• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENDAFTARAN DAN LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PANDUAN PENDAFTARAN DAN LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

POLITEKNIK JELI KELANTAN

PANDUAN PENDAFTARAN DAN

LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU

(2)

PERKARA

1.0 Pendahuluan

1.1 Maklumat Am Politeknik Jeli 1.2 Kemudahan Tempat Tinggal 1.3 Bantuan Kewangan

2.0 Panduan Pendaftaran 2.1 Peringatan Penting 2.2 Proses Pendaftaran 2.3 Jadual Yuran

2.4 Tatacara Pembayaran Yuran

3.0 Panduan Lapor Diri 3.1 Jadual Lapor Diri 3.2 Kaedah Lapor Diri

3.3 Pemakaian Dan Penampilan (Pelajar Lelaki) 3.4 Pemakaian Dan Penampilan (Pelajar Perempuan)

Lampiran

Senarai Semak Dokumen Jadual Aktiviti Pelajar Baharu

ISI KANDUNGAN

(3)

1.1 MAKLUMAT AM POLITEKNIK JELI Visi Politeknik Malaysia:

Misi Politeknik Malaysia:

i. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;

ii. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat;

iii. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; dan iv. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

1.2 KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Politeknik Jeli menyediakan kemudahan penginapan asrama kepada pelajar baharu.

i. Pembayaran Yuran Asrama hendaklah dijelaskan setiap semester. (Rujuk Jadual Yuran Politeknik)

ii. Politeknik hanya menyediakan kemudahan asas di asrama seperti katil, tilam, almari, meja dan kerusi. Cadar (saiz single), bantal, sarung bantal dan selimut serta keperluan peibadi lain perlu dibawa oleh pelajar.

1.0 PENDAHULUAN

Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul

(4)

1.3 BANTUAN KEWANGAN

Politeknik Jeli TIDAK MENYEDIAKAN pembiayaan atau elaun khas untuk pelajar, sebaliknya pelajar perlu memohon sendiri mana-mana bantuan kewangan (Biasiswa / Pinjaman) yang ada bagi menampung perbelanjaan sepanjang pengajian di sini. Pembiaya pendidikan pelajar yang terbesar di PJK adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar peringkat Diploma.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar PJK yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma.

Setiap permohonan PTPTN mestilah dilampirkan bersama SATU (1) SALINAN dokumen sokongan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik Jeli.

Permohonan PTPTN dibuat melalui laman web http://www.ptptn.gov.my

Pelajar boleh menyemak Jadual Permohonan/Bayaran Pinjaman dan IPT di laman web PTPTN.

Pelajar layak memohon PTPTN sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:- i. Pemohon adalah warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

iii. Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

iv. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

v. Tiada penaja lain; dan

vi. Mempunyai akaun SSPN-i sebelum membuat permohonan Persediaan Sebelum Membuat Permohonan PTPTN

i. Membuka akaun simpanan SSPN dengan simpanan minimum RM20.00

ii. Membeli No.Pin untuk permohonan on-line PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) iii. Membuka akaun simpanan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – panel bank bagi urusan

pembayaran pinjaman kepada pelajar Politeknik Jeli.

Sesi Tarikh Tutup Permohonan Pinjaman

Sesi I: 2022/2023 Diploma Agroteknologi Diploma Akuakultur

Kelompok 1 31 Ogos 2022

Kelompok 2 30 September 2022

(5)

Senarai Pembiaya Pinjaman Atau Biasiswa

Bil Nama Pembiaya Pinjaman / Biasiswa Laman Web 1 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN) http://www.ptptn.gov.my/

2 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) http://www.jpa.gov.my/

3 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

4 Jabatan Kemajuan Orang Asli http://www.jakoa.gov.my/

5 Biasiswa Sukan KPM https://biasiswa.moe.gov.my/sukan/

6 Bantuan Kewangan Pelajar OKU https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/

7 Yayasan Telekom Malaysia https://www.tm.com.my/YayasanTM 8 Yayasan Pelajaran Johor http://portal.ypj.gov.my/

9

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

(TAPEM)

https://tapem.melaka.gov.my/1/

10 Yayasan Sarawak http://yayasansarawak.org.my/

11 Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/

12 Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

(TKWBNS) http://tkwbns.selangor.gov.my/

13 Yayasan Selangor http://www.yayasanselangor.org.my/

14 Lain-lain tajaan

(6)

2.1 PERINGATAN PENTING

2.1.1 Maklumat anda akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran. Tindakan akan diambil sekiranya anda:

i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan dengan:

a. Kewarganegaraan

b. Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan Semester Akhir atau Keputusan Akademik (bagi yang berkenaan)

ii. seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

2.1.2 Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tawaran kemasukan anda ke politeknik akan ditarik balik dan terbatal.

2.1.3 Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.

2.1.4 Keselamatan barangan peribadi sepanjang keberadaan pelajar di kampus dan asrama adalah menjadi tanggungjawab pelajar.

2.1.5 Sila imbas QR CODE untuk maklumat lanjut Peraturan Am Asrama

2.0 PANDUAN PENDAFTARAN

Peraturan Am Asrama Politeknik Jeli Kelantan

(7)

2.2 PROSES PENDAFTARAN

dan asrama

Membuat setuju terima tawaran dan menghantar Borang Jawapan Terima (BJT)ke Politeknik melalui email zakaria@pjk.edu.my sebelum

24 Ogos 2022. Layari http://ambilan.mypolycc.edu.my

(8)

2.3 JADUAL YURAN

BIL. JENIS BAYARAN JUMLAH

(RM) KAEDAH BAYARAN

1 Yuran

Pengajian

200.00 Bayaran Secara JomPay

Biller Code Politeknik Jeli 632224

Ref 1 : No. KP pelajar Ref 2 : No. Telefon (Rujuk perkara 2.4: Tatacara Pembayaran Yuran Pengajian dan

Asrama Melalui JomPay)

2 Yuran

Asrama 630.00

3 Bayaran

Pelbagai

230.00

Bayaran kepada Pihak Koperasi Politeknik Jeli secara tunai/ pindahan wang (Bank Muamalat 03050000454718 Koperasi

Politeknik Jeli Berhad)

i. Kaedah bayaran yuran pengajian dan asrama adalah melalui JomPay (rujuk Tatacara Pembayaran Yuran Pengajian Dan Yuran Asrama Melalui JomPay). Sila serahkan transaksi bukti bayaran kepada petugas kaunter semasa lapor diri di asrama

ii. Pastikan menggunakan Biller Code yang betul (632224), ref 1 (nombor kad pengenalan pelajar) dan ref 2 (nombor telefon) bagi pembayaran yuran pengajian dan asrama sahaja. Politeknik tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

iii. Pelajar perlu menyediakan wang tunai atau melakukan pindahan wang kepada Koperasi Politeknik Jeli Berhad melalui Bank Muamalat sebanyak RM230.00 sebagai bayaran pelbagai. Bayaran ini adalah meliputi bayaran insurans berkelompok pelajar, pakaian dan barangan/peralatan untuk Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Sila lakukan bayaran tunai atau menyerahkan transaksi bukti bayaran bank di kaunter Koperasi Politeknik Jeli apabila diarahkan berbuat demikian.

(9)

2.4 TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA MELALUI JOMPAY

Langkah 1: Log Masuk ke Perbankan Pilihan Dalam Talian atau Mobile Banking

Langkah 2: Pilih JomPay pada menu Pay Bills

(10)

Langkah 3: Buat Pilihan Akaun Pengguna dan isi Maklumat berikut:

i) Biller Code : 632224

ii) Ref- 1: Nombor Kad Pengenalan Pelajar (tanpa simmbol - ) iii) Ref-2: Nombor Telefon Pelajar (tanpa simbol - )

iv) Jumlah: (Merujuk kepada nilai yuran pengajian dan dan yuran Kolej kediaman)

Langkah 4: Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan (CONFIRM) pembayaran

(11)

Langkah 5: Unique JomPay Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan.

Pelajar dikehendaki mencetak maklumat bayaran ini untuk tujuan rekod dan simpanan. Sila kemukan transaksi bukti bayaran semasa hari lapor diri di asrama.

(12)

3.1 Jadual Lapor

Pelajar Daftar Masuk Asrama

Masa Tarikh Program Pengajian Tempat

Sem 1 9.00pagi – 12.30tengahari

28 Ogos 2022 (Ahad)

Diploma Agroteknologi (DAG)

Diploma Akuakultur (DAQ) Pejabat Asrama

3.2 Kaedah Lapor Diri

i. Pelajar dan pengiring dikehendaki mematuhi tempoh masa yang ditetapkan untuk melapor diri ke kampus bagi mengelakkan kesesakan di laluan masuk kampus dan urusan penempatan pelajar.

ii. Proses lapor diri akan dilaksanakan secara bersemuka di kaunter asrama.

iii. Kenderaan pelajar/pengiring TIDAK DIBENARKAN masuk ke kawasan asrama.

Kenderaan boleh diletakkan di kawasan yang dikhaskan sahaja. Sila patuhi arahan petugas lalulintas untuk kelancaran trafik.

iv. Ibu bapa/pengiring boleh memasuki kawasan asrama tetapi tidak dibenarkan berada di kawasan bangunan asrama pelajar.

v. Semua pelajar disyaratkan telah melaksanakan proses Pendaftaran Pengajian Secara Dalam Talian sebelum hadir melapor diri ke asrama pada tarikh yang telah ditetapkan.

vi. Setiap pelajar perlu mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian (online) dan mengemukakan kepada petugas sebagai bukti telah mendaftar sebagai pelajar Politeknik Jeli.

3.3 Pakaian Dan Penampilan Diri (Pelajar Lelaki)

i. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek dan memakai tie

ii. Baju hendaklah dikenakan butang dengan sempurna dan dimasukkan ke dalam seluar (tuck in)

iii. Berseluar slack

iv. Berkasut bertutup dan berstokin

v. Sebarang pemakaian perhiasan tidak dibenarkan

vi. Dilarang memakai tali pinggang yang mempunyai tulisan atau gambar dan saiz buckle tidak melebihi 3 cm.

vii. Berambut pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi

viii. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan

ix. Side band tidak melebihi tengah batang hidung

3.0 PANDUAN LAPOR DIRI

(13)

3.4 Pakaian Dan Penampilan Diri (Pelajar Perempuan)

i. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan. Pelajar beragama Islam dikehendaki berbaju kurung.

ii. Pelajar tidak dibenarkan memakai skirt yang lebih pendek daripada paras lutut iii. Memakai kasut bertutup

iv. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan. Rambut yang melepasi bahu hendaklah diikat

v. Pelajar beragama Islam digalakkan memakai hijab vi. Memakai barang kemas berlebihan tidak dibenarkan vii. Kening tidak boleh dicukur atau dicabut

3.5 Saringan Kesihatan

i. Pelajar disarankan tidak menghadiri atau menyertai aktiviti-aktiviti yang berisiko penyebaran COVID-19 sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum hadir ke kampus.

ii. Pelajar WAJIB melakukan ujian kendiri RTK-Ag (Covid-19 Antigen Rapid

Test) di kediaman masing-masing. Jika hasil ujian berkenaan adalah positif

maka pelajar DILARANG hadir ke kampus sehingga tamat tempoh menjalani kuarantin sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sila layari portal rasmi KKM untuk maklumat lanjut. Bagi keputusan ujian RTK-Ag positif sila maklum kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada 28 Ogos 2022 (Ahad).

iii. Kaunter saringan kesihatan dibuka di kafetaria asrama mengikut jadual daftar asrama. Pelajar bergejala COVID-19 seperti demam, batuk, selsema, sakit kepala, sesak nafas, cirit birit, muntah, kelesuan dan hilang deria rasa/bau dan pelajar menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 perlu ke kaunter saringan kesihatan sebelum mendaftar asrama.

Pihak Politeknik Jeli amat mengharapkan kerjasama daripada pelajar/ibubapa/pengiring agar dapat mematuhi segala peraturan, prosedur dan arahan-arahan petugas semasa hadir melapor diri di asrama. Sekian terima kasih. Segala perubahan bergantung kepada arahan dari semasa ke semasa oleh KPT atau JPPKK dan akan dimaklumkan kepada pelajar melalui laman web rasmi Politeknik Jeli, www.pjk.edu.my. Pelajar dinasihatkan sentiasa melayari laman web Politeknik Jeli untuk mendapatkan maklumat terkini.

Disediakan Oleh:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Jeli Kelantan

Kementerian Pengajian Tinggi Tel : 09-9443648/ 639/ 616

(14)

1. Borang HEP 1 hingga HEP 6 perlu dilengkapkan. Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu, cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

2. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/ swasta dengan tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik.

3. Proses penyerahan dokumen dan urusan penyediaan kad pelajar adalah dijadualkan pada 28 Ogos 2022 yang akan diuruskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

4. Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan salinan sijil serta dokumen:

a. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A b. Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan sahaja

c. Pengetua Sekolah Menengah

d. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas e. Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas

f. Penguasa Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam g. Pengurus Felda atau Pengurus Felcra

h. Wakil Rakyat

i. Pengamal Undang-undang j. Pesuruhjaya Sumpah k. Jaksa Pendamai

l. Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) (Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan serta majikan)

LAMPIRAN

(15)

SENARAI SEMAK

Dokumen-dokumen berikut mesti diserahkan pada hari Lapor Diri Pelajar.

Dokumen yang telah lengkap diisi dan perlu diketipkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan. Setiap dokumen mestilah di cetak pada satu muka kertas untuk setiap satu, cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

Nama :

No. Kad Pengenalan :

No.Pendaftaran :

Sila sertakan salinan dokumen dalam saiz A4 (pastikan mengikut susunan berikut)

Bil Borang Maklumat Pelajar Tindakan Calon

( √ ) 1 Slip Pengesahan Pendaftaran Sesi I:2022/2023

2 Maklumat Peribadi Pelajar HEP 1

3 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian A: HEP 2

4 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian B: HEP 2

5 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian C: HEP 2

6 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian D: HEP 2

7 Kebenaran Ibubapa/Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan HEP 3 8 Perakuan Pelepasan Tanggungjawab (Ibu-bapa/Penjaga) HEP 4 (A) 9 Perakuan Pelepasan Tanggungjawab (Pelajar) HEP 4 (B)

11 Akuan Pelajar dan Ibubapa/Penjaga HEP 5

12 Aku Janji Pelajar HEP 6

13 Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar

14 Surat Asal Tajaan cth: MAIS, MAIP, YTN ,LZS (jika ada)

Catatan : Jika Borang Jawapan Terima (BJT) diserahkan ke Politeknik melalui email, sila bawa dokumen original semasa hadir melapor diri ke kampus.

LAMPIRAN

(16)
(17)

Referensi

Dokumen terkait

Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai di Bank Islam (M) Berhad Pihak Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran

22 Mekar Sari Jl.Kenjeran No.35 Surabaya Perdagangan eceran khusus komoditi makanan dari hasil pertanian di toko Usaha Yang Dilakukan Sudah Sesuai Izin. 23 Toko Hasan

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui besarnya presentase (%) kredit produktif dari total kredit dan presentase (%) kredit konsumtif dari

“Pengaruh Reputasi Underwriter, Return On Asset (ROA) dan Earning Per Share (EPS) terhadap Underpricing Saham pada Initial Public Offering (IPO) di Bursa Efek

Sebuah negara tidak dapat serta merta mengalami peningkatan produktivitas hanya dengan berperan aktif dalam perdagangan, karena untuk meningkatkan produktivitas

Hidrosefalus adalah akumulasi cairan serebro spinal dalam ventrikelserebral, ruang subarachnoid atau ruang subdural (Suriadi dan Yuliani,

Menurut Loya (1976) dalam Boli (1994), pengaruh sedimentasi yang terjadi pada terumbu karang telah disimpulkan oleh beberapa peneliti terdiri atas: 1) menyebabkan kematian

Opsi Eropa merupakan suatu kontrak antara holder dengan writer, dimana holder mempunyai hak (bukan kewajiban) dari writer untuk membeli atau menjual saham