• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

PELAJAR POLITEKNIK

B B U U K K U U P P A A N N D D U U A A N N

P P E E N N D D A A F F T T A A R R A A N N

(2)

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

A. Maklumat Am

1. Latar Belakang Politeknik Mersing Johor (PMJ) 1

2. Panduan Untuk ke PMJ 1

3. Peringatan Sebelum Pendaftaran 1

4. Bayaran Semasa Pendaftaran 2

5. Kemudahan Tempat Tinggal 2

6. Pinjaman / Biasiswa / Bantuan Kewangan 2

7. Kod Pakaian Dan Penampilan Pelajar 2

7.1 Kod Pakaian Pelajar Lelaki 3

7.2 Kod Pakaian Pelajar Perempuan 3

8. Hal-hal lain 4

B. Panduan Pendaftaran Pelajar Baru

1. Hari Pendaftaran 5

2. Pendaftaran Asrama (Penginapan Pelajar) 5

3. Pendaftaran Pengajian 5

4. Gamabr Pelajar 6

5. Pemakaian & Rupa Diri Semasa Mendaftar 6

6. Bayaran Semasa Pendaftaran 7

7. Minggu Suaikenal Pelajar Baharu 8

8. Susunatur Proses Pendaftaran Pengajian 9

C. Maklumat Tambahan

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 10

2. Maklumat Tempat Penginapan 11

Lampiran 1 12

Lampiran 2 13

Lampiran 3 14

Lampiran 4 15- 18

Borang Permohonan Kamsis

Peraturan Asrama Politeknik Mersing Borang Permohonan Keanggotaan Koperasi

(3)

A. MAKLUMAT AM.

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

1. LATARBELAKANG POLITEKNIK MERSING JOHOR (PMJ)

Politeknik Mersing Johor ( PMJ ) memulakan operasi pentadbirannya di Politeknik Johor Bahru (kini dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan) pada 1 Ogos 2008, dan merupakan politeknik ke

25 yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (kini dikenali Kementerian Pendidikan Malaysia). Penubuhan PMJ ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta. Pada 1Januari 2010 pengoperasian PMJ berpindah ke kampus sementaranya di Bandar Tepian Sungai, Mersing dengan menyewa premis bangunan 3 tingkat.

Seterusnya pada sesi pengajian Jun 2012, Politeknik Mersing telah memulakan operasinya di kampus induk yang baru seperti alamat berikut :

POLITEKNIK MERSING JOHOR JALAN NITAR,

86800 MERSING JOHOR.

Kampus induk Politeknik Mersing ini dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana terkini yang menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif. PMJ menawarkan program-program sepenuh masa peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi, Perdagangan dan Kejuruteraan Elektrik serta program Pra Diploma.

2. PANDUAN UNTUK KE PMJ

Sila rujuk pelan petunjuk jalan ke PMJ yang dilampirkan (Lampiran 1).

3. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

3.1 Pastikan semua dokumen asal yang dikehendaki oleh PMJ dibawa pada hari pendaftaran.

Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut. Sila rujuk Bahagian B untuk maklumat dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran.

3.2 Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) juga berhak menarik balik tawaran belajar di PMJ, sekiranya terdapat percanggahan maklumat antara dokumen asal dengan maklumat yang diberikan semasa permohonan kemasukan ke Politeknik KPM.

3.3 Lengkapkan semua borang pendaftaran (HEP1 – HEP6 ) yang boleh di muat turun dan dicetak melalui laman web www.politeknik .edu.my seterusnya perlu diserahkan kepada PMJ semasa pendaftaran.

3.4 Sila lakukan pemeriksaan doktor menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan HEP 2. Pemeriksaan doktor boleh dilakukan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta.

3.5 Sila bawa Buku Panduan Pendaftaran ini semasa mendaftar.

(4)

4. BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN

4.1 Semua calon perlu menjelaskan dua (3) jenis bayaran (Yuran Pengajian , Bayaran Pelbagai dan Yuran Asrama) sebelum hari pendaftaran. Sila rujuk Bahagian B untuk maklumat bayaran semasa pendaftaran.

Nota:

i. Pelajar yang mendapat tajaan / bantuan kewangan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta, hendaklah membawa bersama surat pegesahan penajaan (surat asal) semasa mendaftar.

ii. Semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada pengajian di Politeknik Mersing Johor.

5. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

5.1 Politeknik Mersing Johor (PMJ) menyediakan kemudahan asrama dengan peralatan seperti katil, meja dan kerusi belajar, almari pakaian tilam dan bantal. Oleh yang demikian semua pelajar semester satu yang telah mendaftar dan di tawarkan asrama dikehendaki menyediakan barangan seperti berikut untuk kegunaan di Asrama :-

i. 2 helai sarung bantal saiz standard.

ii. 2 helai cadar untuk tilam bujang iii. 1 helai kain selimut

iv. Sepasang baju Melayu beserta sampin dan songkok hitam. (lelaki muslim) v. Sepasang telekung (pelajar perempuan Islam)

vi. Pakaian kuliah secukupnya ( jeans dan kemeja-T tanpa kolar tidak dibenarkan untuk ke kuliah).

vii. Barang-barang keperluan peribadi ( baldi,sabun mandi dan lain-lain) viii. Barang kemas tidak di galakkan.

ix. Surah Yassin dan Al-Quran ( pelajar muslim ).

5.2 Pelajar yang ditawarkan asrama boleh menggunakan kemudahan kafetaria dan koperasi yang terletak di kawasan asrama untuk membeli makanan dan keperluan lain. Kos sara hidup ditanggung oleh pelajar sendiri.

6. PINJAMAN / BIASISWA / BANTUAN KEWANGAN

PMJ tidak menawarkan sebarang bentuk pinjaman / biasiswa / bantuan kewangan kepada pelajar. Tawaran pinjaman / biasiswa / bantuan kewangan adalah di luar bidang kuasa PMJ.

Menjadi tanggungjawab pelajar menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Sehubungan itu, pelajar digalakkan memohon pinjaman / biasiswa / bantuan kewangan melalui Yayasan Negeri masing-masing atau PTPTN atau penaja-penaja tertentu (badan kerajaan / swasta) SEBELUM mendaftar di Politeknik.

7. KOD PAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR

Semua pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertakluk kepada Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar hendaklah sentiasa berpakaian menutup aurat (bagi pelajar Islam), kemas, bersih, dan sopan. Semua jenis pakaian yang “mencolok mata” dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang. Sila rujuk jadual di para 7.1 untuk panduan kod pakaian pelajar lelaki dan para 7.2 untuk panduan kod pakaian pelajar perempuan sepanjang masa ketika berada dalam kampus dan mengikuti kuliah di Politeknik.

(5)

7.1 Kod Pakaian Pelajar Lelaki

a. Baju

i. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek yang sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in)

ii. Butang baju mestilah dikancing dengan sempurna.

iii. Pemakaian baju Melayu dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang berserta dengan sampin dan songkok hitam.

iv. Dilarang memakai baju kemeja-T jenis berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar berunsur liar atau negatif.

v. Dilarang memakai Baju kemeja-T tanpa kolar.

b. Seluar

i. Seluar panjang jenis cotton atau slack.

ii. Dilarang memakai seluar jeans.

c. Kasut.

i. Hendaklah sesuai untuk ke kuliah dan sempurna berstokin. Kasut sukan dibenarkan.

ii. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya semasa berada dalam kampus PMJ.

iii. Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

d. Rambut.

i. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.

e. Perhiasan.

Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk perhiasan kecuali bagi keperluan agama.

KOD PAKAIAN PELAJAR LELAKI (PAKAIAN HENDAKLAH SENTIASA KEMAS)

Rujuk lampiran 2

Pelajar Lelaki

Kad Pelajar Tali Leher Baju Kemeja kemeja-T Berkolar Seluar Slack Panjang

Kasut & Stokin Baju Melayu (lengkap)

7.2 Kod Pakaian Pelajar Perempuan

a. Baju.

i. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar.

ii. Dilarang memakai pakaian yang ‘mencolok mata’ (contohnya pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang).

iii. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.

iv. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

(6)

v. Dilarang bagi pelajar bukan Islam memakai skirt yang lebih pendek daripada paras lutut.

vi. Dilarang memakai baju kemeja-T yang ketat atau tidak berkolar.

b. Seluar.

i. Seluar panjang jenis cotton atau slack dan tidak ketat.

ii. Dilarang memakai seluar jeans.

c. Kasut.

i. Kasut hendaklah sesuai untuk ke kuliah. Kasut sukan dibenarkan bagi tujuan kokurikulum dan aktiviti sukan.

ii. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya semasa berada dalam kampus PMJ.

iii. Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

d. Rambut.

i. Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat ( contohnya bertudung ) seperti yang disyariatkan Islam.

ii. Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

iii. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, ‘berekor’, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.

e. Perhiasan

i. Tidak digalakkan memakai barang kemas.

ii. Tidak digalakkan mengenakan solekan yang berlebihan.

KOD PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN (PAKAIAN HENDAKLAH SENTIASA KEMAS)

Rujuk lampiran 3

Pelajar Perempuan

Kad Pelajar

Baju Kemeja Lengan Panjang Baju Kurung

Baju Kebaya Labuh Blaus Lengan Panjang

Seluar Slack Panjang Skirt Labuh

Kasut

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian yang sesuai dan memenuhi syarat- syarat cara berpakaian.

8.2 Sediakan mesin kira (kalkulator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran.

(7)

B. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR

Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

1.1 Semua pelajar baharu semester satu Diploma perlu melapor diri di asrama pada 04 Jun 2017 (Ahad) dan mengikuti semua aktiviti Minggu Suaikenal (MSK).

1.2 Semua pelajar baharu semester satu Pra Diploma perlu melapor diri di lodge PMJ pada 11 Jun 2017 ( Ahad) dan mengikuti aktiviti Minggu Suai Kenal ( MSK)

1.3 Pastikan anda mendaftar diri mengikut masa yang telah ditetapkan. (Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini ).

2. PENDAFTARAN ASRAMA (Penginapan Pelajar)

Diploma :

Tarikh : 04 Jun 2017 (Ahad) Masa : 8.30 pagi - 12.30 tghari Lokasi : Dewan Permata Marjan

Pra Diploma :

Tarikh : 11 Jun 2017 (Ahad) Masa : 8.30 pagi - 12.30 tghari Lokasi : Lodge , PMJ

Makluman Penting Pendaftaran Asrama

i. Pastikan pelajar membawa salinan slip bayaran Bank Islam Berhad (bayaran yuran asrama RM360.00) di bawa semasa mendaftar asrama.

ii. Borang Pendaftaran Asrama iii. Borang Akujanji Asrama

3. PENDAFTARAN PENGAJIAN

* diuruskan sendiri oleh pelajar semasa Minggu Suaikenal Diploma:

Tarikh : 05 Jun 2017 (Isnin) Masa : 8.30 pagi - 12.30 tghari Lokasi : Dewan Permata Marjan

Pra Diploma:

Tarikh : 11 Jun 2017 (Ahad) Masa : 8.30 pagi - 12.30 tghari Lokasi : Lodge , PMJ

Untuk memastikan pelajar didaftarkan dan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar, pelajar dikehendaki bergerak mengikut urutan yang telah ditetapkan, mengikut arahan urusetia, membaca dan memahami Buku Panduan Pendaftaran, menjelaskan Yuran Pengajian serta Bayaran Pendaftaran dan membawa semua dokumen ( lengkap dengan maklumat ) yang diperlukan.

(8)

Makluman Penting Pendaftaran

i. Pastikan semua salinan slip bayaran Bank Islam Malaysia Berhad di bawa semasa pendaftaran.

ii. Pastikan semua Dokumen Asal seperti Kad Pengenalan, Sijil SPM, Sijil Ko-Kurikulum, Sijil Berhenti Sekolah, Surat Tawaran Kemasukan Ke Politeknik dan Surat Panggilan Mendaftar dibawa bersama.

iii. Pastikan semua borang pendaftaran (HEP1 – HEP6) telah dilengkapkan sebelum mendaftar dan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran.

PERHATIAN :

i. Calon hanya akan didaftarkan sebagai pelajar Politeknik Mersing jika dapat mengemukakan semua dokumen asal seperti yang dikehendaki dan menjelaskan yuran pengajian yang telah ditetapkan pada hari pendaftaran.

ii. Pengarah Politeknik Mersing berhak menarik balik tawaran belajar / pengajian sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon politeknik.

iii. Semua bayaran yang telah dibuat, tidak akan dikembalikan.

iv. Dokumen-dokumen ASAL yang berikut perlu di bawa semasa pendaftaran pengajian a) Kad Pengenalan

b) Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik.

c) Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM (V) d) Sijil Berhenti Sekolah

e) Sijil kokurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili negeri dan negara) f) Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

v. Slip Pembayaran Bank Islam Malaysia Berhad (bayaran yuran pengajian RM 200.00) vi. Borang-borang Pendaftaran Pengajian berikut yang telah lengkap diisi :

( Download dan cetak melalui laman web www.politeknik.edu.my ) a) HEP 1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar

b) HEP 2 - Laporan Pemeriksaan Kesihatan

c) HEP 3 - Perakuan Kebenaran Bius Dan Pembedahan d) HEP 4 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung

e) HEP 5 - Akuan Pelajar dan Akuan Bapa/ Ibu/ Penjaga f) HEP 6 - Aku Janji Pelajar

vii. Surat penaja (jika berkaitan).

4. GAMBAR PELAJAR

3.1 Sila sediakan gambar warna terbaru berukuran pasport sebanyak 10 keping. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islam digalakkan bertudung. Sila catatkan nama, no.kad pengenalan dan program pengajian anda di belakang setiap gambar.

CONTOH GAMBAR DAN PAKAIAN YANG DIBENARKAN

(9)

5. PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

4.1 Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas (seluar ‘slack’, berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher), bersih dan menutup aurat (bagi pelajar Islam).Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang.

4.2 Berkasut serta berstokin

4.3 Rambut mestilah kemas dan pendek bagi pelajar lelaki.

4.4 Topi, Baju T, kasut selipar, seluar ‘jeans’, seluar pendek dan seluar sukan adalah dilarang semasa hari pendaftaran.

6. BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN

5.1 Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan bayaran tidak boleh didaftarkan.

5.2 Sila kemukakan maklumat pembayaran / resit pembayaran Bank Islam Malaysia Berhad bagi bayaran-bayaran yang telah dijelaskan sebagai bukti pembayaran semasa hari pendaftaran.

5.3 Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan

Perkara Jumlah (RM) Kaedah Bayaran

Bayaran Yuran Pengajian

( satu semester ) 200.00

Pembayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan kaedah pembayaran :

i. Perbankan Internet Bank Islam , www.bankislam.com.my - Institusi POLITEKNIK KPT

- No. Akaun 16018010017541 - Amaun RM 200.00

Cetak maklumat pembayaran sebagai rujukan / bukti dan serahkan di kaunter semasa hari pendaftaran.

ATAU

ii. Mesin ATM Bank Islam - Pembayaran Yuran IPT

- Akaun Pembayar POLITEKNIK KPT - No. Akaun 16018010017541 - Amaun RM 200.00

Ambil dan simpan resit sebagai rujukan / bukti dan serahkan di kaunter semasa hari pendaftaran

Bayaran Yuran Asrama

(satu semester)

360.00

Pembayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan kaedah pembayaran :

i. Perbankan Internet Bank Islam , www.bankislam.com.my - Institusi POLITEKNIK KPT

- No. Akaun 16018010017541 - Amaun RM 360.00

Cetak maklumat pembayaran sebagai rujukan / bukti dan serahkan di kaunter semasa hari pendaftaran.

ATAU

(10)

ii. Mesin ATM Bank Islam - Pembayaran Yuran IPT

- Akaun Pembayar POLITEKNIK KPT - No. Akaun 16018010017541 - Amaun RM 360.00

Ambil dan simpan resit sebagai rujukan / bukti dan serahkan di kaunter semasa hari pendaftaran

Bayaran Pelbagai ( satu semester )

Diploma:

600.00

Pra Diploma:

150.00

Pembayaran melalui perkhidmatan JomPay dengan kaedah pembayaran :

i. Perbankan Internet: Semua Bank

JomPAY online di Perbankan Internet dan Telefon Mudah Alih dengan akaun semasa atau simpanan

- Amaun Diploma RM 600 - Amaun Pra Diploma RM 150

Cetak maklumat pembayaran sebagai rujukan / bukti dan serahkan di kaunter semasa hari pendaftaran

Nota :

 Sila pastikan bayaran yuran pengajian dan bayaran yuran asrama diatas menggunakan resit pembayaran Bank Islam Malaysia Berhad yang berasingan.

Bayaran Yuran Pengajian 1 resit pembayaran Bank Islam ( RM 200.00 ) Bayaran Yuran Asrama 1 resit pembayaran Bank Islam ( RM 360.00 ) Bayaran Pelbagai Diploma 1 resit pembayaran JomPay ( RM 600.00 ) Bayaran Pelbagai Pra Diploma 1 resit pembayaran JomPay ( RM 150.00 )

Pastikan anda membuat salinan (fotostat) setiap resit pembayaran yang telah dibuat.

 Tatacara pembayaran rujuk Lampiran 4.

7. MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU

7.1 Semua pelajar Semester 1 diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK) yang bermula sebaik selepas pendaftaran asrama.

7.2 Sila rujuk Buku Panduan MSK yang akan dibekalkan pada hari pendaftaran asrama.

7.3 Anda dikehendaki menyediakan barangan berikut untuk kegunaan semasa MSK.

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

i. Seluar sukan ( track bottom ) ii. T-Shirt berkolar

iii. Baju kemeja ( lengan panjang ) iv. Seluar panjang ( slack ) hitam v. Tali leher

vi. Kasut hitam ( kulit / PVC ) vii. Kasut sukan

i. Seluar sukan ( track bottom ) ii. T-Shirt berkolar ( lengan panjang ) iii. Baju kurung

iv. Seluar panjang / skirt labuh berwarna hitam v. Kasut hitam ( kulit / PVC )

vi. Kasut sukan Biller Code: 88294

Ref-1: <No. Kad Pengenalan Pelajar>

Ref-2: <Nama Pelajar>

(11)

8. SUSUN ATUR PROSES PENDAFTARAN PENGAJIAN

TINDAKAN PELAJAR TINDAKAN PEGAWAI

A. KAUNTER PENDAFTARAN ONLINE

Pelajar perlu membuat pendaftaran secara online di http://spmp.pmj.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp.

Sekiranya belum mendaftar, pelajar perlu ke kaunter Pendaftaran Online terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran pengajian.

B. KAUNTER SEMAKAN DOKUMEN DAN BORANG PENDAFTARAN

1. Serahkan kepada Pegawai:

 Kad pengenalan

 Dokumen asal yang telah disusun untuk disemak.

2. Serahkan kepada Pegawai:

 Borang HEP 1 – HEP 6 yang telah lengkap diisi dan disusun

 Gambar – dua (2) keping

 Senarai semak dokumen pendaftaran 3. Menerima FPP.

1. Pencarian Fail Peribadi Pelajar (FPP)

2. Lakukan semakan ke-2 ke atas Borang Butiran Pemohon dengan dokumen asal. Cop dan tandatangan untuk pengesahan.

3. Failkan:

 Borang HEP 1 – HEP 6

 Gambar – satu (1) keping

 Senarai semak dokumen Pendaftaran 4. Lekatkan gambar di muka hadapan FPP.

5. Menyerahkan FPP kepada pelajar.

B. KAUNTER BAYARAN

1. Serahkan salinan slip bayaran Bank Islam (Yuran Pengajian : RM200.00)

* Nota :

- Slip bayaran asrama Bank Islam (Yuran Asrama : RM360.00) diserahkan semasa pendaftaran asrama.

- Slip bayaran pelbagai CIMB Bank (Koperasi PMJB : RM600 / RM150) ) diserahkan di koperasi.

1. Cop dan tandatangan semua salinan slip bayaran BIMB untuk pengesahan bayaran.

2. Resit perlu dipulangkan semula kepada pelajar untuk simpanan mereka.

D. KAUNTER PENDAFTARAN JABATAN

1. Menyerahkan FPP

2. Menerima Kad Sementara Pelajar

1. Mencatatkan butiran pelajar di muka hadapan FPP dan pada Kad Sementara Pelajar.

2. Menyerahkan kad sementara pelajar

3. FPP yang tidak lengkap perlu diserahkan ke kaunter HEP Jabatan .

E. KAUNTER KAD PELAJAR

1. Mendaftar nombor kad pengenalan dan no pendaftaran ke dalam sistem yang disediakan

1. Mengambil gambar dan maklumat pelajar untuk direkod di dalam sistem

(12)

C MAKLUMAT TAMBAHAN

1. PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar Politeknik KPT yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di peringkat Diploma.

1.1 Syarat-syarat Permohonan

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

1.2.1 Pemohon adalah warganegara Malaysia;

1.2.2 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;

1.2.3 Telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik,Kementerian Pendidikan Malaysia

1.2.4 Tidak mempunyai penaja lain.

1.2 Persediaan Sebelum Membuat Permohonan

1.2.1 Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu mendapatkan Nombor Pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian.

1.2.2 Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.

1.2.3 Bagi semua Politeknik menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kecuali; Politeknik Mukah menggunakan Public Bank Berhad.

1.3 Kaedah Permohonan

1.3.1 Permohonan dan semakan kelulusan boleh dibuat melalui kaedah Online di http://epinjaman.ptptn.gov.my. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walaubagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan pada tarikh yang ditetapkan oleh PTPTN.

1.3.2 Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian berserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen tersebut beserta dokumen sokongan yang ditetapkan kepada Pegawai PTPTN melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di IPT masing-masing. Sila semak tarikh serahan dokumen tersebut yang telah ditetapkan oleh HEP.

1.3.3 Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan PTPTN boleh diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-20927788.

1.4 Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN

1.4.1 Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan ke akaun pelajar.

Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN;

1.4.2 Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.

(13)

1.5 Penahanan Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN

1.5.1 Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00;

1.5.2 Menangguhkan pengajian;dan

1.5.3 Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

1.6 Penamatan /Pembatalan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

1.6.1 Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

1.6.2 Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

2. MAKLUMAT TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR

1.1 Pendaftaran Asrama

Sila pastikan perkara berikut disediakan semasa pendaftaran Asrama:

i. Borang Pendaftaran Asrama telah di isi dengan lengkap ( Lekatkan gambar) ii. Menyediakan gambar sebanyak 5 keping ( untuk kegunaan Asrama sahaja) 1.2 Peralatan Elektrik

Hanya peralatan elektrik yang dibenarkan sahaja boleh dibawa ke Asrama. Semua peralatan yang di bawa hendaklah didaftarkan di Pejabat Asrama.

i. Peralatan eletrik yang DIBENARKAN diguna di Asrama :

Bil. Perkara /Item

1 Set komputer (termasuk printer dan scanner)

2 Radio (radio kecil atau mini Hi-Fi sahaja serta headphone 3 Cell phone Battery charger

ii. Peralatan Elektrik yang TIDAK dibenarkan dibawa ke Asrama.

Bil. Perkara /Item

1 Set TV 2 Sterika

3 Cerek Elektrik/Jug kettle

4 Radio hi-fi / Sub wofer audio sistem (komputer) 5 Water heater coil

6 Toaster /sandwich maker 7 Hair dryer

8 Mesin Basuh

2.4 Peraturan Asrama.

Semua pelajar yang tinggal di Asrama adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Asrama dan politeknik. Sebarang perlanggaran peraturan Asrama boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan disiplin dan ditarik kemudahan Asrama.

(14)

Lampiran 1

PELAN LOKASI KE POLITEKNIK MERSING

(15)

Lampiran 2

(16)

Lampiran 3

(17)

Lampiran 4

Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama Politeknik

A PERBANKAN INTERNET

1. Layari www.bankislam.com.my

2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3 Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5. Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.

6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik

“next”

7. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”

8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..

10. Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.

11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan.

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman

bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

(18)

B MESIN ATM BANK ISLAM 1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT 3 Pilih menu YURAN IPT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit ) 5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar 8. Transaksi selesai dan ambil Resit

C MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM 1. Pilih menu YURAN IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 3 Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan ambil Resit

(19)

Kaedah Pembayaran Yuran Pelbagai

PANDUAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM JomPAY

Bank Langkah Pembayaran

BANK ISLAM (BIMB)

https://www.bankislam.biz/rib

1. Login ke perbankan internet Bank Islam 2. Pilih “Payment/Services”

3. Pilih “JomPAY”

4. Pilih “Payment (JomPAY)”

5. Pilih akaun Pembayaran

6. Masukkan Amaun Pembayaran 7. Masukkan Biller Code “10124”

8. Masukkan Ref 1= No. IC, Ref 2= No. Pendaftaran Pelajar 9. Tekan Validate

10. Selesai & Print Bukti Pembayaran

CIMB

https://www.cimbclicks.com.my/

1. Login ke perbankan internet CIMB 2. Pilih “Pay”

3. Pilih “Bills”

4. Pilih “JomPAY”

5. Pilih Akaun Pembayaran 6. Masukkan Biller Code “10124”

7. Masukkan Ref 1= No. IC, Ref 2= No. Pendaftaran Pelajar 8. Masukkan Amaun Pembayaran

9. Tekan “submit”

9. Selesai & Print Bukti Pembayaran

Maybank

http://www.maybank2u.com.my/

1. Login ke perbankan internet CIMB 2. Pilih “Accounts & Banking”

3. Pilih “Bill Payment”

4. Pilih “JomPAY”

5. Pilih “Make One-Off Payment”

6. Masukkan Amaun Pembayaran 7. Pilih Akaun Pembayaran 8. Masukkan Biller Code “10124”

9. Ref 1= No. IC, Ref 2= No. Pendaftaran Pelajar 10. Selesai & Print Bukti Pembayaran

Lain-lain sistem perbankan internet

Pilih Pembayaran melalui JomPAY

(20)

PANDUAN PEMBAYARAN MELALUI BANK ISLAM

PANDUAN PEMBAYARAN MELALUI ATM BANK ISLAM

 Pilih menu LAIN-LAIN

 Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

 Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT

 Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

 Masukkan No Kad Pengenalan

 Pilih Bayaran kepada : KOP POLI MERSING

 Masukkan Amaun yang ingin dibayar

 Transaksi selesai dan ambil Resit

PANDUAN PEMBAYARAN MELALUI CDM BANK ISLAM

Pilih Menu

 Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT

 Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

 Pilih Bayaran kepada : KOP POLI MERSING

 Masukkan Wang

 Sahkan jumlah kemasukkan wang

 Transaksi selesai dan ambil Resit

PANDUAN PEMBAYARAN MELALUI BANK ISLAM INTERNET BANKING

1. Login ke https://www.bankislam.biz/rib 2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan 3. Pilih “Payment/Services”

4. Klik pada menu “Bill Presentment”

5. Masukkan No. Kad Pengenalan pada runag Kad Pengenalan 6. Senarai Bil yang hendak dibayar akan dipaparkan.

7. Pilih Bil yang hendak dibayar.

8. Maklumat bil akan dipaparkan.

9. Pilih “Source Account” yang hendak didebitkan

10. Masukkan Jumlah amaun yang hendak dibayar (pastikan Jumlah sama dengan Amaun Bil).

10. Klik “Pay”

11. Klik “Confirm” untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.

12. Simpan atau cetak bukti pembayaran untuk rujukan.

(21)

19 BAHAGIAN A: MAKLUMAT PEMOHON

NAMA : ………..

NO. IC : ……….. JANTINA : ……….

SEMESTER : 1 NO. PEND. : ……….

ALAMAT RUMAH : ………..

………..

NO. H/P : ……….. PENAJA : PTPTN/MARA/LAIN2…….

BAHAGIAN B: MAKLUMAT IBUBAPA/PENJAGA

NAMA BAPA : ………

NO. H/P : ………. HUBUNGAN : ………..

PEKERJAAN : ………. PENDAPATAN : ………..

TANGGUNGAN ………. : ………..

BAHAGIAN C: MAKLUMAT WARIS TERDEKAT

NAMA : ………

NO. H/P : ………. HUBUNGAN : ………..

ALAMAT : ………

………

BAHAGIAN D: SUMBANGAN & PENGLIBATAN

a) Sumbangan/aktiviti peringkat Sekolah Menengah

Bil Sumbangan/Aktiviti Peringkat/Jawatan

1 2 3

BAHAGIAN E: MAKLUMAT TAMBAHAN

a) Adakah anda MEROKOK ?... ( YA / TIDAK ) b) Adakah anda menghidapi MASALAH KESIHATAN yang serius?.

(Sertakan Akuan Doktor)….…… ( YA / TIDAK )

Jika YA nyatakan: ……….

c) Adakah anda pernah menetap di asrama? ( YA / TIDAK ) Jika YA nyatakan: ………

BORANG PERMOHONAN KAMSIS Sesi: Jun / Dis 20………….

Gambar Ukuran Passport (WAJIB)

Kuota: PELAJAR BARU

UNIT PENGURUSAN KAMSIS, POLITEKNIK MERSING

(22)

BAHAGIAN F: AKUAN & AKUJANJI PEMOHON

Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar. Jika terdapat sebarang percanggahan maklumat maka pihak Jawatankuasa berhak menolak permohonan ini dan berhak membatalkan tawaran yang telah diluluskan. Saya juga membenarkan segala Tindakan Tatatertib dikenakan keatas saya mengikut Prosedur Jawatankuasa Tatatertib jika berlaku perlanggaran terhadap Peraturan Asrama dan Akta Politeknik.

Tandatangan,

………

Nama: Tarikh: …..………

BAHAGIAN G: SOKONGAN & KELULUSAN Permohonan tersebut,

DISOKONG TIDAK DISOKONG Kerana ………...

Tandatangan,

……….

Nama:

Jawatan:

Permohonan tersebut,

DILULUSKAN TIDAK DILULUSKAN Kerana ………...

Tandatangan,

……….

Nama : HJ. LAJAKAREK BIN MOHD AMIN

Jawatan : KETUA WARDEN

BAHAGIAN H: PENEMPATAN, PENGAMBILAN & PEMULANGAN KUNCI

PENEMPATAN BLOK : BILIK :

TARIKH AMBIL KUNCI T.tangan :

TARIKH PULANG KUNCI T.tangan :

Penafian:-

Tarikh: …..………

Cop Rasmi

Cop Rasmi

Tarikh: …..………

*Penyokong mestilah terdiri daripada Warden Kamsis

*Kelulusan adalah MUKTAMAD berdasarkan kriteria dan pemilihan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Segala bentuk rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan.

(23)

PERATURAN ASRAMA POLITEKNIK MERSING JOHOR

(Dibaca, difahami dan dipatuhi serta ditandatangani bersama borang Akujanji Tinggal Di Asrama) KESALAHAN MENGAKIBATKAN PEMBUANGAN ASRAMA @ DENDA @ KEDUA-DUANYA

1. Mencemarkan nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.

2. Merosakkan harta benda/kemudahan Asrama (Vandalisme) dan mengotorkan bilik Asrama. Pelajar juga boleh diarahkan membayar gantirugi (Bayaran Tunai) keatas kerosakan yang dibuat.

3. Membawa orang asing/bukan penghuni berdaftar menginap di dalam bilik Asrama tanpa kebenaran bertulis.

4. Membawa kenderaan bermotor ke kawasan Asrama tanpa kebenaran bertulis.

5. Menceroboh ke blok berlainan jantina.

6. Memasak atau membawa peralatan memasak di dalam bilik Asrama.

7. Keluar kampus semasa grounded tanpa alasan munasabah dan kebenaran bertulis.

8. Menyimpan, mengedar, membawa, meminum atau membuat minuman keras/alkohol/bahan kimia yang memabukkan/mengkhayalkan.

9. Menyimpan, menyorok, membawa, memiliki, menghisap atau mempuanyai ape jua bahan/alat berunsur tembakau/rokok seperti puntung rokok, ashtray, kotak rokok, habuk rokok, pemetik api, Rokok Elktronik, Vape, Flavor, shisha dan sebagainya di dalam bilik Asrama atau persekitaran Asrama.

10. Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah.

11. Bergaduh atau terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan samada di dalam atau di luar Kampus.

12. Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan, berkhalwat atau membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah samada di dalam atau di luar kampus.

13. Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik.

14. Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan dan menjual.

15. Memiliki atau bermain dengan alat-alat/bahan-bahan yang berbahaya seperti senjata tajam, bahan letupan dan sebagainya.

KESALAHAN MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN ASRAMA @ DENDA @ KEDUA- DUANYA

1. Membuat bising/memainkan peralatan audio dengan kuat sehingga boleh mengganggu ketenteraman orang lain. Patuhi waktu senyap Asrama jam 8.00 malam hingga 8.00 pagi.

2. Tidak memakai Kad Matriks pelajar semasa berada di dalam kawasan kampus termasuk di Kafeteria.

3. Berpindah/bertukar ke bilik lain tanpa kebenaran dan pengetahuan Warden Blok/Penyelia Asrama.

4. Tidak mendaftarkan peralatan elektrik termasuk extension kecuali charger telefon bimbit dan kamera digital.

5. Mengubah susunan asal perabot dan mengubahsuai perabot di dalam bilik Asrama serta tidak melapor kerosakan perabot dan kemudahan serta infrastruktur bilik.

6. Tidak menutup suis lampu, kipas dan soket serta tidak menutup tingkap semasa meninggalkan bilik Asrama.

7. Tidak turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat Asrama tanpa alasan munasabah dan kebenaran bertulis.

8. Tidak turun solat secara berjemaah di Pusat Islam PMJ bagi pelajar-pelajar Islam.

9. Mengingkari arahan sah Pihak Berkuasa Tatatertib termasuk Warden, Penyelia Asrama dan Jawatankuasa Pelajar yang dilantik di peringkat Asrama.

10. Pulang ke Asrama melebihi waktu yang ditetapkan (7.00 p.m). Semua penghuni WAJIB berada di kawasan Asrama selepas jam 11.00 malam.

Ketua Warden Asrama,

Politeknik Mersing Johor

(24)

BAHAGIAN A: MAKLUMAT ANGGOTA

NAMA : ……….

NO. IC : ……….. JANTINA

: ……….

WARGANEGARA : ……….. BANGSA

: ……….

ALAMAT : ……….. NO. H/P

: ……….

……….. FAX

: ……….

……….. EMEL

: ……….

………..

PEKERJAAN : ………..

BAHAGIAN B: MAKLUMAT WARIS (PENAMA)

NAMA WARIS : ……….

NO. IC : ………. JANTINA

: ………..

ALAMAT : ………. HUBUNGAN

: ………..

………. NO. H/P

: ………..

………. EMEL

: ………

BAHAGIAN C: AKUAN PEMOHON

a) Saya seperti maklumat diatas dengan ini memohon untuk menjadi anggota Koperasi Politeknik Mersing Johor Berhad. Saya memohon untuk melanggan syer KPMJB sebanyak RM ____________

Saya berikrar mematuhi segala peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi Politeknik Mersing Johor Berhad dan mengaku terikat kepada peraturan-peraturan itu dan apa-apa perubahan kepada kedua-duanya yang mungkin diperbuat dari semasa ke semasa. Bersama ini disertakan bayaran Yuran Masuk sebanyak RM10.00 yang dibayar secara Tunai/Cek/Deposit Tunai/Bank Transfer atas nama Koperasi Politeknik Mersing Johor Berhad (MBB / CIMB).

b) Saya mengaku bahawa saya bukan seorang bankrap atau seorang yang telah disabit kesalahan yang Kena Daftar “The Registration Of Criminal An Undesirabel Person Act 1969”.

Tandatangan,

………

Nama:

Tarikh: ………

(J-2-0655)

BORANG PERMOHONAN KEANGGOTAAN

Gambar Ukuran

Passport

(WAJIB)

No. Anggota: - -

(25)

BAHAGIAN D: PENGESAHAN BAYARAN (BENDAHARI)

Saya mengaku telah menerima bayaran Yuran Masuk pemohon sebanyak RM 10.00 dan RM ___________

sebagai langganan Syer (No. Resit Bayaran: ………..)

Tandatangan,

………

Nama:

Bendahari KPMJB

Tarikh: ………..

BAHAGIAN E: PENGESAHAN PENGERUSI/NAIB PENGERUSI/ SETIAUSAHA Permohonan tersebut,

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN kerana ……….……….

No. Anggota : - -

Tandatangan,

………

Nama:

Pengerusi / Timbalan Pengerusi / Setiausaha

Tarikh: ………..

Cop Rasmi KPMJB

*** Borang ini perlu dilengkapkan, ditandatangani dan perlu diserahkan kepada Anggota Lembaga KPMJB

(ALK). Permohonan perlu disertakan GAMBAR berukuran passport. Sebarang permasalahan berhubung

keahlian boleh hubungi Ahli Lembaga yang dilantik.Semua permohonan akan diproses dalam tempoh 30

(TIGA PULUH) HARI dari tarikh permohonan.

(26)

24

Disediakan oleh : Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Politeknik Mersing Jalan Nitar 86800 Mersing Johor Darul Takzim

Tel : 07-7980001 Faks : 07-7980002 web : www.pmj.edu.my email : hep@pmj.edu.my

Kemasukan

Sesi Jun 2017

Gambar

Gambar Ukuran  Passport  (WAJIB)
Gambar Ukuran  Passport  (WAJIB)   No. Anggota:  -          -

Referensi

Dokumen terkait

a) SEMUA pelajar baharu PSAS diwajibkan mengikuti program Minggu Suai kenal yang bermula selepas selesai pendaftaran pelajar dan ianya berlangsung selama tiga atau empat hari.

Bagi calon yang telah membuat pembayaran yuran tetapi tidak melapor diri pada hari pendaftaran, anda boleh mendapatkan semula wang tersebut dengan mengemukakan

Bagi calon yang telah membuat pembayaran yuran tetapi tidak melapor diri pada hari pendaftaran, anda boleh mendapatkan semula wang tersebut dengan mengemukakan

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan semua salinan Slip Pembayaran perlu dibawa semasa hari pendaftaran sebagai bukti

Calon pelajar pada Sesi I 2021/2022 tidak perlu membuat bayaran yuran asrama sehingga kehadiran fizikal pelajar ke Politeknik Merlimau yang akan dimaklumkan kemudian..

Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020 (Pasca Covid-19) adalah seperti berikut:. urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara

(a) akan mematuhi subseksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajar (Tatatertib) 1976 serta pindaan-pindaannya [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam