• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Islam. Matlamat pendidikan dalam Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Konsep pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Islam. Matlamat pendidikan dalam Islam"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Konsep pendidikan Islam

Secara konsepnya, terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh tokoh pendidik tentang pendidikan Islam. Namun secara umumnya, pendidikan Islam ialah satu proses mendidik, membentuk serta melatih individu dalam pelbagai aspek jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna, beriman, berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya.

Konsep pendidikan Islam ialah konsep pendidikan rabbani yang bersumberkan bimbingan Ilahi. Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki dengan berpandukan wahyu daripada Allah s.w.t. Malah, Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup, belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat tanpa membezakan lelaki dengan wanita.

Kesimpulannya, pendidikan yang dikehendaki dalam Islam ialah satu proses latihan akal, jasmani, rohani, ijtimaiah (kemasyarakatan) dan akhlaqiah (akhlak) manusia. Ini berdasarkan nilai-nilai Islam yang bersumberkan daripada al-Qur’an dan al- Sunnah bagi melahirkan manusia yang sempurna.

Falsafah pendidikan Islam

Dari segi falsafah, pendidikan Islam merupakan satu proses penyampaian ilmu yang berterusan sehingga ilmu itu dapat dijiwai dan meresap dalam pemikiran, kelakuan dan tindakan terhadap diri sendiri, sesama manusia dan alam sekeliling, sesuai dengan peranan manusia sebagai hamba Allah, khalifah-Nya dan ulamak pewaris nabi.

Berdasarkan falsafah pendidikan Islam di atas, satu aspek penting yang diberi penekanan ialah menyediakan potensi manusia untuk memikul tugas sebagai hamba Allah, khalifah-Nya dan ulamak pewaris nabi.

Falsafah pendidikan negara ini adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara.

Matlamat pendidikan dalam Islam

1. Pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan individu yang serba lengkap sama ada dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

2. Proses pendidikan Islam akan membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa.

(2)

3. Menurut al-Ghazali, pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran para pelajar dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk akhlak yang murni.

Adab dalam pengajaran dan pembelajaran

Seperti yang difahami dari segi pengertian, falsafah dan tujuannya, pendidikan Islam

bukanlah sekadar proses pemindahan maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain. Ia merupakan satu proses penyampaian ilmu untuk mendidik dan membangunkan potensi jasmani, rohani dan intelek manusia bagi melaksanakan tanggungjawabnya di alam ini. Dengan itu, proses ini perlulah dilakukan dengan penuh adab dan ketertibannya bagi menjamin keberkatan dan keberkesanan tujuan tersebut.

Antara adab yang dianjurkan dalam tradisi keilmuan dalam Islam ialah adab antara guru, murid dan ibu bapa.

Adab perhubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa

(3)

Pelajar hendaklah menghormati dan memuliakan gurunya kerana guru telah memberinya ilmu pengetahuan. Malahan, keberkatan ilmu yang diperoleh tertakluk kepada penghormatan pelajar kepada gurunya. Menghormati guru juga bermaksud seorang pelajar tidak wajar bersikap sombong dengan ilmu yang dimilikinya serta tidak menentang gurunya. Di samping itu, pelajar juga hendaklah menghormati ibu bapa kerana kewujudan ibu bapalah yang menyebabkan anak-anak itu melihat dunia pada hari ini.

2. Menjalin hubungan baik

Pelajar perlu menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa dan guru. Begitu juga guru perlu menjalin hubungan baik dengan pelajar dan ibu bapa. Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu menjalin hubungan yang baik dengan pelajar dan guru anak-anak mereka.

3. Mempunyai rasa belas kasihan

Guru hendaklah mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar. Perasaan ini secara tidak langsung akan mendorong guru untuk memperlakukan pelajarnya seperti anaknya sendiri.

4. Bertanya dengan hormat

Dalam mempelajari suatu ilmu, tidak semua pelajar boleh memahami sesuatu penjelasan guru dengan cepat. Bagi pelajar yang lambat memahami sesuatu, mereka akan bertanya kepada guru. Namun, pelajar juga tidak sewajarnya bertanya sesuatu soalan semata-mata untuk menguji pengetahuan guru tersebut.

Institusi pendidikan dan pengajian

Institusi pendidikan pengajian Islam telah wujud sejak Rasulullah s.a.w. masih di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah. Pada masa itu, Rasulullah s.a.w. telah menjadikan rumah al-Arqam bin Abi al-al-Arqam sebagai pusat pendidikan terulung. Malahan, Baginda sendiri bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan pengikutpengikutnya dan mengajar mereka ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan kepada Baginda.

Setelah Baginda berhijrah ke Madinah, maka terbinalah masjid yang menjadi pusat pendidikan yang terawal. Kedudukan masjid sebagai pusat pendidikan Islam ini terus berkembang maju sepanjang zaman kegemilangan Islam. Malahan dalam sejarah awalnya, masjid telah berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perundangan dan kehakiman, pusat diplomatik, pusat aktiviti masyarakat dan sebagainya.

Bagaimanapun setelah sistem hidup menjadi semakin kompleks, maka mula berlaku pengasingan peranan masjid. Kedudukan masjid sebagai pusat pendidikan dan pengajian telah diambil alih oleh institusi pendidikan yang dikenali sebagai madrasah.

(4)

Fungsi-fungsi lain telah diambil alih oleh institusi berkenaan seperti pentadbiran, diplomatik, ketenteraan dan kemasyarakan. Ini bukanlah bermakna telah wujud pemisahan antara urusan agama dan urusan hidup, tetapi sekadar pemisahan kedudukan dan tempat bagi lebih

memudahkan urusan yang berkenaan. Namun, dari segi falsafahnya, ajaran-ajaran Islam masih tetap mendominasi dan menaungi segala fungsi pentadbiran tersebut.

Secara umumnya, institusi pendidikan Islam boleh disenaraikan seperti berikut:

Institusi pendidikan zaman awal Islam

1. Kuttab

Kuttab ialah tempat kanak-kanak belajar. Ia menyediakan pelajaran asas kepada kanak-kanak seperti menulis, membaca dan asas-asas ilmu bahasa sahaja. Kewujudan kuttab memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pelajaran asas sebelum mengikuti pelajaran di masjid. Ada pendapat yang mengatakan bahawa terdapat dua jenis kuttab iaitu kuttab yang khas untuk anak orang kebanyakan dan satu lagi kuttab yang disediakan untuk anak-anak orang miskin dan pendidikan ini diberi secara percuma. Secara amnya, kuttab adalah seperti tadika di Malaysia.

2. Masjid

Masjid turut dijadikan tempat pengajian selain tempat beribadat. Ia menjadi tempat tumpuan untuk mempelajari al-Qur’an dan al-Hadith, di samping ilmu Fekah. Antara masjid yang dijadikan tempat pengajian ialah masjid di Basrah, Kufah, Masjid ‘Amr di Mesir, Masjid al-Haram dan lain-lain lagi.

Pembelajaran di masjid dijalankan mengikut sistem ‘halaqah’. Ini bermakna pelajar duduk dalam satu bulatan dan mengelilingi guru. Dalam sesebuah masjid terdapat beberapa halaqah. Pelajar tidak boleh memilih halaqah yang mereka suka. Sebaliknya keupayaan mereka akan dinilai terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke sesebuah halaqah. Di Malaysia, sistem pendidikan halaqah ini telah diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kolej Islam Antarabangsa, Universiti Islam Malaysia dan Kolej Universiti Islam Selangor.

3. Suffah

Al-Suffah merupakan ruang atau bangunan surau yang bersambung dengan masjid. Suffah boleh dilihat sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara teratur dan sistematik. Contohnya, Masjid Nabawi yang mempunyai suffah yang digunakan untuk majlis ilmu.

(5)

Zaman kemuncak perkembangan kegiatan intelektual Islam berlaku pada era pemerintahan Bani Abbasiyyah. Pada masa ini, intitusi pengajian tinggi meliputi masjid, institusi al-Nizamiyah dan institusi al-Mustansiriyah.

1. Masjid

Walaupun masjid turut berfungsi sebagai intitusi pengajian tinggi, ia tidak melibatkan semua masjid. Antara masjid yang terlibat ialah masjid besar. Misalnya, di Baghdad hanya terdapat enam buah masjid besar sahaja yang menawarkan pengajian lanjutan.

2. Bait al-Hikmah

Pembinaan perpustakaan bercambah dengan banyaknya di masjid-masjid di Baghdad, Andalusia dan Mesir. Antaranya ialah perpustakaan yang dinamakan Bait al-Hikmah di Baghdad yang telah diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan diperkembangkan oleh Khalifah al-Ma’mun. Semasa zaman Khalifah Islam, perpustakaan ini menyimpan buku-buku tentang ilmu mantiq dan ilmu wahyu dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Yunani, Parsi, Seryani dan bahasa-bahasa benua India.

3. Institusi al-Nizamiyyah

Nama institusi ini diambil daripada nama pengasasnya iaitu Nizam al-Muluk. Beliau adalah Perdana Menteri kepada Sultan Alp Arslan dan Sultan Malik Shah iaitu pemerintah Saljuk. Institusi ini dibuka secara rasmi pada tahun 459H.

Institusi ini menyediakan tiga fakulti utama iaitu Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Sains Kemanusiaan. Fakulti Sains Kemanusiaan memberi penekanan kepada bidang kesusasteraan klasik. Setiap fakulti mempunyai pensyarah utama yang dibantu oleh beberapa orang pembantu atau penolong pensyarah. Pensyarah utama bertanggungjawab

menyampaikan kuliah. Manakala pembantu pensyarah pula akan menyediakan tutorial bagi setiap kuliah yang disampaikan.

4. Institusi al-Mustansiriyyah

Institusi al-Mustansiriyyah dibina pada tahun 625H. Inisiatif penubuhannya dilakukan oleh Khalifah al-Mustansir bin al-Zahir. Beliau adalah khalifah kerajaan Abbasiyah yang ke-36. Institusi ini ditubuhkan kerana wujudnya masyarakat berbilang mazhab di Baghdad pada masa itu. Walaupun pada ketika itu telah wujud institusi al-Nizamiyyah tetapi ia khusus kepada golongan mazhab Shafie sahaja. Oleh itu, untuk memenuhi kehendak pelbagai mazhab yang wujud dalam masyarakat ketika itu, intitusi al-Mustansiriyyah diwujudkan. Ketika memulakan operasinya, institusi ini hanya mempunyai 62 orang pelajar untuk setiap mazhab. Antara tokoh yang pernah berkhidmat di institusi ini ialah Muhyi al-Din Abu ‘Abd Allah bin Fadlan al-Baghdadi, Rashid al-Din ‘Umar bin Muhamad al-Farghani dan beberapa tokoh yang terkenal.

(6)
(7)
(8)

Perkembangan institusi pendidikan Islam di Malaysia

Perkembangan pendidikan Islam di Malaysia pada asasnya bermula di dalam istana. Apabila raja Melayu yang terawal memeluk Islam iaitu Sultan Melaka yang pertama, Parameswara atau nama Islamnya Iskandar Shah, beliau telah menjemput ramai alim ulamak untuk mengajar Islam di istana. Pengajaran ini turut diikuti para pembesar istana dan rakyat jelata yang telah memeluk Islam. Kedudukan istana sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam ini berterusan sehinggalah kedatangan penjajah Inggeris pada abad ke-18 Masihi.

Kemudian peranan ini diambil alih oleh institusi pondok. Institusi pondok ialah satu sistem pendidikan Islam tradisi di Tanah Melayu. Ia merupakan institusi pengajian yang sangat popular di Tanah Melayu dan Nusantara pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Antara sekolah pondok yang terkenal ketika itu ialah Pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan dan Pondok Lanai di Baling Kedah. Para lulusan pondok keluar sebagai individu penting yang mengetuai banyak institusi kemasyarakatan di Tanah Melayu pada ketika itu seperti institusi masjid, pejabat serta jabatan agama.

Bagaimanapun semenjak tahun 1970-an, kegemilangan institusi pondok mulai pudar. Ia diambil alih oleh institusi madrasah atau sekolah agama/Arab. Banyak institusi pondok telah ditukar kepada sistem sekolah Arab. Namun begitu, ia jugamenerima banyak mata pelajaran moden dengan sistem kurikulum yang terancang. Malah sekolah-sekolah ini juga menerima sistem penilaian peperiksaan yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti PMR, SPM dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Dari segi kawalan dan pembiayaan, ada sekolah agama Arab yang tidak dikawal oleh kurikulum pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Dengan itu, mereka tidak diberi bantuan kewangan. Sekolah-sekolah dalam kategori ini dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR). Sekolah ini walaupun mempunyai sistem pengajian tertentu, menerima

(9)

beberapa mata pelajaran moden dalam kurikulumnya dan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STAM, namun oleh kerana tidak mendapat mendapat bantuan kewangan maka

kemudahan institusi ini serba kekurangan.

Kategori kedua ialah sekolah agama Arab yang mendapat bantuan penuh kerajaan dan diserap dalam sistem pendidikan nasional sebagai rangkaian sekolah-sekolah kerajaan.

Sekolah-sekolah ini mempunyai nasib yang lebih baik dari segi infrastruktur, pemantauan dan kewangan. Selain itu, kerajaan juga menambah sekolah-sekolah agama yang menjadikan mata pelajaran agama dan bahasa Arab sebagai subjek teras. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan pada peringkat menengah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). SMKA merujuk sekolah menengah berasrama penuh yang hanya mengambil pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR.

Pada peringkat pengajian tinggi pula terdapat banyak institusi pengajian tinggi Islam yang telah ditubuhkan bagi menampung pertumbuhan pelajar daripada aliran Arab ini. Antara institusi tersebut ialah Universiti Islam Antarbangsa (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (KUIM), Kolej Universiti Sultan Zainol Abidin (KUSZA), Universiti Darul Iman (UDI), INSYANIYYAH, Kolej Islam Yayasan Kelantan (KIYAS), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan lain-lain lagi. Selain mempunyai bidang pengkhususan keagamaan seperti Syariah, Usuluddin, Dakwah, dan sebagainya, institusi ini turut menawarkan pengajian akademik dan profesional yang lain seperti perubatan, kejuruteraan, perakaunan, ekonomi, undang-undang dan lain-lain lagi.

Selain daripada institusi pengajian tinggi Islam yang khusus, bidang pengajian Islam turut dimasukan dalam institusi awam lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dalam universitiuniversiti ini ditubuhkan fakulti atau jabatan yang menjadikan subjek pengajian Islam sebagai kursus teras yang ditawarkan sepanjang semester.

Perkembangan kurikulum pendidikan Islam di Malaysia

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah memberi ruang perubahan yang banyak, khasnya perubahan dari segi tujuan isi kurikulum dan juga pertambahan masa pembelajarannya dari 120 minit seminggu kepada 180 minit seminggu. Dari segi matlamat, Pendidikan Islam KBSR telah mengariskan tujuannya seperti berikut:

1. Untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat al-Qur’an dengan betul serta boleh menghafaz dan memahami erti surah-surah yang mudah.

2. Meyakinkan murid-murid terhadap kewujudan Allah s.w.t. dan sifat-sifat serta kekuasaan Allah s.w.t. dan mencintai-Nya.

3. Menanamkan rasa cinta murid-murid terhadap Rasulullah s.a.w. dan mencontohi hidup dan sifat-sifat Baginda.

4. Membiasakan murid-murid melakukan ibadat solat dan melakukan amalan yang berasaskan agama Islam dan berperibadi Muslim dan Mukmin.

(10)

Mata pelajaran pendidikan Islam mula diajar secara formal di sekolah menengah pada tahun 1962. Kurikulum pendidikan Islam dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat untuk memberi pengetahuan mengenai agama Islam kepada pelajar. Dengan itu, pelajar lebih banyak menghafal fakta daripada memahami fakta. Malahan mereka mempelajari Pendidikan Agama Islam (PAI) hanya sekadar untuk mengetahui agama Islam dan lulus peperiksaan am iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebelum tahun 1988, PAI merupakan satu-satunya mata pelajaran yang agak selaras dengan sistem pendidikan Islam. Ini boleh dilihat dalam kandungan sukatan pelajaran PAI yang lebih banyak menumpukan kepada asas dan prinsip yang berkaitan dengan agama Islam seperti tauhid, ibadat, sejarah Islam dan pengajian al-Qur’an dan al-Hadith. PAI, melalui mata pelajaran pengetahuan agama Islam diwajibkan kepada semua murid sekolah yang beragama Islam.

Kurikulum pendidikan Islam pada masa kini masih lagi memberi tumpuan kepada penyampaian ilmu semata-mata dan kurang memfokus kepada pembinaan potensi insan untuk mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan seharian. Hanya universiti yang menawarkan bidang pengajian Islam secara khusus mengadakan program khas yang bersifat pratikal dan amali seperti dalam bidang syariah dan guaman serta bidang dakwah dan kepemimpinan. Namun, masih banyak mata pelajaran yang diajar menjurus kepada penyampaian ilmu semata-mata. Apatah lagi jika pendidikan Islam diajar dalam konteks tamadun Islam di IPT yang tiada bidang pengkhususan pengajian Islam. Kurikulumnya sekadar berbentuk mengingati fakta-fakta sejarah bukan ke arah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai dalam ajaran Islam.

Akibatnya, masyarakat kita masih terus berdepan dengan krisis keruntuhan moral, sama ada daripada golongan remaja ataupun dewasa. Sedangkan, sebenarnya mereka merupakan produk polisi pendidikan yang berpaksikan falsafah pendidikan negara yang sarat dengan nilai yang dihajati oleh negara dan agama, iaitu insan yang baik dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Rumusan

Pendidikan merupakan satu cara untuk melahirkan masyarakat berilmu dan berbudaya. Dengan ini, konsep dan prinsip pendidikan seharusnya dapat mencapai matlamat akhir pendidikan Islam iaitu untuk memakmurkan seluruh alam berdasarkan kesepaduan dan kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Hakikat ini serasi dengan objektif penciptaan manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. dan hamba-Nya yang tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. sematamata.

Namun begitu, usaha kerajaan akan menjadi sia-sia sekiranya tiada sokongan daripada pelajar, keluarga, masyarakat, golongan pendidik dan juga ilmuan. Ini menunjukan bahawa tanggungjawab memajukan pendidikan bukan hanya terletak pada bahu pemerintah sahaja. Sebaliknya, ia menjadi tanggungjawab yang mesti dipikul bersama-sama.

Oleh sebab Islam sebagai cara hidup yang sempurna, sesuai untuk semua tempat, peringkat dan zaman, telah menggariskan falsafah pendidikannya yang tersendiri. Pendekatan Islam dalam menjalankan proses pendidikan merupakan satu bentuk penawar terhadap sikap kemanusiaan itu sendiri secara menyeluruh, tanpa mengabaikan aspek kehidupan mereka.

(11)

Referensi

Dokumen terkait

pendidikan agama Islam (PAI) terhadap kurikulum mata pelajaran pendidikan agama Islam (PAI) secara umum sudah sesuai dengan konsep kurikulum sebagai kurikulum

Pendidikan agama Islam di sekolah umum mencakup keseluruhan materi di lima mapel PAI yang ada di madrasah. Seperti materi akidah, sejarah, tajwid atau hukum

Kesimpulannya, ahli-ahli pendidikan Islam dalam mendefinisikan pendidikan sepakat menyatakan bahawa pendidikan Islam ialah suatu latihan atau bimbingan kepada jasmani, rohani,

Beberapa sub bahasan yang akan diuraikan dalam pembahasan ini adalah tinjauan Pendidikan Agama Islam, materi pokok Pendidikan Agama Islam, kurikulum PAI, serta PAI Penguatan

Upaya Guru PAI (Pendidikan Agama Islam) dalam Meningkatkan Kualitas Beragama Siswa Melalui Solat Berjamaah di Musholla SMAN 1 Ponggok Blitar. Sejarah

Mustafa Bisri oleh Emir Rasyid Fajrian Fakultas Tarbiyah dan Ilmu Keguruan Jurusan Pendidikan Agama Islam Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Purwakerto. meneliti tentang

Tetapi, hal yang paling mendasar dan sekaligus menjadi ciri khas dan identitasnya yang membedakan prinsip pendidikan islam dengan pendidikan umumnya adalah prinsip tauhid

Peran Guru PAI dalam Pembinaan Karakter Peserta Didik uru Pendidikan Agama Islam adalah orang yang menguasai ilmu pengetahuan agama Islam serta mampu menginternalisasikan dan