• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DIS 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DIS 2017"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1

BUKU PANDUAN

PENDAFTARAN

PELAJAR BARU

SESI DIS 2017

POLITEKNIK MELAKA

,

NO. 2, JALAN PPM 10,

PLAZA PANDAN MALIM,

BALAI PANJANG,

75250 MELAKA.

LAMAN WEB : http://www.polimelaka.edu.my

NO. TELEFON : 06-337 6000 / 6118 / 6054 / 6058

NO. FAKS : 06-337 6007

(2)

2 PERKARA

M/S A. TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR BARU

1. Ringkasan Carta Alir Lapor Diri Pelajar Baru Sesi Disember 2017 3

2. Senarai Semak Dokumen Untuk Di Bawa Semasa Hari Pendaftaran 4

B. PANDUAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI 5 1. Contoh Pembayaran BAYARAN PELBAGAI Politeknik Melaka (BSN) 6

B. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN

1. Pra-pendaftaran Pelajar Baru Secara Dalam Talian (Online) 7

a. Tatacara Pra-pendaftaran Pelajar Baru Secara Dalam Talian (Online) melalui 7

SPMP

2. Hari Pendaftaran Pengajian 10

3. Dokumen Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran Pengajian 10

4. Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran Pengajian 11

5. Program Minggu Suai Kenal (MSK) 12

MAKLUMAT AM

1. Panduan ke Politeknik Melaka (PMK) 13

2. Peta Lokasi ke Politeknik Melaka (PMK) 14

3. Pelan Lantai Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Dis 2017 Politeknik Melaka 15

4. Kemudahan Tempat Tinggal 16

5. Bantuan Kewangan 16

6. Rupa Diri Pelajar Politeknik Melaka 17

LAMPIRAN 1

(3)

3

A. TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR BARU

1.

CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2017

NOTA :

Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 3 hari pembayaran yuran dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian.

BAYAR YURAN DAN LENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN (BHEP 1-6)

HADIR PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN PADA 19 NOVEMBER 2017 (AHAD)

KAEDAHBAYARAN YURAN DAN MAKLUMAT

PENDAFTARAN DI LAMAN WEB

www.polimelaka.edu.my

MEMBUAT PRA-PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN DI URL

http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru .jsp

(4)

4 2. SENARAI SEMAK DOKUMEN HARI PENDAFTARAN

Sila semak dan tandakan  pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda dan sila bawa bersama dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran berkenaan .

1. PENDAFTARAN PENGAJIAN

1.1 Kad Pengenalan

1.2 Borang Jawapan Tawaran (BJT- JPP) – (*Telah Diposkan Ke Politeknik Melaka)

1.2.1 Borang Jawapan Tawaran (BJT- JPP) 1.2.2 Salinan Surat Tawaran yang Disahkan 1.2.3 Salinan Kad Pengenalan yang Disahkan

1.2.4 Salinan Keputusan SPM/Transkrip Akademik yang Disahkan 1.2.5 Salinan Sijil Ko-Kurikulum yang Disahkan

1.2.6 Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Pengajian yang Disahkan

1.3 Borang-Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi dan dilekatkan gambar.

Sila kepilkan mengikut tertib.

1.3.1 BHEP 1 – Borang Maklumat Peribadi Pelajar

1.3.2 BHEP 2 – Borang Pemeriksaan Kesihatan

1.3.3 BHEP 3 – Borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan

1.3.4 BHEP 4 – Borang Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung

1.3.5 BHEP 5 – Borang Akuan Pelajar dan Ibubapa/Penjaga

1.3.6 BHEP 6 – Aku Janji Pelajar (Salinan Pelajar/Salinan JHEPP)

1.4 Salinan slip bayaran BIMB (Yuran Pengajian) bernilai RM200 atas nama

POLITEKNIK KPT .

1.5 Salinan slip Wang Tunai Masuk BSN (Bayaran Pelbagai) bernilai RM600 atas nama

Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.

1.6 Gambar warna terbaru (saiz gambar kad pengenalan) 3 keping

1.7 Salinan Slip Pengesahan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) SPMP

yang telah dicetak.

PERINGATAN: Sila bawa semua dokumen ASAL ke politeknik untuk tujuan semakan atau permohonan pinjaman sekiranya diperlukan.

(5)

5

B. PANDUAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut untuk tujuan bukti pembayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai: -

Y UR AN P E NG A JI A N : -

a) Resit pembayaran dilakukan di Cash Deposit Machine (CDM) BIMB. B ay ar an P el b ag ai :-

a) Salinan Borang Wang Tunai Masuk Bank Simpanan Nasional (BSN ).

BIL JENIS BAYARAN

PROGRAM PENGAJIAN KAEDAH BAYARAN

Dip. Kej. Awam Dip. Kej.Mekanikal Dip. Kej. Elektronik

(Kawalan) Dip. Akauntansi Dip. Perniagaan Antarabangsa Pra Diploma Sains 3.1 Yuran Pengajian

RM 200.00 RM 200.00 1. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama POLITEKNIK KPT 2. Bayaran boleh dibuat mulai 23 Oktober 2017 (Isnin).

DiWAJIBKAN menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM) sahaja.

3. Masukkan nombor kad pengenalan sahaja dan TIADA nombor akaun diperlukan.

4. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

3.2 Bayaran Pelbagai (Minggu SuaiKenal, Insurans, Kad Pelajar, Aktiviti Pelajar dll.)

RM 600.00 RM 150.00 1. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Simpanan Nasional dengan :

i) Akaun bank bernombor : 0410041000152319

ii) Atas nama : Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.

2. Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh pihak bank.

3. Bayaran boleh dibuat mulai 23 Oktober 2017. 4. Bayaran BSN WAJIB dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA.

(6)

6 1. CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA (BSN):

(SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)

CONTOH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN

1. NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD

2. NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008

3. NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD

4. NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319

5. JUMLAH BAYARAN : RM***.** (RUJUK JADUAL BAYARAN)

6. T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN

PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM600.00 (DIPLOMA) ATAU **RM150.00 (PRA DIPLOMA SAINS)

PENTING :

a) Semua bentuk bayaran PERLU DIBUAT SEBELUM HARI PENDAFTARAN.

b) Sila pastikan setiap pembayaran adalah yang ditulis ATAS NAMA PELAJAR SENDIRI.

c) Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah mendahulukan pembayaran di atas sebelum hari pendaftaran. Tuntutan balik daripada penaja boleh dibuat kemudian.

d) Sila pastikan bayaran (Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai) di bayar dengan amaun yang betul dan kaedah yang dinyatakan.

e) Maklumat mengenai perincian bayaran pelbagai boleh dilihat di LAMPIRAN 1.

6 6

(7)

7

B. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. PRA-PENDAFTARAN PELAJAR BARU SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat

pra-pendaftaran pengajian mulai 23 Oktober 2017 atau selepas tiga (3) hari anda selesai menjelaskan bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai.

Cetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan bawa semasa mendaftar pada hari pendaftaran pengajian.

1.1 TATACARA PRA-PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP

1) Telah membuat semua pembayaran.

2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp selepas 3 hari membuat pembayaran dan paparan berikut akan keluar.

(8)

8 4) Paparan berikut akan keluar. Klik Langkah ke-4 (Daftarkan Saya)

* Sila pastikan ada 4 langkah yang akan terpapar

5) Paparan berikut akan keluar. Cetak slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian Daftarkan Saya

(9)

9 6) Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan dibawa semasa mendaftar pada

(10)

10 2. HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar PMK pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut :

Tarikh : 19 November 2017 (Ahad) Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Politeknik Melaka

No. 2 Jalan PPM 10 Plaza Pandan Malim 75250 Melaka

PERHATIAN :Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.

3. DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN 3.1 Dokumen-dokumen asal yang berikut:-

a) Kad Pengenalan

b) Bukti pembayaran Yuran Pengajian RM 200 (BIMB)

c) Bukti pembayaran Bayaran Pelbagai RM 600(Diploma) atau RM 150(Pra Diploma Sains) - (BSN)

3.2 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap

BHEP1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar BHEP2 - Laporan Pemeriksaan Doktor

BHEP3 - Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) & Pembedahan BHEP4 - lkrar pelajar dan Lepas Tanggung

BHEP5 - Akuan Pelajar Dan Akuan IbuBapa/Penjaga BHEP6 - Akujanji Pelajar

3. 3 TIGA ( 3) KEPING GA MB AR warna yang terbaru berukuran kad pengenalan. Semua pelajar Ielaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, hendaklah yang tidak mendedahkan bahagian bahu. Sila catatkan nama anda dan kursus anda di belakang setiap keping gambar untuk tujuan ditampal pada muka depan Fail Peribadi Pelajar, BHEP1 dan BHEP2.

(11)

11 4. PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN

PELAJAR PEMAKAIAN

Pelajar Lelaki

Baju kemeja lengan panjang/pendek bewarna putih; Seluar slack bewarna gelap;

Berkasut/sepatu dan berstokin (kasut sukan tidak dibenarkan); Bertali leher warna gelap.

Berambut pendek.

Pelajar Perempuan

Bagi pelajar Islam - Baju kurung tradisional/kebaya labuh/kebarung dan bertudung Bagi pelajar bukan Islam – kemeja/blouse dan seluar slack/mini skirt labuh mestilah melepasi paras lutut;

Kasut bertutup atau bertali dan berstokin;

Kain hitam (untuk dipakai semasa upacara perasmian dan penutup Minggu Suaikenal)

NOTA :

1 Para pelajar DIMESTIKAN BERPAKAIAN SEPERTI PANDUAN DI ATAS bagi memastikan kelancaran proses mengambil gambar bagi tujuan pengambilan gambar untuk kad pelajar. 2 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.

3 Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi (rujuk gambarajah).

4 Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan tidak dibenarkan.

5 Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju korporat Politeknik Melaka dengan seluar slack hitam sepanjang mengikuti Program Suaikenal. Pelajar perempuan dikehendaki

memakai baju korporat Politeknik Melaka dan kain hitam.

Contoh Pemakaian Semasa Hari Pendaftaran

(12)

12 5. PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK)

Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti Program Minggu Suaikenal yang diadakan dan mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. (Sila rujuk Buku Program Minggu Suaikenal (MSK) yang diterima semasa hari pendaftaran).

NOTA :

1. Semua pelajar diwajibkan mematuhi peraturan rupadiri pelajar Politeknik Melaka sepanjang program Minggu Suaikenal (20 – 24 November 2017).

(13)

13 1. PANDUAN KE POLITEKNIK MELAKA (PMK)

Kampus Politeknik Melaka terletak lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar Melaka. Sekiranya anda daripada Muar, sila menuju ke arah Alor Gajah melalui Lebuh AMJ, PMK terletak di sebelah kiri jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities. Jika anda daripada Alor Gajah, sila menuju ke arah Pusat Bandar melalui Lebuh AMJ. PMK terletak di sebelah kanan jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities.

Alamat

No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka

Tel: 06-3376000/6054/6058

(14)

14 2. PETA LOKASI POLITEKNIK MELAKA (PMK)

10km PETA LOKASI KE POLITEKNIK MELAKA CHENG 30 KM SIEMMA TRAZO Restoren Sri Percik Dari Malim POLITEKNIK MELAKA Dari Malim Dari Malim

(15)

15 3. PELAN LANTAI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2017 POLITEKNIK MELAKA (AHAD, 19 NOVEMBER 2017)

WAKAF

BANGUNAN AKADEMIK

BLOK

PENTADBIRAN BANGUNAN AKADEMIK

PETUNJUK LALUAN PELAJAR SEKATAN TABIR BA N GUN AN AKADE M IK TEMPAT PENDAFTARAN

1. JABATAN PERDAGANGAN (BK29&30) 2. JAB. KEJ ELEKTRIK (BK5&6)

3. JAB. KEJ AWAM (BK7&8) 4. JAB. KEJ MEKANIKAL (BK9&10)

TAKLIMAT WARIS URUSETIA BARANG MSK KAD PELAJAR SE KA TA N W A R IS BANGUNAN AKADEMIK LA LUA N UT A MA PE LA JA R / W A R IS SEKATAN LALUAN RUMAH SEWA TURUTAN PENDAFTARAN 1. URUSETIA 2. PENDAFTARAN 3. GAMBAR KAD PELAJAR 4. BARANGAN MSK JP BK29&30 JKE BK 5 & 6 JKA BK 7 & 8 JKM BK 9 & 10 1 3 4 2 2

(16)

16 4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN ASRAMA sepertimana kampus Politeknik lain. Walau bagaimana pun anda boleh merujuk senarai terkini MAKLUMAT PENYEDIA PENGINAPAN / RUMAH SEWA SEKITAR POLITEKNIK MELAKA yang disediakan di laman web PMK (www.polimelaka.edu.my). Namun, para pelajar baru disyorkan untuk menyewa di KAMSIS yang disediakan oleh KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD. Untuk pertanyaan boleh dihubungi di talian 013-3989875 (panggilan) atau merujuk senarai terkini MAKLUMAT PENYEDIA PENGINAPAN / RUMAH SEWA SEKITAR POLITEKNIK MELAKA yang disediakan. Tempat penginapan / rumah sewa adalah terhad.

5. BANTUAN KEWANGAN

Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN BIASISWA ATAU SEBARANG BANTUAN KEWANGAN tetapi pelajar boleh memohon biasiswa/ bantuan kewangan melalui Politeknik atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja. Maklumat berkaitan boleh diperolehi daripada iklan yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan atau maklumat di papan kenyataan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka.

Pelajar yang berminat untuk memohon PTPTN boleh melayari laman web URL

http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk membuat permohonan. Pelajar juga dinasihatkan

melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum membuat permohonan bagi memastikan kelancaran permohonan tersebut;

a) Membeli no PIN PTPTN di Bank Simpanan Nasiaonal (BSN) b) Membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad

c) Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) d) Memiliki akaun emel yang sah

Pelajar juga dinasihatkan supaya membuat permohonan biasiswa/ pinjaman dari Yayasan Negeri atau mana-mana Tabung Yayasan, Majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Tabung Amanah, Syarikat Swasta atau Badan Berkanun sebelum mendaftar diri di PMK. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon bantuan kewangan dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis. Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran dan lain-lain.

(17)

17 6. RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK MELAKA

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dimestikan menutup aurat.

6.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki

6.1.1 Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. 6.1.2 Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

6.1.3 Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

6.1.4 Pemakaian baju Melayu (baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta samping dan bersongkok hitam).

6.1.5 Seluar slack panjang. 6.1.6 Seluar jeans dilarang.

6.1.7 Berkasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin. 6.1.8 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.

6.1.9 Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

6.1.10 Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan. 6.1.11 Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan.

6.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

6.2.1 Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan.

6.2.2 Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

6.2.3 Pelajar bukan Islam dilarang memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut. 6.2.4 Baju T berkolar dan baju T tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang

membawa pengertian liar, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan.

6.2.5 Kain hendaklah labuh, longgar dan tidak jarang. 6.2.6 Seluar slack panjang yang tidak ketat.

6.2.7 Seluar jeans dilarang.

6.2.8 Kasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.

6.2.9 Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi dan seumpamanya tidak dibenarkan. 6.2.10 Pelajar Islam dimestikan memakai tudung.

6.2.11 Rambut berwarna tidak dibenarkan.

6.2.12 Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan.

(18)

18 1. PERINCIAN BAYARAN PELBAGAI LAMPIRAN 1

BIL PERKARA

SEMESTER 1 Diploma Kejuruteraan Awam Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) Diploma Akauntansi

Diploma Perniagaan Antarabangsa 1 SUKAN DAN KEBUDAYAAN

Sukan 20.00

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 5.00

Majlis SUkan Politeknik 10.00

2 KEUSAHAWANAN

Aktiviti Keusahawanan Pelajar 15.00

3 PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KERJAYA

Perkhidmatan Psikologi 5.00

Perkhidmatan Kerjaya 5.00

4 HAL EHWAL PELAJAR

Majlis Perwakilan Pelajar 15.00

Sukarelawanan YES! 10.00

Kelab dan Persatuan 10.00

Kebajikan Pelajar 25.00

Program Outreach 5.00

Pembangunan Sahsiah 5.00

Insurans Pelajar 110.10

Kelengkapan Minggu Suaikenal 160.00

Pengurusan Minggu Suaikenal 120.00

5 AKADEMIK

Kokurikulum Berkredit 20.00

JABATAN AKADEMIK

Aktiviti Jabatan 19.90

Kemahiran dan Inovasi 15.00

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER 10.00

JABATAN PENGAJIAN AM

Program Pendidikan Islam & Moral 5.00 Poly. English Enhancement Programme 5.00 6 UNIT PEPERIKSAAN

Pengurusan Peperiksaan Pelajar 5.00

(19)

19 BIL PERKARA

SEMESTER 1 Pra Diploma Sains

1 KELENGKAPAN MINGGU SUAIKENAL Baju Sukarelawan YES!

70.00 Baju Berlogo Politeknik

Track Bottom Lanyard Card Holder 2 INSURANS PELAJAR 36.70 3 AKTIVITI PELAJAR 43.30

JUMLAH KESELURUHAN

RM 150.00

Referensi

Dokumen terkait

Kewajiban Pemerintah untuk mengendalikan barang kebutuhan pokok (termasuk pangan pokok) juga diamanatkan oleh Undang-Undang Nomor 7 Tahun 2014 Tentang Perdagangan (selanjutnya

Menurut Loya (1976) dalam Boli (1994), pengaruh sedimentasi yang terjadi pada terumbu karang telah disimpulkan oleh beberapa peneliti terdiri atas: 1) menyebabkan kematian

Diagnosis CMV pada bayi baru lahir dapat dilakukan bergantung pada ada tidaknya virus dari pemeriksaan isolasi virus melalui urin, identifikasi DNA CMV dengan pemerik- saan

Metode pill count pada penelitian ini mengukur kepatuhan dengan menghitung jumlah obat dalam jangka waktu pendek sesuai jarak kunjungan ke rumah pasien yang

Tabel spesifikasi atribut merupakan daftar atribut yang digunakan sistem untuk memprediksi kemampuan konsumen berdasarkan variabel dalam prinsip 5C yang terdapat

Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai di Bank Islam (M) Berhad Pihak Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran

2.2.1.1 Semua pelajar kanan siswazah yang tidak berpenaja wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya sebelum atau pada hari

Pastikan semua borang pendaftaran (HEP1 – HEP6) telah dilengkapkan sebelum mendaftar dan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Calon hanya akan didaftarkan sebagai pelajar