• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJAUH MANA INDIANISASI YANG BERKEMBANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJAUH MANA INDIANISASI YANG BERKEMBANG"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SKSE 1043 : ASIA TENGGARA : POLITIK DAN MASYARAKAT

SEMESTER 1, SESI 2014/2015

TAJUK 5 : BINCANGKAN SEJAUH MANA INDIANISASI YANG

BERKEMBANG DI ASIA TENGGARA MEMBANTU

MEMANTAPKAN EKONOMI MASYARAKAT ASIA TENGGARA

HARI : ISNIN ( 11.00-12.00 TENGAH HARI )

NAMA PENSYARAH : PN. ZUBAIDAH BINTI V.P HAMZAH

NAMA : R. AMRIE BIN ABADA

NO. MATRIK : A 149007

(2)

Setiap benua yang wujud di dunia ini semestinya sudah melalui peredaran zaman sejarah yang berbeza mengikut penyerapan dan pertembungan budaya yang telah berlaku di kawasan tersebut. Bermula dari zaman paleolitik sehinggalah kepada perkembangan zaman logam yang mana manusia sudah berupaya membentuk dan membina ketamandunan dan kerajaannya tersendiri. Asia tenggara sudah mula diteroka sejak zaman batu lagi dan kawasan yang bercuaca panas dan mempunyai musim kering yang baik merupakan kawasan yang menjadi tumpuan oleh penduduk yang menghuni kawasan Asia Tenggara ini. Hal ini disebabkan, daratan gunung berapi yang mempunyai tanah yang subur yang amat sesuai untuk aktiviti bercucuk tanam di samping cuaca yang stabil untuk pertanian.

Sejak zaman mesolitik lagi, Asia Tenggara sudah mula mempunyai peradabannya tersendiri dan dua tradisi yang diikuti oleh penduduk benua ini semasa zaman tersebut adalah tradisi Hoabihian dan tradisi Alat-alat Batu serpih. Ciri-ciri utama tradisi Hoabinhian adalah hidup berburu binatang besar dan menangkap ikan, membuat takar air dan hidup berpuak-puak, berpindah-randah dan lain-lain. Bagi ciri-ciri utama tradisi Alat-alat Batu Serpih pula adalah hidup berburu binatang kecil, menggunakan tembikar, menternak binatang dan sebagainya. Di zaman logam pula, penduduk Asia Tenggara telah beranjak kepada ciri ketamadunan yang lebih baik. Di zaman ini budaya Dong Son atau budaya gangsa di mana alat-alat gangsa telah mula digunakan di Asia Tenggara seperti di Dataran tinggi Korat. Sungguhpun demikian budaya ini bukanlah budaya gangsa yang tertua, ia merupakan hasil perkembangan budaya tempatan yang lebih awal dikenali sebagai Phung Nguyen.1 Antara tanda budaya ini ialah tong-tong air gangsa, baju gangsa, perisai gangsa dan

sebagainya.

Benua Asia Tenggara merupakan antara benua yang mengalami peredaran zaman sejarah ini. Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Tanah Besar dan juga Nusantara ataupun kepulauan. Tanah besar merangkumi negara yang kini dikenali dengan nama seperti Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan lain-lain manakala Nusantara pula terdiri daripada Malaysia dan Indonesia. Namun suatu ketika dahulu, sebelum munculnya negara-negara moden ini, Asia Tenggara menjadi sebuah entiti yang

(3)

dikuasai oleh sebuah kerajaan atau empayar yang muncul di kawasan ini.2 Geografi dan

fizikal Asia tenggara semenangnya begitu menguntungkan dan strategik sehingga ia menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk dijadikan tanah jajahan di samping memperoleh pelbagai manfaat yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan budaya.

Di awal kerajaan Asia Tenggara terdapat dua kerajaan yang menguasai kawasan lautan dan daratan di sesuatu kawasan benua ini. Kerajaan yang menguasai daratan Asia Tenggara dikenali sebagai kerajaan Agraria manakala kerajaan yang menguasai lautan pula ialah kerajaan Maritim. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang berasaskan pertanian. Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur di lembangan sungai dan di kawasan pendalaman.3 Contoh Kerajaan Agraria ialah Kerajaan Angkor dan Funan. Kerajaan maritim

pula, terletak di persisiran pantai dan menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut.4

Perdagangan merupakan kegiatan terpenting dan laut menjadi laluan utamanya maka wujudlah pelabuhan di persisiran pantai dan sungai. Contoh kerajaan Maritim ialah Kerajaan Champa, Chih Tu, Srivijaya, Majapahit dan Kedah Tua. Kerajaan yang mempunyai kekuasaan yang besar di Asia Tenggara ialah Kerajaan Funan dan Srivijaya. Kedua-dua kerajaan ini, ketika itu merupakan antara kerajaan yang menguasai hampir keseleuruhan kawasan Asia tenggara.. Di Asia tenggara terdapat pelbagai selat dan laut yang sememangnya merupakan alat terpenting dalam proses penyerapan dan penyebaran perkembangan tamadun. Ketika itu Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa dan Laut China Selatan bukan merupakan perbatasan. Laut dan Selat ini merupakan lebuh raya untuk menghubungi kawasan yang bertaburan.5

Dengan wujudnya laluan strategik, proses perdagangan dapat dijalankan dengan berkesan sehingga Asia Tenggara menjadi pusat tumpuan perdagangan yang utama. Pedagang dari China dan India datang berdagang ke Asia Tenggara. Pelbagai barang-barang berharga dan bermutu tinggi diperdagangkan. “The principal comodities included perfumed woods and resins, gold and precious stones, and spices and other condiments form

2 Ibid, hlmn vii.

3 Tony Windura, Peta Minda Langkah Demi Langkah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Hlmn 101.

4 Ibid, hlmn 101.

(4)

SouthEast Asia itself; silken yerns and fabrics, tea, and porcelains from China; high-quality cotton textiles from india glass items, rugs, and tapestries from the near East: and objects of art from all areas.6 Ketika aktiviti perdagangan giat dijalankan, di sinilah juga telah

tercetusnya penyerapan budaya luar yang dibawa masuk oleh penduduk di luar Asia Tenggara yang berkunjung ke benua ini. Pertembungan budaya juga telah berlaku di antara budaya luar dengan Asia Tenggara. Hal ini kerana, Asia Tenggara sudah mempunyai ciri-ciri ketamadunannya sendiri sebelum kemasukan pengaruh luar sehingga bertembung dengan budaya asing. Penyerapan budaya ini termasuklah kepercayaan agama dan budaya yang memberi pengaruh ke atas sosio-ekonomi di Asia Tenggara.

Di Asia Tenggara, Indianisasi atau pengindiaan merupakan antara pengaruh yang mula tersebar. Hal ini dapat dibuktikan apabila para sarjana berpendapat bahawa zaman sejarah di Asia Tenggara bermula dengan budaya pengaruh india, terutama pengaruh Hindu-Buddha.7 Ini adalah bukti bahawa sejarah yang wujud pada zaman sejarah Asia tenggara

iaitu indianisasi bertindak sebagai permulaan sejarah di Asia Tenggara. Proses pengindiaan di Asia Tenggara sememangnya memberikan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Asia Tenggara.

2.0 Definisi dan Proses Indianisasi

Indianisasi didefinisikan sebagai perubahan kebudayaan di Asia Tenggara yang dipengaruhi oleh budaya india. Akan tetapi ini tidak bermaksud bahawa sekiranya budaya India ini diserap masuk maka hilanglah budaya asli masyarakat Asia Tenggara. Proses indianisasi ini dikatakan mengalami perkembangan secara dua hala atau bertimbal balik.8 Ini

bermakna indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara bukan hanya dilakukan oleh orang india sahaja, sebaliknya penduduk-penduduk di Asia Tenggara juga mempunyai peranan mereka dalam memperkembangkan lagi proses indianisasi sekaligus memepercepatkan proses penyebarannya di Asia Tenggara. Selain itu, pengindiaan ialah unsur–unsur budaya india telah meresap masuk ke dalam budaya tempatan setelah berlakunya pertembungan antara dua

6 John F.Cady, Southeast Asia : Its Historical Development, McGraw-Hill Book Company, 1994, hlmn 21.

7Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Abdul Rahman Hj. Abdullah, KARISMA PUBLICATIONS, 2006, hlmn 16

(5)

budaya iaitu india dan budaya tempatan Asia Tenggara. Namun, ini tidak bermaksud budaya india akan diterima secara langsung, tetapi budaya yang diterima itu akan ditapis terlebih dahulu sama ada ianya sesuai dengan budaya tempatan ataupun tidak.

2.1 Hipotesis-Hipotesis Pengindiaan di Asia Tenggara

Terdapat tiga hipotesis yang menerangkan pengindiaan di Asia tenggara iaitu Hipotesis Vaisya, Hipotesis Kesyatria dan Hipotesis Brahmin.9

2.1.1 Hipotesis Vaisya

Visya merujuk kepada golongan pedagang India dalam kasta Hindu dan golongan ini merupakan golongan paling rendah dalam kasta india. Hipotesis vaisya ini dikemukan oleh N.J Krom yang menyatakan bahawa orang india di Asia Tenggara yang mula tiba di Asia Tenggara ialah para pedagang yang datang untuk berniaga dan ada antara mereka yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan akhirnya menetap di Asia Tenggara.10 Orang

india yang menjelajah jauh atas tujuan perdagangan adalah dipengaruhi oleh kemajuan sistem pengangkutan dan teknologi ketika itu sehingga mereka mampu sampai ke Asia Tenggara. Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh Coedes, dia berpendapat bahawa orang india sampai ke Asia tenggara untuk mencari bekalan emas ketika berlakunya kekacauan di Asia Tengah. India mencuba untuk mendapatkan emas daripada kerajaan Rom tetapi diharamkan kerana mengancam kestabilan emas kerajaan tersebut. Maka, orang india mengambil keputusan untuk belayar mencari sumber baru emas di Asia Tenggara yang merupakan bumi emas.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang dikemukakan oleh Krom dan Coedes iaitu bagaimanakah golongan kasta rendah boleh menyebarkan pengaruh india sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama hindu dan kemahiran dalam kesusasteraan dan bahasa Sanskrit. Namun, Krom menyangkal dengan menyatakan bahawa golongan vaisya berlayar bersama-sama golongan Brahmin iaitu golongan kasta tinggi yang mempunyai pengetahuan yang tinggi. Pendapat ini tidak memadai kerana golongan Brahmin dikatakan tidak begaul dengan golongan vaisya yang merupakan golongan kasta rendah. Di

9 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.,2008, hlmn 26.

(6)

samping itu bagaimanakah mungkin, golongan Brahmin menganggap menyeberangi lautan atau “air hitam” dan berhubung dengan orang gasar asing sebagai satu pencemaran, mahu mengikut pedagang-pedagang itu belayar ke Asia Tenggara?11

Berdasarkan teori ini jelaslah bahawa perdagangan merupakan faktor proses pengindiaan itu berlaku. Orang india yang datang ke Asia Tenggara bukan sahaja ingin menjalankan kegiatan perdagangan malah mereka juga menyebarkan budaya yang diamalkan oleh mereka kepada penduduk tempatan. Jelaslah di sini pada zaman dahulu, perdagangan merupakan aset yang mampu memperkembangkan kebudayaan sesuatu tamadun kepada satu tamadun yang lain.

2.1.2 Hipotesis Kesyatria

Kesyatria adalah merujuk kepada golongan pahlawan. Menurut hipotesis ini yang dikemukakan oleh C.C Berg, indianisasi telah tersebar luas oleh golongan pahlawan dan anak raja india. Menurut adat orang india, hanya raja sulung sahaja yang mempunyai hak ke atas pemerintahan selepas kematian bapanya. Maka, putera yang lain bertindak untuk keluar bersama-sama dengan pengikut mereka dari negeri asal untuk mencari tanah jajahan mereka sekali gus mendirikan sebuah kerajaan di situ. Selain itu, ada juga antara mereka yang telah mengembara disebabkan kekalahan dalam peperangan. Putera-putera dan pengikut mereka akan menjadi lanun dan belayar sehingga ke Asia Tenggara. Mereka akan merampas segala harta benda termasuklah juga merampas negara yang diduduki masyarakat di Asia Tenggara.

Seperti hipotesis vaisya, hipotesis ini juga mempunyai kelemahannya. Ia ditentang hebat oleh F.D.K Bosch yang mengatakan, seandainya ada seorang raja atau pahlawan india yang telah menakluki wilayah-wilayah rantau ini sudah tentu mereka atau keturunan mereka akan mencatatkan kejayaan mereka itu pada prasasti-prasasti atau sebagainya.12 Bosch

menyangkal pendapat ini kerana tiada sebarang catatan ditemui di Asia Tenggara untuk dijadikan bukti bahawa proses pengindiaan berlaku di Asia Tenggara dilakukan oleh golongan Kesyatria.

Berdasarkan teori ini, jelas menunjukkan bahawa golongan pahlawan telah berlayar sehingga ke Asia Tenggara setelah tidak ada lagi kepentingan buat mereka di tempat asal 11 Ibid, hlmn 28

(7)

mereka disebabkan mereka tidak layak mewarisi takhta dan mungkin juga disebabkan kekalahan dalam peperangan. Orang india ini seterusnya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan terus menetap di Asia tenggara sekali gus memudahkan lagi mereka untuk memperkembangankan budaya mereka.

2.1.3 Hipotesis Brahmin

Brahmin itu merujuk kepada golongan tertinggi dalam kasta india. Brahmin merupakan golongan mubaligh yang bertanggungjawab dalam menyebarkan agama orang india dan semestinya mereka ialah golongan elit yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan agama dan kesusasteraan. Golongan Brahmin dikatakan datang ke Asia Tenggara bersama-sama dengan pedagang India seperti yang dikemukan oleh Krom dalam hipotesis visya. Pengaruh dari india dapat dilihat melalui kerajaan Funan yang melibatkan golongan Brahmin. Kaundinya, seorang Brahmin telah datang ke Funan bersama-sama dengan golongan visya (pedagang) dan berkahwin dengan puteri tempatan.13

Seperti teori-teori sebelum ini, hipotesis Brahmin ini juga mempunyai kelemahannya. Sebagai contoh tindakan Brahmin yang meninggalkan tempat asalnya. Sudah dinyatakan sebelum ini, bahawa Brahmin merupakan golongan tertinggi dalam kasta india dan mendapat sanjungan yang tinggi, maka apakah dengan meninggalkan tempat asal mereka dianggap sesuatu tindakan golongan yang mempunyai martabat yang tinggi ? Selain itu, golongan Brahmin yang datang ke Asia Tenggara dikatakan telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Sedangkan, berkahwin dengan penduduk tempatan ini juga merupakan pantang larang bagi golongan Brahmin kerana orang asing dianggap tidak bersih.14

Walau bagaimanapun, berdasarkan pendapat Bosch, indianisasi juga dimulakan oleh mubaligh agama Buddha dan setelah menganut agama ini, penduduk tempatan akan mengembara ke India untuk mempelajari agama Buddha dengan lebih mendalam. Bukti yang lain adalah ketika era pemerintahan Asoka menjalankan ekspidisi untuk memgembangkan lagi agama Buddha dan contoh yang paling awal pada abad ke 3 Masihi di mana 2 sama Buddha iaitu Sona dan Uttara telah sampai ke Burman. Tuntasnya, teori ini menekankan 13 Ibid, hlmn 31

(8)

bahawa agama menjadi aset kepada proses pengindiaan di Asia Tenggara. Golongan Brahmin yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai agama Hindu-Buddha inilah yang telah menyebarkan agama tersebut. Walaupun golongan Brahmin tidak boleh bergaul dengan golongan berkasta rendah, namun disebabkan jemputan daripada Ketua Kerajaan Asia Tenggara telah mendorong mereka datang ke Asia Tenggara untuk menyebarkan agama dan kebudayaan India.

3.0 Ekonomi Asia Tenggara Sebelum Indianisasi

Sebelum indianisasi berlaku di Asia Tenggara, masyarakat Asia tenggara lebih mengamalkan aktiviti yang bercorak sara diri. Sara diri ini merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya bertujuan untuk sekadar meneruskan kelangsungan hidup sahaja ataupun hanya untuk menampung diri sendiri sahaja. Sebelum kedatangan pengaruh Indianisasi ke Asia Tenggara, masyarakat ini bergantung kepada amalan pertanian, perikanan dan penternakan. Pertanian paling utama ialah penanaman padi seterusnya diikuti oleh ubi keledek, cassava, pisang, tebu dan sagu.15

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tanah rata dan pendalaman, mereka menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Masyarakat di Asia Tenggara menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber makanan utama mereka iaitu dengan menanam padi. Padi menjadi sumber makanan utama penduduk Asia Tenggara di mana Sulawesi ketika itu menjadi kawasan terawal di Asia Tenggara yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Terdapat juga contoh aktiviti pertanian di New Guinea. In the highland of New Guinea, agricultural systems based on the drainage of swamps and the shifting cultivation of tubers on surrounding slopes had deleveloped indigenously by at least 6,000 years ago16.

15 Nabir Hj. Abdullah, Mohd Kamaruzaman Abd. Rahman, Mohd Zain Musa, Sejarah Asia Tenggara (Kebudayaan Dan Alam Sekitar), Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2000, hlmn 38.

(9)

Di samping itu, mereka juga melakukan aktiviti berburu dan memungut hasil hutan. Dengan hasil lebih pertanian seperti tanaman padi dan mendapat pungutan hasil hutan, mereka akan menjalankan sistem pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter bagi memenuhi keperluan antara satu sama lain. Selain itu, penduduk di Asia Tenggara juga menjalankan kegiatan lanun sebagai punca pendapatan mereka. Sebelum datangnya Indianisasi ke Asia Tenggara terdapat sebuah pelabuhan lanun yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa.

4.0 Ekonomi Asia Tenggara Selepas Indianisasi

4.1 Pertanian

Kedatangan orang india ke Asia Tenggara tidaklah membawa perubahan yang ketara ke atas pertanian penduduk tempatan. Perkembangan sistem pertanian ini berlaku apabila wujudnya sebuah kerajaan yang berupaya untuk memacu ekonomi mereka tersendiri untuk menjamin kelangsungan ekonomi yang baik. Kerajaan di Asia tenggara yang menjalankan aktiviti pertanian merupakan kerajaan Agraria seperti Angkor dan Funan. Penduduk tempatan masih lagi menjalankan kegiatan pertanian mereka seperti menanam padi. Akan tetapi sistem penanaman padi ini dipertingkatkan lagi dengan memajukan sistem tali air dan sistem parit. Sebagai contoh tindakan kerajaan Funan yang ketika itu berada di bawah pemerintahan orang India iaitu Kaundinya yang menaik taraf sistem tali air sistem parit dalam pertanian yang dijalankan. Malah, kerajaan Funan juga memperbaiki sistem penanaman dan penuaian padi. Mereka dikatakan menyemai sekali dan menuai tiga kali.17

Jika sebelum ini, penduduk tempatan hanya menuai padi untuk menampung kehidupan sendiri sahaja, namun dengan wujudnya sistem tali air dan parit yang sistematik kerajaan Funan mampu menampung bukan sahaja penduduk tempatan malah golongan pedagang-pedagang dari dalam atau luar negeri juga. Keberkesanan sistem parit dan tali air ini telah menyebabkan lebihan air yang mampu mengawal sistem pertanian dengan baik dan hasil tanaman juga diperoleh dalam kuantiti yang banyak dan menguntungkan. Terbuktilah dengan kewujudan sebuah kerajaan ianya mampu memperkembangkan sistem pertanian sedia ada dengan pengurusan sistem ekonomi yang berkesan.

(10)

4.2 Peranan Pedagang

Mengikut mazhab pecahan yang dikenali sebagai Buddha Mahayana, ia memberi peluang kepada orang india untuk menceburkan diri dalam dunia dinamik termasuklah dalam perdagangan. Berdasarkan mazhab ini, ianya telah membawa kepada perhubungan perdagangan di antara india dengan Asia Tenggara. Dengan penciptaan pelbagai kapal layar dan kemahiran pelayaran yang baik mendorong lagi para pedagang india untuk keluar menjalankan perdagangan mereka. India sudah menjalinkan hubungan perdagangan awal sebelum masihi lagi di mana pedagang India belayar ke Asia Tenggara untuk mencari kekayaan termasuk rempah ratus, emas, damar dan lain-lain. Keperluan India dalam mendapatkan bahan penting untuk dipasarkan ke pasaran barat telah mewujudkan hubungan perdagangan dengan Rom seterusnya menggalakkan hubungan dagang India dengan Asia Tenggara.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, ada pendapat yang mengatakan bahawa indianisasi itu telah berlaku disebabkan oleh peranan para pedagang. Para pedagang yang datang ke Asia Tenggara bukan hanya semata-mata datang untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka, malah pada waktu yang sama, agama dan kebudayaan mereka juga telah diserap masuk oleh penduduk Asia Tenggara. Sebagai contoh, pedagang India dan juga China akan menyebarkan fahaman mereka sehingga ada antara golongan pedagang ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di Asia Tenggara. Asia Tenggara djadikan sebagai tempat tumpuan di mana semua pedagang akan menjalankan perdagangan mereka di wilayah Asia tenggara.

(11)

pedagang-pedagang telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa, sastera dan seni rakyat ke rantau ini.18

4. 3 Kegiatan Perdagangan

Hubungan perdagangan di antara India dengan Asia Tenggara sudah wujud sejak dari zaman pra-sejarah lagi dan semakin meningkat pada zaman selepasnya. Menyentuh sejarah awal perkembangan perdagangan, orang india telah bertindak untuk mencari emas apabila sumber bekalan emas mereka dihentikan oleh kerajaan Rom. Tindakan ini dilakukan oleh Raja Vespian yang mengharamkan eskport emas ke India di mana sebelum ini India mendapatkan punca emas di Siberia namun terpaksa dihentikan kerana berlaku kekacauan di di Asia Tengah. Pedagang India berlumba-lumba mendapat sumber emas di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Bumi Emas yang merujuk kepada wilayah yang begitu kaya dengan sumber hasil bumi dan sumber barangan dagangan. Ini bermakna perdagangan inilah yang telah membawa orang india menjejakkan kaki ke Asia Tenggara yang seterusnya aktiviti ini sendiri dipacu oleh penduduk tempatan.

Aktiviti perdagangan ini biasanya dijalankan oleh kerajaan yang terletak di persisiran pantai yang berasaskan laut yang dikenali sebagai kerajaan Mairitim. Setelah mengalami proses pengindiaan, kegiatan perdagangan dijalankan di Pelabuhan Oc-eo di antara penduduk tempatan dengan pedagang China dan India yang betindak sebagai pelabuhan persinggahan. Setelah berlakunya perkembangan pesat dalam perdagangan, hubungan di antara pedagang tidak lagi hanya tertumpu kepada China dan India malah pedagang dari barat turut menjalankan kegiatan perdagangan. Daripada gali selidik yang dilakukan di site Oc-eo telah ditemui barang-barang buatan Rom abad ke-2 Masihi hingga abada ke-4 Masihi yang terdiri daripada serpihan-serpihan kaca, syiling emas zaman Marcus Aurelius (161-180 Masihi) dan pingat emas zaman Antonius Pius (152 Masihi).19 Ini membuktikan bahawa aktiviti

perdagangan juga dijalankan dengan pedagang dari Rom.

18 Universiti Malaya, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti Malaya, 2002, hlmn 247

(12)

Penduduk tempatan di Asia tenggara juga menjalankan eksport barang-barang yang dihasilkan sendiri. Sebagai contoh, kerajaan Funan yang bukan hanya menjalankan aktiviti pertukaran barangan antara timur dengan barang malah turut menjalankan aktiviti eksport. Antara contoh barangan buatan sendiri yang dieksport ialah manik-manik kaca dan lencana berukir yang diperbuat daripada timah. Selain itu, kerajaan kedah tua juga yang merupakan kerajaan dibawah pemerintahan sriwijaya, menjadi pusat perdagangan yang maju sekitar abad ke-9. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di bahagian tengah Lembah Bujang yang merupakan pelabuahn utama ketika itu. Seawal abad ke-9 Masihi, Kedah Tua sudah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang Arab. Sebagai bukti wujudnya perdagangan ini ialah wang syiling setengah dirham zaman kalifah al-Mutawalul (847-861 Masihi) bertarikh 848 Masihi telah dijumpai di Lembah Bujang.20 Malah perdagangan dengan

kerajaan ini dengan China juga begitu pesat. Serpihan-serpihan tembikar dan kaca Zaman Tang telah ditemui di Lembah itu.21

Jelaslah di sini, penduduk tempatan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada pedagang barat dan timur untuk memenuhi keperluan mereka, sebaliknya pedagang dari luar turut memperolehi barangan daripada masyarakat Asia Tenggara. Maka, para pedagang ketika itu sememangnya saling bergantung antara satu sama lain.

4. 4 Pelabuhan Entrepot

Pelabuhan entrepot ini merujuk kepada tempat yang menjadi pusat penerimaan barang-barang dagangan dari negara-negara luar sebelum dihantar ke negara lain pula. Secara keseluruhannya pelabuhan ini menjadi pusat untuk aktiviti import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang. Perkembangan perdagangan di Asia tenggara telah membawa kepada pembinaan sistem pelabuhan yang bertindak sebagai pusat perdagangan para pedagang dan juga tempat persinggahan. Pedagang yang datang dari India mempergiatkan kelancaran pelabuhan yang wujud ketika itu, apabila rakan dagang india seperti China dan Arab akan berlabuh di Funan untuk berdagang.

Dahulunya, para pedagang melalui Teluk Benggala kemudian melalui jalan darat menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam. Sebagai contoh, pelabuhan Oc-oe yang 20 Ibid, hlmn 102.

(13)

merupakan pelabuhan entrepot kerajaan Funan terletak di laluan pedagang kerana terletak bertentangan dengan Segenting Kra. Because the early seagoing hugged the coastline, Oc-eo occupied a strategic location at the bend Indocinese Peninsula, It was far enough in land to provide a sheltered harbour, while its neighbourhood produced enough rice to provision visitor.22Pelabuhan ini memberikan tempat perteduhan yang selamat di samping memberikan

sumber makanan yang mencukupi kepada para pedagang yang melalui pelabuhan ini ataupun membuat persinggahan.

Pelabuhan Oc-eo menjadi tempat pertemuan utama bagi para pedagang di mana mereka dalam menjalankan aktiviti pertukaran barangan mereka dengan aman. Ini menjadi bukti apabila kerjaan Funan berkembang pesat ketika berada di bawah pemerintahan Kaundinya. Aktiviti mengangkut barang dijalankan di mana kapal Funan atau China akan mengangkut barang-barang dagangan untuk dibawa ke pelabuhan di China. China merupakan antara pedagang yang terpenting ketika itu kerana mempunyai sumber eksport yang banyak. Walaupun China menjalankan kegiatan perdagangan dengan India, namun ianya bersifat tidak terus di mana pedagang China akan melalui Funan untuk menjalankan perdagangannya dengan India. Kelancaran sistem pelabuhan Oc-eo ini diperhebatkan lagi dengan jaminan keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Funan kepada setiap pedagang yang menjalankan perdagangan mereka di pelabuhan ini.

Pelabuhan ini berkembang pesat daripada sebuah pangkalan lanun kepada sebuah negeri perdagangan laut (Thallasocracy) antarabangsa yang pertama terkemuka di Asia Tenggara.23 Di samping itu, keperluan yang lain ialah sutera, kayu cendana dan juga rempah.

Semua bahan ini amat diperlukan kerana untuk keperluan India sendiri dan juga untuk pasaran Barat apabila wujudnya hubungan antara India dengan Rom.24 Kegiatan perdagangan

yang melibatkan pertukaran barang ini boleh dijalankan di Pelabuhan Oc-eo. Secara tuntasnya, pelabuhan Oc-eo bertindak sebagai perhentian pertemuan di antara pedagang China, India dan Barat.

22 Mary Somers Heidhues, Southeast Asia A Concise History, Thames & Hudson Ltd, 2000, hlmn 23-24.

23 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.,2008, hlmn 62.

(14)

Selain itu, kerajaan Srivijaya juga merupakan sebuah pusat entrepot yang terkenal sekitar abad ke-7 hingga ke awal abad ke-11 masihi. From the late seventh century to the early eleventh, srivijaya maintained itself as the focus of trade in South East Asia.25 Dari segi

geografi, srivijaya terletak di tengah-tengah jalan perdagangan timur dan barat. Dengan demikian ia menjadi pelabuhan persinggahan kapal-kapal dari Asia Barat, India, China dan rantau Nusantara.26 Kedudukan srivijaya juga yang menghadap monsum timur laut

menyebabkan tiada pelabuhan yang mampu menyainginya. Malah kerajaan Srivijaya mempunyai bekalan bahan mentah yang diperlukan untuk pasaran tempatan dan perdagangan dengan China. Bahan mentah ini diperoleh dari wilayah jajahan srivijaya. Antara bahan-bahan yang diperolehi ialah emas, perak, kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kura-kura, lilin lebah, dammar, lada, kayu gaharu, kayu cendana dan rempah ratus.27

Tuntasnya, Oc-oe telah menjadi bukti bahawa wujudnya sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan para pedagang dari benua yang berbeza. Kerajaan Funan mempunyai keupayaan dalam mengatur perjalanan kegiatan perdagangan dia antara pedagang. Tambahan pula, srivijaya juga memainkan peranan penting sebagai pusat persinggahan kapal-kapal dagang dan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran barangan dagangan. Sememangnya, kerajaan ini bergantung kepada kelangsungan pelabuhannya supaya sistem ekonomi sentiasa dalam keadaan teratur.

4. 5 Transformasi Teknologi Perkapalan

Selain itu, penduduk tempatan juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu. Sebelum itu, perkembangan teknologi perkapalan di India telah meningkatkan hubungan perdagangan telah meningkat sejak abad ke-3 Masihi. Catatan pengembara asing telah menjelaskan tentang kapasiti kapal laut orang yang boleh memuatkan antara 600-700 muatan. Ini bermakna orang India semestinya sudah memiliki kemahiran dalam

25 Karl L.Hutterer, Economic Exchange and Social Interaction in SouthEast Asia : Persepective from pre-history, and ethnography, Michingan Papers on South and SouthEast Asia. 1977, hlmn 143

26 Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2011. hlmn 344.

(15)

menghasilkan kapal-kapal yang mampu menampung muatan besar dan juga mampu belayar jauh sehingga ke Asia Tenggara.

Kemahiran yang diperoleh ini merupakan adaptasi daripada kemahiran pedagang india yang mahir dalam membina kapal pelayaran untuk tujuan perdagangan. Sebagai contoh, berdasarkan catatan T’ai p’ing yu lan, perahu-perahu orang Funan amat panjang dan boleh membawa sampai 100 orang. Haluan dan buritannya berbentuk seperti kepala dan ekor ikan, dan setiap perahu itu dihiasi dengan perhiasan yang diperbuat dengan besi.28 Menurut K.R

Hall, penciptaan kapal-kapal yang baik juga telah menggalakkan pelaut-pelaut atau pedagang keluar mencari hasil-hasil seperti emas. Sesetengah kapal itu dikatakan boleh membawa 6-7 ratus tan kargo.29 Dengan kemampuan orang Funan membina kapal-kapal besar, ini

memudahkan mereka untuk menyeberang laut dan menjalankan kegiatan perdagangan.

4.6 Peranan Orang laut

Orang laut memainkan peranan yang penting dalam memastikan perjalanan ekonomi kerajaan Maritim yang berasakan laut berjalan dengan lancar. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, telah wujud hubungan dagangan di antara India dengan Asia Tenggara, maka pedagang India ini semestinya mempunyai kemahiran dalam pelayaran dan kelautan yang boleh mendorong mereka belayar jauh sehingga ke Asia Tenggara. Orang laut inilah yang merupakan faktor penting dalam meningkatkan perkembangan ekonomi sebuah kerajaan terutama sekali yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan.

Sebagai contoh kerajaan yang berasaskan persisiran pantai dan laut iaitu kerajaan srivijaya. Pemerintah Srivijaya berjaya mengawal orang laut yang membuat masalah seperti jenayah lanun di Selat Melaka. Raja-raja Srivijaya telah menjadikan orang laut sebahagian daripada angkatan tentera laut. Seperti yang diketahui, orang laut ini mempunyai kemahiran dalam pelayaran seperti mengetahui keadaan angin. Dalam pada itu, kemahiran orang laut tentang beting karang dan beting pasir serta keadaan angin membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut dari serangan lanun.30 Secara automatiknya, tidak akan ada sebarang punca

yang mampu mengakibatkan gangguan dalam aktiviti perdagangan yang dijalankan. 28 Ibid, hlmn 64.

(16)

Di samping itu, orang laut ini juga akan memaksa kapal-kapal pedagang singgah ke pelabuhan-pelabuhan takluk srivijaya. Keadaan ini sememangnya telah mengakibatkan ramai pedagang singgah berdagang di pelabuhan srivijaya. Perkembangan ini telah mendorong srivijaya memainkan peranan penting sebagai pusat pelabuhan entrepot yang terkenal.

4.7 Pungutan Cukai

Kerajaan yang wujud di Asia Tenggara selepas proses Indianisasi mampu mengaut pendapatan sampingan mereka di samping menjalankan kegiatan ekonomi yang utama. Punca pendapatan sampingan ini diperolehi melalui aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, setiap pedagang yang datang berdagang ke Asia Tenggara akan dikenakan cukai. Di samping itu, para petani yang menjalankan aktiviti pertanian akan dikenakan cukai ke atas tanah yang mereka usahakan untuk pertanian mereka. Dengan cukai-cukai yang diperoleh ini akan menjadi sumber pendapatan seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan Funan.

Secara tuntasnya, tanpa aktiviti perdagangan yang dicetuskan oleh pedagang india maka tidak akan ada sistem pungutan cukai. Begitu juga dengan kerajaan Funan di bawah pemerintahan Kaundinya yang beragama hindu, sekiranya kerajaan di bawah pemerintahan Kaundinya tidak berkembang pesat maka tidak akan ada juga sistem pungutan cukai tanah yang diusahakan oleh petani dalam akitviti pertanian. Jelaslah di sini, bahawa indianisasi di Asia tenggara ini menjana sumber pendapatan ekonomi sampingan kepada kerajaan awal di Asia Tenggara.

4.8 Unsur agama dalam kegiatan ekonomi

Seperti Kerajaan Angkor, keseluruhan sistem di mana kekuasaan dan kemakmuran Angkor bergantung kepada wujudnya pengamalan tatacara hidup yang begitu kuat. Pengamalan ini wujud dari kultus yang menganggap raja sebagai tuhan atau wakil tuhan terutama kultus “devaraja” yang memberikan kemuliaan suci kepada raja berdasarkan kedudukannya sebagai perancang kerja-kerja air, penjamin kesuburan tanah dan pengawal malapetaka seperti keadaan cuaca. Kerajaan Angkor diasaskan oleh Jayavarman II (802-850),

(17)

iaitu setelah beliau membebaskan diri dari pertuanan Jawa dan mewujudkan penyembahan “lingam” Siva dalam Kambuja, sebagai simbol kuasa dirajanya di dataran Kulen sebagai tanda mewakili “Gunung Mahameru”.

Mulai abad ke-12, berlaku kemerosotan Angkor terutamanya dalam bidang ekonomi akibat daripada pengaruh Indianisasi iaitu satu bentuk agama Buddha yang baru yang diterima oleh petani dan raja. Agama ini telah merosakkan konsep “devaraja” yang wujud sebelum itu. Raja-raja Angkor sendiri tidak lagi percaya tentang konsep tersebut. Ketika konsep ini hilang, maka unsur-unsur yang memerlukan kepada perjalanan sistem ekonomi yang kompleks juga ranap.Akibatnya sistem pengairan yang maju telah tidak terpelihara lagi.

Kesan daripada tinggalan kepercayaan “devaraja” ini telah mengakibatkan kemerosotan sistem tananam dan sistem perairan tidak dapat dikawal dengan baik. Akhirnya, setelah dikepung selama 7 bulan oleh Siam, kerajaan Angkor telah ditawan. Runtuhnya kerajaan Angkor ini telah meranapkan sejarah Kemboja ketika itu.

5.0 Kesimpulan

Konklusinya, indianisasi yang berlaku di Asia tenggara sememangnya memberi impak positif ke atas ekonomi masyarakat di Asia Tenggara. Dapat dilihat ekonomi selepas proses pengindiaan di Asia Tenggara membantu kerajaan-kerajaan awal di wilayah ini memperkembangkan lagi ekonomi yang sedia ada dengan lebih meluas iaitu dengan mempertingkatkan lagi hubungan dagangan dengan benua luar. Apabila wujudnya satu hubungan dagangan yang luas maka komuniti yang luas juga akan terbentuk sekali gus memenuhi keperluan perdagangan mereka antara satu sama lain. Di samping itu, kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara juga berupaya menambah baik sistem ekonomi sedia ada agar lebih sistematik dan memberikan manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa indianisasi di Asia Tenggara sememangnya memantapkan ekonomi masyarakat di wilayah ini. Akan tetapi terdapat juga kesan negatif hasil dari proses pengindiaan di Asia tenggara yang berlaku terhadap ekonomi seperti yang berlaku ke atas kerajaan Angkor kerana kemerosotan kepercayaan kepada konsep devaraja.

(18)

Ahmad Jelani, (2008), Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Utusan Publications And Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Zakaria Ghazali dan Azharudin Mohd.Dali, (2003), Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Selanngor.

Mary Somers Heidhues, (2000), Southeast Asia A Concise History, Thames & Hudson Ltd.

Nabir Hj. Abdullah, Mohd Kamaruzaman Abd. Rahman, Mohd Zain Musa, (2000), Sejarah Asia Tenggara (Kebudayaan Dan Alam Sekitar), Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tony Windura, Peta Minda Langkah Demi Langkah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

John F.Cady, (1994), Southeast Asia : Its Historical Development, McGraw-Hill Book Company.

Abdul Rahman Hj. Abdullah, (2006), Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Abdul Rahman Hj. Abdullah, KARISMA PUBLICATIONS.

Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, (2011), Tamadun Dunia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Universiti Malaya, (2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti Malaya.

Hall K.R, (1985), Maritime Trade and State Development in Early Southest Asia,

Sydney: George Allen & Unwin.

Karl L.Hutterer, (1977), Economic Exchange and Social Interaction in SouthEast Asia : Persepective from pre-history, and ethnography, Michingan Papers on South and SouthEast Asia.

Ian Glover and Peter Bellwood (2004), Southeast Asia from Prehistory to History,

Referensi

Dokumen terkait

Bale Seni Barli Kota Baru Parahyangan sebagai destinasi wisata seni yang. bermuatan edukasi dan menyenangkan dengan mengembangkan

Guru praktikan memberikan penilaian terhadap kualitas guru pamong berdasar hasil dari observasi kelas yang telah dilaksanakan pada tanggal 4, 6, dan 11 Agustus 2012. Ada empat

secara umum dan di Desa Simpasai secara khusus ada program- program khusus dari Pemerintah Kabupaten Bima sebagai salah satu bentuk proteksi terhadapa berbagai

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

Walau tidak bersama teman-temanku, setidaknya aku nanti masih tetap bisa ke pantai, dan bertemu sahabatku,

Tabel 3 menunjukkan terdapat perbedaan yang bermakna secara statistik pada perubahan skor tingkat pengetahuan, sikap dan perilaku ibu serta tingkat kecukupan energi,

Berdasarkan dari hasil penelitian bulan Oktober 2019, maka disimpulkan efisiensi kerja alat optimum untuk alat gali muat adalah 73,0 %, alat angkut 68 % dan produktivitas