kemangkatan diraja dan

berkabung/berpakaian hitam/bendera separuh tiang.serta menghayati dan menghargai

sejarah pembentukan institusi beraja.

============================================================================================

Andaian Soalan ARAS :

5 & 6 MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 8 : Kejayaan Institusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan sistem pentadbiran

Malaysia dan mewujudkan kestabilan negara. Buktikan.

Bukti iInstitusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan sistem pentadbiran

Malaysia dan mewujudkan kestabilan negara ialah :

Sebagai Simbol perpaduan rakyat. Baginda juga menjadi lambang keutuhan

negara.Seterusnya Baginda sebagai ketua Negara dan ketua agama bagi beberapa buah

negeri. Memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.Sarawak dan Sabah

Mengekalkan dan menjaga keharmonian.Mempunyai kuasa dan dapat memelihara

kesucian agama Islam.Serta mengukuhkan pertahanan negara.

Seterusnya baginda sebagai lambang penyatuan orang Melayu Tempat tumpah

taat setia rakyat. Seterusnya menjamin kestabilan politik negara.Sebagai lambang

kemerdekaan Negara

Institusi beraja adalah simbol ketamadunan bangsa yang diwarisi sejak Kesultanan

Melayu Melaka.

(6)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 6 Andaian Soalan ARAS :

7 MENJANA IDEA ( Calon perlu menjelaskan CABARAN- CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH untuk

mengatasi cabaran tersebut )

Isi jawapan ikut peruntukan markah Cadangan = 5m Langkah = 5m

Soalan 9 : Nyatakan cabaran dan langkah-langkah dalam meningkatkan ketertinggian

dankehormatan terhadap institusi raja berperlembagaan / Raja-Raja Melayu di Negara kita.

CABARAN

Cabaran yang dihadapi dalam meningkatkan ketertinggian dan kehormatan Raja-Raja

Melayu di negara kita ialah rakyat kurang memahami peranan raja-raja dan Raja dianggap

sebagai simbol sahaja serta tidak mempunyai pengetahuan tentang salasilah raja-raja

Melayu.

Di samping itu generasi muda tidak tahu menghargai konsep kedaulatan raja dan

terdapat pengaruh negatif dari luar. Terdapat jurang antara raja dengan rakyat dan wujudnya

golongan yang menggunakan media sosial untuk memburuk-burukkan golongan raja serta

peranan arus globalisasi

Tiada sifat taat setia, jujur dan ikhlas kepada Raja.Mempersoalkan peranan Raja-raja

Melayu sebagai ketua Negara.

Kurang menghayati prinsip Rukun Negara dan tidak menjunjung kandungan

Perlembagaan Negara.

LANGKAH-LANGKAH

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah penerapan nilai-nilai murni,

peranan media massa/media social dan mengamalkan prinsip kedua Rukun Negara iaitu

Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik

danKewarganegaran dan Moral.

Selain itu Raja perlu mesra rakyat dan memantapkan lagi mata pelajaran Sejarah

serta Raja perlu bersifat sederhana.Raja juga perlu turun padang dan perlu terlibat dalam

kerja amal.

Mengenali Raja-Raja Melayu, menghormati institusi raja sebagai tunggak

pemerintahan Negara. Disamping itu menjunjung perlembagaan sebagi panduan yang tepat

tentang cara hidup yang perlu dipatuhi.

(7)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 7 Andaian Soalan ARAS :

8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni,

iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )

IKTIBAR – mestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 10 : Nyatakan nilai-nilai murni atau ikhtibar yang diperolehi daripada sistem raja

berperlembagaan

Ikhtibar yang saya perolehi daripadasistem raja berperlembagaan ialah taat kepada

pemimpin, menghormati pemimpin dan berbangga dengan institusi beraja serta

mengamalkan perpaduan.

Kita juga perlu berbangga sebagai warganegara dan bertanggungjawab

mempertahankan kedaulatan Negara serta mematuhi undang-undang. Di samping itu kita

perlu memajukan Negara dan memelihara maruah Negara serta cinta akan Negara.

TAMBAHAN

1.Taat setia pada raja 6. Menyanjung raja dan pemimpin negara

2. Menghormati sistem beraja 7. Mempertahankan keamanan Negara

3. Berbangga dengan institusi beraja 8. Berbangga sebagai warganegara Malaysia

4. Mengamalkan perpaduan antara kaum 9. Memelihara maruah Negara

5. Mempertahankan kedaulatan Negara 10. Mengekalkan kedaulatan Negara Malaysia

( Sila olah jawapan anda dalan bentuk esei )

============================================================================

PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang

Pengetahuan yang saya perolehi ialah:

Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja

Berpelembagaan .Institusi Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan

Malaysia sejak merdeka sehingga kini

Sistem ini memberi keseimbangan kepada raja yang menaungirakyat dan rakyat yang

dinaungi oleh raja Raja merupakan ketua negara dan perlu dihormati sebagai lambang

perpaduan rakyat

Iktibar pada diri,bangsa dan negara ialah:

Saya seharusnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong /raja.

Manakala rakyat perlu sedar betapa pentingnya berganding bahu,saling membantu dan

menyokong sistem raja berperlembagaan untuk mengekalkan keharmonian yang ada.

Harapan:

Harapan saya semoga semua rakyat Malaysia terutama generasi muda mempunyai

perasaan setia,bangga dan cintakan negara .Selain itu, harapan saya sistem raja

berperlembagaan ini dikekalkan.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil lembar observasi peneliti terhadap RKH yang dibuat guru (pada siklus I), diperoleh informasi/data bahwa masih ada guru yang tidak melengkapi RKH-nya dengan

Hasil pemberian ekstrak akar tuba dapat memberikan pengaruh pada ikan nila dengan hasil dosis 2ppm mempunyai nilai waktu yang sangat lama berbeda dengan dosis 4ppm, 6ppm, dan 8ppm

Kadar karbon arang sabut kelapa pada berbagai suhu ini lebih besar dibandingkan dengan karbon aktif komersial merk India dan juga karbon aktif dari empulur batang

Dari hasil uji tersebut diketahui bahwa nilai signifikan lebih kecil dari 0,05 sehingga dapat diketahui bahwa ada perbedaan harga diri lansia setelah diberikan pengajian

jaringan adalah dengan cara menurunkan jumlah data yang dikirim. Untuk skenario jaringan yang memindai data-data seperti temperatur, kelembaban, atau data-data lain

Dalam komik perpindahan dari panel satu ke panel lainnya dapat menunjukkan lompatan waktu yang sangat pendek atau bisa saja sangat panjang sekali..

Ini ter ter*asu *asuk k salu saluran ran ter teran,a an,ar r e! e!Bank Banking ing ,ang ,ang *e*u *e*ungki ngkinka nkan n nasa nasa0a$ 0a$ *elakukan transaksi 8ia

Metoda yang dipakai dalam analisis kinerja pembangunan ekonomi Kabupaten Parigi Moutong adalah dengan menganalisis data beberapa tahun untuk melihat trend perkembangan