• Tidak ada hasil yang ditemukan

percubaan upsr bahasa melayu pemahaman jempol - Sumber Pendidikan BM KEFAHAMAN jempol

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "percubaan upsr bahasa melayu pemahaman jempol - Sumber Pendidikan BM KEFAHAMAN jempol"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

SEKOLAH : __________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TAHUN 6, 2016

BAHASA MELAYU

PEMAHAMAN SK

011

MEI

1 ¼ jam

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak di Bahagian A dan 8 halaman bercetak di Bahagian B. 0

1

1

SULIT

NAMA :

TAHUN :

(2)

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “__________ sudah laksanakan titah tuanku,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan

Melaka.

A Beta

B Dia

C Patik

D Hamba

2 Jutawan itu kelihatan __________ apabila dilihat memaki hamun pekerja kawasan parkir kenderaan berhampiran premis perniagaannya.

A peramah

B angkuh

C sangsi

D baik

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Puan Qistina berjalan ke bilik guru sambil __________ failnya.

A memegang

B membimbit

C mengelek

D menjinjing

(3)

4 Konvensyen itu akan dihadiri oleh beberapa orang __________ dari beberapa buah negara Asia Tenggara.

A kenamaan

B ternama

C dinamakan

D bernama

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Bibi sedang __________ ayam yang sudah diperap menggunakan sebuah ketuhar yang baru dibeli.

A menggoreng

B mengukus

C memasak

D memanggang

6 Gadis ayu itu berjalan dengan lenggang-lenggok sambil memegang __________ payung.

A sebatang

B sekaki

C selaras

D sebuah

7 Kakak membakar ____________ ubat nyamuk di dalam kamarnya kerana tidak tahan dengan gigitan nyamuk.

A selingkar

B segelung

C segulung

(4)

8 Ibu leka menonton televisyen __________ terlupa untuk menyediakan hidangan makan

9 Para peserta kem motivasi itu dibahagikan ____________ dua kumpulan dan aktiviti dijangka berlanjutan ____________ lewat petang.

A kepada ... hingga

B kepada ... sejak

C ke ... hingga

D pada ... sejak

10 Perasaan ____________ secara tidak langsung akan hilang apabila kita dapat menceriakan

suasana.

A huru-hara

B kacau-bilau

C gundah-gulana

D remuk-redam

11 Cikgu Fiza disayangi oleh murid-muridnya kerana beliau tidak pernah ____________

terhadap mereka. A buruk siku B serkap jarang C pilih kasih D panjang tangan

12 Persahabatan Syahmi dan Aiman bagai ____________ kerana mereka saling bekerjasama

dan membantu antara satu sama lain.

A isi dengan kuku

B aur dengan tebing

C langit dan bumi

D enau dalam belukar

(5)

Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Mak Wok melatah sebaik sahaja nenek mencolok pinggangnya. II Datuk menggunakan galah untuk mencolok buah rambutan.

III Pakaian yang mencolok mata tidak dibenarkan bagi kakitangan awam.

IV Pasukan keselamatan terpaksa mencolok di kawasan yang gelap bagi memudahkan rondaan mereka.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 “Semua kerja rumah mesti siap hari ini,” ujar Puan Murana kepada murid-muridnya.

A Kerja rumah Puan Murana sudah disiapkan hari ini oleh murid-muridnya.

B Puan Murana menyiapkan kerja rumah murid-murid yang diberi hari ini juga.

C Murid-murid perlu menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh Puan Murana.

D Puan Murana mengarahkan murid-muridnya menyiapkan kerja rumah hari ini juga.

Soalan 15 dan 16 Pilih ayat yang betul.

15 A Terlalu banyak peristiwa penting telah berlaku pada kurun ke-16.

B Oleh akibat cuaca panas, murid-murid tidak dibenarkan bersukan.

C Ayah membeli beberapa bungkus nasi lemak ke kedai pagi tadi.

D Kedua orang anaknya menuntut di universiti luar negara.

16 A Harap berjaja di kawasan larangan ini.

B Tolong makan hidangan yang telah kami sediakan ini.

C Jemputlah masuk, majlis masih belum mula lagi.

D Janganlah masuk ke rumah saya, kami sudah lama menunggu.

(6)

Soalan 17 – 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aktiviti bersenam sangat penting kepada setiap individu. Walau apa-apa pun alasan yang diberikan, luangkanlah sedikit waktu untuk bersenam. Kamu boleh melakukan senaman di mana-mana sama ada di rumah, gimnasium, pusat kesihatan atau di taman rekreasi.

Semasa melakukan senaman, tubuh badan menjadi cergas dan dapat meningkatkan kesihatan diri. Hal ini disebabkan kerana bersenam menjadikan badan kita berpeluh dan segala kotoran serta toksin di dalam tubuh akan keluar bersama-sama peluh. Kegiatan senaman yang biasa dilakukan seperti berlari, berjoging, seni mempertahankan diri, dan bersukan boleh meregangkan sendi-sendi dan otot, sekali gus melancarkan peredaran darah.

Selain itu, aktiviti senaman merupakan satu cara untuk merehatkan minda setelah kita penat belajar atau akibat tekanan kerja. Selepas melakukan senaman maka fikiran kita menjadi lapang dan secara tidak langsung kita berasa aktif semula. Bagi mereka yang mementingkan kecantikan, senaman dapat membantu mereka memperoleh bentuk tubuh badan yang cantik dan menarik. Dengan bersenam, otot-otot menjadi kuat, badan menjadi tegap dan dapat mengurangkan masalah berat badan.

Bersenam amat berfaedah untuk mengisi masa senggang kita. Sekiranya masa yang terluang tidak dimanfaatkan, maka sudah pasti seseorang mudah terjerumus dalam beberapa aktiviti yang tidak sihat seperti menghisap rokok, berjudi, melepak, dan berpeleseran di pasar raya.

Justeru, luangkanlah sedikit masa kita untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan. Jika rakyat sihat, negara akan terus mengecap kemajuan.

17 Individu yang mengamalkan senaman dapat

A menyebabkan tubuh berpeluh dengan banyak.

B menjadikan tubuh lebih cergas dan minda yang cerdas.

C menghasilkan cara penampilan diri yang menarik.

D memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti berfaedah.

18 Bagaimanakah aktiviti senaman boleh melancarkan peredaran darah?

A Melalui proses merehatkan minda

B Mengeluarkan peluh yang banyak ketika berjoging

C Sendi-sendi dan otot-otot diregang

D Toksin dan kotoran keluar bersama-sama dengan peluh

(7)

19 Aktiviti yang berikut merupakan aktiviti senaman yang patut diamalkan kecuali

A berjoging.

B taici.

C yoga.

D menonton klip video senaman.

20 Pernyataan yang manakah tidak benar tentang manfaat bersenam?

A Otak menjadi cerdas dan sihat

B Penampilan yang tampan dan menarik

C Menghasilkan minda yang aktif dan bijak

D Mengamalkan gaya hidup sihat

(8)

SEKOLAH : __________________________________

ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.

3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir

peperiksaan.

Kertas ini mengandungi 8 halaman bercetak. NAMA :

TAHUN :

(9)

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam dialog yang diberi.

Bagaimanakah Siapakah Mengapakah bilakah

hendak Harus akan baru

Aziz : Selamat sejahtera, adik apa khabar?

Mus : Khabar baik, abang. _______________ cuaca di Jordan ?

Aziz : Cuaca di sini baik. Ayah dan ibu di mana? Adik, tolong panggilkan mereka. Mus : Ayah dan ibu berada di ruang tamu. Mereka sedang melayan tetamu.

Aziz : _______________ yang datang adik?

Mus : Encik Zakaria dan Puan Aminah. Abang ______________ bercakap dengan ayah dan ibu?

Aziz : Ya,adik. Sebenarnya abang mahu memberitahu mereka tentang tarikh kepulangan abang ke Malaysia.

Mus : Abang akan pulang bila ?

Aziz : Abang _______________ pulang pada hujung bulan ini.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat penyata yang paling sesuai berdasarkan jawapan yang diberi.

Ayat penyata :

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Jawapan : Apakah yang dibeli oleh Alia dari butik itu?

(10)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

[ 2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan pepatah yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

[ 2 markah]

Terima kasih, Safiq Rahim.

(11)

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Termasik oleh penjajah dari Siam pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka ialah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

a. Siapakah putera raja Palembang?

_____________________________________________________________________ [ 1 markah ]

b. Apakah peristiwa yang menyebabkan Parameswara begitu kagum?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(12)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

[ 2 markah ] Sutera dan porselin dari China

Kain dari Timor serta Coromandel di Borneo

Kapur barus dari India, cendana dari Gujerat

Emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah

Melayu

Betul

Salah

(13)

Soalan 24

Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada : wani@yahoo.com Kepada : syira@gmail.com Subjek : Jiran Saya

Syira,

Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan keluarga sihat sejahtera. Semenjak saya berpindah ke rumah baru dua bulan yang lepas, kita jarang bertemu. Kita tidak lagi pergi ke sekolah bersama-sama. Di sekolah pun, susah betul untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kegiatan di sekolah. Saya rindukan awak.

Syira, saya ingin berkongsi sesuatu dengan awak. Saya mempunyai seorang jiran yang jarang sekali berkomunikasi dengan jiran tetangga ibarat ‘seperti katak duduk di bawah tempurung’.

Dia kelihatan seperti orang yang baik. Kemungkinan dia memang pendiam dan pemalu orangnya. Maka itu, saya ingin cuba mendekati jiran saya ini. Saya bercadang untuk mengajaknya melakukan beberapa aktiviti supaya boleh mengeratkan hubungan kejiranan antara kami. Saya rasa dia seusia dengan saya. Bolehkah awak memberi beberapa saranan aktiviti yang boleh kami lakukan? Apa pula manfaat aktiviti-aktiviti tersebut?

Saya akan menantikan balasan e-mel daripada awak. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas saranan awak itu. Sehingga kita bertemu di sekolah nanti.

Yang benar,

Wani

a. Perkataan berkomunikasi dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_______________________________________________________________________ [ 1 markah ]

b. Apakah tujuan Wani menghantar e-mel kepada Syira?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

(14)

c. Apakah maksud ungkapan ‘seperti katak di bawah tempurung’ dalam petikan ?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

d. Pada pendapat kamu, apakah aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh Syira kepada Wani? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

Soalan 25

Baca pusi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kawanku

Nasihatku jangan dilupa Kata-kata ini amat bermakna

Walaupun di mana-mana kauberada Keselamatan diri tetap diutama. Kawanku

Jika kamu hadapi masalah Usah kamu berasa gundah Pantang alah jangan pasrah Tenangkan diri elak amarah. Kawanku

Awasi dompetmu Pastikan di sisimu Biarlah bersama-sama

Takut nanti hilang entah ke mana Kelak pasti jiwa merana.

Kawanku

Bersendirian tanpa tuju

Mungkin bahaya sedang menunggu Nanti diculik tak siapa yang tahu.

(15)

a. Apakah maksud rangkap pertama puisi di atas?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ [ 2 markah ]

b. Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap kedua dalam puisi di atas?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

[ 1 markah ]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan mutiara kata tersebut.

Elakkan bersendirian di sesuatu tempat untuk mengelakkan penculikan.

Kawanku, nasihatku ini tidak memberi sebarang makna

[ 1 markah ]

d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Kawanku

Bersendirian tanpa tuju

Mungkin bahaya sedang menunggu Nanti diculik tak siapa yang tahu.

Referensi

Dokumen terkait

Amalan baik yang dapat dilakukan ialah tidak mengabaikan rakan yang dalam kesusahan, jangan malas berusaha, jangan leka dan mempunyai tekad dalam hati. Untuk mendapat

[r]

[r]

Huraikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang diperlukan oleh seseorang sebelum memasuki alam pekerjaan.. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250

Kesalahan Penggunaan Kata Kesalahan Tatabahasa i. Semua murid-murid - Semua murid iii.. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam

Tiada siapa-siapa mengaku mudah menjadi ibu bapa. Susah senang dan kekecewaan membesarkan anak, lumrah bagi kebanyakan pasangan. Jarang-jarang ditemui anak 'baik'

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu

Berdasarkan contoh di atas, calon berjaya mengemukakan jawapan dengan tepat berdasarkan arahan tugasan iaitu memilih perkataan dan mengisi tempat kosong dalam ayat dengan