• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN INDIKATOR KEBOLEHPASARAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPTA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAJIAN INDIKATOR KEBOLEHPASARAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPTA MALAYSIA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

41

KAJIAN INDIKATOR KEBOLEHPASARAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPTA MALAYSIA

Salina Noh4, Nadia Mat Zain & Nor Aishah Buang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Isu pengangguran dalam kalangan graduan menjadi masalah global masa kini. Walaupun iklan pengambilan pekerja dilakukan namun isu ini masih kedengaran. Keengganan majikan mengambil graduan tersebut menyebabkan mereka tidak dapat menyumbang tenaga di alam pekerjaan dan menjadi satu kerugian yang besar kepada negara. Kebolehpasaran graduan pada era ini menjadi satu agenda penting di kebanyakan institusi pengajian tinggi. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti indikator kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja yang menjurus ke arah elemen kemahiran yang diperlukan untuk diambil bekerja. Seramai 133 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian deskriptif secara tinjauan yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Data dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 22.0 for Windows). Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat indikator kebolehpasaran yang utama iaitu Dimensi kemahiran Motivasi kendiri ( min 3.95), Dimensi Kemahiran Asas (min 3.92), Dimensi Kemahiran Insaniah (min 3.83) dan Dimensi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (min 3.43) dalam kalangan pelajar IPTA Malaysia

Kata Kunci: Kebolehpasaran, dimensi kemahiran motivasi kendiri, dimensi kemahiran asas, dimensi kemahiran insaniah, dimensi kemahiran berfikir aras tinggi

1.0 PENGENALAN

Kemahiran kebolehpasaran merupakan elemen penting dalam menghasilkan pekerja yang berketerampilan dalam bidang kerja yang diceburi. Seiring dengan perkembangan ekonomi, institusi pendidikan perlu menyediakan pelbagai kemahiran kepada siswazah seperti kemahiran kognitif, kemahiran sosial dan komunikasi, kemampuan daya saing, keyakinan diri, serta kemampuan analitik yang sesuai dengan tuntutan perkembangan ekonomi pada masa kini.

Salah satu ukuran kebolehpasaran siswazah ialah memiliki pekerjaan sebaik tamat pengajian (Ahmad et. al, 2011). Status bekerja dan jenis pekerjaan graduan menjadi satu jaminan kelangsungan hidup mereka setelah melalui proses pembelajaran di universiti. Sejak beberapa dekad ini, kehendak majikan dan keperluan pekerjaan telah mengalami perubahan yang begitu drastik. Dalam situasi ekonomi yang serba mencabar, graduan bukan

(2)

42

sahaja perlu menguasai ilmu akademik tetapi juga perlu mempunyai kemahiran insaniah yang membolehkan mereka meningkatkan kecekapan memasuki pasaran buruh (Zubaidah & Rugayah, 2008). Setiap tahun, ribuan graduan dilahirkan oleh IPTA yang diharapkan dapat memasuki pasaran kerja. Namun, peningkatan dalam kadar pengangguran dalam kalangan siswazah bukan sahaja menjadi tanda soal kepada masyarakat tentang keupayaan sistem pendidikan dalam menyediakan para graduan ini memasuki pasaran kerja malahan satu pembaziran sumber kepada negara.

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah bukanlah sesuatu yang baru malahan sejak kebelakangan ini sering menjadi topik perbincangan. Sebagai sebuah negara membangun, tekanan dan cabaran turut dirasai oleh Malaysia dalam menghadapi persaingan pada era globalisasi ini. Penubuhan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan limpahan kewujudan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) memberi impak yang besar ke atas pembangunan dan perubahan ekonomi negara. Peningkatan dalam jumlah tenaga kerja negara dalam pasaran pekerjaan tidak seiring dengan permintaan terhadap tenaga kerja. Berdasarkan data statistik Perangkaan Tenaga Buruh Siswazah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011, menunjukkan bahawa dalam tempoh 1982 hingga 2010, bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh meningkat dari tahun ke tahun kecuali pada tahun 2007. Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh pada tahun 1982 ialah 231,800 orang berbanding 2.10 juta orang pada tahun 2010. Manakala, trend yang sama juga dapat dilihat bagi guna tenaga siswazah yang meningkat daripada 228,100 orang kepada 2.03 juta orang dalam tempoh yang sama. Dari tahun 1982 hingga tahun 2010, kadar pengangguran terendah dicatatkan pada tahun 1996 (1.5%) dan kadar pengangguran siswazah yang tertinggi dicatatkan pada tahun 1987 (5.05%). Ini berikutan berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun 1987. Trend peningkatan kadar pengangguran terus berlaku mulai tahun 1988. Namun begitu, mulai tahun 2005, kadar pengangguran siswazah menunjukkan penurunan daripada 3.8% kepada 3.1 % pada tahun 2010 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2011).

(3)

43

Antara faktor yang mewujudkan jurang ini ialah wujudnya perbezaan pendapat di antara pensyarah dan industri kerana pemberatan yang tidak sama ke atas elemen kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehpasaran (Saunders et al., 2005; Raybould & Wilkins, 2005) dan sistem pendidikan yang ada kurang memberi penekanan kepada situasi sebenar dunia pekerjaan (National Association of Manufactured (NAM et al., 2001). Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh kerajaan dan meningkatnya penyertaan pihak swasta dalam sektor pendidikan menyebabkan penawaran tenaga buruh melebihi permintaanya. Sehingga Disember 2010, didapati jumlah tenaga kerja negara adalah 12,059,000 orang dengan 3.25% (391,400 orang) daripadanya adalah penganggur. Manakala 8.2% (32,000 orang) daripada jumlah penganggur terdiri daripada siswazah (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010). Graduan sentiasa disarankan untuk membina kerjaya sendiri melalui program keusahawanan namun ianya sukar untuk direalisasikan.

Permasalahan kebolehpasaran dalam kalangan graduan disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran graduan itu sendiri. Rentetan keengganan majikan mengambil graduan tersebut perlu dikaitkan dengan keberkesanan kursus yang diambil ketika di universiti dan juga personaliti graduan. Amla (2011) mendefinisikan kerjaya sebagai pengalaman bekerja yang berkait dengan pilihan gaya hidup yang mempengaruhi kesejahteraan diri. Oleh itu pilihan kerjaya menjadi satu perancangan penting dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, perancangan kerjaya perlu seiring dengan kursus yang diikuti oleh para pelajar.

Para graduan perlu menyediakan diri dengan pelbagai kemahiran yang mencakupi kemahiran asas seperti kemahiran komunikasi dan kemahiran membuat keputusan , kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran insaniah, kemahiran motivasi kendiri dan lain-lain sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Para graduan tidak boleh hanya bersandarkan semata-mata kepada sijil-sijil akademik yang diperolehi tetapi bergantung juga kepada kemahiran insaniah dan kemhiran praktikal (Beard, et al 2007; Mariana, 2008; Yassin,et al 2008; Mohamad Satar Rasul,et al.,2009; Nik Azma, et al 2011). Majikan mencari individu yang mempunyai nilai dan

(4)

44

kualiti yang penting bagi keharmonian ditempat kerja dan membantu pekerja dalam menghadapi setiap perubahan yang berlaku (Brown, 2004; Raybould & Sheedy, 2005; Syed Hussain, 2005; Shahran, 2005; Cox & King, 2006). Sekiranya seseorang dapat memenuhi kriteria tersebut, pihak majikan tidak akan teragak-agak untuk menawarkan pekerjaan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti indikator kebolehpasaran dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia (IPTA) bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja. Indikator ini meliputi beberapa aspek utama seperti kemahiran asas, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran insaniah dan kemahiran motivasi kendiri yang menjurus ke arah elemen kemampuan atau kemahiran yang diperlukan untuk diambil bekerja (employability).

2.0 SOROTAN LITERATUR

Noraini dan Noriah (2012) mendefinisikan kebolehpasaran siswazah sebagai keupayaan seseorang siswazah memiliki dan mempersembahkan kemahiran yang dimiliki untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala, Ishak et. al. (2008) pula mengatakan kebolehpasaran siswazah ini diukur melalui kerjaya yang diperoleh sejurus seseorang siswazah mendapat ijazah di IPT. Adakah pencapaian akademik yang cemerlang cukup melayakkan siswazah ini memperoleh kerja yang diidamkan? Pencapaian akademik sahaja tidak mampu menjamin pekerjaan kepada seseorang siswazah. Siswazah perlu melengkapkan diri dengan kemahiran profesional yang berkaitan dengan bidang yang diceburi supaya dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan (Raybould & Sheedy 2005).

Sektor awam tidak lagi menjadi pasaran utama tenaga kerja. Oleh itu, tenaga kerja siswazah perlu mencari peluang-peluang yang disediakan oleh sektor swasta. Persaingan yang sengit ini memerlukan para siswazah sama ada siswazah lulusan institusi pengajian tinggi awam mahupun institusi pengajian tinggi swasta mempunyai kualiti tertentu dan berupaya memasarkan dan menyesuaikan kecekapan serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam dunia pekerjaan (Norhaslina et al. 2005). Tidak dapat

(5)

45

dinafikan tentang peranan pendidikan dalam menentukan peluang untuk mendapat pekerjaan. Semakin tinggi pendidikan yang dimiliki, semakin besar peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang diminati. Pendidikan yang berkualiti merupakan wahana untuk membangunkan generasi alaf baru..Sistem pendidikan perlu melalui anjakan paradigma. Sumber manusia yang dihasilkan oleh sistem pendidikan mesti mampu membawa dan mendukung Wawasan 2020 ke arah negara perindustrian yang berteknologi tinggi (Mohd Yusof & Ishak 2002). Kurikulum yang hanya memberi penekanan kepada aspek kognitif perlu melalui proses semakan semula supaya siswazah dapat dilengkapkan dengan kemahiran insaniah (Hodges & Burchell 2003) sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Perkembangan pesat ekonomi dunia di era globalisasi ini menunjukkan kepada kita bahawa para majikan tidak lagi mementingkan sijil-sijil akademik para graduan. Menurut Shukran et al., (2006) majikan kini menjangkakan para graduan bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan akademik tentang subjek tertentu tetapi terdapat faktor lain yang wujud di luar dari kurikulum akademik , yang mana para graduan perlu bersedia sebelum mereka memasuki pasaran kerja. Fenomena pengangguran dalam kalangan graduan yang semakin serius membuktikan bahawa graduan yang dilahirkan tidak dapat memenuhi kehendak majikan dan pasaran buruh.

Banyak kajian telah dibuat untuk mengenal pasti fenomena pengangguran dalam kalangan graduan ini. Antaranya, kajian yang dilaksanakan oleh Billing (2003) mendapati bahawa kemahiran komunikasi dalam kalangan graduan amat penting. Ini disokong oleh Azian dan Munn, 2011; Rahmah et al., 2011; Rasul, et al 2010; Zubaidah dan Rugayah, 2008. Manakala, Salina et al., (2011), mendapati kemahiran insaniah (soft skills) dan pembangunan personaliti perlu diberi perhatian dan ditambah baik pada masa akan datang.

Menurut Azian dan Mun (2011), satu kajian yang dibuat oleh MEF (Malaysian Employers Federation) menunjukkan 67% daripada majikan mengatakan kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang amat diperlukan. Ini diikuti dengan pengalaman kerja (67%), kemahiran

(6)

46

interpersonal (56.2%), passion dan komitmen (55.7%), kemahiran kerja berkumpulan (47.8%) , mempunyai ijazah yang tepat (46.3%), keputusan akademik yang baik (37.9%), perasaan ingin belajar ‗desire to learn‘ (37.9%), boleh bekerja dengan baik di bawah tekanan (34.0%) dan berinisiatif (32.5%).

Zubaidah dan Rugayah (2008) dalam kajian mereka tentang ciri-ciri atau atribut kemahiran bukan teknikal yang diperlukan oleh syarikat tempatan dan luar negara dalam industri pembuatan di Malaysia mendapati, terdapat tujuh kemahiran bukan teknikal yang penting iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, kemahiran kepimpinan (leadership dan organisasi), keberkesanan kumpulan dan kerja berpasukan, sikap terhadap pekerjaan dan trait peribadi dan pengurusan kendiri. Mereka mendapati, di bawah kemahiran komunikasi, Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan yang penting dalam kalangan syarikat tempatan dan asing. Manakala, Bahasa Malaysia hanya didapati penting dalam kalangan syarikat tempatan. Rasul et al., (2010) pula mendapati kemahiran interpersonal yang merangkumi kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran negosiasi dan kemahiran bekerja dalam budaya yang pelbagai menduduki tangga yang tertinggi.

Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan satu kerugian kepada negara. Pembiayaan pendidikan yang ditanggung oleh kerajaan bukanlah sedikit. Setelah tamat tempoh pembelajaran sekitar tiga hingga empat tahun itu, terdapat siswazah yang sanggup bekerja di luar bidang mereka atau dalam sektor bukan tertiari menyebabkan mereka tidak dapat menonjolkan potensi sebenar diri mereka. Produktiviti yang dihasilkan tidak mengikut keupayaan dan gaji yang diterima pula tidak setaraf dengan kelayakan mereka. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu diambil supaya kerugian ini tidak berlanjutan.

3.0 METODOLOGI

Kajian ini merupakan pendekatan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengenalpasti indikator kebolehpasaran dalam kalangan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Data

(7)

47

diperoleh daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada bakal graduan. Sampel terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA di Malaysia seramai 133 orang. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Science). Analisis kajian menggunakan statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan.

4.0 HASIL DAPATAN

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik, jadual di bawah menunjukkan data demografi bagi pelajar tersebut:

Jadual 4.1: Demografi responden kajian berdasarkan jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 35 26.30

Perempuan 98 73.70

Jadual 4.1 di atas menunjukkan bilanga responden ialah seramai 133 orang. Kebanyakkan responden adalah perempuan iaitu 73.70% berbanding lelaki iaitu 26.30%.

Analisis terhadap indikator kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia adalah seperti dalam jadual di bawah. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan skor min. Nilai min keseluruhan yang diperolehi bagi setiap dimensi / sub dimensi / item ditafsirkan mengikut skala yang ditetapkan sebagai ukuran. Interpretasi tahap julat skor min adalah seperti berikut:

Tafsiran nilai min

Skor min Tahap

1.00 - 2.50 Rendah

2.51 - 3.50 Sederhana

3.51 - 5.00 Tinggi

(8)

48

Ringkasan data yang telah diperolehi ditunjukkan di dalam jadual dibawah mengikut kelompok dimensi yang dikaji.

Jadual 4.2 : Perbandingan Min Kekerapan Kriteria antara Dimesi Kebolehpasaran

Bil. Dimensi Kebolehpasaran Min Interprestasi

1 Dimensi Kemahiran Asas

 Kemahiran Komunikasi

 Kemahiran Membuat Keputusan

 Kemahiran Pengurusan Personal

3.92 3.89 3.95 3.93

Tahap Tinggi

2 Dimensi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 3.43 Tahap sederhana 3 Dimesi Kemahiran Insaniah 3.83 Tahap Tinggi 4 Dimensi Kemahiran Motivasi Kendiri 3.95 Tahap Tinggi

Jadual 4.2 di atas menunjukkan min kekerapan kriteria antara dimensi kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPTA Malaysia. Dalam kajian ini, terdapat empat dimensi kebolehpasaran utama yang dimiliki oleh responden iaitu dimensi kemahiran asas yang meliputi kemahiran komunikasi, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran pengurusan personal. Indikator seterusnya ialah dimensi kemahiran berfikir aras tinggi, dimensi kemahiran insaniah, dan dimensi kemahiran motivasi kendiri. Berdasarkan empat indikator di atas, tiga daripadanya berada pada tahap tinggi sebagai indikator kebolehpasaran yang dimiliki oleh responden iaitu dimensi kemahiran motivasi kendiri (min 3.95), Dimensi kemahiran asas (min 3.92) dan dimensi kemahiran insaniah (min 3.83). Sementara itu, dimensi kemahiran berfikir aras tinggi berada tahap sederhana (min 3.43).

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, perincian bagi setiap indikator kebolehpasaran dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia berdasarkan item yang telah digunakan untuk menilai aspek tersebut adalah seperti di bawah:

(9)

49

4.1 Indikator Dimensi Kemahiran Asas

Dimensi kemahiran asas meliputi tiga yang utama iatu kemahiran komunikasi, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran pengurusan personal.

4.1.1 Indikator kemahiran asas : kemahiran komunikasi

Jadual 4.3 : Min Kekerapan Kriteria Dimensi Kemahiran Asas : Kemahiran komunikasi

Bil Perkara Min S.P Tahap

1 Meluahkan idea dengan jelas 4.09 .671 tinggi

2 Bercakap dengan fasih 3.93 .665 tinggi

3 Orang memahami apa yang dikata 4.00 .628 tinggi 4 Dapat menyatakan semula intipati pendapat

orang lain dengan cara tersendiri dengan tepat

3.74 .647 tinggi 5 Mampu mengulangi apa yang baru di dengari

dengan baik

3.46 .968 sederhana 6 Mampu bertentang mata dengan orang lain

semasa mendengar

3.67 1.00 9

tinggi

7 Seorang yang amanah 3.87 .746 tinggi

8 Senang bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan

4.14 .649 tinggi 9 Mampu ‗menikmati dan menerima‘ bekerja

dalam satu kumpulan

4.08 .663 tinggi 10 Selesa menjadi ketua apabila melakukan kerja

kumpulan

3.95 .727 tinggi

Keseluruhan 3.89 tinggi

Berdasarkan jadual 4.3 di atas, dapatan kajian mendapati indikator kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar IPTA berada pada tahap tinggi (min 3.89). Daripada 10 item yang dikemukakan dalam dimensi ini, didapati item ‗senang bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan‘ berada pada tahap paling tinggi (min 4.14) dan item ‗ mampu mengulangi apa yang didengari dengan baik berada pada tahap sederhana (min 3.46).

(10)

50

4.1.2 Indikator kemahiran asas : kemahiran membuat keputusan

Jadual 4.4 : Min Kekerapan Kriteria Dimensi Kemahiran Asas : Kemahiran membuat keputusan

Bil. Perkara Min S.P Tahap

1. Mampu kekal dengan keputusan yang telah dibuat

3.80 .976 tinggi 2 Mengambil kira nasihat orang lain dalam

membuat keputusan yang penting

3.47 .840 sederhana 3 Mampu membuat keputusan dalam keadaan

logik dan bersistematik

3.98 .690 tinggi 4 Umumnya, suka membuat keputusan secara

serta merta

3.72 .782 tinggi 5 Memikirkan secara mendalam sebelum

membuat suatu keputusan

4.11 .645 tinggi 6 Mempertimbangkan pelbagai pilihan dari

segi matlamat yang ditetapkan apabila membuat keputusan

4.14 .625 tinggi

7 Boleh menyelesaikan semua kerja yang diberikan dengan baik

3.74 .861 tinggi 8 Suka untuk menyumbang kepada matlamat

yang sama

4.03 .617 tinggi 9 Mampu mengambil apa jua risiko untuk

mencapai kejayaan

4.08 .681 tinggi 10 Setuju untuk menyertai sebarang

pertandingan walaupun tidak pasti akan menang

3.93 .618 tinggi

11 Yakin dengan apa jua keputusan yang dibuat

4.16 .640 tinggi 12 Bersedia untuk membangunkan projek baru

jika ada sumber pendapatan lain

4.19 .605 tinggi

Keseluruhan 3.95 tinggi

Jadual 4.4 menunjukkan min kekerapan kriteria dimensi kemahiran membuat keputusan. Dapatan menunjukkan min keseluruhan adalah tinggi (3.95). Min kekerapan paling tinggi ialah 4.19 iaitu item ‗bersedia untuk membangunkan projek baru jika ada sumber pendapatan lain‘. Ini menunjukkan graduan mempunyai impian untuk meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi. Manakala min sederhana bagi item ‗mengambil kira nasihat orang lain dalam membuat keputusan yang penting‘.

(11)

51

4.1.3 Indikator kemahiran asas : kemahiran pengurusan personal

Jadual 4.5: Min Kekerapan Kriteria Dimensi Kemahiran Asas : Kemahiran Pengurusan Personal

Bil. Perkara Min S.P Tahap

1 Pantas menawarkan nasihat kepada masalah rakan

3.90 .747 tinggi

2 Berkeyakinan tinggi 3.81 .809 tinggi

3 Bertanggungjawab 2.94 1.071 sederhana

4 Menghormati pengalaman, pendapat dan sumbangan orang lain

4.05 .666 tinggi

5 Berkemampuan mengimbangi tuntutan rumah dan kerja

4.15 .624 tinggi

6 Mampu membuat kerja tanpa disuruh 4.00 .769 tinggi 7 Sentiasa memastikan tugas yang

diberikan di lakukan dengan baik

4.15 .645 tinggi

8 Memastikan masa diguna secara cekap dalam setiap tugasan

3.89 .721 tinggi

9 Mampu menentukan kejayaan yang ingin dicapai

3.98 .753 tinggi

10 Mampu mengaturkan kerja secara bijaksana bagi mencapai kejayaan

4.08 .591 tinggi

11 Mampu bangun semula selepas mengalami kegagalan

4.14 .694 tinggi

12 Mampu menentukan arah tujuan kerjaya 3.95 .686 tinggi 13 Sering berfikir cara untuk memanfaatkan

bahan yang tidak berguna

4.12 .580 tinggi

14 Sentiasa mahu prestasi lebih baik daripada rakan

4.02 .759 tinggi

15 Berani mencuba sesuatu yang baru 3.89 .841 tinggi 16 Berani menyatakan pendirian dalam

setiap situasi

(12)

52

Bil. Perkara Min S.P Tahap

17 Sentiasa meneliti secara kritikal semua asas nilai etika diri sendiri

4.02 .648 tinggi

18 Suka meneroka idea untuk apa jua situasi 3.79 .782 tinggi

Keseluruhan 3.93 tinggi

Jadual 4.5 menunjukkan min kekerapan kriteria dimensi kemahiran pengurusan personal. Ia merangkumi 18 item. Min kekerapan yang paling tinggi ialah sebanyak 4.15 iaitu item ‗sentiasa memastikan tugas yang diberikan dilakukan dengan baik‘ manakala min item yang paling rendah pada tahap sederhana iaitu item ‗bertanggungjawab‘.

4.2 Indikator Dimensi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Jadual 4.6: Min Kekerapan Kriteria Dimensi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Bil. Perkara Min S.P Tahap

1 Rakan-rakan dan keluarga mengatakan saya seorang yang suka bercakap

3.15 1.207 sederhana

2 Sentiasa menyemak sumber maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan

2.99 1.222 sederhana

3 Mampu menangguhkan membuat

keputusan apabila merasa perlu berbuat demikian

4.10 1.070 tinggi

4 Sering membuat keputusan dengan cepat 4.14 .626 tinggi 5 Boleh menyesuaikan diri dengan apa jua

keadaan baru

3.05 .574 sederhana

6 Mampu menetapkan matlamat, merancang dan mengatur waktu, wang dan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat.

3.19 1.046 sederhana

7 Mampu menerima sebarang cabaran dan memikirkan akibatnya kemudian.

3.69 .942 tinggi

(13)

53

Bil. Perkara Min S.P Tahap

9 Berpuas hati jika hasil kerja adalah yang terbaik

3.29 1.050 sederhana

10 Terus berusaha memperbaiki prestasi diri 3.46 .911 sederhana 11 Boleh mengubah nasib sendiri 3.28 1.137 sederhana 12 Seorang yang sangat teliti 3.16 1.211 sederhana 13 Sering mengaitkan sesuatu yang ditemui

dengan pekerjaan yang dilakukan

3.44 .865 sederhana

14 Pasti menilai terlebih dahulu sebarang idea yang terfikir

3.03 1.167 sederhana

15 Akan terus berfikir supaya idea menjadi kenyataan

3.89 .727 tinggi

16 Boleh menyesuaikan peraturan baru tanpa sebarang alasan

3.29 1.070 sederhana

Keseluruhan 3.43 sederhana

Jadual 4.6 merupakan min kekerapan kriteria dimensi kemahiran berfikir aras tinggi. Secara keseluruhan, min bagi dimensi kemahiran berfikir aras tinggi berada pada tahap sederhana iaitu dengan min 3.43. Berdasarkan item yang berjumlah 16 item tersebut, min paling tinggi ialah 4.14 dengan item ‗sering membuat keputusan dengan cepat‘.

4.3 Indikator Dimensi Kemahiran Insaniah

Jadual 4.7: Min Kekerapan Kriteria Dimensi Kemahiran Insaniah

Bil. Perkara Min S.P Tahap

1 Boleh membuat keputusan penting tanpa berunding dengan orang lain

3.08 1.098 sederhana 2 Tidak selesa mencuba cara baru

melakukan sesuatu kerja yang sudah biasa dilakukan

3.96 .667 tinggi

3 Percaya nasib memainkan peranan penting dalam kehidupan

3.56 .891 tinggi 4 Mudah tertekan apabila melakukan kerja

yang susah

4.05 .661 tinggi 5 Menganggap diri sendiri gagal apabila 4.01 .680 tinggi

(14)

54

Bil. Perkara Min S.P Tahap

usaha yang dilakukan tidak berjaya

6 Berani membuat keputusan setelah mendapat pandangan orang lain

4.32 .585 tinggi 7 Hanya akan bekerja jika pasti peluang

untuk berjaya adalah cerah

4.02 .749 tinggi 8 Berani menunggu projek baru maju /

berjaya walaupun tiada pendapatan lain

4.07 .688 tinggi 9 Mudah hilang pertimbangan apabila orang

lain mencabar pendapat yang diutarakan

3.58 .955 tinggi 10 Membantah sebarang peraturan yang

hanya jika ia terkena kepada diri sendiri

4.09 .596 tinggi 11 Boleh mengubah kepercayaan sedia ada

untuk mencapai apa jua matlamat

3.92 .735 tinggi 12 Selalu susah untuk mendapatkan idea

untuk menyelesaikan masalah

3.78 .713 tinggi 13 Berasa kecewa apabila usaha tidak berjaya 3.98 .657 tinggi 14 Suka melakukan sesuatu dengan cara yang

unik

3.92 .663 tinggi 15 Selalu melambung duit syiling untuk

membuat keputusan

3.15 1.222 sederhana

Keseluruhan 3.83 tinggi

Jadual 4.7 menunjukkan min kekerapan kriteria dimensi kemahiran insaniah yang mana ia merangkumi 15 item. Min kekerapan keseluruhan bagi dimensi ini ialah 3.83 iaitu tahap tinggi. Min kekerapan yang paling tinggi ialah pada item ‗membantah sebarang peraturan yang hanya jika ia terkena kepada diri sendiri.

4.4 Indikator Dimensi Kemahiran Motivasi Kendiri

Jadual 4.8: Min Kekerapan Kriteria Dimensi Motivasi Kendiri

Bil. Perkara Min S.P Tahap

1 Mampu menyelaras kumpulan dalam mencapai matlamat sesuatu tugasan

4.24 .539 tinggi

2 Mampu untuk terus bekerja kuat bagi mengekalkan pencapaian terbaik

4.03 .748 tinggi

(15)

55

Bil. Perkara Min S.P Tahap

4 Sanggup menggunakan masa rehat untuk menyiapkan kerja

3.95 .796 tinggi

5 Suka menganalisis secara kritikal apa jua peristiwa yang ditemui

3.82 .789 tinggi

6 Selalu memastikan apa jua idea yang diutarakan akan ditambahbaik

4.05 .772 tinggi

7 Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling untuk mengumpul maklumat

4.05 .691 tinggi

8 Percaya kejayaan tidak dapat dikecapi jika tidak mempunyai pengalaman

3.92 .775 tinggi

9 Cuba memahami apa jua konsep untuk menghasilkan idea kreatif

3.71 .892 tinggi

10 Komited mengambil tindakan ke atas orang lain secara adil walaupun menjejas perasaan sendiri

3.88 .739 tinggi

Keseluruhan 3.95 tinggi

Berdasarkan jadual 4.8, min Kekerapan Kriteria Dimensi Motivasi Kendiri. Terdapat sepuluh item yang mewakili dimensi motivasi kendiri. Secara keseluruhannya, min kekerapan adalah tinggi iaitu sebanyak 3.95. Kesemua item bagi dimensi ini adalah pada tahap tinggi. Min kekerapan paling tinggi ialah pada item ‗mampu menyelaras kumpulan dalam mencapai sesuatu tugasan‘ iaitu sebanyak 4.24.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian, indikator kebolehpasaran bagi dimensi kemahiran motivasi kendiri adalah yang paling dominan dalam kalangan pelajar IPTA Malaysia. Ini diikuti oleh dimensi kemahiran asas yang merangkumi kemahiran membuat keputusan, kemahiran pengurusan personal dan kemahiran komunikasi. Manakala, indikator kebolehpasaran bagi dimensi

(16)

56

kemahiran insaniah dan kemahiran berfikir aras tinggi adalah indikator yang paling kurang dimiliki oleh para pelajar.

Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan, kemahiran berfikir aras tinggi ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terbabit supaya para pelajar mempunyai kemahiran ini sebelum mereka memasuki pasaran buruh. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) perlu diberi perhatian dan penekanan melalui pelbagai latihan dan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pemantauan yang teliti dan berterusan hendaklah dibuat terhadap perlaksanaan dan keberkesanan program-program berkaitan KBAT.

Universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan agen pemangkin penjanaan modal insan cemerlang perlu memainkan peranan dalam melahirkan modal insan yang mempunyai bakat yang besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan semasa pasaran buruh demi masa hadapan negara. Persaingan diperingkat global bukan hanya memerlukan akademik yang cemerlang tetapi juga perlu mempunyai ciri-ciri kemahiran soft skill yang mampu menghasilkan nilai tambah kepada industri.

Peranan media cetak dan media elektronik juga dapat membantu siswazah dalam rangka mendapatkan maklumat tentang kerjaya. Siswazah perlu mengenalpsti peluang-peluang ini supaya dapat membuat penilaian berkenaan dengan pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Mereka juga perlu membuat perancangan kerjaya dengan mengikuti program dan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti bagi meningkatkan lagi nilai tambah diri mereka.

Kesimpulannya, siswazah era globalisasi kini tidak hanya boleh berbangga dan berharap dengan pencapaian akademik yang cemerlang bagi memperoleh pekerjaan, malahan mereka juga perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran kebolehpasaran bagi memenuhi pasaran kerja semasa.

(17)

57

RUJUKAN

Ahmad, S., N. Ali, and M.F. Hamzah.(2011). Kebolehpasaran graduan UKM: satu kajian perbandingan antara graduan disiplin sains dengan bukan sains. Jurnal Personalia Pelajar, 14, 81-90.

Azian,H., & Mun, L. Y.( 2011, April 10). English work: top jobs only for those who know the language well. The Star, p. 1& 5.

Amla Mohd Salleh. (2010). Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Bakar, A.R. & kazilan, F. (2006). Soft-skills dikalangan pengajar Pusat Latihan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknik dan Vokasional, hlm.39-43

Beard, D., Schwieger, D. & Surendran, K. (2007). Incorporating Soft Skills into Accounting and MIS Curricula. SIGMIS-CPR‟07, April 19-21, St. Louis, Missouri, USA. ACM 978-1-59593-641-7/07/0004. 179–185. Brown, K. W. (2004). What Employees Look for in Job Applicants. Business

Education Forum. 30(7), 7.

Billing, D. (2003). Generic cognitive abilities in higher education: an international analysis of skill sought by stakeholders. Compare, 33, 335-350

Cleary,M., Flynn,R., Thomasson,S., Alexander, R. & McDonald, B. (2007). Graduate employability skills: prepared for the business, industry and

higher education collaboration council.

http://www.dest.gov.au/higherd/bihecc [ 20 April 2015]

Cox, S. & D. King. (2006). Skill Sets: An Approach to Embed Employability in Course Design. University of Central England, Birmingham, UK. Jurnal Education and Training. 48(4), 262–274.

Chang, P.K., F. Ahmad, and F. Ibrahim. (2011). Hubungkait antara kemahiran insaniah prasiswazah dengan dimensi hubungan organisasi-publik. Jurnal Personalia Pelajar, 14, 23-36

Hamzah,R., Bakar, A.R. & Kazilan, F. 2006. Pengintegrasian kemahiran employability dalam pembelajaran: pandangan pengajar pusat latihan teknikal dan vokasional di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknik dan Vokasional, hlm. 278-283

Hodges, D. & Burchell, N. (2003). Business graduates competencies: employers‘ views on importance and performance. Asia-Pacific Journal Cooperative Education, 4(2):16-22

Ishak Yusoff, Rahmah Ismail & Robiah Sidin. (2008). Graduan dan alam pekerjaan : Kes siswazah UKM. Akademika, 72(1):3-24

(18)

58

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011) . Perangkaan tenaga buruh siswazah. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Mariana, Y. (2008). Communication in Oral Presentation: A Malaysian Experience. IEEE International Profesional Communication Conference. Article number 4610248

Mohamad Sattar Rasul, Md Yusof Ismail, Napsiah Ismail, et al. (2009). Peranan Institusi Pendidikan Teknikal dalam Pemupukan Kemahiran „Employability‟ Pelajar. Jurnal Teknologi. 50(E) Jun 2009, 113–127. Mohd Yusof Kasim & Ishak Yusoff. 2002. Industrialisasi dan pembangunan

sumber daya manusia di Malaysia : Isu dan haluan masa depan. Dlm. Rokiah Ismail, Zaidah Mustafa & Yahya Ibrahim (Pnyt.). Industrialisasi dan Modenisasi di Malaysia dan Indonesia: Pengalaman, Permasalahan dan Arah Transformasi, hlm. 175-187. Kuala Lumpur : Prentice Hall

Mustafa, Mohd Nor, Suradin & Ahad dlm Esa, A. & Mustafa, M.Z. (1st Ed.) Kemahiran insaniah: kajian di institusi-institusi pengajian, hlm. 45-71. Batu Pahat: Penerbit UTHM

National Association of Manufactured (NAM), Andersen & Center for Workforce Success (2001). ―The Skills Gap, 2001‖ National Association of Manufactured.

http://www.nam.org/Docs/CenterforWorkforceSuccess/27473_2001SkillsGap.pdf ?DocTypelD=9&TrackID=Param=@CategoryID=958@TPT=The%2B Skills%2BGap%2B200 . Dicapai pada 2 Januari 2015

Nik Azma Wail, Rahmah Ismail & Ishak Yussof. (2011). Analisis Penentu Perbezaan Upah Mengikut Kemahiran di Malaysia. Jurnal Teknologi. 56 (Sains Sosial), Sept. 2011, 1–22.

Norhaslina Hassan, Mohd Yahya Ariffin dan Mardiana Nordin. (2005). Pengangguran dan kepasaran siswazah Fakulti Sastera dan Sains Sosial . Kuala Lumpur: Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

Noraini Mat Lazim & Nooriah Yusof. (2012). Universiti, pembangunan modal insan dan penumpuan ruang komuniti berpendidikan tinggi di Malaysia: suatu ulasan kritis. Journal of Social Sciences and Humanities. 7(2): 308 – 327

Raftopoulas,M.,Coetzee, S. & Visser, D. (2009). Work-readiness skills in the fassest sector. SA Journal of Human Resource Management / SA Tydskrif vir Menslikehulpbronbestuur, 7(1): 119-126

Rasul, M.S., Ismail, M.Y., Ismail, N., Rajuddin, M. R., Rauf, R.A.A. (2010). Development of employability skills assessment tool for manufacturing industry. Jurnal Mekanikal, 30, 4-61

(19)

59

Raybould M. dan Wilkins H. (2005) ―Over Qualified And Under Experienced: Turning Graduates Into Hospitality Managers.‖ International Journal of Contemporary Hospitality Management. 17(3), 203-216

Raybould, J. & V. Sheedy. (2005). Are Graduates Equipped with the Right Skills in the Employability Stakes? Emerald. Journal of Industrial and Commercial Training. 37(5), 259–263.

Salina, D.,Nurazariah, A., Noraina Mazuin,S., & Jegatheesan, R. (2011). Enhancing university business curriculum using importance-performance approach: a case study of Business Management Faculty of a university in Malaysia. International Journal of Education Management, 25(6), 1-21

Saunders M.N.K, Skinner D. And Beresford R. (2005). ―Mismatched Perception Expectations: An exploration of stakeholders‘ views of key and technical skills in vocational education and training. ― Journal of European Industrial Training. 29(5), 369-382

Shahran Yaacub. (2005). Meeting the Employer Needs. Proceedings of National Seminar ―The Development of Technology and Technical-Vocational Education and Training in an Era of Globalization: Trend and Issues.‖ Kuala Lumpur.

Shukran, A. R.,Hariyati Shariman, A. M., Saodah, W., & Noor Azlan , M. N., (2006). Employee knowledge , skills, abilities, and others characteristic: expectation of industries. Paper presented at the First International Conference of Muslim Psychologist , Khartoum, Sudan.

Syed Hussain.(2005). Meeting The Needs of Employers. Proceedings of National Seminar. The development of Technology and Technical-Vocational Education and Training in an Era of Globalization: Trend and Issues. Kuala Lumpur

Yassin, S., Hasan, F., Amin, W. & Amiruddin. (2008). Implementation of Generic Skills in the Curriculum. Proceedings of the EDU-COM 2008 International Conference. Sustainability in Higher Education: Directions for Change, Edith Cowan University, Perth Western Australia, 19-21 November 2008: http://ro.ecu.edu.au/ceducom/

Yussoff, I., R. Ismail, and R. Sidin. (2008). Graduan dan alam pekerjaan: kes siswazah UKM. AKADEMIKA, 72, 3-24.

Zubaidah, & Rugayah. (2008). Imperative attributes for graduate employability in manufacturing firms: issues for internationalising Malaysia‘s curricula. In Sarjit, Morshidi & Norzaini (Eds), Globalization and internationalisation of higher education in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

(presumption of innocence) disebut dalam Pasal 8 Undang-Undang Nomor 48 Tahun 2009 Tentang Kekuasaan Kehakiman dan juga dalam penjelasan umum butir 3c KUHAP

Nilai p yang diperoleh melalui uji Wilcoxon Signed Ranks Test adalah (p = 0,000) dimana p < α (0,05), maka Ho ditolak dan dapat disimpulkan bahwa terdapat

Puji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, atas rahmat dan karunia-Nya penulis dapat menyelesaikan tugas akhir yang merupakan salah satu syarat untuk memperoleh gelar

01-4449-2006 yang menetapkan kadar air maksimal pada papan serat adalah 13%, maka dari hasil pengujian pada sampel parket sabut kelapa berlaminasi didapatkan bahwa

Dan dari makna kufr muncul civil society karakter keterbukaan pada Negara, terbuka dengan pendapat yang berbeda, kebebasan dalam bermasyarakat, saling menghargai,

Secara etimologi, kata batik berasal dari bahasa Jawa , “amba” yang berarti lebar, luas, kain; dan “titik” yang berarti titik atau matik (kata kerja membuat titik)

Variabel ini bertahan pada model non primipara yang memperlihatkan bahwa ibu yang tinggal di wilayah urban ataupun rural dan memiliki GR- DP rendah, berisiko 1.5-2.5 kali lebih

Jika seluruh fenomena terdahulu dirangkum, maka keterkaitan antara pembelajaran organisasi, pengembangan kompetensi, inovasi organisasi, inovasi teknologi, dan kinerja