2016
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
1
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
Panduan ini mengandungi:
a)
Maklumat Am
b)
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
c)
Minggu Suaikenal (MSK)
d)
Pendaftaran “Online” (SPMP)
e)
Pendaftaran Kolej Kediaman
f)
Maklumat Imigresen
g)
Hal-Hal Lain
h)
Borang-Borang Pendaftaran Pelajar Baharu
i)
Panduan Pendaftaran Online (Lampiran E)
ARAHAN:
1.
Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku
ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan
segera.
2.
Lengkapkan semua borang-borang yang terdapat dalam panduan
pendaftaran ini.
2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
SENARAI SEMAK 3
PERINGATAN 4
A) Maklumat Am 5
1. PROFIL POLITEKNIK 5
2. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK SANDAKAN SABAH 5
B) PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 6
1. Hari Pendaftaran 6
2. Perkara-Perkara Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran 6 3. Pakaian Dan Rupadiri Semasa Pendaftaran 7
4. Peringatan Sebelum Pendaftaran 8
5. Bayaran Semasa Pendaftaran 8
6. Pelajar Yang Mendapat Tajaan 10
7. Kemudahan Tempat Tinggal/Tawaran Kolej Kediaman 10
8. Bantuan Kewangan 10
9. Rupadiri 11
C) MINGGU SUAIKENAL (MSK) 12
D) PENDAFTARAN ‘ONLINE’ (SPMP) 13
E) PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN 13
F) KOT MAKMAL 14
G) MAKLUMAT IMIGRESEN 14
H) HAL-HAL LAIN 14
LAMPIRAN A –Susunatur Dokumen 15
LAMPIRAN B – Pelan Lokasi Ke PSS 17
LAMPIRAN C – Tatacara Pembayaran Yuran 18
3
SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN
Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke Politeknik Sandakan Sabah pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk mendaftar diri. (Semua dokumen disusun mengikut tertib seperti dalam Lampiran A)
(PERINGATAN: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK)
1.0 Sampul A (Dokumen Peribadi) – di dalamnya mengandungi salinan:-
a) Kad Pengenalan Pelajar
b) Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Kedua-dua sekali
c) Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)
d) Sijil Kolej Komuniti KPT / Institut Pertanian Malaysia
e) Transkrip Keputusan (Lulusan Sijil Kolej Komuniti / Institut Pertanian Malaysia)
f) Sijil Berhenti Sekolah (Tingkatan 5 sahaja)
g) Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)
h) Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Ko-Kurikulum
i) Gambar warna terbaru 4 keping (Lelaki-Bertali Leher, Perempuan-Kemas)
2.0 Sampul B (Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu) – di dalamnya mengandungi:-
a) Slip Bank BIMB bernilai RM200.00 (Yuran Pengajian) b) Slip Bank BIMB bernilai RM360.00 (Yuran Kolej Kediaman) c) Slip Bank BIMB bernilai RM600.00 (Yuran Pendaftaran) d) Surat Tawaran ke Politeknik (Salinan)
e) Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) f) Slip Pendaftaran Atas Talian (SPMP) g) HEP1 h) HEP2 i) HEP3 j) HEP4 k) HEP5 l) HEP6
3.0 Sampul C (Dokumen Pendaftaran Kolej Kediaman) - di dalamnya
mengandungi:-a) Gambar Passport Terkini Dua (2) Keping
b) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
c) Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
d) Salinan Sijil Kegiatan Sukan/Persatuan/Kelab/Unit Beruniform yang telah disahkan (Tingkata 4 & 5 sahaja)
e) Salinan Borang HEP 2 (LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN)
f) Salinan Penyata Gaji Ibubapa @ Kad Pesara @ Pengesahan Pendapatan dari Penghulu/Ketua Kampung/Mukim.
g) Salinan Slip BIMB Yuran Kolej Kediaman – RM60.00
h) Salinan Slip BIMB Yuran Pendaftaran – RM 600.00 ( Semester 1 ) 4.0 Dokumen Perjalanan Terhad (Jika berkaitan)
4
PERINGATAN
SILA PASTIKAN DOKUMEN ASAL
BERIKUT DIBAWA SEMASA
PENDAFTARAN:
i. SLIP/SIJIL SPM
–
BAGI LULUSAN SPM
ii. TRANSKRIP & SIJIL (BAGI
PELAJAR LULUSAN SIJIL KOLEJ
KOMUNITI & INSTITUT
PERTANIAN).
SALINAN FOTOSTAT YANG DIAKUI
SAH TIDAK DITERIMA.
5
KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESTER 1
A. MAKLUMAT AM
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar anda dapat mengikuti pengajian anda di politeknik dengan selesa.
1. PROFIL POLITEKNIK
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) merupakan politeknik ke-27 di Malaysia dan ke-2 di Negeri Sabah. Politeknik ini mula beroperasi pada 12 Mei 2008 di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan berpindah ke kampus sementara iaitu di Labuk Jaya Sandakan pada Julai 2009. Pada akhir Disember 2011, PSS beroperasi sepenuhnya di kampus tetap di Education Hub, Batu 10 Jalan Sg. Batang, Sandakan Sabah. PSS memulakan pengambilan pertama pelajar pada Sesi Julai 2009 dengan menawarkan Program Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP).
Kampus tetap PSS terletak 10 batu iaitu lebih kurang 16 KM dari pusat bandar Sandakan. Dengan keluasan 100 ekar, ianya dijangka akan menjadi pemangkin kepada kemajuan kawasan hub pendidikan Pantai Timur Sabah ini.
Untuk kemudahan para pelajar, PSS mempunyai kemudahan Kolej Kediaman yang mampu menampung sehingga 500 orang pelajar dalam satu-satu masa. PSS amat menitikberat akan kebajikan pelajarnya. Oleh itu, semua pelajar semester satu (1) akan ditawarkan kolej kediaman.
2. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
Sila rujuk pelan lokasi Politeknik Sandakan Sabah yang disertakan di
LAMPIRAN B Buku Panduan ini.
Kampus tetap Politeknik Sandakan Sabah terletak di alamat Politeknik Sandakan Sabah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Education Hub, Batu 10, Jalan Sg. Batang, 90000 Sandakan Sabah.
6
B. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.
1. HARI PENDAFTARAN
Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar PSS seperti maklumat berikut:-
Tarikh : 12 Jun 2016 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
(Pendaftaran Kolej Kediaman akan dilakukan sejurus selepas pendaftaran pengajian selesai.)
Tempat : Ruang legar Kafeteria, PSS
Politeknik Sandakan Sabah
Education Hub, Bt. 10, Jln Sg. Batang 90000 Sandakan Sabah.
Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.
2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN:-
2.1 Dokumen-dokumen ASAL yang berikut:-
i. Kad Pengenalan.
ii. Slip bayaran BIMB.
iii. Surat Tawaran ke politeknik.
iv. Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP)
v. Sijil atau Slip Asal Keputusan Peperiksaan SPM
vi. Transkrip asal (bagi pelajar Lulusan Kolej Komuniti / Sijil Institut
Pertanian).
vii. Sijil asal Kolej Komuniti / Sijil Institut Pertanian.
viii. Sijil Luar Negara – jika berkaitan
ix. Sijil Berhenti Sekolah.
x. Dokumen ko-kurikulum yang berkaitan (terutamanya yang
mewakili negara dan negeri).
xi. Slip Pendaftaran Atas Talian (SPMP)
xii. Buku Panduan Pendafatran Pelajar Baharu
(Sekiranya anda gagal mengemukakan dokumen-dokumen ASAL berkenaan, boleh menyebabkan anda TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR.
7
2.2 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-
i. HEP 1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar.
ii. HEP 2 - Laporan Pemeriksaan Kesihatan.
( Diwajibkan melakukan pemeriksaan X-Ray )
iii. HEP 3 - Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan
Pembedahan.
iv. HEP 4 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung.
v. HEP 5 - Akuan Pelajar.
vi. HEP 6 - Borang Aku Janji.
.
2.3 Empat ( 4 ) keping gambar warna yang terbaru berukuran passport.
Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek
ketika bergambar. Pelajar perempuan pula berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islam
diwajibkan bertudung. Sila catatkan nama dan no Mykad di belakang
setiap keping gambar.
3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA LAPOR DIRI
3.1 Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup
aurat (bagi pelajar Islam). Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang.
3.2 Memakai kasut yang bertutup penuh serta berstokin melepasi buku lali
(Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi, kasut berladam logam yang berbunyi, capal dan seumpamanya adalah dilarang).
3.3 Rambut mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek.
Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju. Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.
3.4 Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan adalah
dilarang.
3.5 Pelajar TIDAK DIBENARKAN melapor diri sekiranya tidak mematuhi arahan pakaian dan rupadiri semasa pendaftaran.
PERINGATAN : Kegagalan anda mematuhi ARAHAN PAKAIAN DAN RUPADIRI semasa sesi pendaftaran boleh menyebabkan anda TIDAK DIBENARKAN MELAPOR DIRI.
8
4. PERINGATAN SEBELUM MELAPOR DIRI
4.1 Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari lapor diri. Bawa semua
DOKUMEN ASAL yang dikehendaki oleh PSS pada hari lapor diri. Lapor
diri anda akan DITOLAK sekiranya anda gagal menunjukkan
dokumen-dokumen tersebut.
4.2 Kementerian Pendidikan Tinggi berhak menarik balik tawaran belajar di PSS sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pendidikan Tinggi semasa memohon ke politeknik.
4.3 Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Buku Panduan Pendaftaran ini sebelum diserahkan kepada petugas semasa lapor diri rasmi.
4.4 Susun dokumen A (Dokumen Peribadi) yang ASAL mengikut turutan
susunan sepertimana dalam senarai semak (Rujuk Lampiran A).
5. BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN
Semua pelajar baharu perlu menjelaskan TIGA (3) jenis bayaran iaitu:-
i. Yuran Pengajian bernilai RM 200.00
ii. Yuran Asrama bernilai RM 360.00
iii. Yuran Pendaftaran bagi SEMUA kategori lulusan bernilai RM 600.00
(Bayaran pendaftaran yang dikenakan ialah untuk baju koporat, baju sukan, Majlis Sukan Politeknik, bayaran ko-kurikulum, insurans, Majlis Perwakilan Pelajar, Peperiksaan, yuran aktiviti dan Minggu Suaikenal.)
iv. Penangguhan bayaran yuran hanya boleh dipohon pada hari
pendaftaran dan tertakhluk pada budi bicara Pengarah Politeknik Sandakan Sabah.
5.1 Kaedah Bayaran Yuran Pengajian dan Kolej Kediaman (Lampiran C).
Mulai 20 Oktober 2014, bayaran Yuran Pengajian dan Kolej Kediaman hanya
boleh dibuat melalui 3 saluran iaitu:
i. Melalui mesin ATM bagi yang memiliki akaun Bank Islam (BIMB)
sahaja.
ii. Melalui Cash Deposit Machine (CDM) bagi yang tidak memiliki akaun
BIMB.
iii. Melalui Internet banking (https://www.bankislam.biz/) bagi yang
memiliki akaun BIMB sahaja.
iv. Rujuk LAMPIRAN C untuk tatacara pembayaran yuran pengajian dan
9
5.2 Kaedah Bayaran Yuran Pendaftaran
Pelajar boleh menggunakan kaedah berikut untuk bayaran yuran pendaftaran:
i. Melalui kaunter BIMB (Cas perkhidmatan akan dikenakan oleh pihak
Bank Islam).
ii. Melalui Internet banking (https://www.bankislam.biz/) bagi yang
memiliki akaun Bank Islam sahaja.
iii. Setiap bayaran perlu dinyatakan tujuan bayaran iaitu ”YURAN
PENDAFTARAN SESI DIS 2015” (LAMPIRAN D).
PERINGATAN:
i. Semua bayaran secara WANG TUNAI tidak akan diterima.
ii. Pelajar digalakkan membuka akaun simpanan di Bank Islam bagi
memudahkan urusan pembayaran yuran pengajian, kolej kediaman dan deposit pinjaman PTPTN.
iii. Semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajar PSS.
iv. Kegagalan menunjukkan SLIP BAYARAN akan menyulitkan proses
pendaftaran.
v. Sila buat 5 salinan (Pastikan terang & jelas) untuk setiap bayaran
yang telah dibuat.
vi. Sila bawa bukti pembayaran pada hari pendaftaran pelajar dan
serahkan kepada petugas pendaftaran.
MUSTAHAK:
Ringkasan yuran dan jumlah bayaran pelajar baharu bagi semua kategori lulusan. Bil. Perkara Jumlah Bayaran (RM) Cara Bayaran 1. Yuran Pengajian 200.00 i. Mesin ATM
ii. Cash Deposit Machine
(CDM)
iii. Internet banking
2.
Yuran Kolej Kediaman
(yang ditawarkan Kolej Kediaman sahaja )
360.0
3. Bayaran Pendaftaran 600.00
Bayaran ke akaun Bank Islam
(BIMB) Koperasi Politeknik
Sandakan SabahBerhad : 10043010007861
10
6. PELAJAR YANG MENDAPAT TAJAAN
i. Perlu MEMBUAT BAYARAN terlebih dahulu. (Bayaran balik akan
dilakukan kemudian).
ii. Bawa SURAT ASAL daripada pihak penaja. Contoh: Majlis Ugama Islam
Sabah.
7. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL/TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN
PSS menawarkan kemudahan Kolej Kediaman kepada semua pelajar baharu. Untuk makluman, Koperasi Politeknik Sandakan Sabah ada menjual
kelengkapan asas yang diperlukan. Pelajar perlu menyediakan
kelengkapan seperti di bawah:
i. 1 sarung bantal, sehelai cadar (Warna Putih)
ii. 1 helai kain selimut
iii. 1 seluar track (track bottom)
iv. 2 helai baju T berkolar warna putih
v. 1 pasang baju melayu BERWARNAHITAM (lelaki Muslim)
vi. 1 pasang baju kurung warna bebas (perempuan)
vii. Songkok berwarna HITAM bagi pelajar lelaki (Muslim)
viii. Kain tudung berwarna PUTIH bagi pelajar perempuan (Muslim)
ix. Kasut sukan
x. Pakaian harian secukupnya untuk ke kuliah (jeans tidak dibenarkan)
xi. Barang-barang keperluan peribadi (baldi, tuala, sabun mandi dan
lain-lain).
xii. Barang kemas tidak dibenarkan.
xiii. Kenderaan (perlu memohon pelekat sebelum dibenarkan bawa masuk
ke kampus)
8. BANTUAN KEWANGAN
PSS TIDAK MENJAMIN sebarang bentuk bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik.
Adalah menjadi tangungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.
Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (sekiranya layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PSS. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sandakan Sabah untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis.
11
9. RUPADIRI
Semua pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik Sandakan Sabah. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat ( bagi pelajar Islam ) dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.
9.1 Pakaian dan Rupadiri Siswa Baju
i. Baju kemeja lengan panjang.
ii. Baju-T jenis berkolar yang dibenarkan, tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar atau negatif.
iii. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
iv. Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
v. Pemakaian baju Melayu (baju kebangsaan) dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang berserta samping dan songkok hitam.
Seluar
i. Seluar ‘slack’ panjang BERWARNA HITAM. Warna putih dan
warna-warna terang seperti merah adalah tidak dibenarkan.
ii. Seluar ‘jeans’, seakan-akan jeans atau mempunyai fesyen seluar
jeans adalah dilarang.
Kasut dan Stokin
i. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. ii. Stokin hendaklah berwarna hitam atau gelap dan melepasi buku
lali.
iii. Tidak dibenarkan memakai stokin yang mempunyai gambar kartun dan sebagainya.
iv. Kasut sukan dibenarkan hanya untuk tujuan riadah sahaja.
v. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya adalah dilarang (Kasut hendaklah bertutup penuh).
vi. Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.
Rambut
i. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak
melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.
ii. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, ’trojan’, berekor dan
diwarnakan adalah dilarang.
iii. Tidak botak kecuali yang disyariatkan oleh agama.
9.2 Pakaian dan Rupadiri Siswi. Baju
i. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.
ii. Pakaian yang menjolok mata dilarang ( contoh pakaian yang menjolok mata ialah pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang ).
12
iii. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangantangan.
iv. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.
v. Pelajar bukan Islam dilarang memakai ‘skirt’ yang lebih pendek
dari paras lutut.
vi. Baju – T adalah dilarang.
Sarung/Maxi
i. Labuh. ii. Longgar. iii. Tidak jarang.
Seluar
i. Seluar ‘slack’ panjang berwarna hitam atau gelap. Warna putih
dan warna-warna terang seperti merah adalah tidak dibenarkan.
ii. Seluar ‘jeans’, seakan-akan jeans atau mempunyai fesyen seluar
jeans adalah dilarang. iii. Tidak ketat.
Kasut dan Stokin
i. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. ii. Stokin hendaklah berwarna hitam atau gelap dan melepasi buku
lali.
iii. Tidak dibenarkan memakai stokin yang mempunyai gambar kartun dan sebagainya.
iv. Kasut sukan dibenarkan hanya untuk tujuan riadah sahaja.
v. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya adalah dilarang (Kasut hendaklah bertutup penuh).
vi. Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.
Rambut
i. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung seperti yang disyariatkan oleh Islam.
ii. Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.
iii. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor dan diwarnakan
adalah dilarang. iv.
Perhiasan
i. Tidak digalakkan memakai barang kemas.
ii. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan adalah dilarang.
C. MINGGU SUAIKENAL (MSK)
1. Semua pelajar baharu DIMESTIKAN melalui Minggu Suaikenal dan
mengikuti semua program yang disusun tanpa sebarang pengecualian.
2. Untuk keperluan MSK, PELAJAR LELAKI dikehendaki menyediakan:
i. seluar slack hitam
ii. baju kemeja lengan panjang (berwarna putih)
iii. tali leher
13
v. Baju Melayu hitam
vi. Sampin
vii. Pakaian sukan
3. Untuk keperluan MSK, PELAJAR PEREMPUAN dikehendaki membawa :
i. kain sarung berwarna hitam
ii. tudung berwarna putih.
iii. Kasut bertutup
iv. Pakaian sukan
4. Semua pelajar dikehendaki membawa pakaian sukan yang sesuai dan
memenuhi syarat-syarat pakaian seperti yang dijelaskan dalam Buku Panduan Pelajar.
D. PENDAFTARAN ‘ONLINE’ (SPMP)
Politeknik Sandakan Sabah menggunakan Sistem Pendaftaran ‘Online’ terhadap
semua pelajarnya. Oleh itu, sebelum menghadirkan diri pada hari pendaftaran,
semua pelajar dikehendaki untuk melaksanakan pendaftaran ‘online’ melalui portal
www.pss.edu.my.
Pelajar dikehendaki mencetak slip pengesahan pendaftaran dan membawanya
bersama pada hari pendaftaran. Rujuk Lampiran E untuk prosedur pendaftaran
‘online’.
Pendaftaran secara ‘online’ hanya boleh dibuat dalam tempoh 24 hingga36 jam
selepas pembayaran yuran pengajian dan kolej kediaman diterima oleh pihak Bank Islam.
E. PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN
Semua pelajar semester satu adalah ditawarkan kemudahan Kolej Kediaman. Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki menyediakan dan menyerahkan dokumen-dokumen berikut pada hari pendaftaran:
i. Gambar Passport Terkini Dua (2) Keping
ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
iii. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
iv. Salinan Sijil Kegiatan Sukan/Persatuan/Kelab/Unit Beruniform Yang Telah
Disahkan (Tingkatan 4 & 5 sahaja)
v. Salinan Borang HEP 2 (LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN)
vi. Salinan Penyata Gaji Ibubapa @ Kad Pesara @ Pengesahan Pendapatan
dari Penghulu/Ketua Kampung/Mukim.
vii. Salinan Slip BIMB Yuran Kolej Kediaman – RM360.00
14
PERHATIAN
Dokumen-dokumen di
Bahagian E (i – viii)
perlu disusun dan dimasukkan ke dalam
sampul berasingan
(Sampul C)
daripada dokumen pendaftaran pelajar baharu
Politeknik Sandakan Sabah.
F. KOT MAKMAL
Semua pelajar yang mengambil Program Diploma Agroteknologi dan Diploma Akuakultur dikehendaki untuk membeli Kot Makmal yang akan diuruskan oleh Jabatan Agroteknologi &
Bio-Industri dengan harga RM60.00.
G. MAKLUMAT IMIGRESEN
Sejajar dengan undang-undang dan peraturan Imigresen Negeri Sabah, semua pelajar yang
berasal luar daripada Negeri Sabah perlu memohon Dokumen Perjalanan Terhad melalui
mana-mana Pejabat Imigresen dalam Malaysia. Pelajar baharu digalakkan memohon Dokumen Perjalanan Terhad ini sebelum datang mendaftar di Politeknik Sandakan Sabah. Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada mana-mana pejabat Imigresen
ataupun melayari laman sesawang Jabatan Imigresen di alamat www.imi.gov.my
H. HAL-HAL LAIN
1. Sediakan mesin kira ( calculator ) saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
2. Pelajar digalakkan untuk membuat permohonan biasiswa/pinjaman sebelum
mendaftar masuk ke Politeknik Sandakan Sabah.
3. Pelajar perlu mendaftarkan kenderaan di JHEP dan membeli pelekat
kenderaan (Sticker) sekiranya membawa kenderaan ke kampus.
4. Ibu bapa/Penjaga digalakkan agar mendaftarkan kenderaan dan membeli
pelekat (Sticker) bagi membolehkan kenderaan tersebut dibawa masuk ke kampus.
5. Semua kenderaan yang tidak berdaftar TIDAK DIBENARKAN masuk ke
15
LAMPIRAN A
Susunatur Semua Salinan Dokumen Seperti Berikut:
1. Sampul A (Dokumen Peribadi) – di dalamnya mengandungi salinan:-
a) Kad Pengenalan Pelajar
b) Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Kedua-dua sekali
c) Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)
d) Salinan Sijil (Untuk Lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti & Institut
Pertanian)
e) Salinan Keputusan Peperiksaan Setiap Semester (Untuk Lulusan Sijil
Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Pertanian)
f) Sijil Berhenti Sekolah (Tingkatan 5 sahaja)
g) Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)
h) Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Ko-Kurikulum
i) Gambar warna terbaru 4 keping (Lelaki-Bertali Leher,
Perempuan-Kemas)
2. Sampul B (Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu) – di dalamnya mengandungi:-
a) Slip Bank BIMB bernilai RM200.00 (Yuran Pengajian)
b) Slip Bank BIMB bernilai RM360.00 (Yuran Kolej Kediaman)
c) Slip BIMB bernilai RM600.00 (Yuran Pendaftaran)
d) Gambar warna terbaru 4 keping (Lelaki-Bertali Leher, Perempuan-Kemas) e) Surat Tawaran ke Politeknik (Salinan)
f) Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) g) HEP1 h) HEP2 i) HEP3 j) HEP4 k) HEP5 l) HEP6
3. Sampul C (Dokumen Pendaftaran Kolej Kediaman) – di dalamnya mengandungi:-
a) Gambar Passport Terkini Dua (2) Keping b) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
c) Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
d) Salinan Sijil Kegiatan Sukan/Persatuan/Kelab/Unit Beruniform Yang Telah Disahkan (Tingkatan 4 & 5 sahaja)
e) Salinan Borang HEP 2 (LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN)
f) Salinan Penyata Gaji Ibubapa @ Kad Pesara @ Pengesahan Pendapatan dari Penghulu/Ketua Kampung/Mukim.
g) Salinan Slip BIMB Yuran Kolej Kediaman – RM60.00
16
4. Penggunaan dawai kokot tidak DIGALAKKAN. Gunakan klip kertas sahaja.
GUNAKAN KLIP KERTAS SAHAJA
Dokumen B
Sampul C
Dokumen A
Sampul A
Dokumen B
Sampul B
17
18
LAMPIRAN C
TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN KOLEJ
KEDIAMAN MENGGUNAKAN TIGA KAEDAH DI BANK ISLAM:
(Caj perkhidmatan akan dikenakan oleh pihak Bank Islam untuk setiap transaksi)
1. Melalui Mesin ATM Bank Islam
1.1 Pilih menu LAIN-LAIN
1.2 Pilih menu Pembayaran Bil / Yuran IPT 1.3 Pilih menu YURAN IPT
1.4 Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebit) 1.5 Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar
1.6 Pilih Bil yang ingin dibayar
1.7 Sahkan amaun yang ingin dibayar 1.8 Transaksi selesai dan ambil resit
2. Melalui Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam
2.1 Pilih menu YURAN IPT
2.2 Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 2.3 Pilih POLITEKNIK KPT
2.4 Sahkan data dan masukkan wang 2.5 Sahkan jumlah kemasukkan wang 2.6 Transaksi selesai dan ambil Resit
3. Melalui Internet banking Bank Islam
3.1 Layari www.bankislam.com.my
3.2 Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”
3.3 Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
3.4 Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”. 3.5 Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.
3.6 Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”. 3.7 Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”.
19
3.8 Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak didebitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”. 3.9 Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.. 3.10 Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.
3.11 Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.
CATATAN:
Bagi membezakan jenis dan amaun yuran yang akan dibayar oleh calon, pihak BIMB telah menggunakan sistem bil iaitu:
a) Bil Yuran Pengajian
Contoh: 27000251RM200
27 - Kod Politeknik Sandakan 000251 - No Janaan computer
RM200 - Jumlah yuran yang perlu dibayar. (Yuran Pengajian)
b) Bil Yuran Asrama/Kolej Kediaman
Contoh: 27000739RM360
27 - Kod Politeknik Sandakan 000739 - No Janaan computer
RM360 - Jumlah yuran yang perlu dibayar. (Yuran Asrama)
20
LAMPIRAN D