• Tidak ada hasil yang ditemukan

Memasang Joomla! di Komputer Sendiri. Pengenalan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Memasang Joomla! di Komputer Sendiri. Pengenalan"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

Memasang Joomla! di Komputer Sendiri

Mohd Hazmi Kasmin Pusat Teknologi Maklumat

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia April 2012

(2)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 2

Pengenalan

Pada asasnya menguruskan laman web memerlukan pengetahuan HTML atau Hypertext Markup Language, suatu protokol yang membolehkan text dipaparkan menerusi pelayan sesebuah laman web. Namun dengan menggunakan aplikasi pengurus kandungan laman web Joomla!, jika ia sudah siap terpasang disesebuah laman web maka pengetahuan cara

menggunakan Joomla! sahaja yang diperlukan. Ini adalah disebabkan aplikasi Joomla! telah dibangunkan sebagai sebuah pengurus kandungan laman web yang mempunyai ciri-ciri media penulisan sebagaimana perisian Microsoft Word dan juga pelbagai ciri yang membolehkan sesiapa juga menguruskan laman web dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam terhadap teknologi pembangunan laman web.

Diantara ciri yang ketara adalah fungsi didalam memberi akses kepada suatu pasukan atau jawatankuasa untuk terus membina kandungan sesebuah laman web dengan bantuan minima daripada bahagian teknologi maklumat. Ini amat berbeza dengan laman web tradisi yang mengkehendakkan setiap artikel perlu dikodkan kepada bahasa HTML barulah ia berupaya dipaparkan di sesebuah laman web. Joomla! akan menukarkan artikel penulisan biasa kepada kod HTML secara automatik.

Salah satu kelebihan penting menggunakan Joomla! adalah kerana bahagian pentadbir Joomla! adalah berasaskan web sepenuhnya oleh yang demikian walau di mana individu yang mentadbir laman web tersebut dengan akses kepada internet beliau berupaya mentadbir laman web tersebut tanpa perlu untuk pergi secara fizikal kepada pelayan web tersebut. Ini amat berguna kerana ia membolehkan laman web ditadbir pada bila-bila masa sahaj dan di mana sahaja pentadbir itu berada.

(3)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 3 Laman Web Rasmi Joomla!

(4)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 4 Permintaan Pengguna

Pengguna

Pelayan web Imej, video, HTML

Laman Web Statik HTML

Permintaan Pengguna Pengguna Pelayan web Joomla! PHP [templat] Pengkalan Data Imej, video, HTML

(5)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 5

Sejarah Joomla!

Joomla! adalah berasal daripada perisian Mambo yang dibina oleh para jurutera laman web di sebuah syarikat di Australia bernama Miro Corporation. Namun disebabkan terdapat percanggahan pendapat di antara pihak

pengurusan Miro Corporation dan para pembangun Mambo didalam

memberikan lesen sumber terbuka sepenuhnya terhadap aplikasi tersebut, Joomla! telah dilahirkan berasaskan daripada kod program Mambo oleh beberapa orang pembangun utama yang keluar daripada syarikat tersebut.

Nama Joomla! telah diambil daripada perkataan Swahili jumla yang

membawa maksud “all together” atau “as a whole” ataupun semua bersatu. Joomla! versi 1.0.0 telah dilancarkan pada 16 September 2005 dibina berasaskan Mambo versi 4.5.2.3. Joomla! adalah antara perisian pengurus kandungan laman web yang popular selain Wordpress dan Drupal.

(6)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 6

Joomla!

Aplikasi web Joomla! boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi Joomla! iaitu http://www.joomla.org dan di laman web tersebut terdapat pelbagai ruang seperti forum perbincangan di Joomla! Forum, pautan bagi memuat-turun aplikasi tambahan yang dikenali sebagai extensions kepada Joomla! seperti

Component, Module dan Plugins dan juga berita berkaitan dengan Joomla! iaitu Joomla! Magazine.

Joomla! hari ini dan masa hadapan.

Para pembangun Joomla! telah memulakan operasi merombak rangka yang mendokong Joomla! kepada sesuatu yang unik dan tidak lagi bergantung kepada kod-kod asal yang diwarisi daripada Mambo. Rangka kerja baru ini telah menyebabkan lahirnya versi Joomla! 1.5.0, 1.6, 1.7 dan yang terkini versi 2.5 yang lebih dinamik dan versatil dan dilihat dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan Joomla! dalam mendokong teknologi-teknologi pembinaan laman web masa hadapan.

Versi Keterangan

1.0 Joomla! versi 1.0 mula dibangunkan pada tahun 2005 dan sehingga tahun 2009 versi stabil adalah Joomla! 1.0.15 dan pembangunan diberhentikan pada September 2009. 1.5 Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2008 dan akan

diberhentikan pembangunan (End of Life, EOL) pada April 2012.

1.6 Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2011 1.7 Versi stabil pada Julai 2011

2.5 Versi terkini Joomla! diperkenalkan pada Januari 2012 sebgai versi Long Term Release (LTR) selepas versi 1.5 dan semua versi sebelumnya dinasihatkan agar

(7)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 7

Spesifikasi bagi memasang Joomla!

Spesifikasi yang diperlukan untuk memasang aplikasi Joomla! adalah pelayan web seperti Apache Web Server, perisian PHP dan pangkalan data MySQL. Kebanyakkan syarikat yang memberi perkhidmatan pelayan laman web komersil pada kebiasaannya sudah mempunyai spesifikasi ini dan juga mempunyai skrip khas yang boleh digunakan bagi memasang Joomla! untuk kegunaan pembangunan laman web. Bagi membina laman web

menggunakan komputer peribadi, perisian XAMPP, WAMP atau Microsoft Web Platform Installer boleh digunakan untuk menyediakan persekitaran untuk pembangunan laman web dan aplikasi berasaskan web kerana ia memudahkan pemasangan komponen asas Apache, PHP dan MySQL.

Rujukan :

1. Joomla!, http://www.joomla.org

2. XAMPP, http://www.apachefriends.org

3. PHP, http://www.php.net

4. MySQL, http://www.mysql.org

5. Microsoft Web Platform Installer, WPI,

(8)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 8

Memasang Joomla! di Komputer Sendiri.

Bagi tujuan pembangunan dan pembelajaran, adalah dinasihatkan agar memasang Joomla! di komputer peribadi dahulu sehingga anda berpuashati dengan laman web tersebut dan kemudiannya memindahkan ke pelayan sebenar. Terdapat beberapa cara untuk menyediakan persekitaran pembangunan laman web di komputer peribadi. Pakej perisian seperti

XAMPP, WAMP dan Microsoft Web Platform Installer (WPI) boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Namun adalah diingatkan pakej ini adalah tidak sesuai untuk dijadikan laman web utama kerana isu-isu sekuriti dan ia hanya sesuai untuk proses pembangunan sahaja.

(9)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 9 Perisian XAMPP adalah suatu pakej yang mempunyai semua

perisian-perisian bagi membolehkan untuk membangunkan sebuah laman web. Ia mempunyai pelayan web Apache, pengkalan data MySQL dan juga

komponen PHP yang diperlukan bagi membolehkan Joomla! digunakan untuk menguruskan kandungan laman web. Ia juga mempunyai perisian

phpMyAdmin bagi menguruskan pangkalan data MySQL. Kesemua aplikasi yang digunakan adalah mempunyai lesen sumber terbuka oleh yang demikian tiada lesen berbayar yang diperlukan. Ia boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi XAMPP iaitu http://www.apachefriends.org/ dan terdapat beberapa versi bagi kegunaan pelbagai pengguna seperti versi Microsoft Windows, versi Linux, versi Mac OS X dan versi Solaris.

XAMPP juga boleh dipasang di peranti USB mudahalih bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan laman web dan membolehkan pengguna

mempunyai persekitaran pembangunan bagi tujuan persembahan dan

sebagainya. Pengguna hanya perlu memuat-turun versi XAMPP Portable iaitu

XAMPP USB Lite dan meletakkan kesemua komponen yang diperlukan di dalam peranti USB dan komponen seperti Apache dan MySQL diaktifkan apabile perlu sahaja.

(10)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 10

Instalasi Pakej Xampp.

Muat turun pakej tersebut daripada laman web

http://www.apachefriends.or g dan kemudian pasangkan fail tersebut. Sila ambil versi untuk Windows.

Sila pilih di mana anda ingin memasang pakej Xampp tersebut.

(11)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 11 Pilih instalasi yang

bersesuaian dengan kehendak anda.

Klik pada “Install” untuk memulakan instalasi.

Proses instalasi bermula.

Proses selesai. Klik “Finish” dan “Yes” bagi memulakan aplikasi kawalan Xampp.

(12)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 12 Aplikasi kawalan Xampp

yang membantu dalam menghidupkan pelayan Apache dan MySql. Hidupkan MySQL dahulu diikuti dengan Apache.

i) Klik “Start” bagi MySQL.

ii) Klik “Start” bagi Apache.

Untuk memastikan laman web telah tersedia, sila taip

http://localhost pada

ruangan alamat laman web. Jika paparan skrin seperti disebelah maka anda adalah bersedia untuk membuat instalasi Joomla!.

(13)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 13

Pakej Perisian WAMP

Pakej WAMP boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi di

http://www.wampserver.com/en/ dan pengguna boleh memilih samada ingin

menggunakan pakej WAMP 32 bits atau WAMP 64 bits. Bagi kegunaan di versi Windows 7 932bits), Windows XP dan ke bawah boleh menggunakan versi WAMP 32bits tetapi jika menggunakan versi Windows 7 64bits maka perlu memilih WAMP 64bits.

(14)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 14

Muat Turun WAMP

Paparan Muat Turun WAMP

Apabila menu “Download” dipilih, sila tekan penyataan “download it directly” kerana borang yang peru diisi hanya opysen jika ingin mendapatkan

maklumat terkini perkembangan pakej WAMP. Sila ikut arahan yang diberikan bagi memasang pakej WAMP tersebut.

(15)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 15 Apabila pakej WAMP berjaya dipasang segala aturan bagi aplikasi tersebut boleh dibuat menggunakan program yang boleh diakses di kanan bawah

Task Bar bagi Windows.

Pakej WAMP berjaya dipasangkan dengan memastikan paparan skrin WAMP Server ditayangkan pada alamat URL http://localhost di pelayar web.

(16)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 16

Windows Web Platform Installer

Microsoft Web Platform Installer (WPI) adalah satu aplikasi yang membantu untuk memasang aplikasi-aplikasi sumber terbuka di persekitaran Windows. Menggunakan WPI membolehkan pemasangan aplikasi seperti Joomla!, Wordpress, phpBB dan pelbagai lagi aplikasi untuk tujuan pembangunan di komputer peribadi sendiri.

(17)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 17 WPI ini akan secara automatik memastikan segala aplikasi yang berkaitan untuk membolehkan Joomla! digunakan akan dipasang bersama sebagaimana yang boleh dilihat pada rajah diatas.

(18)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 18

Pemasangan Joomla! Di Komputer Peribadi

Muat Turun Aplikasi Joomla!

Layari laman web Joomla! di http://www.joomla.org dan kemudian tekan butang “Download” sebagaimana yang ditunjukkan pada [A] di gambarajah di

atas.

(19)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 19 Bagi pemasangan Joomla! baru sila pilih untuk memuat-turun versi Joomla! 2.5.4 Full Package [A] yang tekini manakala jika untuk menaiktaraf dari versi sebelumnya hanya perlu memuat-turun versi naiktaraf sebagai contoh “2.5.3 to 2.5.4 Upgrade Package” [B] sebagaimana yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.

Menyediakan Pangkalan Data MySQL

Tatacara berikut ini adalah dengan menganggap bahawa XAMPP telah terpasang di computer peribadi sendiri dan telah diletakkan pada lokasi c:\xampp serta Apache dan MySQL telah diaktifkan. Sila buka pelayar web dan taipkan alamat http://localhost atau http://127.0.0.1 bagi membuka laman web peribadi anda.

A

(20)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 20 Sila pilih phpMyAdmin pada menu sebelah kiri untuk membina pangkalan data bagi digunakan oleh Joomla! kemudian klik pada tab “Database”.

(21)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 21 Kemudian taip “myjoomla” [A] dan tekan butang “Create” [B].

Pangkalan data “myjoomla” boleh dilihat pada senarai di sebelah kiri.

A

(22)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 22

Pemasangan Joomla!

Sila extract fail Joomla! 2.5.4 Full Package yang telah dimuat-turn ke dalam direktori c:\xampp\htdocs\myjoomla

Dan buka alamat URL http://localhost/myjoomla bagi mengakses laman web Joomla! tersebut.

(23)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 23

Pemilihan Bahasa

Pemeriksaan Awal

Ia adalah dikenali sebagai Pre-Installation Check yang mana segala seting bagi komponen yang akan membolehkan Joomla! berupaya digunakan diperiksa terlebih dahulu. Jika semua adalah dalam keadaan yang baik maka status adalah berkeadaan hijau jika terdapat sebarang seting yang berstatus merah maka ia perlulah diperbetulkan terlebih dahulu.

(24)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 24

Penerimaan Penyataan Lesen Sumber Terbuka

Anda mestilah bersetuju untuk menerima lesen sumber terbuka GNU/GPL yang dimiliki oleh Joomla!. Adalah disarankan agar membaca terlebih dahulu lesen tersebut untuk mengetahui dan agar segala peraturan penggunaan aplikasi sumber terbuka diikuti.

1. Antara lain lesen tersebut adalah penyataan bahawa, anda adalah dibenarkan untuk :

2. Menggunakan aplikasi mengikut keperluan anda

3. Berupaya untuk mengakses kod sumber aplikasi dan membuat pengubahsuaian.

(25)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 25 5. Dan segala aplikasi yang berintegrasi adalah juga mempunyai lesen

GNU/GPL atau mana-mana lesen sumber terbuka yang lain. Klik “Next” jika anda bersetuju.

Konfigurasi Pangkalan Data

Disini anda perlu memasukkan maklumat seperti berikut :

[A] Hostname : localhost [B] Username : root

[C] Password : [kosongkan] [D] Database Name : myjoomla

(26)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 26

Konfigurasi FTP

Anda boleh menekan butang “Next” bagi melangkau skrin ini.

A

B

C

D

(27)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 27

Konfigurasi Laman Web

Skrin ini merupakan konfigurasi awal bagi laman web Joomla! yang telah anda pasangkan. Sila masukkan butir-butir yang berkaitan seperti Nama Laman atau “Site Name”, Emel Pentadbir di “Your Email”, Kata Nama Pentadbir di “Admin Username” dan Kata Laluan bagi Pentadbir.

Sila tekan butang “Install Sample Data”, [A] untuk mendapatkan contoh

bagaimana kandungan laman web Joomla! dibina.

(28)

Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 28 Sila klik pada “Remove Installation Folder”, [A] bagi skrin seterusnya untuk

menamatkan proses pemasangan aplikasi Joomla!.

Tahniah! anda telah Berjaya memasang Joomla! di computer peribadi anda dan ia boleh dilihat dengan menekan butang “Site”.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian kepuasan pelanggan dilakukan terbatas pada layanan santunan yang dilakukan divisi santunan atau klaim PT Jasa Raharja cabang Bandung pada periode

Sebanyak 5 spesies burung rangkong ditemukan dilokasi tersebut yaitu rangkong badak (Buceros rhinoceros), rangkong gading (Rhinoplax vigil), julang mas (Rhyticeros

Hal ini terlihat hasil survey, dari 57 negara di dunia Indonesia hanya menduduki urutan ke-37 (The World Economic Forum Swedia Report, 2000). Predikat Indonesia pun hanya

Ada tiga metode yang penulis gunakan dalam penelitian ini yaitu : ( 1 ) metode filologis, maksudnya adalah meneliti teks Serat Wasita Dyah Utama secara filologis; (

Individu yang mempunyai emosi yang matang yaitu individu yang mampu mengendalikan dirinya dengan baik, melakukan upaya mengatasi stres dengan cara menggunakan

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Persepsi yang pada umumnya berkenaan dengan sifat praktik neurologi dan psikologi, memiliki tujuan yang sama dengan resepsi, yakni mengetahui bagaimana otak menerima

71 Sekolah Tinggi Bahasa Asing LIA Klarina Rizkyani 72 Sekolah Tinggi Bahasa Asing LIA Athira Rezkyarieni 73 Sekolah Tinggi Ilmu Hukum Litigasi Bayu Indrianto 74