• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN

PELAKSANAAN

MELINDUNGI

MASA

INSTRUKSIONAL

(MMI)

Bahagian di Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri, Pejabat

Pelajaran Daerah, dan

Sekolah

(2)

Muka Surat 1 / 19

PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

(MMI) DI BAHAGIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,

JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH,

DAN SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG

1.1 Panduan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ini adalah untuk meningkatkan kesedaran Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), dan sekolah tentang pentingnya melindungi waktu pembelajaran murid dalam bilik darjah di semua sekolah.

1.2 Panduan ini diharapkan dapat membantu Bahagian, JPN, PPD, pemimpin sekolah, dan guru untuk memberi perhatian terhadap usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan.

1.3 Bahagian, JPN, PPD, dan pihak pengurusan sekolah seharusnya memastikan keberadaan guru di sekolah dan di dalam bilik darjah ditingkatkan dan seterusnya memaksimumkan masa pengajaran guru.

1.4 MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah.

1.5 Amalan MMI akan dapat memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid di sekolah.

(3)

Muka Surat 2 / 19

tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.

1.7 Di samping itu, guru perlu mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah demi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

2. RASIONAL MMI

2.1 Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

2.2 MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

2.3 Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.

2.4 Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian,

(4)

Muka Surat 3 / 19

Sektor Operasi Pendidikan (SOP) telah memutuskan untuk mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah.

2.5 MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep MMI difahami dengan jelas.

2.6 Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang.

2.7 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid, guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.

2.8 Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru mengajar dan murid belajar.

(5)

Muka Surat 4 / 19 Melindungi Masa Instruksional (MMI)

KEMBALI KEPADA YANG ASAS

Memaksimumkan Masa Instruksional

4. OBJEKTIF PELAKSANAAN MMI

4.1 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI.

4.2 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha bagi melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

4.3 Bahagian, JPN, dan PPD dapat menyebarluaskan konsep MMI di semua sekolah di bawah pentadbiran masing-masing.

4.4 Memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah.

4.5 Memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan PdP dilaksanakan.

PEMIMPIN INSTRUKSIONAL GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

(6)

Muka Surat 5 / 19 5. KEPENTINGAN MMI

5.1 Merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.  Visi – Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 Misi – Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

5.2 Memastikan masa instruksional murid di sekolah dilindungi.

5.3 Meningkatkan profesionalisme guru.

6. PERANAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) – SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP)

6.1 Menyediakan panduan pelaksanaan MMI yang jelas kepada Bahagian, JPN, PPD, dan sekolah.

6.2 Menyediakan laporan program dan aktiviti yang melibatkan guru dan murid seperti Lampiran A serta melaporkan status pelaksanaan MMI dalam Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebanyak enam kali dalam masa setahun.

.

6.3 Melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaan pelan tindakan MMI di JPN.

 Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.  Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

6.4 Penjajaran semula dengan usaha penambahbaikan terhadap pelaksanaan MMI di JPN.

(7)

Muka Surat 6 / 19

7. PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

7.1 Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Latihan yang dilaksanakan perlu mengambil kira kepentingan MMI dan memastikan pergerakan guru keluar dari sekolah dapat diminimumkan.

7.2 Menyediakan laporan bulanan berkaitan dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A dan menghantarnya kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.

7.3 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

8. PERANAN JPN

8.1 Urus setia MMI peringkat negeri.

8.2 Pemantauan terhadap semua PPD (kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya pemantauan terus ke semua sekolah).

 Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.  Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

8.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bulanan Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN.

8.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta menghantar kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.

(8)

Muka Surat 7 / 19

8.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari) pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN B dihantar setiap 7hb. kepada urus setia SOP.

8.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

9. PERANAN PPD

9.1 Urus setia MMI peringkat PPD.

9.2 Pemantauan terhadap semua sekolah.

 Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.  Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

9.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bulanan PPD yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah.

9.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta menghantar kepada urus setia MMI JPN pada setiap 5hb.

9.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari) pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN C dihantar setiap 5hb kepada urus setia JPN.

9.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

(9)

Muka Surat 8 / 19 10. PERANAN SEKOLAH

10.1 Merancang dan melaksanakan program/aktiviti yang tidak menjejaskan PdP murid.

10.2 Mengenal pasti keperluan guru keluar (urusan rasmi dan bukan rasmi).

10.3 Memastikan guru ganti memaksimumkan PdP dalam bilik darjah.

10.4 Memastikan PdP dilaksanakan secara optimum dengan menyediakan Laporan Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah seperti di LAMPIRAN E.

10.5 Memastikan program dan aktiviti sekolah tidak menjejaskan PdP.

10.6 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta menghantar kepada urus setia MMI PPD atau JPN (yang tiada PPD) pada setiap 2hb.

10.7 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari) pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN D setiap 2hb kepada urus setia MMI PPD.

10.8 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

(10)

Muka Surat 9 / 19 11. PANDUAN UMUM SEKOLAH

11.1 Pemimpin Sekolah (Rujuk LAMPIRAN 1)

 Mengenal pasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan dengan berkesan.

 Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah (PdP).

 Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.

 Memastikan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) secara school based bagi melindungi masa instruksional di sekolah.

11.2 Kepimpinan Instruksional (Rujuk LAMPIRAN 2)

 Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di sekolah.

 Memastikan kualiti PdP di dalam bilik darjah berkesan.

11.3 Guru: Keberkesanan Guru Mengajar (Rujuk LAMPIRAN 3)

 Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.  Memastikan PdP berkesan berasaskan teknologi dan inovasi.  Meningkatkan kompetensi guru.

(11)

Muka Surat 10 / 19

 Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan PdP dengan berkesan di dalam bilik darjah.

 Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi.

 Meningkatkan keberhasilan murid.

12. RUMUSAN

12.1 Semua warga KPM seharusnya membudayakan MMI sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai panduan (Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar) bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan Malaysia.

12.2 Pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah perlu ditingkatkan ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di samping mengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan. Semoga hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan negara dapat dicapai khususnya berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa menjelang 2028.

12.3 Diharapkan MMI yang berkesan akan dapat dicapai apabila pihak pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah.

12.4 Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan

(12)

Muka Surat 11 / 19

kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) dan pembangunan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstual.

12.5 Semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan dan inisiatif dalam memastikan amalan MMI dipraktiskan di sekolah. Ini sudah pasti dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

(13)

Muka Surat 12 / 19 Pentadbir : Pentadbiran/ Pengurusan Sekolah

 Mengenalpasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan dengan berkesan.

 Melaksanakan pengagihan waktu PdP mengikut pekeliling dan buku panduan sedia ada.

 Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru dan ada waktu senggang antara waktu PdP.

 Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas dibuat dengan teliti.

 Menyediakan jadual guru ganti yang yang adil untuk semua guru dan berkesan.

 Memantapkan penyediaan jadual waktu atau jadual ganti.  Penyediaan profil guru.

 Rekod guru ganti yang sistematik.  Lelong waktu/jadual anjal/sistem set.  Penyediaan bilik transit/khas.

 Kelas gabung yang signifikan.  Subjek & tahun/tingkatan setara.

 Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru.  Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti.

 Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah (PdP).

 Membina dan mematuhi jadual aktiviti kokurikulum sekolah di luar waktu PdP.

(14)

Muka Surat 13 / 19

 Merancang takwim yang lengkap untuk semua aktiviti kokurikulum bagi melindungi masa intruksional.

 Pelaksanaan aktiviti kokurikulum hendaklah seiring/ mengambil kira kandungan kurikulum.

 Mengadakan kursus dan bengkel pelaksanaan aktiviti kokurikulm seboleh-bolehnya tidak melibatkan masa PdP.

 Pemantauan yang berkala dan sistematik.

 Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.

 Pengetua/Guru Besar dan guru mematuhi pelan pelaksanaan PBS.  Pencerapan klinikal oleh pentadbir sekolah.

 Tiada pengasingan antara pentaksiran dengan PdP yang berlangsung.

 Memastikan pelaksanaan LDP secara school based bagi melindungi masa instruksional di sekolah.

 Kerjaya secara in-situ di sekolah.

 Kursus secara e-Pembelajaran di luar waktu sekolah.  Melaksanakan pengoperasian LDP secara School Based.

 Permohonan dan pelaporan kursus melalui sistem online – (e-SPLG).

(15)

Muka Surat 14 / 19 Kepimpinan Instruksional

 Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di sekolah.

 Latihan Kepimpinan Instruksional kepada pemimpin sekolah (Pengetua dan Pemimpin Pertengahan).

 Perkongsian amalan terbaik PdP.

 CPD untuk mempertingkatkan kualiti PdP guru.

 Membangun kompetensi guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.

 Mengenal pasti gangguan instruksional di sekolah

 Membangunkan atau menggunakan Modul Latihan Kepimpinan Instruksional yang standard.

 Pemantauan pelaksanaan MMI di sekolah.  Instrumen pemantauan.

 Latihan untuk memotivasi guru.

 Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah berkesan.

 Mewujudkan budaya kepimpinan yang fleksibel dan berkesan.

 Memperkasakan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) dan Pengurusan Panitia Sekolah.

 Membudayakan Kepimpinan Melalui Teladan.  Amalkan SOP (Standard Operational Procedure).  Kursus Kepimpinan Instruksional.

 Sentiasa merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan.  Program Penanda arasan

(16)

Muka Surat 15 / 19

(17)

Muka Surat 16 / 19 Guru: Keberkesanan Guru Mengajar

 Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.

 Memantapkan rancangan dan persediaan PdP mengikut tahap murid.  Melaksanakan PdP seperti dirancang dengan menerapkan elemen

kreativiti dan inovasi.

 Penilaian berterusan dilaksanakan semasa PdP.  Perkongsian amalan terbaik PdP.

 Mengamalkan team teaching/ collaborative teaching.

 Pendekatan Lesson Study.

 Membudayakan inovasi dan kreativiti.

 Mempelbagaikan kemahiran generik mengikut tahap murid.  Memantapkan refleksi kendiri guru.

 Memastikan PdP berkesan berdasarkan teknologi dan inovasi.

 Menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.  Melaksanakan i-THINK – Alatan berfikir dalam PdP.

 Penggunaan ICT sebagai medium mengajar.

 Pelaksanaan secara menyeluruh PLC – LESSON STUDY.

 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid.  Menyediakan ekosistem Learning is fun.

 Peningkatan kemahiran guru (Latihan dalam perkhidmatan) berasaskan sekolah (School Based).

(18)

Muka Surat 17 / 19

 Meningkatkan kompetensi guru.

 Mempertingkatkan latihan keguruan untuk mencapai tahap kompetensi dan standard yang ditetapkan.

 Guru mengajar subjek mengikut opsyen.  Kursus Kompetensi dan Kursus Pedogogi.

 Program Guru Muda / Program Pembangunan Guru Baharu (Mentor-Mentee).

 Ujian Pengesanan Tahap Kompetensi Guru.  Sistem pemantauan.

 Rekod guru bercuti / akan bercuti.

(19)

Muka Surat 18 / 19 Murid Belajar

 Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan berkesan di dalam bilik darjah.

 Pemantauan status kehadiran guru.  Pencerapan PdP.

 Menjalankan pemerhatian mengejut (MBWA).  Autoriti .

 Modul pembelajaran.  Modul untuk guru ganti.

 Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi.

 Audit akademik.  Post Mortem.

Coaching and Mentoring.

 Menggunakan kepakaran SIPartner dan SISC+.  Bengkel pemantapan headcount.

 Meningkatkan keberhasilan murid.

 Membudayakan Pembelajaran Akses Kendiri - Self Acces Learning (SAL).

 Mengadakan stesen pembelajaran di setiap sekolah.

 Kaedah yang sistematik bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

(20)

Muka Surat 19 / 19

 Pembelajaran di luar bilik darjah. Contoh- Penggunaan bilik-bilik khas / makmal / persekitaran sekolah.

 Guru Penyayang / Sekolah Penyayang.

 Memperkasakan dan meningkatkan keberkesanan: - Program Nilam.

- Data SAPS.

- Koakademik / Kelab dan Persatuan.

- Naik taraf bilik-bilik khas dengan kemudahan dan kelengkapan PdP yang menarik.

(21)

LAPORAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

Bil Program/ Aktiviti Bahagian/

JPN/ PPD

Tarikh dan Masa

Penglibatan

Catatan Bil. Guru Bil. Murid

1.

Contoh :

LDP BPG 12 – 13

Januari

20 orang 10 orang LDP dilaksanakan pada hujung minggu

2.

Contoh :

LDP PPD 14 – 15

Januari

20 orang - LDP telah dilaksanakan dalam waktu PdP.

(22)

LAMPIRAN B

LAPORAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

JPN : ……….

Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh

Pelaksanaan KPI Isu Penyelesaian Seterusnya JPN Sebelum (TOV) Selepas (Capai) 1. Contoh : Membangun kapasiti Kepimpinan Instruksional (KI). Latihan Kepimpinan Instruksional kepada pemimpin sekolah (Pengetua dan Pemimpin Pertengahan). 31 Mac 2013 13 orang pemimpin instruksional baharu sekolah belum terima latihan 8 orang telah terima latihan Pemimpin sekolah tidak dapat melestarikan amalan kepimpinan instruksional di sekolah. Membangunkan atau menggunakan Modul Latihan KI yang standard

(23)

LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

PPD : ……….

Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh

Pelaksanaan KPI Isu Penyelesaian Seterusnya JPN Sebelum (TOV) Selepas (Capai) 1. Contoh : Membangun kapasiti Kepimpinan Instruksional (KI). Latihan Kepimpinan Instruksional kepada pemimpin sekolah (Pengetua dan Pemimpin Pertengahan). 31 Mac 2013 13 orang pemimpin instruksional baharu sekolah belum terima latihan 8 orang telah terima latihan Pemimpin sekolah tidak dapat melestarikan amalan kepimpinan instruksional di sekolah. Membangunkan atau menggunakan Modul Latihan KI yang standard

(24)

LAMPIRAN D

LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

SEKOLAH : ……….

Bil Fokus Pelan Tindakan Tarikh

Pelaksanaan KPI Isu Penyelesaian Seterusnya JPN Sebelum (TOV) Selepas (Capai) 1. Contoh : Penyediaan Jadual Waktu Menyediakan jadual guru ganti yang adil untuk semua guru dan berkesan 31 Disember 2012 50% guru ganti tidak menjalan PdP 100% menjalankan PdP

Guru ganti kurang berkesan menjalankan

PdP.

Lelong waktu/jadual anjal/sistem set.

(25)

LAPORAN KEBERADAAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Tarikh 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

TAHUN / TINGKATAN : ……… SEKOLAH : ……….

Waktu Guru Mata Pelajaran (Tandatangan) Guru Ganti (Tandatangan) Catatan (Nama Guru Tidak

Masuk Kelas) Waktu Guru Mata Pelajaran (Tandatangan) Guru Ganti (Tandatangan) Catatan (Nama Guru Tidak

Masuk Kelas) 1 7 2 8 3 9 4 10 5 11 6 12 RUMUSAN

Kehadiran Guru Mata Pelajaran Sebab Tidak Hadir ………/……… = …….... %

(26)

SEGALA MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERKARA INI BOLEH DIRUJUK KEPADA PEGAWAI MEJA MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

URUS SETIA INDUK

Dr. Jafri bin Abu

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Tel : 03-88849344

E-mel : jafri.abu@moe.gov.my

Abrar bin Idris Bahagian Pendidikan Islam

Tel : 03-83217371

E-mel : abrar.idris@moe.gov.my

Anuar Adnan bin Ismail

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Tel : 03-83217538

E-mel : anuar.ismail@moe.gov.my

Rose Lina binti Ismail

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Tel : 03-88845165

E-mel : rose.ismail@moe.gov.my

Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Tel : 03-88845069

E-mel : saiful.sabian@moe.gov.my

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Tel : 03-88849344

Referensi

Dokumen terkait