62 Media Pengajaran Sains
UNIT 5
MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menyatakan maksud media dalam pembelajaran sains 2. Menyatakan kepentingan media pengajaran
3. Menilai pemilihan media dalam pengajaran
4. Mengintegrasikan media dalam pengajaran dan pembelajaran sains
PENGENALAN
edia atau perantara yang membawa maklumat dari penyampai ke penerima. Tujuan media untuk mempermudahkan dan menentukan keberkesanan dalam perhubungan. Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video, manipulatif (objek) dan manusia. Enam kategori adalah berasaskan bentuk ciri fizikal. Contoh maklumat yang disalurkan di TV dalam bentuk sekurang-kurangnya tiga kategori media terlibat iaitu teks, audio dan visual. Saluran buku teks tentulah dalam kategori media ia itu teks dan visual. Saluran telefon tentulah hanya dari kategori audio. Saluran internet mempunyai teks, audio dan video.
Media pengajaran adalah membawa maklumat mengenai bahan pengajaran yang menjadi keperluan untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah menjadi berkesan. Umumnya dalam mana-mana proses pengajaran keperluan media kerap menjadi keutamaan selari dengan keperluan untuk mencapai hasil pembelajaran. Pemilihan media pengajaran menjadi aktiviti pereka bentuk pengajaran atau guru dalam menentukan kesuaiannya dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.
Harapan lanjut jelas dalam FPSN: Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan “ Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memumpuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi (KMP, 2010). Penggunaan media pengajaran dijangka mampu meningkatkan perkembangan kognitif pelajar yang mempunyai keterampilan dalam penguasaan sains dan teknologi.
ISI KANDUNGAN
Media pengajaran sains dan keberkesanan pembelajaran
: Mengapakah media pengajaran perlu dalam pengajaran sains?
Media pengajaran bermaksud peralatan atau bahan yang menyalurkan maklumat pengajaran kepada pelajar. Media pengajaran berupaya meningkatkan minat menerima maklumat, meransang kefahaman dan mendorong untuk berfikir mengenai sesuatu maklumat. Kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara penggunaan media pengajaran dengan nilai pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar. Media mampu meningkatkan kefahaman dan menyokong pembelajaran pelajar. Media menjelaskan perkara abstak dalam sains. Media menarik minat pelajar untuk terus memberi perhatian dan tumpuan.
: Apakah yang bakal berlaku sekira pengajaran dan pembelajaran tanpa media pengajaran.
Apakah contoh-contoh media pengajaran ? Contoh media pengajaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti gambar, bahan bercetak, surat khabar, majalah, radio, rakaman audio, televisyen, rakaman video, realia, CD, internet dan computer. Penggunaan media pengajaran tradisi seperti papan hitam dan kapur kerap menjadi media pengajaran di bilik-bilik darjah pada masa dulu. Kini penggunaan papan putih dan marker telah banyak digunakan. Media pengajaran dari bentuk elektronik kerap digunakan di bilik kuliah atau makmal seperti penggunaan computer, internet dan projector LCD.
Sebagaimana yang pernah anda dipelajari dalam kursus KPD3026, media dapat diklasif sebagaimana Rajah 5.1.. Media pengajaran sains boleh diklaskan kepada dua iaitu media bukan cetak dan media cetak. Media bukan cetak boleh dib
media bukan tayang. Kesemua media pengajaran digambarkan mampu membawa maklumat sains. Perbezaan di antara nama
Apakah contoh bagi setiap
Jadual di bawah menyatakan contoh atas (Yusup, 1997)
MediaTayang
Media Pengajaran Sains
Sebagaimana yang pernah anda dipelajari dalam kursus KPD3026, media dapat diklasif Media pengajaran sains boleh diklaskan kepada dua iaitu media bukan
ia bukan cetak boleh dibahagikan kepada dua iaitu media tayang dan media bukan tayang. Kesemua media pengajaran digambarkan mampu membawa maklumat
Perbezaan di antara nama-nama mengikut jenis kerana perbezaan ciri fizikal.
Apakah contoh bagi setiap jenis media yang dinyatakan di atas?
Jadual di bawah menyatakan contoh-contoh bagi setiap jenis media yang dinyatakan di
Media Pengajaran
Media Bukan Cetak
MediaTayang Media Bukan
Tayang
Media Cetak
64 Media Pengajaran Sains
Sebagaimana yang pernah anda dipelajari dalam kursus KPD3026, media dapat diklasifikasi Media pengajaran sains boleh diklaskan kepada dua iaitu media bukan kepada dua iaitu media tayang dan media bukan tayang. Kesemua media pengajaran digambarkan mampu membawa maklumat
Bil Jenis Media Contoh
1 Media Tayang Kaku Transparensi, Slaid, Bahan web, Bahan PBK 2 Media Tayang Gerak Pita Video, Filem, Bahan web, VCD, DVD 3 Grafik Lukisan, Poster, Graf, Carta, Kartun 4 Gambar Kaku Foto, Kad imbasan, Poskad
5 Bahan Pameran Diorama, Boneka, Model, Spesimen, Realia, Mock-up 6 Media paparan Papan Putih, Papan Kapur, Papan Pameran, Papan
Buletin
7 Media Audio Pita Kaset, CD, mp4
8 Media Cetak Buku Teks, Modul, Akhbar, Majalah, Risalah, Nota 9 Media Lapangan Alam semula jadi: gunung- ganang, tanah, awan,
sungai, hujan dll.. Tempat menarik: Bandar Zoo, Muzium
10 Manusia Sumber kepakaran berasaskan pekerjaan: Saintis, tentera, bomba, penternak
: Apakah yang membezakan di antara media pengajaran sains sekolah rendah
dengan media pengajaran dalam mata pelajaran yang lain?
Perbezaan yang jelas di antara media pengajaran sains dengan bukan sains adalah maklumat yang dibawa oleh media pengajaran yang dipilih. Media pengajaran sains sekolah rendah wajar membawa maklumat pengajaran sekolah rendah. Sebagaimana digambarkan oleh Rajah 5.2.
Rajah 5.2
Rajah 5.2 menggambarkan guru bersama media pengajaran disertakan dengan kaedah yang dipilih menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sains. Media pengajaran sebagai contoh carta menunjukkan gambar keratan rentas sekuntum bunga dipaparkan oleh guru di hadapan pelajar mereka dalam menjelaskan bahagian-bahagian utama sekuntum bunga.
Guru Sains
Pelajar
Media Pengajaran Sains (maklumat sains) Dan Kaedah
66 Media Pengajaran Sains
Namun terdapat di mana dengan tanpa guru media pengajaran berkebolehan menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada pelajar dimana digambarkan sebagaimana Rajah 5.3. Dalam rajah ini media pengajaran berfungsi sepenuhnya membawa maklumat pengajaran sains langsung kepada pelajar menerusi media semata-mata tanpa ada kehadiran guru. Sebagai contoh bahan dalam bentuk media tayang seperti CD membawa maklumat latihan pelajaran sains di mana pelajar dengan sendiri memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukakan.
Bagaimana Media Dan Kaedah Pengajaran Mampu Mendorong Pembelajaran
Sains?
ejayaan sesuatu pembelajaran amat memerlukan bantuan dan sokongan. Pembelajaran sains sekolah rendah tidak boleh lari dari faktor yang menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran terutama kepada pelajar. Pelajar sekolah rendah hendaklah didorong secara berterusan untuk mempelajari sains. Penggunaan media pengajaran yang pelbagai dijangka mampu menguasai pembelajaran dengan memuaskan. Abd. Latif (2006) menyatakan terdapat perkaitan di antara penggunaan pelbagai media pengajaran dengan nilai pembelajaran pelajar. Keller (1983) mengenalpasti empat syarat bagi dipertimbang dalam perancangan pengajaran yang dikenali dengan ARCS( attention, relevance, confidence, satisfaction). Minat- bertujuan membangkitkan dan meningkatkan minat rasa ingin tahu, Releven- pengajaran seharus mampu menghubungkan dengan keperluan pengtahuan baru dengan pengetahuan sedia pelajar . Keyakinan – menentukan agar pelajar mempunyai keyakinan untuk mampu mengtahui dan memahami sesuatu pembelajaran dirancang berada kawalan pelajar. Kepuasan- mengabungkan ganjaran yang bersifat dalaman atau luaran dalam aktiviti pembelajaran supaya mampu meneruskan pembelajaran.
Media
pengajaran Pelajar
Maklumat Sains Sekolah Rendah Dan
Kaedah
Syarat dorongan Contoh Cadangan media dan kaedah A Minat- bertujuan
membangkitkan dan meningkatkan minat rasa ingin tahu
(Sumber:Laogiks.wordpress.com/2009/12/09/nasec-dan-tanah-runtuh)
Menggunakan gambar dan memaparkan kepada pelajar kejadian tanah runtuh. Dengan ini akan membangkitkan minat dengan pengalaman baru yang sebenar.
R Releven- pengajaran seharus mampu menghubungkan dengan keperluan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia pelajar
Gambar yang dipaparkan tadi mempunyai perkaitan dengan pembelajaran yang hendak diketengahkan katalah berkaitan dengan alam sekitar atau kesan pembangunan di luar kawalan. Minat yang dimulai peringkat awal dijangka memberi laluan kepada pembentukan pengetahuan baru kerana kerelevenan gambar dengan pengetahuan baru yang ingin disampaikan oleh guru.
Soalan lisan boleh membantu. Contoh a) Apakah yang ditunjukkan oleh gambar ini?. b) Pada pendapat anda jelaskan bagaimana ianya
68 Media Pengajaran Sains
berlaku? C Keyakinan – menentukan agar pelajar mempunyai keyakinan untuk mampu mengtahui dan memahami sesuatu pembelajaran dirancang berada kawalan pelajar.
Media yang dipaparkan mendorong pelajar untuk mendapatkan maklumat baru di bawah tajuk yang sama. Kesan tanah runtuh di Malaysia mempunyai persamaan dengan kesan tanah runtuh di luar negara atau lain-lain akibat dari kesan pembangunan seperti kematian ikan di sungai . Pembangunan ilmu pengetahuan baru terus dibina dari keyakinan pengetahuan yang baru yang diperolehi.
S Kepuasan- mengabungkan ganjaran yang bersifat dalaman atau luaran dalam aktiviti pembelajaran supaya mampu meneruskan pembelajaran
Dorongan pembelajaran wajar dikekalkan. Kata-kata pengukuhan seperti memberi perhatian personal, membenarkan atau memuji mampu meningkat rasa kepuasan sekira tercapai hasil pembelajaran atau perolehan yang melangkau apa yang diharapkan dari aktiviti pembelajaran terkawal.
Media dari kemahiran ICT boleh digunakan memaparkan kata-kata tahniah untuk sesuatu perolehan kejayaan.
Hubungan Penggunaan Media Pengajaran Dengan Teori Pembelajaran
Beberapa panduan unum berasaskan teori pembelajaran dalam kepentingan mempertimbangkan penggunaan media pengajaran.
Dorongan:
Dorongan adalah keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menimbulkan minat pelajar untuk menghubungkan pengetahuan sedia ada dengan pengatahuan baru. Maklumat dalam media pengajaran seperti penggunaan warna, animasi atau kandungan menarik wajar mampu mendorong pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran selanjutnya. Media lapangan
mempunyai keistimewaan dari alam semula jadi dan kagum dengan ciptaan tuhan wajar mendorong untuk terus belajar. Contoh kepelbagaian tumbuhan, tanah tanih, batu batan, kejadian hujan dan pelangi.
Perbezaan Individu:
Pelajar mempunyai kebolehan belajar pada kadar yang berbeza. Perbezaan ini kerana faktor kecedasan, tahap pengalaman, sahsiah, persekitaran. Maklumat yang dibawa oleh media pengajaran mampu memberi kefahaman. Pemilihan media pengajaran yang sesuai wajar diberi perhatian supaya maklumat dapat mengkonskritkan perkembangan kognitif yang ada.
Hasil pembelajaran: Pelajar yang dimaklumkan dengan hasil pembelajaran mengenai
penggunaan sesuatu media pengajaran memudahkan mereka mencapai kejayaan. Media pengajaran membawa maklumat khusus membolehkan hasil pembelajaran dicapai dengan berkesan.
Organisasi kandungan:
Media pengajaran disusun dengan baik mengambarkan susunan isi kandungan yang teratur. Dengan itu membentuk organisasi kandungan yang jelas seperti mengikut hairaki yang dapat memaparkan perkaitan antara sesuatu dengan yang lain.
Penglibatan:
Media pengajaran akan meningkatkan interaksi di antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Penglibatan pelajar menggukuhkan pembelajaran dengan lebih aktif untuk menjadi pembelajaran menyeronok dan berkesan.
Maklumbalas dan pengukuhan
Media pengajaran mempunyai ciri direkabentuk untuk memberi maklumbalas kepada pelajar. Maklumbalas yang segera membantu meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan penguasaan. Maklumbalas yang posiif mengerakkan ke arah penguasaan yang lebih lanjut dan maklumbalas negatif memberi peluang menambahbaik.
Latihan dan pengulangan
Media pengajaran mempunyai ciri yang boleh digunakan berulangkali. Media elektronik seperti CD atau web boleh dimainkan berulangkali sebagai latihan dan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran. Media lapangan dari alam semula jadi boleh dilihat berulang kali dan mentaksirkan kejadian dari sudut sains.
Pemilihan Media Pengajaran
: Bagaimanakah anda menentukan pemilihan media pengajaran
untuk pengajaran sains sekolah rendah
Sesorang guru sains mempunyai asas perancangan pengajaran dan pembelajaran
dimaksudkan adalah kebolehan mengintegrasi teori pembelajaran
Maka, guru di bilik darjah mempunyai pengetahuan professional yang dapat menentukan media yang dipilih mempunyai maklumat sesuai dengan
pertimbangan wajar hendaklah kesesuaian alatan atau bahan,
kimia. Anda boleh merujuk teks sebagai asas dalam Antaranya adalah sebagaimana c
•Tajuk sesuai •Isi kandungan benar •Persembahan Isi kandungan
yang menarik dan teratur •konsep yang mudah difahami • Tiada yang sensitif •Aras bahasa sesuai •Sumber sah
Kesesuaian
Media Pengajaran Sains
Pemilihan Media Pengajaran
Bagaimanakah anda menentukan pemilihan media pengajaran yang sesuai ran sains sekolah rendah?
Sesorang guru sains mempunyai asas yang kuat mengapa sesuatu media
ajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Asas yang kuat yang dimaksudkan adalah kebolehan mengintegrasi teori pembelajaran dengan kandungan pelajaran
uru di bilik darjah mempunyai pengetahuan professional yang dapat menentukan media ih mempunyai maklumat sesuai dengan hasil pembelajaran. Selain maklumat
wajar hendaklah dari aspek fizikal seperti keboleh lihatan, kesediaan jika berkaitan dengan penggunaan air, elektrik, haba dan bahan s sebagai asas dalam pertimbangan media pengajaran yang dipilih. adalah sebagaimana cataran pada rajah di bawah.
Kesesuaian
•Bunyi jelas •Visual jelas •Prinsip grafik diikuti •Warna yang berkesanTeknikal
• Selamat digunakan•Mudah diguna •Senang disimpan •Tahan digunaberulang kali
Fizikal
70 Media Pengajaran Sains
yang sesuai
dipilih dalam Asas yang kuat yang dengan kandungan pelajaran. uru di bilik darjah mempunyai pengetahuan professional yang dapat menentukan media Selain maklumat, erti keboleh lihatan, kesediaan, dan
haba dan bahan media pengajaran yang dipilih.
Integrasi media dalam pengajaran dan pembelajaran
Integrasi bermaksud mengabungkan kaedah dan media pengajaran dengan kandungan yang mata pelajaran sains sekolah rendah yang dirancang. Perkara utama lihat adalah apakah kandungan yang wajar dipelajari oleh pelajar. Kandungan semata kurang menarik jika tidak disertakan dengan kaedah dan media. Integrasi seharusnya menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran dan seterusnya kepada pencapaian objektif standard kurikulum sains. Rajah di bawah menggambarkan perkaitan perkara tersebut yang hendak diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
: Mengapakah guru perlu mengintegrasikan media dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah?
Pemilihan media merupakan keperluan dalam perancangan pengajaran. Pemilihan media bergantung kepada maklumat yang ingin dibawa. Maklumat yang dibawa hendaklah beketepatan dengan isi kandungan. Dengan itu isi kandungan yang dibawa oleh media pengajaran terplih wajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kurikulum standard sekolah rendah wajar dijadikan rujukan. Rajah di bawah menggambarkan keperluan untuk mencapai standard yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
72 Media Pengajaran Sains
OBJEKTIF (Standard Kurikulum Sains)
• Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan • Minat tentang dunia di sekeliling mereka.
• Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
• Meningkatkan daya kreativiti murid.
• Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains. • Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
• Menyemai sikap saintifik dan nilai murni. • Menyedari keperluan menjaga alam sekitar
KANDUNGAN
•Sains Hayat •Sains Fizikal •Sains Bahan •Bumi dan Sains
Angkasa •Teknologi dan Kehidupan
KAEDAH
•Eksperimen • Perbincangan • Simulasi •Projek •Kajian lapangan • Penyelesaian masalah •Lawatan •Maklumat pakarMEDIA
PENGAJARAN
•Komputer •Internet •Spisemen •Gambar•Kawasan luar bilik darjah •Alatan sains
OBJEKTIF
STANDARD
KURIKULUM
SAINS
Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Teknologi dimaksudkan sebagai peralatan dan bahan serta kaedah yang terpilih untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran sains menarik perhatian di samping membina kemahiran pengetahuan dan kemahiran saintifik. Dengan kata lain teknologi yang dicipta menjadi sumber pengajaran untuk menjadikan pembelajaran berkesan. Kebiasaan teknologi yang kerap digunakan adalah teknologi komputer. Komputer serta perisian yang tertentu mampu dikendalikan untuk menyediakan bahan persembahan yang menarik dan berupaya menggambarkan konsep dengan lebih jelas. Penggunaan perisian Powerpoint, Excel, Word dan Paint mungkin berguna memberi peluang guru menunjukkan sesuatu konsep dengan lebih baik di samping itu penggunaan teknologi internet meningkatkan keupayaan pembelajaran kendiri. Rajah di bawah memaparkan perkaitan teknologi-teknologi yang saling berkaitan bagi menentukan pengajaran dan pembelajaran berkesan Penggunaan Sumber Teknologi Dalam PP Sains Teknologi Perisian Aplikasi:MS Word, MS Powerpoint, MSExcel Teknologi Mencapai Mallumat: Internet, web,
CD, Bahan Cetak
Teknologi: Muat naik fail, Menyimpan dail, Menghantar maklumat
(email, blog , web)
Teknologi Pengajaran: Kaedah Penyampaian, Kurikulum, Penggunaan peralatan dan bahan, Latihan,
74 Media Pengajaran Sains
Contoh integrasi
Berikut dikemukakan contoh penyampaian pengajaran sains sebagaimana dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi modul pengajaran Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi (2010).
76 Media Pengajaran Sains
Bahan percuma sains dari internet
Terdapat banyak bahan-bahan menarik yang dikongsi bersama oleh warga dunia dalam internet . Para pendidik sains sama ada dalam atau luar negara sedia berkongsi
menerusi blog atau web khusus mengenai pengajaran dan pembelajaran sains. Bahan ini boleh dicadangkan untuk diteliti dan keseuaiannya membantu memahami sains dengan lebih baik. Contoh rajah di bawah adalah dari sciencewithme.com. Laman ini dibina adalah khusus untuk sains sekolah rendah mendedahkan pelajar dengan pelbagai gambar, fakta dan prinsip sains yang menarik dan mudah untuk fahami.
Dengan menggunakan internet anda diminta meneroka bahan sains sekolah rendah. Dapatkan alamatnya/URL dan beri ringkasan kesesuaian kandungannya. Seterusnya, kongsikan dalam facebook atau blog sains anda.
KATA KUNCI
1. Media pengajaran sains
2. Pemilihan media pengajaran sains. 3. Objektif standard kurikulum sains
PENILAIAN KENDIRI
1. Huraikan perkaitan di antara penggunaan media pengajaran sains dengan kepentingannya dalam pembelajaran sains oleh pelajar.
2. Huraikan dengan merujuk satu topic, rancangkan bagaimana media dan teknologi diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
RUJUKAN
Abd. Latif Haji Gapor (2006). Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran
Berasaskan Web. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 19. 9-11 September, 2006, Awana, Langkawi, ms. 132-138. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Kemp, J. E. & Smellie, D. C. (1997). Perancangan, Penerbitan dan Penggunaan Media
Pengajaran. Edisi Ke 6. Terjemahan Norihan Hassan. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul Pengajaran Teras Tema Dunia Sains Dan Teknologi. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.
Smaldino, S. E., Lowther, D.L. & Russell, J.D. (2012). Instructional media and the new
technologies for learning (10th edition). Boston: Pearson.