• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SES SEMESTER 3 SESI 2022/2023

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SES SEMESTER 3 SESI 2022/2023"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

ARAHAN

Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera

TARIKH PENDAFTARAN 29 JULAI 2022 (JUMAAT)

TEMPAT

PEREMPUAN: KOLEJ KEDIAMAN SERI INTAN LELAKI : KOLEJ KEDIAMAN SERI ISKANDAR

MASA PENDAFTARAN 8.30 pagi – 12.00 tengahari

TAKLIMAT PELAJAR 2.30 petang

Dewan Seri Kinta

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 31600 GOPENG PERAK

Tel: 05-3594600 Faks:05-3594412

http://www.kmpk.matrik.edu.my

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SES SEMESTER 3

SESI 2022/2023

(2)

LATAR BELAKANG KOLEJ MATRIKULASI PERAK

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak.

Jaraknya dengan bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng.

KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003 bermula pada 23 Mac 2002.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua semester bagi Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang dilaksanakan dalam empat semester bagi jurusan Sains (Aliran Sains Sahaja). Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum.

Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.

(3)

PELAN LOKASI

Alamat : Kolej Matrikulasi Perak

Kementerian Pendidikan Malaysia 31600 Gopeng, Perak

Telefon : 05 – 359 4600

Faks : 05 – 359 4412

(4)

KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

Semua pelajar akan ditawarkan kemudahan penginapan di kolej kediaman pelajar di Kolej Matrikulasi Perak.

Terdapat 5 buah kolej kediaman iaitu:

Kolej Kediaman Pelajar Perempuan Kolej Kediaman Pelajar Lelaki i) Kolej Kediaman Seri Kerian

ii) Kolej Kediaman Seri Intan iii) Kolej Kediaman Seri Teja

i) Kolej Kediaman Seri Iskandar ii) Kolej Kediaman Seri Ipoh

 Pindaan bilik pelajar tertakluk kepada pihak Kolej

 Pihak Pengurusan Kolej Kediaman TIDAK MENYEDIAKAN BANTAL dan

CADAR kepada para pelajar, justeru itu para pelajar dikehendaki untuk membawa cadar dan bantal untuk kegunaan sendiri.

 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa peralatan elektrik (contoh: seterika

elektrik, cerek elektrik) bagi memastikan keselamatan pelajar dan mengelak

gangguan bekalan elektrik di blok kediaman(sila rujuk

PERATURAN KHUSUS KOLEJ MATRIKULASI PERAK

).

(5)

JADUAL YURAN PENGAJIAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SESI 2022/2023

Bil Jurusan Jumlah Yuran

Pendaftaran (RM)

i Sains 599.00

ii Sains Empat Semester bagi Jurusan Sains 2022/2023

599.00 (Tahun 1) 296.00 (Tahun 2)

iii Perakaunan 546.00

iv Sains (Sistem Dua Semester Mengulang) 296.00

Nota:

Pelajar akan dikenakan caj perkhidmatan oleh BSN sebanyak RM0.60.

 Pembayaran yuran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter cawangan sebaik- baiknya sebelum 29 Julai 2022.

 Pembayaran yuran dibuat atas nama:

PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK

NOMBOR AKAUN BSN 0810029000287661

(6)

Makluman kepada semua ibubapa/penjaga pelajar-pelajar SES Semester 3 sesi 2022/2023

 Keadaan trafik semasa sesi pendaftaran adalah agak tidak memuaskan

semasa hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini disebabkan oleh kekurangan parkir kereta dan keadaan bentuk muka bumi Kolej Matrikulasi Perak yang berbukit menyebabkan hanya sebuah pintu sahaja yang dibina untuk laluan keluar dan masuk. Oleh yang demikian, ibubapa/penjaga dinasihatkan untuk membawa hanya satu kenderaan sahaja semasa sesi pendaftaran bagi mengurangkan keadaan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung. Kesesakan trafik pada tahun lalu menyebabkan ibubapa/penjaga terpaksa mengharungi kesesakan selama hampir 4 jam di atas jalan raya untuk jarak hanya sejauh 4 km.

 Pendaftaran pelajar akan diadakan pada waktu berikut :

8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Sehubungan itu, ibubapa/penjaga yang telah selesai mendaftar dimohon memberi kerjasama untuk beredar lebih awal dari kolej bagi mengelakkan kesesakan jalan raya semasa pulang dan melancarkan lalulintas di sekitar pekan Gopeng.

 Para pelajar tidak dibenarkan balik bermalam atau keluar “outing”

selepas hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini adalah kerana pihak kolej akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk para pelajar sepanjang minggu tersebut.

 Ibubapa/penjaga diminta untuk bersedia dengan kesesakan trafik semasa

hari pendaftaran berlangsung, sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(7)

 Pembayaran yuran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter cawangan BSN sebaik-baiknya sebelum 29 Julai 2022.

 Pembayaran yuran dibuat atas nama:

PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK NOMBOR AKAUN BSN 0810029000287661

 Pelajar wajib hadir ke Kolej Matrikulasi Perak dan perlu

melaksanakan pendaftaran secara offline (bersemuka) pada 29 Julai 2022 .

MEMBAYAR YURAN

Diselesaikan sebaik- baiknya sebelum

29 Julai 2022

DAFTAR OFFLINE

29 Julai 2022 Pendaftaran pelajar baharu

Secara OFFLINE

(8)

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

 Sesi PdP akan bermula pada 1 Ogos 2022. PdP Semester satu dilaksanakan secara bersemuka..

 Layari Portal KMPk bagi Semakan Kelas dan Jadual Waktu:

http://www.kmpk.matrik.edu.my. (bermula 31 Julai 2022)

Klik pada butang PDP ATAS TALIAN

SESI PENGAJIAN SEMESTER 3

2022/2023

1 Ogos 2022 Secara bersemuka

(9)

LAMPIRAN

(10)

CARTA ALIR PENDAFTARAN

(PELAJAR SES SEMESTER 3 SESI 2022/2023)

PELAJAR MENERIMA KUNCI K

PELAJAR MENERIMA CENDERAM ATA

MULA

PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT MENGIKUT GILIRAN

PELAJAR MENERIMA KUNCI BILIK PENDAFTARAN PELAJAR MENYERAHKAN

DOKUMEN

DAFTAR DI BILIK REHAT KOLEJ KEDIAMAN

LELAKI: KOLEJ KEDIAMAN SERI ISKANDAR PEREMPUAN: KOLEJ KEDIAMAN SERI INTAN

1. SLIP PEMBAYARAN BSN

SEMAK (NAMA PELAJAR) DENGAN SLIP PEMBAYARAN)

PEREMPUAN : BILIK SAKIT KOLEJ KEDIAMAN SERI INTAN LELAKI : BILIK BERTEMU WARIS KOLEJ KEDIAMAN SERI ISKANDAR

TAMAT

(11)

KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN PELAWAT

SESI 2022/2023

No. Pendaftaran Kereta No. Siri Pelekat (Kegunaan Pejabat)

Catatan:

1 Borang ini perlu diisi lengkap dan diserahkan pada Minggu Pengurusan Pelajar (MPPB) dikaunter yang disediakan.

2 Pelajar hanya dibenarkan membeli 2 pelekat kenderaan sahaja. Setiap satu pelekat kenderaan berharga RM 5.00.

1. Nama Penuh Pelajar (huruf besar) 2. No. Kad Pelajar:

3. No. Matrik:

4. Nama Ibu/bapa/Penjaga:

5. Alamat Rumah Ibu/bapa/Penjaga:

6. No. Telefon Rumah : 7. No. Telefon Bimbit:

8. NAMA PELAWAT(Selain di atas) jika ada HUBUNGAN CATATAN

8.1 8.2 8.3

9. Saya mengaku bahawa butir-butir yang tersebut di atas adalah benar.

(tindakan disiplin akan diambil jika terdapat pemalsuan maklumat)

Tarikh: ……… ……….

( Tandatangan pemohon) PENGESAHAN

Untuk Kegunaan Pejabat

Jumlah_Bayaran : (1) RM 5.00

………..

( )

T.T dan nama Pegawai

(12)
(13)

PERATURAN KHUSUS KOLEJ MATRIKULASI PERAK (UNTUK MAKLUMAN IBU BAPA / PENJAGA DAN PELAJAR)

Peraturan ini hanya sebahagian kecil peraturan kolej yang merupakan peraturan khusus Kolej Matrikulasi Perak daripada peraturan keseluruhan Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan berdasarkan buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa 25 Julai 2021.

A. SISTEM CUTI BALIK BERMALAM

1. Kelulusan balik bermalam yang melibatkan waktu kuliah dan aktiviti rasmi kolej (selain dari masa yang ditetapkan) hanya daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar.

2. Kelulusan balik bermalam untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat hanya daripada felo (warden) sahaja.

3. Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan mengambil pelajar untuk dibawa balik bermalam tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.

4. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk diimbas sebelum keluar dan apabila kembali ke kolej.

5. Pelajar tidak dibenarkan balik bermalam jika p i h a k kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar atau mana- mana felo).

6. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan balik bermalam.

(14)

B. SISTEM KELUAR KE BANDAR (OUTING) HUJUNG MINGGU

1. Pelajar hanya dibenarkan outing pada hujung minggu iaitu hari Jumaat selepas kuliah, Sabtu dan Ahad (mulai 8.00 pagi hingga 7.00 malam).

2. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di “scan”

sebelum keluar dan apabila kembali ke Kolej.

3. Kelulusan (secara bertulis atau online) dari felo blok berkenaan diperlukan bagi kes outing kecemasan selepas jam 7.00 malam.

4. Pelajar tidak dibenarkan keluar jika kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran dari Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana- mana pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana felo).

5. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan outing.

C. BALIK BERCUTI YANG DITENTUKAN OLEH KOLEJ / CUTI ANTARA SEMESTER / CUTI PERTENGAHAN SEMESTER / CUTI KE LUAR NEGARA

1. Semua pelajar dikehendaki balik / meninggalkan kawasan kolej untuk

cuti-cuti yang ditentukan oleh kolej, cuti antara semester dan cuti pertengahan semester.

2. Pelajar hanya dilepaskan balik bercuti pada hari terakhir kuliah sebelum cuti.

Sebarang alasan untuk balik bercuti awal tidak akan dilayan.

3. Permohonan cuti ke Luar Negara hendaklah melalui pihak Kolej 1 bulan sebelum dari tarikh tempahan tiket. Kelulusan adalah daripada pihak Bahagian Matrikulasi, KPM.

D. PENAMPILAN DIRI PELAJAR

1. Pelajar diwajibkan memakai pakaian kuliah yang lengkap, kemas, sopan dan tidak mencolok mata serta memakai kasut bertutup sepanjang masa ketika menghadiri kuliah, tutoran, amali, peperiksaan, perpustakaan, pejabat dan semasa berurusan dengan pentadbir / pensyarah / lawatan rasmi. Pakaian kuliah bagi pelajar lelaki adalah baju kemeja tanpa corak dan berseluar panjang, memakai tali leher, memakai stoking dan berkasut warna gelap.

Pakaian kuliah bagi pelajar perempuan adalah digalakkan berpakaian baju kurung dan berkasut yang bertutup (Rujuk Etika Penampilan Pelajar)

(15)

2. Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan kad pelajar semasa berada di dalam kolej.

3. Pakaian bagi outing atau balik bermalam bagi pelajar perempuan adalah sama seperti pakaian kuliah manakala pelajar lelaki dibenarkan memakai kemeja-t berkolar dan kemas.

4. Semua pelajar dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

5. Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Mewarnakan rambut adalah dilarang.

E. SISTEM KAWALAN KELUAR MASUK KAWASAN KOLEJ

1. Semua urusan keluar / masuk kawasan kolej oleh pelajar dan ibubapa / penjaga hanya melalui pintu utama kolej.

2. Ibubapa / penjaga yang hendak masuk atau keluar kawasan kolej dikehendaki berhenti untuk pemeriksaan pengawal keselamatan di pintu masuk kolej. Nombor kenderaan ibubapa / penjaga yang engkar atau tidak menghormati tugas pengawal keselamatan akan disenaraihitamkan dan dilarang sama sekali memasuki kawasan kolej pada masa yang lain.

3. Ibu bapa / penjaga yang hendak masuk ke kawasan kolej untuk menemui / berurusan dengan pelajar dikehendaki meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal dan memakai pas pelawat sepanjang berada di dalam kawasan kolej.

F. SISTEM LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA

1. Hari lawatan biasa bagi ibubapa / penjaga ialah pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, mulai pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam.

(16)

2. Ibubapa / penjaga yang membawa anak keluar pada hari lawatan perlu menghantar semula anak-anak ke asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam.

3. Selepas jam 7.00 malam, kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej

4. Pelawat tidak di benarkan masuk ke dalam kawasan kolej pada hari Kuliah (Kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Kolej).

G. KAFETERIA

1. Semua pelajar dikehendaki makan dan minum di kafeteria yang telah disediakan.

2. Pelajar boleh menggunakan mana-mana kafeteria dan kantin pada waktu siang sehingga selewat-lewatnya pukul 9.00 malam. Selepas 9.00 malam, kawasan Kafeteria Kopisan adalah kawasan larangan bagi pelajar perempuan manakala Kafeteria Tanjung Tualang, Gua Tempurung, Mambang Diawan dan Kafe Gopeng adalah kawasan larangan bagi pelajar lelaki.

H. BARANGAN DAN TINGKAH LAKU TERLARANG

1. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan segala jenis peralatan elektrik seperti televisyen, perakam pita video, peti sejuk, cerek elektrik, pemanas air, periuk nasi dan lain-lain alatan yang menggunakan sumber elektrik kolej selain daripada yang disediakan oleh pihak kolej kecuali alat pencegah nyamuk, pengecas bateri untuk kegunaan radio kecil, jam loceng dan telefon bimbit.

2. Pelajar dibenarkan membawa wayar penyambung terhad kepada dua soket yang mendapat kelulusan SIRIM. Pelajar dilarang mengubahsuai wayar penyambung di dalam bilik masing-masing.

3. Pelajar boleh menggunakan kemudahan di pantri yang telah disediakan di blok- blok kolej kediaman.

4. Penyalahgunaan dadah, memiliki atau mengedar ganja, membawa atau menyimpan senjata berbahaya, membawa atau menyimpan bahan letupan, menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap, mencabul kehormatan, melawan / mengancam / memukul / mencederakan pensyarah atau pelajar lain memeras ugut, membuli, berkhalwat, menceroboh bilik khas / makmal / kedai koperasi / pejabat kolej atau asrama / rumah warden, menunjuk perasaan / mengganggu ketenteraman awam, keluar dari kolej tanpa kebenaran, mencuri, berjudi dan bertaruh merupakan kesalahan berat yang akan dilaporkan kepada pihak polis, digantung pengajian atau diberhentikan daripada program matrikulasi.

(17)

I. LARANGAN MEROKOK

1. Seluruh kawasan kolej adalah kawasan larangan merokok.

2. Pelajar tidak boleh memiliki rokok atau rokok elektronik (vape) atau apa-apa hasil tembakau di bawah jagaannya.

Arahan:

PENGARAH

KOLEJ MATRIKULASI PERAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(18)

ETIKA PENAMPILAN PELAJAR

PELAJAR PEREMPUAN DIGALAKKAN MEMAKAI BAJU KURUNG SEMASA SESI KULIAH

(19)

MAKLUMAN PELAJAR

BARANG-BARANG LARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIBAWA MASUK KE KOLEJ KEDIAMAN.

 SETERIKA ELEKTRIK

 DAPUR ELEKTRIK

 PERIUK ELEKTRIK / PERIUK NASI ELEKTRIK

 CEREK ELEKTRIK

 PEMANAS AIR ELEKTRIK (HEATER)

 TELEVISYEN

 KIPAS

 PENDINGIN HAWA (COOLER)

 PETI SEJUK

 GITAR

 ROKOK/ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)

 MERCUN/BUNGA API

 BAHAN-BAHAN LUCAH (MAJALAH, GAMBAR, FILEM, DLL)

 SEMUA JENIS SENJATA

 SPEAKER

 RADIO

 DESKTOP/PRINTER

 SEMUA JENIS PERALATAN ELEKTRIK

 SEMUA JENIS BAHAN MEMABUKKAN/MENGKHAYALKAN.

PERHATIAN

BARANG-BARANG LARANGAN YANG BERADA DALAM SIMPANAN PELAJAR AKAN DIRAMPAS DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

ARAHAN

PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK

(20)

(PEREMPUAN)

SILA CETAK SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

SES SEMESTER 3 SESI 2022/2023

(21)

(LELAKI)

SILA CETAK SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

SES SEMESTER 3 SESI 2022/2023

Referensi

Dokumen terkait

Sistem Pelaporan Data Transaksi Usaha Wajib Pajak Daerah Secara Elektronik adalah sistem yang menghubungkan antara perangkat yang merekam transaksi pembayaran dari Subjek

Tuntutan bagi Bayaran Yuran Pengajian dan Asrama boleh dibuat melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Merlimau dan akan dipanjangkan kepada Bahagian

22 Mekar Sari Jl.Kenjeran No.35 Surabaya Perdagangan eceran khusus komoditi makanan dari hasil pertanian di toko Usaha Yang Dilakukan Sudah Sesuai Izin. 23 Toko Hasan

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui besarnya presentase (%) kredit produktif dari total kredit dan presentase (%) kredit konsumtif dari

“Pengaruh Reputasi Underwriter, Return On Asset (ROA) dan Earning Per Share (EPS) terhadap Underpricing Saham pada Initial Public Offering (IPO) di Bursa Efek

Calon pelajar pada Sesi I 2021/2022 tidak perlu membuat bayaran yuran asrama sehingga kehadiran fizikal pelajar ke Politeknik Merlimau yang akan dimaklumkan kemudian..

Di dalam tubuh hewan-hewan ini (juga berlaku sebagai penjamu reservoir) leptospira hidup di ginjal dan air kemihnya. Manusia bisa terinfeksi bakteri leptospira karena kontak

Metode pill count pada penelitian ini mengukur kepatuhan dengan menghitung jumlah obat dalam jangka waktu pendek sesuai jarak kunjungan ke rumah pasien yang