• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN ISLAMIK IMPLIKASINYA TERHADAP AMALAN KAUNSELING [ISLAMIC ADMINISTRATION OF IMPLICATIONS FOR CONSULTING PRACTICES]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PENDEKATAN ISLAMIK IMPLIKASINYA TERHADAP AMALAN KAUNSELING [ISLAMIC ADMINISTRATION OF IMPLICATIONS FOR CONSULTING PRACTICES]"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

28

PENDEKATAN ISLAMIK IMPLIKASINYA TERHADAP AMALAN KAUNSELING

[ISLAMIC ADMINISTRATION OF IMPLICATIONS FOR CONSULTING PRACTICES]

MOHD SANI ISMAIL msaniismail@unisza.edu.my

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA

ABSTRACT

This concept paper discusses the definition, the concept of counseling using the Islamic approach and the role of an Islamic counselor in helping Islamic clients either individually or in groups facing problems to make decisions according to the requirements of Islamic law. This Islamic approach to counseling is expected to benefit the client as a Muslim in the face of adversity, ultimately resulting in the happiness of peaceful peace of blessing in the world and the hereafter. An Islamic counselor needs to be knowledgeable about the Islamic approach to conducting counseling sessions, skilled in the use of common sense interventions and the spirit of faith to treat clients and to bring about good moral conduct to clients. Islamic counselors also need to have high moral character, dignity and superiority, a sincere and sincere faith in helping clients who are facing issues for the sake of Allah Almighty.

Keywords: Islamic Approach, Implications, Counseling Practice

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan mengenai definisi, konsep kaunseling menggunakan pendekatan Islamik dan peranan seorang kaunselor Islamik dalam membantu klien Islam sama ada secara individu atau kelompok yang sedang menghadapi masalah dapat membuat keputusan seperti mana kehendak syariat Islam. Pendekatan Islamik dalam kaunseling ini diharapkan dapat memberi manfaat untuk diri klien sebagai seorang Muslim yang sedang menghadapi permasalahan, pada akhirnya dapat kebahagiaan ketenangan ketenteraman kerahmatan keberkatan di dunia dan akhirat. Seseorang kaunselor Islamik perlu mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan dengan pendekatan Islamik dalam mengendalikan sesi kaunseling, berkemahiran menggunakan kaedah intervensi akal dan roh keimanan bagi merawat klien sehingga terhasil amalan akhlak yang mulia pada diri klien. Kaunselor Islamik juga perlu mempunyai sifat-sifat personaliti keimanan akhlak yang luhur, mulia dan unggul, niat hati yang suci tulus ikhlas dalam membantu klien yang sedang menghadapi permasalahan demi kerana Allah SWT.

Kata kunci: Pendekatan Islamik, Implikasi, Amalan Kaunseling

(2)

29

PENGENALAN

Pendekatan Bimbingan dan kaunseling bukanlah sesuatu perkara baru bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah bertapak di Malaysia lebih daripada 40 tahun. Individu dan masyarakat Malaysia yang mempunyai permasalahan berkait dengan diri sendiri, keluarga juga rakan taulan akan dirujuk kepada kaunselor. Pada masa dahulu peranan Kaunselor dimainkan oleh Ketua Kampung, Imam, Ustaz dan Penghulu. Mereka menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh individu dan masyarakat menggunakan konsep Adat Kemelayuan dan hukum hakam Islam (Mazidah, Raja Zirwatul Aida & Azlina, 2015).

Perlaksanaan Sesi kaunseling banyak dijalankan di balairaya dan di masjid-masjid. Kepesatan kemajuan dan perkembangan masyarakat menuntut kehendak manusia yang semakin rumit, bertambah dan kompleks. Banyak masalah yang timbul di luar kemampuan Ustaz-Ustaz ini untuk menangani dan mengatasinya. Oleh itu adalah wajar diwujudkan kaunselor-kaunselor yang terlatih dan professional dalam bidang ilmu bimbingan kaunseling serta psikoterapi. Kaunselor-kaunselor Islamik ini akan menggunakan pendekatan kaedah dan teknik Islamik dalam melaksanakan sesi kaunseling, mengenalpasti permasalahan klien dan intervensi spiritual (Roh).

KONSEP PENDEKATAN ISLAMIK DALAM AMALAN KAUNSELING

Definisi Pendekatan Islamik dalam sesi kaunseling menurut pandangan imam Ghazali lebih kepada pendekatan berdasarkan ayat al-Quran. Firman Allah s.w.t Maksudnya: “Serulah ke jalan Allah dengan bijaksana dan peringatan yang baik, berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik”.

Bijaksana dalam pelbagai bentuk iaitu seseorang dapat mengawal perasaan marah serta bersikap mulia, tidak melakukan kemungkaran, menegakkan kebenaran, mencegah berlaku kerosakan, memahami dan prihatin dengan ilmu yang mendalam serta menegakkan kebenaran dengan hujah- hujah yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis.

Nasihat yang baik memberi kesan kepada seseorang klien supaya dapat meninggalkan perkara yang buruk. Nasihat ini dapat meyakinkan seseorang klien bahawa manafaat untuk kebaikan diri klien. Oleh itu, nasihat yang baik membawa maksud secara berhikmah, bersopan, berlemah lembut, bukan dengan maki hamun atau herdik kerana dengan berhikmah berlemah lembut akan membawa kepada kesedaran dan keinsafan.

Perbincangan yang berhikmah dan berhemah tidak menyinggung peribadi, menghina dan menjatuhkan aib maruah kehormatan klien, malah klien akan merasakan bahawa kaunselor cuba untuk membantu menolong, memahami dan cuba sama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.klien. Dengan adanya kaunselor, klien dapat merasakan ada orang yang sudi mendengar, memahami, sama-sama membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh klien.

Menurut Khairunnas Rajab. (2015), kaunseling Islam didefinisikan proses seorang kaunselor menolong individu dan kelompok secara memberi bimbingan dan nasihat bagi membuat klien membuat pilihannya sendiri untuk mencapai matlamat. Dalam konteks kaunseling Islam keputusan klien hendaklah tidak bertentangan dan berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunah nabi dan ijmak ulamak. Manusia bersifat lemah boleh membuat keputusan dengan diri secara sedar dan terbuka

(3)

30

tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah.

Menurut Halimah & Zainab (2015), daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang melapangkan kesempitan di dunia saudaranya yang Islam, nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat, dan barangsiapa yang meringankan seseorang yang berada dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang sabar”.Hadis tersebut bermaksud dalam hubungan terjalin hubungan manusia dengan manusia, hubungan pengubat dengan pesakit, atau hubungan kaunselor dengan klien. Agama Islam amat menekankan tentang hak seorang yang mengalami musibah perlu mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang mampu untuk menolongnya. Bagi orang yang mempunyai kemampuan menolong, wajib menolongnya.

Definisi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif.

Khairunnas Rajab. (2015), menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat,dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya. Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang perlu digunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam.

Maksud kaunseling Islam menurut Norazlina & Noor Shakirah (2016) ialah proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seorang kaunselor dan seorang klien. Dalam proses ini teknik dan kaedah teknikal yang profesional digunakan bagi tujuan menolong klien untuk menghadapi masalah. Serta menggunakan kaedah menolong memahami dirinya, kebolehan dan minatnya memahami dirinya, serta menggalakkan untuk menerima takdir Allah kepadanya”.

Kesimpulannya, kaunseling Islam ialah satu proses pendekatan Islamik yang dilaksanakan dalam sesi kaunseling untuk menolong individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat keputusan dan membimbing kehidupannya menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat berpandukan syariat Islam.

PENDEKATAN ISLAMIK DALAM AMALAN KAUNSELING

Kaunseling Islam merupakan suatu proses menolong klien yang menghadapi masalah psikologi dalam membuat keputusan dan membimbing klien menghadapi kehidupan bagi mendapat bahagia di dunia dan di akhirat berlandaskan syariat Islam. Oleh itu, kaunseling yang menggunakan pendekatan Islamik adalah berperanan menerapkan nilai-nilai Islam dalam membuat sebarang keputusan serta tindakan.

Setiap Keputusan yang Diambil Berteraskan Aqidah dan Keimanan Menuju Keredhaan Allah SWT

Hal ini bertepatan dengan manusia yang sememangnya yang tidak lari daripada masalah dan ini merupakan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah. Ini selaras dengan

(4)

31

firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud: “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah”.

Maka, individu yang mempunyai masalah perlulah mendapatkan khidmat kaunseling agar dapat membuat keputusan yang tidak tersasar daripada ajaran Islam. Justeru itu,beriman kepada Allah dan kembali kepada syariatnya adalah merupakan teras kepada penyelesaian masalah dan benteng di dalam kehidupan manusia. Sesuai dengan dunia adalah tempat ujian dan sudian dengan beriman kepada qada’ dan qadar dapat membuatkan klien lebih menerima segala takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Menerapkan Sifat-sifat Mahmudah ke dalam Diri Klien

Menjadi satu dari tanggungjawab kaunselor Islam semasa sesi kaunseling dijalankan, menyemaikan sifat-sifat mahmudah ke dalam diri klien agar klien dapat menjadi insan yang lebih berakhlak mulia.

Apabila klien mula menerapkan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan mereka, maka mereka tidak akan terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang mendatangkan dosa dan bala yang dapat menimbulkan masalah kepada diri klien. Malah sifat-sifat mahmudah ini dapat melahirkan seorang insan yang berakhlak mulia dan tingkah laku yang positif.

Berperanan sebagai Pembinaan Kerohanian Melalui Ibadah

Perbezaan utama kaunseling Islam dengan kaunseling barat adalah pada matlamat akhir kaunseling.

Matlamat akhir kaunseling Islam adalah mencari keredaan Allah. Bagi mencapai matlamat ini, penyuburan nilai-nilai kerohanian perlulah dipupuk dalam diri klien agar klien lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seterusnya dapat merasai ketenangan jiwa dan rohani. Oleh itu, kaunselor haruslah mengajak klien kembali kepada Allah dengan beribadat kepada-Nya iaitu dengan menunaikan ibadah solat, berzikir dan sebagainya.

Mengembalikan Manusia kepada Fitrah

Hal ini bermaksud semasa proses kaunseling dijalankan kaunselor seharusnya mengajak klien untuk mengabdikan diri kepada Allh s.w.t. Hal ini bertepatan dengan surah al-Zariyat ayat 56 yang membawa maksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. Ayat ini menerangkan bahawa sememangnya fitrah manusia adalah untuk beribadat kepada Allah dengan melakukan sesuatu yang disuruh dan menjauhkan perkara yang dilarang. Maka kaunselor haruslah mengajak untuk kembali kepada fitrah iaitu sebagai hamba dan khalifah di muka bumi dengan mengabdikan diri dan beribadat kepada Allah agar dapat mencapai ketenangan melalui ibadat yang dilakukan.

Pendekatan Islamik dalam Kaunseling

Kebanyakan kaunseling barat tidak menekankan aspek-aspek spiritual kerana pada pandangan mereka aspek kerohanian tidak dapat diukur secara saintifik, berbeza dengan kaunseling Islam spiritual merupakan salah satu komponen asas yang penting dalam kehidupan manusia.Ini

(5)

32

membuktikan bahawa pendekatan kaunseling Islam lebih menyeluruh berbanding dengan kaunseling barat kerana bentuk penyelesaian yang dikemukakan oleh barat adalah bersifat luaran (fizikal) dan tidak menyeluruh.

Pendekatan kaunseling Islam mengguna pakai pendekatan teori Imam al-Ghazali kerana pendekatan beliau banyak mengetengahkan proses spiritual, keimanan dan kerohanian dengan mewujudkan suatu pendekatan, teori, kaedah dan teknik kaunseling yang selaras dengan fitrah manusia yang berlandaskan syariat Islam. Sebagai contoh, teknik kaunseling Islam yang betul menurut Imam al-Ghazali adalah hikmah, nasihat yang baik, muhassabah diri, perbincangan yang baik, bertaubat dan mengerjakan solat dan bertakwa kepada Allah SWT.

Kesimpulannya yang dapat dibuat adalah bimbingan dan kaunseling dari perspektif Islam adalah proses menolong klien untuk lebih memahami keupayaan diri, kenal diri sendiri, juga memahami persekitaran diri serta menggalakkan klien untuk menerima ujian, dugaan, takdir qada qadar yang diberi oleh Allah S.W.T. Bimbingan dan kaunseling dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh kepada kehidupan seseorang muslim secara fitrah kerana skop kaunseling Islam yang lebih luas iaitu kaunseling Islam mencakupi hal-hal yang lebih besar berkaitan dengan keislaman seperti aspek amalan ibadah solat, puasa, zakat, sedekah, amalan bacaan ayat suci Al Quran, berzikir dan berselawat atas Rasulullah SAW. Manakala keimanan mencakupi ketuhanan, pahala, kerahmatan, keberkatan, dosa, bala, kecelakaan dan sebagainya.

KAUNSELOR ISLAMIK

Kaunselor Islamik adalah memainkan peranan yang sangat penting sebagai pakar rujuk klien bagi berkongsi pengalaman, perasaan, permasalahan dan menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Islam pada prinsipnya merangsang Muslimin seluruhnya supaya menjadi kaunselor dalam apa jua jurusan dan perkara yang mereka tahu dan berkemampuan.

Kaunselor dan perkhidmatan kaunseling adalah suatu perkhidmatan yang dipandang mulia dalam Islam.

Kaunselor yang profesional ialah individu yang mendapat latihan dari segi teoretikal, kemahiran praktik dalam bidang kaunseling dan psikoterapi. Ciri-ciri kaunselor Islam adalah merujuk kepada sifat-sifat kenabian. Sifat-sifat kenabian dapat melahirkan seorang kaunselor yang boleh memainkan peranannya dengan sempurna. Sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang kaunselor ialah siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Rasullah merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor. Berikut adalah sifat-sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasan kepada tugas- tugas seorang kaunselor Islam.

Beriman dan Bertakwa kepada Allah

Beriman dan bertakwa kepada Allah SWT merupakan asas peribadi yang mulia seseorang manusia.

Dengan iman dan taqwalah seseorang kaunselor mempunyai keyakinan yang teguh dalam menjalankan tugas kaunseling.

Jujur dan Ikhlas: Jujur ialah bercakap benar semasa berkomunikasi dengan klien. Bertindak dengan seikhlas hati dalam membuat sesuatu dengan sebenarnya. Kaunselor perlu jujur ikhlas dengan klien dan juga dengan dirinya sendiri.

Benar (siddiq): Sifat ini menjadikan seseorang itu akan bercakap benar, berterus terang dan tidak

(6)

33

menambah atau mengurangi apa yang didengarnya. Benar bukan sahaja pada tutur kata tetapi juga daripada segi perbuatan dan niat. Membenarkan apa yang benar dan menidakkan apa yang tidak.

Berani dan berkeyakinan: Kaunselor perlu berani dan berkeyakinan kerana Allah SWT. Kaunselor perlu berani menghadapi apa sahaja risiko, berani berhadapan dengan permasalahan klien, berani untuk menangani permasalahan klien dan juga rintangan meskipun mengancam nyawanya sendiri semata-mata kerana Allah SWT.

Adil: Berlaku adil dengan cara memahami permasalahan klien dengan penuh empati. Tidak menyalahkan dan menghukum klien dengan permasalahan yang dihadapi. Adil dalam berbicara, tutur kata, mengambil tindakan dan membuat keputusan, adalah amat dituntut. Sikap adil seseorang kaunselor menjadikan klien berasa puas hati, senang hati, tenang, tenteram, dihargai dan dihormati.

Baik Hati, Suka menolong dan Mesra: Ketika menolong orang yang memerlukan bantuan, kaunselor haruslah mempunyai sifat baik hati, suka menolong, pemurah dan ramah mesra. Tutur kata yang sopan dan beradab serta air muka yang manis membuat klien rasa dihargai.

Sabar dan Tenang: Sifat-sifat ini penting bagi mengawal emosi klien dan keadaan jika timbul sebarang masalah, konflik dan ketegangan antara kaunselor dengan klien.

Adab dan Akhlak: Adab dan akhlak yang baik bagi seseorang ialah tidak berdendam, boleh memaafkan kesalahan orang lain, memberi salam dan menghormati orang lain. Jangan sekali-kali memalingkan muka ketika bercakap.

Percakapan yang baik: Percakapan yang baik dan sopan boleh menarik hati orang yang mendengar serta dapat menimbulkan interaksi yang mesra dan harmoni.

Tidak Munafik: Seseorang kaunselor adalah model yang paling berkesan kepada klien. Kaunselor perlu menghindarkan sifat hipokrit. Jangan sekali-kali mengamalkan ungkapan “buat apa yang saya suruh, jangan buat apa yang saya buat.”

Menepati Janji: Islam telah mengajar cara penganutnya berjanji dengan baik. Janji merupakan ikrar yang lahir dari hati suci bersih untuk melaksanakannya. Oleh itu, selepas berjanji hendaklah disebut insya-Allah (dengan izin Allah).

PERMASALAH KLIEN ISLAMIK

Kes-kes permasalahan yang dihadapi oleh klien Islamik, boleh dikategorikan aspek tingkah laku adalah seperti tidak mematuhi akan segala ajaran perintah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tingkah laku mengingkari perintah Allah SWT seperti tidak melaksanakan ibadah solat, puasa, zakat, tidak membaca Al Quran banyak melakukan maksiat dan dosa. Kebiasaannya permasalahannya banyak berpunca disebabkan oleh tingkah laku yang suka melakukan maksiat dan dosa kepada Allah SWT, seperti menipu, meminum arak, berzina, berjudi, salah guna dadah dan seks bebas (Md Noor, 2012).

Banyak melakukan dosa, mengikut hawa nafsu, tidak mampu mengawal kehendak nafsu emosi dan perasaan. Segala perbuatan banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu. Kepentingan mengejar nikmat dunia semata-mata tanpa mempedulikan salah betul, baik buruk, halal dan haram, yang penting adalah keseronokan. Hanya mementingkan keseronokan semata-mata tanpa mempedulikan kehidupan yang rasional dan profesional (Md Noor, 2012).

Klien juga tidak menggunakan akal yang waras dalam melakukan tindakan, tidak mampu berfikir secara logik, waras, berakal dan rasional menggunakan fikiran untuk memikirkan jalan penyelesaian yang sesuai, terbaik dan betul dalam bertindak. Klien tidak berfikiran rasional,

(7)

34

pertimbangan yang tidak wajar baik buruknya, betul dan salahnya. Klien tidak menggunakan akal fikiran yang Allah SWT berikan secara betul dan bijaksana dalam memikirkan tingkah laku yang sewajarnya dan rasional (Norazlina & Noor Shakirah, 2016).

Kurangnya penghayatan roh keimanan kepada Allah SWT klien tidak mampu menerima takdir qada qadar ketentuan daripada Allah SWT menyebabkan klien-klien Islamik tidak mampu menghadapi pelbagai permasalahan dugaan dan ujian dalam kehidupannya. Miliki hati yang kotor jauh dari hidayah Allah SWT menyebabkan klien terkapai-kapai dalam kelemasan apabila berhadapan dengan situasi permasalahan, rintangan, dugaan, dan ujian. Tidak kenal diri dan tidak mengenal Allah SWT yang maha pencipta maha besar maha bijaksana dan maha berkuasa. Tidak yakin dengan kekuasaan Allah SWT yang dapat membantu diri klien disaat kesusahan dan dugaan (Norazlina & Noor Shakirah, 2016).

KEMAHIRAN DAN TEKNIK ISLAMIK DALAM KAUNSELING

Selain daripada peribadi yang baik, seseorang kaunselor harus tahu pelbagai kemahiran dan teknik pengendalian kaunseling. Ini penting supaya dapat memberi keyakinan kepada dirinya dan juga klien.

Al-Quran menyatakan bahawa teknik yang baik mengajak manusia kepada kebaikan adalah dengan tiga cara iaitu cara Hikmah, Cara kata nasihat yang baik dan cara perbincangan yang lebih baik.

Hikmah

Hikmah mengandungi sebelas erti dan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama ialah Hikmah yang berkaitan dengan sifat kaunselor:

1. Kenabian: Kaunselor bersifat dengan sifat-sifat nabi iaitu benar, amanah, menyampaikan dan kebijaksanaan.

2. Keadilan.

3. Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

4. Sabar.

5. Apa yang meneguhkan daripada jahil ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas.

6. Pengetahuan yang sebaik-baiknya.

Kedua ialah Hikmah yang berkaitan dengan isi kandungan kaunseling:

1. Al-Quran.

2. Perkataan yang betul dan tepat (kebenaran).

3. Dalil yang tepat bagi menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.

Ketiga ialah Hikmah yang berkaitan dengan strategi dan alat kaunseling:

1. Apa (alat) yang menegah kerosakan.

2. Strategi yang sesuai dengan masa dan tempat.

(8)

35

Kata Nasihat yang Baik

Menurut ahli tafsir, kata nasihat yang baik ialah kata nasihat yang memalingkan dari keburukan dengan cara memberi kegemaran dan perangsang meninggalkannya serta mewujudkan rasa tidak mahu melakukannya. Seterusnya, kata nasihat yang memberi rasa kepada pendengar yang masuk ke dalam hati dan perasaan jiwa dengan lembut.

Perbincangan yang Baik

Menggunakan sebaik-baik cara perbincangan bagi menghindarkan klien rasa dihina. Mewujudkan hubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien serta menganggap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama supaya penyelesaian dapat dicapai dengan kerjasama kedua-dua belah pihak.

Rasulullah S.A.W pula telah menunjukkan contoh yang baik apabila berhadapan dengan orang yang sakit. Tindakan yang baginda lakukan ialah:

a. Tidak mengambil masa yang lama: Masa yang panjang menyebabkan klien rasa tertekan.

Kaunselor perlu cekap mengesan masalah dan seterusnya membantu klien mengatasi masalah.

b. Meletakkan tangan pada orang yang sakit (sentuhan): Sentuhan orang yang datang menziarahi pesakit dikira sebagai suatu terapeutik, suatu penyembuhan psikologi yang apabila berlaku sahaja sentuhan tersebut, pesakit dapat merasakan ketenangan dan ketenteraman.

c. Bertanya khabar dan perasaan orang yang sakit: Apabila kita bertanya khabar dan apa yang dirasai, sekurang-kurangnya pesakit berpeluang meluahkan perasaan gelisah yang sedang dipendamnya kerana peluang meluahkan perasaan ini tidak akan timbul jika tiada yang bertanya.

d. Menunjukkan kasih sayang: Perlunya ada sifat kasihan belas dan berkasih sayang terhadap klien. Sifat kasih sayang kasihan belas dapat menjadikan klien selesa, tenang dan tenteram.

e. Mendoakan pesakit supaya sembuh: Kebanyakan klien yang mengalami masalah berat sangat yakin dengan bantuan/pertolongan doa yang dibaca oleh kaunselor. Walaupun disuruh klien sendiri yang berdoa, namun klien masih mahukan kaunselor yang mendoakan untuk mereka.

PROSES MENOLONG KLIEN

Kaunseling perlu memahami proses menolong bagi memudahkan sesi kaunseling dijalankan. Antara gambaran mudah yang perlu diketahui oleh kaunselor ialah Beriman dengan Allah S.W.T adalah ubat penyakit jiwa yang paling mujarab. Sikap positif dan ketabahan hati dalam menghadapi masalah mencerminkan keimanan. Ia dapat dijadikan garis ukuran kejayaan atau kegagalan seseorang itu mengatasi masalahnya, (Norazlina & Noor Shakirah, 2016): “Berkata sebesar-besar ubat bagi perasaan bimbang ialah iman. Iman adalah kekuatan yang mesti ada bagi menolong seseorang untuk hidup, dan kehilangannya menjadi satu ingatan bahaya tentang timbulnya kelemahan daripada memikul kesukaran hidup…

Sejarah Islam telah menyatakan kejayaan “Iman dengan Allah S.W.T” menyembuhkan diri manusia daripada penyakit-penyakitnya dan memberi rasa aman dan tenteram (ketenangan) dan juga memelihara diri daripada rasa bimbang dan penyakit-penyakit jiwa yang boleh timbul daripadanya.

Beberapa cara seseorang individu itu dapat mengikuhkan keimanannya terhadap Allah serta

(9)

36

melahirkan ketenangan, menenteramkan perasaan, mengimbangkan segala desakan dan kemahuan serta meminta keampunan di atas segala kesilapan yang telah dilakukan. Antara amalan yang dicadangkan seperti berikut:

Kenal Diri Kenal Allah

Mengajak klien untuk mengenal diri sendiri dan mengenali Allah SWT yang maha pencipta, maha berkuasa, dan maha bijaksana. Kenal diri dari segi jasad, nafsu, akal dan roh. Kenal diri dari aspek ilmu, iman dan amal. Kenal diri sebagai seorang hamba, tugas dan tanggungjawab klien kepada Allah SWT.

Sembahyang

Sembahyang merupakan tiang agama dan tempat berlindungnya segala keyakinan. Sembahyang mempunyai rahsia-rahsia kebatinan yang dapat menyuluh keindahan dan membina ketenteraman.

Melalui sembahyang juga manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya. Keistimewaan sembahyang ditegaskan juga oleh Rasullah s.a.w dalam sabda baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang menunaikan sembahyang pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan rukunnya, sujudnya dan khusyuknya, nescaya sembahyang itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang.” dan “Tiada seorang muslim pun bersujud kepada Allah dengan sekali sujud melainkan Allah mengatakan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa).”

Puasa

Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah S.W.T ke atas hamba-hamba-Nya ialah menjadikan puasa itu benteng dan pelindung daripada tipu daya syaitan dan angan- angan. Puasa dapat melatih mendisiplinkan diri dan membina kesabaran. Kedua-duanya merupakan mekanisme intrinsik yang wajib dibentuk oleh manusia dalam menghadapi segala cabaran. Jelasnya puasa adalah cara menahan diri daripada hawa nafsu dan ia merupakan rahsia dalam diri seseorang yang tidak boleh dilihat melainkan Allah S.W.T.

Zikir, Doa Dan Istighfar

Tiada manusia yang terlepas daripada membuat kesilapan dan dosa. Namun manusia tetap mempunyai harapan menyelamat dan membersihkan dirinya daripada dosa yang pernah dilakukannya kerana Allah S.W.T Maha pengampun dan Maha penyayang. Bagi seseorang yang ingin balik ke pangkal jalan dan ingin menemui ketenangan batin, maka zikir dan doa adalah di antara amalan yang amat berharga. Ia perlu dilakukan secara tetap dan berterusan.

Doa pula adalah jalan yang disediakan oleh Allah S.W.T bagi ummahnya meminta sesuatu daripadanya, tidak kira sama ada yang berkaitan dengan fizikal atau spiritual. Menyebut- nyebut nama Allah melalui zikir dan meminta limpah kurniaNya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari ketenangan hidup.

Istighfar pula membawa erti tunduk. Tujuannya ialah menghindarkan diri membuat kekhilafan atau

(10)

37

dosa. Ia merupakan satu cara mencari perlindungan dari kemungkinan- kemungkinan membuat salah dan berjaga-jaga dalam segala segi, sama ada peraturan, perbuatan atau pemikiran.

Tafakur

Tafakur atau berfikir dianggap sebagai penyuluh diri ke arah mengenal pencipta dan ciptaannya. Ia merupakan pemusatan segala tumpuan perhatian kepada sesuatu dengan menghitung setiap liku dan mengambil kira segala tindak tanduk yang mungkin baginya. Berfikir dan mengingat-ingat akan sesuatu perkara akan menambahkan ilmu pengetahuan dan kecintaan terhadapNya. Hati akan berubah, begitu juga anggota badan. Oleh itu, pemikiran adalah pokok atau kunci kepada segala kebajikan.

Ketika bertafakur, seseorang itu perlu menilai anggota tubuhnya, daripada lidahnya kepada telinganya, perutnya, matanya dan anggota-anggotanya yang lain sehingga ia boleh memelihara dirinya daripada bahaya-bahaya yang boleh membinasakan amalan-amalan dirinya sendiri (Md Noor, 2012).

Al-Quran Sebagai Panduan Hidup

Bagi seorang Muslim, Islam merupakan cara hidup (ad-din) dn al-Quran adalah kitab bagi agama Allah yang mengandungi segala-gala mengenai kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Al-Quran mengandungi banyak maklumat dan ilmu tentang manusia dan tujuannya diturunkan adalah sebagai petunjuk untuk mendidik dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh itu kaum muslimin perlulah menjadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan yang utama agar tidak melanggar batas-batas agama yang mana akhirnya menyebabkan kegelisahan jiwa.

KESIMPULAN

Islam bertujuan untuk membentuk insan ke arah fitrahnya yang sebenar juga kekamilan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup bersama-sama masyarakat dengan kehidupan yang aman damai tenang tenteram dan selesa. Kaunselor berperanan membantu individu dalam mengenal dan memahami dirinya sendiri, juga mengenali Allah SWT agar dapat menyesuaikan kehidupan dalam persekitaran yang sewajarnya, untuk individu rasa lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman mereka serta dapat menerima orang lain. Justeru itu ia perlu berusaha untuk bekerja dalam konteks budaya Islam bahawa tidak ada cara lain yang dapat membantu dan membela manusia melainkan hanya dengan satu cara iaitu kembali cara hidup Islam.

RUJUKAN

Halimah, A. H., & Zainab, I. (2015). Pendekatan Pencegahan Kaunselor Muslim dalam Menangani Salah Laku Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Klang, Selangor. International Journal of Islamic Thought, 8: 17–26.

Haque, A., Khan, F., Keshavarzi, H., & Rothman, A. E. (2016). Integrating Islamic Traditions in Modern Psychology: Research Trends in Last Ten Years. Journal of Muslim Mental Health, 10(1).

(11)

38

Kamal Abd Manaf. (2000). Kaunseling Islam satu alternatif baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Khairunnas Rajab. (2015). Nilai-nilai Holistik dalam Kaunseling Islam. Jurnal Afkar, 17, 25–50.

Lembaga Kaunselor Malaysia. (2011). Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia. Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia (1). Kuala Lumpur: Penerbitan Lembaga Kaunselor.

Mazidah, M. D. (2013). Faktor yang mempengaruhi integrasi kefahaman beragama dalam amalan kaunseling pelbagai budaya di Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Mazidah, M. D., Raja Zirwatul Aida, R. I., & Azlina, A. B. (2015). Integrasi agama dalam amalan kaunseling di malaysia. In Proceedings of ICIC2015-International conference on empowering Islamic Civilization in the 21th Century (pp. 600–612).

Md Noor, S. (2012). Pembinaan Modul Bimbingan ’Tazkiyah An-Nafs dan Kesannya Ke Atas Religiositi Dan Resiliensi Remaja. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Norazlina, Z. (2017). A comparison of the recognition of Islamic and Christian counselling in Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.

Norazlina, Z., & Noor Shakirah, M. A. (2016). Theories and Modules Applied in Islamic Counseling Practices in Malaysia. Journal of Religion and Health, 56(2), 507–520.

Referensi

Dokumen terkait