Masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan muda yang bermastautin di negara tersebut . Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji keadilan, guru-guru yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas , rakan-rakan seperjuangan yang turut sama berjuang untuk bergelar juara serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Teguh berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, “Program televisyen yang berbentuk hiburan merupakan factor kemerosotan pencapaian akdemik dalam kalangan pelajar di sekolah” .apa yang saya bakal utarakn mengenai tajuk ini berkait rapat dgn masalh pelajar pada masa sekrang ini. Bibir saya bukan diretak panas ,bahkan banyak kesan buruk yang kita dapat lihat yang berlaku dlm kalangn para pelajar hari ini
Hadirin sekalian,
Terungkapnya pembuka bicara daripada bibir saya sebentar sahaja tadi bukan hanya sekadar kiasan, tidak pula sebagai hiasan namun ia merupakan sebuah hipotesis yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang rapi serta pemerhatian yang teliti.
Remaja ialah
Tulang Belakang negara. Jelas terbukti bahawa remaja pada masa kini mencerminkan masa depan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, golongan separa matang ini merupakan benih-benih yang bakal bercambah dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jika mereka dijaga dandibesarkan dengan baik, maka cerahlah masa depan negara tersebut. Namun, jika mereka diabaikan dan tidak mendapat pendidikan yang optimum maka hancur berkecailah masa depan negara tersebut.
TELEVISYEN adalah media yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat terutama golongan pelajar. Televisyen menayangkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan. Pelajar merupakan golongan yang teramai menonton televisyen. Rancangan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan, seperti kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan ketenangan,
menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi kartun di televisyen sering berorientasikan hiburan yang patut dijauhi kerana ia bukan mematangkan tetapi menjadikan pelajar berfikiran negatif.MENONTON RANCANGAN TELEVISYEN YANG BERBENTUK HIBURAN DENGAN MELAMPAU
Ikan di hulu tuba di hilir yang
bermaksud perbuatan sia ai
Banyak kesan negatif menonton televisyen kepada golongan pelajar, bukan hanya terhadap fizikal menurut sains tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku.
Antaranya ialah menjejaskan prestasi akademik. Menurut laporan Jabatan
Otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika kita tidak membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak melatih otak, ia juga akan lemah.
Kemahiran bahasa boleh dirangsang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen.
Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen menayangkan rancangan dan pelajar sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.bab kata pepatah Fikir itu pelita hati
Remaja yang terlalu taksub dengan rancangan hiburan realiti akan membazirkan masa tanpa berfaedah. Setiap detik yang berlalu hanya membawa minda mereka ke alam hiburan realiti. Mereka sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan rancangan hiburan itu sambil terus meminggirkan perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya pelajaran. Sebagai contoh, apabila rancangan Akademi Fantasia hampir ke udara, maka perasaan teruja akan menyebabkan remaja yang fanatik dengan rancangan itu akan melupakan hal-hal yang lain. Dalam konteks ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa rancangan realiti di televisyen mengakibatkan tumpuan pemikiran remaja beralih dari bidang akademik ke bidang yang remeh-temeh. apabila mereka mengabaikan pelajaran akan mempengaruhi keputusan peperiksaan.justeru jgn sampai seperti nasi menjadi bubur kerna sesal dahulu pedapatn sesal kemudian tiada gunanya lagi.
Hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian
.Gejala yang paling membimbangkan marcapada ini ialah pengaruh hedonisme yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Hedonisme merujuk kepada fahaman atau pegangan yang mementingkan hiburan dan keseronokan dalam kehidupan. Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Kemunculan rancangan hiburan yang berbentuk realiti telah menjadi virus yang menyebabkan barah dalam masyarakat semakin parah. Fanatisme terhadap hiburan telah menjadikan golongan remaja semakin alpa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Keseronokan menghayati dunia hiburan telah mengatasi segala-galanya. Kaset, cakera padat, cakera padat video, cakera padat digital dan lambakan majalah hiburan memenuhi ruang kamar remaja. Demikian juga halnya dengan gambar dan poster bintang pujaan mereka yang memenuhi dinding, fail dan kulit buku remaja pelajar. Lantas, sajian rancangan hiburan berbentuk realiti telah menyubursegarkan fahaman hedonisme dalam kalangan remaja. Pendirian yang tidak tetap.I BARAT Kemana angin deras, kesitu condongnya mendatngkn byk lagi kesan negative pada pelajar
Tambahan pula, program berbentuk hiburan itu turut memaparkan
kita. Sudah banyak kali kita mendengar komentar masyarakat yang mengaitkan dengan kehilangan adat sopan generasi muda akibat terlalu terpengaruh dengan budaya yang mereka tonton di televisyen itu. Budaya memarahi ibu bapa, bergaduh dengan guru dan mengeluarkan bahasa kesat sudah dianggap biasa kerana masyarakat sering melihat adegan sebegini di televisyen. Jelaslah, masyarakat kita semakin melupakan adat sopan ketimuran yang suatu masa dahulu amat kita banggakan sudah hilang lantaran terlalu banyak menonton adegan yang kurang sesuai di televisyen pula. Oleh demikian Buang yang keruh, ambil yang jernih
Begitu juga penggunaan bahasa dalam rancangan hiburan yang disiarkan menerusi televisyen telah menyebabkan kebudayaan tradisional kita terjejas. Akibat aspek masa dan cuba menjadikan rancangan hiburan itu lebih menarik, penggunaan bahasa yang rojak dan tidak tepat digunakan secara meluas sehingga menjadikan masyarakat sukar hendak
membezakan penggunaan bahasa yang betul. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang menganggap bahasa dalam televisyen itu lebih betul berbanding dengan tatabahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di negara ini. Maka, kekeliruan sebegini menjadikan bahasa kebangsaan kita akan diperlekehkan penggunaannya oleh pihak-pihak tertentu sehinga menjejaskan imej kebudayaan tradisional negara kita pada jangka masa panjang pula.
Kesimpulannya, televisyen memberi pengaruh yang besar dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada pelajar. Pelajar harus bijak memilih rancangan yang sesuai yang mendatangkan manfaat. Jauhi sebarang rancangan yang boleh