• Tidak ada hasil yang ditemukan

Projek Sayur-sayuran Yakinkan Ahli Konsep Chisan-Chisya Tingkatkan Ekonomi Petani Peranan Aktiviti Sosial dan Kebajikan Pertubuhan Peladang Ternakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Projek Sayur-sayuran Yakinkan Ahli Konsep Chisan-Chisya Tingkatkan Ekonomi Petani Peranan Aktiviti Sosial dan Kebajikan Pertubuhan Peladang Ternakan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Projek Sayur-sayuran Yakinkan Ahli

Konsep Chisan-Chisya Tingkatkan Ekonomi Petani

Peranan Aktiviti Sosial dan Kebajikan Pertubuhan

Peladang

(2)

Projek Sayur-sayuran

Yakinkan Ahli

S

ayur-sayuran merupakan keperluan harian yang menjadi kemestian untuk hidangan bersama makanan lain seperti nasi dan sebagainya. Disebabkan permintaan yang berterusan tidak hairanlah semakin ramai pengusaha terlibat secara langsung mengusahakan tanaman sayur-sayuran secara komersial.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kijal, Terengganu mengambil inisiatif mengusahakan tanaman sayur-sayuran yang turut melibatkan ahli. Tapak projek terletak di Kampung Beris Meraga, Kijal ini telah mula diusahakan pada awal tahun 2006 dengan keluasan lapan hektar secara usahasama dengan ahli PPK dan sehingga kini seramai 10 orang ahli PPK terlibat dengan projek ini. Antara jenis sayuran yang ditanam ialah cili, terung, jagung, kacang panjang dan timun.

Menurut pengurusan PPK, ahli yang terlibat telah lama mengusahakan tanaman sayur tetapi secara bersendirian dengan kapasiti pengeluaran yang minimum. Melihat kepada kecenderungan tersebut

PPK telah mengambil langkah menyatukan pengusaha-pengusaha yang ada dengan bimbingan PPK.

Melalui persefahaman yang dicapai bersama ahli, PPK yang bertindak sebagai agen pengurusan turut terlibat memasarkan sayur-sayuran tersebut selain ruang pasaran sedia ada yang dilakukan oleh ahli. Melihat kepada pengeluaran hasil yang semakin meningkat dan bagi memastikan projek berdaya maju serta dapat diusahakan secara berterusan, PPK menjalin usahasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) secara ladang kontrak.

Berdasarkan konsep ladang kontrak yang di-persetujui antara PPK dan FAMA, pengeluaran sayur-sayuran mesti dilakukan secara berterusan mengikut permintaan pasaran. Mengikut persefahaman bersama, keperluan sayur-sayuran yang dikehendaki perlu dibekalkan secukupnya walaupun untuk permintaan biasa dan musim perayaan yang Oleh: Rohman Jasmani

(3)

3

mana permintaan akan meningkat. Pada masa kini keperluan yang diminta oleh FAMA tidak mampu dipenuhi oleh PPK kerana projek sayur-sayuran yang diusahakan masih belum dapat mengeluarkan hasil secara maksimum.

Melalui hubungan baik antara PPK Jerangau yang turut mengusahakan projek sayur-sayuran kekurangan tersebut dapat dipenuhi. Ini bukan sahaja menjadikan PPK Kijal sebagai pengeluar sayur-sayuran malah menjadi pusat pengumpulan sayur sebelum dibekalkan kepada FAMA. Pembekalan sayur dilakukan secara terus antara PPK dengan FAMA.

FAMA yang mendapat bekalan sayur-sayuran itu pula akan mengedarkannya kepada pemborong atau peruncit di kawasan sekitar pantai timur seperti Kuala Terengganu dan Kuantan. Jika terdapat lebihan bekalan, sayur tersebut akan dihantar untuk pasaran di Kuala Lumpur dan Selangor.

Penetapan harga yang diterima oleh PPK dan ahli adalah berdasarkan permintaan dan harga semasa sayur. kebiasaannya harga yang diperolehi lebih tinggi dimusim perayaan berbanding hari-hari biasa. Sehingga Februari 2007, projek sayur-sayuran PPK telah mengeluarkan hasil sebanyak 17.2 metrik tan yang bernilai melebihi RM70,500. Mengikut unjuran pengeluaran hasil bagi tahun 2007, dijangkakan PPK mampu mengeluarkan hasil ladang sebanyak 30 metrik tan yang bernilai RM120,000. Ini tidak termasuk sayur yang dibekalkan oleh PPK Jerangau kepada FAMA. Hasil daripada perancangan yang dibuat dan pemantauan yang rapi terhadap kualiti sayur-sayuran yang dibekalkan, ahli bertambah yakin kepada PPK dan sentiasa memberikan kerjasama dalam memastikan projek berdaya saing. Di samping itu kerjasama yang menjadikan PPK Kijal sebagai pusat pengumpulan membolehkan ahli dapat bertukar-tukar pengalaman dalam mengusahakan tanaman sayur-sayuran.

(4)

N

egara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan sebagainya menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi dalam negeri di mana pembangunan pertanian sentiasa diberi perhatian.

Kebanyakan projek pertanian dijalankan secara komersial oleh pengusaha dan menjadikannya sebagai perniagaan yang menguntungkan. Kebanyakan hasil pertanian yang dikeluarkan dieksport selain untuk kegunaan dalam negara. Jepun bukan sahaja sebuah negara yang berasaskan kepada ekonomi industri tetapi dalam masa yang sama memfokuskan kepada sektor pertanian. Pertanian Jepun menyumbangkan 3 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kebanyakan petani bekerja di tanah tinggi dan purata umurnya adalah 60 tahun ke atas.

Generasi muda pada masa kini lebih cenderung mencari peluang pekerjaan di bandar dan kurang berminat meneruskan bidang pertanian. Di sinilah pihak kerajaan memainkan peranan yang besar dalam menyumbangkan pelbagai kemudahan untuk membantu meningkatkan taraf hidup petani.

Langkah yang dimainkan oleh pihak kerajaan dilihat amat bertepatan dalam usaha menjadikan sektor pertanian terus menjadi antara penyumbang

ekonomi Jepun. Pelbagai strategi diambil seperti penubuhan koperasi yang berkonsepkan pertanian dan berperanan membantu ahli-ahli peladang dalam menjalankan projek serta pemasaran hasil-hasil pertanian. JA Zenchu merupakan antara koperasi yang dianggap berjaya membangunkan ahli dalam bidang pertanian.

JA Zenchu adalah sebuah koperasi dan juga sebuah badan apex yang berlandaskan kepada pertanian. Secara asasnya JA Zenchu membantu JA Group melalui garis panduan, program dan aktiviti yang disediakan oleh JA kepada ahli-ahli. Pada masa kini JA mempunyai 9 juta petani yang menjadi ahli. Salah satu kemudahan yang disediakan dan diterajui sepenuhnya oleh JA Zenchu adalah Farmers Markets’. Farmers Market dibangunkan disetiap negeri bertujuan untuk membantu memasarkan barangan petani. Konsep “CHISAN-CHISYA” yang membawa maksud produk tempatan adalah untuk pengguna tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan ke arah kestabilan konsep ini. Salah satu faktor adalah untuk mendapatkan produk dan keluaran yang memenuhi kehendak pengguna setempat.

Petani atau pengeluar secara kecil-kecilan boleh memasarkan sayur-sayuran atau buah-buahan walaupun dalam kuantiti yang kecil dan boleh

KONSEP CHISAN-CHISYA

TINGKATKAN EKONOMI

PETANI

Oleh: Noorshina Ahmad Termizi (Ibu Pejabat LPP)

(5)

dipasarkan di Farmers Market. Selain itu, orang tengah tidak diperlukan kerana Farmers Market dibangunkan berdekatan dengan ladang petani. Secara tidak langsung, peranan orang tengah dapat dihapuskan. Pengguna boleh mendapatkan produk yang segar kerana Farmers Market tidak menerima produk yang sama keesokkan harinya. Semua sayur-sayuran dan buah-buahan akan dibawa balik oleh petani tadi untuk dilupuskan selepas pukul 4.30 petang setiap hari.

Keunikan Farmers Market ini adalah kerana petani itu sendiri akan menentukan harga bagi produknya

mengikut harga semasa sebelum diletakkan ke rak peragaan untuk dijual. Di rak peragaan terdapat beberapa produk yang sama, dengan harga yang berlainan dan diletakkan dalam rak peragaan supaya pengguna dapat memilih samada untuk membuat pilihan produk berdasarkan kualiti ataupun harga. Dari situ dapat dilihat konsep seumpama itu akan menguji pengeluar sejauh mana produk yang dihasilkan memenuhi citarasa dan kehendak pengguna.

Disatu sudut pula, terdapat senarai pengeluar bersertakan produk yang dihasilkan. Dari situ, pengguna dapat mengenalpasti siapa pengeluar bagi setiap produk dengan lebih terperinci. Sekiranya

(6)

sesuatu produk itu tidak habis dijual pada hari tersebut, pengeluar akan mengambil balik produknya dan kajian serta penyelidikan oleh pengeluar terhadap produknya akan dibuat. Pengeluar akan berhubung dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi meningkatkan mutu keluaran produk. Konsep ini memberikan kebaikan kepada semua petani di mana petani yang menghasilkan produk yang baik dijadikan model kepada petani lain supaya bekerja dengan lebih kuat untuk menghasilkan produk yang sama standard.

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang dilakukan dalam meningkatkan taraf hidup petani.Penyelidikan dan khidmat nasihat terhadap produk pertanian memberikan kesan impak yang besar dalam menghasilkan produk yang bermutu.

“Sekiranya sesuatu

produk itu tidak habis dijual

pada hari tersebut, pengeluar

akan mengambil balik

produknya dan kajian

serta penyelidikan oleh

pengeluar terhadap

produknya akan

(7)

K

esedaran serta keinginan pengurusan Pertubuhan Peladang (PP) untuk berbakti kepada ahli-ahli PP tidak pernah terhalang malah terus mendapat galakkan daripada pihak pengurusan PP. Agihan peruntukan dan sumbangan melalui Kumpulan Wang yang diwujudkan di PP dapat memenuhi tangungjawab sosial dan kebajikan ahli-ahli PP. Prestasi kewangan PP yang semakin teguh dan aset yang bertambah setiap tahun adalah wajar dimanfaatkan untuk kebajikan ahli.

Umumnya PP tidak lagi dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi semata-mata malah PP juga turut dilihat sebagai pemangkin kesejahteraan sosial dan kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan Seksyen 6(1) Akta 109 PP, diantara tujuan penubuhan PP selain daripada kepentingan ekonomi ialah memajukan kepentingan sosial dan kebajikan ahli-ahlinya.

Peruntukan dan sumbangan melalui Kumpulan Wang PP dapat memenuhi tanggungjawab sosial dan kebajikan ahli-ahli PP. Keteguhan PP hari ini adalah kerana sokongan padu ahli-ahli PP, maka wajar bagi PP mengagihkan keuntungannya untuk menaja aktiviti sosial dan kebajikan PP. Arahan Pendaftaran PP Bil.1/1999 telah dikeluarkan bertujuan menyeragamkan status dan operasi kaedah-kaedah Kumpulan Wang PP kepada 4 kaedah sahaja iaitu: (a) Kumpulan Wang Kebajikan Ahli.

(b) Kumpulan Wang Kebajikan Am. (c) Kumpulan Wang Pendidikan. (d) Kumpulan Wang Pemajuan.

PERANAN AKTIVITI

SOSIAL DAN KEBAJIKAN

PERTUBUHAN PELADANG

Kaedah-kaedah Kumpulan Wang PP menetapkan kuasa menggunakan sekurang-kurangnya 80% dari amaun yang diperuntukan pada tahun itu hendaklah dibelanjakan pada tahun itu juga. Tanggungjawab sosial dan obligasi penggunaan Kumpulan Wang ini harus dipikul oleh setiap pengurusan PP yang akhirnya menyumbang ke arah kualiti hidup dan kebajikan seluruh masyarakat peladang.

Berdasarkan Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) Bilangan 2 Tahun 1993, setiap PP dilarang mempunyai baki Kumpulan Wang yang bernilai negatif. Oleh yang demikian penggunaan polisi Kumpulan Wang yang salah, nyata membelakangkan perasaan dan sensitiviti ahli-ahli PP. Tidak wajar jika Kumpulan Wang PP disalah guna untuk tujuan lawatan ke luar negeri dan kepentingan pengurusan PP semata-mata

SUMBER KEWANGAN DAN DASAR PERAKAUNAN

Sumber utama Kumpulan Wang adalah menerusi pengisytiharan pembahagian keuntungan PP yang diluluskan oleh Pendaftar. Punca kewangan lain adalah melalui perolehan daripada aktiviti kebajikan dan sumbangan derma.

Pendaftar telah menetapkan akaun-akaun bagi memajukan kegiatan sosial dan kebajikan PP diakaunkan secara berasingan daripada aktiviti ekonomi dan mengamalkan dasar perakaunan khas iaitu “asas tunai”.

Oleh: Wan Salahudin Wan Rashdi (Ibu Pejabat LPP)

(8)

STATUS SEMASA KUMPULAN WANG

Memandangkan sumber kewangan Kumpulan Wang yang terhad maka perlu dipastikan ianya benar-benar digunakan untuk kepentingan sosial dan kebajikan ahli-ahli. Oleh itu PP perlu memastikan status dan operasi Kumpulan Wang adalah berwibawa dan telus. Terdapat PP yang membelanjakan peruntukan Kumpulan Wang melebihi daripada peruntukan yang ditetapkan. Defisit kepada akaun Kumpulan Wang tersebut mengakibatkan lebihan kos atau perbelanjaan terpaksa ditampung daripada sumber pendapatan aktiviti ekonomi PP.

Penajaan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan setempat dapat meningkatkan imej korporat PP serta komitmen pengurusan kepada kesejahteraan ahli-ahli PP. Aktiviti ini akan memesatkan pembangunan ekonomi dan secara langsung memberi kesan positif kepada tranformasi pertanian.

AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN PP

a. Kumpulan Wang Kebajikan Ahli i. Kematian.

ii. Kemalangan.

iii. Pernikahan. iv. Haji dan Umrah. v. Bencana Alam.

vi. Sakit terlantar di hospital. b. Kumpulan Wang Kebajikan Am

i. Kematian/Kemalangan/Bencana

Alam.

ii. Keagamaan. iii. Sukan & Rekreasi. iv. Sosial.

v. Derma.

vi. Tabung Kebajikan Pekerja PP. c. Kumpulan Wang Pemajuan

i. Pemajuan Unit Peladang. - Mesyuarat Agung Unit Peladang.

- Mesyuarat AJK Unit Peladang.

- Perjumpaan khas dengan ahli-ahli UP.

ii. Pemajuan PP.

- Promosi kegiatan PP. - Kempen Tambah Ahli. - Kempen Tambah Saham.

(9)

iii. Penajaan.

- Pameran

- Kemeja – T - Cabutan Bertuah d. Kumpulan Wang Pendidikan Ahli

i. Hadiah Pelajar Cemerlang. ii. Bantuan ke kolej atau universiti. iii. Bantuan pelajar miskin.

iv. Kelas tuisyen.

v. Kursus kemahiran belajar dan motivasi.

vi. Galakan ahli menghadiri kursus kemahiran.

vii. Lawatan sambil belajar. viii. Kursus ilmu agama. ix. Kursus keusahawanan.

TINDAKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Kegagalan PP mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan boleh menyebabkan Laporan kewangan PP tidak diluluskan bagi maksud menjalankan Kuasa Pendaftar dibawah Peraturan 67(10) Pertubuhan Peladang atau tindakan penguatkuasaan diambil berasaskan Seksyen 31 Akta PP 1974 atau Perkara 60 (ii) dan (iv) Perlembagaan PP.

Peringatan dan teguran kepada PP dibuat bagi mengawal keberkesanan peruntukan dan perbelanjaan Kumpulan Wang agar sejajar dengan matlamat penubuhan PP. PP perlu mengelakkan ianya disalahguna oleh pihak- pihak yang berkepentingan. Pengurusan PP perlu mengamalkan Tadbir Urus Baik dalam Pengurusan Kewangan PP.

PP perlu memastikan segala perbelanjaan yang dibuat terkandung dalam skop yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah Kumpulan Wang sebagaimana Arahan Pendaftar Bil.1/1999 bertarikh 8 Mei 1999.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Pengurusan PP perlu memahami objektif penubuhan PP di mana selain daripada satu entiti perniagaan, PP juga adalah satu pergerakan yang berbentuk koperasi. Selain daripada dividen yang diperolehi daripada pelaburan syer, banyak lagi manfaat dan faedah-faedah sosial yang mesti disalurkan kepada ahli.

Penilaian ke atas PP perlu dibuat secara seimbang diantara sosial dan ekonomi di mana pihak LPP negeri dan Ibu Pejabat mesti mengambilkira aktiviti sosial dan kebajikan yang dilaksanakan oleh PP sebagai salah satu kriteria untuk penilaian secara keseluruhan prestasi PP berkenaan. PP yang prihatin dan mempunyai kesedaran yang tinggi akan dapat membantu menyediakan perancangan aktiviti sosial dan program kebajikan ahli-ahli untuk tempoh setahun.

PP perlu menunjukkan keuntungan sebenar yang dicapai oleh PP berkenaan. Oleh itu semua peruntukan-peruntukan seperti susutnilai, rosotnilai dan peruntukan hutang sangsi mesti dibuat mengikut sepertimana Arahan/Pekeliling Pendaftar supaya keuntungan yang diperolehi dan di- tunjukkan di dalam penyata kewangan PP adalah untung yang sebenar.

(10)

P

engeluaran sumber makanan untuk keperluan dalam negara semakin meningkat pada masa kini. Peningkatan tersebut sedikit sebanyak telah mengurangkan pergantungannya dari luar negara yang telah sekian lama kita tanggung akibat daripada permintaan yang semakin bertambah.

Dengan galakan dan pelbagai inisiatif yang dihulurkan oleh kerajaan agar sektor pertanian bergerak dan berkembang seiring dengan sektor lain ternyata menampakkan hasil. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah banyak melaksanakan perubahan dalam sektor pertanian bertujuan bukan sahaja menjadikannya antara

penyumbang ekonomi negara tetapi untuk membuka minda masyarakat yang selama ini bertanggapan pertanian tidak mampu membawa kekayaan.

Penglibatan pihak swasta dalam menjadikan pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan telah banyak merubah sektor tersebut melalui kerjasama yang terjalin antara pengusaha dan pengeluar. Bagi pengusaha pertanian yang mempunyai kelebihan asas seperti tanah ladang, pelbagai strategi perlu dirangka dan dilaksana untuk memaksimumkan penggunaan sumber yang ada bagi meningkatkan pengeluaran.

Ternakan Lembu Integrasi

Dengan Kelapa Sawit

Oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

(11)

Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak yang mempunyai tanah ladang telah menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit untuk memaksimumkan penggunaan sumber makanan yang terdapat.

Projek telah dimulakan pada 2003 ini terletak di Ladang Jaya Baru dan Ladang Rakyat, Kg Gajah, Perak Tengah dengan keluasan 216 hektar miliknya. Pada peringkat permulaan, PPN menternak lapan ekor induk jantan daripada baka brahmas dan 40 ekor induk betina daripada baka kedah kelantan. Matlamat utama projek ini dilaksanakan adalah untuk:

* Mengurangkan kos merumput di

ladang dengan menjadikannya sebagai makanan ternakan

* Menyuburkan dan meningkatkan hasil kelapa

sawit melalui kumbahan yang terhasil daripada ternakan.

* Mempelbagaikan kegiatan dan pendapatan ladang.

* Sebagai pembiak baka untuk dibekalkan kepada penternak tempatan.

Pada masa ini menurut pihak pengurusan PPN Perak, projek ternakan lembu yang diusahakan semakin berkembang. Sehingga Jun 2007 , jumlah ternakan lembu yang ada meningkat menjadi 709 ekor dengan anggaran nilai sebanyak RM 1.044 juta. Menternak lembu secara integrasi ini dilakukan dengan pembahagian plot untuk ternakan meragut rumput di ladang. Plot dipagari dengan pagar elektrik bergerak bagi memudahkan kawalan ternakan dan untuk memastikan ternakan tidak memasuki kawasan lain dalam tempoh tertentu yang boleh memberi kesan sampingan pada ladang seperti soil compaction. Selain daripada itu ia juga bertujuan

(12)

menghindarkan kawasan ladang ketandusan rumput yang boleh menyebabkan hakisan terhadap lapisan tanah atas.

Penjagaan kesihatan adalah aspek penting yang diberi perhatian serius oleh pihak pengurusan ladang bagi memastikan tumbesaran ternakan tidak terhalang. Dalam hal ini usaha-usaha pencegahan penyakit seperti luka, patah dan rawatan dilakukan sepanjang masa. Sementara itu lembu yang terkena penyakit akan diasingkan bagi mengelakkan jangkitan. Di samping itu, pemberian garam jilat yang mengandungi banyak mineral dan trace element penting untuk tumbesaran lembu. Rumput napier dan pelet turut diberi sebagai makanan tambahan. Khidmat kepakaran Jabatan Perkhidmatan Haiwan diperolehi bagi memastikan projek diuruskan dengan

sempurna dan menepati amalan perladangan yang disyorkan.

PPN Perak dalam menjayakan projek ini melaksanakan pendekatan ternakan bagi dwitujuan iaitu penggemukan dan pembiakan baka. Anak-anak lembu betina dipelihara bagi tujuan pembiakan baka, manakala anak lembu jantan untuk tujuan penggemukan dan dijual apabila mencapai umur pasaran.

Dengan pasaran sekitar negeri Perak, PPN telah membuat perancangan jangka panjang untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dengan merancang menambah bilangan ternakan sedia ada bagi meluaskan pasaran. Atas prestasi projek yang berdaya maju ia akan dapat menjana ekonomi PPN dan faedah kepada ahli.

Referensi

Dokumen terkait

7) Penyusunan bahan pengendalian, evaluasi, dan penilaian lingkup Seksi Kerja Sama meliputi unsur pelaksanaan perencanaan, unsur pelaksanaan perumusan kebijakan, unsur

Sepakbola telah menadi olahraga nomor satu di Indonesia, Pontianak sebagai salah satu ibukota provinsi yang sedang berkembang juga memiliki tim sepakbola Persipon (Persatuan

Aditya (2010) dalam bukunya yang berjudul Pembuatan peta Risiko Bencana di atas Peta mengatakan bahwa analisis risiko pada pembuatan peta risko melibatkan tiga

GITA SETYANDARI PERTIWI SD Kanisius Mangunan Berbah 726 3114 CICILIA SURATIWI MARTININGRUM SD Kanisius Mangunan Berbah 727 3118 YOSEP MULHARSA SD Kanisius Mangunan Berbah 728

Apabila Terjadi Keterlambatan waktu penyelesaian pekerjaan sebagaimana dimaksud pada bunyi pasal VIII ayat 1 perjanjian ini, yang mana keterlambatan disebabkan oleh PIHAK

Crossbreeding adalah perkawinan domba jantan dan domba betina dari komposisi  jenis yang berbeda. Namun, tidak sembarangan menunjukkan pencampuran bangsa, tetapi lebih

Citraan yang terdapat pada larik keempat penggalan puisi di atas adalah. BALADA IBU YANG DIBUNUH.. 4. BALADA IBU

Definisi nitrifikasi di dalam tanah secara umum adalah pengubahan nitrogen secara biologis di dalam tanah dari bentuk tereduksi menjadi bentuk yang lebih teroksidasi atau dengan