• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fungsi Pantun Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Fungsi Pantun Dalam Masyarakat Melayu Tradisional"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

Fungsi Pantun dalam Masyarakat Melayu

Tradisional

Oleh Mohd Khairi bin Ariffin (PISMP-BM, IPG-KKB)

1.0 PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).

Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat.

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam. Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.

2.0 DEFINISI PANTUN

Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling

(2)

mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat keasliannya. Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan atau karya seseorang.

Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawakepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.

3.0 FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU 3.1 Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yangmenerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :

(3)

Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun. Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.

Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang daripada menimpa kecelakaan atau kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya selagi hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-kenangan kepada orang-orang miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.

2) Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali;

Hina besi kerana karat,

Hina manusia tidak berbudi.

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal menantunya berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak

(4)

mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak. Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal. Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-temurun dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman

dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga, kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.

3.2 Tujuan adat istiadat

Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan huraiannya :

3) Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang;

Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang.

Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan

(5)

menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.

4) Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang,

Tanda diri beradat budaya.

Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’.Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuantersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.

Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.

3.3 Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

(6)

Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :

5) Bunga melur di atas titi,

Mari dibungkus di dalam kertas; Dalam telur lagi dinanti,

Inikan pula sudah menetas.

Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran tentangkesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan

sebagainya. Kesetiaan dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Rangkap pertama cuba menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu. Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan. Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan

perhubungan. Seandainya ajaran ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kesetiaan dan ketaatan tidak dilaksanakan dalam

perhubungan.

6) Lama sudah tidak ke ladang, Padi sudah dililit kangkung;

Selama tuan tidak kupandang, Putus hati pengarang jantung.

Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat mestilahmempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat

(7)

ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat dinihari.

Kesimpulannya, pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakat Melayu.Pantun ini juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.

3.4 Untuk sindiran dan tempelak

Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :

7) Pondok robek makan api, Anak Cina main teropong;

Katak bertingkir besar hati,

Dapat dunia bawah tempurung.

Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan

(8)

berusaha untuk memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.

8) Ayam dikepuk dipanggil pulang, Kain tercarik tersangkut duri;

Usah ditepuk air di dulang,

Kelak terpercik muka sendiri.

Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.

Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.

3.5 Menyampaikan mesej berunsur keagamaan

Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan penerangannya :

(9)

9) Redup bulan nampak nak hujan.

Pasang pelita sampai berjelaga; Hidup mati di tangan tuhan,

Tiada siapa dapat menduga.

Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya.Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.

10) Sayang-sayang buah kepayang,

Buah kepayang hendak dimakan; Manusia hanya mampu merancang, Kuasa Allah yang menentukan.

Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada siapa hanyalah hambanya.

Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi.

(10)

4.0 KESIMPULAN

Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau. Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.

Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang ditujukan kepada seseorang dengan niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.

Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita dapat mengenali masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita dengan masyarakat Melayu kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Inilah peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera kita.

(11)

RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid, Rosli Saludin, Zakaria Perngis. (2005). Mutiara

Sastera Melayu Tradisional. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor : Masa Enterprise.

Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergymate Sdn. Bhd.

Hashim Hj. Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre

dan Fungsi . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Hj. Ahmad. (2000). Kesusasteraan

Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2007). Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur : Dawama Sdn.Bhd.

Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Media elektronik

Pantun Melayu. Diperoleh Ogos 21, 2010 dari http://melasayang.4t.com/pantun.htm

angah_acong • 5 years ago • 10,190 viewed

Send To Friend

IM Article

Share

(12)

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti

pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau

melafazkan pantunjuga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.

2.1.1 Untuk mendidik

Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan

menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi,

Kembang berseri bunga senduduk;

Elok diturut resmi padi,

Semakin berisi semakin tunduk.

Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Sungguh indah pintu dipahat,

Burung puyuh di atas dahan;

Kalau hidup hendak selamat,

Taat selalu perintah Tuhan.

2.1.2 Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu,

Cincin permata jatuh ke ruang;

Kalau rindu sebut namaku,

Air mata jangan dibuang.

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.

2.1.3 Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih

Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

(13)

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.

2.1.4 Untuk adat istiadat

Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;

Tok Sami ke Teluk Lipat,

Kain sekodi dibawa sama;

Datang kami membawa hajat,

Kalau sudi minta terima.

2.1.5 Untuk sindiran dan tempelak

Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

2.1.6 Untuk menguji minda

Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati ialah;

Kalau tuan pergi ke kedai,

Belikan saya buah keranji;

Kalau tuan bijak pandai,

Apakah binatang keris di kaki?

2.1.7 Untuk hiburan

Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.

Tuan Puteri memasang panjut,

Dayang tolong menghalau lalat;

Kucing tidur bangkit terkejut,

(14)

Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 2: Fungsi Pantun dalam buku ANEKA CONTOH PANTUN PILIHAN MENGIKUT ATUR CARA MAJLIS.Maklumat tentang bukuini boleh didapati

di www.books.perintis. com.my. Harga senaskhah ialah RM17 jika dibeli secara online. Harga pasaran ialah RM18. Jumlah muka surat ialah 160.

PANTUN SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI MELAYU

TRADISIONAL

Mohamad Saleeh Rahamad Universiti Malaya

maisarah43@hotmail.com

Bukan lebah sebarang lebah,

Lebah bersarang di rumpun buluh; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah menyusun jari sepuluh. Pendahuluan

Berbanding dengan puisi tradisional Melayu yang lain seperti gurindam, seloka, nazam dan syair, pantun masih popular hingga sekarang. Pantun dua kerat dan pantun empat kerat masih mendapat tempat dalam masyarakat moden hari ini. Pantun masih kedengaran dalam lagu-lagu rakyat seperti boria, dondang sayang dikir barat dan lain-lain walaupun lagu-lagu rakyat ini sudah jarang-jarang berkumandang. Pantun juga masih digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis peminangan dan pernikahan. Begitu juga dengan acara dan majlis lain, biasanya juruacara dan pembicara sering membuka, menutup dan menyelitkan ucapan dengan serangkap dua pantun. Sejak akhir-akhir ini pertandingan pantun juga sering diadakan di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti, dan ini sudah tentu merupakan perkembangan yang sangat baik bagi kesinambungan pantun Melayu.

Pantun dalam Kebudayaan Melayu: Dulu dan Kini

Pantun ialah sejenis puisi lama yang asli milik masyarakat Melayu. Keaslian pantun sebagai milik masyarakat Melayu turut diakui oleh pengkaji Barat sebagaimana dicatatkan dalam A Handbook to Literature (Holman dan Harmon , 1986: 357), sebuah rujukan glosari sastera yang berautoriti: “Usually considered as one of the sophisticated FRENCH

(15)

FORMS, the pantoum was actually taken over from the Malaysian by Victor Hugo and other French POETS.”

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai ”sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau ”...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja” (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun yang popular, bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya. Contohnya: Masyarakat Melayu tradisional sangat kuat berpegang pada adat resamnya yang berpaksikan komunaliti. Seseorang anggota masyarakat berada dalam komunitinya dengan penuh rasa tanggungjawab. Keluar daripada lingkungan masyarakatnya merupakan satu tindakan deviasi yang menandakan keasingannya. Tindakan seperti ini merupakan tanda bahawa dia tidak diterima oleh masyarakatnya dan apabila dia berkeadaan demikian, dirinya tidak dapat lagi bergantung pada masyarakat. Ini amat ditakuti oleh masyarakat Melayu lama.

Perhubungan sesama anggota masyarakat diikat oleh rasa kekitaan, bukannya oleh kuasa kapitalisme. Jika sekarang segala-galanya ditentukan wang, dalam masyarakat lama segala-galanya ditentukan semangat kebersamaan. Itulah sebabnya banyak aktiviti kehidupan dilakukan ecara bergotong-royong. Konsep gotong-royong menjadi nadi kehidupan masyarakat Melayu. Bagi komuniti sawah padi misalnya ada kegiatan gotong-royong yang dinamakan ”berderau”. ”Berderau” ialah satu cara menyelesaikan kerja sesebuah keluarga secara bersama. Maksudnya, jika keluarga itu mahu menanam padi, seluruh anggota masyarakatnya akan turun membantu tanpa sebarang upah. Begitu juga apabila keluarga lain memerlukan bantuan, semuanya akan membantu. Oleh sebab kuatnya ikatan kemasyarakatan itu, bentuk puisinya juga adalah sama dan tiada nama pengarang. Ini berbeza daripada puisi moden yang dihasilkan oleh masyarakat yang individualistik. Genre puisi moden, iaitu sajak dicipta oleh individu yang sangat menjaga individualiti dan hak ciptanya. Tidak dibenarkan sajaknya digunakan oleh orang lain tanpa mem=nyebut nama pencitanya. Pantun tidak demikian sifatnya. Pantun bebas digunakan oleh semua orang dan tiada sesiapa mahu mengaku itulah ciptaannya.

(16)

Walau bagaimanapun pada zaman moden ini ada juga pantun baru dicipta dan penciptanya mahu namanya diiktiraf sebagai pencipta pantun tersebut. Maksudnya dia mahu hak cipta atas pantun itu. Antara media yang menyiarkan pantun baharu ialah majalah Dewan Sastera. Selain itu ada juga pencipta pantun yang membukukan karya mereka seperti Halim R (Setaman Pantun Kenangan, 2006), Wan Khazim (Bukit Lagi Bintang Berkarang, 2006), dan sebuah antologi pantun oleh para pensyarah Universiti Sains Malaysia (Setaman Pantun Merdeka) sebagai ekspresi mereka tentang kemerdekaan Malaysia. Pantun-pantun dalam buku ini ada penciptanya dan ada hak ciptanya, tidak seperti pantun lama yang menjadi milik bersama.

Fungsi pantun adalah pelbagai tetapi semuanya masih tergolong dalam tujuan berkomunikasi antara sesama manusia, malahan ada juga yang digunakan untuk berkomunikasi dengan makhluk halus, iaitu dalam jampi mantera. Bagi tujuan berkomunikasi sesama manusia pantun tergolong dalam fungsi untuk berkasih sayang, adat resam, agama dan kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, teka teki, kepahlawanan, nasihat dan pendidikan, kritikan, kembara, dan sebagainya.

Dalam budaya Melayu wujud amalan perucapan yang berbentuk kiasan atau tamsil ibarat bagi menjelaskan sesuatu secara berlapik kerana memang sifat manusia Melayu cenderung tidak berterus terang dalam apa-apa jua cara. Ini sifat yang sukar ditiru oleh bangsa lain kerana budaya sesuatu masyarakat itu terbentuk secara alamiah melalui perdampingan mereka dengan alam dan persekitaran yang berskala horizontal dan kepercayaan yang berskala vertikal.

Dalam perhubungan sesama manusia sama ada yang sama darjat mahupun berlainan darjat, pantun kerap dijadikan alat ekspresi kerana kesannya lebih mendalam di samping dapat menjaga kemaslahatan masyarakat. Lihatlah bagaimana pengarang Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) menyampaikan ekspresi sinikalnya terhadap golongan pemerintah yang tertakluk oleh hawa nafsunya melalui pantun yang berikut:

Dang Nilai memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipihkan lada. Kuning Ledang bagai dikarang,

(17)

Riang-riang disambar wakab;

Hairan memandang dunia sekarang, Bayang-bayang hendak ditangkap. (A. Samad Ahmad (peny.), 2000: 214)

Pantun tersebut mempunyai siratan makna yang sangat tajam menempelak kerakusan Sultan Mahmud hendak memperisteri Puteri Gunung Ledang walhal kewujudan Puteri Gunung Ledang itu tidak dapat dibuktikan. Tanpa mempedulikan logik realiti, Sultan Mahmud mengerahkan orang suruhannya pergi memanjat Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang yang kononnya bersemayam di puncak gunung itu.

Episod ini merupakan lanjutan daripada gambaran kerakusan nafsu Sultan Mahmud sebelum baginda kembali menjadi manusia yang taat kepada Allah. Begitu hebat kerakusannya terhadap wanita jelita tentulah sukar untuk digambarkan oleh pujangga istana kerana kehormatan raja masih dipelihara dalam zaman feudal. Tetapi kebijaksanaan pujangga istana itu telah berupaya melepasi etika berkomunikasi dengan pihak istana melalui pantun yang penuh kiasan.

Seluruh pantun itu bersifat kiasan bagi menggambarkan kebebalan rajanya tanpa menggores ego darjat istana. Apabila perkataan “gila” digunakan untuk seseorang yang terlalu ingin beristerikan seorang wanita bayangan, pastilah imejnya direndahkan dengan melampau. Begitu juga dengan bait yang berbunyi “Bayang-bayang hendak ditangkap”, sinikalitinya terhadap keinginan raja diucapkan dengan halus. Permainan bahasa dan wacana dalam episod ini menyerlahkan kekuatan gaya pengucapan atau retorika Melayu yang jauh melepasi keindahan puisi moden. Sukar juga untuk membayangkan bagaimanakah penerimaan golongan istana pada masa karya ini ditulis. Adakah golongan raja tidak menyedari kecaman sarkastik tersebut atau mereka memang tidak membacanya, atau mungkinkah mereka gagal memahami makna yang tersirat. Walau apa pun, melalui pantun yang berkias itu sindiran terhadap raja yang bejat akhlaknya dapat disampaikan kepada khalayak sehingga zaman sekarang.

Dalam budaya Melayu, alam memainkan peranan yang penting kerana hidupnya masyarakat tidak terpisah daripada alam. Oleh itu, segala yang berlaku sentiasa dikaitkan dengan alam. Hal ini tercermin dalam bait gurindam yang berbunyi “Alam terbentang jadikan guru”. Oleh

(18)

Muhammad Haji Salleh (2000: 240-241) keakraban manusia Melayu dengan alam dinukilkannya begini:

Manusia Melayu hidup dalam suatu persekitaran alam yang khusus. Sebagai penghuni alam yang amat setia ini, dia juga telah membuktikan dirinya sebagai pemerhati yang tekun dan teliti. Pusingan waktu, pergantian musim, perjalanan usianya, berserta segala tabiat khusus yang datang bersamanya, dicatat secara lisan ataupun kairografik. Pantai yang berubah setiap kali air bah dimasukkan ke dalam peribahasa dan pantun, begitu juga rumah yang dilambung ombak dijadikan metafora cabaran untuk mereka yang berani. Beribu citra dikutip untuk tabiat alam raya. Tetapi antara semua ini dia menemukan unsur harmoni yang hadir dalam alam semesta. Unsur ini dilihat sebagai membantu menenteramkan dan membantu suatu kehidupan yang aman. Ada juga suatu unsur lagi yang dilihat pada alam semula jadi, yang disanjung, iaitu keteraturan, suatu susunan yang jelas, dan dalam susunan ini akhirnya yang berlawanan ini ditenteramkan oleh kuasa imbangan tadi. Unsur-unsur yang diperhatikan dikutip dan dijadikan juga sebagai nilai dalam kehidupan sosialnya. Harmoni inilah juga yang dijadikan unggul yang dikira dapat membantu masyarakatnya berkembang dengan baik. Dalam sastera, unsur ini menjadi dasar unggul, kerana melaluinya karya dapat disusun secara teratur dan bahagian-bahagiannya saling melengkapi antara satu sama lainnya.

Sengaja petikan ini dimuatkan dengan panjang untuk memelihara keindahan dan kepadatan pengucapan Muhammad Haji Salleh. Jika petikan ini diringkaskan, mungkin ada maksud yang tidak kesampaian. Dalam hal ini, Muhammad yang telah memahami puitika Melayu, terutama dari sudut makna dan citra yang dipadatkan”; dan oleh itu, tulisannya juga telah dipadatkan sehingga sukar untuk dipadatkan lagi. Pencuplikan kenyataan padat ini wajar dilakukan untuk mengetengahkan intelektualiti Muhammad.

Bagi merumuskan konsep puitika Melayu, terutamanya pantun, Muhammad memecahkannya kepada enam ceraian, iaitu (i) makna dan citra yang dipadatkan, (ii) makna dan citra yang dilayangkan secara halus dan tidak langsung [inilah fokus kajian makalah penulis] (iii)dunia yang berbelah dua (iv) muzik bahasa sebagai pengalun makna (v) sama ukuran atau imbangan (Muhammad Haji Salleh, 2000:240). Ciri-ciri yang dirumuskan oleh Muhammad sudah berupaya memberikan gambaran tentang puitika pantun dalam bentuk yang ilmiah dan sistematik.

(19)

Selain Muhammad, Francois-Rene Dallie (1988: 131), seorang peneliti dari Perancis mempunyai pandangan yang sama dengan ciri pertama (“makna dan citra yang dipadatkan” atau “Dunia luas yang dipadatkan”) sebagaimana katanya: “A Pantun is a universe in a nutshell”. Maksudnya, makna yang terkandung dalam pantun lebih luas daripada yang diungkapkan dalam bait-baitnya. Dallie juga melihat pantun sebagai ekspresi peradaban Melayu. Bagi beliau, pantun perlu ditelaah untuk memahami peradaban Melayu; dan begitu juga sebaliknya, untuk memahami pantun, peradaban Melayu perlu difahami dahulu. Maknanya, antara pantun dengan peradaban (atau tasawur) Melayu wujud hubungan resiprokal, saling berjerait kerana kedua-duanya memang terhubung oleh jalinan simbiotik.

Bagi tujuan makalah ini penelitian dan penemuan Muhammad tentang estetika pantun sudah memadai untuk menjadi rumusan puitika retorik tradisional itu. Untuk memanjangkan perbincangan, makalah ini akan menelusuri satu daripada ciri yang ditemukan, iaitu “makna dan citra yang dilayangkan secara halus dan tidak langsung” dengan memilih unsur metafora. Metafora merupakan satu daripada cabang bahasa kiasan yang sangat meluas digunakan dalam puisi, baik puisi tradisional mahupun puisi moden.

Bahasa kiasan juga disebut majas merupakan tenaga bahasa yang sangat ampuh untuk menyampaikan maksud perucapan secara berhikmah. Pembicara yang tahu akan letak duduknya hubungan antara perucap dengan dengan penerima akan memanfaatkan bahasa kiasan agar penyampaiannya dapat dilaksanakan dengan lembut atau sebaliknya. Ada kekuatan yang tersirat dalam gaya kiasan kerana dalam keadaan tertentu belum tentu pengucapan secara langsung sesuai diujarkan lantaran emosi manusia yang menjadi penerima itu juga mungkin telah terbiasa dengan komunikasi yang berhikmah dan berlapik.

Para seniman Romawi seperti Cicero dan Suetonicus telah menggunakan sarana majas dengan pengertian “bayangan, gambaran, sindiran, dan kiasan” (Tarigan, 1995: 112) Penggunaan majas tertentu yang bersifat konotatif dapat meninggikan kesan penyampaian dan mengubah nilai rasa. Kemarahan dan kemesraan misalnya, dapat disampaikan hanya dengan penggunaan kata tertentu tanpa diucapkan kemarahan itu secara langsung kerana penerima yang faham akan berupaya menghubungkan imej yang menjadi kiasan dengan nilai rasa yang disampaikan. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan sekiranya ada persamaan budaya antara penghantar mesej dengan penerimanya.

(20)

Sekiranya kedua-dua pihak terpisah oleh perbezaan budaya, imej yang dimanipulasikan bagi maksud tersirat tidak akan dapat difahami oleh pembaca Dalam komunikasi sastera ada tiga kod yang menjadi dinding atau perantara karya dengan dengan khalayaknya, iaitu kod bahasa, kod sastera, dan kod budaya (Teeuw, 1992: 14-16). Ketiga-tiga kod itu perlu dikuasai untuk memahamkan makna yang tersirat dalam karya sastera. Setelah memahami budaya misalnya, barulah karya yang sarat dengan ikon budaya dapat diterjemahkan dalam mental penerima. Demikian jugalah dalam pantun yang ikon budayanya begitu dominan, terutama pada dua baris pembayang maksudnya.

Majas merupakan sarana retorik bagi tujuan meyakinkan atau mempengaruhi pembaca atau pendengar. Tarigan (1995: 114) memecahkan majas kepada empat kelompok, iaitu majas perbandingan, majas pertentangan, majas pertautan, dan majas perulangan. Untuk makalah ini hanya majas perbandingan yang terlibat kerana metafora terkelompok dalam majas jenis itu. Selain metafora, majas perbandingan mengandungi simile, personifikasi, alegori, dan antitesis. Umumnya, metafora berfungsi dengan cara menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung dan pembacanya dapat menghubungkitkan bahan perbandingan itu dengan makna yang dihasratkan sama ada melalui komparatif atau secara kontras.

Gambaran lelaki dan wanita

Sudah menjadi adat dan lumrah dalam percintaan, pasangan masing-masing akan dianggap sebagai orang yang paling menarik. Lelaki akan digambarkan sebagai seorang yang baik dan kacak serta berperawakan menarik. Begitu juga dengan wanita, digambarkan mempunyai rupa paras yang cantik jelita, manis menawan dengan fizikal yang menarik. Gambaran ini jelas dipaparkan menerusi contoh-contoh pantun yang berikut.

Lelaki

Gambaran senyuman lelaki yang manis diperlihatkan melalui pantun berikut:

Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan;

Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan.

(21)

(Zainal Abidin Bakar.: 244)

Senyuman sang lelaki yang dicintai dilihat oleh si wanita diberi gambaran sebagai senyuman yang tersangat manis sehingga mengalahkan gula madu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, bahan pemanis yang paling baik digunakan ialah madu kerana khasiatnya yang tinggi dan mudah diperoleh di persekitaran mereka tanpa melalui sebarang proses.

Kekacakan dan kebaikan lelaki yang abstrak pula dilambangkan menerusi ikon metafora konkrit ”bulan yang terang”, ”bintang nurani” dan ”panji-panji”. Ikon ”bulan” dan ”bintang” sangat sesuai dan berkesan digunakan oleh pemantun untuk memberikan gambaran yang menarik mengenai lelaki. Dalam sarwajagat Melayu tradisional, kedua-dua imej itu sangat dekat dengan makna keindahan, kebaikan, dan tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah misalnya, bapa Hang Tuah bermimpi bulan jatuh ke riba sebagai petanda kedatangan tuah dalam keluarga mereka, iaitu kelahiran Hang Tuah. Bintang pula sering diasosiasikan dengan keindahan kerana kerlipan cahayanya pada waktu malam yang menyerikan dada langit. Lihat pemakaiannya dalam pantun yang berikut:

Kalau tuan pergi ke bendang, Jangan dipetik buah rembia; Tuan laksana bulan yang terang, Cahaya liput serata dunia.

(Ibid.: 260)

Sampan pukat sampan Serani, Boleh belayar tanah seberang; Tuan umpama bintang nurani, Makin ditentang bertambah terang. (Ibid.: 260)

Penggunaan kata sendi nama ”laksana” dan ”umpama” itu menjadikan imej konkrit tersebut sebagai simile yang juga termasuk dalam kelompok ikon metafora.

(22)

Selain ikon-ikon di atas, pelbagai jenis ikon lagi digunakan oleh pemantun untuk menggambarkan kekacakan lelaki. Pantun-pantun berikut telah memperlihatkan ikon metafora untuk memberi gambaran tentang ketampanan lelaki. Ikon metafora ”emas dititik”, ”pelita tanglung” dan ”kunang-kunang sekebun” telah dijadikan perbandingan untuk memperlihatkan betapa menariknya lelaki tersebut.

Cik Ali selendang batik, Batik datang dari Surabaya; Tuan umpama emas dititik,

Belum disepuh bertambah cahaya. (Zainal Abidin Bakar, 1984:” 291) Dang Kasihan pergi ke Tanjung, Akan permata pembeli lada; Tuan laksana pelita tanglung, Diribakan oleh paduka kakanda. (Ibid.: 291)

Hujan panas kemarau embun, Keluar ke madang menjemur padi; Tuan umpama kunang-kunang sekebun, Sebagai syamsu bersinar pagi.

(Ibid.: 292

Ikon metafora ”emas dititik” dan ”pelita tanglung” membawa konotasi budaya. Dalam budaya masyarakat Melayu, emas dititik merupakan emas yang tinggi mutunya kerana ditempa oleh seorang pandai emas. Ikon metafora ”pelita tanglung” pula mendekati budaya Cina kerana masyarakat itulah yang menggunakan lampu tanglung. Kecantikan pelita tanglung diserlahkan oleh kepelbagaian warnanya dan cahayanya pula dapat menyerikan kegelapan malam. Jadi sifat kedua-dua imej konkrit ini memberikan makna yang dihasratkan oleh pemantun. Sementara itu, ”kunang-kunang sekebun” merupakan ikon metafora yang bersifat hiperbolik kerana digambarkan secara berlebihan-lebihan. Cahaya daripada kunang-kunang memang tidak dapat memberikan apa-apa kerana kehalusannya tetapi apabila dikatakan sekebun, bermakna jumlahnya terlalu banyak dan dapat menghadirkan cahaya yang terang-benderang.

(23)

Ikon metafora dalam pantun berikut menggambarkan kebaikan dan kemuliaan lelaki. Segala kebaikan dan kemuliaan lelaki digambarkan melalui ”panji-panji”, ”minyak yang penuh”, ”sarbat minuman” dalam pantun berikut.

Anak Cina menebang keranji, Habis buah bertabur-taburan; Tuan umpama panji-panji, Ditiup angin berkibar-kibaran. (Zainal Abidin Bakar, 1984:” 261)

Sayang Laksamana mati di bunuh, Mati ditikam Datuk Menteri;

Tuan umpama minyak yang penuh, Tidak diberi limpahnya lagi.

(Zainal Abidin Bakar, 1984:” 291) Hari-hari masuk ke taman,

Kerat-kerat kayu api;

Tuan umpama sarbat minuman, Sedikit tak ralat di dalam hati. (Zainal Abidin Bakar, 1984:” 292)

”Panji” diasosiasikan dengan kebesaran sesebuah kerajaan, ”minyak yang penuh” secara kulturalnya merupakan satu perbuatan memanjakan seseorang secara penuh hemah seperti menjaga minyak agar tidak tumpah, manakala ”sarbat minuman” menandakan tahap kemanisan yang enak dan dapat menghilangkan dahaga. Sesuai dengan situasi masyarakat tradisional semua imej konkrit itu memberikan makna yang memenuhi maksud yang disampaikan.

Wanita

Bukan sahaja lelaki digambarkan berperawakan menarik, wanita juga demikian. Pelbagai ikon metafora diperlihatkan dalam pantun untuk memperlihatkan gambaran kecantikan wanita.

(24)

Tempat orang menggesek biola; Tubuh kecil bagai diraut,

Di situ tempat hatiku gila.

(Zainal Abidin Bakar, 1984: 261)

Gambaran kecantikan wanita divisualkan sebagai badannya yang ramping dan diberi perbandingan menerusi ”tubuh kecil bagai diraut”. ”Bagai diraut” Kecantikan wanita juga digambarkan sepert bidadari yang tidak terlawan kecantikannya dengan mana-mana wanita pun di dunia ini. Imej bidadari merupakan ikon kecantikan wanita dan puncak keseronokan bagi hamba Tuhan kerana bidadari hanya wujud di dalam syurga. Di sini kepercayaan agama memainkan peranannya untuk menghubungkan imej konkrit dengan imej mental dalam hasrat pemantun. Oleh itu, tidak perlu lagi penjelasan panjang lebar digunakan untuk menunjukkan ketinggian nilai wanita itu—cukup dengan penggunaan alusi ”bidadari”.

Hendak mayang seludang mayang, Pakaian anak raja Cina;

Bidadari turun melayang,

Seri menampung bulan purnama. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 267)

Ikon metafora terhadap kecantikan wanita ditandai dengan ”mahkota”, ”intan”, ”cincin intan” dan ”emas tempawan” dalam pantun yang berikut: Anak Cina cari sembilang,

Dapat sesekor di atas pasir;

Laksana mahkota gilang-gemilang, Sebagai emas baharu diukir.

(Zainal Abidin Bakar, 1984: 280) Tutuh nangka tinggi-tinggi,

Rotan mana di tengah huma; Lamalah sudah abang mencari, Dapatlah intan di tengah bunga. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 280) Laksamana pergi ke Semantan,

(25)

Singgah menuju ke kualanya; Adik laksana cincin intan,

Kakanda mabuk akan cahayanya. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 263) Cenderawasih burung di awan, Terbang hinggap di atas tikar; Dinda ibarat emas tempawan, Tidak boleh kulupa sekelip mata. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 243) Gambaran Perasaan rindu

Perasaan rindu juga sentiasa berada dalam jiwa pasangan bercinta. Kerinduan ini jelas dalam ikon metafora yang digambarkan dalam beberapa petikan pantun berikut.

Buluh perindu berdahan tidak, Ke tepi perigi rumpunnya senget; Hatiku rindu tertahan tidak,

Seperti bumi menanggung langit. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 246)

Seseorang yang jatuh cinta sentiasa merindui kekasihnya. Ikon metafora jelas terlihat dalam pantun ini. Rindunya diibaratkan seperti bumi menanggung langit. Alangkah beratnya penanggungan rindu tersebut sehingga tidak dapat dibayangkan melalui kata-kata biasa. Ikon metafora ini telah berjaya menggambarkan betapa beratnya kerinduan yang ditanggung itu.

Gambaran perasaan cinta dan kasih sayang

Ikon metafora untuk mengungkapkan perasaan cinta, kasih dan sayang yang bergelora dan membuak-buak dapat dilihat dalam pantun percintaan. Dalam petikan sajak berikut dapat dilihat ikon metafora untuk menggambarkan perasaan ini.

Terang bulan di laman tangga, Sarang penyengat di dalam padi; Adakah orang semacam sahaya, Menaruh kiamat di dalam hati?

(26)

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 237)

”Kiamat” merupakan ikon metafora yang sangat ekstrem dari sudut kepercayaan agama. Kiamat bermakna kemusnahan dan secara kulturalnya membawa maksud kesengsaraan yang terlalu hebat. Rasa itu digandingkan untuk mengungkapkan perasaan cinta yang tidak terhingga oleh si pencinta terhadap pasangannya. ”Saya” juga merasakan dialah orang yang sangat mencintai pasangannya sehingga dia tertanya-tanya adakah orang lain juga ada mempunyai perasaan sebegitu.

Apa tanda hari nak petang, Anak merbah terciap-ciap; Apa tanda cinta nak datang, Darah di dada gerap-gemirap. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 239)

Penanda bahawa cinta yang terbit daripada hati diberi ikon metafora ”darah di dada gerap-gemirap”. Ia merupakan petanda bahawa hati dan perasaan seseorang yang berdebar-debar apabila sudah jatuh cinta. Apabila darah digambarkan ”gerap-gemirap” maknanya ada satu rasa yang membuak-buak dalam diri dalam seseorang. Di sini terlihat unsur fisiologi digunakan untuk menggambarkan perasaan, tidak lagi seperti lazimnya, unsur budaya berperanan.

Mari dibungkus dengan kertas, Dikarang pula berjalur-jalur; Tuan di hati haram tak lepas, Terang laksana cermin habelur. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 260)

Perasaan cinta terhadap pasangan sentiasa subur dan mekar itu diibaratkan terang seperti ”cermin habelur”. Cermin hablur ialah sejenis kaca yang dapat mengubah pandangan seseorang terhadap sesuatu objek, tetapi dalam pantun ini cermin hablur bermaksud cermin yang bercorak prisma dan memancarkan cahaya bersinar-sinar. Tiada unsur budaya dalam perbandingan ini; yang dilahirkan ialah unsur saintifik. Ini memperlihatkan ada unsur modeniti dalam oantun tersebut.

(27)

Perasaan cinta terhadap lelaki juga digambarkan dengan berkesan, iaitu lelaki diibaratkan sebagai ”mahkota hati” yang sentiasa berada di hati wanita.

Panjang rambut Siti Julita, Panjang melilit ibu kaki, Intan zamrud cermin mata, Tuan seorang mahkota hati. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 273)

Mahkota tergolong dalam imej budaya bagi menggambarkan lambang kebesaran. Apabila mahkota diletakkan dalam hati, maknanya sang kekasih itu diberi taraf yang sangat tinggi.

Perasaan cinta seorang lelaki terhadap wanita pula digambarkan dalam ikon metafora dalam pantun berikut:

Inderagiri pasirnya lumat,

Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat,

Begitu saya kasihkan puan. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 239)

Perbandingan dengan imej Nabi (Muhammad SAW) merupakan pandangan sarwa bagi umat Islam yang sangat tinggi darjatnya. Kedudukan Nabi Muhammad SAW mengatasi segala makhluk yang lain,dan oleh itu, dengan menyamakan kasih Nabi dengan kasih manusia kepada manusia lain sudah wujud pemaknaan yang jelas secara kulturalnya. Di sini juga berlaku permainan bahasa alusi kerana imej Nabi Muhammad sudah menghimpunkan makna kebaikan, kasih sayang, keikhlasan, kemurahan hati, dan segala bentuk sifat baik manusia, sesuai dengan imej Nabi sebagai ”contoh yang terbaik” (uswatun hasanah). Gambaran pasangan yang sepadan

Pasangan kekasih yang sama cantik dan sepadan turut digambarkan dalam pantun. Biasanya dalam perbualan masyarakat Melayu seharian gambaran keadaan ini dapat dilihat menerusi ikon metafora ”pinang dibelah dua”, dan ”cincin dengan permata”. Selain itu, terdapat ikon

(28)

metafora yang tidak bersifat budaya dalam pantun seperti ”paku lekat di papan”, ”dakwat dengan kertas”.

Burung jelatik burung jeladan, Mencari sarang burung tempua; Sama cantik sama padan,

Seperti pinang dibelah dua. (Ibid.: 284)

Orang Aceh pulang ke kubu, Loceng berbunyi pukul lapan; Samalah kasih sama setuju, Bagaikan paku lekat di papan (Ibid.: 284)

Laksamana berempat di atas pentas; Cukup berlima dengangurunya;

Bagai dakwat dengan kertas,

Sudah berjumpa dengan jodohnya. (Ibid.: 265)

Kain batik selendang batik, Mari sebar ke atas pentas; Adik cantik abang cantik, Bagai dakwat dengan kertas. (Ibid.: 263)

Imej ”pinang dibelah dua” dapat difahami secara kultural dalam masyarakat Melayu kerana lazimnya orang Melayu menggunakan pinang dalam banyak majlis adat selain untuk kunyahan seharian. Pinang, apabila dibelah dua, memberikan gambaran kecantikannya dari segi larik di dalam buahnya. Kesamaan saiznya juga berupaya memberikan makna kesepadanan antara dua orang yang berpasangan. Sementara itu, ”dakwat dengan kertas” dan ”paku lekat di papan” tidak termasuk dalam ikon budaya. Kedua-dua imej konkrit itu berkait dengan teknologi, dan ini memperlihatkan pembaharuan dalam pemakaian ikon metafora. Mungkin juga kesannya tidak sekuat penggunaan imej alam kerasna imej alam

(29)

lebih tekal sifatnya berbanding dengan unsur baru yang berbentuk tenologi.

Gambaran rintangan dan dugaan dalam percintaan

Setiap pasangan bercinta biasanya tidak akan terlepas daripada rintangan dan dugaan semasa berada dalam alam percintaan. Gambaran halangan semasa dalam percintaan diberi ikon metafora yang berkait dengan alam dan budaya.

Orang Aceh pulang ke Aceh, Mengail kurau dapat senangin; Bukan mudah kita berkasih, Laksana wau melawan angin. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 267)

Dulang terletak di atas meja, Lada secawan bunga berembang; Sakit sungguh kanda bercinta, Laksana bunga menanti kembang. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 314)

”Wau melawan angin” merujuk kepada permainan tradisi masyarakat Melayu, terutamanya yang tinggal di sawah padi atau di tepi pantai. Asosiasi antara kesukaran berkasih dengan kesukaran wau menyanggah angin mudah difahami kerana kedekatannya dengan budaya masyarakat. Demikian juga gambaran ikon metafora dalam bentuk simile ”Laksana bunga menanti kembang”. Kesannya dapat dirasai atau dibayangkan oleh mesyarakat yang sentiasa berdamping dengan alam. Di sini terlihat keeratan hubungan antara manusia Melayu dengan alam.

Gambaran penderitaan dan kekecewaan

Selain perasaan rindu dendam, cinta, kasih sayang, pantun percintaan turut menggambarkan jiwa yang menanggung penderitaan. Dalam petikan pantun di bawah, ikon metafora terlihat pada ”si burung balam” terkurung yang menggambarkan jiwa yang sedang merana kerana cinta yang tidak kesampaian atau cinta yang terputus di tengah jalan.

(30)

Selasih di Teluk Dalam,

Datang kapas Lubuk Tempurung; Saya umpama si burung balam, Mata terlepas badan terkurung. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 285)

Pantun yang berikut ini membawa imej di luar pandangaan budaya tetapi sebenarnya masih menyisipkan unsur tradisional.

Hari ini hari Sabtu, Esok hari Ahad;

Laksana intan dalam batu,

Hendak diambil haram tak dapat. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 315)

Pantun itu menggunakan imej galian, ”intan dalam batu”, yang seperti tidak berkait dengan budaya tetapi lebih menyerlahkan ilmu geologi. Begitupun, disebabkan keeratan masyarakat Melayu dengan intan permata sebagai lambang kekayaan, unsur itu masih mempunyai makna budayanya. Selain itu, perbandingan antara kesukaran memperoleh cinta dengan kesukaran mendapatkan intan dalam bongkah batu juga sesuai dengan masa lampau kerana teknologi memisahkan intan daripada batu belum canggih. Tetapi jika dibawa ke zaman kini, perbandingan itu tidak lagi memberikan impak yang besar kerana teknologi moden sudah mampu melakukan kerja lebih daripada memisahkan intan daripada batu. Oleh yang demikian, pandangan bersifat budaya tetap dapat dicungkil daripada pantun tersebut.

Selain membicarakan soal kasih sayang dan percintaan, pantun juga banyak sekali digunakan untuk mendidik masyarakat agar menghargai sesuatu nilai hidup. Budi merupakan satu nilai budaya yang sangat dipentingkan dalam masyarakat Melayu, kerana seseorang itu hanya akan dipandang sekiranya dia tahu menghargai budi. Untuk menyimpulkan ekspresi tentang ketinggian nilai budi terhasillah pantun yang berikut: Ada padi adalah beras,

Bertanak nasi periuk tembaga; Ada budi adalah balas,

(31)

Apa guna berkain batik, Kalau tidak dengan sujinya; Apa guna berbini cantik, Kalau tidak dengan budinya. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Seorang pengkaji pantun dari Perancis telah mengangkat pantun secara ilmiah melalui bukunya yang bertajuk Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun (Francois-Rene Dallie, 1988). Antara pantun yang diterjemahkannya dengan amat baik adalah seperti yang berikut:

Cahaya redup menyegar padi, Ayam berkoko mengirai tuah; Jikalau hidup tidak berbudi, Umpama pokok tidak berbuah.

(The dimmer light refreshes the rice, The happy cocok will shake and crow, For lack of kindness life‟s not nice,

„Tis like like a tree where fruit don‟t grow) (Francois Rene Dallie, 1988: 71)

Satu daripada pantun yang sangat popular bagi kanak-kanak atau orang yang baru belajar ialah

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar,

Mana yang salah tolong tunjukkan. (Jackfruit hang outside the fence, Take a pole and knock them down, I have just started learning, hence, when I‟m wrong please let me know.) (Francois Rene Dallie, 1988: 77)

(32)

Di samping pantun yang bermoral, ada juga pantun yang agak erotis tetapi masih berkias penyampaiannya. Masih malu-malu pengucapannya, sesuai dengan budaya Melayu yang sangat pemalu, seperti yang kerap dicatat oleh orientalis. Antara pantun erotisnya ialah

Sakit kaki ditikam jeruju, Jeruju ada di dalam paya, Sakit hati memandang susu, Susu ada di dalam kebaya.

(Sore is my my foot, pricked by a pest, sea-holly, in the swamp it grows;

sore is my heart, watching her breast, her breast alive beneath her blouse.) (Francois Rene Dallie, 1988: 75)

Mencabar anak muda supaya jangan jadi penakut juga menjadi isi pengucapan pantun:

Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi;

Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati.

(Why these baskets in the field, if in it no rice has grown?;

why this long and flowing beard, if you can‟t face the unknown?) (Francois Rene Dallie, 1988: 76)

Bagi orang yang mendengar, pantun sebegini sudah cukup untuk mencabar kejantanannya tanpa perlu dikerah-kerah. Dan penerimaannya juga lebih mesra berbanding jika kerahan tenaga dikenakan.

Orang Melayu juga terkenal dengan sense of humornya. Dalam pantun juga banyak sekali jenakanya.

Jalan-jalan sepanjang jalan,

Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam,

(33)

Ekor mata di anak orang.

(Along the pathway, now and then, O‟er the fence he pops his head; Pretending to look for a hen, But peeping at girls instead.) (Francois Rene Dallie, 1988: 100)

Kesimpulan

Sesungguhnya, jika ingin mengenali orang Melayu, kenalilah pantun terlebih dahulu; dan begitu juga jika kita ingin memahami pantun, kenalilah orang Melayu dahulu. Kedua-duanya saling berkait. Untuk memahami maksud pantun kita perlu faham isi hati orang Melayu yang sebenarnya pemalu, tetapi tegas, tidak suka berterus terang dalam menyampaikan sesuatu tetapi berani menyampaikan secara berkias. Sebaris kata daripada mulut orang Melayu mungkin membawa maksud yang tersirat. Untuk memahami pantun yang penuh dengan pembayang maksud dan ketertiban bahasa serta susunan kata. Fahamilah bahawa demikian juga sifat orang Melayu: penuh tertib apabila hendak memulakan kata, menyampaikan maksud, tidak gelojoh dan tidak menyakitkan hati orang. Oran Melayu sangat menjaga hati saudaranya. Walaupun hendak mengkritik, dia akan menyampaikan kritikannya dengan berhemah.

Untuk memahami pantun serta sifatnya, kita perlu mengenali orang Melayu terlebih dahulu. Misalnya, untuk mengetahui kenapa pantun mesti ada baris pembayang maksud sebelum menyampaikan maksud; kenapa ada unsur rima yang serupa; kenapa pantun lama tidak mempunyai pengarang individual; dan kenapa pantun dapat menyampaikan perkara yang besar dalam baris yang ekonomis. Untuk memahaminya, kenalilah orang melayu dahulu. Memang begtiulah sifat orang Melayu. Pendeknya pantun dan orang Melayu adalah satu citra yang saling membayangkan. Berkomunikasi cara Melayu ialah berkomunikasi dengan kiasan; bukan dengan kegelojohan. Tetapi itu hanya dapat dilihat dalam tradisi Melayu lama. Melayu zaman kini sudah hilang keperibadiannya apabila pendidikan di sekolah sendiri tidak menggunakan pantun sebagai alat pendidikannya. Pantun hanya diajarkan sebagai genre sastera yang biasa, pusaka bangsa, tetapi bukan sebagai pembentuk peribadi yang harus

(34)

diikuti. Maka kini yang terlihat ialah krisis jati diri, krisis identiti, krisis semasa anggota keluarga dan menanjak ke paras yang lebih tinggi.

Rujukan

A. Samad Ahmad (peny.). 2000. Sulalatus Salatin (Edisi pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Nahasa dan Pustaka.

Holman, C. Hugh dan William Harmon. 1986. A Handbook to Literature. New York: Macmillan Publishing Company.

Muhammad Haji Salleh. 2000. Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peirce, Charles Sanders. 1965. Collected papers Charles Sanders Peirce (Vol. I & amp; II). Cambridge Massachusett: The Belknap Press of Harvard University Press.

Rachmat Djojo Pradopo. 2005. Pengkajian Puisi: Analisis Strata Norma dan Analisis Struktural dan Semiotik. Yogjakarta: Gadjah Mada University Press.

Tarigan, Henry Guntur. 1995. Pengajaran Semantik. Bandung: Penerbit Angkasa.

Teeuw, A. 1992. Membaca dan Menilai Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar (peny.). 1984. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peribahasa dalam Penggunaan

Orang Melayu terkenal dengan budaya berbahasa dan mempunyai sikap yang sopan dalam perhubungan sesama masyarakat. Budaya yang baik ini bukan sahaja ditunjukkan melalui sikap perilaku seharian malahan dalam komunikasi juga. Orang Melayu pada suatu ketika dahulu boleh manipulasi dan menggunakan bahasa yang lembut dan bertapis untuk menegur, memberi nasihat serta menyindir orang lain. Penggunaan bahasa berkias dan bertapis ini bertujuan untuk

mengelakkan orang lain sakit hati dan terluka dengan cara kita menegur atau menyindir. Cara berbahasa yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan peribahasa. Peribahasa seperti yang yang didifinisikan oleh pendeta Za‟ba ialah segala susun cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataan, luas dan benar

Referensi

Dokumen terkait

7 Salah satu persoalan mendasar adalah belum mampunya negara memberikan hak dasarnya sebagaimana diatur dalam konstitusi, yaitu terkait dengan perumahan, perumahan merupakan

Intranet adalah sebuah jaringan komputer berbasis protokol TCP/IP seperti internet hanya saja digunakan dalam internal perusahaan, kantor, bahkan warung internet (WARNET)

usaha pemasaran yang lebih besar. Nice Bakery melakukan berbagai pengembangan usahanya mulai mencari informasi akan produk roti terbaru meningkatkan kreatifitas

28 Dengan metode ini digunakan untuk mengetahui keaslian dokumen, sehingga penulis kemudian melakukan pengumpulan data dan informasi melalui pengujian arsip dan

Berdasarkan penilitian yang dilakukan oleh Nugroho (2005) menyatakan bahwa terdapat pengaruh yang negatif namun signifikan antara work-family conflict terhadap

Terkait syarat-syarat berpoligami dengan hal ini ditegaskan dalam Undang-undang Nomor 1 tahun 1974 tentang Perkawinan pada Pasal 1 Undang-Undang Perkawinan

Oleh karena itu, dalam penelitian ini disimpulkan bahwa, perjalanan haji ke Puncak Bawa Karaeng adalah bentuk artikulasi dari jemaat Haji Bawa Karaeng, yang

Kesimpulan yang diperoleh berdasarkan uji coba yang dilakukan maka dapat disimpulkan bahwa Sistem Pendukung Keputusan Penerimaan Siswa Baru dengan Logika Fuzzy