1
Sastera Memperkasa Bangsa dan Negara
1 OlehSham Hidie
(Universiti Brunei Darussalam)
Sastera tidak hanya terbatas dalam pengertian yang sempit iaitu sesuatu yang hanya terlingkup dalam ruang kreatif prosa, puisi dan drama. Ruang sastera amatlah luas kerana ia melatari alam kehidupan manusia dalam pelbagai dimensi, bentuk, jenis dan hierarki. Malah, ia amat jauh daripada anggapan sesetengah orang bahawa sastera hanyalah bacaan, tuturan dan perlakuan angan-angan yang tidak berpijak di bumi nyata.
(Zefri Ariff Brunei, 2006: 56)
Di Balik Tirai
Ada sesetengah orang pernah berkata, ‘Apa ada pada sastera?’, ‘Pentingkah sastera kepada
kita?’ ‘Siukkah sastera itu?’. Kata mereka sastera hanyalah untuk hiburan, mengisi masa lapang
masa terluang, hanya untuk berkhayal berimaginasi dan sekadar untuk main-main saja. Mungkin
mereka melihat dari aspek yang sempit, mereka tidak cuba menjangkau luar dari ruang tersebut.
Mereka tidak melihat keterkaitannya dengan politik dan daya kepimpinan, akal budi, agama,
patriotisme nasionalisme, budaya, ekonomi, pendidikan, pemikiran, pedoman hidup, teknologi
dan sebagainya. Sastera dan kesusasteraan itu sendiri mencakupi segala aspek disiplin dan nilai
kehidupan manusia, mensarwajagat dalam kosmos kehidupan berbangsa dan bernegara.
1
2
Sastera dan kesusasteraan merakam bermacam-macam perlakuan dan pengalaman
manusia, baik dalam korpus berbahasa, berkesenian dan berbudaya melalui medium lisan
seterusnya berkembang ke medium tulisan. Apakah boleh dikatakan sebagai sebuah negara
bangsa yang maju jika kita buta atau sengaja membutakan mata, memekakkan telinga
membisukan mulut terhadap bahasa, sastera dan budaya kita? Sifat negara maju tidak
mengabaikan dan meminggirkan bahasa, seni sastera dan budaya mereka.
Melalui sastera kita berupaya memajukan agama, bangsa dan negara. Kita dapat melihat
sendiri buktinya melalui karya-karya sastera kita, baik karya sastera tradisional mahupun moden.
Pembinaan modal insan cemerlang dan kemajuan bangsa dan negara berwawasan boleh
terbentuk dan terbina dengan mengambil tamsil dan iktibar, cerminan dari sastera itu sendiri.
Perbendaharaan kesusasteraan kita tidak miskin dari menyatakan semua itu. Sastera dan
kesusasteraan kita memiliki kedudukan yang istimewa bagi bangsanya kerana di dalamnya
tersimpan perbendaharaan yang teramat bernilai bagi kehidupan manusia itu sendiri.
Dalam sastera, aspek-aspek yang membentuk nilai manusia dan kemanusiaan tidak
bergerak berasingan bahkan berjalan seiring dan rapat dengan tradisi ilmu, semangat, roh, dan
kekuatan jiwa bangsa itu sendiri. Sastera punya falsafah, pemikiran dan nilai-nilai yang berupaya
membentuk dan memperkasakan bangsa itu. Di dalamnya termuat segala aspek yang mampu
membentuk dan membina modal insan cemerlang dan jati diri berbangsa dan bernegara.
Dalam usaha membina, membentuk dan mencorak bangsa dan negara iaitu dalam rangka
mencapai wawasan dan aspirasi negara, karya sastera berupaya menjadi pemangkin serta
menjadi sumber inspirasi dan aspirasi ke arah pembentukan kekuatan dan karekterisitk bangsa.
3
minda dan keperibadian, sahsiah, jati diri masyarakat. Karya sastera dapat memberi pencerahan
pada masyarakat, khususnya masyarakat moden akan hambatan, cabaran, rintangan dan
keperluan dalam pembangunan. Sastera melestarikan dan memanifestasikan nilai-nilai peradaban
manusia yang berbangsa, berbudaya dan beragama, memperkenalkan nilai-nilai manusia dan
kemanusiaan universal dan ideal, melatih kecerdasan emosional, dan mempertajam sensitiviti
seseorang.
Karya sastera mempunyai relevansi dengan masalah-masalah manusia dan dunia sejagat.
Sedari dulu sehingga kini karya sastera tidak pernah mati bahkan sentiasa hidup, berkembang
seiring masyarakatnya. Karya sastera berupaya mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa
merekalah yang bertanggungjawab terhadap perubahan tersebut. Kehalusan jiwa dan minda
masyarakat dididik oleh sastera-memberi motivasi kepada masyarakat untuk sentiasa berfikir dan
berbuat sesuai dengan perkembangan diri dan masyarakat serta mendorong munculnya rasa
prihatin, keterbukaan dan keterlibatan masyarakat dalam pembangunan. Sastera juga mendorong
masyarakat untuk menerapkan moral yang baik dan luhur dalam kehidupan dan menyedarkan
manusia akan tugas dan kewajipannya selaku makhluk tuhan, makhluk sosial dan memiliki
keperibadian yang luhur dan terpuji.
Tradisi sastera berencana yang dimulai dari istana raja-raja Melayu telah memperlihatkan
dan membuktikan sendiri keagungan peradaban dan tamadun bangsa Melayu. Mengapa istana?
Istana merupakan pusat tertinggi dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu, pusat
kedaulatan sultan-sultan Melayu dan tempat berhimpunnya para intelektual, budayawan,
karyawan, dan para ulama. Istana turut berperanan sebagai kegiatan dan penyebaran ilmu
4
penghasilan undang-undang Islam, penyimpanan buku-buku dan hasil karya pengarang tempatan
dan asing.
Cuba kita lihat sejenak beberapa karya yang terlahir dari istana seperti Syair Awang
Semaun, Salasilah Raja-Raja Brunei, Syair Rakis, syair-syair karya Sultan Omar Ali Saifuddien
yang jelas lahir dari minda dan jiwa pengarang istana yang telah memperlihatkan ketinggian
tamadun bangsa dan negara Brunei. Nilai-nilai estetik dan artsitiknya jelas memperlihatkan misi
dan visi, dari kacamata pengarangnya akan peri mustahaknya membina dan membentuk
keunggulan berbangsa dan bernegara itu dengan menggunakan sastera sebagai medianya.
Dengarkan ibarat dagang yang bodoh Harapkan ampun bersungguh-sungguh
Empat perkara jalannya teguh Boleh menjadi pekerjaan kukuh
Pertama kadi yang bijaksana Kedua doktor yang arifsana Ketiga lasgar pilihan sempurna
Keempat saudagar arif teruna
(Syair rakis, 1983: 76)
Kesusasteraan kita kian berkembang di kalangan rakyat justeru melahirkan banyak karya
yang dapat membuka ruang intelek, membina sahsiah jati diri dan nilai sosialisasi masyarakat
seperti diandangan, patuturan, pantun Melayu lama dan sebagainya. Dari teks tradisional
seterusnya kian berkembang dan terus ke hadapan dengan terbitnya banyak hasil karya moden
dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen, novel dan drama. Misi dan visi pembangunan bangsa
5 Sastera dan Bahasa: Satu Sinergi
Pentingnya peranan sastera itu kerana sastera itu sendiri menggunakan bahasa sebagai medium
utamanya. Bahasa itu sendiri merupakan ciptaan sosial, lambang ketamadunan dan
keintelektualan masyarakat pengguna bahasa tersebut. Melalui bahasa, sastera mampu
menampilkan gambaran dan cerminan kehidupan, dan kehidupan itu sendiri adalah suatu
kenyataan sosial.
Bahasa digunakan pengarang sebagai media utama untuk menyampaikan idea atau
gagasannya kepada masyarakat luas. Bahasa itu sendiri menjadi jambatan kukuh, alat
komunikasi yang menghubungkan pengarang, melalui karyanya kepada masyarakat luas. Melalui
bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang
mesej dan keindahan dalam seni sastera.
“Kau boleh gunakan komputer di UBD ini. Gunakanlah teknologi canggih sekarang. UBD mempunyai teknologi itu.”
“Memanglah saya gunakan alat tersebut pak. Tetapi saya perlu mengejar masa sekarang. Masa terlalu menghimpit.”
“Itu bukan masalahnya. Yang penting kau perlu melaksanakan
sebagai seorang mahasiswa sesebuah universiti. Seseorang mahasiswa
tidaklah goyang kaki. Tetapi mencari sebanyak mana pengalaman dan
kemahiran untuk kau dan masyarakat. Nanti bila keluar kau boleh
gunakan kemahiran-kemahiran itu untuk kesejahteraan masyarakat. Ingat
seorang mahasiswa universiti tidak statik. Jika dia statik dan beku
bermakna dia bukan menimba kemahiran tetapi sekadar untuk
menumpang dan memetingkan dirinya sendiri.” Aku cuma tunduk
mendengar nasihat-nasihatnya itu.
6 Prospek Sastera Kini
Dengan menyelak kembali sejarah bangsa kita, sastera pernah menjadi wahana dalam
menyemarakkan nilai patriotisme dan nasionalisme serta semangat kebangsaan di kalangan
masyarakat Melayu. Sastera menjadi mekanisme tegar dalam menerbitkan, menumbuhkan dan
menyuburkan semangat cinta kepada tanah air, perjuangan kemerdekaan, cintakan raja, menuntut
hak masyarakat, membentuk semangat perpaduan dan sebagainya. Dari matlamat tersebut
lahirlah ramai penulis kita yang berdiri di atas landasan sedemkian, antaranya Yura Halim, Adi
Kelana, Adi Wahab, Adi Asma, Adi Marhaen, K. Manis, Yahya M.S, Muslim Burmat, A. Rahim
Timbang, Pattani, Mussidi, Norsiah Gapar, dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).
Banyak karya penulis tersebut cuba mnimbulkan kesedaran kepada bangsa tentang betapa
sakitnya negara di bawah kuasa luar, ancaman politik, budaya, agama dan sebagainya.
Tersedar beta dari ingatan teringat beta nasib tanggungan miskin hina rendah penglihatan jauh terombak rasa kesenangan.
Beta mengeluh ingatkan untung nasib bangsa untuk negara hidup diperas azab ditanggung
oh sakitnya, wahai sengsara.
Nyaring merdu ‘Hidup Melayu’
sumbang suara hidup merdeka mengingatkan beta di abad lalu
zaman keesaan negara pusaka. […]
7
Hingga ke hari ini semangat sedemikian masih bersemarak dan membara apabila kita
mendapati semakin banyak penulis antaranya penulis muda yang menghasilkan karya-karya
kreatif mengenai kemerdekaan. Semacam tidak lengkap rasanya jika mana-mana majlis atau
acara sastera tempatan tidak mengetengahkan sebarang hasil karya berkaitan kemerdekaan, baik
berupa persembahan ataupun pertandingan.
Melihat kepada perubahan dan kemajuan dunia yang pesat, tuntutan dalam kehidupan
juga turut berubah. Kita tidak akan pernah tahu dan dapat mengagak apa yang akan berlaku dan
kita dapatkan pada masa hadapan. Namun masa lalu dapat dijadikan iktibar dan panduan dalam
menghadapi hari mendatang.
Begitu juga dalam sastera, sentiasa dinamik dan tidak statik. Melihat kepada prospek
sastera dalam pembangunan bangsa dan negara dulu dan kini, kesusasteraan kita sentiasa punya
misi dan visi yang berjalan seiring roda zaman walaupun sering menerima hambatan dan cabaran
globalisasi. Dunia kini serba pantas dan banyak dugaan. Di mana-mana manusia mengejar
kemajuan dan kemodenan. Begitu juga sastera kita, perlu digerakkan seiring arus kemajuan dan
kemodenan globalisasi dengan tidak mengabaikan Melayu Islam Beraja (MIB).
Dengan lisan dan tulisan sebagai modal awal dalam rangka membangun bangsa dan
negara itu, kita sebenarnya dapat melebarluaskan lagi korpus sastera kita, sesuai dengan
kreativiti dan tuntutan semasa. Terdapat banyak cara, ruang dan peluang untuk kita
merealisasikan dan melaksanakan wawasan bangsa dan negara melalui bidang sastera. Cita-cita
kemerdekaan, perjuangan negara, pembinaan bangsa, mendaulatkan raja, dakwah Islamiah, dan
8
dan ditegakkan dalam banyak karya sastera tradisional juga moden. Antara bidang baru yang
boleh diterokai masa kini adalah seperti:
1. Sastera siber
Seiring dengan perkembangan zaman kini yang sudah semakin maju ke hadapan, internet
menjadi suatu keperluan penting dalam kehidupan walaupun tidak sepenuhnya menggantikan
keperluan manusia. Melalui ruang internet, sastera dapat disebarluaskan dengan lebih mudah,
komuniti sastera siber dapat dibentuk justeru perkembangan sastera semakin dinamik, cepat dan
tidak statik.
Ruangan maya yang mengisi sudut-sudut sastera kini sudah banyak tercipta tumbuh dengan
pesatnya. Dengan internet selaku mediumnya, website, blog, ruangan maya sastera kini dapat
dilayari oleh masyarakat. Informasi dan bahan-bahan sastera kini berada di hujung jari dan
dengan mudah dapat diakses. Sekelip mata sahaja pengguna internet berupaya memperolehi
keperluan mereka.
Sebagai contoh, website E-Sastera dari negara jiran yang mula dibina tidak lama dulu dan
masih aktif sehingga kini telah menerima pengunjung dalam jumlah yang tidak sedikit. Ruangan
tersebut menyediakan pelbagai menu sastera yang sentiasa dikemaskini, baik bahan bacaan
kreatif genre tradisional dan moden, juga menyediakan beberapa sayembara dan pertandingan
berkaitan sastera, kebiasaannya mencipta karya kreatif seperti sajak. Baru-baru ini ruangan
tersebut telah mengadakan pertandingan mencipta sajak berkaitan MH370 dan waktu akhir
menghantar karya adalah apabila berita mengenai penemuan MH370 dimaklumkan atau apabila
9
Dalam situasi tempatan, pertumbuhan dan perkembangan sastera siber masih di tahap
merangkak walaupun rata-rata masyarakat kita sudah boleh menggunakan internet dengan baik.
Pelbagai bahan bacaan sastera kreatif disajikan baik di blog-blog, laman-laman sosial anak-anak
tempatan. Tidak kurang juga terdapat pertandingan sastera yang dikendalikan di ruang siber. Ini
suatu suasana yang baik dan positif dalam melestarikan dan usaha memanifestasikan sastera kita
ke media baru.
2. Sastera dan ekonomi
Sastera mampu menjadi pemangkin dan penjana kepada pembangunan dan perkembangan
industri kreatif, di samping menjana ekonomi. Selain itu juga sebagai salah satu usaha untuk
melestarikan sastera, bahasa dan budaya. Bidang industri kreatif sangat berpotensi luas dan
dapat dimajukan serta dikembangkan dengan pelbagai cara, yang mampu menarik sumber
ekonomi kepada segenap lapisan masyarakat yang turut serta.
Antara strategi pemasaran ekonomi sastera adalah dengan mengaitkan sastera dan
pelancongan. Selain dari menerima kunjungan para pelawat ke dalam negeri, mereka juga dapat
dibawa ke tempat-tempat menarik di Negara Brunei Darussalam, antaranya Jong Batu Nakhoda
Manis dan Lumut Lunting yang kedua-duanya terletak di hulu dan hilir Sungai Brunei. Selain
dapat menarik sumber kewangan dari pelancong dalam dan luar negeri yang berkunjung, mereka
juga mendapat keistimewaan tertentu seperti mendapat nilai pengalaman dan ilmu, mengetahui
beberapa cerita rakyat Brunei seperti cerita Nakhoda Manis dan Lumut Lunting tersebut.
Selain itu, melalui pengalaman penulis sendiri menjalankan beberapa siri produksi ‘Rumah
10
seimbang- penonton mendapat hiburan dan pendidikan melalui cerita-cerita rakyat Brunei
manakala melalui produksi ‘Rumah Pusaka’ tersebut berupaya menjana ekonomi ahlinya.
3. Sastera dan media massa
Media massa sangat berperanan penting dalam perkembangan dan kemajuan sastera negara.
Sastera berupaya kita gerakkan dari berada di takuk lama kepada suatu penjanaan baru melalui
prospek media massa, media hiburan khususnya.
Di negara jiran, kita telah menyaksikan dan merasai sendiri bagaimana mereka dapat
memanfaatkan dan mensejajargalurkan serta memadukan antara karya sastera dengan media
hiburan masa kini, iaitu wayang. Beberapa buah karya sastera telah dipindah ke layar perak (asal
dari buku ke wayang) antaranya Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Laskar
Pelangi, siri Harry Potter, Lord of The Rings, dan banyak lagi. Dengan sambutan yang baik dari
para penonton, balik kepada kaitan sastera dan ekonomi, cara sedemikian juga mampu
menggerakkan industri kreatif serta menjana ekonomi.
Selain itu dengan banyaknya koleksi puisi-puisi, sajak-sajak hasil pengarang dahulu dan
kini sebenarnya dapat dimanfaatkan kepada suatu medium lain, antaranya lagu puisi. Di luar
negara, bidang lagu puisi mendapat sambutan yang baik dari pendengar dan penikmat lagu dan
ini jauh bezanya di negara kita. Manakan tidak, jumlah lagu-lagu puisi yang dicipta dan
diketengahkan oleh pencipta lagu tempatan adalah terlalu amat sedikit dan rata-rata masyarakat
pendengar tidak mengetahuinya. Lagu pop kontemporari dan berbentuk komersial lebih banyak
membanjiri ruang-ruang radio tempatan kita. Mungkin suatu hari kita akan dapat mendengar
11
dalam di pasaran lagu dalam atau luar negeri dan seterusnya dicalonkan dalam mana-mana
anugerah lagu tempatan.
Melihat kepada fokus radio selaku medium hiburan menyebarluaskan puisi, pantun masih
mendapat tempat di halwa telinga para pendengar tempatan. Kita beruntung kerana masih dapat
menikmati pantun setiap petang selasa dan mukun setiap petang ahad di rangkain Harmoni F.M.
selain berbentuk hiburan, secara tidak langsung minda dan pemikiran kita turut terdidik dengan
kemahiran berbahasa dan berfikir dan secara tidak langsungg melalui ruangan terebut usaha ke
arah pelestarian sastera, bahasa dan budaya sentiasa berjalan.
Sastera dalam ruangan rancangan televisyen sangat kurang atau mungkin tidak ada
langsung dipertontonkan kepada khalayak kecuali pada siri rancangan tertentu, seperti rancangan
‘Gema Seni 30 Tahun Kemerdekaan’ terbitan Radio Televisyen Brunei beberapa minggu lepas.
Rancangan tersebut menampilkan beberapa persembahan sastera antaranya deklamasi puisi,
tambang syair, pantun, lagu puisi, dan lain-lain. Beberapa siri rancangan realiti televisyen telah
disiarkan dan berupaya menarik ramai penonton antaranya ‘Akademi Fantasia’, ‘Amazing Race’ dan sebagainya, apa mungkin satu rancangan realiti televisyen sastera dapat diterbitkan oleh
mana-mana badan penyiaran dalam atau luar negara?
Sasterawan (penulis) dan Pembaca Berpisah Tiada
Dilihat sepintas lalu, para penulis, pengkarya, sasterawan itu hanyalah manusia biasa tidak ada
beza dengan manusia lain. Tetapi, mereka ini telah dikurniai tuhan dengan suatu keistimewaan
yang tidak semua orang boleh memperolehinya. Mereka ini telah dianugerahkan dengan suatu
12
kreatif, hebat, berimajinasi dan berbahasa untuk menghasilkan karya. Mereka ini menghasilkan
produk dengan memanfaatkan manusia, masyarakat dan alam sekitarnya sebagai bahan mentah,
bahan asas untuk menghasilkan suatu produk yang dapat dimanfaatkan oleh manusia sejagat.
Karya sastera yang dihasilkan mereka sangat menarik untuk dibaca dan dinikmati bukan hanya
sebagai cerminan kehidupan bahkan selaku pandangan alternatif kepada apa-apa yang dilihat dan
difikirkan oleh manusia dan masyarakat.
Para pengarang telah menaburkan jasa yang besar kerana melalui tulisan mereka itu,
mereka telah memberikan suatu sumbangan jangka panjang yang tidak ternilai harganya. Selama
mana hasil tulisan mereka itu masih dibaca oleh masyarakat, selagi itulah pengarang tersebut
menyumbang ke arah pembinaan dan kemajuan minda masyarakat menuju kecemerlangan
tamadun bangsa dan negara. Dari sekian banyak karya-karya dan bahan bacaan yang ada di
pasaran, masyarakat pembaca mempunyai kuasa memilih mana karya dan bahan bacaan yang
dirasakan sesuai dan bermutu bagi mereka.
Jika para pejuang bertempur dengan senjata pedang, tombak, pistol, senapang dan
sebagainya di medan perang, justeru para sasterawan berjuang dengan pena dan kalam. Jika ahli
politik, ekonomis, sosialis dan sebagainya berseru dengan retorik masing-masing, para
sasterawan tidak kurang hebatnya. Dengan kelincahan dan kecerdikan akal pemikiran mereka
mampu membina bangsa dan negara bahkan mampu memusnahkannya.
Menutup Tirai
Sastera dapat dianggap sebagai ungkapan perasaan dan penglahiran pemikiran manusia
13
dapat membuka mata pembaca untuk mengetahui realiti kehidupan, sosial, politik dan budaya
dalam bingkai moral dan estetika. Sastera itu sendiri mampu menjadi tunggak dan pemangkin
kepada pembinaan, pembangunan dan pembentukan serta memperkasa jati diri bangsa sekaligus
mencorak wawasan negara Sastera kita sendiri dapat dicarukkan ke pelbagai bidang, disiplin
ilmu dan sebagainya dengan berpaksikan kepada Islam. Tinggal saja lagi kita yang harus
menggerakkan dan mencorakkannya.
Akhir kalam, memetik sebaris rangkap dari Syair Asli Rajang Hari karya Muda Omar ‘Ali Saifuddien;
Ambil yang baik sekira beguna, Jangan dipakai kalau tak kena, Contoh tauladan di sini sana, Silalah tegur wahai mengerna.
14 Bibliografi
Azrin H.G.M., “Peranan Kesusasteraan Dahulu dan Masa Kini: Satu Kesinambungan”, dlm.
Bahana, hlm. 43-47, Ogos 2009.
Haji Bujang Haji Matnor, 1997. Desa Pinggir Laut. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Haji Sulaiman Haji Duraman, “Sastera Membina Minda Masyarakat Ke Arah Kecemerlangan Tamadun Bangsa”, dlm. Bahana, hlm. 39-45, Februari 2010.
Jamil Sufri (peny), 1983. Syair Rakis. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah.
Mohd. Taib Osman, 1988. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muda omar ‘Ali Saifuddien, 2006. Syair Asli Rajang Hari. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhammad Abd. Latiff, 1980. Suatu Pengenalan: Sejarah Kesusasteraan Melayu Brunei.
Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz, “Erti Kesusasteraan Kepada Kehidupan Manusia”, dlm. Dewan Sastera, hlm.11-14, September 2005.