Peranan NGO Dalam Pengurusan Sisa Pepejal: Kajian Kes Kegiatan
Kitar Semula oleh Persatuan Tzu Chi di Kota Kinabalu, Sabah.
Kho Shiau Hong, Wong Jin Xin, Saravanan a/l Sundara Sakaran, Mohammad Tahir
Mapa.
Abstrak
Peningkatan ekonomi di sesuatu kawasan terutamanya di kawasan bandar menyebabkan berlakunya migrasi yang tinggi ke kawasan tersebut. Keadaan ini telah menimbulkan masalah terhadap pertaambahan jumlah buangan sisa pepejal di bandar. Banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan terhadap masalah tersebut namum masalah ini masih tidak dapat ditangani dengan sepenuhnya. Berikutan dengan masalah tersebut wujud Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif dalam memainkan peranan penting dalam aktiviti berkaitan sisa pepejal seprti kitar semula. Persatuan Tzu Chi adalah antara NGO yang aktif di Malaysia dalam menjalankan aktiviti pengumulan bahan kitar semula. Persatuan ini telah terlibat secara aktif dalam aktiviti kitar semula sejak tahun 1990an. Cawangan-cawangan persatuan ini telah dijangka mececah 1000 buah di seluruh Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan Persatuan Tzu Chi dalam aktiviti kitar semula di Kota Kinabalu, Sabah. Untuk itu, kajian ini akan menggunakan data yang dikutip melalui temubual dengan pihak pengurus Persatuan Tzu Chi selain melakukan pemerhatian di pusat pengumpulan kendalian Tzu Chi. Hasil kajian mendapati persatuan ini dapat menjalankan kegiatan mereka secara berterusan dengan wujudnya sukarelawan yang berkomitmen tinggi dalam menjayakan aktiviti bulanan kitar semula. Walaubagaimanapun, dapatan juga menunjukkan terdapat bebrapa masalah yang boleh memperlahankan kegiatan mereka iaitu kekurangan sukarelawan dan kurangnya keprihatinan masyarakat untuk menyumbang barang-barang kitar semula. Selain itu, pihak NGO juga menghadapi masalah dalam menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat Kota Kinabalu. Namun, aktiviti seperti ini perlu terus dipertingkatkan dengan memberi galakan kepada orang ramai untuk menjadi sukarelawan dan menyertai serta menjayakan aktiviti kitar semula di Kota Kinabalu.
PENGENALAN
Menurut Ali. H. et al. (2012) menyatakan sisa pepejal merupakan bahan buangan daripada aktiviti manusia yang tidak mempunyai nilai kepada manusia dan bersifat kotor yang menjadi masalah utama di kawasan bandar. Jangkaan pihak kementerian Perumahan dan Kesejahteraan bandar mengenai jumlah sampah pada tahun 2020 telah dicapai lebih awal iaitu pada tahun 2016. Ini bermakna pertambahan jumlah sampah domestik (sisa pepejal) berlaku dengan kadar yang sangat cepat berbanding jangkaan sebenar. Isu ini semakin meruncing di kebanyakan kawasan bandar dengan bertambahnya jumlah penduduk dikawasan tersebut dan di tambah dengan sistem pengurusan yang masih tidak cekap di beberapa kawasan. Peningkatan sisa pepejal ini harus dibanteraskan dengan segala. Pembungan bahan sisa pepejal ini menimbulkan masalah kepada alam sekitar. Untuk maksud mengurangkan jumlah sampah di kawasan tapak pelupusan, pada tahun 1993 pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan aktiviti dan program yang berkaitan dengan kitar semula (Seow, 2004). Secara umumnya, lebih 40% sisa yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia adalah terdiri dari sisa yang boleh dikitar semula.
Keadaan tersebut telah memberi ilham kepada beberapa NGO seperti TrEES, Persatuan Tzu Chi, Persatuan Pencinta Alam dan sebagainya untuk terlibat dalam aktiviti berkaitan sisa pepejal seperti kitar semula. Persatuan Tzu Chi adalah salah satu NGO di Malaysia yang aktif dalam mengadakan aktiviti seperti kesedaran alam sekitar dan mengumpul barang kitar semula.. Persatuan-persatuan seperti ini melihat mengurus sisa pepejal adalah sesuatu yang amat penting kerana ia telah mngancam alam sekitar kita. Namun, bahan sisa pepejal juga boleh dilihat sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan kepada manusia jika digunakan semula atau dikitar semula.
Pertambahan sisa pepejal terutamanya di kawasan bandar telah mendatangkan banyak masalah seperti pencemaran air. Pencemaran air ini boleh lihat pencemaran Sungai Kelang, Sungai Skudai, Sungai Juru dan Sungai Melaka (Abdul. R. H, 2007). Hal ini disebabkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah dan lain-lain sisa kotoran ke dalam sungai. Tambahan pula, pertambahan penduduk, peningkatan taraf ekonomi yang mengubah gaya hidup telah menambahkan lagi jumlah sisa pepejal di kawasan bandar.
kepadatan penduduk yang tinggi. Menurut Zamali (Ali. H, 2012) penduduk di kawasan bandar berupaya menghasil 760 000 tan sampah dalam satu hari.
Matlamat Dan Objektif Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan pertubuhan Tzu Chi dalam kegitan kitar semula di bandaraya Kota Kinabalu. Untuk itu kajian ini akan mendalami kegiatan yang dilaksanakan dan isu yang dihadapi oleh pertubuhan tersebut dalam mengendalikan program kitar semula di kawasan kajian.
Kawasan Kajian
Kajian ini dilakukan dengan mengambil kira peranan Tzu Chi yang beroperasi di Bandaraya Kota Kinabalu. Selain itu untuk memantapkan kajian ini, pemerhatian telah dilakukan di pusat pengumpulan barang boleh kitar yang diusahakan oleh Persatuan Tzu Chi yang terletak di taman perumahan Kingfisher (Rajah 1). Pusat ini terletak kira-kira 10 km dari bandaraya Kota Kinabalu.
Rajah 1 : Lokasi Kajian (Kota Kinabalu).
Rajah diatas menunjukan kawasan kajian yang juga merupakan tumpuan aktiviti Tzu Chi. Pusat pengumpulan kepunyaan mereka beroperasi berhampiran dengan dewan rakyat serbaguna kepunyaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Bahagian letak kereta yang terdapat di kawasan dewan tersebut digunakan sebagai tempat pengumpulan barangan yang dihantar oleh masyarakat sekitar. Pengumpulan di kawasan tersebut dijalankan pada hari Ahad terakhir setiap bulan.
Metod Kajian
Dalam kajian ini kaedah temu bual dengan sukarelawan Persatuan Tzu Chi dan pemerhatian digunakan. Sukarelawan yang terlibat dalam temubual adalah mereka yang mempunya peranan penting dalam pertubuhan selain telah lama terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh Tzu Chi. Dua orang sukarelawan Tzu Chi telah dapat ditemui untuk melengkapkan kajian ini. Untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai aktiviti persatuan, pemerhatian dijalankan di salah satu pusat pengumpulan yang terdapat di Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Pusat Pengumpulan King Fisher (KF). Selain itu, pemerhatian dengan turut serta membantu para sukarelawan mengasingkan barang boleh kitar juga dilakukan. Pemerhatian ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada minggu pengumpulan pada bulan Oktober dan November 2016. Sebagai bahan bukti, bebarapa gambar telah dirakamkan di lokasi pemerhatian. Sumber lain yang digunakan dalam kajian ini termasuklah bahan yang diterbitkan oleh pihak Persatuan Tzu Chi dan juga laman web persatuan.
NGO Dalam Isu Alam Sekitar dan Sisa Pepejal
Terdapat beberapa NGO luar negara yang giat melakukan kegiatan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal seperti kitar semula. Antaranya adalah Zero Waste Singapore, Conserve India, Caribbean Recylcling Foundation dan John Gray Recycler. Kesemua pertubuhan ini mempunyai niat dan hasrat yang sama iaitu mengurangkan masalah berkaitan dengan sisa pepejal. Oleh itu kegiatan yang mereka laksanakan mempunyai banyak persamaan seperti kempen dan pendidikan kepada masyarakat setempat.
Zero Waste Singapore misalnya ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu menyelesaikan hal-hal yang berkait dengan pengurusan sisa pepejal di Singapura. Perkara ini penting memandangkan Singapura merupakan negara kecil dan tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk membuka banyak tapak perlupusan. Selain itu pertubuhan ini juga mengadakan kerjasama dengan pihak komuniti serta mengadakan kempen 3 R dikalangan mereka. Bagi Conserve India yang ditubuhkan oleh Anita dan Shalbah yang pada mulanya ditubuhkan hanya untuk mengumpul sisa buangan disekitar kejiranan tempat tinggal mereka sahaja. Namun, apabila usaha mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat tempatan, mereka telah menubuhkan satu organisasi yang besar dengan mengekalkan objektif asal mereka iaitu untuk mengurangkan pencemaran dari sisa pepejal. Sedikit berbeza apabila persatuan ini membeli sisa pepejal boleh kitar dari Scavengers (pengutip sisa jalanan) dan bagi persatuan ini “mengutip” sampah sarap di setiap lokasi dengan membeli terus sisa daripada Scavengers ini adalah tidak menyusahkan malah kegiatan ini bukan sahaja dapat mengurangkan sisa pepejal malah membantu menampung kos sara hidup para Scavengers. Caribbean Recycling Foundation yang ditubuhkan pada tahun 1994 di Amerika Syarikatm memfokuskan aktiviti kitar semula di institutsi pendidikan dan syarikat-syarikat kerana bagi mereka institutsi pendidikan, kerajaan dan juga swasta menggunakan dan menghasilkan banyak sisa kertas. Melalui cara ini mereka berharap dapat mengurangkan penerbangan pokok dalam penghasilan kertas. menggunakan bahan buangan bagi menjana bahan atau produk baru hingga boleh dijual semula dan juga menggunakan sisa makanan untuk dijadikan baja kepada tumbuh-tumbuhan.
Dapatan Dan Perbincangan
kepada komuniti yang mengalami kesusahan. Matlamat utama pertubuhan Tzu Chi pada ketika itu adalah untuk mendidik masyarakat yang berkemampuan agar menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dengan menerapkan prinsip kemuliaan dalam kalangan ahlinya (Tan, 2014). Melalui temubual yang dijalankan, persatuan Tzu Chi telah didaftarkan di Malaysia pada tahun 1996. Pada masa ini terdapat empat ibu pejabat utama iaitu di pusat ibu negara (Kuala Lumpur, Selangor, Pahang), bahagian Utara (Penang, Perlis, Perak, Kedah, Terengganu, Kelantan), Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor), Timur (Sabah, Sarawak). Setiap ibu pejabat utama akan berhubung terus dengan ibu pejabat utama yang terletak di Taiwan. Dari segi keahlian dan operasi bantuan Tzu Chi, ia terbuka kepada semua dengan tidak mengira agama, negara, dan etnik samada di peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa. Misalnya, Tzu Chi telah terlibat dalam operasi amal dengan mengedarkan bantuan kecemasan di New Orleans selepas kejadian Taufan Katrina (Abdul Razak. N. A, 2015). Tzu Chi juga terlibat dalam operasi amal lain seperti bantuan kesihatan, bencana antarabangsa, pendidikan, kemanusiaan, pendermaan tulang sumsum, sukarelawan komuniti dan perlindungan alam sekitar (Tan, 2014).
Penglibatan Tzu Chi juga dalam isu perlindungan alam sekitar adalah bermula pada tahun 1990 dan kini terdapat lebih kurang 4500 buah pusat kitar semula di Taiwan (John O., 2008). Motif awal penubuhan adalah untuk mengurangkan kawasan tapak sampah dengan mengitar semula sampah. Pada 23 Ogos 1990, Master Cheng Yen telah mengadakan satu ceramah di Tai Chung dan ketika memberi ucapan di atas pentas, beliau telah menyeru kepada penduduk supaya mengitar semula semua sisa yang boleh dikitar semula. Kata-kata beliau telah menyedarkan para hadirin yang menyertai ceramah tersebut dan memberi kesedaran kepada mereka untuk mula menjalankan aktiviti kitar semula di rumah. Taiwan. Begitu juga halnya, penglibatan Persatuan Tzu Chi telah merebak ke beberapa negara seperti yang mereka dilakukan di bandaraya Kota Kinabalu. Dalam aspek pengurusan kitar semula ini, pihak Tzu Chi akan memilih lokasi stesen kitar semula yang sesuai di satu-satu tempat. Peranan utama stesen tersebut adalah sebagai lokasi tetap untuk mengumpul bahan kitar semula bagi kawasan sekitarnya. Pada masa kini, terdapat lebih kurang 1000 buah stesen kitar semula di seluruh negara yang dikendalikan oleh pihak Tzu Chi.
mampu diterapkan dalam menjaga dan melindungi persekitaran global (John O., 2008). Oleh itu. setiap ahli Tzu Chi telah menganggap aktiviti tersebut sebagai satu amalan yang sangat mulia.
Penglibatan yang bersungguh menjadikan ahli Tzu Chi telah mengamalkan aktiviti kitar semula secara menyeluruh tanpa merasakan bahan kitar semula sesuatu yang kotor. Ini terlihat dengan kesungguhan mereka dalam bekerja tanpa mengenal penat dan lelah walaupun aktiviti tersebut sesuatu yang agak membebankan. Kerumitan kerja mereka dapat dilihat apabila kebanyakkan bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk ke pusat pengumpulan tidak disusun dengan baik malah bercampur aduk antara satu bahan dengan bahan yang lain dalam bekas yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan sukarelawan ahli Tzu Chi untuk membahagi bahagikan bahan tersebut dan perlu masa yang agak lama untuk mengasingkan bahan tersebut ke dalam kategori yang telah ditetapkan. Dalam situasai seperti inilah kesungguhan mereka terserlah tanpa memikirkan soal untung rugi dan melakukannya dengan hati yang tabah dan berpegang teguh dengan matlamat asal mereka (Hew, 2012). Bagi ahli persatuan Tzu Chi pula, aspek perlindungan alam sekitar bukan hanya satu slogan tetapi sesuatu yang perlu diamalkan dalam tindakan untuk menjaga alam sekitar. Oleh itu, jika kita peka terhadap alam sekitar, tindakan yang realistik perlu dilakukan dengan kita sendiri seharusnya terlebih dahulu mengamalkannya agar idea menjaga bumi untuk terus mampan dalam menjamin kelangsungan hidup manusia dapat diterjemahkan. Oleh kerana sumbangan dan perhatian ahli Tzu Chi tersebut, Master Cheng Yen telah mengelar mereka dengan banyak gelaranan seperti Buddha kitar semula, Buddha pembersihan alam, Buddha menjaga bumi dan sadaparibhuta (John O., 2008).
Secara umumya, persatuan Tzu Chi menetapkan hari tertentu dalam sebulan untuk pengumpulan barang kitar semula dan ini juga bagi memudahkan penduduk di sekitar pusat pengumpulan menghantar barang mereka. Bagi kawasan Kota Kinabalu, pengumpulan dijalankan pada hari ahad terakhir setiap bulan di 16 buat pusat. Secara umumnya, pendekatan yang digunakan oleh Tzu Chi dalam menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktivit kitar semula boleh dibahagikan kepada tiga titik iaitu titik, jaringan dan kawasan. Konsep titik merujuk kepada aktiviti kitar semula itu dimula di satu-satu lokasi yang bersifat mikro seterusnya terjalin hubungan antara satu lokasi dengan lokasi lain. Akhir sekali, jaringan tersebut akan berkembang menjadi satu kawasan yang bersifat makro iaitu meliputi satu-satu buah negara seterusnya di peringkat antarabangsa (John O., 2008).
botol plastik telah diberi kod nombor 1, penutup botol air dan botol ubat diberi kod 2, dan plastik beg pula diberi nilai kod 3. Bagi setiap botol air mineral (plastik) boleh didapati tiga jenis kod iaitu botol air, plastik pelekat (lebel) dan penutup botol. Untuk itu, botol air akan dimasuk ke dalam kategori 1, penutup botol dimasukkan ke dalam kategori 2 manakala untuk plastik pelakat (lebel) pula diberikan kod 3 iaitu akan dibuang untuk dilupuskan ke tapak pelupusan kerana tidak boleh dikitar semula.
Secara umumnya, sisa plastik boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Bagi memudahkan pengurusan barang sisa, Tzu Chi telah membahagikan sisa plastik berdasarkan kepada beberapa ciri khusus iaitu sifat plastik yang tidak mudah koyak dan tidak berwarna. Sebagai contohnya, bagi beg plastik, hanya beg plastik yang lutsina sahaja akan dikitar semula. Bagi plastik bungkusan makanan ringan (seperti keropok) adalah jenis plastik yang tidak boleh dikitar semula dan akan dikumpul untuk dilupus di tapak pelupusan.
Bagi memudahkan proses pengasingan, kertas juga dibahagi kepada beberapa kategori iaitu kertas hitam putih akan diasingkan dengan kertas yang berwarna dan licin. Contoh kertas berwarna adalah seperti majalah dan risalah manakala kertas licin merujuk kepada resit pembelian yang digunakan di pasaraya di negara ini. Jenis bahan kitar semula lain yang dikumpul ialah sisa kotak. Sama seperti kertas, kotak juga mempunyai kategori yang tersendiri. Pihak Tzu chi membahagikan kotak kepada dua kategori iaitu yang berlubang dan tidak berlubang. Bagi tujuan memudahkan proses penimbangan surat khabar dan buku ahli Tzu Chi menggunakan tali pengikat terpakai sebelum ditimbang.
Hasil penelitian yang dijalankan di pusat pengumpulan Kingfisher, pihak persatuan berupaya mengumpul sisa boleh kitar dalam jumlah yang agak banyak. Untuk bulan Oktober sisa terkumpul adalah sebanyak 682.5 kg dan 1164 kg pada bulan November (rujuk jadual 1). Walaupun jangka waktu operasi amat singkat iaitu bermula dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi namum jumlah yang dikumpul amat memuaskan. Jika kesemua 16 pusat pengumpulan memperolehi jumlah yang sama maka jumlah yang dapat dikumpul setiap bulan adalah melebihi 1 tan.
Jadual 1: Jumlah bahan sisa pepejal yang dikumpul oleh pihak Tzu Chi di pusat pengumpulan Kingfisher, Kota Kinabalu pada bulan Oktober dan November 2016.
Jumlah (Kg)
Bil Jenis Bahan Kitar Semula Oktober November
1 Surat Khabar 228 457
2 Kertas Campur (Mixed Paper) 79 214
3 Kotak 31 65.5
4 Kertas Hitam Putih 69 247.5
5 Plastik (Kod 1) 151 40
6 Plastik (Kod 2) 26 46.5
7 Plastik (Kod 3) 5.5 20
8 Pakaian 71.5 26.5
9 Aluminium 3 4
10 Kertas Licin 8.5 16
11 Besi 10 27
12 Cd - -
13 Bateri Kereta - -
Jumlah 682.5 1164
amat ketara kerana majoriti sukarelawan di sini adalah terdiri daripada golongan wanita yang sudah berusia (dalam lingkungan 40 tahun ke atas). Kekurangan golongan lelaki sedikit sebanyak menyukarkan sukarelawan wanita terutamanya ketika mengangkut barang berat seperti surat khabar. Mereka tidak mempunyai kudrat yang kuat dan sering mengadu sakit pinggang. Oleh itu, pihak Tzu chi sangat memerlukan orang ramai untuk menjadi sukarelawan terutamanya tenaga golongan lelaki muda untuk membantu persatuan di semua pusat pengumpulan kepunyaan mereka.
Selain itu, sukarelawan Tzu Chi juga berisiko tinggi mengalami kecederaan terutama ketika mengendalikan barang-barang seperti tin-tin minuman dan makanan. Ini kerana pemerhatian mendapati tidak semua ahli sukarelawan peralatan seperti sarung tangan ketika melakukan pengasingan. Masalah lain yang dihadapi oleh Tzu Chi ialah kebanyakan orang ramai yang datang untuk menghantar barang kitar semula di pusat pengumpulan Kingfisher tidak menyusun barang kitar semula mengikut jenis yang ditetapkan seperti kertas, plastik, tin, dan botol malah mencampuradukkan barang-barang tersebut dalam satu bekas yang sama. Ini menyukarkan sukarelawan untuk mengasingkan sisa mengikut kategori dan mengambil masa yang lama untuk melakukannya.
Di samping itu, kekurangan fasiliti di tempat pengumpulan kitar semula juga menyukarkan sukarelawan Tzu Chi. Di pusat pengumpulan kingfisher, ruang yang ada agak sempit untuk mengasingkan sisa mengikut kategori dan ini sedikit sebanyak menyukarkan sukarelawan. Di Pusat tersebut, sukarelawan terpaksa menggunakan ‘kanvas’ sebelum memulakan aktiviti agar barang-barang yang dihantar tidak kotor. Oleh itu, kerjasama pihak lain dalam melicinkan kerja-kerja persatuan ini amat diperlukan agar aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik dan sistematik.
Selain itu, sukarelawan Tzu Chi perlu disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kerana pada masa ini kebanyakkan sukarelawan Tzu Chi hanya terdiri daripada mereka yang bangsa Cina dan beragama Buddha. Ini boleh membantutkan kegiatan ini kepada bangsa lain kerana dikhuatiri aktiviti tersebut hanya untuk golongan tertentu sahaja. Oleh itu sukarelawan Tzu Chi perlu mencari ‘jalan’ untuk menarik minat masyarakat bukan Cina untuk turut serta dalam aktiviti kitar semula.
Kesimpulan
Masalah sisa pepejal perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada manusia dan juga alam sekitar. Oleh itu, kewujudan NGO seperti Persatuan Tzu Chi dalam isu ini adalah satu rahmat kerana dapat membantu pihak PBT menangani lambakan sisa yang berterusan. Sebagai rakyat Malaysia kita harus menjaga alam sekitar tidak kira dimana kita berada. Salah satu usaha adalah dengan menyertai Persatuan Tzu Chi sebagai seorang sukarelawan dalam menjalankan aktiviti kitar semula. Memahirkan diri dalam proses aktiviti kitar semula yang telah berlajar daripada Tzu Chi dan mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Namum terdapat beberapa masalah yang telah wujud dan masalah ini harus dipertimbangkan oleh pihak berkenaan untuk melancarkan aktiviti kitar semula.
RUJUKAN
A. Ahsan, M. Alamgir, M. Imteaz, N.N Nik Daud, R. Islam (2012). Role of NGOs and CBOs in Waste Management. Iranian J Publ Health, 41(6), ms 27-38.
Abhijit Biswas, Jane W. Licata, Daryl McKee, Chris Pullig and Christopher Daughtridge (2000). The Recycling Cycle: An Empirical Examination of Consumer Waste Recycling and Recycling Shopping Behaviors. Journal of Public Policy & Marketing, 19(1), ms 93-105. Achyut Luitel (2008). Best Practices on Solid Waste Management of Nepalese Cities.
Kathmandu: Practical Action Nepal.
Calvin Fred (1999) Waste Management in New York. Edt. 2. Vol.1 Ottawa College University. United State.
CH. Raghumani Singh and Mithra Dey (2015). Role of NGOs in Solid Waste Management: A Study in Different Municipalities of Manipur, India. Current World Environment, 10(1), ms 161-170.
David H. Folz and Joseph M. Hazlett (1991). Public Participation and Recycling Performance: Explaining Program Success. Public Administration Review, 51(6), ms 526-532.
Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Sarifah Yaacob (2012). Masyarakat dan amalam Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah Kelestarian Komuniti: Kes Isi Rumah Wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Journal of Society and Space. 8(5), ms 64-75.
Hew Kwee Heong. (2012). Event Give A Helping Hand to US Hurricane Victims. The Wolrd of Tzu Chi Monthly, 34, ms 20-24.
Irina Safitri Zena, Zainura Zainon Noor, dan Rafiu Olasunkanmi Yusuf (2014). The profiles of household solid waste recyclers and non-recyclers in Kuala Lumpur, Malaysia. Habitat International 42, ms 83-89.
John Oven (2008, November 11). The Tzu Chi Foundation-the world’s largest Buddhist Charity. The Register, p.p 1.
Mohamad Mokhtar (2010). Kualiti dan Kebersihan Alam Sekitar. Dewan Bahasa dan Perpustakaan. Kuala Lumpur, Malaysia.
Nur Asfizatul Binti Abd Razak. (2015). Penglibatan NGO dalam Kitar Semula Kajian Kes: Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi. Universiti Malaysia, Sabah Kota Kinabalu.
Pemahaman falsafah Alam Sekitar pada Master Cheng Yen: Penglibatan Tzu Chi dalam Aktiviti Kitar Semula (n.d.). Dicapai daripada www.Tzuchi.net.
Seow Ta Wee. (2004). Pengurusan Sisa pepejal Di Malaysia. Jurnal Sains Sosial. Parit Raja: Penerbit KUiTTHO. 2(1), ms 9-25.
Siti Mazwin Kamaruddin (2012). Facilitating Opportunities for Social Learning about Sustainable Waste Management. New Zealand: University of Canterbury.
Tan. J.E. (2014). Community Recycling: Taiwan Buddhist Tzu-Chi Foundation Malaysia. Linking Sustainable Development with the Social dan Solidarity Economy (SSE). Dicapai daripada https://sdg-sse.org/en/projects/community-recycling-taiwan-buddhist-tzu-chi-foundation-malaysia/
Yiing Chiee Moh dan Latifah Abd Manaf (2014). Overview of household solid waste recycling policy status and challenges in Malaysia. Resources, Conservation and Recycling,ms 50– 61.