• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perubatan Tradisional Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perubatan Tradisional Melayu"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Ubatan tumbuh-tumbuhan

Masyarakat melayu di negara ini telah lama meyakini perubatan dan rawatan tradisional. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk-produk ubatan tradisional Melayu dipasarkan serta mendapat sambutan meluas di seluruh negara. Mereka percaya bahawa perubatan dan rawatan tradisonal Melayu merupakan kaedah paling selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang boleh di perolehi di sekeliling tempat kediaman dan hutan belantara atau di kawasan pendalaman. Satu lagi faktor perubatan dan rawatan tradisional Melayu mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah kerana ianya lebih murah berbanding dengan rawatan dan perubatan lain.

Dianggarkan pada masa ini lebih daripada 13,000 jenis tumbuh-tumbuhan berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan bagi menyembuhkan berbagai penyakit. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika seperti Malaysia. Menurut kajian Universiti Sains Malaysia, terdapat lebih daripada 2000 hingga 3000 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia telah digunakan bagi tujuan perubatan moden dan tradisional. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terkenal di dunia yang kaya dengan tumbuhan semulajadinya dan dikaitkan dengan nilai perubatan.

Upacara perbomohan

Pada prinsipnya, amalan perbomohan menurut perspektif Islam mestilah didasari dengan sumber-sumber yang pasti sama ada dari al-Quran dan al-Sunnah serta sumber-sumber-sumber-sumber perundangan yang diiktiraf oleh Islam. Sekiranya berlaku kontradiksi dengan prinsip akidah Islam maka amalan tersebut dianggap terkeluar dari landasan Islam. Sebagai contoh dalam amalan mantera dan jampi serapah, kandungan isi mantera perlu jelas dan terang dan perkataan yang digunakan tidak mengandungi konotasi atau elemen yang mempersekutukan kekuasaan Allah.

Penggunaan perkataan roh, penunggu atau makluk lain dengan tujuan bersahabat atau meminta bantuan tidak dibenarkan dalam amalan perubatan. Rawatan yang menggunakan bantuan makluk seperti jin atau umumnya dikenali sebagai syaitan bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Justeru itu, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah di samping usaha-usaha yang dilakukan.

(2)

SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL

Sejak beberapa abad yang lampau perubatan dan rawatan tradisional Melayu telah menjadi suatu tradisi dan merupakan cabang ilmu perubatan. Ia sering di kaitkan dengan zaman kegemilangannya. Bomoh dan Tok Dukun telah menjadi pilihan masyarakat melayu pada masa itu untuk mendapatkan rawatan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman). Bomoh dan Tok Dukun telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi orang terpenting bagi mengubati penyakit. Masyarakat amat percaya dan mempunyai keyakinan dengan amalan perubatan dan rawatan Bomoh dan Tok Dukun.

Pengamal perubatan tradisional Melayu (Bomoh dan Tok Dukun) banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara turun-temurun. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu. Walau bagaimanapun perubatan dan rawatan jenis ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar penyakit yang terkandung di dalam diri pesakit berkenaan. Rawatannya adalah bagi membersihkan si pesakit daripada unsur-unsur penyakit sehinggalah sembuh. Dengan itu bahan-bahan semulajadi ciptaan tuhan digunakan bagi mengubati penyakit si pesakit. Antaranya yang paling kerap digunakan adalah daripada jenis tumbuh-tumbuhan dan herba.

Pernah pada suatu ketika perubatan dan rawatan tradisional Melayu menjadi tidak popular di kalangan masyarakat Melayu. Ini disebabkan penemuan kaedah-kaedah perubatan dan rawatan yang lebih moden dan saintifik. Kaedah perubatan dan rawatan seperti ini lebih di percayai oleh kalangan golongan bangsawan dan para cendiakawan. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu terpaksa bersaing dengan amalan perubatan dan rawatan baru ini. Pada masa yang sama kaedah perubatan dan rawatan sepertialopati, homeopati, naturopati, oesteopati dan sebagainya telah mulai berkembang dan bercambah. Pada zaman penjajahan amalan perubatan dan rawatan alopati sangat popular sehinggakan amalan perubatan dan rawatan tradisional Melayu di lupai. Masyarakat lebih mempercayai perubatan dan rawatan moden yang di bawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik dan lengkap.. Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan dan rawatan tradsional Melayu mulai mendapat tempat di hati masyarakat di negara kita. Masyarakat lebih menggemari perubatan dan rawatan tradisonal Melayu yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun. Mereka lebih menyenangi perubatan dan rawatan tradisional Melayu yang menggunakan sumber semulajadi terutama sekali daripada tumbuh-tumbuhan.

(3)

FALSAFAH PERUBATAN DAN RAWATAN TRADISIONAL

Dalam perubatan tradisional Melayu falsafah asas yang di gunakan ialah penjagaan kesihatan itu lebih baik daripada rawatan penyakit. Ini adalah selari dengan konsep perubatan dan rawatan Islam. Oleh itu setiap manusia di galakkan mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara mengamalkan kesihatan diri samada daripada bentuk fizikal atau mental. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, seseorang itu di galakkan melakukan senaman di awal pagi. Ini amat penting bagi menggerakkan sebahagian daripada anggota badan selepas bangun daripada tidur.

Selain daripada itu penjagaan kesihatan dalam perubatan tradisional Melayu ialah melalui amalan petua. Petua terdiri daripada dua aspek iaitu amalan suruhan dantegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan dari segi jenis, kuantiti dan juga dari segi khasiat yang terdapat pada tumbuhan. Petua-petua dari segi pemakanan dan kesihatan bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan daripada serangan penyakit dan keuzuran. Sementara amalan tegahan ialah menghalang si pesakit daripada memakan makanan tertentu semasa ‘rawatan’ yang dikenali sebagai berpantang. Ia bertujuan untuk memelihara agar kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.

Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca penyakit kepada yang bersangkutan dengan darah dan angin. Darah dan angin merupakan dua elemen utama dalam tubuh seseorang. Kedua-dua elemen berkenaan terdapat di dalam makanan seharian. Jika kedua-duanya berada di dalam keadaan baik, maka baiklah kesihatan individu berkenaan.

Darah adalah eleman utama yang mengandungi khasiat makanan untuk pertumbuhan dan kesihatan fizikal. Darah perlu ‘panas’ tetapi tidak boleh berlebihan. Panas di dapati daripada unsur ‘api’. Jika ‘api’ seseorang itu boleh lumpuh atau mendapat barah. Angin juga berada di dalam badan dan disalurkan melalui urat. Namun terlalu banyak angin akan menyekatkan perjalanan darah dan ini akan menganggu kesihatan. Sehubungan dengan itu kaedah pengurutan juga di lakukan bagi menolak ‘angin’ dan merangsang perjalanan darah dan urat. Pengurutan biasanya di lakukan di bahagian-bahagian badan yang terlibat dengan kerja-kerja berat, seperti tangan, kaki dan belakang tubuh. Mengurut di lakukan dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin yang di perbuat daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang diketahui mempunyai khasiat ‘panas’. Tumpuan utama dalam amalan pengurutan dilakukan terhadap perempuan lepas bersalin. Di samping itu mereka juga digalakkan mengambil ramuan tumbuhan untuk dimakan dan disapu pada badan. Ramuan ini dimakan dan berfungsi untuk mengeluarkan angin daripada urat.

(4)

TUMBUHAN DAN PENYAKIT

Dalam perubatan dan rawatan tradisional Melayu, penggunaan tumbuhan adalah amat meluas. Ia digunakan apabila penyakit di kenalpasti mengikut nama sifat dan zatnya. Kebanyakkan pengamal perubatan dan rawatan tradisional Melayu berpendapat khasiat perubatan terletak terutama pada akarnya. Bagi tumbuhan yang berubi terletak pada ubinya. Mereka meletakkan zat tumbuhan kepada tiga iaitu, Zat Besi, Zat Kawi dan Zat Kapur. Zat Besi ialah untuk menguatkan darah. Zat Kapur untuk menyejukkan badan dan Zat Kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh.

Di antara tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kesan ubatan ialah Daun sireh (Piper betel), Serai wangi (Cymbopogun nardus), Cekur (Kaempferia galanga), pokok pinang (Areca catechu), kunyit (Curcuma domestica), mengkudu (Morinda citrifolia), lobak putih (Raphanus sativus), halia (Zingiber officinale), daun tutup bumi (Elephantopus scaber).

(5)

a. Sireh – Piper betel

Sireh (Piper betel) sampai ke Nusantara Melayu dari negara asalnya iaitu India dan Sri Lanka oleh pedagang-pedagang India. Terdapat 5 jenis sireh yang biasa digunakan di dalam perubatan dan rawatan tradisional. Di antaranya ialah sireh Melayu (kampung), sireh China (lada), Sireh India (keling), sireh Hutan (hitam), sireh Hantu (ubat). Namun dalam kajian perubatan moden, memakan sireh boleh menyebabkan penyakit kanser mulut, hidung dan perut. Ini menjadikan amalan memakan sireh semakin di tinggalkan oleh masyarakat India dan Melayu. Tafsiran ini di sandarkan kepada tabiat orang India yang memakan sireh tanpa mengikut peraturan dan rumusan asal serta memakan terlalu banyak dalam seharian. Jika keadaan ini tidak diperbetulkan maka ia amat merugikan kerana menghilangkan rahsia dan fungsi sebenar daun sireh. Kajian dan penerangan perlu dilakukan bagi menggalakkan masyarakat memakan sireh dengan tatacara yang betul. Ini kerana resipi sireh mempunyai khasiat

seperti:-• Memecahkan angin berkumpul dalam sistem dan melegakan keadaan perut dan melepaskan angin • mulut (sendawa) dan dubur (kentut).

• Merangsangkan sistem ke arah kstabilan (hormon). • Pembersih darah dan angin kotor.

• Mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi. • Pencegahan hamil.

(6)

• Sebagai solekan - penjagaan kulit dan rambut.

• Mengubati sakit kepala, migrane, darah tinggi dan penyakit yang boleh menyebabkan penyakit kepala.

• Merawat bengkak zakar. • Merawat bengkak payudara. • Mengurangi pengeluaran susu ibu.

• Merawat penyakit panau, keputihan, gatal ditempat sulit. • Penyakit kulit, otot, sendi dan kayap.

• Mengubati haid yang tidak teratur.

• Perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi.

• Mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran darah. • Boleh menghilangkan bau nafas yang busuk melalui mulut.

b. Serai atau lemongrass (Graminae)

Serai (Cymbopogon sp.) boleh di kelaskan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar besar. Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagiannya seperti daun, batang, akar, minyak dan bunga berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan Terdapat dua jenis serai yang biasa digunakan oleh pengamal perubatan dan rawatan tradisional untuk dijadikan ubatan iaitu serai biasa (Cymbopogon citratus) dan serai wangi (Cymbopogon nardus).

(7)

Daun Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya

ialah:-• Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.

• Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.

• Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.

• Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

Batang dan akar pokok serai digunakan

untuk:-• Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).

• Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.

• Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.

• Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.

• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

Minyak Serai digunakan dalam

pembuatan:-• Kosmetik.

(8)

• Pencegah nyamuk dan gigitan bisa. • wangi, syampu dan losyen.

Bunga Serai sering di gunakan

bagi:-• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang. • Penyegar dan pelembab kulit (awet muda). • Kesihatan dan kesegaran rahim.

c. Rempah Ratus

Tumbuhan yang dikenali dengan nama rempah ratus banyak digunakan untuk penjagaan kesihatan. Kegunaannya bergantung pada sifat setiap jenis tumbuhan berkenaan. Sebagai contohnya, lada merah, halia (Zingiber offinale), jintan putih, jintan hitam, biji sawi dan kayu manis yang mempunyai sifat panas (hangat) dan kering. Dengan sifat-sifat yang di ketahui pada tumbuhan berkenaan, ia digunakan bagi bertujuan memecah angin, menghilangkan sejuk, menghancurkan lendir dan menyembuhkan selsema dalam perubatan dan rawatan tradisional Melayu. Sementara ketumbar, manjakani dan pinang yang sejuk kering sifatnya telah digunakan bagi menyembuhkan penyakit hangat, melancarkan perjalanan darah haid dan mengukuhkan gigi.

(9)

CONTOH PENYAKIT DAN UBAT

Resdung

Penyakit ini merupakan sejenis penyakit hidung yang mempunyai pelbagai simpton bergantung kepada individu-individu berkenaan. Ada yang mengalami kesesakan bernafas dan ada juga yang sentiasa bersin terutamanya di waktu pagi. Cara merawatnya adalah ambil enam helai daun limau purut dan enam helai daun limau nipis. Tumbuk daun ini bersama-sama dan dibakar pada nyalaan api untuk menghasilkan asap dan baunya. Asap yang terhasi disedutkan melalui hidung dengan menarik nafas yang panjang dan dihembuskan nafas keluar melalui mulut.

Sakit gigi

Rawatan: Ambil tempurung kelapa , dibakar dan kemudianya ditelangkupkan sebuah bekas plastik atau kaca ke atasnya. Tujuannya adalah untuk menghasilkan wapnya atau abu minyak pada bekas tersebut. Calitkan wap tersebut dengan kapas yang kecil dan letakkan kapas tersebut digigi yang sakit.

Senggugut

Bahan: Lima helai daun ati-ati , 3 cm ubi bemban ,satu camca kecil abu dan satu gelas air. Daun ati-ati dan ubi bemban ditumbuk dan dicampurkan dengan abu. Dan kemudiannya dimasukkan dalam satu bekas berisi air. Separuh dari larutan tadi diminum ketika sakit dan sebahagian yang lebih itu kira-kira lima jam kemudiannya.

Sembelit

Ramuan: 2 biji nenas masak. Nenas yang telah dibasuh ,diparut dan perahkan airnya. Simpan dalam bekas di dalam peti ais. Airnya diminum sebanyak satu cawan dua kali sehari.

Kurap

Rawatan: 11 – 13 helai daun ketapang, 1 camca kecil kapur sirih. Tumbukkan dan lenyekkan daun ketapang bersama-sama dengan kapur sehingga lumat. Sapukan ubat tadi pada tempat yang dijangkiti iaitu 2 – 3 kali sehari bergantung kepada besarnya kawasan jangkitan dan biarkan ia kering sendiri.

(10)

Kurang nafsu makan

Bahan: 3 cm bahagian ubi lempuyung , 3 cm bahagian ubi cekur, 3 cm bahagian ubi temu kuning. Tumbukkkan keseluruhan ramuan hingga lumat dan perahkan airnya ke dalam satu bekas. Minum air hasil tumbukkan pada setiap pagi.

Penyakit angin

Orang yang menghidapi penyakit angin dan sering merasa sejuk perlu minuman campuran berikut tiap-tiap hari. Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam . Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. Campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu . Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. Sebuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ubat ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk.

Barah

Barah yang baru menyerang mungkin dapat diubati dengan mengambil sehelai daun sirih yang disapu dengan sedikit kapur sirih. Daun sirih itu dijampi terlebih dahulu sebelum disapukan pada bahagian yang ditumbuhi barah. Jampi ubat barah adalah seperti berikut:

Bis’mi’llahi r-rahami,r-rahim, kayu aras, darah babi, pecah darah, pacah bisul. Banyak susu basi yang jadi berkat La ilaha I lla llah Muhammadu ‘r- rasulu llah.

Daun sirih yang telah dijampi itu hendaklah disapukan pada barah di waktu matahari terbenan hampir terbenam (senja). Pengubatan ini dilakukan selama 3 hari berturut-turut.

Bisul

Bahan untuk mengubati bisul adalah sama seperti pengubatan barah tetapi jampi yang digunakan adalah seperti berikut:

Bis’m’llahi r-rahami, r-rahim, kerasak kerisik rat gigitir, daging jangan masak, urat jangan tagincit, berkat akan menjampi ubat tawan bisul, berkat La ilaha I lla llah Muhammadu ‘r-rasulu llah.

(11)

Sirih tadi disapukan disekeliling bisul. Bahagian mata bisul ditinggalkan tanpa disapu. Lakukkan tiap-tiap hari sehingga bisul pecah dengan sendirinya.

Batuk berdarah

Pokok cili api sangat berguna dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok cili api yang telah mati dan kering perlu disimpan untuk digunakkan sebagai ubat. Seseorang yang menderita batuk berdarah boleh diubati dengan menggunakan akan cili api yang telah kering. Akar cili api tidak kira berapa banyaknya direndam dalam air sejuk selama semalam. Air rendaman itu diminum tiap-tiap pagi dan malam sehingga penyakit itu benar-benar sembuh.

Ubat bau badan dan darah kotor

Bau badan yang tidak sedap dapat diatasi dengan membiasakan diri memakan daun selasih sebagai ulam. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak ulam ini dapat melancarkan atau menyegerakan keluarnya darah kotor.

Mudah bersalin

Ubat yang akan diterangkan dibawah ini dapat digunakan untuk mmpercepatkan proses bersalin atau sekiranya ibu belum sampai lagi masanya untuk bersalin maka ubat ini akan menyembuhkan segera kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu. Bahan-bahan yang diperlukan ialah 10 biji lada putih , sebiji garam jantan, 3 – 4 inci halia dan 2 sudu besar gula merah. Halia tersebut hendaklah ditumbuk atau diparut terlebih dahulu. Air perahannya dimendapkan terlebih dahulu kemudian di bubuh didalam gelas lain dan dicampur dengan bahan-bahan selebihnya. Air perahan ini mestilah sekurang-kurangnya suku cawan atau seruas jari manis. Sekiranya air halia itu masih kurang dari suku, maka halia perlu ditumbuk lagi untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan itu. Ubat ini diminum apabila ibu-ibu mengalami kesakitan yang agak teruk.

Darah tinggi

Darah tinggi merupakan penyakit yang merbahaya. Penyakit ini sukar diubati oleh perubatan moden. Pesakit sering kali mengubati penyakit darah tinggi dengan menggunkan perubatan tradisional. Di samping berpantang mereka juga makan ubat-ubat yang pahit. Di antara tanda-tanda seseorang itu mengidap sakit darah tinggi ialah pening kepala yang berpanjangan, sering pitam dan bahagian-bahgian badan terasa sakit dan lemah. Sebelum istilah darah tinggi ini diketahui masyarakat Melayu mengenalinya

(12)

sebagai penyakit lemah. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin, berlemak dan daging kambing. Salah satu cara untuk mengubati adalah dengan minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.

Demam panas

Sakit demam panas dapat diubati dengan menggunakan beberapa jenis bahan iaitu beberpa helai daun tapak itik atau daun sedingin , daun bunga raya, sebiji bawang merah tunggal dan sebiji garam jantan. Bahan-bahan ini kemudian diramas didalam air. Air ramuan ini dijaram atau disapukan di kepada pesakit. Cara ini dilakukan beberapa kali sehingga pesakit tersebut merasa lega atau suhu badannya menurun.

Demam selsema

Caranya adalah dengan memconteng sedikit kunyit bersama sedikit kapur sirih. Kunyit ini diconteng seperti tanda ( + ) ini didahi, tapak kaki , tapak tangan dan dada. Selepas itu kunyit yang digunakan terus dibuang. Ubat ini bertujuan untuk menurunkan sesak nafas dan mengelakkan hidungnya tersumbat. Selain dari itu orang-orang tua, percaya kanak-kanak yang mendapat selsema kerana gangguan dari syaitan atau makhluk halus. Oleh itu syaitan akan menjauhkan diri dari kanak-kanak tersebut apabila kunyit disapukan pada bahagian tertentu badan.

Sakit kencing, gatal-gatal dan keputihan

Sakit kencing ialah sakit yang dialami oleh seseorang semasa membuang air kecil. Penyakit ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja . Penyakit gatal-gatal dan keputihan pula adalah penyakit yang sering terjadi kepada wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum. Keputihan juga sering kali disebut sebagai darah putih. Keputihan ialah lendir-lendir berwarna putih yang keluar dari rahim. Pesakit yang mengalaminya akan berkeadaan letih dan kurang bertenaga. Penyakit ini bertambah banyak apabila seseorang itu berada dalam runsing atau sedang menghadapi sesuatu maslah. Penyakit ini amat merbahaya sekiranya dibiarkan berlarutan. Penyakit ini dapat diubati dengan cara mengambil 7 helai daun sirih kerakap , 3 pucuk daun selasih dan seketul ibu kunyit . Bahan –bahan ini ditumbuk dan diperah airnya . Kunyit boleh ditambah lagi sekiranya air perahan belum cukup seruas jari manis. Perahan ini dicampur dengan sebiji garam jantan dan dimendapkan terlebih dahulu sebelum diminum tiap-tiap pagi dan malam. Di buat 3 hari berturut-turut .Sebelum minum pesakit perlu baca surah al Fatihah dan selawat

(13)

3 kali. Pesakit dilarang makan makanan yang terlalu berminyak dan gatat seperti udang, ikan kembung dan lain-lain serta makan makanan sejuk seperti betik dan labu.

Gatal kulit

Cara ubi bemban belanda atau bemban sualih. Ubi ini diparut mengikut keperluan penyakit kulit dan kemudian disapukan kebahagian-bahagian kulit yang berpenyakit. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat jerawat, membersihkan dan melicinkan kulit muka.

Gastrik

Gastrik peringkat awal : Caranya minum susu kambing dan mengamalkan minum madu sebanyak sesudu sehari sama ada di waktu pagi atau malam. Selain daripada itu pesakit disuruh makan sekepal nasi sejuk yang telah digaul dengan gula pada tiap-tiap pagi sebelum bersarapan.

Kencing manis

Penyakit ini merupakan suatu penyakit yang sangat sukar diubati oleh perubatan moden. Pesakit sering menemui maut akibat luka atau kudis yang tidak boleh sembuh. Bahagian –bahagian tertentu di badan kerap kali dipotong kerana luka yang tidak boleh sembuh. Pesakit dilarang makan makanan yang manis atau terlalu berkanji seperti nasi atau roti. Pesakit digalakkan makan makanan yang pahit seperti peria, jering, petai, pucuk pegaga dan lain-lain. Selain dari itu pesakit juga dilarang makan makanan yang berawet seperti sardin, buah-buahan dalam tin dan sebagainya. Ibu-ibu mengandung yang mengidap penyakit ini kerap kali mengalami keguguran. Kelahiran bayi pula berlaku ketika kandungan baru mencapai 7 bulan. Cara pengubatan adalah dengan menggunakan pokok periuk kera. Caranya ialah dengan merebus seluruh pokok periuk kera ini ikut sukatan yang berikut: Sepokok periuk kera ini digunakan untuk mendapatkan secawan air rebusan. Caranya ialah dengan rebus pokok periuk kera dengan 3 kali ganda air dari jumlah yang diperlukan. Air rebusan ini boleh diminum bila-bila masa seperti minum air teh atau kopi.

Luka

Caranya : Rumput sialah dicampur dengan sedikit kapur sirih. Ubat ini dijampi terlebih dahulu sebelum digunakan.

(14)

Mengeluarkan darah kotor selepas bersalin

Pokok mangkukkan. Air rendaman pokok mangkukkan ini digunakan untuk mengeluarkan darah kotor yang disebut sebagai ‘lungsur’. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai akar pokok mangkukkan kemudian dipotong kira-kira seinci atau 2 inici dan direndam semalaman di dalam air. Air hendaklah diminum pada tiap-tiap pagi sekurang-kurangnya selama seminggu. (Pokok ini sering digunakan sebagai penghias halaman atau pagar rumah. Daunnya digunakan untuk sebagai ubat penyubur rambut)

Perut kembung

Beberapa helai daun jarak, daun sirih dan daun bungkal udang. Kesemua bahan digunting atau dicincang halus, dicampur dengan minyak kelapa atau zaitun. Campuran hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Kemudian disapu ke perut pesakit semasa suam-suam panas.

Sakit mata

Titikan air perahan pucuk kacang belimbing atau kacang botol pada mata. Dilakukan selama 3 hari berturut-turut.

Sakit perut

Gunakan daun durian belanda. Pucuk durian belanda diambil kira-kira 3 atau 4 helai dan dicampur dengan sedikit air kapur sirih. Daun –daun ini dilenyekkan di tapak tangan dan terus disapukan di perut yang sakit.

Sakit pinggang

Layurkan sehelai daun bakung yang telah disapu dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan daun yang disapu minyak ini pada pinggang yang sakit.

Sejuk kaki dan kebas

Jika kaki tangan sering mengalami sejuk-sejuk dan kebas seseorang itu boleh mengamalkan ubat ini. Bahan : beberapa batang serai. Serai ini digiling lalu disapukan pada bahagian yang sejuk atau kebas. Pengubatan dilakukan pada tiap-tiap malam semasa hendak tidur dan tidak boleh kena air.

(15)

TOK BOMOH

Pengertian Tok Bomoh.

Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Termasuk juga dalam istilah ini ialah Tok Pawang dan dukun.

Pecahan-pecahan Tok Bomoh.

Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing-masing. Antara yang terkenal ialah

:-a. Tok Bomoh Kayap

Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.

b. Tok Bomoh Santau

Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.

(16)

Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.

d. Tok Bomoh Patah

Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.

e. Tok Bomoh Ekor

Tok Bomoh Ekor biasanya menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dan jampi serapah menyeru Jin dalam usaha untuk menghadirkan nombor ekor yang diingininya. Manakala peralatan yang sering digunakan ialah seperti telur ular tedung, cawat besi, keris atau senjata lama dan sebagainya.

f. Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit.

Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dalam usaha mereka menarik duit atau mencari harta karun yang tersembunyi di mana-mana. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti stareka cap kepala ayam, talam tembaga, batu delima merah, lesong batu berlubang, keris samar kucing dan sebagainya.

g. Tok Bomoh Urat/urut

Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.

h. Tok Bomoh Budak, Tok Bomoh kecil dan sebagainya

Tok Bomoh budak, Tok Bomoh kecil yang boleh berubat berbagai-bagai jenis penyakit yang pelik pelik tanpa belajar dari mana-mana, walaupun beliau masih kecil dan belum akhil baligh.

(17)

Senarai di atas adalah merupakan sebahagian daripada pecahan-pecahan Tok Bomoh dalam istilah masyarakat Melayu. Walaupun begitu masih banyak lagi pecahan Tok Bomoh yang tak dapat di terangkan dan dimasukan dalam tulisan ini kerana terlalu banyaknya pecahan tersebut.

Cara-cara menjadi Tok Bomoh dan seumpamanya.

Untuk menjadi Tok Bomoh dan sumpamanya, adalah melalui berbagai jalan dan caranya yang tertentu. Antaranya

:-a) Melalui warisan dari keturunan datuk neneknya atau melalui saka-baka, di mana datuk nenek atau keturunanya yang terdahulu pernah menjadi Tok Bomoh yang terkenal dan apabila mereka meninggal dunia maka ilmu perbomohan itu menurun atau mengalir terus ke dalam tubuh anakcucu mereka pula.

b) Mereka didatangi oleh Khadam yang menyerupai datuk neneknya dalam mimpi yang memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi -jampi atau mentera-mentera tertentu. Setelah diamalkan ayat-ayat atau jampi tersebut maka datanglah khadam-khadam tertentu untuk memberi pertolongan.

c) Melalui bacaan wirid, ayat, jampi, serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkanya.

d) Melalui amalan-amalan latihan pertahanan diri tertentu, ataupun daripada ilmu perlatihan pertahanan dirian yang dituntutnya.

(18)

e) Melalui pertapaan atau uzlah di tempat-tempat tertentu seperti di dalam gua, di muka kuala, di dalam hutan dan sebagainya sehingga dikunjungi oleh khadam-khadam yang bersyarat bagi menghasilkan hajatnya.

f) Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru-guru yang mempunyai khadam atau yang diamalkanya melalui kitab-kitab tertentu secara bersendirian.

g) Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab atau melihat cara orang lain berubat lalu di tirunya.

KESESATAN DALAM PERUBATAN

Kebanyakan kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan seumpamanya. Kesesatan tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama antaranya

:-Sesat Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang, Mak Bidan dan Mak Andam dan seumpamanya

Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya

(19)

Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah …………. Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti

:-Amalan Batin.

" Bismillahirrahmanirrahim."

Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining,

sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro,

berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Serapah lekat Tulang.

" Bismillahirrahmanirrahim."

Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku,

kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Serapah menepung Tawar

" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi,

Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi,

putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku,

dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Mentera Menepung Tawar.

" Bismillahirrahmanirrahim."

Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong,

(20)

ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas,

siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas,

Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terangterang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.

(21)

Kesesatan Tok Bomoh.

Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut. Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan. Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri. Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan perkara-perkara khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita. Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.

(22)

Kesesatan Tok Guru Latihan Pertahanan Diri.

Kesesatan boleh berlaku ke atas tok guru latihan pertahanan diri atau pendekar seni pertahanan diri jika mereka melakukan salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh syarak. Antaranya

:-a. Melalui kaedah " Mubai’at yang disertakan dengan kalimah Qasam atau sumpah-sumpah yang bertujuan kepada hikmah dan perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat.

b. Melalui petua-petua atau kaedah yang ada pantang larang yang menepati hukum syarak.

c. Melalui petua-petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat.

d. Melalui petua-petua atau kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa semata-mata tanpa mengharapkan pertolongan daripada Allah.

(23)

Kebiasaanya tok guru latihan pertahanan diri juga merupakan Tok Bomoh kerana di samping beliau mampu berlatihan pertahanan diri beliau juga biasanya mampu mengubati orang sakit. Kesalahan besar yang telah dilakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang sesat ini ialah sudahlah diri mereka sendiri telah tersesat melalui amalan-amalan yang sesat itu, kemudian mereka mengajarkan pula ilmu sesat itu kepada anak-anak muridnya, yang bukan saja mengamalkan ilmu tersebut, malahan juga akan turut tersesat sama. Jika kumpulan ini terus mengembangkan ilmu tersebut maka akan bertambah ramai lagilah orang yang akan tersesat. Kesalahan yang sering mereka lakukan ialah dari segi penggunaan jampi dan mentera yang digunakan dalam kebanyakan latihan pertahanan diri terdapat seruan-seruan terhadap bantuan Jin bagi memulakan latihan. Berbagai-bagai bentuk mentera dan jampi digunakan dalam pelbagai jenis latihan pertahanan diri, antaranya menyeru roh Panglima Hitam, atau roh-roh panglima panglima yang lain samada Hang Tuah atau Hang Jebat dan sebagainya.

Kesesatan dalam perbuatan dan permainan latihan diri pula ialah, terdapat sesetengah latihan pertahanan diri itu yang mensyaratkan pelatih pertahanan diri mestilah tidak sedarkan diri terlebih dahulu sebelum boleh menzahirkan perkara-perkara yang luar biasa, seperti melayang diatas pucuk pokok kayu, boleh melekat di dinding seperti cicak, boleh bertenggek di atas pucuk pisang seperti katak dan sebagainya. Perbuatan seperti itu sebenarnya menyalahi syarak kerana rohani Jin telah masuk kedalam tubuh pelatih pertahanan diri tersebut sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Pemulihan pula dilakukan dengan membaca jampi dan mentera tertentu oleh tok guru latihan pertahanan diri tersebut. Setelah sedar pelatih itu tidak ingat apa-apa dan merasa letih yang amat sangat.

(24)

KESIMPULAN PERUBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Tumbuh-tumbuhan

Jumlah tumbuhan yang mempunyai khasiat dan nilai ubatan di negara ini adalah sangat banyak. Banyak kajian secara saintifik dan konvensional di lakukan bagi mengenalpasti khasiat dan nilai ubatan bagi tumbuhanan berkenaan. Semoga kebaikan daripada khazanah semulajadi tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan insan sejagat.

Namun suatu masalah yang timbul ialah tiada keyakinan sebahagian besar di kalangan masyarakat mengenai sistem perubatan dan rawatan tradisional Melayu yang menggunakan tumbuh-tumbuhan. Pada hakikatnya pengamal perubatan tradisional Melayu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap tentang khasiat pelbagai jenis tumbuhan dalam rawatan penyakit. Bagi pengamal perubatan dan rawatan tradisional Melayu, mereka mempunyai hasrat untuk memajukan bidang perubatan dan rawatan tradisional Melayu ke tahap industri moden dan saintifik. Tetapi peranan yang boleh mereka mainkan sangat terbatas. Bagi mengatasi masalah tersebut, usaha bersama secara gabungan di antara pengamal, pengusaha, penyelidik dan perlaksana dasar kesihatan amat di perlukan. Pada masa ini usaha ke arah menggabungkan pelbagai pihak telah bermula dan kian dipergiatkan. Dalam usaha ini semua pihak seharusnya mengambil pendekatan yang dipercayai boleh membawa kejayaan. Mereka perlu mencontohi kaedah-kaedah yang dilakukan di negara yang telah terbukti berkeupayaan mencapai matlamat yang dirancang.

Perbomohan

Setelah dianalisis amalan perbomohan Melayu tradisonal kebanyakannya bersumberkan kepada sistem perubatan Nabi. Meskipun begitu, terdapat juga amalan perbomohan di kalangan pengamal perubatan tradisional Melayu masih lagi dipengaruhi dengan amalan nenek moyang yang mempunyai elemen magis. Malah segelintir individu bomoh masih menerima pakai amalan memohon bantuan makhluk halus, roh nenek moyang, roh para wali dan sheikh dalam merawat pesakit. Dalam istilah perbomohan, ketentuan ini dikenali sebagai “bersahabat” atau menggunakan perkhidmatan “khadam”. Ia bermaksud, bomoh akan meminta bantuan dari makhluk halus dalam proses penyembuhan atau untuk memudharatkan orang lain. Menurut al-Syahid Dr. Abdullah Yusuf Asma dalam bukunya “Akidah Asas Wawasan Ummah”, amalan ini jelas bercanggah dengan Islam.

(25)

Islam juga melarang sebarang bentuk kepercayaan yang mempunyai unsur-unsur khurafat dan tahyul kerana boleh menyebabkan seseorang itu cenderung kepada perbuatan syirik. Sebagai contoh, ada dalam kalangan individu berjumpa bomoh untuk mendapatkan pandangan tentang jodoh pilihannya kerana dibimbangi pasangan tersebut tidak akan bahagia. Malah ada yang sanggup berjumpa bomoh untuk menghancurkan kebahagian rumah tangga orang lain kerana bermotifkan dendam. Dalam soal ekonomi, individu tertentu mendapatkan bantuan bomoh untuk mendapatkan tangkal atau azimat supaya perniagaanya maju. Terdapat juga di kalangan peniaga mendapatkan pelaris, tangkal atau azimat yang berbentuk angka-angka atau rajah-rajah tertentu dan gambar seseorang tokoh bertujuan untuk menarik pelanggan ke premis perniagaanya. Selain itu, ada juga yang mendapatkan khidmat bomoh untuk merosakkan manusia seperti sihir dan santau. Semua amalan ini merosakkan akidah umat Islam dan dilaknat oleh Allah. Islam melarang sebarang bentuk pencerobahan ke atas jiwa manusia. Ini kerana objektif perubatan Islam adalah untuk tujuan kebaikan dan dilarang secara mutlak menggunakan ilmu tersebut untuk tujuan jahat seperti dendam, menakut-nakutkan orang lain atau untuk mendapat keistimewaan dalam kalangan masyarakat.

Referensi

Dokumen terkait

Menimbang, bahwa menurut Majelis Hakim tuntutan agar Putusan ini dapat dijalankan terlebih dulu meskipun ada upaya hukum verzet, banding maupun upaya hukum lainnya atau

Berbeda dari transaksi yang sebelumnya dilakukan oleh pelanggan M002, pada member M014 mendapat dua rekomendasi yang sesuai dengan kategori buku yang disukai, karena dalam

Seperti yang kita ketahui kecerdasan masing –masing anak memiliki kecerdasan berbeda-beda tetapi perlu kita sadari bahwa setiap anak nantinya mempunyai kecenderungan untuk

Fasilitas adalah salah satu komponen penting yang harus dikelola dengan baik, ekonomis dan efesien sesuai dengan prinsip-prinsip Manajemen Aset Fasilitas.

Setelah pengempaan berhasil dilakukan, minyak yang telah didapatkan masih terdapat sisa7sisa biji kemiri dan juga mengandung pengotor. Maka, dilakukan pemisahan agar

PENERAPAN MODEL INDUKTIF KATA BERGAMBAR DALAM PEMBELAJARAN MENULIS TEKS NARATIF PERSONAL.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu

Algoritma one time pad dapat digunakan untuk komunikasi yang rahasia dengan nilai yang tidak terlalu besar, namun pada skala yang besar, algoritma one time pad menjadi tidak

Rata-rata lama perawatan pasien diabetes mellitus dengan hiperglikemia berdasarkan jenis kelamin dan penggunaan insulin aspartam kerja cepat dan insulin reguler kerja pendek