BAHAGIAN A [ 20 markah ] Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Pembonceng itu dikejarkan ke hospital oleh _____________ kerana ____________ cedera parah .
A saya ….. dia B dia …… awak
C mereka….. dia D kami…. mereka
2 Bayi perempuan yang ______________ itu ialah cucu sulung Datuk Shukri.
A cantik B comel
C tampan D jelita
3 Kakak menuang teh yang panas itu ke dalam beberapa biji ____________ untuk dihidangkan kepada tetamu.
A cangkir B jag
C cerek D gelas
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Titi kayu dibina _____________ longkang yang besar itu untuk kemudahan orang ramai.
A menyeberangi B menyusuri
C melalui D merentangi
5 Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk ___________ pengetahuan .
A memperkembang B mengembangkan
C memperkembangkan D mengembang
6 Sultan menitahkan agar ___________ ayahanda baginda diadakan dengan penuh istiadat.
A pertabalan B pemakaman
C persantapan D kemangkatan
7 Tubuh adik __________________ kerana kesejukan selepas mandi di sungai.
A menggelabah B menggelembung
C mengecut D menggeletar
A calar-balar B comot-momot
C bengkak-bengkil D kusut-masai
9 Kereta api yang bergerak ____________ di atas landasan itu menuju ke utara.
A deras B kencang
C laju D lincah
10 Nenek sedang mengasingkan kacang tanah dan kacang hijau yang telah ___________ di dalam nyiru.
A berpecah belah B bercampur aduk
C hancur lebur D bersatu padu
11 Ayah menghadiahi ibu ____________ anting-anting dan ___________ cincin berlian.
A sebuah…… seutas B seurat….sebutir
C sepasang……sebentuk D seutas….sebiji
12 Ayah pernah pergi ke Indonesia ____________ tahun 2012 sebagai sukarelawan.
A pada B dari
C sejak D di
Soalan 13
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
13 Jurulatih yang telah membantu beliau ialah Encik Shahrul.
A Beliau ialah jurulatih yang telah membantu Encik Shahrul. B Encik Shahrul ialah jurulatih yang telah membantu beliau. C Jurulatih yang telah dibantu beliau ialah Encik Shahrul. D Encik Shahrullah jurulatih yang telah dibantu oleh beliau.
14 Ayah menghampar dua bidang permaidani di tengah rumah untuk majlis pernikahan kakak.
Pilih perkataan berlawan bagi menghampar
A melipat B membentang
C menggulung D menyisip
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
15 A Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. B Aduhai, sakitnya gigiku yang berlubang ini! C Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. D David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
16 I Tukang masak mengecap gulai yang dimasaknya sebelum dihidang. II Datuk mengecap sekeping biskut ke dalam air kopi sebelum dimakan. III Mak Temah baru mengecap bahagia setelah anak-anaknya bekerja. IV Adik mengecap bibirnya apabila melihat ibu membawa ubat demam.
A I dan II B I dan III
C III dan IV D II dan IV
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku seekor ikan kelisa yang sangat comel. Sisikku berwarna kekuning-kuningan seperti emas, mataku besar dan bulat. Aku tinggal di dalam sebuah balang yang cantik di rumah tuanku yang besar.
Aku berasal dari sebatang anak sungai di Taman Negara. Aku telah ditangkap oleh seorang pemburu kelisa lalu dijual kepada tuanku dengan harga RM1000.00. Aku sangat kecewa ketika itu kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku yang bebas bermain di celah-celah batu di dalam air yang dingin.
Kini, aku sangat gembira bersama-sama tuanku kerana dia telah menjagaku dengan baik. Air di dalam balang tempat tinggalku sentiasa bersih. Aku juga sentiasa kenyang kerana mendapat makanan yang bermutu tinggi. Tuan aku sangat suka melihat aku berenang-renang kerana dapat menenangkan fikirannya yang sentiasa dibebankan dengan masalah pekerja di syarikatnya.
Kecantikan sisikku yang berkilau-kilauan membuatkan rakan-rakan tuanku terpegun. Rakan tuanku ada yang ingin membeliku dengan tawaran harga dua puluh kali ganda daripada
harga asalku. Namun tuanku bukanlah mata duitan, dia benar-benar sayang akanku. Aku juga amat sayangkan tuanku dan hidupku gembira sekali.
17 Berdasarkan petikan di atas, aku sangat kecewa kerana A dijual dengan harga RM1000.
B terpaksa tinggal di dalam balang.
C terpaksa berpisah dengan ibu bapa tersayang. D tidak bebas lagi bermain di celah-celah batu .
18 Harga yang ditawarkan oleh rakan-rakan tuan aku ialah
A RM1000 B RM10000
C RM15000 D RM20000
19 Keistimewaan aku ialah
A mata kekuning-kuningan B sentiasa berangan-angan C tidak mengenang jasa D sisik seperti warna emas
20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Tuan aku seorang tuan pengarah syarikat.
B Aku kenyang kerana mendapat makanan yang banyak.
C Tuan aku seorang yang mementingkan diri dan suka bermegah. D Aku tinggal di dalam sebuah kolam yang cantik dan bersih.
BAHAGIAN B [ 30 markah ] Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016
kepada di dari hingga
Hatiku berdegup kencang sebaik sahaja kedengaran Cikgu Hakimi menyebut nama Shahmie. Aku bingkas bangun lalu mengambil kertas putih yang tertera keputusan ujian ______________ guru kelasku itu. Mataku segera melihat keputusan yang tercatat _________ kertas tersebut. Aku melonjak kegembiraan kerana aku telah berjaya mendapat 6A dalam ujian kali ini. Rakan sekelas mengucapkan tahniah ____________ aku atas peningkatan prestasiku. Aku berazam akan berusaha lebih gigih lagi dan berharap dapat menjejakkan kaki ___________ sekolah berasrama penuh.
[ 4 markah ] Soalan 22
a. Tukar ayat aktif yang diberi kepada ayat pasif .
Ayat aktif:
Murid-murid Tahun Enam Arif melukis gambar bendera Malaysia pada kain putih. Ayat pasif:
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016 Ambillah kuih yang mak cik buat
______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ [ 2 markah ] c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang
sesuai berdasarkan gambar di atas.
______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
[ 2 markah ] SOALAN 23
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Hari ini aku menolong nenek mengait buah pinang. Sebenarnya aku tidak mengetahui apakah kelebihan buah pinang ini walaupun buah ini agak menarik warnanya. Menurut kata nenek, harga buah pinang sekarang agak mahal hampir RM30.00 sekilo berbanding dua dekad yang lalu harganya cuma beberapa ringgit sahaja.
Ketika duduk di pangkin, nenek mengambil sebiji buah pinang lalu membuang sabutnya. Selepas dibersihkan, nenek mengacip isi buah itu lalu diletakkan sekeping di atas sehelai daun sirih bersama secalit kapur dan secebis gambir. Daun sirih itu dilipat rapi lalu nenek mengunyahnya. Nenek kata isi buah pinang ini perlu dikeringkan dahulu agar rasanya tidak kelat.
Sambil mengunyah daun sirih itu, nenek bercerita. Pada zaman dahulu, para petani memakan sirih sewaktu berehat selepas penat bekerja di kebun. Sementara itu, di istana pula, para raja memakan sirih sebagai santapan waktu rehat.Namun begitu, buah pinang dan sirih semakin dilupakan.
Menurut kata nenek lagi, daun sirih serta kelengkapannya seperti pinang, gambir dan kapur disusun di tepak sirih dan dijadikan pembuka bicara sebelum memulakan sesuatu upacara atau semasa majlis merisik dan pertunangan. Aku hanya menggangguk sahaja kerana inilah pertama kali aku melihat buah pinang. Mungkin suatu hari aku akan mengkormesialkan buah pinang ini.
a. Buah pinang adalah salah satu bahan pelengkap yang boleh dimakan bersama _________________ .
[ 1 markah] b. Mengapakah harga buah pinang kini lebih mahal berbanding dua dekad yang lalu?
______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ [ 2 markah] c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.
Tepak sirih dijadikan pembuka bicara dalam sesuatu upacara.
Isi buah pinang yang dikeringkan akan rasa kelat
Para petani makan sirih agar mereka kuat bekerja di kebun
Buah pinang beserta gambir, kapur dan sirih diletakkan di dalam tepak sirih sebagai adat ketika merisik.
[ 2 markah ]
Soalan 24
Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.
LAPORAN PROGRAM KERJAYA SEKOLAH KEBANGSAAN SRI INTAN
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Sri Intan telah menganjurkan Program Kerjaya pada 12 Julai 2016. Program ini berlangsung di dewan sekolah .
Semua murid tahap satu dan tahap dua terlibat menjayakan pogram ini. Tuan Guru Besar, Tuan Haji Rafiq telah merasmikan program ini. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana atas usaha gigih mereka menjayakan program ini dengan cemerlang sekali.
Program kerjaya ini diadakan bertujuan untuk membantu dan membimbing rakan-rakan yang lain supaya menjadi murid yang berjaya pada masa depan. Selain itu, diharap program ini dapat membina keyakinan murid agar terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi murid yang berdisiplin
Pada sebelah pagi, telah diadakan program “Kenali Idola Anda”. Doktor Aleya Bt Elias telah dijemput untuk menceritakan tentang kerjayanya sebagai doktor pakar di Hospital Kuala Terengganu. Selain itu, guru cemerlang Negeri Terengganu, Puan Izzati Bt Fitri turut hadir ketika sesi soal jawab.
Pameran kerjaya turut diadakan. Pasukan bomba, tentera, polis serta usahawan muda telah terlibat mempamerkan peluang pembelajaran dan peluang kerjaya kepada semua murid. Murid-murid sungguh berminat dan berusaha mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang menjadi cita-cita mereka.
Pada sebelah petang, murid-murid Tahap dua telah menulis karangan tentang cita-cita mereka. Pemenang tempat pertama hingga kelima mendapat hadiah berupa buku cerita dan sijil penyertaan kepada semua peserta.. Saudari Adibah Bt Rusli telah diumumkan sebagai Tokoh Pemimpin Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Sri Intan.
BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016
Laporan disediakan oleh, 30 JULAI 2016 Zulaikah
(ZULAIKAH BT MUSA) Setiausaha
Kelab Rakan Pembimbing
a. Laporan ini ditulis pada ____________________________________ .
[ 1 markah ] b. Nyatakan tujuan program ini dilangsungkan?
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Siapakah tokoh yang terlibat dalam menjayakan program “Kenali Idola Anda”?
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [ 2 markah ]
d. Adakah anda bersetuju setiap murid perlu mempunyai cita-cita? Mengapa?
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [ 3 markah ]
Soalan 25
Baca puisi di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
.
a. Perkataan disanjung dalam pantun di atas boleh digantikan dengan perkataan ___________________ .
[ 1 markah ]
b. Mengapakah ilmu penting kepada kita ?
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [ 2 markah ]
c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.
BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016 Terbang tinggi burung di angkasa,
Tajam kukunya Si Burung Helang; Bacalah buku sepanjang masa, Bertambah ilmu kehidupan cemerlang.
Harum sungguh bunga cempaka, Mawar ditabur di atas dulang; Tuntutlah ilmu janganlah leka, Cerah masa depan kerjaya gemilang
Indahnya suasana di tepi tanjung, Nikmati ais krim bersama megat Orang berilmu pasti disanjung
Orang yang suka membaca buku akan tajam akalnya.
[ 1 markah ] Kita tidak boleh alpa dalam menuntut ilmu
d. Terangkan maksud pantun di atas.
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [ 3 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
SKEMA JAWAPAN
BK11 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 6 2016
BK11 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016 Orang berilmu pasti disanjung
BAHAGIAN A
NO SOALAN JAWAPAN NO SOALAN JAWAPAN
1 C 11 C
2 B 12 A
3 A 13 B
4 D 14 C
5 A 15 C
6 B 16 B
7 D 17 D
8 C 18 D
9 C 19 D
10 B 20 A
BAHAGIAN B ( CadanganJawapan )
Soalan 21
daripada pada kepada ke
Soalan 22
a. Gambar bendera Malaysia pada kain putih dilukis oleh murid-murid Tahun Enam Arif b. Terima kasih, makcik. Saya akan makan kuih ini bersama-sama keluarga saya.
c. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas adalah seperti bertih digoreng / mulut murai / mulut becok / murai tercabut ekor
Soalan 23
a. sirih
b. Harga buah pinang lebih mahal berbanding dua dekad yang lalu kerana tidak ramai orang yang menanam pokok ini lagi. / kerana pokok pinang sukar didapati kini . c. i) Salah
ii) Salah iii) Betul Soalan 24
a. 30 Julai 2016
b. Tujuan program ini dilangsungkan adalah untuk membantu dan membimbing rakan-rakan yang lain supaya menjadi murid yang berjaya pada masa depan serta
membina keyakinan murid agar terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi murid yang berdisiplin .
c. Doktor Aleya dan Puan Izzati terlibat dalam menjayakan program “Kenali Idola Anda”.
d. Ya, saya berseuju setiap murid perlu mempunyai cita-cita. Cita-cita penting agar setiap murid akan belajar bersungguh-sungguh dan Berjaya dalam pelajaran demi mencapai cita-cita yang diimpikan.
Soalan 25
a. dihormati / dimuliakan
b. Ilmu penting kepada kita agar masa depan kita cerah dan kita kan mendapat pekerjaan yang baik.
c. ( / ), ( / ),
d. Orang yang berilmu pengetahuan akan mendapat sanjungan daripada setiap orang. Masyarakat akan memberi kepercayaan penuh kepada orang yang berilmu kerana pandangan mereka pasti bernas.
( Idea yang berkaitan boleh diterima )