• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

▸ Baca selengkapnya: jenis anugerah pelajar prasekolah

(2)
(3)

1

BUKU PANDUAN

PENDAFTARAN

PELAJAR BARU

SESI JUN 2017

POLITEKNIK MELAKA,

NO. 2, JALAN PPM 10,

PLAZA PANDAN MALIM,

BALAI PANJANG,

75250 MELAKA.

LAMAN WEB : http://www.polimelaka.edu.my

NO. TELEFON : 06-337 6000 / 6118 / 6054 / 6058

NO. FAKS : 06-337 6007

(4)

2

PERKARA

M/S A. PERSEDIAAN HARI PENDAFTARAN

1. Ringkasan Carta Alir Lapor Diri Pelajar Baru Sesi Jun 2017 3

2. Senarai Semak Dokumen Untuk Di Bawa Semasa Hari Pendaftaran 4

B. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN

1. Hari Pendaftaran Pengajian 5

2. Dokumen Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran Pengajian 5

3. Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran Pengajian 6

4. Program Minggu Suai Kenal (MSK) 7

MAKLUMAT AM

1. Panduan ke Politeknik Melaka (PMK) 8

2. Peta Lokasi ke Politeknik Melaka (PMK) 9

3. Pelan Lantai Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2017 Politeknik Melaka 10

4. Bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai 11

5. Contoh Pembayaran BAYARAN PELBAGAI Politeknik Melaka (BSN) 12

6. Pra-pendaftaran Pelajar Baru Secara Dalam Talian (Online) 13

6.1 Tatacara Pra-pendaftaran Pelajar Baru Secara Dalam Talian (Online) melalui

SPMP 13-14

7. Kemudahan Tempat Tinggal 15

8. Bantuan Kewangan 15

9. Rupa Diri Pelajar Politeknik Melaka 16

10. Hal-Hal Lain 17

C. ARAHAN DAN PANDUAN MENGISI MAKLUMAT SAKSI BORANG BHEP3 - BHEP5

1. Warganegara 18

2. Jawatan 18

3. Saksi 18

LAMPIRAN 1

1. Perincian Bayaran Pelbagai 19

2. Kalendar Akademik Sesi Jun 2017 20

3. Amanat dari JHEPP

(5)

3

A. PERSEDIAAN HARI PENDAFTARAN

1. RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR BARU SESI JUN 2017

NOTA :

Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 3 hari pembayaran yuran dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian.

KEPUTUSAN PENEMPATAN KEMASUKAN SESI JUN 2017

(boleh mula disemak mulai 20 Mei 2017)

CETAK SURAT TAWARAN DAN BORANG BHEP 1 – 6 DI LAMAN WEB www.politeknik.edu.my

BAYAR YURAN DAN LENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN (BHEP 1-6)

HADIR PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN PADA 4 JUN 2017

CETAK MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN BAYARAN YURAN DI LAMAN WEB www.polimelaka.edu.my

MEMBUAT PRA-PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN DI URL

http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru .jsp

(6)

4

2. SENARAI SEMAK DOKUMEN HARI PENDAFTARAN

Sila semak dan tandakan  pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda dan sila bawa bersama dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran berkenaan .

1. PENDAFTARAN PENGAJIAN

1.1 Kad Pengenalan

1.2 Borang Jawapan Tawaran (BJT- JPP) 1.2.1 Borang Jawapan Tawaran (BJT- JPP) 1.2.2 Salinan Surat Tawaran yang Disahkan 1.2.3 Salinan Kad Pengenalan yang Disahkan

1.2.4 Salinan Keputusan SPM/Transkrip Akademik yang Disahkan 1.2.5 Salinan Sijil Ko-Kurikulum yang Disahkan

1.2.6 Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Pengajian yang Disahkan

1.3 Borang-Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi dan dilekatkan gambar. Sila kepilkan mengikut tertib.

1.3.1 BHEP 1 – Borang Maklumat Peribadi Pelajar 1.3.2 BHEP 2 – Borang Pemeriksaan Kesihatan

1.3.3 BHEP 3 – Borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan 1.3.4 BHEP 4 – Borang Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung

1.3.5 BHEP 5 – Borang Akuan Pelajar dan Ibubapa/Penjaga 1.3.6 BHEP 6 – Aku Janji Pelajar (Salinan Pelajar/Salinan JHEPP)

1.4 Salinan slip bayaran BIMB (Yuran Pengajian) bernilai RM200 atas nama

POLITEKNIK KPT .

1.5 Salinan slip Wang Tunai Masuk BSN (Bayaran Pelbagai) bernilai RM600 atas nama

Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.

1.6 Gambar warna terbaru (saiz gambar kad pengenalan) 3 keping

1.7 Salinan Slip Pengesahan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) SPMP yang telah dicetak.

PERINGATAN: Sila bawa semua dokumen ASAL ke politeknik untuk tujuan semakan atau permohonan pinjaman sekiranya diperlukan.

(7)

5

B. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lanc ar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar PMK pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut :

Tarikh : 4 Jun 2017 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Politeknik Melaka

No. 2 Jalan PPM 10 Plaza Pandan Malim 75250 Melaka

PERHATIAN :Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah

ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.

2. DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

2.1 Dokumen-dokumen asal yang berikut:- a) Kad Pengenalan

b) Bukti pembayaran Yuran Pengajian RM 200 (BIMB) c) Bukti pembayaran Bayaran Pelbagai RM 600 (BSN)

2.2 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap (sila rujuk lampiran)

2.2.1 BHEP1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar 2.2.2 BHEP2 - Laporan Pemeriksaan Doktor

2.2.3 BHEP3 - Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) & Pembedahan 2.2.4 BHEP4 - lkrar pelajar dan Lepas Tanggung

2.2.5 BHEP5 - Akuan Pelajar Dan Akuan IbuBapa/Penjaga 2.2.6 BHEP6 - Akujanji Pelajar

2. 3 TIGA (3) KEPING GAMB AR warna yang terbaru berukuran kad pengenalan. Semua

pelajar Ielaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, hendaklah yang tidak mendedahkan bahagian bahu. Sila catatkan nama anda dan kursus anda di belakang setiap keping gambar untuk tujuan ditampal pada muka depan Fail Peribadi Pelajar, BHEP1 dan BHEP2.

(8)

6

3. PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

PELAJAR PEMAKAIAN

Pelajar Lelaki

Baju kemeja lengan panjang/pendek bewarna putih; Seluar slack bewarna gelap;

Berkasut/sepatu dan berstokin (kasut sukan tidak dibenarkan); Bertali leher warna gelap.

Berambut pendek.

Pelajar Perempuan

Bagi pelajar Islam - Baju kurung tradisional/kebaya labuh/kebarung dan bertudung Bagi pelajar bukan Islam – kemeja/blouse dan seluar slack/mini skirt labuh mestilah melepasi paras lutut;

Kasut bertutup atau bertali dan berstokin;

Kain hitam (untuk dipakai semasa upacara perasmian dan penutup Minggu Suaikenal)

NOTA :

3.1 Para pelajar DIMESTIKAN BERPAKAIAN SEPERTI PANDUAN DI ATAS bagi memastikan kelancaran proses mengambil gambar bagi tujuan pengambilan gambar untuk kad pelajar. 3.2 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.

3.3 Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi

paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi (rujuk gambarajah).

3.4 Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan tidak dibenarkan.

3.5 Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju korporat Politeknik Melaka dengan seluar

slack hitam sepanjang mengikuti Program Suaikenal. Pelajar perempua n dikehendaki

memakai baju korporat Politeknik Melaka dan kain hitam.

Jadual 3 : Contoh Pemakaian Semasa Hari Pendaftaran

(9)

7

4. PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK)

Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti Program Minggu Suaikenal yang diadakan dan mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. (Sila rujuk Buku Program Minggu Suaikenal (MSK) yang diterima semasa hari pendaftaran).

NOTA :

1. Semua pelajar diwajibkan mematuhi peraturan rupadiri pelajar Politeknik Melaka sepanjang program Minggu Suaikenal (5 – 9 Jun 2017).

(10)

8

1. PANDUAN KE POLITEKNIK MELAKA (PMK)

Kampus Politeknik Melaka terletak lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar Melaka. Sekiranya anda daripada Muar, sila menuju ke arah Alor Gajah melalui Lebuh AMJ, PMK terletak di sebelah kiri jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities. Jika anda daripada Alor Gajah, sila menuju ke arah Pusat Bandar melalui Lebuh AMJ. PMK terletak di sebelah kanan jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities.

Bangunan PMK terdiri daripada 13 unit rumah kedai yang telah dibeli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 dan 12 unit rumah kedai yang disewa. Oleh kerana itu, rumah kedai ini telah diubahsuai sepenuhnya, lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi.

(11)

9

2. PETA LOKASI POLITEKNIK MELAKA (PMK)

10km PETA LOKASI KE POLITEKNIK MELAKA CHENG 30 KM SIEMMA TRAZO Restoren Sri Percik Dari Malim POLITEKNIK MELAKA Dari Malim Dari Malim

(12)

10

3. PELAN LANTAI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017 POLITEKNIK MELAKA (AHAD, 4 JUN 2017)

WAKAF

BANGUNAN AKADEMIK

BLOK

PENTADBIRAN BANGUNAN AKADEMIK

PETUNJUK LALUAN PELAJAR SEKATAN TABIR BA N GUN AN AKADE M IK TEMPAT PENDAFTARAN

1. JABATAN PERDAGANGAN (BK29&30) 2. JAB. KEJ ELEKTRIK (BK5&6)

3. JAB. KEJ AWAM (BK7&8) 4. JAB. KEJ MEKANIKAL (BK9&10)

TAKLIMAT WARIS URUSETIA BARANG MSK KAD PELAJAR SE KA TA N W A R IS BANGUNAN AKADEMIK LA LUA N UT A MA PE LA JA R / W A R IS SEKATAN LALUAN RUMAH SEWA TURUTAN PENDAFTARAN 1. URUSETIA 2. PENDAFTARAN 3. GAMBAR KAD PELAJAR 4. BARANGAN MSK JP BK29&30 JKE BK 5 & 6 JKA BK 7 & 8 JKM BK 9 & 10 1 3 4 2 2

(13)

11

4. BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut untuk tujuan bukti pembayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai: -

Y UR AN P E NG A JI A N : -

a) Salinan makluman bayaran sekiranya pembayaran dilakukan melalui perbankan

internet BIMB atau;

b) Resit bayaran sekiranya pembayaran dilakukan d i mesin ATM BIMB, atau; c) Resit bayaran sekiranya pembayaran dilakukan di mesin deposit BIMB. B ay ar an P e l b ag ai :-

a) Salinan Borang Wang Tunai Masuk Bank Simpanan Nasional (BSN ).

BIL JENIS BAYARAN

PROGRAM PENGAJIAN

KAEDAH BAYARAN Dip. Kejuruteraan Awam

Dip. Kejuruteraan Mekanikal Dip. Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Dip. Akauntansi Dip. Perniagaan Antarabangsa

3.1 Yuran Pengajian

RM 200.00

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank

Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama POLITEKNIK KPT

* Mulai 15 OGOS 2013, BIMB TELAH MENGHENTIKAN KUTIPAN BAYARAN DI KAUNTER bagi Yuran Politeknik dan Bayaran Balik Pinjaman KPT.

* Bayaran boleh dibuat mulai 20 Mei 2017. Digalakkan menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM).

* Bayaran hanya perlu dibuat atas nama POLITEKNIK KPT, tiada nombor akaun diperlukan.

3.2 Bayaran Pelbagai (Minggu SuaiKenal, Insurans, Kad Pelajar, Aktiviti Pelajar dll.) RM 600.00

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank

Simpanan Nasional dengan akaun bank bernombor 0410041000152319 atas nama Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.

Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh pihak bank. Sila Rujuk LAMPIRAN 2

sebagai panduan untuk menulis maklumat pada slip bank BSN.

* Bayaran boleh dibuat mulai 20 Mei 2017.

* Bayaran BSN hanya boleh dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA. Anda digalakkan untuk membuat pembayaran

di bank bagi mengelak sebarang permasalahan yang akan timbul pada masa hadapan.

(14)

12

5. CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA (BSN):

(SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)

CONTOH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN

(A) NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD

(B) NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008

(C) NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD

(D) NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319

(E) JUMLAH BAYARAN : RM***.**

(F) PERKARA : BAYARAN PELBAGAI

(G) PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM600.00

(H) T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN

PENTING :

b) Semua bentuk bayaran PERLU DIBUAT SEBELUM HARI PENDAFTARAN.

c) Sila pastikan setiap pembayaran adalah yang ditulis ATAS NAMA PELAJAR SENDIRI.

d) Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah

mendahulukan pembayaran di atas sebelum hari pendaftaran. Tuntutan balik daripada penaja boleh dibuat kemudian.

e) Sila pastikan bayaran (Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai) di bayar dengan amaun yang betul dan kaedah yang dinyatakan.

f) Maklumat mengenai perincian bayaran pelbagai boleh dilihat di LAMPIRAN 3.

g) Kos pengajian yang ditanggung oleh Kerajaan untuk seorang pelajar di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah RM5000 setahun.

h) Salinan borang Wang Tunai Masuk dianggap sah bila terdapat cetakan komputer oleh mana-mana cawangan BSN. (A) BD UL RA HI M BI N RA ZA LI (B) BD UL RA HI M BI N RA ZA LI (C) UL RA HI M BI N RA ZA LI (D) BD UL RA HI M BI N RA ZA LI (E) BD UL RA HI M BI N RA ZA LI (F) UL RA HI M BI N RA ZA LI (G) UL RA HI M BI N RA ZA LI (H) UL RA HI M BI N RA ZA LI

NUR NADIRAH BINTI AHMAD 920612-04-2008

KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD 0410041000152319

RM ***.**

BAYARAN PELBAGAI

Nadirah

(15)

13

6. PRA-PENDAFTARAN PELAJAR BARU SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat pra-pendaftaran pengajian mulai 20 Mei 2017 atau selepas dua (2) hari anda selesai menjelaskan bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai.

Cetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan bawa semasa mendaftar pada hari pendaftaran

pengajian.

6.1 TATACARA PRA-PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP

1) Telah membuat semua pembayaran.

2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp selepas 72 jam (3 hari) membuat pembayaran dan paparan berikut akan keluar.

3) Masukkan No Kad Pengenalan. Klik Teruskan.

4) Paparan berikut akan keluar. Klik Langkah ke-4 (Daftarkan Saya)

* Sila pastikan ada 4 langkah yang akan terpapar

(16)

14

5) Paparan berikut akan keluar. Cetak slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian

6) Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan dibawa semasa mendaftar pada

(17)

15

7. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN ASRAMA sepertimana kampus Politeknik lain. Walau bagaimana pun anda boleh merujuk senarai terkini MAKLUMAT PENYEDIA PENGINAPAN / RUMAH

SEWA SEKITAR POLITEKNIK MELAKA yang disediakan di laman web PMK (www.polimelaka.edu.my). Namun, para pelajar baru disyorkan untuk menyewa di KAMSIS yang disediakan oleh KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD. Untuk pertanyaan boleh dihubungi di talian 013-3989875 (panggilan) atau merujuk senarai terkini MAKLUMAT PENYEDIA PENGINAPAN / RUMAH SEWA

SEKITAR POLITEKNIK MELAKA yang disediakan. Tempat penginapan / rumah sewa adalah terhad.

8. BANTUAN KEWANGAN

Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN BIASISWA ATAU SEBARANG BANTUAN KEWANGAN tetapi pelajar boleh memohon biasiswa/ bantuan kewangan melalui Politeknik atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja. Maklumat berkaitan boleh diperolehi daripada iklan yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan atau maklumat di papan kenyataan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka.

Pelajar yang berminat untuk memohon PTPTN boleh melayari laman web URL

http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk membuat permohonan. Pelajar juga dinasihatkan

melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum membuat permohonan bagi memastikan kelancaran permohonan tersebut;

a) Membeli no PIN PTPTN di Bank Simpanan Nasiaonal (BSN) b) Membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad

c) Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) d) Memiliki akaun emel yang sah

Pelajar juga dinasihatkan supaya membuat permohonan biasiswa/ pinjaman dari Yayasan Negeri atau mana-mana Tabung Yayasan, Majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Tabung Amanah, Syarikat Swasta atau Badan Berkanun sebelum mendaftar diri di PMK. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon bantuan kewangan dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis. Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran dan lain-lain.

(18)

16

9. RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK MELAKA

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dimestikan menutup aurat.

9.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki

9.1.1 Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. 9.1.2 Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

9.1.3 Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

9.1.4 Pemakaian baju Melayu (baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta samping dan bersongkok hitam).

9.1.5 Seluar slack panjang. 9.1.6 Seluar jeans dilarang.

9.1.7 Berkasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin. 9.1.8 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.

9.1.9 Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

9.1.10 Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan. 9.1.11 Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan.

9.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

9.2.1 Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan.

9.2.2 Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

9.2.3 Pelajar bukan Islam dilarang memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut. 9.2.4 Baju T berkolar dan baju T tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang

membawa pengertian liar, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan.

9.2.5 Kain hendaklah labuh, longgar dan tidak jarang. 9.2.6 Seluar slack panjang yang tidak ketat.

9.2.7 Seluar jeans dilarang.

9.2.8 Kasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.

9.2.9 Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi dan seumpamanya tidak dibenarkan. 9.2.10 Pelajar Islam dimestikan memakai tudung.

9.2.11 Rambut berwarna tidak dibenarkan.

9.2.12 Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan.

(19)

17

10. HAL-HAL LAIN

10.1 Semua pelajar dinasihatkan menyediakan pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat berpakaian sepertimana yang dijelaskan dalam bahagian Pakaian dan Rupadiri Pelajar. 10.2 Pelajar digalakkan menyimpan 3 salinan fotostat dokumen-dokumen peribadi yang telah

disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/ Pinjaman Tabung Pendidikan Pinjaman, PTPTN, termasuklah salinan fotostat (di atas kertas saiz A4) surat tawaran dan kad pengenalan ibu bapa.

(20)

18

C. ARAHAN DAN PANDUAN MENGISI MAKLUMAT SAKSI BORANG BHEP3 -

BHEP5

1. WARGANEGARA

Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

2. JAWATAN

Saksi yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan, hendaklah menjawat jawatan tetap sahaja dan memegang jawatan pentadbiran ;

Bagi saksi yang bukan Pegawai Kerajaan, mereka hendaklah yang telah diberi kuasa perundangan.

3. SAKSI

(i) KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (Gred 3 / Kumpulan A ke atas)

a) Semua pegawai kerajaan Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah ;

b) Saksi mestilah mempunyai cop nama, jawatan dan jabatan yang sah sahaja dan jawatan bagi pihak (b.p) tidak diterima ;

(ii) PEGAWAI PENDIDIKAN

a) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti; b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah ;

c) Pengetua / Penolong Kanan Pengetua di Sekolah Menengah Kerajaan/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41).

(iii) PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATAN

(a) Semua doktor yang bertugas di hospital dan di Pusat Kesihatan Kerajaan sahaja.

(iv) PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan kerajaan. (Contoh : Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang dan Pendaftar Mahkamah);

b) Semua Peguambela dan Peguamcara; c) Jaksa Pendamai.

(21)

19

1. PERINCIAN BAYARAN PELBAGAI LAMPIRAN 1

BIL PERKARA

SEMESTER 1 Diploma Kejuruteraan Awam Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) Diploma Akauntansi

Diploma Perniagaan Antarabangsa 1 SUKAN DAN KEBUDAYAAN

Sukan 10.00

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 5.00 Majlis Sikan Politeknik 20.00

2 KEUSAHAWANAN

Aktiviti Keusahawanan Pelajar 15.00

3 PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KERJAYA

Perkhidmatan Psikologi 5.00 Perkhidmatan Kerjaya 5.00

4 HAL EHWAL PELAJAR

Majlis Perwakilan Pelajar 15.00

Sukarelawanan YES! 10.00

Kelab dan Persatuan 10.00

Kebajikan Pelajar 25.00

Program Outreach 5.00

Pembangunan Sahsiah 5.00

Insurans Pelajar 110.10

Kelengkapan Minggu Suaikenal 160.00 Pengurusan Minggu Suaikenal 120.00

5 AKADEMIK

Kokurikulum Berkredit 20.00

JABATAN AKADEMIK

AKtiviti Jabatan 19.90

Kemahiran dan Inovasi 15.00

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER 10.00

JABATAN PENGAJIAN AM

Program Pendidikan Islam & Moral 5.00 Poly. English Enhancement Programme 5.00

6 UNIT PEPERIKSAAN

Pengurusan Peperiksaan Pelajar 5.00

(22)

20

2.

KALENDAR AKADEMIK SESI JUN 2017

POLITEKNIK MELAKA

TARIKH MINGGU AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

04/06/2017 – 08/06/2017 1 minggu Aktiviti Suaikenal /Pendaftaran Latihan Industri : 19/06/2017 sehingga 03/11/2017 Penilaian LI : 06/11/2017 sehingga 17/11/2017 11/06/2017 – 22/06/2017 2 minggu Perkuliahan

25/06/2017 – 29/06/2017 1 minggu Cuti Khas Semester I 02/07/2017 – 10/08/2017 6 minggu Perkuliahan

13/08/2017 – 17/08/2017 1 minggu Cuti Pertengahan Semester 20/08/2017 – 12/10/2017 8 minggu Perkuliahan 15/10/2017 – 19/10/2017 1 minggu Cuti Khas Semester II

21/10/2017 – 04/11/2017 2 minggu Peperiksaan Akhir Semester

06/11/2017 – 24/11/2017 3 minggu Cuti Semester

*Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa. CUTI UMUM MELAKA

 25 Jun 2017 - Hari Raya Aidilfitri

 26 Jun 2017 - Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)

 27 Jun 2017 - Hari Raya Aidilfitri *

 29 Julai 2017 - Hari Keputeraan Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong

 31 Ogos 2017 - Hari Kebangsaan

 1 September 2017 - Hari Raya Aidiladha

 16 September 2017 - Hari Malaysia

 21 September 2017 - Awal Muharram

 13 Oktober 2017 - Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka

 18 Oktober 2017 - Deepavali

Nota : Pelajar diingatkan untuk menguruskan sendiri lebih awal urusan pembelian tiket bas dan lain-lain pengangkutan awam lain bagi urusan balik kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.

(23)

21

3.

AMANAT JHEPP

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PELAJAR PMK.

APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR DI PMK?

1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Politeknik Melaka.

OBJEKTIF

Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada di Politeknik.

Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.

Menggalakkan penyertaan aktif pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.

2) RAKAN MPP

RAKAN MPP dipilih dilantik daripada kalangan pelajar Semester 1 yang belum layak menyertai pilihanraya.

3) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Politeknik Melaka iaitu

https://www.facebook.com/PoliteknikMelaka

4) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

https://www.facebook.com/MajlisPerwakilanPelajarPoliteknikMelaka/

5) Sistem Aktiviti Pelajar (SIAP)

SIAP merupakan satu sistem yang menggantikan Buku Merah dalam merekodkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pelajar di Politeknik Melaka (PMK).

Pelajar yang memperolehi markah tertinggi di peringkat jabatan masing-masing akan dianugerahkan Anugerah Pelajar Aktif manakala pelajar yang paling tinggi markah akan dianugerahkan Anugerah Emas.

Pelajar lain yang mendapat antara markah tertinggi dalam sesuatu jabatan ,akan dijemput ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan setiap hujung semester di PMK.(bergantung kepada kekosongan)

(24)

22

6) Pelajar Hebat

Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar politeknik yang menonjol; yakni mempunyai ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) dapat mewakili politeknik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebaris dengan wakil dari institusi pengajian tinggi yang lain.

7) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP)

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik serta bergiat aktif ko-kurikulum, MAKP dapat memberikan pelajar galakan dan motivasi dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan keputusan cemerlang dan sentiasa mengaktifkan diri dalam ko-kurikulum. Setakat sesi Jun 2016, MAKP telah diadakan sebanyak 22 kali dan ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

PERANAN PELAJAR BARU

Sentiasa memberi komitmen kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh MPP PMK

Bersedia untuk membantu MPP dengan memohon untuk menyertai MPP melalui RAKAN MPP (RAKAN MPP sebagai sayap MPP yang dipilih dikalangan pelajar Semester 1 yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen yang sangat tinggi)

Menonjolkan diri sebagai bakal pemimpin masa depan yang mempunyai ketrampilan, keyakinan diri, softskill dan gaya kepimpinan yang hebat.

Sentiasa berusaha untuk menjadi PELAJAR HEBAT (akan diterangkan semasa Minggu Suai Kenal).

Referensi

Dokumen terkait

Belum adanya kejelasan tentang tata ruang dan rencana pengembangan wilayah pesisir, sehingga banyak terjadi tumpang tindih pemanfaatan kawasan hutan mangrove untuk berbagai

Selanjutnya berdasarkan Peraturan Walikota Tangerang Nomor 64 Tahun 2016 tentang Kedudukan, Susunan Organisasi, Tugas dan Fungsi serta Tata Kerja Dinas

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui potensi-potensi terjadinya tindakan kekerasan terhadap perempuan yang terjadi di kota Yogyakarta, serta meninjau upaya

Malaria adalah penyakit infeksi menular yang disebabkan oleh parasit dari genus Plasmodium, yang ditularkan melalui gigitan nyamuk anopheles

Berdasarkan uraian di atas maka tujuan di lakukannya penelitian ini adalah: (1) menganalisis pengaruh penerapan IFR terhadap frekuensi perdagangan saham perusahaan

Penelitian tentang konsep RUANG dan BENTUK pada rumah tradisional Osing di Desa Kemiren, Banyuwangi merupakan penelitian dalam konteks arsitektur tradisional sebagai eksplorasi

Metode pill count pada penelitian ini mengukur kepatuhan dengan menghitung jumlah obat dalam jangka waktu pendek sesuai jarak kunjungan ke rumah pasien yang

Apabila Calon Mahasiswa diatas diterima sebagai mahasiswa Program Pendidikan Pascasarjana Spesialis-1 (Sp-1) Pekerjaan Sosial STKS Bandung, maka kami selaku atasan