• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Prinsip Perakaunan STPM (Topik: Pembetulan Kesilapan)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Prinsip Perakaunan STPM (Topik: Pembetulan Kesilapan)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Topik: Pembetulan Kesilapan

Jenis-jenis Kesilapan

1. Imbangan Duga disediakan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam buku perakaunan.

2. Namun, Imbangan Duga yang seimbang tidak bermakna bebas daripada sebarang kesilapan.

3. Terdapat dua jenis kesilapan dalam Imbangan Duga, iaitu kesilapan yang ketara dan kesilapan yang tidak ketara.

Kesilapan Tidak Ketara Dalam Imbangan Duga

1. Kesilapan ini ditunjukkan dalam Imbangan Duga. Hal ini bermakna Imbangan Duga masih seimbang walaupun kesilapan wujud dalam buku perakaunan.

2. Semua kesilapan dibetulkan melalui catatan jurnal am. (a)

Kesilapan Ketinggalan

Kesilapan ini berlaku apabila satu urus niaga langsung tidak dicatatkan dalam mana-mana buku. Tiada akaun yang didebitkan dan tiada akaun yang dikreditkan.

Contoh: 1

Ambilan barang bernilai RM80 untuk kegunaan sendiri terlupa direkod dalam mana-mana buku.

Akaun Ambilan Akaun Belian

Pembetulan Kesilapan:

Untuk membetulkan kesilapan ini, urus niaga direkod ke dalam kedua-dua akaun yang berkenaan mengikut system catatan bergu yang berikut.

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Akaun Ambilan Akaun Belian

(Pembetulan kesilapan: Ambilan barang terlupa direkod mana-mana buku)

RM 80

RM 80

Akaun Ambilan Akaun Belian

(2)

(b) Kesilapan Prinsip

Kesilapan ini berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam jenis akaun yang salah. Contohnya, butir perbelanjaan modal direkod sebagai perbelanjaan hasil dan sebaliknya.

Contoh 2:

Belanja membaiki mesin sebanyak RM100 tersilap didebitkan ke dalam Akaun Mesin. Catatan dalam Akaun Tunai adalah betul.

Akaun Mesin

Pembetulan Kesilapan:

Untuk membetulkan kesilapan ini, batalkan catatan dalam Akaun Mesin (dengan mengkreditkan Akaun Mesin). Rekod catatan yang betul dalam Akaun Belanja Membaiki Mesin (dengan mendebitkan Akaun Belanja Membaiki Mesin).

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Akaun Belanja Membaiki Mesin Akaun Mesin

(Pembetulan kesilapan: Belanja membaiki mesin tersilap direkod dalam Akaun Mesin)

RM 100

RM 100

Akaun Mesin (SALAH) Bank 100 Belanja membaiki

(kesilapan) mesin (pembetulan) 100 Akaun Belanja Membaiki Mesin (BETUL) Mesin (pembetulan) RM100

(c) Kesilapan Amaun

Kesilapan ini berlaku apabila amaun yang salah dicatat di sebelah debit dan juga di sebelah kredit.

Contoh 3(a):

Bayar kadar bayaran sebanyak RM108 telah silap catat sebagai RM180 dalam Buku Tunai dan Akaun Kadar Bayaran. Catatan bergunya adalah betul.

Buku Tunai Akaun Kadar Bayaran

(3)

Pembetulan Kesilapan 3(a):

Untuk membetulkan kesilapan ini, kedua-dua angka yang salah dalam kedua-dua akaun itu mesti dibetulkan. Jika angka yang salah lebih daripada angka yang betul, perbezaan antara kedua-dua amaun itu mesti dicatat di sebelah yang bertentangan dalam kedua-dua akaun itu untuk mengurangkan amaun itu. Dalam contoh 3(a), perbezaan antara kedua-dua amaun itu ialah RM72.

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Buku Tunai

Akaun Kadar Bayaran

(Pembetulan kesilapan: Kadar bayaran sebanyak RM108 silap catat sebagai RM180 dalam kedua-dua akaun)

RM 72

RM 72

Buku Tunai

Kadar bayaran RM72 Kadar bayaran RM180 (pembetulan) (kesilapan)

Akaun Kadar Bayaran

Tunai RM180 Tunai RM72

(kesilapan) (pembetulan)

Contoh 3(b):

Belian daripada Azhar sebanyak RM120 silap catat sebagai RM102 dalam Akaun Bekian dan Akaun Azhar. Catatan bergunya adalah betul.

Akaun Belian

Azhar RM102

Akaun Kadar Bayaran

Belian RM102 Pembetulan Kesilapan 3(b):

Jika angka yang salah kurang daripada angka yang betul, perbezaan antara kedua-dua amaun itu mesti dicatat di sebelah yang sama dalam kedua-dua akaun itu untuk menambahkan amaun itu. Dalam contoh 3(b), perbezaan antara kedua-dua amaun itu ialah RM18.

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

(4)

Akaun Belian Azhar

(Pembetulan kesilapan: Belian daripada Azhar sebanyak RM120 silap catat sebagai RM102 dalam kedua-dua akaun)

18

18

Akaun Belian Azhar (kesilapan) RM102

Azhar (pembetulan) 18

Akaun Kadar Bayaran

Belian (kesilapan) RM102 Belian (pembetulan) 18 (d) Kesilapan Komisen

Kesilapan ini berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam akaun perorangan yang salah. Contoh 4:

Jualan kepada Lisa sebanyak RM88 tersilap catat ke dalam Akaun Lina. Catatan dalam Akaun Jualan adalah betul.

Lina

Lina RM88

Pembetulan Kesilapan:

Untuk membetulkan kesilapan ini,

(a) Catatan dalam akauan yang salah dibatalkan dengan satu catatan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama.

(Akaun Lina dikreditkan dengan RM88 untuk membatalkan catatan itu) (b) Rekodkan catatan yang betul.

(Akaun Lisa didebitkan)

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Lisa Lina

(Pembetulan kesilapan: Jualan kepada Lisa tersilap catat dalam Akaun Lina)

RM 88 RM 88 Lina Jualan RM88 Lisa RM88

(5)

(kesilapan) (pembetulan) Lisa

Lina RM88

(pembetulan)

(e) Kesilapan Songsang/Terbalik

Kesilapan ini berlaku apabila catatan bergu telah diterbalikkan walaupun dicatat ke dalam dua akaun yang betul.

Contoh 5:

Ambilan tunai RM60 telah didebitkan ke dalam Akaun Tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun Ambilan. Akaun Ambilan Tunai RM102 Akaun Tunai Ambilan RM102 Pembetulan Kesilapan:

Untuk membetulkan kesilapan ini, batalkan catatan yang salah dengan satu catatan di sebelah yang bertentangan dengan amaun dua kali ganda daripada amaun asal yang direkodkan (kerana menggunakan amaun asal cuma membatalkan kesilapan sahaja).

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Akaun Ambilan Akaun Tunai

(Pembetulan kesilapan: Membetulkan ambilan tunai yang dicatat secara songsang)

RM 120 RM 120 Akaun Ambilan Tunai RM120Tunai RM60 (pembetulan) (kesilapan) Akaun Tunai Ambilan RM60 Ambilan RM120 (kesilapan) (pembetulan)

(f) Kesilapan Saling Mengimbangi

(6)

(a) Sebelah debit sahaja (b) Sebelah kredit sahaja (c) Sebelah debit dan kredit Contoh 6(a): sebelah debit sahaja

Gaji sebanyak RM350 telah direkod sebagai RM300 manakala insurans sebanyak RM600 telah direkod sebagai RM650.

Pembetulan Kesilapan 6(a):

Akaun Gaji Tunai (kesilapan) RM300 Tunai (pembetulan) 50 Akaun Insurans Tunai RM650 Tunai RM50 (kesilapan) (pembetulan) Contoh 6(b): sebelah kredit sahaja

Sewa diterima RM2 000 tertinggal dalam buku manakala jualan RM20 000 telah direkodkan sebagai RM22 000.

Pembetulan Kesilapan 6(b):

Akaun Sewa Diterima

Tunai RM300

Akaun Insurans

Tunai RM2 000 Tunai RM22 000

(pembetulan) (kesilapan) Contoh 6(c): sebelah debit dan kredit

Komisen diberi sebanyak RM250 dan komisen diterima sebanyak RM350 masing-masing terlebih catat sebanyak RM50.

Pembetulan Kesilapan 6(b):

Akaun Komisen Diberi

Tunai RM250 Tunai RM50

(kesilapan) (pembetulan)

Akaun Komisen Diterima

(7)

(pembetulan) (kesilapan) Kesilapan Ketara Dalam Imbangan Duga

1. Kesilapan ketara berlaku apabila jumlah debit Imbangan Duga berbeza daripada jumlah kreditnya.

2. Jenis-jenis kesilapan yang ketara dalam Imbangan Duga adalah seperti yang berikut: (a) Catatan Bergu Tidak Lengkap

Kesilapan ini berlaku apabila terdapat ketinggalan catatan debit atau catatan kredit bagi sesuatu urus niaga.

Contoh 7:

Terima cek daripada Rose RM600 didebitkan dalam Buku Tunai sahaja. Tiada catatan dibuat dalam akaun Rose.

Pembetulan Kesilapan:

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Akaun Tergantung Rose

(Pembetulan kesilapan: Terima cek sebanyak RM600 daripada Rose terlupa direkod dalam Akaun Rose)

RM 600 RM 600 Akaun Rose Bank RM300

(b) Amaun yang didebitkan berbeza dengan amaun yang dikreditkan Contoh 7:

Belian tunai RM506 telah didebitkan dengan betul dalam Akaun Belian tetapi dikreditkan dalam Buku Tunai sebagai RM560.

Pembetulan Kesilapan:

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Belian

Akaun Tergantung

(Pembetulan kesilapan: Belian tunai sebanyak RM506 silap

RM 54

RM 54

(8)

catat sebagai RM560 dalam Buku Tunai )

Akaun Belian

Tunai RM300

(c) Urus niaga direkod dua kali di sebelah yang sama

Kesilapan ini berlaku kerana kedua-dua akaun yang berkenaan telah didebitkan atau dikreditkan

Contoh 8:

Ambilan tunai RM200 telah direkod dengan betul di sebelah kredit dalam Buku Tunai tetapi juga dicatat di sebelah kredit Akaun Ambilan.

Pembetulan Kesilapan:

Jurnal Am

Butir Debit Kredit

Akaun Ambilan Akaun Tergantung

(Pembetulan kesilapan: Membetulkan ambilan tunai catat di sebelah kredit Akaun Ambilan )

RM 400

RM 400

Akaun Ambilan

Tunai (pembetulan) RM400 Tunai (kesilapan) RM200

Cara Pembetulan Kesilapan-kesilapan

1. Untuk membetulkan semua kesilapan, sediakan satu jurnal am dan membuat pembetulan melalui jurnal am.

2. Selepas membuat pembetulan melalui jurnal am, Akaun Tergantung disediakan untuk membuat pelarasan kesilapan ketara sahaja.

3. Akhirnya, sediakan satu penyata penyelarasan untung bersih untuk menghitung untung bersih yang betul. Hanya kesilapan dalam Akaun Nominal sahaja membuat pelarasan dalam penyata tersebut kerana Akaun Nominal akan memberi kesan terhadap untung bersih.

Contoh 9:

Imbangan Duga yang disediakan untuk sesebuah perniagaan pada 31 Disember 2009 menunjukkan jumlah baki debit telah melebihi jumlah baki kredit sebanyak RM130. Amaun

(9)

ini telah dimasukkan ke dalam Akaun Tergantung.

Apabila Lejar perniagaan disemak, kesilapan-kesilapan berikut telah dapat dikesan: (a) Jualan kredit sebanyak RM750 kepada S.Samy telah didebit ke dalam Akaun S.Sany. (b) Diskaun diberi sebanyak RM350 telah dikredit ke dalam Akaun Diskaun Diterima. (c) Satu jualan kredit sebanyak RM500 kepada Tanli telah didebit ke dalam Akaun Tanli

tetapi catatan kreditnya tertinggal.

(d) Belian alat tulis sebanyak RM200 telah salah didebit ke dalam Akaun Alat Pejabat. (e) Satu belian secara tunai sebanyak RM850 telah didebit ke dalam Akaun Belian dengan

RM580.

(f) Sewa yang diterima sebanyak RM300 telah didebit ke dalam Akaun Sewa. Catatan yang betul telah dibuat ke dalam Akaun Tunai.

Dikehendaki:

(a) Catatan-catatan Jurnal untuk membetulkan semua kesilapan di atas. (b) Akaun Tergantung untuk menunjukkan semua pelarasan yang perlu dibuat.

(c) Jika untung bersih sebelum kesilapan atas dibetulkan adalah RM26 280, sediakan penyata untuk menghitung untung yang betul.

Penyelesaian:

(a) Jurnal Am

Tarikh Butir Debit

(RM) Kredit (RM) 2009 Dis. 31 S.Samy S.Sany

(Pembetulan kesilapan: Jualan kredit kepada S.Samy sebanyak RM750 tersilap catat ke dalam Akaun S.Sany)

750

750

Dis. 31 Akaun Diskaun Diberi Akaun Diskaun Diterima

Akaun Tergantung

(Pembetulan kesilapan: Diskaun diberi sebanyak RM350 tersilap catat ke dalam Akaun Diskaun Diterima)

350 350

350

Dis. 31 Akaun Tergantung Akaun Jualan

(Pembetulan kesilapan: Jualan kredit sebanyak RM500 terlupa catat ke dalam Akaun Jualan)

500

500

Dis. 31 Akaun Alat Tulis Akaun Alat Pejabat

(Pembetulan kesilapan: Belian alat tulis tersilap catat ke dalam Akaun Alat Pejabat)

200

200

Dis. 31 Akaun Belian

Akaun Tergantung

(Pembetulan kesilapan: Belian sebanyak RM850 tersilap catat

270

(10)

sebagai RM580 dalam Akaun Belian) Dis. 31 Akaun Tergantung

Akaun Sewa

Akaun Sewa Diterima

(Pembetulan kesilapan: Sewa diterima sebanyak RM300 tersilap direkod ke dalam Akaun Sewa)

600

300 300

Akaun Tergantung

2009 RM 2009 RM

Dis. 31 Jualan 500 Dis. 31 Perbezaan dalam buku 130

Sewa 600 Diskaun Diberi 350

Diskaun Diterima 350

Belian 270

1 100 1 100

Kesan-kesan Kesilapan terhadap Untung:

1. Segala kesilapan dalam Akaun Nominal yang menyebabkan untung meningkat, maka akaun tersebut harus ditolak dengan untung bersih yang sebelum diselaraskan.

2. Segala kesilapan dalam Akaun Nominal yang menyebabkan untung menurun, maka akaun tersebut harus ditambah dengan untung bersih yang sebelum diselaraskan.

Penyata untuk menyeleraskan untung

RM

Untung bersih sebelum pelarasan dibuat 26 280

Tambah: Jualan tertinggal 500

Sewa diterima tersilap catat ke Akaun Sewa 600 27 380 Tolak: Diskaun diberi tersilap catat ke Akaun Diskaun Diterima 700

Belian alat tulis tersilap catat ke Akaun Alat Pejabat 200 (a) Jualan ↑ Untung ↑ (b) Kos ↑ Untung ↓ (c) Hasil ↑ Untung ↑

Jualan ↓ Untung ↓ Kos ↓ Untung ↓ Hasil ↓ Untung ↓ (d) Belanja ↑ Untung ↓

(11)

Belian sebanyak RM850 tersilpa catat sebagai RM580

dalam Akaun Belian 270

Untung bersih yang betul 26 210

Soalan-soalan STPM STPM 2002:

Imbangan Duga yang seimbang tidak bermakna bahawa urus niaga telah direkodkan dengan betul. Nyatakan tiga kemungkinan kesilapan yang berlaku semasa perekodan urus niaga.

Referensi

Dokumen terkait

Kemampuan proteksi anoda korban paduan seng terhadap pelat baja disebabkan karena adanya perbedaan komposisi paduan tetapi adakalanya di lapangan ditemui pelat

Turunnya indeks yang diterima petani lebih dipengaruhi oleh penurunan pada subkelompok palawija sebesar 0,69 persen sedangkan naiknya indeks yang dibayar dominan

2. * *er eru usa saka kan n pe pert rtuk ukar aran an gas berhubungan dengan gas berhubungan dengan retensi sekret, proses retensi sekret, proses weaning, setting weaning,

Uji validitas dan reliabilitas selanjutnya yaitu pada penyebaran kuesioner pada semua pegawai Kantor Pelayanan Pajak Pratama Wonosari Yogyakartayang berjumlah 63 responden

Morfologi telur cacing A scaris yang diidentifikasi dari sampel feses babi dalam penelitian ini dapat dilihat pada (Gambar 1a.).. yang diidentifikasi sebagai

Berdasarkan ketentuan Peraturan Perundang-undangan tersebut, secara bersama-sama membuat Kesepakatan Bersama tentang Tata Cara Penyerahan Hasil Pemeriksaan Badan Pemeriksa

a. Guru membagi siswa menjadi beberapa kelompok. Guru menjelaskan tujuan pembagian kelompok. Guru memberikan tugas untuk dikerjakan pada setiap kelompok. Guru membimbing