• Tidak ada hasil yang ditemukan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1 | M u k a S u r a t

JADUAL WAKTU

Bahagian Pendidikan Khas

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jadual waktu perlu diurus dengan baik dan seimbang agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadual Waktu yang strategik akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan dan seterusnya dapat melindungi masa instruksional. Beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jadual waktu adalah agihan waktu mengajar, susunan mata pelajaran dalam jadual waktu, persediaan guru, persediaan murid, lokasi dan pentadbiran. Jadual waktu yang sistematik dan strategik adalah penting bagi melindungi waktu pembelajaran murid agar tidak terjejas, selain menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

(2)

2 | M u k a S u r a t

1.0 Pengenalan

Jadual waktu merupakan suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid setiap hari persekolahan yang menyatakan tempoh dan peruntukan masa suatu mat pelajaran yang diajar dan nama guru yang mengajar mata pelajaran itu.

Satu jadual waktu sekolah adalah jadual untuk menyelaras empat elemen iaitu: pelajar, guru, bilik darjah dan tempoh. Jadual waktu yang digubal perlu mematuhi kurikulum yang ditetapkan, mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu, peruntukan waktu mengikut pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar, memenuhi kehendak jadual waktu anjal dan fleksibal.

2.0 Isu Jadual waktu

2.1 Dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pelajaran Malaysia pada Februari hingga April 2012 mendapati bahawa lebih daripada 40 peratus proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan di dalam bilik darjah. Antara faktor yang dikenal pasti adalah;

i. Guru menjalankan tugas di luar sekolah dan guru ganti tidak menjalankan pengajaran dan pembelajaran;

ii. Guru berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas (menjalankan aktiviti lain, berada di kantin); dan

iii. Guru masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan pengajaran dan

pembelajaran.

2.2 Jadual Waktu Guru Ganti

Jadual waktu perlu diurus dengan baik dan seimbang agar P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadual waktu P&P disediakan untuk memudahkan guru melaksanakan P&P mengikut masa dan tempoh yang

(3)

3 | M u k a S u r a t dijadualkan dengan lancar dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.

Jadual Guru Ganti perlu dicatatkan dalam borang bagi merekod guru tidak dapat hadir ke kelas yang diajar dan nama guru yang menggantinya. Slip Guru Ganti mengandungi maklumat seperti Tahun/Tingkatan, Waktu dan Mata Pelajaran yang akan digantikan. Slip ini perlu diserahkan kepada Guru Ganti lebih awal agar guru tersebut dapat membuat persediaan awal sebelum kelas bermula.

2.3 Pelaksanaan Jadual Waktu

Bagi melindungi waktu pembelajaran murid dan tidak menjejaskan waktu dan tempoh masa yang telah diperuntukkan bagi satu-satu mata pelajaran pada jadual murid di sekolah, beberapa aspek perlu diberikan perhatian iaitu;

(a) Agihan Waktu Mengajar

i. Bilangan kelas dan mata pelajaran yang diajar perlu dihadkan bagi seseorang guru. Contohnya penentuan tahap kelas yang diajar seperti Tahap 1 atau 2 di Sekolah Rendah, ataupun Menengah Rendah atau Menengah Atas perlu diambil kira.

ii. Penentuan set/kumpulan mata pelajaran yang boleh diajar oleh seseorang guru. Kombinasi mata pelajaran perlu dipertimbangkan dan seboleh-bolehnya lebih sesuai mengikut kepakaran/opsyen agar tidak menjejaskan keberkesanan pengajaran guru.

Contoh, dari segi:

 Mata pelajaran - BM dengan Seni, Sains dengan PJPK dan BI

dengan muzik.

 Waktu - Sebelah pagi bagi mata pelajaran matematik, selepas waktu rehat mata pelajaran sains dan sebelum balik mata pelajaran seni.

(4)

4 | M u k a S u r a t  Hari - Mata pelajaran teras seboleh-bolehnya dimasukkan

dalam jadual waktu secara seimbang pada setiap hari supaya tidak berlaku bebanan kepada guru dan murid.

Walau bagaimanapun penentuan set ini perlu mengambil kira pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.

iii.Dicadangkan agar guru diperuntukkan tidak melebihi 3 waktu mengajar.

Guru dihadkan mengajar dua mata pelajaran mengikut opsyen major/minor latihannya. Mata pelajaran yang diberi perlu dipasangkan dengan satu mata pelajaran teras dan satu lagi elektif. Guru mengajar mengikut tahap tertentu sama ada tahap I dan tahap II sahaja bagi sekolah rendah , atau menengah rendah atau menengah atas. Guru diperuntukkan tidak melebihi tiga waktu mengajar berterusan.

Justifikasi

i. Guru boleh membuat persiapan lebih rapi dalam melaksanakan P&P mata pelajaran tersebut.

ii. Guru boleh memberi tumpuan dalam pelaksanaan P&P yang

berkesan.

iii. Guru akan memiliki kemahiran yang lebih baik dalam mata pelajaran tertentu.

iv. Guru akan lebih mengenali murid dan dapat meningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum.

(b)Susunan Mata Pelajaran Dalam Jadual

i. Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru mengikut keadaan/keperluan sekolah.

ii. Waktu ganti tidak dibebankan kepada guru-guru tertentu sahaja. Pengagihan waktu ganti perlu seimbang dan diagih sama rata kepada semua guru. Pembahagian mata pelajaran seboleh-bolehnya

(5)

5 | M u k a S u r a t mengikut kecenderungan atau kepakaran/opsyen seseorang guru. Pihak sekolah harus menyimpan rekod bagi guru ganti untuk mengelakkan berlakunya ketidaksamarataan agihan waktu ganti kepada guru.\

iii. Waktu kembar (double period) dan satu waktu (single period) perlu diambil kira mengikut mata pelajaran (seimbang).

Huraian :

Pihak sekolah perlu memperuntukkan waktu senggang di antara waktu P&P bagi membolehkan guru bersedia sepenuhnya untuk berada lebih awal di kelas seterusnya. Waktu senggang perlu diagih seimbang pada sebelah pagi sebelum rehat dan selepas rehat kepada semua guru. Begitu juga bagi bilangan waktu mengajar hendaklah diagih seimbang antara semua guru dalam seminggu. Contoh, 25 hingga 26 waktu sahaja seminggu.

Jadual waktu perlu disusun mengikut keutamaan mata pelajaran. Contoh, jadual waktu pagi sebelum rehat dikhaskan kepada mata pelajaran teras dan seterusnya bagi mata pelajaran elektif mengikut keadaan dan keperluan sekolah. Begitu juga kepada jadual guru ganti, sekiranya berlaku ketidakhadiran guru, jadual guru ganti perlu diagih sama rata kepada guru agar tidak terbeban kepada guru-guru tertentu sahaja.

Ketetapan kelas bagi seseorang guru perlu mengikut kesesuaian lokasi. Sebagai contoh, pergerakan guru dari satu blok ke blok yang lain atau dari satu kelas ke kelas yang seterusnya tidak melibatkan jarak yang jauh.

(c) Persediaan Guru

i. Guru perlu pergi ke kelas lebih awal sebelum waktu pengajarannya

(6)

6 | M u k a S u r a t

ii. Guru terlibat perlu menyediakan RPH dan bahan yang akan

digunakan dalam P&P. Guru ganti seboleh-bolehnya guru mata pelajaran yang sama dengan kelas yang diganti.

iii. Pertukaran waktu mengajar suka sama suka boleh dibuat jika guru telah mengetahui lebih awal tentang penglibatan/tugasnya di luar sekolah.

Bagi menepati peruntukan masa P&P (30 minit untuk sekolah rendah dan 40 minit untuk sekolah menengah) guru perlu bersedia seawal 5 minit sebelum ke kelas. Keadaan ini juga dapat mengelakkan pembaziran waktu pembelajaran di samping mengawal disiplin murid terutama keluar masuk kelas dan membuat bising. Kebenaran perlu diberi kepada guru yang ingin bertukar waktu mengajar suka sama suka jika dia terlibat dengan tugas-tugas luar. Ini boleh mengelakkan daripada membebankan guru lain untuk menjalankan P&P sebagai guru ganti.

(d)Persediaan Murid

i. Murid perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menjalankan aktiviti pembelajaran untuk mengelakkan guru dari membuang masa P&P dengan melayan kerenah murid di dalam kelas.

Huraian :

Murid perlu dinasihatkan agar sentiasa bersedia dengan keperluan mata pelajaran seterusnya setiap kali sebelum guru masuk mengajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa P&P. Guru terpaksa menunggu murid mengambil kelengkapan P&P padahal masa untuk P&P sepatutnya sudah bermula.

(7)

7 | M u k a S u r a t (e) Lokasi Tempat P&P

i. Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas perlu dibuat dengan teliti agar dapat mengelakkan pembaziran masa bagi guru dan murid untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Jika keadaan sekolah tidak dapat memenuhi keperluan ini maka pihak sekolah perlu menyediakan sebuah bilik transit.

Huraian:

Penyusunan jadual waktu perlu melihat kepada jarak pergerakan guru dan murid dari kelas ke kelas, dari kelas ke bilik khas atau dari blok ke blok yang lain di antara waktu P&P bagi penjimatan masa. Bilik darjah yang fleksibel perlu diadakan bagi memudahkan guru dan murid yang mengalami masalah kesihatan atau masalah fizikal untuk menjalani P&P dengan selesa. Murid OKU yang berkerusi roda perlu ditempatkan di bilik darjah di tingkat bawah. Sebuah bilik transit diperlukan untuk guru berehat sebelum ke kelas seterusnya. Contoh, jarak kelas yang diajar bagi mata pelajaran seterusnya agak jauh dari kelas pengajaran sebelumnya.

(f) Pentadbiran

i. Pemilihan pakej mata pelajaran seboleh-bolehnya perlu dihadkan. ii. Guru ganti boleh menggabung kelas berdasarkan mata pelajaran

atau tahun/tingkatan yang sama semasa ketiadaan guru mata pelajaran/kelas tersebut. Bagi keberkesanan P&P guru perlu mengambil kira bilangan murid dalam kelas yang digabung dan tempat P&P dijalankan. Jika bilangan murid terlalu ramai P&P boleh dijalankan di dewan sekolah dan sebagainya.

(8)

8 | M u k a S u r a t Huraian

Pakej mata pelajaran dalam satu-satu aliran perlu dihadkan mengikut kesesuaian sekolah. Contohnya, satu pakej dalam aliran sains dan satu dalam aliran sastera sahaja. Guru ganti boleh menggabungkan kelas mengikut mata pelajaran atau tahap supaya proses P&P dapat berlangsung dan kawalan disiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3.0 SYOR

Pihak sekolah disyorkan mengambil kira semua aspek termasuk prasarana sekolah, tahap kemampuan murid dan kepakaran guru dalam merancang penyusunan jadual waktu sekolah.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian  mengenai  impulsive  buying  sebelumnya  menyatakan  bahwa  perempuan  memiliki  tingkat  impulsive  buying  tinggi  pada  promosi  diskon 

Penelitian ini menguji pengaruh kredibilitas selebriti endorser Raisa pada ekuitas merek Pond’s, pengujian kredibilitas merek sebagai variabel pemediasi.. Berdasarkan hasil

Berdasarkan norma kelompok tersebut, maka diperoleh hasil kategorisasi tingkat kemampuan menganalisis masalah mahasiswa perantau di BKI IAIN Pontianak sebagai berikut: 19

[r]

PENGARUH DANA PIHAK KETIGA (DPK), CAPITAL ADEQUACY RATIO (CAR), NON PERFORMING LOAN (NPL), BIAYA OPERASIONAL PENDAPATAN OPERASIONAL (BOPO), RETURN ON ASSET (ROA), DAN

Dalam hal ini penukaran yang dilakukan yaitu dari uang kertas ke uang koin, dari proses penukaran itu ada pengurangan nominal yang pada walnya uang kertas Rp. Proses penukaran

[r]

Faktor geografis yang menyebabkan Kecamatan Pagelaran Utara rawan terhadap longsor adalah pada daerah dengan kemiringan lereng agak curam sampai curam (20%-30%),