• Tidak ada hasil yang ditemukan

K3 trial JOHOR(L)2015 (skema)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "K3 trial JOHOR(L)2015 (skema)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN SPESIFIK

Penjajahan British telah menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu,

Sabah dan Sarawak sehingga Perang Dunia Kedua.

Bincangkan tentang perkembangan gerakan nasionalisme tersebut sehingga pendudukan Jepun.

Aspek

Perincian

Markah

Pengenalan

1. Maksud gerakan nasionalisme

5 markah

Isi dan

Huraian

2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat

Salleh, Dato’ Bahaman dan Tok Janggut terhadap

penjajahan British di kawasan masing-masing.

15 markah

3. Peranan dan sumbangan persatuan-persatuan Melayu

dalam perjuangan mereka menentang penjajahan

British ternyata amat penting. Bincangkan.

30 markah

4. Sesebuah masyarakat akan lebih berjaya dalam

mencapai matlamat yang ingin dicapai apabila bergerak

dalam persatuan. Berikan alasan anda.

10 markah

5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat

nasionalisme dalam kalangan rakyat.

10 markah

6. Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan

mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi

dan diteladani oleh generasi muda. Jelaskan.

10 markah

7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam

memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat

dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

10 markah

8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan

pemimpin tempatan menentang British.

5 markah

Kesimpulan

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperoleh.

(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.

(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia

cemerlang dan terbilang.

5 markah

(2)

1. Maksud gerakan nasionalisme

5 markah

F1 Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

H1 Penentangan mereka itu didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.

F2 Di Malaysia,penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.

F3 Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20.

C3 Antara pemimpin penentangan itu termasuklah Penghulu Dol Said, Dato’Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.

2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat Salleh, Dato’

Bahaman dan Tok Janggut terhadap penjajahan British di kawasan

masing-masing.

15 markah

Mat Salleh (5 markah)

F1 Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

F2 Penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh.

H21 Beliau adalah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

H22 SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.

H23 Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh.

H24 Mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.

H25 Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

H26 Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895 tetapi tidak dilayan.

H27 Sebaliknya Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya.

H28 Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

H29 Pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

H210 Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.

H211 Namun, SBUB telah mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.

(3)

H213 Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900

Dato’ Bahaman (5 markah)

F1 Di Pahang, pada tahun 1888, beberapa orang pembesar telah bersatu melawan penguasaan British.

F2 J.P. Rodgers telah dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, Dato’ Bahaman telah menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar.

H21 Ini adalah kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

H22 Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.

H23 1890 – menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua

H24 1891 – menyerang British sebab menangkap anak buahnya.

H25 1892 – menyerang dan menawan semula Lubuk Terua

H26 1894 – menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

H27 1895 – akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan

H28 Dato’ Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.

H29 Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.

H210 Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.

H211 Beliau menetap di Cheng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan meninggalkan dunia di sana.

Tok Janggut (5 markah)

F1 Di Kelantan, penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh, apabila Sistem Penasihat , diperkenalkan pada tahun 1910.

F2 British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkannya.

H21 Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan mambayar cukai.

(4)

H23 Sebaliknya pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka gagal.

H24 Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya.

H25 Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

H26 Dengan menggunakan nama sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.

H27 Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring.

H28 Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.

H29 Tok Janggut malah telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

3. Peranan dan sumbangan persatuan-persatuan Melayu dalam

perjuangan mereka menentang penjajahan British ternyata amat

penting. Bincangkan.

30 markah

KMS

F1 Pada awal abad ke-20 muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.

H1 Persoalan itu tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa.

C1 Antara persatuan yang terkenal termasuklah Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura.

H2 Pengasasnya ialah Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.

H3 Kesatuan ini didokong oleh mereka yang berpendidikan Inggeris dan bertujuan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura.

H4 Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.

(5)

H6 Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British.

H7 Antara kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.

H8 Keberkesanan perjuangan kesatuan ini telah mendorong penubuhan

cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yang lain pada tahun 1930-an.

PASPAM

F1 Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dipimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang.antaranya termasuklah S.M. Zainal Abidin B.A.

H1 Tujuannya adalah menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.

H2 Telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

H3 Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan hangat.

H4 Walaupun tidak bersifat politik tetapi kegiatan social PASPAM merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Persatuan Negeri.

F1 Persatuan negeri telah ditubuhkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1939), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).

H1 Objektif utama Penubuhan persatuan negeri ini adalah bagi membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

H2 Dengan cara ini perpaduan dalam kalangan orang Melayu dapat di galakkan.

Persatuan di Sarawak

F1 Kegiatan berpersatuan di Sarawak lebih baik daripada di Sabah.

F2 Persatuan Melayu Miri ditubuhkan pada tahun 1936. Diikuti oleh Persatuan Melayu Sarawak 1939 hasil daripada pengaruh persatuan-persatuan negeri di Semenanjung.

(6)

H2 Hanya dengan naungan daripada Datu Patinggi Abang Abdillah, Brooke bersetuju untuk mendaftarkannya.

H3 Persatuan ini pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura.

F3 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak d1939, diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

H4 Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu,

menggalakkan pendidikan, menjaga maruah bangsa dan budaya serta menegakkan ajaran agama Islam. Persatuan ini mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.

Persatuan di Sabah.

F1 Di Sabah, kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol dan di negeri ini terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena sahaja, iaitu di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.

H1 Kegiatannya mirip kepada persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

H2 Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah.

KMM

F1 Sebuah persatuan separa politik iaitu Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan pada 1939.

H1 Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob, merupakaan wartawan akhbar Majlis, di Kuala Lumpur.

H2 Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenain, iaitu pelarian politik Indonesia.

H3 Objektif utama KMM adalah menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

H4 Kesatuan ini didaftarkan oleh Mustapha Husein, Naib Ketua KMM pada bulan Disember 1940.

H5 Tujuan penubuhan KMM adalah bersifat politik.

H6 Dengan inisiatif Ibrahim Haji Yaakob, KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

(7)

H7 Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British.

H8 Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Sermanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk

menentang British.

H9 Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM telah ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi, Singapura.

Kongres Melayu

F1 Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan

kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua.

H1 Dalam kedua-dua kongres ini, soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanaan pilih kasih British kepada anak negeri telah

dibincangkan.

H2 Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.

H3 Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang amat lemah.

H4 Akhirnya orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

H5 Ternyata penubuhan persatuan negeri daan badan sosial telah meggalakkan kesedaran untuk bersatu membela kepentingan mereka dalam semua bidang.

H6 Perpaduan sebagai sebuah bangsa Melayu yang menghadapi masalah bersama itu kemudian menjadi lebih jelas dengan adanya perbincangan tentang soal

kebangsaan pada peringkat Semenanjung Tanah Melayu.

H7 Kongres-kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu di seluruh Semenanjung daam satu gerakan nasionalisme.

4. Sesebuah masyarakat akan lebih berjaya dalam mencapai matlamat

yang ingin dicapai apabila bergerak dalam persatuan. Berikan alasan

(8)

F1 Persatuan akan membawa kepada semangat kerjasama yang tingi dalam kalangan ahli

F2 Percambahan idea akan lebih berkembang jika dibincangkan secara beramai-ramai dalam persatuan.

F3 Persatuan juga menyebabkan tuntutan-tuntutan data disuarakan dengan jelas dan berani.

F4 Pergerakan dalam persatuan juga lebih tersusun, berorganisasi dan lancar.

F5 Masyarakat belajar untuk bertolak ansur melalui persatuan.

F6 Kepentingan umum / orang ramai lebih diutamakan daripada kepentingan individu dalam sesebuah persatuan.

F7 Semangat kekitaan dan kesatuan dalam persatuan sangat penting untuk mencapai matamat yang diingini.

F8 Usaha bersama-sama rakan dalam persatuan menyemarakan nilai kasih sayang dan hormat-menghormati yang penting untuk mencapai matlamat persatuan.

F9 Persatuan mendidik masyarakat untuk berpandangan terbuka dan rasional dalam mendengar pendapat orang lain untuk kebaikan persatuan dan masyarakat umum.

F10 Persatuan menjadikan individu kuat dan berani untuk memperjuangkan isu-isu yang mahu dibaiki dan sebagainya.

Mana-mana yang munasabah

5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat nasionalisme dalam

kalangan rakyat.

10 markah

F1 Melalui penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.

F2 Mengadakan ‘Bulan Bahasa Kebangsaan’.

F3 Melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

F4 Menggunakan media massa untuk menayangkan / mengiklankan unsur-unsur nasionalisme

(9)

F6 Mewajibkan mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013

F7 Menyemai nilai-nilai tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah

F8 Menyeru rakyat supaya menghormati lambang-lambang negara sebagai tanda cinta kepada negara.

F9 Rakyat sentiasa diingatkan tentang semangat perpaduan yang menjadi teras kejayaan / kemajuan Malaysia yang berbilang kaum ini.

F10 Mewujudkan konsep Tadika Perpaduan untuk menggalakan pergaulan antara kaum sejak kanak-kanak

F11 Melaksanakan konsep 1 Malaysia untuk semangat bersatu padu, bergerak bersama untuk Malaysia.

F12 Menggalakan rakyat Malaysia menyertai mana-mana NGO yang menerapkan nilai kesukarelawan untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan

F13 Menyokong usaha projek ‘I am for You’

F14 Menyokong usaha mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam semua bidang seperti sukan, akademik, ekonomi dll

F15 Mendidik warga Malaysia untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan dankemakmuran negara.

F16 Menyemai rasa hormat dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara dalam kalangan rakyat jelata.

F17 Menyeru semua warganegara Malaysia mematuhi perlembagaan negara dan undang-undang negara.

Mana-mana yang munasabah

6. Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka

menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani oleh

generasi muda. Jelaskan.

10 markah

F1 Perjuangan mereka tidak mengenal putus asa

F2 Tokoh-tokoh tempatan menentang British dengan semangat juang yang sangat berani.

(10)

F4 Perjuangan mereka mengenepikan kepentingan diri masing-masing malah mengutamakan rakyat.

F5 Mengamalkan pendekatan muafakat, musyawarah dan perbincangan dalam menyelesaikan masalah.

F6 Berusaha bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.

F7 Bijaksana dalam mengatur strategi untuk mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

F8 Mengamalkan kerjasama dan semangat sepasukan tanpa mengira darjat keturunan untuk menentang British.

F9 Bangga dengan warisan budaya bangsa yang mesti dipertahankan oleh generasi mendatang.

F10 Penguasaan ilmu pengetahuan sama ada dari barat atau timur atau ilmu agama sanagat penting untuk kejayaan perjuangan.

F11 Perjuangan merreka tidak mengharapkan balasan kekayaan harta, kuasa atau nama.

F12 Kesanggupan mereka menempuh segala rintangan dan kesusahan untuk kebebasan negara.

Mana-mana yang munasabah.

7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam memupuk

semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan langkah-langkah

untuk mengatasi cabaran tersebut.

10 markah

Cabaran (5 markah)

F1 Jenayah rasuah dalam kalangan pemimpin dan rakyat.

F2 Perbalahan politik yang hanya merugikan semua pihak

F3 Gejala social yang meluas terutama dalam kalangan generasi muda negara.

(11)

F5 Ancaman dari kuasa luar yang menggangu urusan negara

F6 Mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

F7 Daya saing produk jenama Malaysia yang kurang

Langkah mengatasi (5 markah)

F1 Pemantapan sistem pendidikan negara.

F2 Mengamalkan intergriti.

F3 Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

F4 Mewajibkan mata pelajaraan Sejarah dalam SPM mulai tahun 2013.

F5 Penghayatan prinsip-prinsio Rukun Negara.

F6 Melaksanakaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Mana-mana yang munasabah

8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan pemimpin

tempatan menentang British.

5 Markah

F1 Kegigihan menentang British / penjajah.

F2 Kesungguhan untuk menewaskan musuh negara.

F3 Kerjasama dan bersatu hati dalam kalangan rakyat dan pemimpin untuk hapuskan penjajaha.

F4 Keberanian tokoh-tokoh tempatan walaupun kekurangan senjata.

F5 Semangat cinta negara yang amat tinggi untuk kemerdekaan negara.

F6 Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa

Mana-mana munasabah

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperoleh. (2 markah)

(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.(2/1 markah)

(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia

(12)

cemerlang dan terbilang. (2/1 markah)

Referensi

Dokumen terkait

Standar Nasional Pendidikan adalah kriteria minimal tentang sistem pendidikan di seluruh wilayah hukum Negara Kesatuan Republik Indonesia (PP Nomor 19 tahun

Dari Tabel 3 dan 4 dapat dijelaskan uji signifikasi dengan menggunakan rata-rata hasil Uji Pearson Correlation untuk masing-masing indikator dari faktor sosial

Kerugian ( capital loss ) dapat terjadi apabila Investor menjual Obligasi Negara FR di Pasar Sekunder sebelum jatuh tempo pada harga jual yang lebih rendah dari

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa perlakuan pemberian larutan ekstrak umbi teki dengan konsentrasi yang berbeda, berpengaruh nyata terhadap luas daun tanaman

Pada proses pembuatan Laporan Praktik Kerja Lapangan penulis tidak Pada proses pembuatan Laporan Praktik Kerja Lapangan penulis tidak merasa kesulitan karena penulis

Perilaku biasanya ditunjukkan pada klien dengan harga diri rendah adalah kritik terhadap diri sendiri/orang lain, produktivitas menurun, destruksi pada orang lain,

Mahasiswa Aktif UBL Berprestasi Dalam Kompetisi Non Akademik Di tetapkan oleh DKKA berdasarkan Tabel Gradasi Beasiswa yang berlaku Contoh : Kejuaraan Futsal, Bulutangkis,

Berdasarkan fakta-fakta yang telah penulis gambarkan tersebut, jelas dalam penegakan hukum yang dilakukan oleh institusi peradilan pidana di Indonesia masih kental