• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

SESI

DIS 2017

Disediakan oleh:

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

PANDUAN

PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU

Selamat Datang Pelajar Baharu PSAS

(2)

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: PENGENALAN

Perutusan Pengarah 4

Kata Alu-Aluan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 5

PSAS Sepintas Lalu 6

Carta Organisasi 9

Visi dan Misi 10

Dasar Kualiti 11

BAHAGIAN 2: MAKLUMAT AM PENDAFTARAN

2.1 Panduan Ke Politeknik Sultan Azlan Shah 13

2.2 Peringatan Sebelum Pendaftaran 13

2.3 Bayaran Yuran Pengajian & Asrama dan Bayaran Pelbagai Politeknik 14

2.3.1 Pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik 16

2.4 Penempatan Asrama 18

2.5 Bantuan Kewangan 19

2.6 Rupa Diri Pelajar 21

2.7 Kenderaan Pelajar 24

2.8 Kawasan Larangan Merokok 24

2.9 Petikan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) 25

2.10 Perkara - Perkara Lain 27

BAHAGIAN 3: PANDUAN SEMASA MENDAFTAR

3.1 Hari Pendaftaran 30

3.2 Perkara-perkara Yang Mesti Dibawa Semasa Hari Pendaftaran 30

3.3 Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran 31

3.4 Minggu Suaikenal (MSK) 32

BAHAGIAN 4: LAMPIRAN Lampiran A:

i. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 34 ii. KAEDAH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 36 Lampiran B:

PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 37

Lampiran C:

PELAN KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 38

Lampiran D:

i. SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN 39

(3)
(4)

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t, Salam 1 Malaysia dan salam perkenalan kepada siswa dan siswi baharu.

Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda semua telah berjaya ditawarkan ke program pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Kejayaan anda melangkah kaki ke PSAS merupakan satu amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Anda adalah insan yang terpilih untuk berada di PSAS bagi menelaah ilmu sebanyak mungkin sebelum menjadi warganegara yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Bagi makluman pelajar baharu, PSAS adalah salah sebuah dari Politeknik Malaysia yang sedang berusaha untuk transform ke arah menjadi institusi pendidikan teknikal bertaraf global. Sehubungan dengan itu usaha mentransformasi Politeknik dibuat secara terancang dan berkesan. Pelbagai usaha sedang dibuat untuk memperkasa Politeknik sebagai institusi peneraju bidang teknikal. Program Ijazah Sarjana Muda juga sudah ditawarkan di kesemua Politeknik Premier dan PSAS sendiri menawarkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif) Dengan Kepujian kepada semua pelajar lepasan Diploma Politeknik yang berkelayakan.

Sekali lagi, saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda ke Politeknik ini dan PSAS akan cuba memberi khidmat terbaik bagi menjadikan kembara ilmu anda sesuatu yang menyeronokkan dan membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita murni negara.

Sekian, terima kasih. Selamat menjelajah ke dunia baharu.

HAJI ZAIRON BIN MUSTAPHA

Pengarah,

(5)

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu kerana telah berjaya terpilih menjadi sebahagian daripada ribuan pelajar untuk meyambung pengajian ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Tiga tahun yang akan datang ini adalah suatu tempoh masa yang sangat berharga bagi pembangunan diri anda sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum yang menjadi penentu kejayaan anda di dalam kerjaya. PSAS telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memperkembangkan potensi diri pelajar yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan visi dan misi PSAS dan JHEP untuk melahirkan graduat yang seimbang, berciri keusahawanan dan holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) juga telah membuka peluang yang luas kepada pelajar untuk bergiat secara aktif di dalam aktiviti anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) agar pelajar dapat meneroka potensi diri dan boleh berdikari di dalam dunia serba mencabar ini.

Kami di PSAS ingin melihat anda berjaya dan meminta anda menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi menyiapkan diri supaya dapat berbakti kepada negara, masyarakat dan keluarga setelah tamat pengajian kelak. Fikirkan dan lakukanlah pilihan yang terbaik dalam membuat setiap keputusan penting semasa belajar di PSAS supaya ia merupakan keputusan yang terbaik demi masa depan anda.

PSAS akan cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk anda dan kami berharap anda dapat melalui kembara ilmu anda di sini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

AZLIDA BINTI ABDULLAH

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Azlan Shah.

(6)

PSAS SEPINTAS LALU

PSAS yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Tanjung Malim (PTM) adalah Politeknik ke 15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PTM mula beroperasi di bangunan Sekolah Menengah Teknik, Slim River pada 1 Mac 2002. Pada 1 April 2003, PTM berpindah ke kampus sendiri berkeluasan 110 ekar di Behrang, Perak. Kampus PTM dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah pusat pengajian tinggi. Kumpulan pelajar pertama seramai 553 orang telah mendaftar pada 6 Julai 2003.

Pada 27 Mac 2004, PTM dengan rasminya bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menawarkan 7 program sijil dan 8 program diploma pada ketika itu. Pada 7 Mei 2005, PTM telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan diberi nama baru, Politeknik Sultan Azlan Shah.

Bermula Julai 2010, PSAS menumpukan kepada 14 Program Pengajian di peringkat Diploma dan 1 Program Pengajian di peringkat Diploma Lanjutan iaitu Diploma Lanjutan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan Automotif yang mula dikelolakan pada Julai 2010. Program ini adalah usahasama di antara pihak Proton Holdings Berhad bersama pihak Politeknik Sultan Azlan Shah yang menggunakan pendekatan Work Based Learning (WBL). Sehingga kini seramai 89 orang pelajar telah berdaftar di dalam program pengajian tersebut dan bergraduat pada Majlis Konvokesyen yang ke 10. Program pengajian lain dikelolakan oleh 4 Jabatan utama di PSAS iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan, disokong oleh 2 jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer. Pihak pengurusan pentadbiran PSAS dibantu oleh 14 unit sokongan dan perkhidmatan.

Selepas 13 tahun penubuhan,PSAS mengorak langkah lebih jauh kehadapan dengan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Automotif Pembuatan, tahun 2014 menyaksikan kohort pertama pelajar Ijazah Sarjana Muda Automotif Pembuatan seramai 25 orang ini memulakan sesi pengajian di PSAS. Tahun 2015 juga mencatatkan sejarah di dalam pencapaian PSAS apabila berjaya memperolehi Gold Award di dalam siri audit APACC yang diadakan pada awal tahun 2015. Ini merupakan pencapaian antarabangsa yang pertama oleh PSAS di dalam Pengurusan Institusi.

(7)

KATEGORI JABATAN / UNIT

JABATAN AKADEMIK (Induk)

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM Menawarkan program:

Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB) Diploma Ukur Bahan (DUB)

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK Menawarkan program:

Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Menawarkan program:

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP) Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif)

JABATAN PERDAGANGAN Menawarkan program:

Diploma Akauntansi (DAT) Diploma Pemasaran (DPR)

Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) JABATAN AKADEMIK

(Sokongan)

JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER Unit Matematik

Unit Sains Unit Komputer

JABATAN PENGAJIAN AM Unit Pendidikan Islam & Moral

(8)

KATEGORI JABATAN / UNIT JABATAN / UNIT

SOKONGAN AKADEMIK

Unit Pentadbiran & Kewangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Unit Perhubungan & Latihan Industri Unit Perpustakaan

Unit Kualiti Unit Psikologi Unit ICT

Unit Peperiksaan Unit Asrama (Kamsis) CISEC

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan Unit Pembangunan & Selenggaraan

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum

(9)
(10)
(11)
(12)

MAKLUMAT AM PENDAFTARAN

Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam panduan ini, fahamkan dan ambil tindakan yang berkaitan dengan segera agar anda dapat memulakan pengajian anda di politeknik dengan selesa.

(13)

2.1 PANDUAN KE POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Sila rujuk Peta Lokasi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang disertakan di BAHAGIAN 4: LAMPIRAN B.

2.2 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a) BAWA DOKUMEN ASAL: Kad Pengenalan, Surat Tawaran, Sijil-sijil Kokurikulum, dan Slip Keputusan / Sijil Peperiksaan (BAGI LEPASAN SPM) @ Transkrip / Slip Keputusan Peperiksaan Semester Akhir (BAGI LULUSAN LEPASAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI dan LEPASAN DIPLOMA POLITEKNIK) pada hari pendaftaran untuk semakan.

PENDAFTARAN ANDA AKAN DITOLAK SEKIRANYA ANDA GAGAL

MENUNJUKKAN DOKUMEN-DOKUMEN ASAL TERSEBUT.

Kementerian Pendidikan Tinggi juga BERHAK MENARIK BALIK

TAWARAN TEMPAT PENGAJIAN di Politeknik Sultan Azlan Shah

sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal

dengan maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pendidikan

Tinggi semasa memohon ke Politeknik.

b)

LENGKAPKAN SEMUA BORANG

yang terdapat di dalam B u k u Panduan Pendaftaran sebelum diserahkan kepada pihak PSAS pada hari pendaftaran.

(14)

2.3 BAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DAN BAYARAN PELBAGAI

POLITEKNIK

Berikut adalah maklumat pembayaran yuran pengajian, yuran asrama (jika ditawarkan asrama),

bayaran pelbagai dan bayaran tambahan bagi pelajar yang ditawarkan asrama:

a) YURAN PENGAJIAN & ASRAMA (SEMUA PELAJAR KECUALI KATEGORI PELAJAR MDAIM)

Perkara RM Kaedah Bayaran

Yuran Pengajian (satu semester)

200.00 Bayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad (BIMB) atas nama “POLITEKNIK KPT” melalui 3 saluran berikut SAHAJA:

a. PERBANKAN INTERNET (bagi yang memiliki akaun BIMB)

b. MESIN ATM BANK ISLAM (bagi yang memiliki akaun BIMB)

c. MESIN DEPOSIT TUNAI (CDM) BANK ISLAM (bagi yang TIDAK memiliki akaun BIMB)

SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN PADA LAMPIRAN A(i) DI MUKA SURAT 34

Yuran Asrama

-JIKA DITAWARKAN DENGAN ASRAMA

(satu semester, tidak termasuk makan & minum)

(15)

b) BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK

Kategori Program RM Kaedah Bayaran

i. Diploma bagi LULUSAN SPM/SPMV/ LULUSAN SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI/ LULUSAN PRA DIPLOMA / LULUSAN SIJIL ILKA / LULUSAN SIJIL SKM

600.00

Bayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad (BIMB) melalui 4 saluran berikut:

a. PERBANKAN INTERNET (bagi yang memiliki akaun BIMB) – caj perkhidmatan RM0.53

b. MESIN ATM BANK ISLAM (bagi yang memiliki akaun BIMB) – caj perkhidmatan RM0.53

c. MESIN DEPOSIT TUNAI (CDM) BANK ISLAM (bagi yang TIDAK memiliki akaun BIMB) – caj perkhidmatan RM0.53

d. KAUNTER – caj perkhidmatan RM2.12 *CAJ PERKHIDMATAN ADALAH TERMASUK GST Nama penerima: KOPSAS BERHAD (HEP)

No.Akaun: 08068010020364

SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN (kaunter) PADA LAMPIRAN A(ii) DI MUKA SURAT 36

ii. Pra Diploma (Sains dan Perdagangan)

150.00

c) BAYARAN TAMBAHAN ASRAMA (JIKA DITAWARKAN ASRAMA SAHAJA)

Perkara RM Kaedah Bayaran

Bayaran Deposit / Cagaran

Asrama 50.00 Bayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan Maybank. Nama penerima: KOPSAS BERHAD (HEP) No.Akaun: 558154507612

(16)

2.3.1 PECAHAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK

Berikut adalah anggaran pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik:

a) Diploma bagi LULUSAN SPM/SPMV/ LULUSAN SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI/

LULUSAN PRA DIPLOMA / LULUSAN SIJIL ILKA / LULUSAN SIJIL SKM

b) Pra Diploma (Sains dan Perdagangan)

Bil. Perkara Kadar Bayaran Semua Program

1 Kelengkapan MSK RM160.00

2 Urusan Pendaftaran / MSK RM 110.00

3 Sukan/Kokurikulum/Kebudayaan/MSP RM 55.00

4 Peperiksaan/Kebajikan/Psikologi/Kerjaya RM 25.00

5 Aktiviti Pelajar / MPP / Kelab & Persatuan / Jabatan / Keusahawanan / Asrama

RM114.90

6 Yuran Keahlian dan Saham Koperasi PSAS RM 25.00

7 Insuran Berkelompok (3 tahun). RM110.10

JUMLAH BAYARAN

RM600.00

Bil. Perkara Kadar Bayaran

1 Kelengkapan MSK RM 60.00

2 Aktiviti Pelajar / Kebajikan / Asrama RM 43.30

3 Insuran Berkelompok (sepanjang pengajian) RM 36.70

4 Urusan Pendaftaran RM 10.00

(17)

Nota :

A. Akaun Yuran Pengajian & Asrama dan Akaun Bayaran Pelbagai Politeknik adalah BERBEZA SAMA SEKALI.

B. PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN DI DALAM SATU AKAUN YANG SAMA C. SEMUA bayaran hendaklah dibayar SEBELUM hari pendaftaran bagi mengelakkan

masalah semasa mendaftar. Sila bawa salinan Slip Bayaran sebagai pengesahan dan untuk semakan. (JANGAN DIPOSKAN)

D. Sila pastikan nama, no. kad pengenalan dan program anda dicatatkan pada Slip Bayaran yang digunakan.

E. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajar PSAS.

F. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama SURAT PENGESAHAN PENAJAAN yang asal beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran

PERINGATAN

I.

WANG POS (POSTAL ORDER) TIDAK AKAN DITERIMA

II.

PEMBAYARAN MENGGUNAKAN CEK PERSENDIRIAN & TUNAI TIDAK

AKAN DITERIMA

III.

SEMUA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA ANDA MENARIK

DIRI SELEPAS MENDAFTAR.

(18)

2.4 PENEMPATAN ASRAMA

Penempatan di asrama adalah terhad. Walau bagaimanapun pihak politeknik berusaha menyediakan kemudahan tersebut kepada semua PELAJAR BAHARU sesi semasa yang datang dari luar kawasan. Untuk semester berikutnya anda perlu bersedia mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan penempatan di asrama. Pelajar baharu yang tidak ditawarkan asrama dinasihatkan datang lebih awal untuk mencari bilik / rumah sewa yang berhampiran.

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa melaporkan diri di ASRAMA PSAS sila bawa:

a) Bantal dan Sarung Bantal, Kain Cadar dan Kain selimut (warna bebas).

b) Sepasang Baju Melayu berwarna HITAM dan Songkok HITAM (lengkap dan bersamping) bagi pelajar lelaki beragama Islam.

c) Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP / HITAM, baju-T dan lain-lain. d) Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 2.6 – Rupa diri pelajar, untuk pakaian ke kuliah) e) Borang BHEP-5, BHEP-6a dan BHEP-6b yang diisi dengan lengkap.

f) Barang keperluan harian untuk kegunaan anda semasa di asrama (boleh dibeli di Kedai KOPSAS) g) Kasut kulit / kanvas berwarna hitam

Pelajar Asrama boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan RM5.00 hingga RM10.00 sehari untuk perbelanjaan makan.

(19)

2.5 BANTUAN KEWANGAN

a) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

b) Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (kalau layak) memohon biasiswa/pinjaman dari YAYASAN NEGERI masing-masing atau LAIN-LAIN AGENSI sebelum mendaftar diri di PSAS. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke Politeknik untuk tujuan tersebut. Setiap pelajar hanya dibenarkan menerima satu biasiswa/pinjaman sahaja.

c) Semua pelajar DIPLOMA layak memohon pinjaman PTPTN.

NOTA:

PINJAMAN PTPTN

Permohonan pinjaman adalah secara online melalui laman web ptptn: http://www.ptptn.gov.my/gateway

Mulai 1 Jan 2012 semua pemohon PTPTN wajib ada akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20.00 Akaun Pembayaran bagi pelajar Politeknik - BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web http://www.ptptn.gov.my atau telefon PTPTN HOTLINE: 03-20927788

MAKLUMAT YANG ANDA PERLU ADA SEBAGAI PEMOHON

Senarai maklumat yang diperlukan oleh pemohon bagi memudahkan pengisian butiran di laman web adalah seperti berikut: -

i. Butiran Peribadi: -

Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / Polis Alamat eMel yang sah

Nombor Pin BSN (untuk pemohon kali pertama, anda perlu beli nombor pin BSN di mana-mana cawangan BSN)

Nombor Pendaftaran Kecacatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkenaan), Alamat Tetap dan Surat-Menyurat

(20)

Nombor Telefon Bimbit dan Telefon Tetap

Nama Institusi, Kampus & Kursus, Jurusan, Nombor Matriks, Jenis Pengajian, Tempoh & Tarikh Mula Kursus (jika mempunyai kelayakan pendidikan lain)

Nama & Nombor Akaun Bank Islam (anda perlu membuka akaun sendiri)

ii. Butiran Ibu / Bapa / Pasangan / Penjamin: -

Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / Polis Alamat Tetap Surat-Menyurat

Nombor Telefon Tetap / Bimbit (jika tiada nombor telefon tetap / bimbit, masukkan nombor telefon saudara mara yang boleh dihubungi. Isikan kedua-dua nombor telefon tersebut.)

Alamat e-Mel yang sah (yahoo atau gmail) Gaji Kasar & Bersih (slip gaji yang terkini) Nombor Cukai Pendapatan

Nombor Ahli KWSP (jika bekerja)

Akuan Bersumpah (Pesuruhjaya Sumpah / Majistret) sekiranya ibu/bapa bercerai atau tidak dapat dikesan.

Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dikehendaki menyediakan SATU SALINAN DOKUMEN SOKONGAN YANG TELAH DISAHKAN (kertas putih bersaiz A4) seperti berikut:

a. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (salinan muka depan dan belakang Kad Pengenalan pada satu helaian yang sama);

b. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik; c. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai);

d. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : Sijil Politeknik KPM / Sijil MLVK;

(sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut, jika pemohon belum menerima sijil dan pada transkrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil);

e. Salinan Pengesahan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);

f. Penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga/suami/isteri pemohon; Slip Gaji atau Borang J (bagi yang

(21)

Pengurusan & Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai / Pengamal Undang-undang / Wakil Rakyat / Senator / Penggawa / Penghulu (bagi yang bekerja sendiri);

g. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa sebagai maklumat penjamin;

h. Salinan Sijil Kematian / surat pengesahan kematian ibu / bapa pemohon sekiranya telah meninggal dunia;

i. Salinan surat Perakuan Penceraian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibubapa pemohon telah bercerai / atau tidak dapat dikesan;

j. Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. k. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos

2.6 RUPA DIRI PELAJAR

Pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan seperti terkandung di dalam Buku Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia serta apa-apa peraturan bertulis di politeknik.

Secara umumnya pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan bersopan.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar trek (track bottom) berwarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti kokurikulum.

(22)

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus:

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

Baju/Pakaian 1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

2. Baju-T tidak berkolar adalah dilarang. Baju-T jenis berkolar yang dibenarkan mestilah tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar atau negatif.

3. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). 4. Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan

sempurna.

5. Pemakaian Baju Melayu @ B aju Kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta samping dan songkok hitam.

1. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.

2. Baju -T tidak berkolar adalah dilarang. Baju-T jenis berkolar yang dibenarkan mestilah tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar atau negatif.

3. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan

mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah dilarang.

4. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.

5. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

6. Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' yang lebih pendek dari paras lutut.

Seluar 1. Seluar 'slack' panjang.

2. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan.

3. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal-tampal tidak dibenarkan.

1. Seluar 'slack' panjang.

2. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan.

3. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal-tampal tidak dibenarkan.

4. Jika memakai Sarung/’Maxi’ hendaklah labuh, longgar, tidak jarang & tidak ketat.

Kasut 1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan

sempurna berstoking. 2. Kasut sukan dibenarkan.

3. Selipar, terompah, capal, sandal dan seumpamanya adalah dilarang.

4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.

1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstoking.

2. Kasut sukan dibenarkan.

3. Selipar, terompah, capal, kasut ‘platform’ dan seumpamanya tidak dibenarkan.

4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.

5. Kasut mestilah menutup jari kaki dan tumit. Rambut

1. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

2. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’,

‘mohawk’,’k-pop’, berekor dan diwarnakan adalah

dilarang.

3. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

1. Pelajar Islam wajib memakai tudung seperti yang disyariatkan Islam.

2. Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

3. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, ‘mohawk’,

’k-pop’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.

Perhiasan 1. Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang

melainkan cincin. Cincin emas adalah dilarang. 2. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan.

1. Tidak digalakkan memakai barang kemas.

2. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan dilarang.

(23)

SETIAP HARI ISNIN SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI BERPAKAIAN FORMAL:

LELAKI DIKEHENDAKI MEMAKAI BAJU KEMEJA BERTALI LEHER DAN BERKASUT KULIT WARNA GELAP; DAN PELAJAR WANITA BERBAJU KURUNG ATAU YANG BERSESUAIAN.

(24)

2.7 KENDERAAN PELAJAR

a) Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan bermotor.

b) Pelajar harian (tidak tinggal di Asrama) yang memandu kenderaan sendiri hendaklah mendaftarkan kenderaan masing-masing dengan membeli PAS KENDERAAN (bawa bersama lesen memandu dan cukai jalan/insuran yang sah) di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja.

(Rujuk Papan Tanda dan Arahan Pengawal Keselamatan).

2.8 KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Kampus Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Anda boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya ditangkap merokok di mana-mana kawasan di kampus.

(25)

2.9 PETIKAN AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976

(AKTA 174)

a) Kehadiran Di Kuliah

Kehadiran di kuliah adalah wajib. Pelajar hendaklah dengan seberapa segera memberitahu pensyarah yang berkenaan sebab-sebab tidak hadir yang memuaskan hatinya dan mendapatkan kelulusan mengenainya.

b) Pakaian dan Penampilan Diri

Pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian ketika menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika melibatkan diri atau menghadiri apa-apa aktiviti sama ada di dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana-mana bahagian di dalam kampus.

c) Kad Pelajar

Pelajar hendaklah memakai Kad Pelajarnya pada bila-bila peristiwa dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Kad pelajar hendaklah dipakai ditempat yang sesuai dan mudah dilihat. Sebarang pengubahsuaian terhadap kad pelajar adalah dilarang sama sekali.

d) Judi Dalam Kampus

Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh mengorganisasi, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengorganisasi, mengurus atau menjalankan, atau menyertai, apa-apa judi, pertaruhan atau loteri dalam kampus.

e) Minum Atau Memiliki Minuman Keras Dan Mabuk

Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa minuman keras di dalam kampus.

f) Bahan Lucah

Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa- apa bahan lucah di dalam kampus.

(26)

g) Dadah Dan Racun

Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa- apa dadah atau racun.

h) Kebersihan Di Dalam Kampus

Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana-mana asrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan mana-mana bangunan atau binaan lain di dalam kampus.

i) Membuat Bunyi Yang Menggusarkan Dan Mengganggu

Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan diterbitkan apa-apa bising atau bunyi, dengan apa-apa jalan atau dengan apa-apa cara, jika bising atau bunyi itu menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang lain di dalam kampus.

j) Tempat Tinggal Dan Tempat Tidur Di Kampus

Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau menyebab digunakan mana-mana bahagian kampus atau mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan di dalam kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur, kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama dalam Institusi.

k) Larangan-larangan Am

Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan, samada di dalam atau di luar kampus, secara yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan atau namabaik Institusi, atau kepada kepentingan, kesentosaan atau namabaik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai, atau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib.

(27)

l) Keingkaran

Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah yang diberi atau dibuat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja politeknik yang diberikuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus, maka pelajar itu adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

m) Hukuman Tatatertib

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau mana-mana-mana-mana dua atau lebih hukuman itu disatukan sekali:

i. amaran;

ii. denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

iii. penggantungan daripada mana-mana daripada atau kesemua kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan;

iv. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan;

v. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi; vi. penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan; vii. pembuangan daripada Institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib.

2.10 PERKARA - PERKARA LAIN

a) Pelajar hendaklah juga membawa pakaian sukan seperti ‘track-bottom’, baju- T (keutamaan putih), kasut dan stoking. Pelajar Islam hendaklah sentiasa berpakaian sukan yang menutup aurat.

b) Pelajar Islam juga hendaklah membawa pakaian bersolat yang lengkap.

c) Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (Boleh dibeli di kedai KOPSAS).

(28)

MAKLUMAT TAMBAHAN:

SEMUA PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL ,

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DAN JABATAN

KEJURUTERAAN ELEKTRIK dikehendaki menyediakan

Wang Tunai RM120.00 (anggaran) Untuk Pembelian

‘Safety Boots’ dan Jaket Bengkel / Makmal. URUSAN

PEMBELIAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA PIHAK

JABATAN MASING-MASING.

(29)

PANDUAN SEMASA MENDAFTAR

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

(30)

3.1 HARI PENDAFTARAN

Tarikh dan waktu pendaftaran serta maklumat tambahan ada dinyatakan dalam surat iringan yang telah diposkan atau di dalam portal PSAS.

(Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah

ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini)

3.2 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA SEMASA HARI

PENDAFTARAN

a) DOKUMEN – DOKUMEN ASAL yang berikut: i. Kad Pengenalan

ii. Slip Bayaran BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Asrama) iii. Slip Bayaran BIMB (Bayaran Pelbagai)

iv. Surat Tawaran ke Politeknik

v. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

vi. Dokumen kokurikulum yang berkaitan (terutamanya mewakili negara dan negeri) vii. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen ASAL, pendaftaran anda boleh DITOLAK)

b) Lima keping gambar warna yang terbaharu ukuran pasport / lesen memandu (termasuk

yang dilekatkan pada borang). Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan

berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan dada. Pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung hitam.

Sila catatkan nama, no kp dan program anda di belakang setiap keping gambar. 1) BHEP1 -Borang Maklumat Peribadi Pelajar

2) BHEP2 -Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung

3) BHEP3 -Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan 4) BHEP4 -Akujanji Pelajar PSAS

5) BHEP5 -Borang Pendaftaran Asrama 6) BHEP6A -Borang Jaminan Tatatertib Asrama

7) BHEP6B -Borang Jaminan Tatatertib Asrama (Salinan Pelajar) 8) BHEP7 -Laporan Pemeriksaan Doktor

(31)

3.3 PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN

Sewaktu mendaftar pelajar hendaklah berpakaian sempurna dengan rupa diri yang kemas seperti berikut:

a) Pelajar lelaki hendaklah memakai BAJU KEMEJA PUTIH dan SELUAR ‘ SLACK’ HITAM (GELAP), serta memakai stoking dan KASUT HITAM.

b) Pelajar perempuan hendaklah memakai sama ada BAJU KURUNG PUTIH (tanpa corak), KAIN SARUNG HITAM DAN KAIN TUDUNG HITAM (pelajar Islam) atau ‘BLOUSE’ PUTIH (tanpa corak) DAN SKIRT LABUH HITAM yang kemas dan bersopan serta memakai stoking dan KASUT HITAM (bertutup penuh).

c) Rambut mestilah kemas. Bagi pelajar lelaki, rambut hendaklah PENDEK DENGAN PARAS BELAKANG TIDAK MELEBIHI PARAS KOLAR BAJU, PARAS TEPI TIDAK MELEBIHI PARAS ATAS TELINGA DAN PARAS DEPAN TIDAK MELEBIHI PARAS DAHI.

PERINGATAN:

PEMAKAIAN TOPI, SELUAR ‘JEANS’, SELUAR

PENDEK, SELUAR SUKAN DAN BERSELIPAR

(32)

3.4 MINGGU SUAI KENAL (MSK)

a) SEMUA pelajar baharu PSAS diwajibkan mengikuti program Minggu Suai kenal yang bermula selepas selesai pendaftaran pelajar dan ianya berlangsung selama tiga atau empat hari. Segala urusan lain hendaklah dibuat di luar waktu program tersebut.

b) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kemeja lengan panjang putih dan seluar ‘ slack’ hitam/gelap sewaktu sesi taklimat / ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan).

c) Pelajar perempuan dikehendaki memakai baju kurung putih (tanpa corak), kain tudung hitam dan kain sarung atau ‘blouse’ putih (tanpa corak) dan skirt labuh hitam/gelap sewaktu sesi taklimat/ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan).

d) Pakaian sukan juga perlu dibawa untuk aktiviti sukan.

(33)
(34)

LAMPIRAN A

i. KAEDAH PEMBAYARAN

YURAN PENGAJIAN & ASRAMA

(RM200 & RM60) DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

MULAI 15 OGOS 2013, BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA

HANYA

BOLEH DIBUAT

MELALUI SALAH SATU DARIPADA TIGA (3) SALURAN IAITU:

A

PERBANKAN INTERNET (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB)

1.

Layari

www.bankislam.com.my

2.

Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3

Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank

Islam.

4.

Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5.

Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.

6.

Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7.

Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”

8.

Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak

di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

9.

Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..

10.

Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.

11.

Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan

adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai

rujukan.

(35)

B

MESIN ATM BANK ISLAM (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB)

1.

Pilih menu LAIN-LAIN

2.

Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

3

Pilih menu YURAN IPT

4.

Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5.

Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6.

Pilih Bil yang ingin dibayar

7.

Sahkan amaun yang ingin dibayar

8.

Transaksi selesai dan ambil Resit

C

MESIN DEPOSIT TUNAI (CASH DEPOSIT MACHINE - CDM) BANK ISLAM (BAGI YANG

TIDAK MEMILIKI AKAUN BIMB)

1.

Pilih menu YURAN IPT

2.

Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

3

Pilih POLITEKNIK KPT

4.

Sahkan data dan masukkan wang

5.

Sahkan jumlah kemasukkan wang

6.

Transaksi selesai dan ambil Resit

(36)

ii. KAEDAH PEMBAYARAN

BAYARAN PELBAGAI

(RM600 @ RM150)

DI KAUNTER BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Kaedah membayar Bayaran Pelbagai melalui KAUNTER di mana-mana cawangan BIMB dengan

menggunakan Slip Bayaran (Bill Payment) BIMB yang disediakan oleh pihak BIMB. Contoh

adalah seperti di bawah:

Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan

melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:

1. Nama : (sila letakkan nama calon pelajar) 2. No. Akaun : 08068010020364

3. No. Telefon : (sila letakkan no telefon calon pelajar) 4. Wang tunai Ringgit /

Cash

: Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja / Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja (*bergantung kepada kategori calon pelajar)

5. Jumlah Bersih : RM600/RM150 (*bergantung kepada kategori calon pelajar) 6. Bayar Kepada : KOPSAS BERHAD (HEP) (KOD 570)

7 Jenis Bayaran : BAYARAN PELBAGAI

8 No. Kad Pengenalan : (sila letakkan no kad pengenalan calon pelajar)

(Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2.12 TERMASUK GST. Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran) 1 2 3 5 4 6 7 8

(37)

LAMPIRAN B

PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

(38)

LAMPIRAN C

PELAN KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

(39)

LAMPIRAN D

a) SENARAI SEMAK DOKUMEN ASAL YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN

BIL PERKARA TANDAKAN ( / )

DOKUMEN ASAL

1 Borang Hal Ehwal Pelajar 1-7 (BHEP 1 – 7)

2 Lima (5) keping gambar berukuran pasport (memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah)

3 Surat Tawaran Kemasukan Ke Politeknik

4 Kad Pengenalan

5 Keputusan atau sijil SPM/SPMV

6 Sijil Berhenti Sekolah

7 Surat Akuan Testimonial Sekolah (JIKA BERKAITAN) 8 Sijil kokurikulum

9 Slip Peperiksaan Semester Akhir atau Transkrip (Intergrasi) 10 Slip Pengesahan Pendaftaran Online

11 Borang Lapor Diri Pelajar Baharu

12 Slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai Politeknik)

(40)

b) SENARAI SEMAK SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN

BIL PERKARA TANDAKAN ( / )

DOKUMEN SALINAN

1 Tiga (3) salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik

2 Tiga (3) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) – disahkan 3 Tiga (3) salinan keputusan atau sijil SPM/SPMV – disahkan

4 Tiga (3) salinan sijil berhenti sekolah (tingkatan 5) – disahkan

5 Tiga (3) salinan surat akuan/testimonial sekolah (JIKA BERKAITAN) – disahkan 6 Tiga (3) salinan sijil kokurikulum – disahkan

7 Tiga (3) salinan slip peperiksaan semester akhir atau transkrip (Intergrasi) – disahkan

8 Tiga (3) salinan slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai Politeknik)

9 Tiga (3) salinan Medical Check-Up

10 Salinan Slip Keputusan Malaysian University English Test (MUET) – jika berkaitan

Kesemua salinan dokumen ini adalah untuk SIMPANAN PELAJAR BAGI TUJUAN SISTEM

PENASIHAT AKADEMIK DI JABATAN AKADEMIK, PERMOHONAN BIASISWA DAN

LAIN-LAIN.

Referensi

Dokumen terkait

Semua pelajar baharu (lepasan SPM, lepasan sijil politeknik, lepasan sijil kolej komuniti dan lepasan Diploma Politeknik) sama ada ditawarkan kemudahan penginapan asrama

Untuk makluman semua pelajar, PBS tidak menawarkan sumber kewangan untuk proses PdP pelajar sepanjang pengajian tetapi di sini disertakan senarai pembiaya pinjaman / biasiswa

Mengenakan kemeja putih, celana panjang kain hitam (bukan levis), kemeja dimasukan, menggunakan gesper dan peci songkok berwarna hitam. Hari

Mengenakan kemeja putih, celana panjang kain hitam (bukan levis), kemeja dimasukan, menggunakan gesper dan peci songkok berwarna hitam. Hari

Mengenakan kemeja putih, celana panjang kain hitam (bukan levis), kemeja dimasukan, menggunakan gesper dan peci songkok berwarna hitam. Hari

Mengenakan kemeja putih, celana panjang kain hitam (bukan levis), kemeja dimasukan, menggunakan gesper dan peci songkok berwarna hitam. Hari

Mengenakan kemeja putih, celana panjang kain hitam (bukan levis), kemeja dimasukan, menggunakan gesper dan peci songkok berwarna hitam. Hari

Mengenakan kemeja putih, celana panjang kain hitam (bukan levis), kemeja dimasukan, menggunakan gesper dan peci songkok berwarna hitam. Hari